Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TERKEJUT DAKWAAN HAJI HADI PR SETUJU HUDUD

Posted: 28 Apr 2014 08:30 PM PDT


DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

"Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.

Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan," katanya.

"Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam satu kenyataan di George Town, Ahad.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu – BERNAMA

SELANGOR HARI - HARI HUJAN LEBAT , TAPI AIR MASIH DICATU

Posted: 28 Apr 2014 07:11 PM PDT




"Oh petang ini hujan lagi …. Lebat ….. Banjir lagi,"kata @Hamidzun yang diretweeted oleh Abang Bro mengambarkan kekecewaan anak negeri Selangor yang kecewa dengan langkah kerajaan negeri meneruskan pelan catuan air di negeri itu.

@Hamidzun mempamerkan aksi seorang lelaki bermotorsikal yang meredah hujah dengan kata-kata berbunyi,"apalah nasib..kutempuh hujan, kuredah banjir, sampai rumah, air masih dicatu.."

Abang Bro turut meretweet twitter @dzul42, @mytraffic dan @astrotraffic yang merakamkan suasana banjir di sekitar Lembah Klang.








Catuan air di Selangor akan diteruskan, kata kerajaan negeri pada Isnin, lapor Mstar.

Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun paras air empangan meningkat, catuan air terpaksa diteruskan buat ketika ini.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas) akan membincangkan tarikh akhir catuan air tidak lama lagi.

Ahmad Yunus yang merupakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor turut menolak dakwaan bahawa air lombong berbahaya.

"Kita telah melakukan banyak ujian yang menunjukkan bahawa air tersebut selamat. Jika terdapat sebarang yang tidak selamat, kita tidak akan menyembunyikannya," katanya pada sidang media di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini, Ahmad Yunus pernah dikritik rakyat negeri itu kerana kenyataannya yang memperlekehkan rakyat ketika menjawab isu catuan air.


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini dilaporkan Bernama menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata sehingga hari ini, pihaknya sebagai pengagih bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan tersebut.

"Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web Syabas www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter Syabas.



Anggota Parlimen DAP Klang, Charles Santiago pula mendesak kerajaan Selangor mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air.

"Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor mynewshub.

Beliau merujuk kepada pelan kecemasan mengepam air daripada lombong terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor dalam keadaan kritikal.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menjamin kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu.

Santiago bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu.

"Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif.

"Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan," katanya.

#tolakGST: ADAKAH GST HARAM DISISI ISLAM?...BIAR BETIK!

Posted: 28 Apr 2014 03:00 PM PDT


Banyak sangat polemik dan kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang tidak faham GST tetapi mereka berlagak kononnya pandai pasal GST. Kesannya ramai yang terkeliru dengan dakyah dan tohmahan palsu.

Malang lagi apabila ada di kalangan para pemimpin Islam rela dipergunakan oleh puak-puak DAP untuk menggagalkan sistem percukaian GST. Alasannya mudah, kejayaan perlaksanaan GST nanti pasti akan membongkar segala penyelewengan dan kecurangan yang dilakukan oleh golongan-golongan peniaga yang tidak jujur yang selama ini hidup mewah hasil penipuan-penipuan mereka dalam perniagaan. 

Pengkhianat Ekonomi Berleluasa, Ekonomi Binasa

Cakaplah apa saja penyelewengan yang selalu dilakukan oleh golongan peniaga yang khianat ini. Bagi mereka kalau tak tipu macamana nak untung? Kita perlu ketepikan persepsi kononnya mereka ini pandai berniaga, rajin bekerja, tidak berputus asa, bijak ambil peluang…

Tak semua golongan ini sebegitu. Tapi kebanyakannya yang menolak GST berusaha menggambarkan mereka teraniaya dengan GST demi menutupi segala penipuan dan pembohongan yang sering mereka lakukan. 


Akibat perbuatan segelintir peniaga yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi susah, tetapi para peniaga yang khianat ini semakin kaya memboroi.

Dalam ajaran Islam sendiri menekankan pentingnya golongan penggerak ekonomi seperti pengeluar, pemborong, peruncit dan peniaga supaya sentiasa bersikap jujur dalam perniagaan mereka. Bahkan dalam Islam, 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. 

Namun Allah swt dan Islam amat menegah dan melaknat golongan yang melakukan 8 ciri-ciri khianat ekonomi terhadap rakyat dan negara seperti;

1. Riba
2. Peras ugut
3. Menipu bagi melariskan barangan
4. Rasuah
5. Memonopoli barangan (ihtikar)
6. Mengurangkan sukatan dan timbangan
7. Larangan membeli barangan curi, ragut atau rampas tanpa hak 
8. Menjual barangan bersifat najis pada zat dan hasilnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan sebagainya


Lapan ciri khianat ekonomi inilah yang harus ditentang habis-habisan oleh umat Islam. Majoriti pengkhianat ekonomi inilah yang sebenarnya amat takut pada GST dan berusaha mempengaruhi kita agar GST tidak dilaksanakan supaya mereka boleh berterusan melakukan khianat ekonomi yang menindas rakyat secara berleluasa.

Segelintir orang hanya melihat perlaksanaan GST dari sudut kesan kepada pengguna saja. Kononnya harga barang akan naik. Tetapi mengapa kita tidak mahu mempersoalkan sikap para peniaga yang tidak jujur yang menjadi dalang kepada kenaikkan harga barang sesuka hati? Mereka berterusan menipu rakyat dan serba serbi menyalahkan kerajaan ekoran kenaikkan harga barang.

Jarang antara kita bersyukur dan gembira apabila GST dilaksanakan, akan ada barang yang tidak naik harga dan akan ada juga barang yang akan turun harga.


Cukai CJP 16% Bakal Dihapuskan

Kerajaan mendapati sistem percukaian yang ada sekarang iaitu kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP) begitu tinggi iaitu 16% dan membebankan para peniaga dan pengguna. Justeru kerajaan telah membuat keputusan memperkenalkan satu mekanisme cukai yang lebih telus dan tidak membebankan rakyat dengan menghapuskan CJP tersebut serta digantikan dengan cukai GST iaitu berkadar 6% sahaja.

Selama ini kita telah membayar harga yang tinggi bagi sesuatu barangan kerana kos cukai CJP telah diserapkan secara langsung ke dalam harga yang dibeli oleh para pengguna.


GST telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara sejak tahun 1950an lagi. Justeru GST yang bakal dilaksanakan oleh Malaysia pada 1 April 2015 adalah merupakan sistem percukaian GST yang terkini. Perlaksanaannya Insya Allah diyakini tidak akan membebankan rakyat kerana ia merupakan kaedah penyusunan sistem percukaian negara yang berkesan, saksama, cekap dan telus. Ia dapat mengelak cukai yang terselindung, bertindih, caj tersembunyi, perbuatan-perbuatan khianat ekonomi serta perbuatan menipu aliran dan sumber pendapatan golongan peniaga. 

Hasil dari pengurusan sistem percukaian yang cekap dan telus akan membolehkan negara menjadi makmur. Mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan GST bercanggah dengan Islam. Ini adalah disengajakan kerana mereka kurang memahami aspek dan sistem perekonomian serta percukaian dalam Islam itu sendiri. 

Persepsi Salah GST dan Percukaian di Negara-Negara Arab

Bagi mereka, Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul ijabah) tetapi berasaskan prinsip negara hidayah dan berkebajikan. Hakikatnya, sistem percukaian adalah mekanisme utama penghasilan dan pendapatan sesebuah negara. Dengan hasil percukaian ini juga akan membolehkan kebajikan pada rakyat disalurkan kembali. Prinsipnya, golongan kaya akan membantu golongan miskin.

 

Negara-negara Islam Teluk (GCC) seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain yang kaya dengan sumber minyak dan gasnya tidak mengenakan sebarang cukai pendapatan kepada rakyatnya, bahkan memberi pelbagai pelepasan cukai dan bantuan sosial. Namun hakikatnya, negara-negara ini terpaksa mengimport 95% barangan keperluan harian pengguna dari negara-negara Barat yang mahal dan kerajaan tidak memberikan subsidi menyebabkan harga barangan itu menjadi mahal.


Sebab itulah Barat berjaya mencengkam politik di negara-negara tersebut. Apabila berlakunya Arab Spring, negara-negara ini terselamat kerana bantuan propaganda media dan politik dari kuasa-kuasa Barat yang melindunginya. Negara-negara tersebut dijadikan proksi ketenteraan Barat yang turut menguasai pasaran eksport petroleum dan gas disamping menguasai pasaran barangan import negara-negara tersebut seperti hasil tenusu, daging, perubatan, bijirin, sayuran, peralatan mesin, automobil hinggalah ke persenjataan. 

Sumber: Import Demand Behavior of Arab Countries: Recent Trends and Influence of Geopolitical Events -http://www.brandeis.edu/departments/economics/RePEc/brd/doc/Brandeis_WP24.pdf

Sebenarnya, sesuatu cukai dikutip oleh sesebuah kerajaan adalah untuk tujuan mengoperasikan pentadbiran sesebuah negara. Cukai dibayar kepada kerajaan boleh berbentuk samada dalam bentuk royalti, emolument, ganjaran, sumbangan ehsan dan sebagainya. 

Dalam Islam sendiri ada sistem percukaian seperti cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendapat perlindungan daripada pemerintah Islam. Namun Malaysia dan kebanyakkan negara Islam tidak melaksanakan cukai jizyah tetapi melalui cukai pendapatan individu. Semua rakyat dilindingi oleh pemerintah. Bahkan zakat dan fidyah sendiri merupakan antara sistem ekonomi percukaian Islam yang wajib dilunaskan oleh umat Islam apabila cukup syarat-syaratnya. 

Kena Tunggu Darurat Baru Boleh Kutip Cukai?

Ada pihak berhujah cukai hanya perlu dikutip bila tiba masa darurat atas alasan ia adalah waktu yang paling memerlukan. Manakala cukai yang dikutip pula hanya sekadar untuk memenuhi keperluan darurat tersebut. Persoalannya adakah kita mengetahui keperluan darurat tersebut? Apa akan terjadi jika kos menangani darurat tersebut menjangkaui peruntukkan yang ada hasil dari cukai yang dikutip? 

Apa akan terjadi jika keadaan darurat itu menjadi semakin teruk dan kerajaan pula terpaksa tergesa-gesa memungut cukai bagi membayar pampasan pada mangsa? Apa akan jadi jika kadar cukai baru yang dikutip nanti membebankan pembayar? Tidakkah ini menunjukkan kita tidak cekap mengurus dan tidak bijak meramal kesulitan di masa depan?


Masa bila pula negara kita stabil dan kewangan negara kita kukuh sehingga kita tidak memerlukan kutipan cukai? Apabila habis segala sumber bumi digunakan, apakah lagi sumber kewangan hendak digunakan pula. Adakah kita mahu meminjam dan berhutang pada negara luar yang mengenakan syarat-syarat ketat termasuk kadar faedah yang tinggi dan tempoh bayaran yang tertentu?

Hakikatnya, di negeri-negeri diperintah pembangkang sendiri pun pelbagai cukai dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti kutipan cukai pintu, cukai tanah dan lesen perniagaan. Untuk apa cukai-cukai tersebut dikutip, bukankah ia untuk pembangunan? Sama juga dengan cukai pendapatan, cukai korporat atau cukai GST. 

Persoalannya mana janji-janji pembangkang semasa PRU13 dulu yang berjanji kononnya hendak menghapus atau menurunkan cukai PBT?

Barat Banyak Welfare Tapi Cukai Sangat Tinggi

Tidak dinafikan banyak negara-negara Barat mampu melakukan pelbagai kebajikan sosial kepada rakyat namun semuanya boleh tercapai dengan adanya wang yang dikutip dari cukai-cukai awam, korporat, levi dan GST yang tinggi. Tanpa cukai-cukai ini adakah negara-negara tersebut boleh membangunkan ekonomi, prasarana pendidikan, ketenteraan, keselamatan dan teknologi mereka? 

Di negara kita rakyat yang berpendapatan bawah RM4,000 dikategorikan berpendapatan rendah dan tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan. Mereka diberikan bantuan seperti BR1M, bantuan persekolahan, bantuan biasiswa, subsidi kesihatan, subsidi baja dan sebagainya. Malah di bawah GST nanti pendapatan tahunan syarikat di bawah RM500,000 juga tidak dikenakan GST.

Penglibatan Rakyat Mengekang Peningkatan Harga 

Kerajaan berusaha mengawal kenaikan harga barang jika ia berlaku. Kita pula sebagai pengguna perlu melapor sebarang kenaikan pada pihak berkuasa atau setidak-tidaknya mewar-warkan dalam media sosial atau boikot premis tersebut bukan hanya berdiam diri, memaki hamun kerajaan tetapi terus membeli di kedai tersebut. Yang untung dan semakin mewah memboroi kerana banyak menipu adalah para peniaga yang khianat tersebut. Tapi yang bodohnya kita kerana terus berdiam diri. 

GST Malaysia Tertinggi Di kalangan Negara-Negara Islam?

Pihak pembangkang juga menyatakan kadar cukai GST bercanggah dengan Islam kerana melebihi kadar zakat 2.5%. Hakikatnya zakat dan GST adalah dua cukai yang berbeza. Jika GST bercanggah dengan Islam mengapa beberapa negara Islam seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan Azerbaijan turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan). 

Adakah negara ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya?

Pengalaman Ghana, Malta dan Vietnam

Ghana pernah memperkenalkan GST / Value Added Tax (VAT) pada kadar 17% pada Mac 1995 namun terpaksa dibatalkan pada Mei 1995 kerana tentangan pembangkang. Namun apabila pembangkangnya pula menjadi kerajaan pada tahun 1998, mereka segera meluluskan perlaksanaan GST kerana mendapati sistem percukaian negara mereka selama ini gagal membenteras penipuan hingga menyebabkan hasil negara berkurangan. 

Bahkan pada Disember 2013 lalu Parlimen Ghana telah meminda Akta VAT yang menyebabkan berlakunya peningkatan kadar VAT dari 15% ke 17%. Negara tersebut terpaksa mengenakan VAT yang tinggi kerana itulah saja pendapatan kewangan negara mereka. 

Hal yang sama juga berlaku di Republik Malta yang melaksanakan GST pada 1995 dengan kadar 15% tetapi terpaksa membatalkannya atas desakan rakyat dan pihak pembangkang. Namun apabila pembangkang negara tersebut menjadi kerajaan, mereka mendapati GST lebih baik dan melaksanakan kembali pada tahun 1999 dengan kadar 18% hingga sekarang. Ini menunjukkan pembangkang-pembangkang di Ghana dan Malta cakap tak serupa bikin, mereka pun akan buat benda yang dulunya mereka menentang bila berpeluang jadi pemerintah.


Vietnam pula terpaksa memperkenalkan GST yang pernah dibatalkan pada 1970an kerana sentimen anti barat dan Amerika Syarikat yang membawa kepada Perang Vietnam. Namun terpaksa memperkenalkan kembali GST yang dikenali Value Added Tax (VAT) pada tahun 1999 di bawah program pembaharuan ekonomi Doi Moi setelah mendapati sistem percukaian sedia ada gagal memodenkan negaranya. 

Sebaliknya, kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab dan berhati-hati dalam melaksanakan GST yang kadarnya tidak melebihi 6% setahun. 

Anwar pun suka GST sebenarnya...

Hakikatnya, pihak pembangkang sebenarnya amat cemburu lagi sakit hati apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan transformasi ekonomi negara. Hasrat Anwar memperkenalkan GST pada tahun 1995 lalu tidak kesampaian. Bahkan Anwar pernah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tetap melaksanakan GST untuk menjana pendapatan negara jika mereka berjaya memerintah negara ini kelak.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-anwar-kata-pakatan-akan-laksana-gst-bila-perintah-namun-bersyarat


Kesimpulannya kebiasaanya kita selalu berbelanja kerana nafsu bukan kerana keperluan. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak mampu jangan berhutang, jangan memandai guna kad kredit. Belajarlah bersyukur dan berusahalah berjimat cermat, beli di kedai harga patut dan selalulah menambah pelaburan. Biarpun sedikit menabung itu lebih baik dari merungut berpanjangan kerana ia tidak menyelesaikan masalah. Jadilah pengguna bijak, jangan percaya pada spekulasi, fitnah dan tohmahan jika kita tidak tahu hakikat sebenarnya. 

Jangan salahkan kerajaan saja jika harga barang naik tetapi salahkan para peniaga yang sengaja jual barang mahal. Jangan salahkan GST tetapi salahkan para peniaga yang jahat suka naikkan harga kerana merekalah punca segala-galanya.


ANWAR KETUA ORANG BANGANG MALAYSIA, KATA MALAYSIAKINI

Posted: 27 Apr 2014 11:42 PM PDT


Satu tulisan pengarang Mingguan Malaysia mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya membendung ancaman pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga negara Amerika Syarikat kini tidak lagi termakan dengan kata-kata ketua pembangang itu.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Catu air: Selangor gagal beri kata putus?

Posted: 28 Apr 2014 08:08 PM PDT


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih gagal memberi kata putus berhubung pemberhentian catuan air di negeri ini dan Wilayah Persekutuan yang sepatutnya berakhir esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat membuat ketetapan sama ada catuan air perlu diteruskan atau mencari alternatif lain.

"Setakat ini Sungai Selangor yang merupakan empangan terbesar ha­nya mencatat jumlah peningkatan air sebanyak 1.18 peratus," katanya dalam sidang akhbar mengenai status semasa kapasiti empangan air di Selangor di sini hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan berhubung isu status catuan air yang berlarutan sejak dua bulan lalu bakal diketahui minggu ini.

Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Yunus memberitahu, berdasarkan kajian dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri mendapati, sumber air di Kolam Hang Tuah bebas daripada penyakit kencing tikus.

"Unsur bakteria yang membawa kepada kencing tikus mematuhi parameter kandungan kimia yang ditetapkan," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Obama lawat Masjid Negara, monumen terkenal Malaysia?

Posted: 28 Apr 2014 10:39 AM PDT


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.

Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.


Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.

Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.

Masjid Negara, yang boleh menampung 15,000 jemaah, adalah lambang aspirasi Persekutuan Malaysia yang baru dibentuk ketika itu dan satu penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj atas usaha murni beliau ke arah kemerdekaan negara.

Masjid berkenaan, yang dibina pada 1965, menandakan keagungan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan setiap tahun menerima kunjungan banyak pelancong beragama Islam dan bukan Islam.

Menara setinggi 73 meter dan berbumbung utama konkrit berbucu 16 adalah antara ciri utama keunikan masjid ini yang menarik kedatangan pelancong.


Bangunan berharga RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar, yang terletak di tengah-tengah persekitaran hijau Taman Tasik Perdana dan berhampiran Muzium Kesenian Islam.

Makam Pahlawan adalah tempat persemadian Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba serta Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka.

"Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya.


Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar dunia.

Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib.

Suara Politik
Belantan

Obama jawab kenapa tak jumpa Anwar?

Posted: 27 Apr 2014 11:59 PM PDT



Semalam Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjelaskan sebab sebenar beliau tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam rangka lawatannya ke negara ini.

Menurut laporan, Obama berkata beliau tidak berjumpa dengan ramai orang dan subjek kebebasan awam merupakan salah satu agenda utamanya semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang saya telah berkongsi adalah kepercayaan teras bahawa masyarakat yang menghormati kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk menentang walaupun ia menyusahkan, kebebasan berhimpun, menghormati rakyat berbilang kaum dan falsafah politik, adalah baik untuk mengukur bagaimana masyarakat akan berjaya dalam abad ke-21, "kata Obama dalam sidang media bersama Najib di Putrajaya petang semalam.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

Posted: 28 Apr 2014 09:10 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 10:06 AM
  (Ubah saiz teks)
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. 

Syarikat Australia - GeoResonance - berjaya kesan MH370 di Teluk Benggala

Posted: 28 Apr 2014 08:48 AM PDT

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.
Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.
Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.
Foto
LOKASI yang dikesan GeoResonance. FOTO 7news Adelaide

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.

"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal. - myMetro

“Saya ada bukti Tun Daim punya akaun di Tanzania” – Anwar

Posted: 21 Apr 2014 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).
"Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.
Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.
"Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.
"Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.
"Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.
"Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.
"Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank 'istimewa'. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.
"Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini," kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.
Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.
"Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.
"Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun," kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60893

Tian Chua ajak rakyat jatuhkan Najib

Posted: 20 Apr 2014 08:10 PM PDT

Tian Chua terus hasut rakyat JATUHKAN PM
KUALA LUMPUR  - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.
Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.
"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.
"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam di sini malam ini.
Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.
Malah, Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, Tian Chua juga dengan angkuh mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan kerana desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.
"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=142482:tian-chua-terus-hasut-rakyat-jatuhkan-pm&Itemid=2#ixzz2zUEDqnJR
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Informer Joceline Tan hancus, analisa pun out ... Terima arahan ke?

Posted: 28 Apr 2014 07:30 PM PDT


Unspinners dah lama Azmin akan di kendurikan beramai-ramai dari pelbagai penjuru, malah baru-baru ini pun Unspinners tulis kata Azmin akan di liwat depan belakang telinga dan hidung.

Siapa yang main politik dah nampak undi Azmin akan dipecah undi oleh duit Khalid Ibrahim, lebihan maklumat Sec Gen Saifuddin, dan pecahan undi Tian Chua dan Rama. Bertambah lagi, Saifuddin dan Khalid adalah pilihan Wan Azizah dan Anwar acuh tak acuh kempen untuk Azmin.

Hairannya macam mana Joceline Tan boleh kata Azmin favourite di SINI. Tak mengapalah ... memang bukan mudah membuat ramalan.

Maklumlah ramalan penganalisa politik bergantung pada sumber pemberi maklumat dan kadang kala ramalan dibuat untuk membantu momentum suatu pihak. Tak tahulah apa motif Joceline Tan tapi dia menggunakan Dr Azmi Omar sebagai sumber betul-betul tidak bijak.

No. 1, dia adalah orang berkepentingan yang mana pernah dibuang dari TDI ketika Mat Said ambilalih. Azmi memegang beberapa jawatan mewakili PAS. Dia ada dendam kesumat terhadap Mat Said.

No. 2 pun elemen kepentingan kerana diberi peluang oleh Mat Said dengan diberi kontrak tapi gagal lalu dibatalkan. Dendam lagi.

No. 3 dia tak berkredibiliti kerana pernah ditangkap khalwat dengan pelajar lalu dikahwininya.

Kesian Joceline Tan. Percaya sangat sumber dari kem Azmin kerana buat masa ini, kedudukan Azmin agak lemah:

 
Macam mana favourite kalau lepas 14 kawasan dah tertinggal lebih 150 undi?

Dengan Azmin kantoi di Sadong Sarawak, baca SINI, imej Azmin begitu tercemar sekali. Dia akan lebih tertekan ....


Itulah nak cakap... jangan percaya sangat kolumnis penganalisa politik yang kaki tak sampai ke bumi.

Baca huraian kami tentang serangan Joceline Tan terhadap Mat Said SINI dan SINI serta komen beberapa rakan blog lain seperti Teganu Kita SINI yang akan ditulis bersiri

Tak kira pemimpin besar mana pun. Maklumat politik datang dari bawah. Kalau dengar analisa orang lain dan main dengar-dengar saja tak cukup. Kena turun ke bawah dan saksi serta dengar sendiri apa berlaku di bawah.

Ini masaalahnya apabila ada pemimpin yang kaki di awang-awangan sejak kedatangan Obama dah mula ingat nak atur sana sini dengan orangnya.

Pemimpin ini dah atur orang dia sana untuk apa? Cita-cita nak jadi PM dan jatuhkan Najib ke?

Adakah Joceline Tan menerima arahan dari pemimpin awang-awangan ini????

Sumber Joceline Tan bekas pensyarah PAS KUSZA ditangkap KHALWAT dengan pelajar

Posted: 28 Apr 2014 06:02 AM PDT



Merujuk kepada artikel Joceline Tan SINI yang disentuh dalam posting sebelum ini, maklumat diterima bahawa beliau mungkin ada "dendam" deengan Menteri Besar Dato Ahmad Said.

Difahamkan Dr Azmi pernah dianugerah projek bekal program Bahasa Inggeris ke tadika-tadika bawah kelolaan kerajaan negeri dengan kos dalam lingkungan  RM35 juta.

Walaupun diketahui bekas pensyarah ini begitu menyokong kerajaan PAS negeri dan bermsaalah, kerajaan negeri tetap memberinya peluang.

Malangnya pensyarah yang diagung PAS tidak boleh sediakan satu program meningkatkan bahasa Inggeris untuk hanya kanak-kanak tadika. Dia hanya membekalkan hanya beberapa buah buku dan keping CD kepada setiap tadika dan langsung tidak memuaskan, lalu kontrak itu ditamatkan.

Dr Azmi OMar yang dikatakan Joceline Tan sebagai "senior research analyst" kini adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat dalam selimut yang pernah mewakili kerajaan PAS dalam syarikat tersenarai EPIC dan TDI. Baca SINI.

Wartawan hebat The STar yang gagal buat pemeriksaan latarbelakang

Dia pernah menjalankan pengajian peringkat Masters bersama Speaker Dewan Undangan Negeri dan bekas calun BN untuk Kuala Terengganu, Mohd Zubir Embong. 

Ketika menjadi tenaga pengajar, ia digambarkan bekas pelajarnya sebagai eccentric. Baca SINI.

Dr Azmi dikatakan mempunyai kes dengan pelajar dia. Kes apa itu?

Kes itu pasti membuat anak isteri malu bila orang tanya orang Terengganu yang sampai ke KLIA bertanya akan nama seorang pensyarah bernama Dr Azmi Omar seperti bekas penuntut KUSZA di blognya sengaja mahu melupakannya di SINI

Blog pro Pembangkang mengkhabarkan SINI bahwa "Dr Azmi Omar TDI (bekas pensyarah KUSZA yang pernah berkhalwat dengan pelajarnya, akhirnya jadi bini dia)". Mat Said telah memecatnya dan ini hanya dendam, bukan analisa objektif!!!

Hebat sumber Joceline Tan kah kah kah ....baca balik posting sebelum ini di SINI

Demi dendam, kumpulan 6 sanggup bohong dan rela BN tumpas di T'ganu

Posted: 28 Apr 2014 01:14 AM PDT



Melihat politik Terengganu sekarang, seorang pemerhati politik berkata, "Hairan saya macam tak ada kerja lain nak kacau MB tertentu. Tengoklah sikit kalau BN tu kuat tak pa lah. GE 14 pun belum tentu lepas. Sementara tu jgnlah keruhkan keadaan....."



Ada pihak yang seolah-olah tidak peduli keadaan politik Terengganu yang perlu bersatu demi mempertahankan negeri tersebut dari jatuh ke PAS. Mereka terus dengan politik cah keting untuk kerjakan MB.

Sementang lah Mat Said itu Anak Pemanjat Kelapa pengumpul gula nipah dan bukan anak seorang yang mampu hantar anak belajar ke Australia tapi akhirnya ijazah diperolehi di USM saja.

Kalau nak dipersalahkan Mat Said kerana terlalu terus terang hingga digambarkan sebagai oleh kolumnis upahan The Star Joceline Tan sebagai degil dan pemarah, sekurang-kurangnya Mat Said bukan orang berpura-pura dan tikam belakang.

Mat Said dikhlas untuk membela rakyat marhaen dan program pro rakyatnya adalah terbaik berbanding dengan negeri-negeri BN dan PR lain.

Sebagaimana ucapannya yang sering mengulangkan harapan yang meyerupai isi dalam doa sembahyang dhuha, bbegitulah apa yang dilakukan. Dengan Mat Said, tiada depan cerita lain dan belakang main lain.

Nampaknya macam ada usaha teratur yang mahu menjatuhkan Mat Said. Bermula dengan ruang pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, ianya disambbut dan digembar-gemburkan oleh penulis upahan seorang YB yang konon menafikan inginkan jawatan.

Penulis upahan telah mendapatkan bantuan portal pembangkang FMT untuk membesar-besarkan kisah ini dan ada cybertrooper berbayar telah dikenalpasti ada bersama. Sundaily yang aga seiring seirama dengan FMT pun turut menyambut.

Hari minggu ini, kolumnis The Star Joceline Tan pula menyambut dengan tajuk yang agak kurang ajar bunyinya.

Dalam tulisan "Will he go gently like a gentlemen?", Joceline seolah-olah menggambarkan ianya sidah pasti dan hanya sikap Ahmad Said saja yang akan jadi penghalang.

Jelas sekali Joceline Tan menulis menurut skrip yag disediakan oleh sumber yang hanya disebut sebagai "senior politician" tanpa menyedari calun-calun yang mahu di tawarkan bukan calun yang esuai perwatakan.

Penulis The Star (yang akhbarnya pro DAP walaupun dipunyai MCA) hanya membantu memudahkan negeri tersebut jatuh kepada PAS.

Agak biadap dan kurang ajar komen seorang bernama Dr Azmi yang memandai berkata berikut:



Flying Kick SINI mempersoalkan kredibilit Dr Azmi yang ada kepentingan.
Siapa Dr. Azmi yang memberi ulasan kononnya Mat Said akan menjahanamkan UMNO Terengganu? Kononnya kerana Mat Said terlebih memberikan tumpuan kepada rakyat, maka UMNO Terengganu akan kehilangan penguasaan ke atas negeri tersebut?

Siapa Dr. Azmi yang membuat analisa hanya kerana dia ada gelaran Dr. tetapi sebenarnya dia hanyalah macai kepada seorang Exco yang sekarang ini sedang bercita-cita besar untuk menyingkirkan Mat Said dan menggantikan Menteri Besar tersebut.
Kesedian Dr Azmi berkata Terengganu akan jatuh kepada PAS hanya menunjukkan pihak yang mahu menjatuhkan MB sanggup lakukan apa saja.  

Kumpulan 6 yang sering bertemu di hotel TH di Kuala Terengganu ini hanya bertindak atas dendam dan tanggapan salah bahwa Mat Said yang menjatuhkan Idris Jusoh.

Padahal Idris pun tahu, Mat Said hanya menjalankan titah perintah DYMM Sultan dan dia tidak ada memulakan usaha sedemikian.

Ini begitu jelas menunjukkan Joceline Tan memputarbelit cerita yang mana ditambah dengan  pembohongan fakta seperti konon ada janji Mat Said untuk menang 29 dari 32 kerusi dan konon ada janji kekal untuk satu tahun sahaja. 

Kalau hal ini Joceline Tan sendiri akui tiada bukti dan surat yang dia sendiri lihat melainkan hanya dilihat kononnya oleh sumber "senior politician", kenapa pula ianya perlu disebut?  

Jelas sekali wartwan veteran ini kembali pada tabiat lama meninggalkan etika kewartawanan apabila ia diperlukan dan sesuai dengan kehendaknya. Joceline tidak malu untuk mengampu jika diperlukan.

Harap Dato Najib jangan tersilap termakan cakap pihak-pihak yang cuba mengembar gemburkan khabar angin dengan tujuan menyediakan persepsi untuk memudahkan pengguguran Mat Said.

Kalau Dato Najib dah silap dengan senarai calun pada PRU13, jangan diulang kesilapan sama dari sumber yang sama. 

Nak tadbir Terengganu dan hadapi PAS bukan boleh pemimpin yang lembik-lembik yang pihak sebelah sana cadangkan. Graduan U Penn yang neutral dari Mat Said dan budak Idris Jusoh pun belum cekap dalam sepak terajang politik Terengganu.