Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Komen Mufti Perak Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya

Posted: 24 Apr 2014 10:06 PM PDT

Ipoh: "Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

"Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah," katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/04/kubur-bercahaya-mufti-perak-beri-respon.html

سبحان الله - Gambar kubur bercahaya milik ibu tunggal

Posted: 24 Apr 2014 08:15 PM PDT


Kelebihan zikir memang banyak... Antaranya membersihkan hati menyihatkan badan menghindar syaitan.

Berikut kisah arwah yang meninggal dalam keadaan basah lidah dengan Zikirullah.

Semoga kita mengambil iktibar.






Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.)

Info diterima dari orang kampung arwah.

Semoga kita mati dengan حسن الخاتمة 

Zikir perlu dipelajari dengan ulama bukan sekadar membaca buku sahaja elak dari gila isim.


Sent from my iPhone

Dr. Zakir Naik - Salafi Wahabi - Reject Mawlid Nabi as Shirk !!!

Posted: 24 Apr 2014 06:24 PM PDT

I just read this very good article supported by evidence that show Dr Zakir Naik not a true Islamic Scholar but just another wahabi salafi like Rasul Dahri and Asri Zainal Abidin. I got this portal from someone x PKR and has a big title share it in our Telegrams Group. 

I do believe many of us didn't know Dr Zakir Naik very well eventhough he always appear in TV Al Hijrah and just come to Malaysia last year. Before about a few month ago I told by my friend that Dr Zakir Naik not sunni but I didn't believe until I read this article this morning. 

Praise to Allah that make me found the truth in this great day as called Sayyidul Ayyam سيد لأيام and now my duty is to spread this information to all my readers. 

Sorry for my broken English but I believe u can understand what I want to say even sure u all just laughing to my poor English but hopefully this is a good try to me to be able writing in English in future. - cyberwar lord 


(f) Shaikh Ahmad Deedat (رحمة لله علىـہ) was a Sunni Scholar is also proved from the fact that Salafi Scholars declared him Mushrik and Bidati for his clear cut Ahle Sunnah beliefs.   Watch this important Video.
 
 
 
 
 

Dr. Zakir Naik claims he was influenced by Shaikh Deedat(رحمة لله علىـہ) but we fail to understand how  come he turned into a hard core Salafi because Shaikh Deedat (رحمة لله علىـہ)was a humble Sufi at heart. May be Saudi Arabian shining Petro-Dollars played a big role in his conversion into Salafism. Read more about Saudi support to Dr. Naik.

 

Dr. Naik calls his own teachers  Kafirs -  Watch this video in which he literally calls Shaikh Deedat and  Dr. Israr Ahmad (his teachers) as Kafirs.  Watch this Video Clip.

 

 

 

 

(3) DR. ZAKIR NAIK'S DECEPTION

 

Wikipedia, one of the most visited encyclopedic website shows Dr. Naik to be Salafi (not Sunni).  See rounded information in this Screen Shot. However, currently on Dr. Naik's Wikipedia page they have removed 'Salafi Islam' and now it shows  'Sunni Islam'.  This is hypocrisy.  When you profess Salafism, say it openly.  Why hide the truth. 

To enlarge the above Screen Shot, (a) keep the mouse on the image, (b) right click and  go to 'save as', (c) give a  file name and save image to your computer. You can then see the enlarged image  in your browser by double clicking the saved image file.  

 

Dr. Naik propagates theories of Salafism in the name of Islam. The interpretations of Quran, Ahadith presented by him are as per Wahhabi / Salafi beliefs. Watch the following video clip. 

 

 

 

 

Dr. Naik says his Sky Idol God has two hands, two eyes, face, legs, shins and has large  body and sits above the skies on a big chair facing towards Arsh.  Someone asked Dr. Naik, how are God's hands and body; he said, 'we do not know, it is known to God only'.

The description of Salafi Sky God is similar in nature with Hindu God Vishnu. The only difference between Hindu God Vishnu and Salafi Sky Idol God is,  Vishnu is married,  while Salafi Sky God is single. Also Hindus draw and make models of their God Vishnu, while Salafis don't, but their faith in a huge human like Idol as their God is same, identical. 

In view of their misunderstanding about Allah (سبحانہ و تعا لی)Salafis  prostrate to their Sky Idol God 5 times a day during Salah.  They claim this huge Sky Idol has created this Universe.  Read more...




Read whole article : http://www.cifiaonline.com/drzakirnaik.htm


Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


APA LAGI AIRASIA MAHU, LAIN KALI JANGANLAH MAIN UGUT !

Posted: 24 Apr 2014 08:08 PM PDT

Perkembangan terminal KLIA2 menunjukkan MAHB telah mengendalikan latihan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), yang merupakan percubaan untuk merangsang aspek kefungsian dan operasi sejak awal Februari. ORAT akan dilaksanakan lagi pada 30 April.

Semalam pula ICAO telah memberikan keputusan bahawa KLIA2 selamat digunakan. Operasi penerbangan di KLIA2 akan bermula pada 2 Mei. Beberapa syarikat penerbangan murah antarabangsa seperti Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines Indonesia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat itu akan memulakan operasi di klia2 menjelang 9 Mei.

Lain pula dengan cerita AirAsia. AirAsia sebagai sebuah penerbangan tambang murah perlu belajar berterimakasih dan menghormati, malahan perlu mengenang semula masa mereka mula-mula merangkak memohon lesen penerbangan, meminjam kapal terbang MAS dan diberi ehsan kemudahan oleh MAHB supaya mereka boleh untung. Hutang kepda MAHB berjuta-juta ringgit pun tidak dipungut!

Kini, selepas mendapat untung yang banyak AIRASIA sering menunjukkan ego dan keras kepalanya. Terkini tidak mahu berpindah ke KLIA2 dengan memberi beberapa alasan yang "penting diri sendiri". AIRASIA janganlah mengugut kerajaan atau MAHB untuk meminta pengecualian itulah, pengecualian inilah, tak payahlah AIRASIA pura-pura mengemis meminta pengurangan cukai itulah, meminta penghapusan cukai inilah. Jadilah syarikat yang tahu mengenang budi, bilamana diarah berpindah janganlah mengugut dan keras kepala.

Kita tahulah AIRASIA menanggung banyak kerugian yang tidak diumumkan kerana kerugian laluan antarabangsanya di beberapa negara, kita tahulah hutang AIRASIA semakin meningkat kepada MAHB, kita fahamlah AIRSIA berhutang banyak dengan bank untuk membeli pesawat baharu, bukan kita hendak membunuh AIRASIA, kita hanya minta AIRSIA janganlah bersikap degil dan tidak mahu keluar wang satu sen pun untuk pindah ke KLIA2.

Tak kanlah barang-barang logistik AIRSIA di LCCT pun nak suruh kerajaan yang bayar, tak kanlah nak free saja.

AIRASIA telah diberi peluang dibantu oleh kerajaan tetapi apabila AIRSIA tidak menepati janji untuk mengambilalih dan menguruskan MASWing untuk memberi perkhidmatan luar bandar kepada penduduk Sabah Sarawak. Apabila AIRSIA melihat tidak ada keuntungan dan kapalterbang tidak diselenggara dengan baik, AIRSIA tanpa malu mengembalikannya semula kepada kerajaan. 

Perkara kedua, Walaupun perjanjian penyatuan MAS-AIRASIA tidak dilaksanakan tetapi Tony Fernandes sudah untung besar kerana MAS terpaksa sponsor Queen Park Rangers (QPR). Tuan-Tuanlah tahulah siapa dia pemilik QPR, untung lagi dia.

Kini, apabila Perdana Menteri campurtangan, baharulah AIRASIA terketar-ketar nak pindah ke KLIA2.

Soalan terakhir, orang-orang penting AIRASIA seperti Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan lain-lainnya, ada kemahiran kah dalam bidang keselamatan bangunan, keselamatan landasan, keselamatan penumpang pandai-pandai nak komen KLIA2? Mereka ada sijil kursuskah?

RUMUSANNYA, Kita mestilah bersifat Nasionalis lah Patriotik lah, ada masa kita melihat diri kita atau bisnes kita, tetapi ada masa juga kita mesti lihat Negara kita Malaysia. 

Kalau kerajaan tidak bekerjasama, sudah tentu AIRSIA rugi besar macam urusan niaganya di Indonesia? Dumm.


PM DAN MUKHRIZ BIKIN MAHFUZ OMAR HANGAT HATI DI KEDAH!

Posted: 24 Apr 2014 05:37 PM PDT


Semalam kami telah memaparkan usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah membantu memartabatkan institusi sekolah pondok dengan memberi pelbagai bantuan kepada sekolah, guru dan muridnya.

Usaha ini merupakan antara jihad dan transformasi yang dilakukan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab membangun dan memperkasakan syiar Islam.

Semalam, PM Najib ke Kedah dan disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luar Bandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.

Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.



Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.


Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.

Di sana beliau ke Napoh untuk merasmikan RTC Napoh yang baru di buka.


RTC Napoh merupakan RTC pertama di Kedah. RTC selalunya dibuat dikawasan luar bandar untuk kemudahan penduduk disana. Ia juga merupakan sumber penjana ekonomi untuk kawasan luar bandar, kerana RTC selalunya menjadi tempat tumpuan penduduk kerana segala keperluan untuk agensi atau jabatan kerajaan ada disana.

Selepas merasmikan RTC Napoh, PM kembali ke TH Hotel untuk membuat sidang media, lalu berangkat pulang ke Putrajaya.

Hampir setiap bulan pasti PM akan turun di Kedah untuk melancarkan projek atau program yang membantu rakyat Kedah. Dalam 3 bulan ni saja, kerajaan negeri Kedah sudah melancarkan 3 projek perumahan rakyat.

1- Projek perumahan PR1MA di Sidam Kiri, Sungai Petani.
2- Projek perumahan kos rendah di Kampung Naga, Kubang Pasu
3- Projek perumahan kos rendah Intan Shafinaz di Jitra. (projek lama Pas dulu 3 kali pecah tanah, tiang pun     tak naik)
4- Projek perumahan generasi kedua felda, bertempat di Changloon.

Kalau ada orang tanya, apa projek kerajaan negeri untuk bantu rakyat. Pembaca boleh beri pada maklumat ini pada si tukang soal tu.

Belum lagi, dengan pelancaran Kit Kelahiran yang diberi percuma kepada setiap bayi yang lahir di Kedah. Malah sekarang ni, kerajaan negeri Kedah sedang menjalankan kursus kahwin percuma di setiap daerah secara berperingkat. Pada yang nak kahwin tu, tunggu kursus kahwin percuma di tempat anda nanti.

Belum lagi dicampur dengan kursus kerjaya pada anak muda yang menganggur. Siapa yang mendaftar, walaupun tidak mempunyai kemahiran. Akan di beri kursus khas untuk kerja terbabit, malah diberi sijil dan kerja tetap. Paling menarik ianya percuma! Apakah ini bukan program untuk bantu anak muda?

Walaupun kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Pas Kedah punya kerja). Namun demi untuk membela rakyat, kerajaan negeri tetap cuba melaksanakan program atau projek yang membantu rakyat Kedah.

Selepas ini banyak lagi program dan projek untuk rakyat!

Sumber: http://kedahkekl.blogspot.com/2014/04/eksklusif-gambar-menarik-sekitar-pm.html

Komen kami;


Memang hebat pembangunan Islam di negeri Kedah sekarang ni di bawah Mukhriz Mahathir jika nak dibandingkan dengan pemerintahan 5 tahun caca marba PAS sebelumnya. 

Walaupun ada kekurangan sana sini , namun semuanya mampu diselesaikan apabila ada perpaduan dan kekuatan dikalangan para pemimpin parti dan akar umbi.

Isu Universiti Islam Antarabangsa Al Bukhary  (UIAA) pun dapat diselesaikan dengan baik.

Namun, disebalik kejayaan dan kebaikan, pasti akan ada puak-puak pengkufur nikmat yang dengki dok hasut rakyat demo sana sini kononnya pasal harga getah la, pasal padi tak menjadila...semuanya salah kerajaan. Tapi apa yang depa buat membantu rakyat? Walhal Kerajaan Persekutuan dan Negeri banyak membantu. Bahkan mereka yang tegar berdemo sana sini tanpa malu dan segan pun dok pulun sakan dan kedarah setiap bantuan yang disalurkan Kerajaan. 

Hakikatnya, Islam tidak mampu membangun hanya dengan slogan-slogan retorik, ceramah-ceramah menghasut atau siri-siri demonstrasi 'bughah' tanpa sebarang tindakan. Islam hanya dapat ditegak dan didaulatkan jika sesebuah pemerintah melaksanakan pelbagai program dakwah membangunkan ekonomi dan siasah ummah secara berterusan dan sering menilai impak positif ke atasnya bagi mengetahui keberkesanannya.

Syukur negara kita aman damai dan mempunyai barisan kepimpinan yang mendahului rakyatnya. Pelbagai program kebajikan dilakukan dan kita yang menerimanya wajib bersyukur pada nikmat tersebut. 

Kejayaan yang dibawa BN di Kedah sebelum ini


KITA AKAN KALAH TEROK PRU14 JIKA PAS LAKSANA HUDUD KATA LIM KIT SIANG

Posted: 24 Apr 2014 07:37 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan media hari ini berkata Pakatan Rakyat akan kalah dengan lebih lebih besar, jika PAS berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan.
Menurutnya, selepas kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada tahun 2001, parti itu mengalami kekalahan teruk pada kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum 2004.
"Selepas enakmen diluluskan pada tahun 2001, PAS dan PKR hanya mendapat satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN pada tahun 2004.
"Pada tahun 2008, manifesto PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud, namun ia tidak menambahkan undi kepada PAS dan PKR.
"Bukankah ia tanda pengundi di Terengganu lebih mementingkan isu lain berbanding perlaksanaan undang-undang itu?" soal Kit Siang, dilaporkan Roketkini, hari ini.
Kit Siang berkata jika hudud dilaksanakan, ia tidak mampu menarik lebih ramai pengundi Melayu menyokong PR, sebaliknya dalam masa sama kehilangan lebih besar pengundi bukan Melayu.
"Kalau pun kita menjangka sokongan Melayu kepada Pakatan akan meningkat satu peratus, kesan hilangnya sokongan orang bukan-Melayu jauh lebih besar."
Buktinya, apabila kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan hudud pada tahun 1996, pengundi bukan Melayu menolak DAP yang bergabung dengan PAS membentuk Barisan Alternatif pada Pilihanraya Umum 1999.
Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi "undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam," menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP
"Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi "undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam," menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP."
Justeru itu, Kit Siang berkata jika isu itu dibangkitkan pada PRU 13, bukan sahaja BN akan kembali memperoleh majoriti dua per tiga, malah berkemungkinan mentadbir semula Selangor dan kembali menjadikan Johor sebagai 'deposit tetap' mereka.
"Malah pada PRU lalu, PAS dan PKR mendapat empat daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu tanpa kempen hudud. Tiadanya hudud dalam manifesto di negeri itu tidak menyebabkan PAS hilang apa-apa sokongan di sana," katanya lagi.

SULAIMAN GANTI KARPAL

Posted: 24 Apr 2014 05:00 AM PDT

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang pernah mengundurkan diri sebagai Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II pada 2009, kini dilantik kembali mengetuai pasukan pembelaan untuk rayuan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
"Peguam utama (kami) ialah Sulaiman Abdullah," kata Zaleha al-Hayat, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, lapor Mstar.
Pada 15 Julai 2009, semasa kes itu didengar di Mahkamah Tinggi, Sulaiman menarik diri daripada mewakili Anwar atas alasan masalah kesihatan.
Semasa Sulaiman mengetuai kes pembelaan Anwar, lapan peguam lain turut bersamanya, iaitu R.Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Namun, selepas Karpal Singh mengambil alih sebagai ketua pembelaan, majoriti barisan peguam Sulaiman disingkirkan dan diganti dengan barisan peguam baru.
Zaleha yang turut dilaporkan Bernama, memberitahu pihak pembelaan akan memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat yang dihadapi Anwar berikutan tarikh akhir untuk merayu akan tamat esok.
Menurutnya, firma guaman Karpal & Co semalam telah menghantar surat kepada pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, meminta tempoh dilanjutkan dua minggu untuk memfailkan petisyen itu berikutan kematian peguam utama, mendiang Karpal Singh, Khamis lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan notis usul bagi pelanjutan masa, dan bukannya menghantar surat kepada mahkamah.
"Adalah berisiko untuk memfailkan usul kerana wujud selang masa, jadi kami akan memfailkan petisyen sebelum tarikh tamat," katanya.
Zaleha berkata pihak pembelaan mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan selepas firma itu menerima alasan penghakiman bertulis daripada mahkamah pada 14 April yang lalu.
Menurutnya, peguam Ramkarpal Singh sedang menyiapkan petisyen rayuan dan akan difailkan esok (Khamis)
Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply dalam kenyataan dilaporkan Utusan Malaysia berkata, permohonan pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan hendaklah dibuat me­lalui notis usul kepada mahkamah dan bukannya melalui surat.
Jelas beliau, setelah notis usul difailkan, permohonan tersebut akan dide­ngar di hadapan hakim-hakim yang kemudian akan membuat keputusan sama ada dibenarkan atau sebaliknya.
""Semua prosedur ini jelas di­nyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995," menurut beliau lagi.
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan , sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan membenarkan Anwar diikat jamin RM10,000.

KERAJAAN BN LEBIH PRIHATIN BANTU SEKOLAH PONDOK

Posted: 24 Apr 2014 02:30 AM PDT


Institusi Pengajian Pondok terus diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Malah lebih 56 tahun institusi tersebut tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan.

Buktinya Kedah kini dibawah pentadbiran BN telah menjadi negeri pertama yang menaikkan taraf dan martabat institusi pengajian pondok. Langkah terbaru kerajaan Kedah memberikan elaun guru sebanyak RM2,000 sebulan kepada 11 sekolah pondok terpilih bermula Januari lalu selain wakaf kitab tahunan berjumlah RM30,000.

Institusi sekolah pondok mempunyai guru-gurunya yang mengajar sekadar fisabilillah tanpa sebarang gaji tetap. Dengan adanya ihsan kerajaan negeri Kedah maka ia adalah satu penghormatan kepada alim ulama dan asatizah serta menjamin kelangsungan institusi pondok.

"Langkah terpuji ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain yang mempunyai sekolah pondok seperti Kelantan dan Terengganu," jelas Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Ijtimak Pondok Malaysia 2014 selama dua hari bermula hari ini di Dewan Seri Mentaloon.

Lawatan MB Mukhriz ke institusi pondok sedikit masa dulu membuka era baru pendidikan pondok di Kedah.

Mashitah turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah yang menjadi tuan rumah ijtmak dua tahun sekali ini yang bertemakan, "Institusi Pondok Di Alaf Baru: Cabaran Dan Hala Tuju".

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan perasmiannya pula menyarankan institusi pendidikan tertua negara itu untuk membuka pintu kepada agensi dan institusi latihan untuk merekayasa dan menambah nilai modul pendidikannya selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa.

"Ilmu agama adalah menjadi tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya pun dituntut oleh agama," 

"Bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetapi untuk menyahut seruan agama sendiri agar ummah diperkaya dengan pelbagai disiplin ilmu dan bersifat multi disiplin," 

Ijtimak dua hari tersebut dihadiri kira-kira 1,300 guru dan murid sekolah pondok seluruh negara turut melibatkan enam sesi pembentangan kertas kerja dan turut disertai oleh panelis antarabangsa iaitu bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan yang berketurunan ulama pondok Thailand, Rektor Darussalam Universiti Gontor Indonesia, Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan Dato' Dr Muhammad Afifi Al-Akiti yang menjadi rakyat Malaysia pertama mengajar di Universiti Oxford.

Gandingan ulama dan umara di Kedah membantu perkembangan syiar Islam di Kedah.
Ini yang rakyat mahukan, bukan slogan semata-mata.
Komen kami

Sebenarnya banyak yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu institusi sekolah pondok di Malaysia. Dalam Bajet 2014, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta setahun kepada institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi melahirkan para tahfiz dan golongan ilmuan Islam bagi mendokong dasar pengukuhan syiar Islam di negara ini.

Ini membuktikan Islam dibangunkan dengan usaha dan praktikal berterusan bukan dengan slogan atau hamburan fitnah dan tohmah semata-mata. Bahkan Kerajaan BN terus membantu umat Islam segenap segi terutamanya dalam bidang ilmu agar mereka dapat menjawat pelbagai jawatan dalam pelbagai sektor demi memartabatkan ekonomi mereka di masa depan. Bukankah ini juga salah satu satu jihad yang mulia? 

Bersyukurlah kerana keamanan dan kemakmuran, kerajaan kita masih mampu membantu pendidikan umat Islam. 


ANWAR INGAT CITARASA OBAMA SEPERTI CITARASA AL GORE BOLEH DI-REMOTE CONTROL

Posted: 24 Apr 2014 12:24 AM PDT

Anwar Ibrahm sekali lagi gelabah ketika lawatan Presiden Amerika OBama semakin dekat. Tuduhan terkini Anwar kononnya Najib menekan Obama supaya tidak bertemu dengannya. Wah begitu berkuasa Najib boleh menekan kuasa besar. 

Anwar sebenarnya bermimpi, lawatan Obama adalah lawatan negara, bukan lawatan untuk menyokong Anwar supaya tidak dipenjarakan. Anwar ingat Obama sama seperti Al-Gore yang boleh diremote control.

Anwar seringkali terbang ke Washington atau ke pejabatnya di Illinois, Anwar Ibrahim Consultant. Tidak pernahkan melobi untuk bertemu Obama di sana? Atau Obama tidak hingin bertemu dengannya? 

Anwar menuduh Najib sudah bersetuju untuk menandatangi TPPA, sedangkan di dalam aturcara rasmi tidak ada satu pun acara menandatangani TPPA. Dalam perbincangan mereka, sudah tentulah ada perbincangan berkisar isu ekonomi, politik dan keselamatan serantau. Anwar sudah lama tiada dalam kerajaan, sungguh ketinggalan zaman view Anwar. Kasihan Anwar dia sering fikir dia tahu semua, wal hal dia sedang bermain dengan igauan silam sebagai TPM.

Kepada Anwar, kamu duduk diamlah di Istana Segambut kamu itu. Belajar ada malu. Kenapa nak terhegeh-hegeh sangat kalau orang tak mahu jumpa. Sedarlah diri, kamu bukan Perdana Menteri pun, elok kamu selesaikan isu Hudud dalam PR sebelum meletup.


Obama bukan AlGore. Obama mempunyai isteri manakala AlGore mempunyai ramai kekasih gelap. Obama bukan kaki gay, tetapi AlGore ahli kumpulan dan pengasas NGO Gay Amerika, Obama tidak ada skandal, AlGore mempunyai banyak skandal sehingga isterinya pun tercerai. Jadi, Anwar faham-fahamlah citarasa Obama tidak kepada kamu Anwar, sebaliknya AlGore memang citarasa kamu.






Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sudah terantuk, baru tergadah. Tiada rotan, akar pun berguna...!!! Tahniah MB Khalid, catuan air diteruskan?

Posted: 24 Apr 2014 02:09 AM PDT


Kerajaan Selangor akan meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sehingga 20 April, empangan itu mencatat paras air 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 juta meter padu jika ia penuh.

"Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) pada masa ini sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

"Dengan cara ini, pelepasan air dari empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Selama 10 minit di Perpustakaan Tun Uda di sini Selasa.




Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengenal pasti untuk membeli pam berbanding menyewa alat itu daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.

Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada masa ini turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Selain itu, kaedah pembenihan awan dikenali sebagai 'royal rain making technology' juga akan digunakan untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di negeri ini.

"Kita jangka usaha-usaha itu akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini," tambahnya – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Selepas 1 Billion Pertama! (Episod ke-10)

Posted: 24 Apr 2014 03:12 AM PDT

"Kebenaran adalah racun!"- slogan dalam kalangan saintis yang terlibat dengan projek rahsia berprofile tinggi milik kerajaan AS - kata-kata yang sering mereka gunakan bagi menggambarkan eksprestasi perasaan saat berjaya menghasilkan projek yang diklasifikasikan sebagai rahsia besar. Mereka bukan sahaja dibayar dengan harga yang sangat tinggi - tetapi pada masa yang - mereka juga tahu "hasil" kajian itu akan digunakan untuk tujuan yang salah oleh pihak pemerintah - maka "kebenaran ilmu" yang dimiliki mereka, akhirnya dijadikan racun untuk membunuh orang lain. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, hampir semua projek rahsia milik angkatan tentera AS sebenarnya telah dibiayai oleh individu yang tidak dikenali. Pada tahun 1983, Senator terkenal Arizona, Barry Goldwater Moris yang menjaga hal ehwal dasar pertahanan AS di Senat, cuba membongkar misteri "Projek Rainbow" yang sangat terkenal dengan panggilan "Philadelphia Experiment"  - satu projek percubaan Tentera Laut AS untuk menghilangkan kapal-kapal perang daripada penglihatan mata kasar.  Goldwater melakukan penyiasatan dan audit kewangan, malangnya beliau tidak menemui apa-apa bukti bahawa kerajaan AS menggunakan dana awam bagi membiayai projek-projek rahsia mereka.

Goldwater adalah senator yang sangat mempercayai kisah UFO dan percaya bahawa kerajaan AS telah menyembunyikan sesuatu tentangnya. Pada satu ketika, beliau pernah cuba untuk menyiasat dakwaan yang menyatakan, pihak tentera udara AS terlibat dalam menyembunyikan bukti kewujudan UFO di dalam sebuah bilik rahsia dipanggil "Blue Room" di pangkalan tentera udara AS di Wright-Patterson Air Force Base, Ohio. Goldwater berulangkali memohon kebenaran untuk menyiasat hal tersebut daripada Jeneral Angkatan Tentera Udara AS, Curtis LeMay, individu yang bertanggungjawab melaksanakan misi pengeboman besar-besaran ke atas bandar-bandar besar di Jepun, sewaktu Perang Dunia ke-2 - namun, usaha beliau ditolak mentah-mentah oleh Curtis LeMay dengan mendakwa hal itu telah diklasifikasikan sebagai "rahsia besar" sambil menyatakan dengan nada marah kepada Goldwater, "Bukan sahaja anda tidak dibenarkan masuk,  tetapi anda juga tidak dibenarkan bertanya lagi soal itu kepada saya!"    

Pada musim gugur 1943 - tanpa pengetahuan banyak pihak, percubaan untuk menghilangkan kapal perang USS Eldridge Destroyer Escort 173 milik AS yang yang sedang berlabuh di Philadelphia telah dilakukan.  Eksperimen ini tidak lain adalah bertujuan menciptakan sebuah medan tenaga yang dapat membuat kapal tersebut hilang atau "diselimuti" daripada "pandangan manusia" khusus bagi menghadapi Perang Dunia yang semakin meruncing. Ia hampir berjaya menghilangkan kapal tersebut - namun demikian, kesan ganjil telah dirasai oleh anak-anak kapal yang tidak mengetahui apakah yang sebenarnya sedang berlaku. Terdapat dalam kalangan mereka yang muntah, yang berubah posisinya secara ajaib, ada juga yang tubuh badannya bersatu dengan dinding kapal, dan ada juga yang mengalami sindrom pening yang menyakitkan. Pada tanggal 28 Oktober 1943, eksperimen lanjutan dilakukan kembali ke atas USS Eldridge. Dan percubaan kali kedua ini membuahkan hasil. Kapal itu dikatakan lenyap selama 4 jam sebelum akhirnya muncul kembali di tempat asalnya. Beberapa saksi dikatakan telah melihat kapal tersebut berada di pelabuhan Norfolk, Virginia yang jaraknya lebih daripada 320km dari Philadelphia pada hari yang sama.

Morris K.Jessup
Cerita aneh ini - digambarkan oleh para "penyokong cerita imaginasi" dan "tukang kempen menutup kebenaran" sebagai cerita novel sains fiksyen yang tidak masuk akal dan sengaja direka-reka oleh pelapor asalnya, Carl Meredith Allen seorang bekas kakitangan pasukan marin AS yang juga peminat teori-teori elektrik dan magnetism. Beliau tinggal di New Kensington, Pennsylvania, dan dikatakan mempunyai sejarah penyakit psikiatri, serta mungkin telah memalsukan sejarah utama eksperimen tersebut dengan menggunakan nama samaran "Carlos Miguel Allende", malah dia telah menjadikan penulis terkenal kisah UFO, Morris K.Jessup yang juga merupakan seorang profesor astronomi dan matematik di Universiti Michigan sebagai mangsa "secara tidak langsung" kepada kisah misteri eksperimen ini. 

Dalam isu UFO, Jessup berpendapat, kemunculan dan kehilangan UFO dengan sepantas kilat adalah disebabkan kepandaian mereka menggunakan tenaga magnetik. Jessup turut mengkaji "Teori Gabungan Medan", (Unified Field Theory) yang dicetus oleh Albert Einstein, saintis yang terkenal dengan teori relativiti. Menurut Jessup, teori tersebut boleh membantu menerangkan secara saintitik bagaimana sesebuah UFO boleh muncul dan ghaib dalam sekelip mata.

Allen pernah berutus surat kepada Jessup bagi menceritakan pengalaman peribadinya berkenaan eksperimen Philadelphia, dan dia mengaku menyaksikan sendiri bagaimana tentera laut AS menghilang dan memunculkan semula kapal USS Eldridge sewaktu dia sedang berkhidmat di atas kapal SS Andrew Furuseth yang secara kebetulan sedang berlabuh berhampiran USS Eldridge. Allen dapat melihat dengan jelas segala kejadian yang sedang berlaku, termasuk perkara-perkara aneh yang terjadi ke atas anak-anak kapal Eldridge. Jessup menyakini bahawa kisah ini adalah satu pembohongan apabila beliau meminta agar Allen mengemukakan bukti kesaksiannya-namun gagal dipenuhi Allen. 

Akhirnya, Jessup membuat keputusan untuk memutuskan terus hubungannya dengan Allen. Walaupun tidak dipercaya oleh Jessup, Allen tetap meneruskan niatnya untuk menyebarkan kisah itu. Lantas, dia menggunakan   buku terkenal Jessup berjudul "The Case for the UFO" sebagai medium untuk menyebarkan kisah eksperimen tersebut. Allen membuat catatan-catatan kaki kisah tersebut pada beberapa helaian di dalam buku Jessup dan mengkaitkannya dengan eksperimen angkatan laut yang kononnya dilakukan di Philadelphia. Ia mencetak buku yang telah diberi catatan kakinya itu sebanyak 100 naskah dan buku inilah yang salah satunya telah jatuh ke tangan angkatan laut AS. Maka daripada situlah plot misteri "Philadelphia Experiment" mula berkembang. 

Pada tahun 1957 - Jessup secara peribadi telah diundang untuk bertemu dengan seorang pegawai kanan di US Navy's Office of Naval Research (ONR - Jabatan Penyelidikan Sains dan Teknologi Tentera Laut AS), Washington DC,  dalam pertemuan tersebut, pegawai itu meminta  penjelasan daripada Jessup berhubung catatan-catatan kaki yang menjurus kepada Eksperimen Philadelphia yang tertera di dalam buku beliau itu - apakah beliau mempunyai idea siapakah yang telah menulis dan mengeposkannya ke pejabat ONR? Menurut Jessup tiada individu lain yang disyaki selain daripada Allen yang pernah berutus surat dengannya dua tahun yang lepas. Persamaan bentuk tulisan tangan yang terkandung di dalam surat-surat yang dikirimkan Allen kepada Jessup, dengan tulisan catatan-catatan kaki yang tertera di dalam buku The Case for the UFO, mengukuhkan lagi hujah bahawa Allen merupakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan kisah misteri yang menyelubungi Eksperimen Philadelphia.

Beberapa tahun selepas peristiwa tersebut - Jessup menghadapai pelbagai masalah termasuk beberapa syarikat penerbit tidak mahu lagi menerbitkan buku-buku tulisannya, malah beliau juga menghadapi krisis rumah tangga sehingga berlaku perceraian. Jessup berkelana ke New York mencari ketenangan dan kemudian pulang semula ke Florida. Tidak beberapa lama selepas kepulangan itu, Jessup terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau mengalami kecerderaan yang serius. Pada 19 April, 1959, Jessup dihubungi Dr Manson Valentine, seorang pegawai kurator di Muzium Sains Miami yang sangat berminat mengkaji hal-ehwal dunia misteri. Beliau telah mengatur perjumpaannya dengan Jessup pada hari berikutnya, dan mendakwa beliau telah membuat satu penemuan mengenai mengenai Eksperimen Philadelphia. Walau bagaimanapun, keesokan harinya - 20 April, 1959, Jessup ditemui mati di Dade County, Florida. Beliau dilaporkan membunuh diri dengan cara menguncikan diri di dalam kereta dan kemudian mengalirkan karbon monoksida yang banyak ke dalamnya. Kematian Jessup masih misteri, kerana sehingga kini mayatnya tidak pernah dilakukan otopsi bagi mencari punca kematiannya.

Bagi  mereka yang percaya - MH370 adalah "misteri" yang tidak terungkai - kisah Eksperimen Philadelphia merupakan hujah asas kepada plot yang menyebabkan kehilangan pesawat tersebut. Keshahihan kisah eksperimen ini bukanlah pokok perdebatan, sebaliknya ia adalah bukti paling nyata bahawa sejak tahun 1930-an, AS sangat memberi perhatian yang besar kepada teknologi halimunan - dalam erti yang sebenar halimunan bukanlah bererti "tidak kelihatan secara fizikal" sebaliknya ia lebih kepada teknologi kalis rada yang mana menyebabkan kapal dan pesawat AS tidak dapat "dilihat" di skrin rada. Hal ini merupakan satu "rantaian" eksperimen bagi membuktikan kebenaran beberapa teori fizik misteri yang dikatakan masih tidak terjawab secara tuntas. Khususnya berkenaan  teori "Unified Field Theory" (UFT -Teori  Medan Bersepadu/Teori Gabungan Medan) yang dikaji secara mendalam oleh Albert Einstein. 

UFT atau nama lainnya dipanggil sebagai - "Teori untuk Segala-galanya", adalah cubaan  mengikat bersama-sama semua fenomena yang dikenali untuk menjelaskan sifat dan tingkah laku semua perkara dan kuasa yang wujud. Dalam fizik, "bidang/medan" merujuk kepada kawasan di bawah pengaruh beberapa kuasa, seperti graviti atau elektrik. Teori Medan Bersepadu "mendamaikan" aspek yang seolah-olah tidak serasi dalam pelbagai teori bidang untuk mewujudkan satu set "tunggal" yang menyeluruh. Seperti teori yang berpotensi membuka semua rahsia alam dan membuat pelbagai keajaiban mungkin berlaku, termasuk faedah seperti perjalanan masa, hilang daripada pandangan mata kasar dan bekalan sumber tenaga yag tidak habis-habis. Menurut Michio Katu, seorang ahli teori fizik di City College, City University of New York, mereka sebenarnya cuba untuk mencapai teori medan bersepadu yang membolehkan kita seolah-olah membaca fikiran Tuhan. UFT cuba menyatukan dua bidang iaitu teori umum relativiti (graviti) dengan elektromagnetisme. Namun demikian, sehingga kini, graviti masih gagal menempatkan dirinya dalam kesimpulan akhir "Teori untuk Segala-galanya".

Dalam Eksperimen Philadelphia - fakta yang sahih adalah ia merupakan projek yang tersasar daripada matlamat asalnya. Mereka mahu kapal tidak dapat dikesan oleh rada musuh, bagi mencapai hasrat ini, mereka mengambil risiko dengan menyakini bahawa Teori Medan Bersepadu boleh dibuktikan melalui eksperimen. Lantas, mereka membungkus satu "botol besar" elektromagnet di sekitar kapal Eldrige untuk menyerap atau memesongkan gelombang radar. Botol tersebut telah dicipta oleh dua atau empat orang. Tesla gegelung besar (unit SI ketumpatan fluks magnet, iaitu satu weber fluks magnet permeter persegi, satu tesla bersamaan dengan 104 gauss atau 104 gammes) yang bertindak sebagai penjana elektromagnet telah  dipasang di hadapan dan di belakang kapal. Beberapa siri penjana magnet, yang dipanggil degaussers telah digunakan. Apabila diaktif, medan elektromagnet akan memanjang keluar dari kapal dan mengalihkan gelombang radar di sekitar kapal, menjadikan Eldridge tidak kelihatan kepada penerima radar.

Apabila ujian sebenar telah dimasukkan ke dalam gerakan, beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka dan pelik telah berlaku. Apabila kekuatan medan elektromagnet meningkat, ia mula berkembang sejauh 100 kilometer dari kapal dalam semua arah dan membentuk sfera besar. Dalam saat ini, kapal tersebut menjadi kabur dan kurang jelas, manakala jerebu kehijauan terbentuk di sekitar kapal, sekali gus menutupi ia daripada pandangan. Akhirnya, yang dapat dilihat hanyalah garis besar badan kapal Eldridge yang  meninggalkan kesan di atas permukaan air. Dan seluruh tubuh badan kapal lenyap daripada pandangan. Pada ketika itu, kuasa medan elektromagnet yang telah wujud telah diturunkan. Dan saksi-saksi dapat melihat, bukan Eldridge sahaja hilang dari pandangan mata di Philadelphia, bahkan ia telah hilang dari Philadelphia bersama-sama dengan anak kapalnya sekali, ia bergerak dari Philadelphia ke Norfolk, Virginia dengan kepantasan yang menakjubkan. Selepas beberapa minit, kapal itu sekali lagi hilang, muncul kembali di Philadelphia. Namun demikian, kesan yang berlaku ke atas semua anak kapal Eldrige sangat menggerunkan, ada dalam kalangan mereka yang ghaib tanpa dapat di kesan, ada pula yang menjadi gila, ada juga yang tubuhnya melekat pada dinding kapal dan ada juga yang menjadi halimunan selepas pulang ke rumah masing-masing. Akhir, Projek Rainbow tersebut dihentikan, semua anak kapal yang masih hidup ditempatkan di rumah sakit jiwa dan eksperimen ini ditutup serta merta. Namun demikian, sains tidak pernah berhenti di situ. Akan muncul saintis yang sanggup mencari "kebenaran baharu" dengan bayaran yang tinggi dan akan muncul juga "pembiaya baharu" bagi menjadikan ia "racun" kepada manusia. Projek Rainbow mungkin sahaja telah dibubarkan, tetapi, Projek Phoenix baru sahaja bermula.

MH370 tidak hilang dengan sengaja - ia membawa mesej misteri bahawa sesuatu teknologi baharu mungkin telah wujud, "mereka" telah merahsiakannya, untuk tujuan eksperimen atau, mungkin juga sedang bergembira dengan penemuan baharu.

Ikuti sambungan kisah ini dalam episod ke-11 berjudul, Misteri MH370: Bunga-Bunga Larangan