Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Harta Karun di Melaka : Pintu ke bilik harta sudah ditemui

Posted: 23 Apr 2014 09:45 PM PDT

  • Pintu ke bilik harta sudah ditemuiPintu ke bilik menyimpan harta karun ditemui syarikat terlibat.
 1 / 1 
AYER KEROH - Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit.

"Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

"Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.

Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

"Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya.

PRK Bukit Gelugor: Mengundi 25 Mei, Penamaan Calon 12 Mei

Posted: 23 Apr 2014 09:08 PM PDT


Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 10:32 AM
Abdul Aziz Mohd Yusuf

PUTRJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei, manakala hari penamaan calon pula akan diadakan pada 12 Mei ini.

Tempoh berkempen adalah selama 12 hari.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu juga menetapkan bahawa hari pengundian awal ialah pada 21 Mei ini.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Bangunan SPR di sini, Khamis.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 1.10 pagi, pada 17 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

PRK Bukit Gelugor adalah yang keempat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu.

Tiga PRK sebelum ini ialah di DUN Kuala Besut di Terengganu yang diadakan pada 24 Julai tahun lalu diikuti DUN Sungai Limau, Kedah pada 4 November lalu.

Terbaharu, kira-kira sebulan yang lalu negara turut menyaksikan PRK ketiga diadakan di DUN Kajang, Selangor pada 23 Mac.
Seramai 82,431 pemilih akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi yang terdiri daripada 82,255 orang pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.
Menurut Abdul Aziz, anggaran kos perbelanjaan bagi PRK Bukit Gelugor adalah sebanyak RM1.9 juta.
"Sebanyak 21 buah pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 buah bagi pengundian biasa dan empat bagi pengundian awal.

"Dewan Sri Pinang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi," katanya.

Mengapa begitu cepat sijil kematian penumpang MH370 mahu dikeluarkan?

Posted: 23 Apr 2014 03:01 AM PDT

Mengapa begitu cepat sijil kematian penumpang MH370 mahu dikeluarkan?
Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian, iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.
Pengumuman tersebut, katanya, diambil selepas mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan dan bertujuan supaya waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.
Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang diuji, ternyata tidak berkaitan langsung dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.
Pada masa yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.
Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang diteliti ketika ini.
Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakitan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Hamzah juga berkata misi pencarian di Lautan Hindi masih perlu diteruskan dengan kemungkinan menggunakan lebih banyak aset atau kawasan pencarian diperluaskan lagi.
Jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian?
Apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa?
Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?
Sehingga ini, memang dilaporkan ramai waris mangsa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian itu sehingga mereka benar-benar diberikan bukti bahawa pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia.
Bagi kebanyakan waris, bukti nyata tentang kematian adalah perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum mereka diberikan sijil kematian yang diikuti dengan pemberian sejumlah wang pampasan.
Ramai waris yang menolak tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian tanpa sebarang bukti itu dan menganggapnya sesuatu yang tidak patut dilakukan ketika ini.
Setelah mengeluarkan kenyataan bercanggah, tidak telus dan tidak tepat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, tindakan mahu mengeluarkan sijil kematian hanya setelah misi pencarian gagal menemui sebarang bukti dalam tempoh 47 hari, ia adalah satu lagi bukti kegagalan kerajaan bertindak waras dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perikemanusiaan.
Tidakkah tindakan mengeluarkan sijil kematian ini menunjukkan prosesnya menuju ke arah penutupan kes? Walaupun misi pencarian akan diteruskan, tetapi setelah sijil kematian dikeluarkan, sudah tentulah usaha tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh lagi?
Kenapakah hanya setelah 47 hari misi pencarian, kerajaan seolah-olah sudah berputus asa dan lebih selesa ianya diakhiri dengan kematian?
Bukankah Islam menetapkan pengisytiharan kematian hanya setelah 4 tahun manakala undang- undang negara pula setelah 7 tahun?
Bagaimana jika setelah sijil kematian dikeluarkan, pesawat itu akhirnya dapat ditemui dan semua penumpangnya masih hidup?
Dalam hal ini, kerajaan tidak seharusnya terlalu awal mahu membuat kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia.
Jika kesimpulan pertama yang diumumkan Najib sebelum ini bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi dan kemudian merakamkan usul takziah di Parlimen, ternyata masih gagal dibuktikan kebenarannya serta menyinggung perasaan waris mangsa, kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia melalui pengeluaran sijil kematian ini sekali lagi mengguris perasaan mereka.
Seharusnya, sebagaimana yang kerapkali dijanjikan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat, cebisan mayat dan kotak hitam ditemui, ia benar-benar menjadi ungkapan janji yang ditepati. Janganlah cepat membuat pusingan U atau menuju ke persimpangan lain sebelum tiba ke destinasi yang dijanjikan.
Jika tidak, ia lebih mendedahkan kelemahan kerajaan dan seolah-olah benarlah tanggapan bahawa banyak yang cuba disembunyikan di sebalik kehilangan pesawat itu. – shahbudindotcom.blogspot.com

 Oleh Shahbudin Husin 

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


PRK Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei

Posted: 23 Apr 2014 08:49 PM PDT




PUTRAJAYA 24 April - Tarikh Pilihan Raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei sementara penamaan calon pada 12 Mei dan pengundian awal pada 21 Mei.

Pengerusi Suruhanjaua Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat.

"Pilihan raya ini melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), untuk itu sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka iaitu 17 pusat pengundian biasa dan empat untuk pengundian awal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140424/dn_24/PRK-Parlimen-Bukit-Gelugor-25-Mei#ixzz2zlwRpF2f
© Utusan Melayu (M) Bhd

Menteri JKR @PetrajayaMP nafi jawapan tweet @Anwaribrahim isu Jalan

Posted: 23 Apr 2014 05:33 PM PDT

Imej diterima dari whatsapp menunjukkan jawapan Menteri JKR berhubung tweet Ahli Parlimen Permatang Pauh Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Pelik Tetap Benar : Persamaan Red Devils dengan Red Warriors

Posted: 23 Apr 2014 03:25 AM PDT

Sumber dari whatsapp

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'?

Posted: 23 Apr 2014 11:45 AM PDT


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'kaki goreng' kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini 'kaki goreng'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik.

"Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Konon nafi nak jawatan, tapi upah penulis hantu raya

Posted: 23 Apr 2014 11:00 PM PDT


Kenyataan Rakyat Malaysia "Kenyataan itu bersifat amaran terhadap Perdana Menteri dengan mengatakan, " yang buat silap bukan Ahmad Said dan jangan pula Menteri Besar Terengganu dipersalahkan" di SINI betul-betul menjadi tandatanya.

Selama ini The Unspinners mula mengenali dan memahami Dato Ahmad Said dari tulisan blognya. Seagai orang lama, susah nak baca maksud disebalik tulisan wartawan veteran tersebut.

Namun tak perlu nak menegur dan mengajar blogger bagaimana nak blogging dalam media semulajadinya. Dunia blog bukan seperti dunia kewartawanan akhbar arus perdana yang banyak mengelak-ngelak dari berterus terang.

Tentu apa yang kami katakan kepada Dato Najib adalah sesuatu yang lazim diperkatakan sana sini tapi wartawan takut nak sebut secara terbuka. Apabila wartawan nak tersurat dan tersirat sangat, mesej tak sampai dan pucuk kepimpinan tak dapat feedback yang sebenar.

Itu antara sebab tak ramai wartawan yang efektif dalam dunia siber dan sosial media. Namun begitu jika dunia wartawan itu begitu hebat, kenapa tak ditegur Mingguan Malaysia yang melambung Mat Said? Kenapa pula Utusan nak mendahului Najib lebbih dahulu dari blogger? Ada apa-apa ke?

Sementang Mingguan cekap melambung orang tanpa sebut nama, tak perlu naif dan buat tak faham apa yang dituju. Mana-mana orang cerdik seperti berikut boleh tangkap maksud salah satu yang dituju:


Mana-mana orang juga boleh tangkap dan tak sebodoh untuk terima bulat-bulat penafian seorang ahli politik. Lagi pula bila ada ahli polittik dari keluarga politik yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai cita-cita dan cita rasa sendiri.

Bagi yang ada akses dan rangkaian, tak susah untuk menyedari akan langkah pihak-pihak tertentu yang telah menganalisa dan mengatur gerak langkah dari selepas PRU13. UMNO memang lembab untuk bergerak menghadapi pembangkang tapi cekap dan halus untuk menerkam sesama sendiri.

Walaupun ada pihak baling batu sorok tangan, tak susah untuk membaca modus operandi biasa yang menggunakan bekas wartawan akbar nyamuk dan penulis buku politik yang dah tak laku dan kini menyambung penghidupan sebagai hantu raya.

Sepanjang penceburan sekejap di dunia siber yang tak membawa impak pun, isu yang sering ditimbulkan pun sering berupa cerita-cerita politik hantu raya dan kedai kopi. Dari situ kita dah pickup dia pernah jadi AJK sesuatu Bahagian di satu masa. Tentulah ada suka duka, sayang bencinya.


Untuk menutup tapak dan gerak langkah, maka standard diguna portal berita pihak pembangkang yang mana salah seorang wartawan adalah bekas akhbar perdana dan dari terengganu.. Takkan pihak pembangkang boleh tulis bersiri-siri dengan pelbagai angle untuk lambung Mat Said.

Malah kami tahu siapa yang tulis artikel untuk portal pembangkang bertajuk "xxx ganti Mat Said" dan di forward ke rakan FB untuk jadi tukang sebar. Bukan seorang operator FB mereka. Dengan disensasikan, cepat khabar angin menjadi viral. Lebih laju dari zaman tulis surat berantai yang perlu belanja duit fotostat dan stem..   


Seperti kami kat aianya hantu raya, orang yang sama nak goyang pokok untuk ugut Mat Said mungkin juga orang sama yang menyerang Ahmad Shaberry Cheek menggunakan poster ini. Bunyi macam serangan pembangkang tapi sebenarnya kawan sendiri.

Tak payahlah nak bermugkin. Memang pun. Oleh itu, jangan hairan dari Bahagian yang sama.

Game ini senang dibaca kerana tujuannya adalah untuk dapatkan bayaran samada dari mangsa yang disasarkan atau tukang upah. Mungkin sekali ada tukang biayai supaya lebih berkesan. Sering kali juga, tukang biayai ditinggalkan jika mangsa lebih pemurah.

Ini adalah game yang sama yang diguna pakai penulis politik. Begitulah rasminya penulis politik yang pemahaman polisi, ekonomi, sosial dan sains politik amat cetik sekali. Politik yang difahami hanya seni berpoliticking tanpa pengisian.

Tak apa lah ... Kali ini kita berkias tapi lain kali kita balik jadi blogger dan berterus terang. Pendik kata, semua maklumat dah kami ketahui.... siapa YBnya, siapa ahli keluarga, siapa wartawan yang diguna, penyebar FBnya dan pemimpin tempatan yang terlibat.

Tak ada kena mengena Dato Idris Jusoh kerana ada yang terlibat pun pernah kena drop oleh Idris... hanya hantu raya. Bila tulis bukan main hebat menggunakan perkataan perjuangan, hai ...ni bukan caranya nak pertahankan BN.

Sepatutnya kurangkan tikam menikam dan lebih sepakat, muzakarah dan konsensus. INi nak ambil peluang menyalahkan seseorang padahal bukan salah dia. Sah ini serupa nak bantu PAS ambilalih Terengganu saja mereka ni.

UMNO tak boleh leka dan "can't take for granted"

Posted: 23 Apr 2014 08:00 PM PDT


Masih kebalkah UMNO?

Oleh AHMAD FARIS ABDUL HALIM

SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah.

Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".

Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.

Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO.

Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.

Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain.

Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.

Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu ....

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia SINI

Ada lebai tolol PAS percaya DAP sokong hudud

Posted: 23 Apr 2014 05:25 PM PDT


Padahal dah begitu jelas DAP dan PKR tentang hudud ...








Berani ke PAS?




Lagi tentang hudud, lagi PAS buat "memorial"

Posted: 23 Apr 2014 08:37 AM PDT


Malah PAS tak rebut kerusi DAP...


Oranag Islam yang sokong hudud, dikafirkan pula...


Satu perjuangan untuk anak Melayu timba ilmu

Posted: 23 Apr 2014 05:48 AM PDT


Malam semalam di UiTM diadakan majlis tahlil kesyukuran dan doa selamat untukmemperingati 40 tahun UiTM yang dahulunya dipanggil ITM atau Institiut Teknologi MARA.


Mungkin ramai penuntut UiTM sekarang sudah ambil mudah saja akan kewujudan UiTM hingga sudah ada pelajar keluaran ITM dan UiTM yang menyertai pembangkang hingga sanggup berkata UiTM patut dibuka kepada semua kaum.

Tidak mereka fikir bahawa jika tidak kerana UiTM, tiada lagi IPTA atau IPTS yang dapat memberi peluang untuk anak Bumipputera untuk belajar di menara gading. Persaingan berdasarkan meritokrasi telah menafikan penuntut yang layak dari mendapat tempat.

SIkit demi sedikit jumlah pelajar Melayu yang dapat tempat dalam pengajian yang strategik dan professional berkurangan. Kalau tidak UiTM, mungkin sekai tiada peluag langsung untuk anak Melayu dan Pribumi untuk melanutkan pelajaran.

Apa yang wujud di UiTM hari ini tidak datang bergolek tapi adalah hasil usaha perjuangan mereka yang mahu melihat anak Melayu dan Pribumi punya dalam arus pembangunan dan kemajuan negara.


Antara yang hadhir adalah Pengetua pertama ITM iaitu Tan Sri Arshad Ayub. Turut serta adalah Dato Ibrahim Ali.


Dalam tulisan di Utusan Malaysia semalam, beliau berkongsi usaha untuk mendapatkan penaik tarafan ITM ke UITM yang memakan masa yang lama:


Hari ini dalam sejarah, 22hb April 2014. Tarikh yg tidak akan saya lupa sepanjang hayat saya.22hb April 1974,iaitu kira2 40tahun yg lalu,sewaktu saya menjadi Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM), saya memimpin satu perarakkan demonstrasi berjalan kaki dari kampus ITM shah alam menuju ke Parlimen Kuala. Lumpur untuk menuntut taraf Universiti bagi ITM.


Lebih 6,000 siswa siswi ITM terlibat, iaitu hampir 100% bersatu, bermula jam 8 mlm dalam, dua barisan berjalan kaki dan bila tiba di Batu 3,Shah Alam,pihak FRU telah bertindak dengan menembak gas pemedeh mata. Keadaan menjadi huru hara dan kelam kabut.

Ringkasnya, lebih 1,500 orang siswa di tangkap, sekitar 600 orang di masuk ke hospital,ada yg patah tangan, kaki dan berbagai luka parah. Sekitar 600 orang sampai juga ke Parlinen. Siswa ITM jurusan kejuruteraan mengambil aleh keretapi menuju ke KL dan banyak tiang lampu tumbang sepanjang lebuhraya persekutuan. Suasana macam perang.

Pada 23hb April 1974, keesokkan hari saya mengambil aleh pentadbiran kampus ITM di Shah Alam dan kampus Jln Othman di PJ.


Dua minggu berkurung dlm kampus dan di kepong oleh polis dan FRU.

Akhirnya atas arahan Tun Razak, PM pada waktu itu, mengarah polis membawa ibu bapa EXCO KSITM ke kampus ITM Jalan Othman untuk memujuk kami bersurai dan menyerah diri.

Rundingan telah dijalankan yg membawa kpd pertemuan saya dan exco KSITM dengan Tun Razak dan beberapa Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.

Persetujuan telah di capai, Tun Razak memberi surat tulisan tangan kepada saya, bersetuju untuk mengiktiraf sebahagian dari Diploma ITM di iktiraf setaraf ijazah am.

Sebelum ini,Diploma ITM hanya setaraf dgn STPM.

Lanjutan atas persetujuan tersebut, ITM di tutup sebulan dan semua siswa siswi di mestikan pulang ke kampung masing-masing. Kami barisan exco ksitm dan Dewan Majlis ITM tidak pulang dan beroperasi di Bangunan MAYC atas ihsan secara senyap oleh Tan Sri Sanusi Junid, Presiden MAYC ketika itu.

Inilah sejarah perjuangan demi anak Melayu dgn slogan Bumiputra Bertindak. Saya tidak pernah berputus asa dan meneruskan perjuangan menuntut ITM di naikkan taraf Universiti, baik dalam Parlimen,di Perhimpunan Agung UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan dimana saja saya ada peluang bercakap.

Bersyukur pada Allah swt,di Perhimpunan Siswazah ITM di Stadium Melawati pd tahun 1999, Tun Dr Mahathir Mohamad, PM pada waktu itu, Dato Najib Menteri Pelajaran yang hadir bersama 15 ribu graduan ITM dimana saya menjadi penganjur dan pengurusi, berkumandang suara Tun M selaku PM mengistiharkan ITM bertukar taraf menjadi sebuah Universiti untuk anak bangsa.

DEMIKIANLAH SEBUAH PERJUANGAN DALAM LIPATAN SEJARAH.

Kepada rakan-rakan seperjusngan yang telah kembsli kerahmatullah,didoa semuga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin. Amin.








DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Jom Tandatangan Petition Robohkan Tambak Johor...

Posted: 23 Apr 2014 07:00 PM PDT


Kami memerlukan sokongan rakyat Malaysia bagi mendesak kerajaan Malaysia pimpinan Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak untuk meneruskan merobohkan Tambak Johor dan menggantikan dengan sebuah jambatan bukan bersetuju dengan Singapura untuk membina jambatan baru di tempat lain atau membina terowong dasar laut.

"Bina Jambatan atau tiada persahabatan (dengan Singapura)" kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Klik sini untuk tandatangan petition ROBOHKAN TAMBAK JOHOR...

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


DEMO HARGA GETAH RM1.80 - 22.4.2014

Posted: 23 Apr 2014 06:06 AM PDT

 Rakyat luar bandar, kampong-kampong tradisional dan para peneroka Felda yang bergantung harap dengan hasil getah kini sedang menjerit dan memekik memanggil para pemimpin UMNO supaya lihat akan nasib yang menimpa mereka kini.
 Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... kini sudah kais pagi makan untuk sampai kemalam.
Lihatlah mereka, tinjau-tinjaulah mereka dan jenguk-jenguklah mereka wahai para pemimpin UMNO semua ... Ingat akan jasa besar mereka .. ingat akan sokongan dan dokongan undi mereka kepada UMNO sehingga masih boleh bertahan di Putrajaya.
Kalau sudah tidak mampu dan larat .. sila turun takhta dan serahkan kepada Pakatan Rakyat.
Janganlah bila nakkan undi dan sokongan mereka baru nampak muka dan berlakun perihatin dan kesian.
Mana slogan Rakyat Di Dahulukan ... Mana kata-kata manis Tradisi Membela Rakyat. .. Mana janji BN Menang Rakyat Senang.

Kain rentang dipasang di Kg New Zealand, Maran, Pahang .. negeri Najib Razak .. negeri UMNO/BN jadi parti pemerintah semenjak Merdeka 1957.

Brunei Terapkan Rajam Bagi Pezina dan Gay. Kecaman Datang dari PBB dan Kelompok LGBT.

Posted: 23 Apr 2014 05:50 AM PDT


Islamedia.co - Pemerintahan Brunei Darussalam akan menerapkan hukuman rajam bagi kaum homoseksual di negara tersebut. Hukuman ini juga akan diberlakukan untuk pelaku zina di negara yang mulai tahun ini menerapkan hukum syariah itu.


Seperti diberitakan Huffington Post pekan lalu, Kesultanan Brunei telah merevisi hukum pidana negara dan menggantinya dengan hukum syariah.  Dalam hukum baru, eksekusi mati dengan rajam akan diterapkan untuk para pelaku zina, hubungan di luar nikah, perkosaan, dan sodomi yang biasa dilakukan kaum gay.


Hukuman mati juga akan diberikan atas dakwaan penistaan ayat-ayat Al-Quran dan Hadits, mengaku nabi, dan pembunuhan. Revisi undang-undang baru ini akan berlaku mulai besok, Selasa 22 April 2014.

Keputusan pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah ini menuai kecaman dari Komisi Tinggi HAM PBB (UHCHR). Dalam pernyataannya, Komisaris UHCHR Rupert Colville mengatakan bahwa hukuman mati untuk berbagai tindakan yang disebut adalah pelanggaran hukum internasional.

"Kami mendesak pemerintah menunda penerapan revisi hukum tersebut dan melakukan peninjauan yang komprehensif untuk memastikan kesesuaiannya dengan standar hak asasi manusia internasional," kata Colville.

Protes juga telah disampaikan oleh kelompok LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual), Gill Action, dengan membatalkan acara konvensi yang rencananya akan digelar di Beverly Hills Hotel, Amerika Serikat, 1-4 Mei mendatang. Hotel tersebut adalah milik Dorchester Group yang dikendalikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Walaupun menerapkan hukuman mati dalam undang-undangnya, namun eksekusi tidak pernah dilaksanakan di Brunei sejak tahun 1957. UHCHR mendesak Kesultanan Brunei melakukan moratorium formal eksekusi mati dan menghentikannya.

Khusus umat Islam

Penerapan hukum Syariah tahun 2014 diumumkan Sultan Bolkiah tahun lalu. Hukuman ini hanya akan diberlakukan untuk umat Islam di negara tersebut, yang jumlahnya sepertiga dari populasi keseluruhan 420.000 orang.


"Ini karena kami butuh pada Allah yang Mahakuasa, dengan segala kemurahanNya, telah menciptakan hukum untuk kita, sehingga bisa menegakkan keadilan," kata Bolkiah saat itu.

Selain rajam, pidana syariah memuat hukuman potong tangan bagi pencuri. Namun untuk menerapkan hukum ini tidak semudah yang dibayangkan, ada aturan yang ketat.

Potong tangan hanya akan dijatuhkan bagi barang curian mencapai senilai atau lebih dari seperempat dinar (4,25 gram emas). Kurang dari itu adalah penjara. Sementara hukum rajam hanya diberlakukan untuk pezina yang telah menikah, dengan dihadirkan empat orang saksi laki-laki yang melihat perzinahan itu dengan gamblang.


Sementara itu, yang belum menikah akan dihukum cambuk 100 kali. Hukuman cambuk juga diberikan bagi pengonsumsi khamr atau minuman keras. (ita/viva)

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUARA DAP : KHALID MB TIDAK GUNA

Posted: 23 Apr 2014 08:06 PM PDT

Disebabkan catuan air yang berpanjangan, seorang Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi menuntut agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat kerana didakwa gagal mengatasi masalah tersebut.
Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Jelutong dilaporkan Malaysiakini berkata, masalah bekalan air itu menyulitkan urusannya hingga terpaksa "mandi kerbau" (mandi cincai) setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya.
"Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.
"Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.
"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang 'tidak guna' ini," katanya.
Ahli Parlimen DAP berkenaan turut memuatkan satu gambar bilik air yang menempatkan empat bekas takungan air.
Tulisannya itu mendapat perhatian meluas rakannya di Facebook yang meninggalkan lebih 80 komen di tulisan tersebut.
Para pengikutnya itu antara lain bertanya sekiranya beliau yakin pengganti Khalid akan dapat menunjukkan prestasi lebih baik dari sedia ada.
Mengulas komen tersebut, Jeff Ooi menyoal kembali mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan.
"Jika penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali lebih baik daripada Khalid, kenapa tidak?," katanya.
Abdul Khalid dalam kenyataan hari ini berkata Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus.
Namun, katanya, setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

RAYUAN KAKITANGAN SABAH & SARAWAK KEPADA CUEPACS

Posted: 23 Apr 2014 06:23 PM PDT

Rakyat Sabah Teguh Di Belakang Kerajaan
Elaun COLA (Cost Of Living Assistance) mula diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970an dahulu, pernah diberhentikan dan diperkenalkan semula pada tahun 2012 melalui pekeliling JPA ini.

Walau bagaimanapun, kakitangan Sabah/Sarawak tidak diberikan Elaun Cola dengan alasan kakitangan Sabah/Sarawak atau kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak telah diberikan Elaun Insentif Wilayah.

Isu ini sudah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu sama ada oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Sabah, tetapi masih tidak ada keputusan sama ada telah disampaikan atau tidak kepada pihak JPA.

Baru-baru ini, dalam satu perbincangan dengan kakitangan kerajaan di Sabah, mereka meminta saya menulis perkara ini, kerana mereka berasa tidak adil. Sudah tentu saya mesti menulisnya, kerana saya mesti menyuarakan isu ini supaya pihak Cuepacs sedar dan pihak kerajaan pun akan mengetahuinya. Jika saya tidak menulisnya bermakna saya tidak berlaku amanah kepada YAB Perdana Menteri yang perlu mengetahui isu ini. 

Kita tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat, kerana kesan teknik bertahan yang dilakukan oleh David Moyes di Manchester United akhirnya memakan diri, di mana Moyes disingkirkan dan Manchester United gagal ke perlawanan kelab Juara-Juara Eropah. Kita tidak mahu isu ini dimanupulasi oleh pihak pembangkang dengan cara yang buruk seperti demontrasi. 

Sebagaimana kata YAB Perdana Menteri kita, kita mesti ke depan menyelesaikan masalah, bukan di belakang menunggu masalah.

Saya berharap pihak Cuepacs terutamanya, supaya mengambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana harus diingat kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak adalah penyokong tegar kerajaan persekutuan sejak sekian lama. 

Pihak Cuepacs harus keluar dari kepompong lama, janganlah hanya memohon bonus setiap kali Bajet diumumkan kerana kita semua tahu Kerajaan kita pasti akan memberinya. Sejak sekian lama, sama ada semasa senang atau susah, kerajaan kita sentiasa memberikan bonus ataupun bantuan setiap kali pembentangan Bajet. Jadi Cuepacs tidak perlu lagi mengejar populariti ini.

Pihak Cuepacs janganlah hanya kelihatan memperjuangkan kakitangan kerajaan 'orang semenanjung' sahaja kata mereka. Perasaan-perasaan seperti ini hendaklah dihapuskan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, YAB Dato' Seri Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyatnya. Malah beliau tegas berkata, "every single person" sangat penting kepadanya. Malahan YAB Dato' Seri Najib sendiri memberitahu bahawa segala keperluan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diberi perhatian serius.

Di dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan JPA sebaliknya pihak kesatuan sekerjalah yakni Cuepacs perlu ke depan untuk meyakinkan pihak JPA mengapa kakitangan Sabah/Sarawak atau Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak perlu menerima juga Elaun Cola. 

Jika Cuepacs tidak ada kertas kerja mengenai perkara ini bagaimana JPA hendak memahami emosi mereka? Semalam sahaja di Dewan Negara sudah ada isu-isu emosi kakitangan awam dibangkitkan. Jika Cuepacs tidak pernah menyuarakan hal ini kepada YAB Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri boleh tahu perasaan kakitangan Sabah/Sarawak? Jika saya tidak menulisnya pula, saya akan menjadi orang yang tidak sensitif dan tidak membantu kerajaan kerana hanya berdiam diri. Sedangkan kerajaan perlu tahu isu ini.

Dalam laman rasmi Cuepacs, saya mendapati mereka ada menyentuh tentang Elaun Cola tetapi hanyalah tuntutan kenaikan daripada RM300 kepada RM450 dan tuntutan supaya diselaraskan tanpa mengira kawasan luar bandar dan bandar. Amat malang sekali, Cuepacs langsung tidak berminat untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak ataupun kakitangan Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak. Mereka bertanya saya, apakah perjuangan Cuepacs hanya untuk kakitangan orang Semenanjung Malaysia sahaja?

Sabah Sarawak Sudah 50 Tahun Dalam Malaysia 
Nation Building
Cuepacs harus faham kita bukan setakat bercakap isu elaun Cola ini, tetapi kita sedang bercakap tentang isu kenegaraan, our nation building yang melibatkan isu-isu a sense of ownership/a sense of belonging. Negara kita Malaysia ini adalah meliputi Sabah dan Sarawak juga, kita sedang bercakap tentang perpaduan nasional, patriotik nasional bukan lagi Malay centric tetapi Malaysia centric. YAB DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua rakyatnya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dari segi politik sahaja, kita lihat tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerajaan kita sudah tumbang lama sejak 2008 lagi. Oleh yang demikian, sokongan mereka perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Cuepacs supaya berfikir dengan lebih terbuka dan melihat isu ini sebagai isu yang mesti diselesaikan segera sebelum PRU14. Mengapa tidak sebagai hadiah Hari Pekerja pada 1 Mei ini !

Sekiranya pihak Cuepacs berjaya meyakinkan YAB Perdana Menteri dan pihak JPA, saya tidak nampak perkara ini tidak boleh diberikan. Jika pihak Cuepacs boleh menyediakan justifikasi yang betul dan implikasi kewangan yang jelas, saya fikir pihak JPA akan mempertimbangkannya dengan wajar.

Janganlah berfikiran kakitangan Sabah/Sarawak sudah menikmati elaun insentif Wilayah maka tidak perlu mereka menerima  elaun Cola pula. Ini adalah idea lama, sedangkan YAB DS Najib sudah bercakap tentang 'new politic'.

Pihak Cuepacs harus membuka semula buku sejarah, bahawa Elaun Wilayah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terkandung di dalam Perkara 20. Jika ada pihak yang membangkitkan isu ini, maka perbincangan topik ini akan menjadi panjang lebar dan rumit.

Sejarah pembinaan negara kita, sejarah politik negara kita, dengan isu-isu keselamatan yang semakin mencabar, saya berharap pihak Cuepacs membuka minda mereka jauh ke hadapan.

Bayangkan anggota keselamatan di sempadan wilayah Esszone, mereka memperjudikan nyawa mereka di sana untuk nation building kita, bayangkan guru-guru yang bertugas di kawasan Tanduo, dan sebagainya, alangkah gembiranya mereka, keluarga mereka jika perkara ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya.

Malah saya yakin kakitangan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pasti akan turut gembira sekiranya perkara ini dapat direalisasikan.

Kepada kepimpinan Cuepacs, marilah kita membantu YAB DS Najib dan kerajaan memantapkan lagi sokongan padu rakyat kepada kerajaan.

Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?

SUMBER : MERDEKA

TU DIA...PELUANG KAUM SEPET MASUK PUTRAJAYA MAKIN TERBUKA LUAS!

Posted: 23 Apr 2014 02:34 AM PDT


PERKASA hari ini mengkritik cadangan pembangunan "Taman Persahabatan China-Malaysia" di Presint 4, Putrajaya sebagai mercu tanda hubungan Malaysia-China.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) berkata, identiti Putrajaya, meliputi sebibina dan landskap sedia ada mesti dikekalkan kerana ia "berteraskan patriotisma negara Malaysia yang asli."

"Cadangan jambatan reka bentuk gaya Lingnan boleh di buat di Pulau Pinang, Bukan Putrajaya. Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata,kita lupa bumi dipijak," katanya.

Bernama semalam melaporkan, pembinaan taman bercirikan Lingnan, China itu akan dibuat di tanah 0.24 hektar di tapak kekal 11.7 hektar Festival Bunga dan Taman Putrajaya, yang lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya.

Majlis pecah tanah dan penanaman pokok kelmarin disempurnakan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.


Dalam ucapannya Aseh dilaporkan berkata projek yang membabitkan kos RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan China melalui Persatuan Rakyat Dongguan dijangka siap pada awal Jun ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, mereka membuat gesaan itu kepada Putrajaya Holding ekoran dihujani gesaan orang ramai supaya keadaan Putrajaya itu dikekalkan.

Menegaskan bukan menentang mana-mana budaya, beliau menegaskan, setiap negara dan bangsa mesti ada nilai patriotisme yang wajib dipelihara.

"Pelancong datang dengan berbagai acara. Oleh itu batalkan hasrat ini dan pindah ke Petaling Street (di Kuala Lumpur) atau Pulau Pinang. Kecewanya saya," katanya.

"Adakah negara Cina akan bina tapak warisan Melayu di tengah-tengah kota Beijing?" soalnya lagi.

Pesan kami, janganlah kerana nak pujuk 'satu-satu kaum' tu kita gadai 'kesucian' Putrajaya kepada bangsa yang pernah khianat pada kita. Janganlah kerana nak redakan rasa tak puas hati bangsa Makjuj yang bising-bising pasal kehilangan MH 370 tu kita bagi tanah kat mereka.

Bimbang nanti, dah dapat tanah buat itu ini nanti mereka minta bina tokong pagoda dan patung berhala dewi kuan yin di Putrajaya pula. Sekarang ni pun puak-puak ni dah ambil seinci demi seinci tanah rezab di Putrajaya buat banglo dan kondo mahal-mahal. Mana mampu orang Melayu-Islam dan penjawat awam nak beli. Semuanya taktik halus nak halau Melayu dari Putrajaya, semua taktik halus nak masukkan pengundi anti Melayu-Islam semata-mata nak tawan Putrajaya demi hapuskan Melayu!

Cukup-cukuplah, kes penduduk marah sebab Perbadanan Putrajaya nak buat Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas Putrajaya tu pun belum lagi selesai, ni nak tambah lagi masalah. 

Wahai Perbadanan Putrajaya tolong jangan buat orang benci pada Perdana Menteri boleh tak??? 

Bangsa Melayu bukan rasis tapi sanggupkah puak sepet membenarkan bangunan Melayu-Islam dibina megah ditengah-tengah bandar Georgetown, Petaling Street, Cheras ...Jangankan nak bina masjid, nak bina surau pun dihalang mereka. Laungan azan pun dipersendakan oleh kaum-kaum musyrik ini.

Fikir pasal harga diri bukan pasal duit semata!