Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR TAK PERCAYA AZMIN, UMUM TANDING ELAK AZMIN LAWAN AZIZAH, TARIK DIRI BILA AZIZAH DAH SELAMAT

Posted: 22 Apr 2014 09:19 PM PDT

Pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding dan memberi laluan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikekalkan sebagai presiden parti disambut gembira oleh kem Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Mengulas penarikan diri Anwar itu, kem Saifuddin yang menggunakan twiteer @MasaDepanBsama menulis ayat sinis," Ada yang gigit jari sebab @anwaribrahim beri kemenangan kepada @drwanazizah. Kita harap dia terima hakikat yang DSAI takkan pertahankan dia lagi."
Mungkin 'dia' yang dimaksudkan @MasaDepanBsama adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Kem Saifuddin turut mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah kerana berjaya memenangi jawatan Presiden PKR tanpa bertanding, satu jawatan yang disandang selama 15 tahun tanpa pencabar.
Menurut kem Saifuddin, pasukan mereka mereka menyokong penuh kepimpinan Wan Azizah dengan membuat senarai berikut:
1. Presiden : Dr Wan Azizah Wan Ismail
2. Timbalan Presiden : Saifuddin Nasution Ismail
3. Naib Presiden :
* Nurul Izzah Anwar
* Rafizi Ramli
* Tian Chua
* Fuziah Salleh
Yang tidak disenarai @MasaDepanBsama adalah; Ketua Wanita : Rodziah Ismail dan Ketua AMK : Nik Nazmi Nik Ahmad juga dari kem Saifuddin.
Senaraian dari kem Saifuddin itu secara tidak langsung menafikan kemenangan kem Azmin dan kem Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemilihan parti Mei ini.
Kem Azmin terdiri daripada; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr Xavier Jeyakumar; Ketua wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua AMK, Amiruddin Shaari.
Manakala kem Khalid pula; Timbalan Presiden, Khalid Ibrahim; Naib Presiden, Mustapa Kamil Ayub; Ketua wanita, Rodziah Ismail dan Ketua AMK, Nazree Yunus.
Malah, sebelum Pengerusi JPP, Johari Abdul membuat pengumuman penarikan diri Anwar hari ini, Saifuddin telah memberitahu perkara yang sama pada lapan hari yang lepas.
Barangkali Saifuddin ingin memberi signal bahawa sebarang berita berkaitan dengan Anwar sudah tidak keluar lagi dari mulut Azmin, sebaliknya maklumat dari mulutnya lebih sahih.
Pada 30 Januari lalu, Azmin melalui laman peribadinya, azminali.com menerbitkan satu artikel bertajuk, "[BERITA] Putuskah sudah kasih Azmin?."
Azmin turut memberi kredit kepada penulis artikel itu, Yusof Haron, kolumnis Sinar Harian.
Blog TaipingMali menyimpulkan penerbitan artikel Yusof Haron bukti Azmin sedang merajuk terhadap Anwar Ibrahim.
"Artikel tersebut antara lainnya mengupas peranan dan 'bakti' yang pernah dicurahkan oleh Azmin kepada Anwar selama ini.
"Namun demi kepentingan politik, semua jasa bakti tersebut seakan-akan diketepikan oleh Anwar demi memenuhi nafsu politiknya.
"Oleh itu, umum kian faham betapa Anwar sanggup mengetepikan Azmin demi kepentingannya sendiri. Apakah sudah putus kasih sayang mereka berdua? Atau ia hanya wujud semata-mata sebagai kasih sayang politik?".
"Untuk makluman Yusof Harun adalah merupakan seorang penulis tamu di dalam akhbar Sinar Harian yang sering menghentam dan mengkritik Anwar," ulas TaipingMali.
Beberapa bulan sebelum Kongres Nasional Khas 2013 di Shah Alam, FMT mendapat sumber bahawa Azmin telah berkempen untuk merebut jawatan Presiden PKR yang disandang Wan Azizah.
Menurut FMT, kempen Azmin itu turut disertai oleh para penyokong kuatnya, Dr Xavier Jayakumar, Amiruddin Shaari, Suhaimi Shafiei, Hee Loy Sian, dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.
"Beberapa program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April atau Mei tahun hadapan.
"Sebelum ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana 'Laksana Satu Nyawa' dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti dan sayap AMK di Lembah Klang.
"Pemilihan kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14 tahun yang lalu," lapornya.
FMT turut mengutip sumber 'khabar angin' yang menyebut Anwar mengetahui tentang hasrat Azmin itu.
"Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar jawatan tersebut.
"Sekiranya ini berlaku, 'game play' akan berubah dan ramai 'orang-Azmin' dijangka memenangi jawatan-jawatan penting parti bagi 'menghalang Anwar dari membuat keputusan secara bersendirian' tanpa terlebih dahulu merujuk kepada keputusan majoriti Biro Politik dan MPP parti.
"Dalam apa jua situasi, empat jawatan Naib Presiden dan 20 jawatan MPP akan menyaksi pertembungan hebat kumpulan Azmin dengan kumpulan pro Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar,"lapornya lagi.
Laporan FMT pada 30 September 2013 seakan-akan benar-benar terjadi pada pemilihan PKR 2014.
Kumpulan pro Nurul Izzah yang digambarkan FMT itu adalah dari kem Saifuddin Nasution, cuma lebih kompleks lagi apabila terdapat satu lagi kem Khalid Ibrahim.
Pada 24 November 2013, semasa Kongres Khas Nasional 2013, misi Azmin seakan berjaya apabila salah seorang dari penyokong kuatnya, Amirudin Shaari telah mengemukakan usul agar Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden parti.
Saranan Azmin itu disambut oleh Anwar.
Pada 29 Mac 2014, semasa penamaan calon pemilihan parti, Anwar mengesahkan bertanding jawatan presiden PKR, pencadang Anwar adalah bekas timbalan presiden, Dr Syed Husin Ali dan ia disokong oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong.
Dengan itu, Anwar bertanding melawan isterinya sendiri, Wan Azizah.
Namun, kemasukan Wan Azizah pada saat-saat akhir itu melawan suaminya, Anwar mengejutkan Azmin, laporMalaysiakini.
"Beberapa jam lagi sebelum proses pencalonan untuk pemilihan PKR ditutup, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berada dalam keadaan 'tersepit' sama ada mahu mempertahankan kedudukannya atau bertandinng jawatan tertinggi parti.
"Ini selepas kem penyokong Azmin mendapat tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakan borang pencalonan masing-masing untuk Presiden parti,"lapor portal itu.
Seorang pembantu rapat Azmin memberitahu Malaysiakini bahawa ahli Parlimen Gombak itu tidak menyokong Wan Azizah kekal sebagai presiden parti tetapi sentiasa menyokong Anwar untuk mengisi jawatan itu.
Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi apabila Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat.
Jika Anwar bertanding jawatan presiden, ia membuatkan Azmin berasa bersalah untuk bertanding jawatan tersebut.
"Azmin tak mahu lawan Anwar kerana selepas puluhan tahun kesetiaan, habislah," kata pembantunya itu.
Bagaimanapun, apa yang membimbangkan kem penyokong Azmin ialah sekiranya Anwar menarik diri (memandangkan kelayakannya diragui) bagi membuka jalan kepada Wan Azizah kekal sebagai presiden jika Azmin memutuskan untuk tidak berbuat demikian.
"Macam ada rancangan nak sekat Azmin," katanya sambil menambah sekiranya Azmin bertanding (melawan Anwar), "beliau mesti kena tekanan untuk tarik diri".
Azmin dilaporkan mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan Wan Azizah yang dilihat lebih memihak kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pertikaian dalaman parti di negeri itu.

DAP KETAWA BILA ANAK MELAYU BERGULING-GULING DI JALANRAYA

Posted: 22 Apr 2014 05:07 PM PDT


Pemimpin DAP  sangat-sangat suka kalau PAS dan Anwar Ibrahim mengerahkan pelajar universiti berguling di jalanraya kerana hasilnya adalah amat memeranjatkan.

Terkini seramai 13,545 pelajar Cina berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang berbanding hanya 5,835 pelajar Melayu sahaja yang dibenarkan pengecualian bayaran balik hutang PTPTN.

Statistik ini menunjukkan anak Cina diberikan lebih RM417Juta (74%) berbanding anak Melayu  yang hanya dapat Rm112 juta (20%). Ternyata PTPTN  menguntungkan anak-anak Cina.

Anak Melayu asyik ikut Mat Sabu dan Anwar Ibrahim berguling-guling di jalanraya hingga menjahanamkan harta awam,  sedangkan anak Cina duduk rumah rehat ulangkaji pelajaran!

Apa lagi yang Cina DAP tidak puashati terhadap kerajaan yang mereka tuduh zalim dan tidak adil kepada mereka.

(Post by Iphone 5, Klinik Dr. M, Kuala Lumpur)

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pelakon Mak Mah Bakal Nikah Peneroka Felda

Posted: 22 Apr 2014 07:44 PM PDT



Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 12:29 AM
Ruminah Sidek
Ruminah Sidek (tengah).

PETALING JAYA: Pelakon veteran Ruminah Sidek menjelaskan cintanya terhadap  Al Fatah Rahim, 70, tersemai ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, ketika mengerjakan ibadah itu, jiwanya tiba-tiba berasa sunyi sehingga timbul keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.

Manakala Al Fatah pula mengambil kesempatan mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa bagi mendapatkan isteri.|

"Selama ini, setiap kali mengerjakan umrah, peraaan saya hanya biasa sahaja tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat sunyi. Terasa mahu berteman pula.

"Saya berdoa kepada Allah agar memperkenankan doa saya kerana saya sudah rasa penat hidup sendirian.

"Hendak dijadikan cerita, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan Fatah dan dia berkongsi cerita iaitu hajatnya  berdoa agar dipertemukan jodoh.

"Mendengar cerita itu, kami pun berbincang hasrat mendirikan rumah tangga," kata Ruminah kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada malam Selasa.
Ketika bercerita kepada mStar Online, Ruminah tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali kedengaran menangis kerana terlalu gembira dengan kehidupan baru yang bakal dibinanya itu.
ruminah sidek 22
Ruminah bersama bakal suaminya Al Fatah.
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Pada majlis pertunangan itu Ruminah menerima lima dulang hantaran berserta sebentuk cincin manakala pihak lelaki turut menerima hantaran bilangan yang sama.

Pasangan itu bakal bernikah pada 17 Mei depan di lokasi pertunangan mereka. Dijangka 4,000 tetamu akan dijemput.

Al Fatah yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan adalah sorang duda beranak sepuluh.

Beritahu Ruminah, dia tidak sangka akan mendirikan rumah tangga pada usia 68 tahun dan menyifatkan perkara itu sebagai hadiah yang diberikan oleh  Allah.

"Saya bersyukur dan tidak sangka sebenarnya dapat menghabiskan baki hidup saya dengan seorang suami. Alhamdulillah.

"Dia (Fatah) juga berjanji akan membawa saya berjalan-jalan di Felda selepas kami berkahwin nanti," ujarnya.

Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuklah dengan  Allahyarham AR Tompel.

Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Tian Chua sengaja cabar undang-undang - KPN?

Posted: 22 Apr 2014 12:52 AM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kenyataan berbaur hasutan yang dibuat Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang sekali lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ceramahnya di Pantai Dalam, di sini semalam.

Kenyataan berbaur hasutan itu diulangi Tian Chua sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mempertikaikan keputusan mahkamah dan mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

"Beliau (Tian Chua) seperti sengaja ingin mencabar undang-undang negara," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu yang mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Malah beliau juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Pada 15 April lalu, telefon bimbit miliknya telah disita polis untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Terbaharu semalam, Tian Chua dalam ceramahnya di Pantai Dalam sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama serta mengakui tindakan yang pernah dikenakan ke atasnya malah tidak memberi sebarang kesan.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Masaalah utama bukan dinegeri, tapi di kabinet, ibu pejabat, penasihat dan GLC

Posted: 22 Apr 2014 11:24 PM PDT


Rakyat Malaysia di SINI seolah-olah menegur The Unspinners kerana mendahului Dato Najib dalam menuntut dikekalkan Dato Ahmad Said. Mungkin ada tujuan tersirat yang lain.

Namun perlu difahamkan bahawa Unspinners bukan mahu mendahului Dato Najib tapi hanya memainkan peranan dalam demokrasi dan keterbukaan bersuara yang diamaklakan Perdana Menteri. Seperti yang sering diulangnya, government does not know everything.

Maka baik kerajaan mahu pun pucuk kepimpinan perlu mendengar suara orang biasa supaya tindak tanduk kerajaan dan kepimpinan tepat, diterima bawah dan bukan keputusan yang berdasarkan tujuan dan membawa impak yang salah.

Jika penambah baikan yang mahu dicapai, kita harus berlaku ikhlas dan hadapai kebenaran dengan hati terbuka. Menghukum Ahmad Said di atas sesuatu yang bukan dia penyebabnya adaah salah. Menuduhnya melakukan sesuatu yang bukan dia yang mulakan pun salah.


Banyak pihak menganggap dan menuduh Ahmad Said yang mengatur rampasan kuasa dan menikam belakang mantan Menteri Besar Dato Idris Jusoh untuk dilanik DYMM Sultan Terengganu menjadi Menteri Besar.

Anggapan sedemikian amat jelas sekali meleret. Ahmad Said adalah pilihan Sultan dan Tuanku sendiri yang memanggil Ahmad Said untuk datang mengadap dan nyatakan hasrat mahukan Ahmad Said menjadi Menteri besar ketika itu.

Tak payah nak dengar suara-suara kedai kopi yang penuh konspirasi. Orang yang dikerah membawa Ahmad Said ke istana sendiri yang menghubung Unspinners untuk menjelaskan.

Kini Dato Idris Jusoh menerima realiti itu di atas tindak tanduknya dan antara kedua-dua mereka sudah tidak ada buruk sangka. Ketika PRK Kuala Besut, Ahmad Said merelakan Idris Jusoh dilantik Pengarah dan dia turun dengan sedia untuk berkempen bersama.

Tidak perlu ada lagi perseteruaan dalam mempertahankan Terengganu. Nampaknya Idris Jusoh pun sudah berperanan di pusat dalam Kementeriaan yang amat penting. Dia juga ada peranan dalam war room parti.

Malah Idris Jusoh pun bagai tidak berminat lagi dengan politik tempatan Terengganu apabila dia tidak lagi bertanding sebagai ketua Bahagian. 



Sebarang keputusan Dato Najib harus ingat bahawa dari segi transformasi mahu polisi yang lebih menjurus kepada merakyatkan ekonomi, Ahmad Said lebih jauh ke hadapan dalam menghayati falsafah pembangunan sedemikian.

Tiada negeri lain yang begitu fokus, prihatin dan melengkapi dalam hal kebajikan rakyat dan kemajuan modal insan seperti dilakukan di Terengganu. Kalau dibenarkan calun yang winnable kepada rakyat bertanding, sepatutnya BN boleh pukul habis Terengganu.

Jawatankausa penasihat tertentu dalam parti tidak berpijak dibumi nyata yang telah masuk campur dan mengubah sesuka hati. Ianya banyak menjejaskan negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Selangor dan Perak.

Malah tuduhan yang mengatakan Ahmad Said letak orang dia untuk cantas orang Derih pun tak betul kerana bukan Ahmad Said yang putuskan senarai calun. Jika ada anggapan demikian, maknanya orang dipusat yang mahu cantas orang Derih.


Untuk Dato Najib mahu menambah baikkan BN, sebenarnya lebih elok dimulakan di peringkat kabinet dan ibu pejabat UMNO serta pasukan Penasihat PM sendiri. Baca Apanama SINI

Banyak Menteri-Menteri yang tidak berfungsi dan agak lewa dalam tanggungjawab mereka. Rata-rata rakyat mahu lihat PM tukar mereka-mereka seperti Dato Hasan Malek.

Dato Shahidan Kassim lebih menembak kaki sendiri dari menempis serangan pembangkang di Parlimen. Dato Shaberry Cheek pun tidak kelihatan efektif dan RTM lagi kerap menyiarkan salah nama, dan jawatan Menteri.

Polisi yang dijana oleh Dato Idris jala dan PEMANDU hanya membuat rakyat marah dan benci kerajaan dari menghargai dan menghormati parti.


Di  peringkat ibupejabat, ada pemegang jawatan penting yang hebuh kini dikatakan lebih mengisi poket sendiri dengan kontrak-kontrak persediaan PRK dari memantapkan parti untuk berhadapan pembangkang. Parti kini kelihatan lesu dan tak tersusun.

Akibat terlalu banyak birokrasi dan kepentingan tertentu, gerak kerja politik di peringkat bahagian dan cawangan terjejas.


Gambar hiasan dari kejadian terkini

Tahap perkhidmatan parti tidak seperti dulu malah membuat orang ramai mengangggap parti tidak prihatin dengan masaalah rakyat dan hanya menambahkan marah baik penyokong mahupun orang ramai kepada parti.

Terlampau ramai Penasihat dan Ketua-Ketua GLC yang tidak berpijak dibumi nyata dan melakukan tindak tanduk yang terus menghilangkan keyakinan dan sokongan penyokong yang ada pada parti.. Belum cakap lagi atas pagar yang bertambah membenci parti.

Pada kami bukan kepentingan apa melainkan mahu melihat juga anak rakyat marhaen yang bapa hanya panjat kelapa kumpul ayer nyiur pun boeh jadi pemimpin agar hasrat dan harapan rakyat di bawah juga dapat sampai ke telinga pucuk kepimpinan.

Takkan kepimpinan hanya monopoli anak aristokrat dan orang kaya saja?

Penyokong pembangkang langsung tiada usaha dan keupayaan untuk ditarik dan dipujuk kembali. 

Ikan usuk dari kepala dan bukan dari ekor. Pereyulkan dulu di atas, barulah cuba membaiki di bawah. Jangan pula tersalah baiki yang sedang elok hingga akhirnya seperti tikus membaiki labu.

Wasiat Karpal Singh yang PR patut tunaikan

Posted: 22 Apr 2014 09:30 PM PDT


Karpal tak setuju tumbangkan kerajaan tak ikut perlembagaan

Posted: 22 Apr 2014 07:38 PM PDT


Masing-masing dok hormat Karpal SIngh tapi adakah mereka akan hormat pendirian Karpal SIngh yang menentang sebarang usaha menumbangkan kerajaan dengan cara tak mengikuti perlembagaan?


Kalau benar hormati Karpal SIngh, lupakan Mei 1hb



Syukor Khalid gagap hantar air percuma ke Serdang .... hehehe

Posted: 22 Apr 2014 05:19 PM PDT


Wakakaka ... hebatnya Anwar

Posted: 22 Apr 2014 08:00 AM PDT






Pastinya bakal Timbalan Presiden PKR memang hebat mengampu!!!

Sudah ada polis sendiri, sibuk pulak dengan PDRM

Posted: 22 Apr 2014 04:54 AM PDT



Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Kisah Buya HAMKA berkunjung ke Pesantren Suryalaya Abah Anom

Posted: 22 Apr 2014 08:13 PM PDT

hamka%2Bdan%2Babah%2Banom.JPG
HAMKA merupakan ringkasan dari nama lengkapnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Lahir di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, pada tanggal 16 Februari 1908, atau bertepatan dengan 13 Muharram 1326 H.

Siapa sangka mantan pemimpin Organisasi Islam Muhammadiyah – biasa disapa Buya Hamka – ternyata pengikut Thoriqoh Qodiriyah Naqsabandiyah (TQN) Pondok Pesantren Suryalaya. Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) pertama ini ditalqin oleh Pangersa Abah Anom, yaitu di sekitar awal tahun 1981. Menurut kesaksian H. Saleh Khan (ikhwan Singapura), ketika sedang berada di Suryalaya, bahwa Pangersa Abah menceritakan, ketika proses talqin hendak dilakukan, Buya Hamka dibawa masuk ke ruang keluarga dan ditutup pintunya. Hal ini dilakukan dalam rangka menghormati Buya Hamka sebagai ulama yang terhormat saat itu.

Sebab Buya Hamka masuk TQN, ketika sepulang dari Mekah dan datang ke Pondok Persantren Suryalaya (PPS) yang menurut penjelasannya karena mendapat petunjuk Baginda SAW. agar menjumpai seorang hamba Allah yang ikhlas. Ketika di Suryalaya, didapatinya seorang Mursyid yang sangat bersahaja: tidak berjubah, berserban, dan berjenggot, sebagaimana faham yang umum berkenaan dengan sunnah. Demikian juga para santrinya.

Maka Buya Hamka memohon izin untuk memperbaiki keadaan tersebut. Dikisahkan, selama 3 hari 3 malam, Buya Hamka asyik berceramah berbagai ilmu khasnya, yaitu tasauf, yang melingkupi sunnah dan adab. Berbagai hal yang dianggapnya tidak bersesuaian dengan sunnah disampaikan.

Sampailah masa perpisahan, dan ketika Buya Hamka hendak berpamitan pulang, Pangersa Abah memeluknya dan berkata: "Ucapan jutaan terima kasih atas banyak ilmu yang telah dicurahkan, tetapi Abah mohon agar Buya mau mengatakan kepada Abah, bagaimana mengamalkan semuanya itu. Abah sendiri juga tidak mampu, apatah lagi para santri. Mohon ditunjuki ya Buya", demikian kurang lebih Pangersa Abah.

Ketika itu juga Buya Hamka tersadar, sehingga dia menangis terisak-isak dan berlutut di hadapan Pangersa Abah. Buya sadar, ilmu yang banyak tidaklah berguna bila tidak diamalkan. Kemudian Buya malah mintu ditunjukkan sebaik-baik amalan, sehingga akhirnya ditalqinkan kalimat yang tertinggi: La ilaha illa Allah.

Sebelum akhir hayat, Buya Hamka sempat berkunjung secara khusus kepada Pangersa Abah. Maka seminggu sebelum "masa" itu tiba, Pangersa telah memberikan pesan sebelum Buya pulang ke rumah, yaitu untuk menyelesaikan segara urusan wasiat kepada keluarga, dan kemudian agar memfokuskan pada tawajjuh dengan sepenuh hati, agar baik dan mulia di saat kembali kepada-Nya. Bahkan Pangersa Abah menyatakan, bahwa "masa" itu terjadi setelah sholat Jumat.

Selanjutnya boleh dibaca di sini :

http://cepcepicepotcipta.blogspot.com/2013/01/kisah-buya-hamka-berkunjung-ke.html?m=1

Moralnya : susuk badan pandangan luaran belum tentu boleh dijadikan ukuran. Ramai ulama tidak panjang janggut atau berserban namun nilai ilmu dan akhlaknya lebih hebat melebihi yang lain. Ulama Asia atau Timur Tengah tidak menolak Sunnah janggut jubah walau mereka tidak memelihara janggut dan jubah kerana nilai sebenar di sisi Allah ialah taqwa yang berada di dalam hati.

Bukan bermakna boleh membuka aurat tidak menutup rambut kerana hal ini jelas melanggar syariat yang tidak ada maaf baginya.

Fahaman seperti Islam Liberal ini yang bahaya kepada masyarakat yang banyak dibawa oleh NGO songsang seperti Sister in Islam.

Namun mereka ini dilihat telah rapat dengan pemimpin kita dan menjadi penulis buku Legacy of Honour berkaitan mantan PM seperti bekas pengasas Sister in Islam iaitu Zainah Anwar.

image image1

Lebih membimbangkan ia turut mendapat kata pengantar oleh YAB Perdana Menteri. Adakah penasihat PM tidak sedar fahaman Sister in Islam dan memberi sokongan kepada buku beliau?

Isteri Khairy Nori Abdullah juga dilaporkan telah berjaya dipengaruhi kumpulan ini selepas Marina Mahathir.

Kita perlu beri mesej kepada pemimpin tertinggi negara bahaya kumpulan ini


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ZIKIR YANG MERUNTUHKAN ISLAM

Posted: 22 Apr 2014 11:01 AM PDT

Selepas kewafatan Rasulullah, abdullah bin mas'ud masuk ke dalam masjid dan mendapati beberapa sahabat sedang berzikir beramai2 dalam satu bulatan.
Lantas dimarahi oleh ibnu mas'ud, "celakalah kamu! Rasulullah baru sahaja pergi, dan kamu terus melakukan perkara yg tidak dilakukan baginda!?"
Syarah mengenai riwayat ini bukanlah bermaksud berzikir beramai2 itu salah dan bidaah terlarang, namun ibnu mas'ud lebih kepada marah kpd mereka kerana di saat mereka lebih ralit berzikir, ramai lg sahabat Nabi sedang menjalankan kerja2 Nabi yg sebenar iaitu berdakwah menyebarkan islam serta membantu khalifah abu bakr memerangi golongan murtad serta mereka yg enggan membayar zakat. Maka perbuatan para sahabat berzikir beramai2 itu dilihat mengkhianati Nabi s.a.w.
So aku nak relatekan dgn situasi hari ini. Punca kenapa kita tidak bersetuju dgn lambakan majlis qasidah ke majlis nyanyi2 ni ke bukan sbb kita x suka berselawat atau berzikir, tetapi ada benda lain yg lebih aula' perlu kita juangkan. Sebagai cth, kita sedang dalam rangka hendak melaksanakan hukum islam di malaysia, bermula di kelantan. Adakah golongan yg ralit melambai ini akan bangun berjuang bersama2 kami memastikan perjuangan Nabi yg sebenar iaitu menegakkan syariat islam ini tertegak? Atau masih leka melambai?
Sekadar ingatan utk kita semua terutamanya aku sendiri.
Ingatlah firman Allah dalam surah ali imran ayat 31, "katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah maka IKUTLAH AKU..."
Allah suruh kita ikut Nabi, dan Nabi tidak hanya berzikir. Geng asyik zikir ni la antara punca kerajaan abbasiyyah jatuh ke tangan monggol.

ooooooooooooooOOOooooooooooooooo


Pertama: Doa untuk meminta hajat kepada sahibul kubur, entah itu nabi, wali atau yang lainnya. Ini jelas syirik akbar. Allâh Ta'ala memerintahkan,

وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ

Artinya: "Mohonlah pada Allâh sebagian dari karunia-Nya." Q.S. An-Nisa': 32.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mewanti-wanti,

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْبِاللَّه

"Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allâh. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada Allâh." H.R. Tirmidzi (hal. 566 no. 2514 dan beliau berkomentar, "Hasan sahih".

Imam Ibn Abdil Hadi (w. 744 H) menerangkan bahwa berdoa memohon kepada selain Allâh hukumnya adalah haram dan dikategorikan syirik, berdasarkan ijma' para ulama.[44]

Kedua: Menyengaja datang ke kuburan hanya untuk berdoa di situ, atau untuk ziarah kubur plus berdoa, dengan keyakinan bahwa doa di situ lebih mustajab, karena keistimewaan yang dimiliki tempat tersebut. Berdoa di situ lebih afdal dibanding berdoa di masjid atau rumah.

Potret ini mengandung unsur kesengajaan memilih kuburan sebagai tempat untuk berdoa. Dan ini tidak akan dilakukan melainkan karena dorongan keyakinan akan keistimewaan tempat tersebut dan keyakinan bahwa tempat itu memiliki peran dalam menjadikan doa lebih mustajab. Karena itulah jenis kedua ini menjadi terlarang dan dikategorikan bid'ah.

Tatkala berbicara tentang hukum shalat di kuburan, Imam as-Suyuthy menjelaskan, "Jika seorang insan menyengaja shalat di kuburan atau berdoa untuk dirinya sendiri dalam kepentingan dan urusannya, dengan tujuan mendapat berkah dengannya serta mengharapkan terkabulnya doa di situ; maka ini merupakan inti penentangan terhadap Allâh dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wa sallam. Menyimpang dari agama dan syariatnya. Juga dianggap bid'ah dalam agama yang tidak diizinkan Allâh, Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wa sallam, maupun para imam kaum muslimin yang setia mengikuti ajaran dan sunnah beliau."[45]

Ketiga: Berdoa di kuburan karena kebetulan, tanpa menyengaja. Seperti orang yang berdoa kepada Allâh di perjalanannya dan kebetulan melewati kuburan. Atau orang yang berziarah kubur terus mengucapkan salam kepada sahibul kubur, meminta keselamatan untuk dirinya dan para penghuni kubur, sebagaimana disebutkan dalam hadits.

Jenis doa seperti ini diperbolehkan. Hadits yang memotivasi untuk mengucapkan salam kepada penghuni kubur menunjukkan bolehnya hal itu.

Dalam hadits Buraidah bin al-Hushaib radhiyallahu 'anhu disebutkan,

أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْالْعَافِيَةَ

"Aku memohon pada Allâh keselamatan untuk kami dan kalian." H.R. Muslim (II/671 no. 975).

Dalam hadits Aisyah radhiyallahu 'anha disebutkan,

وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّاوَالْمُسْتَأْخِرِينَ

"Semoga Allâh merahmati orang-orang terdahulu kami dan yang akan datang." H.R. Muslim (II/671 no. 974).

Doa yang tidak ada unsur kesengajaan biasanya pendek, sebagaimana disebutkan dalam dua hadits di atas.

Jika ada yang ingin mempraktikkan doa jenis ketiga ini, sebaiknya ia mencukupkan diri dengan doa dan salam yang diajarkan dalam sunnah dan tidak menambah-nambahinya. Karena para ulama salaf membenci berdiam lama di kuburan.

Imam Malik (w. 179 H) berkata, "Aku memandang tidak boleh berdiri untuk berdoa di kuburan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Namun cukup mengucapkan salam lalu berlalu."[46]

Wallahu ta'ala a'lam.

Pesantren "Tunas Ilmu" Purbalingga, Rabu, 25 Mei 2011.

Penulis: Ustadz Abdullah Zaen, Lc., M.A.

Artikel www.muslim.or.id


Dari artikel Shalat dan Berdoa di Kuburan — Muslim.Or.Id by null


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MB Khalid dicabar bubar DUN segera?

Posted: 22 Apr 2014 04:11 PM PDT


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran gagal menangani krisis air yang tenat.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, ia perlu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal me-nguruskan krisis air di negeri itu.

"Tan Sri Khalid perlu bubarkan DUN segera, pelbagai masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah negeri itu. Selalu sahaja ada bantahan dari parti yang menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat.

"Yang susah adalah rakyat dan pelabur, bukan orang politik, jadi saya gesa mereka bubar DUN segera sebagai langkah mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air, bukannya berdolak-dalik dengan macam-macam alasan yang tidak masuk akal," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.


Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia (PSI), Suud Ridzuan Maarof mencabar kerajaan negeri untuk berdebat isu air Selangor dengan pakar air daripada Truth Squad (Skuad Benar).

"Kami mahu Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim buktikan kenyataan mereka sebelum ini bahawa teknologi membran adalah alternatif kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Di mana teknologi membran yang mereka janjikan boleh selesaikan isu air selama ini?" katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paras air di Empangan Sungai Selangor kini berada dalam keadaan kritikal dan meminta kerajaan negeri segera mencari jalan penyelesaian.

"Jika kita tengok paras air berada pada kadar 37 peratus dan ini membimbangkan semua pihak. Malah sudah ada pakar air yang membayangkan program catuan air di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan berlarutan sehingga Oktober ini jika kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air," katanya.

Suara Politik
Belantan

AnuGAY 'terkilan': Obama meeting would have been 'helpful'?

Posted: 22 Apr 2014 01:03 AM PDT


Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim said Monday a meeting with US President Barack Obama during a coming visit to Malaysia would have been "consistent with US democratic ideals," after Washington said there would be no such encounter.

But Anwar, who was convicted of sodomy in March and whose opposition is engaged in a fierce political battle with Malaysia's longtime government, stopped short of criticising the US president.

"I am not upset," he told AFP, but he added that a meeting would have been "helpful" and "consistent with US democratic ideals and its foreign policy of promoting freedom and justice."

US officials said Friday that Obama did not plan to see Anwar while he is in Kuala Lumpur, marking the first visit by a sitting US president to the Southeast Asian nation in nearly half a century. They did not rule-out a lower level meeting.

Obama arrives in the Malaysian capital on Saturday for a three-day stop as part of his Asia tour, which also includes Japan, South Korea and the Philippines.

Washington has expressed disquiet about what it says are politically motivated charges to keep the veteran opposition leader out of Malaysian politics.

In March, a Malaysian Court of Appeal overturned Anwar's 2012 acquittal on sodomy charges, finding him guilty of having had sex with a former male aide in 2008 and sentencing him to five years in jail.

Anwar remains free pending an appeal to Malaysia's highest court.

A former deputy premier with the ruling coalition, Anwar has cultivated strong friendships in Washington, where he is lauded for his calls for reform.

The 66-year-old said there was "opposition from the Malaysian government" against him meeting Obama.

US national security advisor Susan Rice said while Obama was unlikely to meet Anwar "there may be other engagements at other levels" without elaborating.

Prime Minister Najib Razak's Barisan Nasional (National Front) coalition has ruled Malaysia since independence from Britain in 1957.

In elections last year, an Anwar-led opposition won the popular vote for the first time, but Barisan Nasional retained control of parliament due to what critics say is gerrymandering.

An annual report by the US-based academic study Electoral Integrity Project published in February ranked Malaysia's elections 66th out of 73 for democratic integrity.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Tiga Gambar Ini Sudah Cukup Membuktikan Guan Eng PENIPU BESAR...

Posted: 22 Apr 2014 10:00 PM PDT


Kata guan eng, pihak polis tidak muncul (tidak membantu) ketika pengebumian karpal tempoh hari...

Betul ke?

Tiga gambar di bawah sudah cukup membuktikan yang guan eng seorang penipu besar...

Tahniah rakyat pulau pinang, anda mendapat seorang ketua menteri bangang yang kuat menipu...




Obama Hilang Kredibiliti Sebagai Presiden Amerika Kalau Dia Tak Jumpa Mat Gay Nuar...

Posted: 22 Apr 2014 07:00 PM PDT

Alahai saifuddin, kalau nak raih undi perwakilan pun jangalah bagi statement bodoh macam nie, apa klass obama nak jumpe mat gay tua tu, dia tak ada apa-apa pun...

Pudin oii... kamu tu ahli pas, berangan nak bertanding timbala presiden pkr, so sedar la diri tu siket, kamu ingat dengan statement bangang macam nie, orang pkr nak undi kamu ke...???


Jemputan Untuk Mandi & Mencuci Pakaian Di Rumah Adun Pakatan...

Posted: 22 Apr 2014 06:00 AM PDT


cadangan kepada rakyat selangor yang kena catuan.
takde masalah untuk kita tumpang mandi di rumah adun pakatan selangor.

ini hak rakyat juga maaa....
undi bawak bencana.. 

INIKALILAH !!! merasa mandi di rumah ADUN...

VIDEO: Air Sungai Banyak, Kenapa Masih Lagi Ada Catuan Air...???

Posted: 22 Apr 2014 03:30 AM PDT


Ikuti penjelasan terbaik dari pakar oseanografi universiti malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah...

Air sungai banyak tapi kenapa khalid arahkan catuan bekalan air...??

Sampai bila rakyat selangor nak terbeban dengan permainan politik khalid dan PKR...?