Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Adakah Anwar jadi rujukan Dinasti Lim untuk menyatakan pendirian mengenai hudud?

Posted: 21 Apr 2014 07:02 PM PDT


Selepas ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu.

Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang.

Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng.

Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu.

Pilihan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam isu besar dan kontroversi seperti hudud, berdiam diri adalah lebih baik daripada bersuara yang boleh menyebabkan mereka hilang sokongan.

Adalah mustahil untuk mereka mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak menguntungkan meskipun tindakan itu mungkin dilihat seolah-olah mempermainkan ahli-ahli parti sendiri.

Nampaknya untuk tempoh lebih lama, ahli-ahli DAP tidak mungkin akan mengetahui secara rasmi pendirian Dinasti Lim berhubung hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

Ahli-ahli DAP ketika ini hanya boleh bergantung kepada ketegasan Karpal dalam menolak hukum itu yang perlu terus dihidupkan di sebalik kehilangan ahli politik berkenaan.


Bagi Pas pula, ketiadaan Karpal meskipun satu kehilangan besar rakan sekutu tetapi mengurangkan tekanan terhadap hasrat melaksanakan hukum Allah SWT itu.

Hilangnya suara lantang Karpal yang menentang hasrat Pas itu turut membawa maksud hilangnya imej buruk kepada kesepakatan dalam pembangkang.

Pas tidak perlu gusar dengan Dinasti Lim kerana sangat menyedari baik Guan Eng mahupun Kit Siang tidak akan bersuara kerana bimbang hilang sokongan ahli-ahli parti itu.

Malah, pengaruh Dinasti Lim dalam isu hukum hudud ini boleh dikatakan langsung tidak ada kerana dalam kalangan ahli Pas terutama di Pulau Pinang, rata-ratanya sangat yakin Guan Eng dan Kit Siang tidak akan menghalang.

Tidak dapat dipastikan sama ada keyakinan itu datangnya daripada jaminan yang diberikan Dinasti Lim sendiri atau menerusi pemimpin-pemimpin Pas.

Tetapi inilah yang dipegang mereka iaitu Dinasti Lim sebenarnya bersama-sama Pas dalam pelaksanaan hukum hudud.

Namun, dalam meyakini perkara itu, mereka juga berasa hairan kerana sehingga kini Dinasti Lim tidak pernah menyatakan pendirian rasmi.

Lebih menghairankan mereka apabila dalam kalangan ahli DAP pula mendakwa Dinasti Lim tidak pernah bersetuju dengan hasrat Pas itu.

Apatah lagi ketika ini kesemua 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak.

Adakah Dinasti Lim tidak bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada partinya sendiri?

Perkara ini mencetuskan tanda tanya besar mengenai kejujuran Guan Eng dan Kit Siang terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimana mungkin dua pemimpin utama parti itu boleh didakwa bersetuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud tetapi dalam masa sama tidak menghalang hasrat 38 Ahli Parlimen partinya menentang di Parlimen kelak? Siapa yang sedang dipermainkan Guan Eng dan Kit Siang ketika ini?

Ahli-ahli Pas dan DAP berhak bertanya perkara ini kerana Dinasti Lim tidak boleh bersetuju dalam dua perkara yang jelas bertentangan.

Persoalannya, adakah Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian mereka. Jika berani, siapa yang mereka akan pilih untuk dikhianati?

Suara Politik
Belantan

MH192 : Tayar pecah punca patah balik?

Posted: 21 Apr 2014 12:20 PM PDT

Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.

MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.

"Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat.

"Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu. Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini.


Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga.

"Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini.

"Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya.

Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

Sementara itu, Siasat segala kemungkinan - Hishammuddin!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu melibatkan MH192 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Bangalore, India, awal pagi ini.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul berhubung kejadian yang menimpa MAS termasuklah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China.

"Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin. Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian ini dan Kabinet pada Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini selepas menemui krew dan penumpang pesawat MH192.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin memuji kecekapan juruterbang MH192, Nor Adam Azmi Abdul Razak, melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat, semasa mendarat cemas.


"Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan kesemua penumpang terselamat. Perkara ini diluahkan semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu,'' katanya.

Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita dan meninggalkan tempat itu bersama Hishammuddin.

Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin memakaikan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan termasuk unsur sabotaj seperti yang dimahukan oleh Hishammuddin.

"Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Interpa di Kuala Lumpur, hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Raja Bomoh buat hal lagi!

Posted: 21 Apr 2014 12:06 AM PDT


Biarpun sudah ditegur pihak berkuasa, Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, masih lagi menjadi tumpuan berita. Baru-baru ini beliau dilihat membuat upacara "pembersihan" di sekitar lebuh raya KM306.1 di Lebuh raya Utara-Selatan.

Lebuh raya tersebut mendapat perhatian kerana MP Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di jalan raya tersebut.

Malaysian Insider laporkan bahawa Ibrahim membuat upacara pembersihan untuk membuang roh-roh dari kawasan tersebut. Menurut laporan tersebut, Ibrahim menyatakan bahawa kawasan Gua Tempurung tersebut terkenal dengan kawasan gangguan roh.

Pengguna media sosial telah mengutuk tindakan Ibrahim dan ramai yang menyuruh pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


AMARAN DARI TIAN CHUA : Dr. Mahathir Dah Tumbang, Kini Giliran Najib...!!! KDN Nak Berpeluk Tubuh Lagi Ke?

Posted: 21 Apr 2014 12:20 AM PDT


Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.

"Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

"Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib," katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.

Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

"Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

"Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.

Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.

"Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.

"Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," katanya.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


ARTIS : Uqasha tak pakai coli?

Posted: 21 Apr 2014 08:52 PM PDT


INILAH gaun yang menyebabkan Uqasha dituduh tidak memakai coli.


PELAKON cantik, Uqasha Senrose sebelum ini hangat dengan kontroversi cintanya bersama pelakon Pekin. Reda daripada kontroversi cinta, namanya tiba-tiba menjadi sebutan baru-baru ini di laman sosial gara-gara sekeping gambar.
Dalam gambar yang diambil ketika dia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu portal hiburan, mStar Online di Kuala Lumpur itu, Uqasha yang hadir bersama adiknya, pelakon Nelydia Senrose tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.
Bagaimanapun, gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan. Sungguhpun begitu, Uqasha tetap menanggung malu apabila gambarnya itu disebarkan di internet dengan judul, 'Uqasha lupa memakai coli'.
Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Adakah Uqasha sedar dituduh tidak memakai coli apabila hadir pada satu majlis baru-baru ini?
UQASHA: Sebenarnya saya langsung tidak sedar sehinggalah saya pulang ke rumah selepas majlis tersebut. Apabila saya melihat Twitter, saya sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa saya tidak memakai coli.
Apakah benar anda tidak memakai coli seperti yang didakwa?
Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.
Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya?
Sebelum keluar rumah saya sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang saya pakai. Memang saya tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa. Mungkin baju itu tersalah jahit dan memperlihatkan seolah-olah saya tidak memakai coli.
Komen anda apabila orang ramai mengutuk anda dengan dakwaan mengikut fesyen artis Hollywood?
Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.
Apakah anda malu dengan kontroversi ini?
Ya, memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya.
Pengajaran yang anda peroleh selepas kejadian ini?
Ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana orang ramai memerhati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki apa yang saya pakai.
Namun, siapa saya untuk ubah fikiran orang, mereka tetap akan bercakap tanpa henti jika ada yang tidak kena pada mata mereka.
Adakah anda gemarkan pakaian yang seksi dan berjenama?
Saya tidak kisah tentang jenama kerana pakaian bundle pun saya pakai asalkan ringkas dan selesa. Kalau ikutkan saya bukanlah jenis yang suka berhias sangat. Baju pula saya suka yang ringkas dan tidak seksi melampau. Sejak kebelakangan ini saya lebih suka berpakaian agak sopan tetapi cantik dipandang.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya anda?
Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Kalau Itu Jodoh Kita untuk siaran TV AlHijrah. Walaupun tidak berapa sihat kerana kepenatan disebabkan jadual kerja yang padat, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Minggu ini bermula Isnin, saya akan berada di Gold Coast, Australia hingga hujung April bagi penggambaran drama dan juga sebuah telefilem untuk hari raya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2zaAW9nhc 
Hakcipta terpelihara 

DAP Tegaskan Pakatan Tolak Hudud

Posted: 21 Apr 2014 07:54 PM PDT



PETALING JAYA: Pendirian pakatan pembangkang mengenai hudud kekal apabila DAP sekali lagi menegaskan mereka menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendirian Pakatan Rakyat mengenai perkara itu tidak pernah berubah dan isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Di bawah Pakatan Rakyat mesti ada konsensus daripada kesemua tiga parti politik apabila melibatkan persoalan dasar.

"Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu mengenai Pakatan Rakyat sokong hudud adalah tidak berbangkit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Lim, persetujuan bersama Pakatan Rakyat sejak awal termasuk menerusi manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak mengandungi persetujuan mengenai hudud atau pembentukan negara Islam.

Bagaimanapun menurut Lim, semua parti sekutu Pakatan Rakyat bebas memperjuangkan dasar dan matlamat masing-masing menerusi amalan demokrasi.

Kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

“Saya ada bukti Tun Daim punya akaun di Tanzania” – Anwar

Posted: 21 Apr 2014 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).
"Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.
Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.
"Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.
"Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.
"Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.
"Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.
"Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank 'istimewa'. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.
"Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini," kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.
Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.
"Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.
"Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun," kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60893

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rumah Anwar buat tahlil malam Jumaat untuk si kafir harbi Karpal?

Posted: 21 Apr 2014 10:53 PM PDT


Depa punya sembah macam Karpal Singh tu pejuang Islam...




Ali Tinju nak lompat ke Pakatan? Perjuangan mak dia!!! Kaki duit ...

Posted: 21 Apr 2014 02:00 AM PDT


Orang macam Ali Tinju begini yang kuat mengampu dan menjilat hanya membuat orang menyampah. Asal ada orang memberi teguran baik untuk kerajaan dia nak pertahankan dan hentam sembrono..Atas ni cium sampai berbongkok mencium Datin Seri Rosmah.

INi bukan membantu tapi menjahanamkan UMNO. Ketika UMNO leih terbukka pada pandangan dan teguran, ada pulak nak tahan orang dari bersuara. Bersalam cara begini hanya mengekalkan budaya feudel dalam UMNO yang orang muda dah meluat.

Rosmah cukup pandai dan bbijak untuk tahu dia pengampu tapi lain kali harap tarik tangan cepat-cepat. Harap Rosmah korek cerita ALi Tinju dalam blog askar setia ... tahulah betapa ngarut mamat bekas askar ini sebenarnya.

Dengarnya Ali Tinju ini pembodek belaan seorang ahli dalam PMO yang kalah PRU tai kononnya pakar strategi. Betul ke?

Sangat tak bijak kerana khabar terkini ALi Tinju dan persatuannya mahu mengugut duit untuk ke Pakatan Rakyat pula. Khabarnya Selangor banyak duit...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DONG ZONG BERPECAH DUA

Posted: 21 Apr 2014 09:06 PM PDT



Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong (Gabungan Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina ) iaitu Bock Tai Hee berkata , kepimpinan organisasi telah berpecah kepada Pasukan A dan Pasukan B , dengan setiap perancangan untuk berpindah kepada undi tidak percaya di pihak yang lain dalam persidangan 11 Mei.

Menurut Bock, berita dalaman mengenai Dong Zong berpecah adalah mendukacitakan dan mahu Presiden Yap Sin Tian membuktikan ia salah seperti ' Saya mahu perpaduan di dalam pergerakan pendidikan Cina dikekalkan '

Bercakap pada forum " Cabaran yang dihadapi Pendidikan Cina ", di segamat, Johor, pada sabtu malam, Bock menegaskan bahawa apa yang masyarakat Cina mahu adalah penyatuan Dong Zong dan tidak salah satu yang berlaku pertikaian seperti sebuah parti politik.

Pendidik Cina yang telah berkhidmat dengan Dong Zong untuk tiga dekad sejak 1981, yang namanya enggan didedahkan mengetuai pasukan B tetapi beliau bercakap dia masih mengambil berat mengenai organisasi.

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun sejak Yap mengambil alih tampuk pentadbiran, Dong Zong didapati dijauhkan oleh pertubuhan – pertubuhan Cina lain seperti Jiao Zong, (Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina) dan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia, dan Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Beliau berkata selain membawa perjuangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pendidikan Cina, Dong Zong perlu bekerja keras untuk mendapat penerimaan dan sokongan lebih ramai orang Melayu dan India " Seperti sekolah –sekolah Cina bukan untuk cina sahaja tetapi untuk Negara dan semua rakyat."

Sementara itu, Yap berkata beliau tidak mengetahui tentang sebarang perpecahan dalam organisasi tetapi akan melihat kepada dakwaan tersebut.

Setiausaha Agong Dong Zong, Poh Chin Chuan menolak bercakap mengenai perpecahan, mengatakan wujudnya perbezaan dalam kepimpinan adalah normal.

Menurut Nanyang Siang Pau , saingan Yap merancang untuk berpindah undi tidak percaya terhadap beliau dan Timbalannya Chow Siew Hon pada mesyuarat akan datang, manakala pemimpin sejajar dengan Yap dan Chow akan cuba untuk membuang Poh dan beberapa orang lain yang memegang jawatan penting.

#tolakgst: BILA TAK TAHU GST, SALAHKAN KERAJAAN !

Posted: 21 Apr 2014 08:43 PM PDT


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diperkenalkan mulai 1 April 2015 berdasarkan pembentangan bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri. Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu. Sebelum itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 pun telah diluluskan Dewan Rakyat.

Ramai yang dikelirukan dengan fitnah dan tohmahan pihak yang tidak faham lagi tidak bertanggungjawab mengenai GST kononnya GST adalah cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak sekaligus mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tuduhan liar mengenai GST disebabkan apabila orang yang tak faham dan orang yang selalu buat perkara tak betul dalam perniagaan bersama-sama menentang perlaksanaan GST. Mereka dibantu pula oleh para politikus yang berkepentingan dan rasa terancam dengan pelbagai program ekonomi kerajaan.

Puak-puak ini lebih suka jika negara mundur dan rakyat hidup susah. Kerana disebalik kesusahan rakyat itulah mereka dapat cari pengaruh dan populariti. Kerana dengan cara menghasut dan membohongi rakyat mereka dapat sumber rezeki menjadi YB atau memegang apa-apa jawatan dalam NGO's.

Jadi apa yang baiknya GST ini?
  • Pengenalan GST sebagai instrumen cukai baru akan menyebabkan Akta-Akta seperti Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 ( Akta 151) yang dikuatkuasakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selama ini dimansuhkan sama sekali mulai 1 April 2015.
  • Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% dimansuhkan dan digantikan dengan GST 6% sahaja berkuatkuasa 1 April 2015.
  • Untuk mengelak penipuan dan manipulasi harga oleh golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga maka Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan secara tegas. 
Cukai Jualan 10% wajib dibayar pada kerajaan. Untuk menampung kos hasil bayaran cukai tersebut maka pihak pengimport atau pengilang menerapkan kos tersebut ke dalam harga barangan yang dikeluarkan. Barang yang dijual sudah tentu mahal sedikit bagi pihak pengilang menampung kembali kos cukai jualan yang mereka telah bayar pada kerajaan sebelumnya. Cukai jualan ini sebenarnya dibayar oleh para pengguna tanpa mereka sedari.

Begitu juga dengan Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan ke atas pengguna di atas perkhidmatan dan layanan diberikan oleh premis-premis seperti hotel (yang lebih 25 bilik), outlet restoran, insuran, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera, arkitek, konsultan dan sebagainya. Cukai perkhidmatan ini jelas tertera dalam setiap resit atau bil yang boleh dilihat dan disedari pengguna atau pelanggan.

Hakikatnya, setiap rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi (16%) dalam sistem sedia ada (Sales and Services Tax-SST). Kerajaan melihat sistem percukaian ini tidak adil, menekan rakyat dan terdedah kepada ketirisan, penyelewengan dan pelarian cukai-cukai yang sering dilakukan oleh golongan peniaga yang tidak jujur. Yang inilah amat ditakuti oleh peniaga-peniaga lintah darat, sering menipu akaun, pengamal money laundering yang selalu menekan rakyat menaikkan harga barang sesuka hati lepas tu salahkan kerajaan pulak.  


Apa kebaikan GST ?
  • GST berupaya mengelakkan masalah dua cukai bertindih iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Dengan GST hanya satu cukai sahaja dikenakan. Ini akan menjadikan harga barang lebih murah. Pengguna boleh buat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Jika ada peniaga yang tipu kita boleh dilaporkan pada pihak berkuasa untuk tindakan, komplen dalam media sosial dan boikot premis tersebut.   
  • Beberapa barangan asas pengguna langsung tak kena GST (0%). Ini termasuklah beras, gula, garam, tepung, minyak masak selain dari pembelian dan penyewaan rumah kediaman, jual beli tanah pertanian, pendidikan, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan, kewangan, caj lebuh raya serta perkhidmatan awam.
Mana ada kerajaan tergesa-gesa laksanakan GST! Bahkan sejak tahun 1985 - 1997 lagi kerajaan telah mengkaji GST ini. Menteri Kewangan ketika itu; Tun Daim Zainuddin diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersetuju untuk melaksanakan GST.

Dalam Bajet 2005, kerajaan telah mengumumkan cadangan perlaksannan GST namun ia ditangguhkan dan sebuah Panel Penilai Cukai  (Tax Review Panel) ditubuhkan untuk mengkaji contoh perlaksanaan GST di luar negara, antaranya;
  • Goods and Services Tax 1985 (New Zealand) 
  • Value Added Tax 1994 (United Kingdom)
  • Goods and Services Tax 1991 (Canada)
  • Value Added Tax Act 1992 (Thailand)
Hasil kajian ini mendapati GST akan menjana ekonomi negara dengan meningkatkan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi kompetitif dan murah. Kadar keluaran negara kasar (KDNK) dijangka meningkat sekitar 0.3%.


Dengan GST juga pendapatan negara akan meningkat RM27 bilion setahun berbanding sekitar RM16-18 bilion sahaja ketika ini.  Hasil percukaian ini boleh disalurkan kembali oleh kerajaan melalui pelbagai projek pembangunan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan, subsidi pendidikan, pertanian dan bahan makanan juga boleh ditambah. 

Malah kerajaan juga berjanji akan meningkatkan lagi pemberian BR1M kepada golongan sasar setiap tahun. Bahkan seiring dengan pengenalan GST, kerajaan juga akan memperuntukkan setiap golongan sasar bantuan BR1M tambahan RM300.00 yang akan diberikan secara one-off kepada penerima BR1M. 

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan di antara 1-3% lagi. Hasilnya pendapatan boleh guna individu akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Pendapatan dari pungutan cukai GST akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai bantuan sosial antaranya BR1M, biasiswa dan subsidi pendidikan, bantuan baja, subsidi makanan dan sebagainya. 

Kemiskinan akan dikurangkan dan kebajikan rakyat terus terjaga. Bukankah ini rahmat yang Allah Taala akan kurniakan jika kita cekap urus ekonomi? Jadi tang mana yang dikatakan GST itu akan membebankan rakyat dan mengkayakan kroni?       

Apa lagi kebaikan GST?;
  • GST mampu mendidik rakyat merancang dan mengawal perbelanjaan harian mereka. Dengan adanya insentif pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan, mereka boleh lebih banyak menabung. Yang jadi masalahnya apabila kita kurang menabung, membazir dan berbelanja tidak mengikut keperluan. 
  • Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang mempunyai pendapatan atau hasil jualan tahunan kurang RM500,000 setahun dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST. Mereka tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini membolehkan mereka berdaya saing dengan syarikat-syarikat multinasional.
Negara kita dah nak capai status negara maju, jadi perlulah kita berubah dan mengikuti trend ekonomi semasa. Amat mustahil untuk sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab menganiaya rakyatnya dengan memperkenalkan GST. Sudah 29 tahun kita mengkaji GST dari pelbagai negara, maka kini kita telah bersedia melaksanakannya pada 1 April 2015 akan datang.

Kepada pihak pembangkang, jika kerajaan dituduh kononnya ada agenda tersembunyi memperkenalkan GST, maka apakah kalian tiada agenda tersembunyi menentang GST?  

Yang nak himpun ramai-ramai 1 Mei nanti menentang GST buat apa? Lebih baik pergi bercuti bersama keluarga mengeratkan silaturahim dari berhimpun terpekik terlolong dosa dapat, panas pun dapat. Ingatlah yang menghasut supaya berhimpun ramai-ramai tu pun golongan sosialis-komunis yang anti agama, anti ekonomi dan anti keamanan, maka wajarlah kita tolak golongan perosak ini.

Fahami GST, Cintai GST...Nikmat GST Dikongsi Bersama...Syukur pada Tuhan, Terima Kasih Pada Kerajaan.

ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI?

Posted: 21 Apr 2014 06:22 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk 'Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat' pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.
Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.
Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan.
"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.
"Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," katanya.
Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan.
"Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini," katanya.
Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk 'Najib Mesra Israel' dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012.
Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya.

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Andai Rasulullah s.a.w Masih Ada – Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre (Bahagian 1)

Posted: 21 Apr 2014 09:55 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/chJzyYVCkb8


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Artikel Menarik : Masih kebalkah UMNO? Di Utusan Malaysia @UMonline @Umnoonline

Posted: 21 Apr 2014 06:07 PM PDT

Jarang ada yang berani memberi pandangan jujur kecuali orang yang jujur. Kadangkala ada mahu menegur namun tanpa adab menegur yang betul jadilah teguran mengundang kebencian bukan kasih sayang.


Bacalah kupasan ini yang mungkin tidak manis namun perlu ditelan demi masa depan perjuangan.


Masih kebalkah UMNO?


SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah.
Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".
Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.
Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO.
Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.
Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain.
Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.
Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu menyedarkan mereka dengan menggerakkan program-program kenegaraan untuk mereka memahami struktur negara ini. Iaitu, dengan memfokuskan sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri.
Program perkaderan pelajar-pelajar di institusi pengajian dalam dan luar negara mesti diperkemas. Buat masa ini, kelihatan program perkaderan untuk pelajar-pelajar ini lebih didominasi oleh parti-parti pembangkang khususnya Pas. Hal ini perlu menjadi agenda utama dalam menarik sokongan akar umbi dalam kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi.
Cabaran UMNO selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan pendidik agama yang lebih cenderung pula kepada pergerakan sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai nama partinya. Dianggarkan lebih 80 peratus golongan lulusan agama, sama ada dari dalam mahupun luar negara, lebih cenderung ke arah parti pembangkang iaitu Pas.
Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan.
'Kumpulan' ini kelihatannya masih tidak membantu peniaga-peniaga Melayu dalam erti kata sebenar. Mereka hanya membantu kroni sahaja dan sebahagian besarnya hanya menjadi nominee atau ali baba. Sedangkan peniaga-peniaga sebenar Melayu tidak dibantu atau dibantu hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Kumpulan yang diamanahkan untuk membantu peniaga Melayu, masih lagi kelihatan rapat dengan peniaga-peniaga kaum asing dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu sebenar terkontang-kanting tidak dibantu.
Dari sudut pandang lain pula, mahu tidak mahu ahli UMNO terpaksa akui survival parti-parti komponennya kian lemah dari sehari ke sehari. Parti-parti ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan dan dokongan UMNO.
Terbaharu, kekalahan MCA tempoh hari di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun calonnya yang diakui cukup berkredibiliti di atas kertas, telah memberi saingan yang cukup sengit. Cuma, hakikatnya peti-peti undi atau pusat daerah mengundi kaum Tionghua masih liat untuk kembali kepada MCA.
Sedangkan, UMNO sendiri sedang bergelut mempertahan kerusi-kerusinya. Dalam masa sama pula, perlu berjuang untuk membantu parti-parti komponen lain mendapatkan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Jika ini berterusan, nescaya sesuatu yang tidak sihat akan memberi tempias kepada BN dalam tempoh jangka masa panjang ini.
Merenung ke dalam parti, kelihatannya masih berlaku 'cah keting'. Ia terjadi bukan setakat di peringkat cawangan atau bahagian, malahan di peringkat tertinggi. Kalau sesiapa perasan, kekadang berlaku black out berita terhadap pemimpin tertentu dalam media-media arus utama kerajaan. Terdapat beberapa faction dalam UMNO yang akan melemahkan UMNO dalam jangka masa pendek dan panjang.
Kita juga cukup bimbang andai kata sokongan kakitangan kerajaan kepada kerajaan BN/UMNO semakin merosot. Andai ketidakpuasan hati kakitangan kerajaan terhadap beberapa dasar dan keputusan kerajaan benar, apakah impaknya? Apakah kaedahnya untuk mengembalikan semula sokongan ini? Yakni, menjelaskan secara fakta, keputusan kerajaan itu memang tepat dan menepati kehendak ramai dan semasa.
Apakah benar dalam kalangan golongan pendidik, dianggarkan sekitar 70 peratus terdiri daripada penyokong dan aktivis parti pembangkang? Kita perlu menyemaknya dan membuktikan fakta ini sebelum segalanya sudah terlewat. Ini juga untuk mengelakkan tanggapan seolah-olah tidak ada sebarang usaha untuk menangani permasalahan ini. Cuma, yang sering hinggap di telinga adalah permasalahan ini begitu ketara sejak 2004. Bahkan, begitu jelas dalam dua pilihan raya umum yang baru lepas.
Terdapat segelintir pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mengejar projek sehingga terlupa tugas hakiki mereka sebagai pemimpin untuk menjaga UMNO. Mereka ini perlu dikembalikan ke destinasi sebenar. Destinasi dan titik asal tujuan penubuhan UMNO.
Pastikan UMNO dapat merampas kembali kesemua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu yang kini dipegang oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktikan bahawa orang Melayu masih memerlukan UMNO dan hanya menjadikan UMNO sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa Melayu di Malaysia ini.
UMNO mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri. Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. UMNO wajib di transformasikan.
Hidup UMNO!
DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20140422/re_02/Masih-kebalkah-UMNO#ixzz2zZYfGJas
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

#dunselangor YB DENGKIL MENYOKONG USUL COMANGGO DALAM DEWAN

Posted: 21 Apr 2014 05:44 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/2pSOUczpRY0


Sent from my iPhone

Banjir di KTM Serdang - Elakkan Lebuh Raya Besraya

Posted: 21 Apr 2014 04:15 AM PDT

Banjir di KTM Serdang - Elakkan jalan lebuh raya Besraya.

Tyre Burst : 6 Incidents in 7 Days - @Youtube

Posted: 21 Apr 2014 04:10 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/446aGT2pch0


Sent from my iPhone

Hadits Shahih Muslim - Kitab JENAZAH Nafi Nabi saw Tunduk Kepada Jenazah Bukan Islam Seperti Dakwaan @Anwaribrahim

Posted: 21 Apr 2014 03:08 AM PDT

Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... 

Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.

Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...



Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak  menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.

•             Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)

•             Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)

•             Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

•             Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:

Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)


Sumber :

http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=119:11-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kitab-jenazah&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58


Gambar Anwar dan pemimpin PKR tunduk :




Adakah ada lagi yang mahu mengikut Anwar dan meninggalkan pedoman hadis Nabi saw...????

Sila baca bagaimana Islam Liberal beliau di blog AnwarAidc.com untuk mencari kebenaran dan maklumat berkenaan pegangan agama beliau dan bagaimana jalinan hubungannya dengan musuh Islam.


Sent from my iPhone