Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SPR pasti OK di Gelugor

Posted: 20 Apr 2014 11:00 PM PDT



Dah yakin DAP menang ...


Harap jangan pula BN cepat ngaku kalah. Guna PRK ini sebagai peluang untuk dedahkan hipokrasi dan kelemahan pentadbiran DAP.

Lawan tetap lawan pun releven untuk BN.

Karpal Singh bukan seorang yang hebat berprinsip:





Kita berjuang kerana prinsip.

Kenapa perlu gugur Mat Said? Salah Penasihat yang sampai banyak kalah

Posted: 20 Apr 2014 06:03 PM PDT


Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk 'memberi nasihat' tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS.

 

Selangor mahu tunjuk kuasa, 60 ribu rakyat bersusah

Posted: 20 Apr 2014 05:57 AM PDT


Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang. Tidak kira samada mereka penyokong pakatan ataupun Barisan Nasional, perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.

Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan.Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap "bodoh sombong" pakatan pembangkang.Ini merupakan realiti.

Akibat dari sikap mahu "tunjuk kuasa" bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Baca setrusnya di Badut Rakyat SINI

Keadaan Selangor tanpa air serupa negera dunia ke tiga

Posted: 20 Apr 2014 02:00 AM PDT


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Malaysian Flight MH192 safe landing - @Youtube

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/AH7X6pKqZFg


Sent from my iPhone

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kuliah Tertunda Mengingati Mati(Ust. Syamsul Zaman)

Posted: 20 Apr 2014 08:02 AM PDT

Dah lama tak dengar kuliah ustaz budak ni,
cara ustaz ni berkuliah teringat kuliah tok guru nik aziz masa muda dulu..
jom layan kuliah...


.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PICTURE OF THE MONTH

Posted: 20 Apr 2014 11:00 PM PDT



Firman Allahu Subhanawataala :
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." {Surah At-Taubah Ayat ke-84}
Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: "Itu jenazah Yahudi".

Baginda bersabda: "Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat". Direkod oleh Nasai (no: 1929).
 
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: "Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?" Jawab baginda: "Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh". Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).


ISU HUDUD : PAS SENDIRI MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAANNYA, KATA PROF AZIZ BARI

Posted: 20 Apr 2014 08:06 PM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa kerajaan PAS Kelantan sedang berusaha mencari jalan untuk tidak melaksanakan hudud walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) telah diluluskan sejak 21 tahun lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tanpa pelaksanaan.
"Saya melihat Kelantan itu satu kes yang cukup baik. Saya masih tidak begitu yakin kalau (hudud) dilaksanakan di peringkat persekutuan berjaya, tapi kalau Kelantan mungkin boleh.
"Sebab, hampir keseluruhannya Melayu, rakyatpun menyokong, enakmen sudah ada, boleh buat lah dengan syarat betul-betul terbuka dan kerajaan pusat memberikan laluan.
"Itu sebab saya sangat terkejut apabila kerajaan Negeri Kelantan mencari jalan, mencari hujah untuk tidak melaksanakan hudud, "katanya dalam program Lepak Maqasid, 'Enakmen Hudud Kelantan:- Dalam Perlembagaan Malaysia,' anjuran Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi, 24 Januari lalu.
Tambahnya, "Itu yang PAS buat sekarang. Mencari hujah kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan.
"Ini suatu sensasi betul. Saya tidak pernah terfikir bagaimana PAS boleh berkata begitu, sebab saya selama ini diminta, disuruh bercakap, carilah hujah bagaimana hudud ini boleh dibuat. Tiba-tiba dia (PAS) pula kata tak boleh buat. Ni apa dah jadi ni ?, " soalnya.
Pengerusi majlis Lepak Maqasid, Wan Ji Wan Hussin mencelah," Ni mungkin era Menteri Besar (Kelantan) yang berbeza kot ?."
"Mungkinlah..," jawab Aziz Bari sambil tersenyum.

BIAR BETIK...'TUHAN BARU' BERMUNCULAN LAGI?

Posted: 20 Apr 2014 05:33 PM PDT


Nak kata tak dak ilmu, belajar tinggi-tinggi tapi sayang sesat tak kenal Tuhan. Agaknya inilah fahaman liberalisme-pluralisme yang diagung-agungkan oleh puak-puak pembangkang.

Kalau dulu muncul Ayah Pin yang mengaku Tuhan. Lepas tu si Harun pulak mengaku jadi Tuhan. Kini muncul pulak budak sosialis Benz Ali mengaku Tuhan.


Ikut hukum adalah haram untuk seseorang mengangkat atau mengiminasikan dirinya atau diri orang lain sebagai Tuhan kerana Tuhan (Allah) itu adalah Zat yang Maha Berkuasa tidak menyerupai atau menyamai apa-apa makhluk di alam ini. Ini telah ditegaskan di dalam Surah al-Ikhlas ayat 1-4.


Namun pada golongan pemuja kebebasan totok, free thinkers dan pedamba segala-galanya dapat percuma, soal-hukum hakam tidak diendahkan. yang penting nafsu mereka dapat dipuaskan!

Inilah yang dibimbangi oleh kita apabila budaya bebas berfikir hingga mengugat akidah, kehormatan dan keselamatan dipermain-mainkan. Rasanya apa yang akan dilakukan oleh PAS dan PKR apabila pengikut mereka yang beragama Islam boleh mengeluarkan kenyataan 'murtad' sebegini?


Yang herannya apabila matinya para ulama, mereka tidak mahu menghormatinya. Tetapi apabila matinya seorang musyrik, mereka berebut-rebut mengangkatnya sebagai syuhada kerana si musyrik adalah kawan-kawan mereka.

Siapa yang pakai kopiah dan 'orang disebelahnya' yang tunduk pada bangkai si kafir musyrik;
penentang tegar hudud dan Sultan Melayu?

Jijah pun tak lupa tunduk kepada bangkai si musyrik


RAKYAT KOTA BHARU BOLEH TUNTUT SEMULA BAYARAN LETAK KERETA YANG SEPATUTNYA PERCUMA !

Posted: 19 Apr 2014 11:51 PM PDT


TIDAK DINYATAKAN DALAM MANA UNDANG-UNDANG KECIL NEGERI KELANTAN!
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI TEMPAT LAIN DI KELANTAN DIDAPATI TIDAK MENGUTIP LEVI TEMPAT LETAK KERETA !

Kepada seluruh penduduk Kelantan di Kota Bharu, apakah ini khabar berita baik kepada anda? Apakah selama ini sepatutnya anda tidak perlu membayar apa-apa levi letak kereta kerana tidak termaktub pung di dalam Undang-Undang Kecil di dalam Undang-Undang Negeri Kelantan? Kepada orang Kota Bharu, Kelantan, Silakan menuntut hak anda ! 

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)

Posted: 19 Apr 2014 11:13 PM PDT

Mereka telah merancang dengan teliti kemusnahan Word Trade Centre (WTC) yang terjadi pada 11 September 2001. Mereka juga sanggup mengorbankan 2996 nyawa bagi mewujudukan persamaan makna "Terrorist" itu "Islam" dan "Islam" itu "Terrorist". Peristiwa 11/9 itu merupakan konspirasi dan sudah terlalu banyak bukti yang mengaitkan tragedi tersebut dengan agenda AS dan Israel melalui slogan "Perang Menentang Keganasan". Sekiranya 2996 nyawa tiada nilai bagi "mereka" yang merancang tragedi tersebut - maka apalah sangat dengan nyawa 241 penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang itu. Namun demikian seperti yang sudah penulis maklumkan sebelum ini - "peperangan besar-besaran" di dunia ini sebenanrnya dimulakan oleh para pemilik modal antarabangsa - "mereka" mahu keuntungan yang berterusan dan para pelakonnya terdiri daripada ahli-ahli politik, para pemimpin dan organisasi-oraganisasi bukan kerajaan yang sering kali melaungkan kebebasan dan hak-hak kumpulan tertentu. 

Kita seharusnya mempunyai kebimbangan yang sangat jelas - bahawa MH370 dihilangkan atas "kehendak" dan satu plot misteri telah dicipta. Hal ini bukanlah imaginasi, tetapi realiti yang harus kita terima. Sudah pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan namun, "klu" mengapa MH370 dilarikan secara tiba-tiba masih tetap buntu dan tiada petunjuk. Walaupun kita mungkin menolak teori konspirasi sebagai fakto utama kehilangan MH370 - tetapi sifat dan ciri-ciri sesebuah konspirasi sememang wujud dalam isu tersebut. Masih ingat dengan "The Protocols of The Elders of Zion" yang membicarakan 24 topik bagi mencatur dunia? Walaupun pelbagai bukti cuba dihamparkan bagi membuktikan kononnya protokol tersebut adalah palsu dan merupakan hasil daripada aktiviti menciplak pelbagai sumber tulisan lain - namun ia sama sekali tidak dapat menolak hujah bahawa hampir semua protokol yang tertera di dalamnya sudah pun berlaku dan dilaksanakan terhadap masyarakat dunia hari ini. Salah satu masej utama di dalam protokol tersebut adalah menjurus ke arah - Yahudi/Israel "wajib" menguasai dunia, melalui ekonomi dan inovasi (ilmu pengetahuan). 

Dalam isu ini kita telah bersetuju bahawa kehilangan MH370 mestilah dihubung kait dengan dua perkara pokok - pertama ia ada kena mengena dengan isu teknologi masa hadapan yang tidak diketahui oleh ramai pihak. Kedua - ia sangat berkait rapat dengan isu keselamatan dan pertahanan. Kedua-dua perkara pokok ini akan menjurus kepada dua kesimpulan penting - pertama "perniagaan dan ekonomi" dan yang kedua, "kuasa dan politik". Kesimpulan ini menjadi titik tolak bagi membongkar misteri kehilangan MH370. Dalam bab yang lepas, hipotesis saya adalah jelas, tragedi MH370 didalangi oleh "sekelompok pemodal antarabangsa berpengaruh " yang mahu mencapai cita-cita ekonomi dan perniagaannya. Jangan terkejut sekiranya beberapa bulan selepas ini - kita akan dibekalkan dengan cadangan-cadangan yang bersifat "paksaan" agar rantau ini melakukan pembaharuan dalam pengurusan ruang angkasa, penambaikan dalam aspek keselamatan pesawat komersial, meningkatkan pelaburan negara dalam organisasi-organisasi perkhidmatan satelit, kelonggaran syarat dalam kerjasama ruang angkasa negara, dan tidak mustahil - Malaysia Air Lines juga bakal diambil alih oleh pesaingnya!

Rantau ini, khususnya Asia Tenggara telah lama menjadi idaman para perniaga - ia merupakan segmen ekonomi yang besar dan negara-negaranya masih stabil dan membangun. Rugi jika para pemodal antarabangsa tidak mengambil peluang keemasan ini dengan cara mewujudkan konflik dan tragedi terlebih dahulu agar "mereka" menawarkan perniagaan berskala besar di rantau ini. Salah satu perniagaan yang menguntungkan para pemodal antarabangsa ialah " peperangan" - dan peperangan adalah produk ekonomi paling laris dan menguntungkan sejak 100 tahun kebelakangan ini.  Perang Dunia, Perang Iran-Iraq, Perang Teluk Parsi, Perang Rusia-Afghanistan, Perang AS-Vietnam dan banyak lagi peperangan yang semuanya membawa keuntungan besar sekurang-kurangnya kepada 10 syarikat ini, iaitu : 1. Mitsubhisi (membina pesawat Jepun) 2. Volkwegan (mengeluarkan kenderaan tentera Jerman) 3. Heinkel (membina enjin pesawat Jerman) 4. Hugo Boss (menyediakan sut tentera Nazi) 5. Boeing (membina pesawat pengebom AS) 6. Ford (membina pesawat dan kenderaan tentera AS/Pakatan Perikatan) 7.  DuPont (menyediakan bom dan bahan kimia tentera AS) 8. IG Farben (menyediakan bom kimia tentera Jerman) 9. Opel (menyediakan kenderaan perang tentera Jerman) 10. NSU Motorenwerke AG@Syarikat Audi (menyediakan kenderaan perang Jerman). 

Setakat ini sekurang-kurangnya kita dapat melihat - "perang" membawa keuntungan kepada industri tertentu - tetapi itu masih belum penting, kerana yang yang mengaut keuntungan sebenar adalah adalah para pemberi dana yang terdiri daripada pemilik modal antarabangsa (jumlahnya sangat kecil, termasuklah pemilik bank dan institusi kewangan) yang sudi memberi pinjaman berbilion dolar hanya untuk mengaut keuntungan maksima hasil daripada pertumpahan darah yang sengaja diciptakan ini. Jika kita bertanya secara jujur - setelah tamat Perang Dunia ke-2 siapakah yang sebenarnya menang? Adakah AS? atau Jepun? atau Jerman? Hakikatnya, yang menang adalah pemilik modal antarabangsa ini. "Mereka" mengaut keuntungan dan kemenang mutlak daripada kedua-dua pihak yang bertelagah, sama ada pasukan yang menang, mahu pun yang kalah - yang tetap untung adalah "mereka". 

Doktrain peperangan adalah sebahagian daripada ekonomi - sudah pun termaktub di dalam "Laporan Iron Mountain" - satu laporan rahsia yang diterbitkan pada tahun 1967. Laporan tersebut merupakan hasil kesimpulan 15 pakar pemikir yang dipanggil sebagai Kumpulan Kajian Khas yang dilantik oleh Pentadbiran Kennedy, Presiden AS pada waktu itu, bagi mengkaji satu hipotesis penting - apakah AS akan berhadapan dengan masalah sekiranya negara itu beralih daripada era perang kepada era keamanan yang panjang? dan apakah prosedur yang sepatutnya diambil bagi menangani masalah itu? 

Pemilihan pakar pemikir tersebut telah dibuat pada tahun 1963. Mereka terdiri daripada individu dalam pelbagai disiplin akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mesyuarat pertama dan terakhir mereka telah diadakan di kubu nuklear bawah tanah dipanggil Iron Mountain. Kajian yang memakan masa hampir tiga tahun ini akhirnya disiapkan pada tahun 1966 dengan 34 halaman yang penuh dengan kesimpulan-kesimpulan yang mengejutkan berhubung "fungsi perang" - AS sama ada suka atau tidak perlu terlibat dalam menterjemahkan "fungsi perang" dalam segenap kehidupan manusia, agar keamanan tidak "merosakkan" negara itu jika AS berhasrat untuk terus kekal menguasai dunia. "Fungsi perang" atau "alternatif perang" perlu wujud dalam semua sistem kehidupan, termasuk ekonomi, sosiologi, politik, ekologi, kebudayaan dan saintifik.  "Fungsi perang" adalah plot bagi mengawal dunia dan populasinya. Peningkatan dan kepadatan penduduk dunia mewujudkan pelbagai masalah, maka penduduk dunia mesti dikurang dari semasa ke semasa, kerana menurut mereka "lebihan penduduk" adalah beban kepada dunia dan ekonomi - dan jalan terbaik adalah melalui peperangan berskala besar atau "dengan membunuh mereka secara senyap". "Perang" menurut mereka lagi adalah perangsang kepada inovasi dan perkembangan sains dan teknologi. Laporan ini telah dibocorkan oleh Profesor John Doe (nama samaran) salah seorang panel yang terlibat dalam mengubal kesimpulan-kesimpulan tersebut.

Di dalam seksyen empat (Perang dan Keamanan sebagai Sistem Sosial) mereka menulis, Satu "fungsi perang" adalah dengan menggunakan keganasan terancang untuk mempertahankan atau menjaga "kepentingan negara". "Negara" tidak akam mempunyai makna sekiranya tidak berperang. Mereka percaya ia adalah perlu untuk meningkat pembangunan dan ketenteraan bagi "mencipta keperluan terhadap keunikan kuasanya ". Satu lagi "fungsi perang" utama adalah untuk menghasilkan sisa. Sisa ini adalah satu cara untuk mengawal lebihan. Ia juga menghasilkan pekerjaan dan kemajuan industri. Perang, pada dasarnya, merangsang ekonomi, dan telah menjadi penstabil ekonomi penting dalam masyarakat moden."

Dan lebih jauh daripada itu - mereka juga mengesyorkan bahawa dalam tempoh "keamanan daripada peperangan sebenar" - "fungsi perang" harus tetap wujud dengan wajah yang lain, namun demikian impaknya tetap menyamai "perang" sebenar serta matlamatnya untuk mengawal populasi manusia dan mencipta keuntungan ekonomi - hal ini termasuklah mewujudkan wabak penyakit besar-besaran (seperti AIDS) dan kemudian AS menawarkan penawarnya, mewujudkan "ancaman keganasan" dan kemudian AS menawarkan perkhidmatan dan teknologinya, mewujudkan masalah alam sekitar yang kerap digelar sebagai "Pemanasan Global", kemudian AS muncul dengan plan penyelesaiannya, mewujudkan "bencana terpilih" seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir besar dengan menggunakan teknologi rahsia - bagi menghapuskan "etnik lama" untuk digantikan dengan "etnik baharu" yang dikawal, kemudian AS muncul menawarkan pembangunan dan kawalan ekonomi, mewujudkan "musuh rekaan" sebagai ancaman besar dunia umpamanya penganut Islam disinonimkan dengan pengganas, kemudian AS muncul mambawa konsesus keamanan bersama bagi memerangi "Keganasan Antarabangsa" - dan di situ terdapat keuntungan untuk AS dari aspek politik, kepimpinan dunia dan ekonomi, mewujudkan krisis kewangan, kemudian AS muncul dengan pakej bantuan menyeluruh, mewujudkan pemberontakkan dalaman, kemudian AS muncul dengan "proksi invidu terpilih" bagi menukar rejim sedia ada. Semua isu ini memiliki "fungsi perang" yang membawa kehancuran, kawalan populasi, keuntungan ekonomi dan kepimpinan politik dunia - bagi menjurus ke satu matlamat iaitu, mengekalkan AS sebagai peneraju dan ketua kepada seluruh negara di dunia dalam segala aspek.

Soalnya apakah kaitannya semua ini dengan kehilangan MH370? Apakah kita masih gagal menghidu dan melihat bahawa terdapat "fungsi perang" dalam tragedi tersebut? Siapakah yang rugi akibat daripada kehilangan MH370? - Jawapannya Malaysia dan MAS - Malaysia kerugian daripada imej dan kehadiran pelancong yang besar daripada China, dikhabarkan 30,000 pelancong daripada China telah membatalkan tempahan tiket mereka sehingga tahun 2015. MAS - mangsa paling sengsara dalam isu ini, imej, pampasan, peningkatan kos pengurusan keselamatan, ketidakpercayaan pelabur, penghijrahan pekerja dan kejatuhan nilai saham. Kemudian, siapakah pula yang bakal membuat keuntungan daripada tragedi ini? Jawapannya sudah tentulah AS (termasuk sekutunya) dan para pemilik modal antarabangsa - sampai bilakah kos pencarian MH370 sanggup dibiayai dengan menggunakan alasan "kami sahabat Malaysia"? Tidak mustahilkah akan wujud pimbiaya yang sanggup menawarkan hutang rasmi kepada Malaysia, sekiranya kos untuk menyelesaikan isu MH370 akan terus meningkat? Dan siapakah pula yang bakal menawarkan kepada Malaysia pakej "meningkatkan keselamatan pesawat dan keselamatan ruang udara" dengan "diskaun" yang mengagumkan? Malah siapakah pula yang bakal menjadi "tukang sorak" dan "tukang hasut" rasmi bagi memanipulasikan MH370 menjadi isu politik domistik yang akan mengancam parti pemerintah dan mendesak pertukaran tampuk pemerintahan negara? Sama ada kita suka atau pun tidak - terdapat hujah "ekonomi" dan "politik" mengapa "mereka" mahu MH370 dihilangkan dengan cara sebegini. 

Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar, jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. Katanya lagi, "Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang," katanya.

Bersambung dalam episod akan datang berjudul Misteri MH370 :  Selepas Satu Billion Pertama!

 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tian Chua ajak rakyat jatuhkan Najib

Posted: 20 Apr 2014 08:10 PM PDT

Tian Chua terus hasut rakyat JATUHKAN PM
KUALA LUMPUR  - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.
Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.
"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.
"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam di sini malam ini.
Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.
Malah, Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, Tian Chua juga dengan angkuh mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan kerana desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.
"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=142482:tian-chua-terus-hasut-rakyat-jatuhkan-pm&Itemid=2#ixzz2zUEDqnJR
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas

Posted: 20 Apr 2014 07:28 PM PDT


Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 2:58 AM

Boeing 737-800 milik MAS yang serupa dengan model MH192 yang melakukan pendaratan cemas di KLIA pada awal pagi Isnin, 21 Apr 2014.

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang sedang dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas salah satu rodanya tidak dapat berfungsi dengan sempurna ketika berlepas, berjaya mendarat dengan selamat pada jam 1.56 pagi Isnin.
MAS mengesahkan tentang kejayaan para juruterbangnya mendaratkan pesawat 737-800 itu dengan selamat menerusi laman tweeternya.
Sebelum itu, Pengurus Perhubungan Media dari Bahagian Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisak Dzun Nurin telah mengeluarkan satu kenyataan segera yang menyebut bahawa pesawat berkenaan telah menyedari yang mekanikal pada bahagian roda kanannya telah mengalami kerosakan sebaik sahaja berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad.
Juruterbang pesawat berkenaan kemudiannya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan berpatah balik ekoran masalah tersebut.
Pesawat berkenaan berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara KLIA bagi menghabiskan bekalan minyak sebelum mendarat untuk mengurangkan risiko malapetaka.
Mengikut jadual, MH192 dijadualkan tiba di Bangalore, India pada jam 11.35 malam Ahad.
Pesawat tersebut membawa 166 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal.
Sementara itu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi tweetnya: 'Semuanya selamat mendarat - dalam perjalanan ke sana sekarang!!'

MH370 : Anwar: Najib perlu dedah ‘barang’ yang disorok dalam kargo

Posted: 19 Apr 2014 11:56 PM PDT

(Oleh Amirul Azhan)
_MG_5979IPOH 20 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
"Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada 'cargo manifest', maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).
"Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu," kata Anwar, di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu. Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.
"Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih. Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara. Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?
"Radar ada, tentera udara ada, Menteri Pertahanan pun ada, kalau kapal terbang tanpa kebenaran masuk dan lalu semua negeri dan jika dibom Komtar dan datang ke Ipoh macamana? Tentunya keselamatan kita tak boleh dijamin oleh Menteri Pertahanan, sebab itulah Hishammuddin (Hussein) mesti letak jawatan," tegas Anwar.
Turut dibangkitkan Anwar termasuk mengenai kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.
"Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport," kata Anwar.
Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan Umno BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60871

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Rumah MB Khalid Ada 2 Kolam Air, Jom Kita Mandi Dan Cuci Pakaian Disana...

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT


Seorang brother nie tanya pak guard yang berkawal di kediaman rasmi menteri besar selangor, "rumah mb ada air tak"? soal brother tu, dengan tenang, pak guard tu jawab "ada" dan pak guard tu cakap lagi, "masakan rumah MB air dicatu"...

Jadi kesimpulan yang kita rakyat selangor boleh buat ialah, rumah menteri besar selangor langsung tidak mempunyai masaalah air, air mengalir dengan deras di rumah menteri besar selangor...

Cadangan aku, apa kata jom ramai-ramai kita mandi, basuh baju dan melepaskan hajat kita yang selama ini terbantut dek kerana catuan bekalan air di rumah menteri besar selangor, negeri yang mempunyai rizab simpanan duit sebanyak 1.9 bilion.

Aku rasa khalid pasti benarkan rakyat selangor menggunakan air di rumahnya memandangkan kalau mengikiut carian dari google earth, rumah khalid ada dua kolam renang, banyak air tu...

Sumber


Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Video Ustaz Azhar Idrus Ulas Kehilangan MH370

Posted: 20 Apr 2014 07:22 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/pRiNJtO73lM


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mahkamah Putuskan Kenyataan Anwar Dari Kandang Tertuduh Penafian Semata-mata?

Posted: 20 Apr 2014 07:11 AM PDT


Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan Jumaat.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.


Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan- BERNAMA

Suara Politik
Belantan