Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


OBAMA TIDAK MAHU JUMPA ANWAR KATA AFP,OBAMA TAK MAHU TERPALIT INDIVIDU 'A SICK MAN'

Posted: 18 Apr 2014 06:07 PM PDT

No Obama meeting for Anwar in next week's visit

US President Barack Obama delivers remarks before presenting the Commander-in-Chief Trophy to the United States Naval Academy football team in the Rose Garden at the White House in Washington yesterday. US officials said yesterday said that Obama does not plan to see opposition leader Anwar Ibrahim when he is in Kuala Lumpur next week, but did not rule out a lower-level meeting. – Reuters pic, April 19, 2014.President Barack Obama does not plan to see opposition leader Anwar Ibrahim when he is in Kuala Lumpur next week, though US officials yesterday did not rule out a lower-level meeting.
Obama will become the first sitting US president to visit Malaysia in nearly half a century when he touches down in the country on April 26.
Washington has expressed disquiet about what it says are politically motivated charges to keep the veteran opposition leader out of Malaysian politics.
In March, the Malaysian Court of Appeals overturned Anwar's 2012 acquittal on sodomy charges which date from a bitter power struggle with his then rival, prime minister Mahathir Mohamad, in the 1990s.
Anwar, 66, was sentenced to five years in jail but is currently free pending an appeal to the Federal Court, Malaysia's highest judicial body.
Asked whether Obama would make time during his schedule in Malaysia, which includes a state dinner and talks with Prime Minister Najib Razak, national security advisor Susan Rice indicated he would not.
"I think that the president is not likely to have that meeting – there may be other engagements at other levels," said Rice.
Obama will however hold a town hall meeting with what he calls young leaders from all over Southeast Asia and will also meet civil society representatives in Kuala Lumpur.
Obama's trip, which begins in Japan, also includes stops in South Korea and the Philippines. – AFP

PAS ANWARINAS DI KELANTAN GELAR KARPAL PEJUANG ISLAM

Posted: 18 Apr 2014 02:26 AM PDT


Mungkin ini adalah kesan tarbiyah DAP kepada PAS hingga soal agama dipermain-mainkan. Hukum hakam agama tidak diendahkan demi mengikut telunjuk si kapir musyrik harbi.

Firman Allah swt dalam surah At Taubah ayat 17 bermaksud:

"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran dari mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka".






Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Diam' kata Khairy Jamaluddin kepada Zulkifli Noordin?

Posted: 18 Apr 2014 10:30 AM PDT


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan orang ramai marah atas tweet yang tidak sensitif naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin tentang kematian tragis Karpal Singh, MP Bukit Gelugor.

Cuma beberapa jam selepas kemalangan kereta yang meragut nyawa Karpal dan pembantu dia, C. Michael pada hari Khamis, Zulkifli terus ke Twitter dan berkongsi pendapat dia tentang kematian Karpal.

Zulkifli melalui akaun dia @zulkiflinoordin tweet: "Dlm keadaan kemelut Krjn PAS Klntn mau mlaksanakn hudud dgn bantuan UMNO,Allah tlh mmatikn Karpal yg mnjadi pnentang utama prlaksanaannya!"

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegur Zulkifli, memberitahunya untuk, "Shut up. Really, just shut up." (Diam. Benar-benar, sila diam)

Tweet Khairy menerima 1330 retweets oleh ahli politik, orang awam dan tokoh negara termasuk Marina Mahathir dan MP Termerloh Datuk Saifuddin Abdullah.

Karpal, ahli pembangkang terkemuka dan pemimpin DAP serta pembantu dia terbunuh serta-merta apabila kereta mereka merempuh sebuah lori berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan.

Anak lelaki Karpal, Ramkarpal, pemandu C. Selvam dan pembantu rumah telah cedera dalam kemalangan itu.

Suara Politik
Belantan

MH370 : Adakah Kehilangannya Memang Sesuatu Yang Dirancang?

Posted: 18 Apr 2014 01:06 AM PDT


Adalah suatu yang menakjubkan, bagaimana pesawat MH370 boleh memilih tempat yang sangat sukar untuk dicari. Melihat gambaran lokasi di mana pesawat malang itu kemungkinan terhempas, bukan merupakan satu kebetulan, melainkan memang satu perancangan.

Jika pesawat itu terjunam pada satu gaung dasar laut yang dikenali sebagai Diamantina Trench, besar kemungkinan kehilangan pesawat dengan 239 penumpang termasuk kru akan menjadi misteri selama-lamanya.

Dengan kedalaman 19,000 kaki, tiada peralatan lagi yang ada mampu mencapainya, tidak juga Remus dan remura kenderaan bawah laut yang digunapakai mencari AF447 tahun 2009. Setiap juruterbang yang terlatih, setidak-tidaknya tahu, lokasi-lokasi pelik dalam peta dunia; dan jika pesawat terhempas dilokasi itu, maka pusara tanpa nisan bakal wujud.

Pencarian MH370 sudah 31 hari, tiada sebarang clue, kecuali 3 pings yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu, namun kini pancarannya tidak dikesan lagi. Memang benar berbagai teknologi digunakan, baik di udara mahupun dasar laut. Britin telah mengirim HMS Echo dan HMS Tireless, tetapi dikatakan mempunyai misi rahsia, yang engan berkongsi banyak dengan pengetahunan orang awam.

Jikalah demikian, mungkin sahaja, pencarian pesawat MH370 bisa dijumpai dua kapal Britin itu, tetapi akan merahsiakannya sehingga suatu waktu tertentu. Sebabnya, kehilangan MH370 adalah satu misi misteri yang sukar untuk dijawab. Melihat, kehilangan pesawat itupun, merupakan satu misteri; bagaimana boleh berakhir di Lautan Hindi, sedangkan tujuannya adalah Beijing, China.

Hari ini merupakan hari ke-3 tamatnya masa bateri dua kotak hitam- data recorder dan voice cockpit recorder. Pihak pencari dikatakan menunggu sehingga kotak hitam tidak lagi menghantar pancaran; selepas itu baru menggunakan underwater vehicle- Bluefin 21. Bluefin 21 tidak boleh diguna selagi underwater locator beacon masih digunakan. Ertinya penggunaannya tidak boleh bersamaan dalam sesuatu masa.

Pencarian MH370 sudah menjadi HOPE FOR HOPE- walaupun sehingga kini, tiada sebarang petanda berkaitan pesawat itu. Istilah mencari jarum dalam tumpukan jerami, tidak dapat digunakan, atas sebab jeramipun tidak diketahui di mana lokasinya.

Pesawat bisa saja tidak memberikan sebarang serpihan, jika pesawat terjunam melalui hidung pesawat. Badan pesawat akan terus ke dasar laut seperti panah. Sayap dan ekor, akan turun tenggealam selepas itu. Kalau badan pesawat intact, kemungkinan besar benda-benda ringan seperti kerusi atau pelampung tidak akan mengapung.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anda suka PR sebab dapat air free? Baca apa DAP kata...

Posted: 18 Apr 2014 08:25 PM PDT



Buat projek pagi, langsung tak dapat mandi wajib? Baca ni...

Posted: 18 Apr 2014 05:22 PM PDT


Faktanya ....



PAS, babi dan komunis

Posted: 18 Apr 2014 05:30 AM PDT



Menuju ke Mei 1hb konon nak tumbangkan kerajaan, Dewan Perhimpunan CIna Melaka mengadakan Forum Rakyat di Sekolah Pay Fong Melaka pada April 11hb yang dihadiri oleh ahli PR dan 8 NGO cina.

Tajuknya Masih Relevan Lagi Dengan Ubah. Apa yang menarik adalah kehadiran Persatuan Sahabat Karib Melaka atau lebih terus terang dikatakan bekas ahli Komunis.

DI Penang, Lim Guan Eng tergila-gila mempromosi Mei 1hb hingga boleh PBT keluarkan kebenaran hebahkan illegal assembly:




Sementara itu, PAS Melaka telah menziarahi PAP Singapura:



Nak belajar bangunkan negara Islam dengan PAP ke?

Sebaliknya, PAS Melaka memprotes pemindahan pusat penyembelihan babi di Melaka: Sepatutnya pusat itu perlu ditutup dan dipindahkan. 


Dalam Majlis Perundingan Babi Antara Pas PKR dan Dap, PAS yang dihadiri oleh Ustaz Pas Julasappiah Kasim dan disokong Pesuruhjaya PAS negeri Adly Zahari. Baca SINI.



Tinggal makan babi saja PAS belum buat untuk dapat undi cina.


Dah sebut DAP dan babi, ini adalah jawapan kepada permainan fitnah RBA:





Ada Ketua Bahagian nak tikam belakang Mukhriz?

Posted: 18 Apr 2014 02:37 AM PDT






Ura-ura bertiup kuat bahawa ada Ketua Bahagian sedang ke sana kemari mengatur nak menjatuhkan Mukhriz.

Mukhriz diterima ramai dan tingkah lakunya disukai rakyat tapi sokongan parti amat perlu. Tak cukup setakat salam-salam dan duduk sama-sama.

Ada pihak nak lihat satu perubahan yang ketara dalam pentadbiran negeri. Mahu lihat pembangunan yang lebih rancak. OLeh itu perancangan masa panjang itu baik tapi deliverable jangkamasa pendek juga perlu.

Ada pulak nak bantuan untuk jaga kawasan dan sumber untuk perkuatkan UMNO tempatan. Tak semua adalah ahli perniagaan. Maka UMNO negeri perlu ada cara dan mekanisma untuk bantu program di bahagian.

Mukhriz harus ingat kempen atau pengurusan politik perlukan sumber dan sokongan untuk bergerak selain semangat juang dan dedikasi ahli.

Oleh itu urus politiknya dengan bijak. Walaupun Mukhriz mahu lakukan pembaharuan dan perubahan yang akan diterima rakyat, dia perlu bijak dalam mengurus politik.

Puak yang ngatur sedia lakukan apa saja demi kuasa dan pengatuh termasuk menjatuhkan kawan dan mengekalkan kuasa dan pengaruh. Mutakhir ini lawan yang bersuara tu bukan dari luar sebenarnya tapi rupa macam dari dalam.

Ini boleh akhirnya mengubah sentimen terhadap BN.

Mukhriz harus hadapi realpolitik dan tangani sebijaknya. Jangan nanti tak sempat Mukhriz nak pass balik Kedah ke orang lain.

Risalah muka pegawai kanan KM tersebar di Alor Gajah?

Posted: 17 Apr 2014 11:30 PM PDT


Blog ini telah menyiarkan satu artikel berhubung kewujudan pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama PUSAT HIBURAN KELUARGA di Daerah Alor Gajah. (DI SINI). Tidak lama selepas artikel tersebut disebarkan, sepasukan anggota dan pegawai dari D7 PDRM telah menyerbu keempat-empat premis tersebut.

Dalam reaksinya, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron telah meminta agar PDRM menyiasat seorang pegawai kanannya yang didakwa menjadi dalang kepada kewujudan pusat-pusat judi bermesin di seluruh Melaka.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Ketua Menteri Melaka itu meminta agar tuduhan tidak dibuat tanpa sebarang asas dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mendalami siasatan.

Di sekitar Alor Gajah, poster-poster seorang individu telah disebarkan secara meluas. Tidak dapat dipastikan apakah individu berkenaan merupakan 'pegawai kanan' yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Melaka.

Baca sepenuh di Flying Kick SINI

Ini masa Idris Haron tunjukkan UMNO sudah berubah dan ada transformasi dengan menggantung dulu pegawainya dan disiasat. Jika ada kes, pastikan ia disiasat dan usah pula ada usaha nak tutup kes.

Tok ... ingat sedikit, Ini zaman Internet dan sosial media, benda begini cepat tersebar. Jika ada usaha nak tutup-tutup, maklumat senang bocor.

Tunjukkan ketegasan dan keberanian bertndak termasuk kepada kawan dan pegawai sendiri  ... pasti rakyat dan ahli akar umbi akan sanjungi.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


PAS Akan Bincang Fatwa R.I.P...

Posted: 18 Apr 2014 10:00 PM PDT


PAS mengambil serius tentang fatwa yang di keluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan menganai isu orang Islam tidak digalakan menyebut Rest In Peace RIP...

Punya banyak isu lain, isu ini jugak yang pas nak bincang dalam mesyuarat biro politik mereka, kenapa tak mau bincang isu pelaksanaan hudud dan bila ianya nak di laksanakan di kelantan...

Apa pun orang yang nak bawak isu RIP ini hingga ke mesyuarat biro politik pas itu adalah orang yang sama mempertahankan anak orang Islam bawak makanan babi ke sekolah...

Tengok video di bawah...



Zul Nordin Nasihatkan KJ Jangan Jadi Anwar Ibrahim Kedua...

Posted: 18 Apr 2014 07:00 PM PDT

Setelah senyap selama satu hari, akhirnya bekas Ahli Parlimen Padang Serai (PAS) 2008-2013, Zulkifli Nordin (Zul Nordin) tampil membalas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Zul Nordin dalam Tweet terbarunya mengingatkan Khairy Jamaluddin agar tidak menjadi Anwar Ibrahim kedua dalam politik.


Tweet ini dipercayai merujuk kepada "tweet" KJ semalam yang mempertikaikan Perdana Menteri kerana memilih Zul Nordin sebagai calon BN dalam pilihan raya umum lalu.

Pada awalnya ia sekadar berpunca daripada tindakan KJ yang marah dengan Tweet  Zul Nordin yang menyatakan "ketika kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud, Allah mematikan Karpal Singh, penentang hudud".

Khairy yang terkenal dengan pemikiran liberal moden membalas tweet tersebut dengan menyuruh Zul Nordin "diam".


Apabila disokong oleh beberapa orang, Khairy pergi lebih jauh dengan mempertikaikan tindakan Perdana Menteri memilih calon secara terbuka dalam laman Twitter. Dalam "tweet" itu,  beliau menyatakan tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Mohd Najib dalam pemilihan Zul Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum yang lalu. MYKMU

Sedikit Hari Lagi, Akan Kedengaranlah Cakap-Cakap Macam Nie...

Posted: 18 Apr 2014 01:00 AM PDT


Aku yakin sedikit hari lagi akan kedengaranlah cakap-cakap macam ni di surau-surau, di masjid atau di tempat-tempat ceramah, mungkin kalau ada yang berani, mereka akan tulis dalam facebook dan twitter...

Apa cakap-cakap tu...?

1. ko tau, karpal mati tu umno lah punya kerja...
2. pemandu lori tu orang umno...
3. memang umno setting pemandu lori tu suruh langgar kereta karpal...
4. umno takut dengan karpal tu pasal di bunuhnya karpal tu...
5. dulu depa nak nak bunuh anwar, tak dapat anwar karpal jadi mangsa... [rujuk cerita kereta anwar disabotaj]
6. satu karpal mati, sejuta karpal akan bangun menuntut bela... [itu ayat biasa chegu bad]

Dan mungkin banyak lagi tuduhan-tuduhan yang akan di lemparkan kepada umno...

Tak caya korang tunggu...

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Mengapa dengan Umno?.

Posted: 18 Apr 2014 07:37 PM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
Link: 

4767. Mengapa dengan Umno?.

Baca Juga: 

4708. Kamus Melayu Umno.


Mengapa dengan umno?. 

1- Memberi kerakyatan mudah kepada kaum China dan India - Tetapi akhirnya Umno cari hal dengan sentimen bangsa?. Lupa tentang kempen satu masa dulu "Muhibah" selepas tragedi 13 Mei 1969. Apa ertinya lagu "Warisan - Anak Kecil Main Api?(zaman PM 1)

2- Melepaskan Singapura 1965 - Dulu mengata "ahh! tanah sekakang kera tak mana majunya" Kini demi servival politik - nanti Malaysia jadi republik macam Singapura Azan tidak boleh berkumandang (Masjid Sultan Azan Available macam di Malaysia) Selama-lamanya Singapura tergadai dengan diiringi Pulau Batu Putih dan Penjualan Bersarat Track Keretapi Tanah Melayu (B) di Singapura. Bumi dipijak milik orang, sebab masa budak-budak suka main api?. (zaman PM 1)

3- Melepaskan Pulau Batu Putihlagi boleh kata win win. Keputusan penghakiman hanya diumumkan pada 23 Mei2008Milik siapa sebenarnya Pulau Batu Putih sebelum ditindih tuntut oleh Singapura?. Rujuk nota 2. (zaman PM 5)

4- Menjual Track KTMB di Singapura sehingga Stesion Keretapi Tanjung Pagar (tinggal sejarah sudah) Rujuk nota 2. (zaman PM 6)

5- Melepaskan 2 telaga minyak kepada Brunai Darussalam (zaman Pak Lah jadi PM

6- Membutakan pengetahuan sejarah di kalangan rakyat banyak. Apakah ada kaitan dengan Dasar Pelajaran/Pendidikan Negara?Alam dan Manusia menggantikan Ilmu Alam (Geografi) dan Tawarikh (Sejarah). Hasilnya berapa generasi buta Sejarah Malaysia dan Geografi Malaysia. Setelah beberapa generasi jadi buta sejarah dan geografi, barulah dimunculkan semula subjek tersebut. 

7- Dasar Penswastaan/Persyarikatan Malaysia - Hebat sangatkah keberhasilan dasar tersebut?. Tanya bekas PM 4 untuk dia menjawab sejujurnya kerana Allah SWT. Alhamdulillah jika dasar tersebut tiada pendustaan. 

8- Malaysia tidak pernah dijajahTahun 1957 haribulannya 31 Ogos. Kenapa di Malaysia ada menyambut Hari Kebangsaan saban tahun. Siap jerit MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! - sebelum ini jadi hamba sahya bangsa mana?. Pengisian Kemerdekaan lagi, jadi program. Oh patutlah Malaysia tidak pernah dijajah. Ya mereka yang buta sejarah bolehlah didustakan sedemikian rupa. Lihat sahaja sejarah Ketenteraan dan Kepolisian Malaysia, sudah berapa ratus tahun. Dikira dari zaman penjajah British lagi. Itu pun rakyat disogok dan diminta percaya dengan cara terang-terangan tentang sejarah palsu. Usia Malaysia baru berapa tahun?. Rujuk nota 6. 

9- Melebel orang yang bukan Umno sebagai pengkhianat bangsa, kononnya dialah pejuang?. - Tidak ada pemimpin Umno dilokapkan oleh British kerana kononnya memperjuangkan kemerdekaan. Kenapa? Carilah jawapannya. Yang tersurat dengan yang tersirat. Pengkhianat bangsa sebenarnya bermaksud mengkhianati bangsa penjajah British, mereka menentang penjajahan Tanah Melayu, tetapi dipesongkan kepada kononnya mengkhianati Melayu. Wadah perjuangan Islam disekat dan diharamkan di zaman penjajahan. Ramai pemimpin pro Islam dipenjarakan oleh British dan kemudian disambung penahanannya oleh Umno selaku Kerajaan selepas merdeka - Maka sebahagiannya berjuang bersama PKM tanpa mengenepikan akidah Islam masing-masing. Siapa pengkhianat bangsa Melayu era moden kini?. Tanyalah pemimpin Umno yang lebih layak menjawabnya secara amanah kerana Allah SWT. 

10- Falsafah Politik ala Freemason?. Mengkambing hitamkan pihak lain untuk menutup penentangan atau wajah sebenar Umno. Sekarang Umno kecoh memperjuangkan kalimah "Allah" sedangkan Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Pemilik Alam Serta Sekelian Isinya. Ke mana Umno ketika perjuangan Akidah Natrah - Singapura 15 Disember 1950. Sedangkan sebelumnya pada 23 Februari 1950 bermati-matian Umno memperjuangkan sehingga sekarang polis zaman penjajah. Kisah Mufti Selangor Allahyarham Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) dipecat kerana bertindak terhadap Pertandingan Ratu Cantik (PM 4 dalam lawatan ke Jepun waktu itu). Berbeza dengan peristiwa Memali 1985 PM 4 ada di dalam negara ketika itu mengikut Bekas Timbalan PM Pertama/Empat. 

Hukum Hudud - Penentangan Non Muslim jadi batu loncatan Umno ke arah menggagalkan usaha melaksanakan Hukum Hudud. Maka watak-watak Non Muslim digunakan sebagai bahan propaganda. Yang sebenarnya merekalah pemimpin Umnolah yang menentangnya. Apa masalahnya kalau bukan Islam tidak bersetuju. Ini yang dakwa orang Islam tidak setuju malah menghinakannya lagi. 

Murtad - Ada pemimpin Umno ambil kisah?. Menariknya Hakim pun kena pecat akhirnya. Tanyalah PM 4 dia masih hidup dan In Syaa Allah boleh menjawabnya (kalau dia tidak tergolong di kalangan orang yang digambarkan seperti dalam bukunya "Melayu Mudah Lupa") dan sedia menjawab kerana takutkan azab api neraka Allah SWT. 

BERSAMBUNG. 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Isu Shila Amzah Berseluar Ketat Di China

Posted: 18 Apr 2014 09:19 PM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 1:15 AM
Shila Amzah

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Shila Amzah

Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris.

Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd.

Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.

Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Harta Karun di Pulau Nangka Milik Kesultanan Melaka

Posted: 18 Apr 2014 07:59 PM PDT

pulau nangka
Peta menunjukkan kedudukan Pulau Nangka


MELAKA: Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

"Semua barangan yang diterima disimpan dalam istana dan mungkin juga mereka memindahkannya ke Pulau Nangka atau Pulau Besar ketika serangan Portugis pada 1511.

"Malahan, ada juga yang menyatakan harta karun zaman Kesultanan Melaka ditanam di Bukit St John," katanya, di sini, baru-baru ini.


Laporan eksklusif di muka depan The Star, Isnin mendedahkan mengenai dua syarikat yang mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja evakuasi dan dipantau rapi oleh Perzim.

Mohd Jamil berkata, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Beliau juga mengakui adanya cubaan pihak tertentu untuk mencari harta karun berkenaan, bagaimanapun ia gagal.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas mengesahkan kaji selidik pakar arkeologi mendedahkan tiada sebarang tanda menunjukkan adanya harta karun di Bukit St John.

"Kini hanya Pulau Nangka menjadi lokasi terakhir kemungkinan harta karun itu disembunyikan," katanya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak di dalam dan luar negara termasuk media asing berikutan pendedahan The Star mengenai harta karun itu. - mStar 19/4/14

ARTIS : Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima

Posted: 18 Apr 2014 04:56 AM PDT


Entah mengapa semenjak dua menjak ini golongan selebriti tempatan gemar mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan menyentuh sensitiviti agama. Selepas Raja Azmi dengan kenyataan tudungnya, kali ini Erma Fatima tampil menyentuh bab berkemban apabila gambar yang dikongsi di laman Instagramya dikecam ramai.
erma kemban
Gambar yang dikongsikan oleh Erma Fatima ialah salah satu babak dalam drama "Takhta 3 Ratu" yang ada watak para gadis berkemban. Dikritik ramai, Erma tampil melahirkan rasa redhanya sekiranya kerana babak sebegitu, dirinya masuk ke neraka. Tulis Erma:-
Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.
TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian!
Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku.
TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti.
NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri
erma kemban
Hmmmm.. Sukar nak bagi ulasan bab sebegini. Mungkin para produser dan pengarah negara kita perlu melihat perkembangan filem di negara Timur Tengah yang telah memenangi banyak anugerah walaupun tidak merakamkan sebarang aksi yang menyalahi syariat. Namun begitu, kata orang, tiada permintaan tiadalah penghasilan. Pasti Erma ada sebabnya sendiri untuk berbuat sedemikian. Hanya dirinya sahaja yang tahu.

"Jika ini pidato terakhir saya" - Anwar

Posted: 18 Apr 2014 12:54 AM PDT

Anwar menandatangani buku ucapan takziah di kediaman Karpal di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang.
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Permatang Pauh supaya bangun menjadi benteng amanah dan ketelusan negara dan tidak mudah menggadaikan pronsip kepada Umno dan BN sekiranya beliau dipenjarakan buat kali kedua.
Menurutnya, jika ditakdirkan semalam adalah pidato terakhir beliau di Permatang Pauh, Anwar mahu jentera Pakatan Rakyat diperkemaskan bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) kawasan parlimen itu.
Berucap di pentas Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini, beliau tidak menolak kemungkinan akan dipenjarakan jika rayuannya dalam kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendapat maklumat bahawa BN sudah mempersiapkan jentera untuk berhadapan dengan PRK Permatang Pauh seandai dirinya didapati bersalah serta dipenjarakan.
"Andai kata Allah SWT uji kita dengan isu ini, saya mahu anda di Permatang Pauh bangun sebagai benteng mempertahankan amanah daripada penyangak Umno dan BN yang terlalu ghairah mahu merampas sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," tegasnya di hadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar lagi, keseluruhan konpirasi yang dilaluinya pasti terjawab suatu hari dan pasti terdedah satu persatu.
Menurut Anwar, walaupun dikurung di penjara sekali lagi semangat serta jiwaraganya tidak akan lemah longlai.
"Anwar bukan orang yang cepat lemah semangat malahan akan terus bangkit biarpun dipenjara, " katanya sambil melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan".
Turut berucap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Timbalan Yang DiPertua PAS Baling, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamd Sabu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon.
Anwar juga sempat menziarahi jenazah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh di kediaman keluarga Ahli Parlimen Jelutong itu di Jalan Utama, Georgetown petang semalam.
Karpal meninggal dunia akibat kecederaan parah apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan hala ke utara dekat Gua Tempurung awal pagi semalam. - harakah