Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEBAGAI NEGARA MAJU PERBUATAN MENAMPAR PEGAWAI KERAJAAN SANGAT TIDAK PATUT

Posted: 17 Apr 2014 05:00 PM PDT

Seorang Pegawai Kerajaan Ditampar Oleh Keluarga Mangsa 

Suasana Dalam Sebuah Dewan Penempatan Sementara Negara Maju Korea Selatan Semalam Menempatkan Mangsa Feri Karam

Perdana Menteri Korea Selatan Dibaling Botol Air 

Cara Negara Maju Korea Selatan Mengurus Rakyat Mereka Dalam Dewan/Stadium tertutup

Kita mencadangkan supaya mana-mana Wakil Rakyat yang suka mengkritik negara sendiri tentang pengurusan mangsa-mangsa di dalam dewan supaya membuat lawatan belajar segera ke Korea Selatan sekarang. Inilah masa yang paling sesuai untuk membuat perbandingan pengurusan penempatan mangsa-mangsa tragedi di dalam dewan. 

Lawatan ini diharap akan memberi kesedaran kepada mana-mana Wakil Rakyat betapa kemas dan tersusun pengurusan penginapan sementara dalam dewan yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia.

Mesti ada sebab kenapa Perdana Menterinya dibaling botol mineral. Mesti ada sebab kenapa pegawai kerajaannya ditampar. Mangsa di Korea tidak sampai 1000 orang pun, di Malaysia kerajaan mengurus mangsa-mangsa di dalam dewan sehingga mencecah puluhan ribu orang.


ISU GAMBAR DETIK KEMATIAN KARPAL

Posted: 17 Apr 2014 07:00 AM PDT

Peguam Kata



Karpal mati dalam kemalanngan, mengapa jadi celaru ?





Adakah UMNO Tolak Hukum Islam?

Posted: 17 Apr 2014 02:40 AM PDT


Adakah selama ini UMNO menolak Islam? Satu persoalan yang sepatutnya para penyokong PAS berfikir semula.

Apakah PAS kini mempunyai kekuatan baru setelah kematian begitu tragis dan ngeri Karpal Singh yang kenderaan mewahnya melanggar buntut sebuah lori angkut barang?

Karpal pernah berkata; Langkah mayatnya dahulu jika mahu menegakkan Islam atau hukum hudud

Bahkan Karpal juga pernah mendesak agar kerajaan Malaysia membatalkan atau mengharamkan parti politik berteraskan agama yang sebenarnya ditujukan kepada PAS! 

Kini peluang telah terbuka luas kepada PAS dan umat Islam untuk menunaikan janji dan permintaan keramat Karpal agar mayatnya dilangkah supaya Islam dan Hudud dapat ditegakkan. 

Peluang ini bagai direncanakan Allah dengan baik apabila seluruh 45 ADUN Kelantan termasuk 12 dari UMNO menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993. Bahkan bulan Disember nanti wakil MP PAS akan membawa usul ke arah perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Namun sejahat-jahat Karpal Singh, kita juga patut berterima kasih pada mendiang kerana jasanya mendedahkan onar sebenar Anwar Ibrahim; seorang kaki liwat dan penzina tegar di Parlimen dulu. Bayangkan jika tiada jasanya itu sudah tentu kita kini berperdana menterikan seorang yang rosak akhlak.

Satu lagi amanat Karpal yang perlu ditunaikan Anwar iaitu Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana telah banyak menimbulkan kekalutan pada negara ini.


Bagi PAS inilah masa yang sesuai untuk kalian menegakkan hudud setelah musuh kamu mati menemui Tuhan Allah. 

Yang dah mati itu biarlah mati. Dah sampai ajalnya mati kena tulah di bumi Perak. Kamu yang hidup ini mesti tunaikan 2 permintaan Karpal Singh itu; Langkah mayatnya (atau kuburnya) untuk membolehkan tertegaknya sebuah negara Islam dan desak Anwar supaya bertaubat.

Jika tidak mungkin roh Karpal Singh tidak tenang dan selalu bergentayangan menghantui pengikut PAS dan Anwar selamanya...

Wahai Karpal...Man Robbuka!

LALUAN HUKUM HUDUD SEMAKIN MUDAH ?

Posted: 17 Apr 2014 12:20 AM PDT


Semoga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya. Alhamdulllah dengan kesatuan aqidah UMNO-PAS dan ketiadaan Karpal saya percaya laluan makin dipermudahkan!


Adakah kematian Karpal satu hikmah bagi membolehkan UMNO-PAS bekerjasama untuk laksanakan hudud? Moga dimakbulkan!


Jahil tahap maksimum pembangkang bacakan Al-Fatihah untuk Karpal? Ini satu penghinaan kepada mendiang Karpal yang menganut kepercayaan Sikhism dan tidak menerima Islam!


Pembangkang patut belajar menghormati mendiang Karpal dengan tidak terus mempolitikkan kematan beliau! Berilah penghormatan menurut agama dan kepercayaan mendiang Karpal

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


You reap what you sow. Rakyat balas kebiadapan pembangkang

Posted: 17 Apr 2014 09:00 PM PDT


Bila pembangkang bersikap biadap, akan ada yang bertindak balik biadap. Oleh itu jangan salahkan sesiapa bila kematian pun diperolokkan.



Bila semasa hidup kita mulut tak jaga, sebaik mati tidak dihormati



Jangan pula percaya ada datang beri penghormatan:




Mudah-mudahan...


You reap what you sow.

Koleksi kenyataan bodoh dan jawapan untuk mereka

Posted: 17 Apr 2014 07:10 PM PDT




Selain dari Hishamuddin rais yang tak diketahui masih ada ugam alagi atau tidak, yang lain tu eloklah baca berikut:


Difahamkan ada baru nak nafi:


Ada pula konon-konon tak cakap:




Ada pula nak reka-reka konspirasi bodoh:




Bukankah pemandu mempunyai 23 kes pandu laju dan 15 saman yang tak dibayar lagi?

Wakil DAP ini sampai kesitu kebodohannya


Macam tak tahu dia RBA menyamar Melayu.

Ada yang terlalu bodoh tapi nak juga buat komen:


Ada Tok Lebai mana nak berceramah tapi akhirnya apa benda dia kata?


Memang elok kita memberi penghormatan terhadap mayat seorang bukan Islam...




Isunya tak lah sampai begini sekali:


Kalau mahu diberi penghormatan, jangan pula pihak keluarga mendiang nak ugut saman jika sesiapa nak siarkan komen atau gambar tentang mendiang.

Dari hidupnya hingga matinya, mendiang dan keluarganya nampak nak bergaduh saja.

Dari segi undang-undang, ita pun boleh cerita:






Komen Ibrahim Ali atau Zulkifli Nordin adalah "fair comment" yang tidak berbunyi menghina langsung:



Tak faham Khairy berlebih-lebih nak pertahankan seorang yang hidupnya membenci ugama kita, bangsa kita dan negara kita hingga sentiasa mempersoalkan hak dan kepentingan ugama bangsa dan negara.

You reap what you sow. You sow hatred you get back hatred.

Harap Idris Haron serius nak tangani judi di Alor Gajah

Posted: 17 Apr 2014 06:21 AM PDT






Pendedahan blog pembangkang Santan Berapi semalam tentang kegiatan judi di Alor Gajah nampaknya mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka Dato Idris Haron.


Keratan akhbar berikut:


Harapnya dia serius kerana sebagaimana bberlaku di Selangor, hal ini tidak boleh dipersalahkan pihak polis tetapi ada orang dalam dalam kerajaan yang terlibat memberi kebenaran. Masakan ianya boleh berani mengeluarkan modal begitu besar untuk menyediakan kemudahan.

Kami keluarkan balik gambar-gambar:





Harap Idris Haron serius nak tangani kerana kami sediakan dedahkan dalangnya yang kami dah tahu jika KM tak serius.  Lantalah apa nak jadi!!!


Kalau kita dedahkan kegiatan judi dan kaki-kaki di belakangnya di Selangor, kenapa pula kita tak konsisten di Melaka pula?

Tangan Lajim atau Ketua Cabang cemburu, PKR Sabah terus bergolak

Posted: 17 Apr 2014 03:30 AM PDT


Semalam, 8 April, Ketua Cabang PKR Beaufort telah membuat laporan polis terhadap Lajim Ukin yang merupakan MPN PKR Sabah kerana mencuri wang parti yang distatuskan sebagai wang rakyat.

Laporan polis telah dibuat oleh Taufick Ruschi, 56, di Balai Polis Kota Kinabalu jam 10:52 pagi semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lajim Ukin, ADUN N.25 Klias merangkap Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang telah menerima dana kewangan sebanyak RM400 ribu daripada Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Daerah Beaufort. Menurut Taufick, wang tersebut sehingga ke hari ini tidak diagih-agihkan kepada rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Laporan Polis dibuat oleh pengadu untuk siasatan dan tindakan Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat kes tesebut mengikut Seksyen 409 atau mana - mana undang -undang yang berkenaan.


Taufick membuat laporan polis agar SPRM dan PDRM melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Lajim Ukin yang telah menerima dana kewangan sebanyak RM400 ribu dari Menteri Besar Negeri Selangor tetapi tidak mengagihkan peruntukan tersebut kepada rakyat yang terlibat menjadi mangsa banjir di daerah BEAUFORT.

Lajim Ukin bagaimanapun telah menggunakan dana wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Taufick mendesak agar SPRM menyiasat Lajim Ukin berkaitan dengan rasuah dan mahu PDRM memyiasatnya di bawah Seksyen 409 atau mana-mana undang-undang yang berkenaan.

Petikan dari Selangor Chronicle

Lajim manafikan. Baca di MT SINI

Malaysia Chronicle melaporkan di SINI PKR Sabah nampaknya terus bergolak

Jangan khabar angin tentang anak cemari ketokohan Adenan Satem

Posted: 17 Apr 2014 12:30 AM PDT


Seorang yang lama patut menggantikan Pehin Seri Taib Mahmud dan hal ini diperakui olehnya [baca The Star SINI], Tan Sri Adenan Satem memperlihatkan satu kepimpinan yang berani dan tegas pada prinsip dan undang-undang.

Sila baca kata-katanya berikut:


Dalam hal antara kaum di Sarawak, Adenan melihatkan ketegasannya.



Dia menunjukkan kesediaan menahan kemasukkan beberapa pemimpin PKR yang mahu bermain politik perkauman untuk membakar sentiman kaum Dayak.

Namun begitu sudah timbul desas desus bahwa ketokohan Adenan sedikit sebanyak di cemari oleh khabar angin bahawa anak sulongnya dari bekas isteri, Aziz Adenan cuba menguasai pejabat ayahnya.


Jika Aziz ada jawatan rasmi lainlah tapi dia tidak ada jawatan rasmi dalam kerajaan atau pun parti Dalam pemilehan Pemuda PBB, Aziz tidak berjaya langsung untu perolehi jumlah undi yang berkredibiliti untuk diterima sebagai pemimpin Pemuda PBB.

Khabar memberitahu Aziz cuba menahan Dato Abdullah Saidol, bekas KEtua Setiusaha Politik kepada mantan KM dan kini disambung jawatan juga merangkap ahli Dewan Undangan Negeri dari berjumpa Ketua Menteri.

Khabar angin juga mengatakan Aziz ada baru-baru ini memandai-mandai untuk memangggil pegawai-pegawai dan staf-staf pada Menteri-Menteri tertentu dalam kabinet Sarwak unuk memberi taklimat.


Kisah Aziz sudah lama jadi buah mulut.

Suatu masa tindakan memandai-mandai Aziz dikatakan menyebabkan ayahnya ditangguh perlantikan untuk menjadi Ketua Menteri. 

Dalam satu peristiwa perjumpaan Backbencher di Sarwak, Aziz memandai cuba menukar rancangan perjumpaan Backbencher dengan Pehin seri di sebuah hotel ke  rumah ayahnya.

Mungkinkah peristiwa kerusi roda untuk menyambut mantan KM yang ketika itu baru sembuh dari sakit pun ada jari jemari Aziz?

Jika Aziz perlu diberi peranan, maka Adenan Satem perlu segerakan perlantikan. Namun jika Aziz tidak diberikan peranan rasmi maka usah dibenarkan mencampuri hal parti PBB atau kerajaan dengan hanya jawatan anak sulong.


Angin-angin tentang gerak kerja Aziz yang membela pelbagai orang dalam pihak tertentu yang boleh menjejaskan PBB sudah bertiup hingga ke Semenanjung. Malah sebelum ini, Aziz pernah didedahkan cuba menembak kawan sendiri melalui blog seperti Sebana Ku.

Perjalanan dan gerak kerja PBB bersistem dan lancar perjalnannya. Sayang sekali jika sistem dicemari oleh anak muda yang suka memandai. Jangan pula sejarah yang pernah berlaku dalam UMNO berulang dalam PBB. Mintak mintak cuba dijauhkan.