Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Pemuda PAS Buat Upacara Langkah Mayat Karpal Tengah Hari Ini ???

Posted: 16 Apr 2014 09:46 PM PDT

Mohon sesiapa dapat sahkan info yang disebarkan di bawah ini :

Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari ini. Upacara akan diketuai oleh saya sendiri. Kpd mana2 Pemuda Pas dan juga ahli2 Pas yang berkelapangan dijemput hadir. Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan.

Terima Kasih
Suhaizan Kayat
Ketua DPPP

Presiden PVTM ALI TINJU mahu DAP berkuasa sepenggal ???

Posted: 16 Apr 2014 04:34 PM PDT

Artikel ini diulang siar kerana masalah imej dan tulisan yang tidak berjaya dimuat naik sepenuhnya semalam...



Saya menerima imej ini dan mohon pandangan adakah benar atau tidak status FB beliau ini atau diedit pihak tertentu.



Saya tidak berminat mencampuri kisah beliau marah sesiapa namun saya ingin tahu adakah benar komen beliau agar DAP diberi peluang perintah untuk satu penggal ???



Saya mencari info dan menemui kenyataan beliau hentam Azmin Ali. Adakah beliau orang Umno atau DAP masih menjadi kekeliruan kepada saya. Berdasarkan imej mahu DAP diberi peluang berkuasa sepenggal di atas.

Komen blog pembangkang tentang Ali Tinju


Jika beliau seorang penyokong tegar kerajaan saya sangat lega mendengarnya. Namun jika beliau ada hati nak beri DAP berkuasa dalam masa yang sama, maka celakalah yang mampu saya kata.




Kita tak kisah beliau mahu jadi Presiden PVTM  yang tidak ramai berbanding PBTM atau tidak diaudit (jika benar kata kawan saya)  atau hentam Menteri atau mahu cium tangan Datin Seri Rosmah, namun soal mahu sokong DAP jangan dijadikan isu remeh yang boleh dipermainkan kerana ia kenyataan Presiden bekas askar yang patutnya tidak menyokong Pembangkang walau sebesar zarah sekalipun.


Sent from my iPhone

Karpal Singh maut dalam nahas dekat Tapah

Posted: 16 Apr 2014 02:35 PM PDT

Karpal Singh maut kemalangan

 

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. 

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE

 



http://lagiberita.blogspot.com/2014/04/karpal-maut-dalam-nahas-dekat-tapah.html?m=1


Sent from my iPhone

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Shukor Idrus sujud pada MB PKR, tapi Menteri komponen BN diugut?

Posted: 16 Apr 2014 09:30 PM PDT


Di Internet dan sosial media kini, tersebar gambar ADUN Kuang Dato Shukor Idrus membongkok memberi hormat kepada MB Selangor, Tan Stentu. ri Khalid Ibrahim. Kami tak kata jangan beri hormat kepada ketua negeri yang dipilih Sultan tapi jagalah maruah tu.

Tak mahu pula ada beranggapan, hormat yang berlebih-lebihan dan melampau hingga mendewa--dewa Khalid menjatuhkan maruah BN. Ada ke DAP buat sedemikian pada PM?

Tak mahu pula ada salah tanggapan Shukor ada mmeminta sesuatu dari Khalid dan wujud hubungan suka sama suka dalam hal tertentu.

Sebabnya nama Shukor jadi bualan pegawai-pegawai kerajaan yang mengatakan telah mengugut seorang Menteri untuuk diberikan projek kepadanya.

Samada betul atau tidak, hal ini tentu tak elok. Bertambah lagi di zaman IT dan Internet, hal sedemikian boleh tersebar begitu deras dan tiada sesiapa booleh tahan jika ianya berlaku.

Ugutan itu pula dibuat terhadap Menteri dari parti yang bukan UMNO tapi dari parti komponen  BN.

Jika benarlah, harap Shukor sedar bahawa UMNO tak boleh nak ugut-ugut macam dia masih kuat dan disokong seperti dulu. Tambahan pula, apa UMNO Selangor lakukan untuk menang balik Selangor?

Tolong jangan kata perlu ada wang untuk menang balik. Apa gerak kerjanya? Kalau tak ad awang, apa langsung penggiat tak mahu kerja? Semua perlu diupah baru nak kerja ke untuk parti? Apa erti jadi ahli parti?

Shukor tak perlu nak tunjuk garang dengan rakan BN lain hingga keluar kata-kata ugutan "Nak ajar Menteri macamana nak buat kerja."

Sementang Menteri bukan dari UMNO, jangan pula nak kerohkan hubungan UMNO dan parti koponen lain kerana perangai begini yang hanya membuat rakyat dan rakan benci pada UMNO.

Tugas utama Menteri adalah jaga rakyat. Harap Shukor paham bbahawa bukan tugas Menteri nak jaga dia. Tolong buang sikap old school.

Karpal sudah mati, PAS tinggal langkah mayat untuk jalankan hudud

Posted: 16 Apr 2014 05:19 PM PDT

Beranikah?



Karpal Singh sudah meninggal dunia malam tadi dalam satu kemalangan jalanraya:




Kini tiada lagi Karpal SIngh untuk menahan kehendak PAS Kelantan untuk menjalankan hudud. Apa lagi nak takut?


UMNO pun sudah bersedia ...


PAS perlu yakinkan DAP dan PKR. Yakinkah mereka?





Yang menentang PAS juga ...




Kit Siang persalahkan ESSCOM lepas disogok pengusaha resort

Posted: 16 Apr 2014 08:30 AM PDT


Dalam kejadian yang berlaku pada 4 April lalu membabitkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina. Motif penculikan itu adalah wang. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pekerja asing di resort berkenaan untuk membantu siasatan.

Kebanyakan resort di Sabah terutama membabitkan pulau-pulau terpencil adalah milik orang Cina. Kebanyakan peraturan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa, dilanggar dan tidak dipedulikan oleh pengusaha-pengusaha resort tersebut. Antara lain termasuklah menyediakan pengawal keselamatan bersenjata yang mengawal resort.

Bagaimanapun, kegagalan mereka untuk menanggung kos keselamatan, dipindahkan kepada pihak keselamatan apabila mendesak agar PDRM, ESSCOM dan ATM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma dan boleh diherdik sesuka hati.

Begitu juga dengan larangan pengambil tenaga kerja asing tak berpermit, turut mendapat bantahan daripada penguasaha-pengusaha resort berkenaan. Mereka tidak sahaja menyalahkan kerajaan kerana enggan berkompromi dalam hal tersebut, sebaliknya mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan mereka kerugian besar.

Apabila berlaku penculikan dan pencerobohan lanun, mereka segera menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak bertindak mengawal resort mereka. Dan untuk menambahkan tekanan, mereka menggunakan khidmat DAP dan PKR seperti yang dilakkan oleh Chun Cai, pengusaha Sipadan-Mabul Lodge yang menyediakan kemudahan bot dan penginapan untuk Lim Kit Siang sepanjang dia melawat Esszone.

Itu jugalah yang dikatakan oleh Lim Kit Siang apabila dia menyalahkan sepenuhnya ESSCOM dan mencerca peraturan-peraturan yang diberikan dalam menguatkuasakan keselamatan untuk pengunjung-pengunjung resort-resort berkenaan.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Adakah yang nak bantah GST faham atau saja nak mogok?

Posted: 16 Apr 2014 05:25 AM PDT






Baca penjelasan GST berikut:



Kalau muka begini dan NGO budak-budak masih menuntut di Universiti dan makan duit mak bapak ... bukannya faham pun. Macam mana nak ngajar kerajaan macam mana nak mentadbir.



Sampai masa PR memerintah, pasti mereka pun akan jalankan GST seperti mana Selangor naikkan harga air.


Yang nak bantah ni hanya ...


Pejenis tak ada otak seperti diketakan Nik Nazmi

Cina hargai azan ...

Posted: 16 Apr 2014 04:00 AM PDT


Bilal PAS sapu BR1M 2 kali dan Husam patut dipotong tangan bawah hukum hudud

Posted: 16 Apr 2014 01:00 AM PDT


Dulu PAS perlekehkan BR1M, konon jaga peduli tapi ingatkan akhrat. Rupanya bbukan saja mereka tak malu terima BBR1M tapi amil sampai dua kali BR1M.




Patut sekali hukum hudud pertama dikenakan pada penghulu PAS ini.

Ikut serta dengan Husam Musa ..

Pengarah SPRM Kelantan mengadakan satu pertemuan dengan MB Kelantan pagi ini. Pertemuan itu diadakan dalam usaha SPRM melengkapkan siasatan berhubung penyelewengan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diketuai Husam Musa.

Difahamkan berlaku penyelewengan kawasan balak diatas tapak jajaran pembinaan lebuhraya berkenaan dan penyelewengan wang kutipan derma dari orang ramai dan beberapa syarikat tertentu.

Sumber: wartawan harakah

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)

Posted: 16 Apr 2014 02:50 AM PDT

Dalam tempoh yang amat singkat - sekitar 22 tahun, hubungan antara China dengan Israel telah sampai ke skala yang sangat besar dan luas. Hubungan kedua-duan buah negara ini memuncak dalam lawatan bersejarah Presiden China Jiang Zeming ke Israel pada tahun 2000. Empat presiden Israel dan tiga perdana menteri, termasuk yang paling baru-baru ini, Perdana Menteri Bejamin Netanyahu dalam Mei 2013, telah membuat lawatan diplomatik dan perdagangan ke Beijing. Asas bagi berkembang hubungan Israel-Cina terletak pada ekonomi mudah: Israel adalah pemimpin dunia dalam teknologi yang boleh mencapai skala tinggi, manakala  China sebagai kuasa ekonomi global dengan jumlah penduduk melebihi satu bilion.

Jumlah dagangan dua hala antara Israel dengan China meningkat hampir 200 kali ganda sejak hubungan secara rasmi ditubuhkan, daripada hanya $50 juta dalam tahun 1992 kepada $9.91 bilion pada tahun 2012.  Kerjasama telah berkembang daripada pertanian kepada hampir semua bidang seperti sains dan teknologi, pendidikan, penyelidikan, budaya, seni, pelancongan dan akademik.

Pada bulan November 1991, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Arens  dilaporkan telah melawat ke China secara rahsia dan dipercayai melakukan rundingan dan pengembangan kerjasama ketenteraan. Pada 23 Januari 1992, Menteri Luar Israel, David Levy telah melakukan lawatan empat hari ke Beijing.  Beberapa bulan sebelum penubuhan rasmi hubungan China-Israel. Kedua-dua negara telah mengekalkan beberapa pautan perdagangan, yang berjumlah USD30 juta pada tahun 1992. Sejak itu, pertumbuhan tahunan dalam perdagangan telah purata 40%. Perdagangan dua hala meningkat kepada USD 3 bilion pada tahun 2005 dan kepada USD 5 bilion pada tahun 2008 dan USD 10 bilion pada tahun 2013. China adalah rakan perdagangan Asia terbesar Israel dan telah mendapatkan kepakaran Israel dalam tenaga solar, robotik pembuatan, pengairan, pembinaan, pertanian, pengurusan air dan penyahgaraman teknologi untuk menghadapi kemarau dan kekurangan bekalan air. Sebaliknya, Israel telah mengimport produk berteknologi tinggi dan barangan perkilangan dari China. Terdapat lebih daripada 1,000 firma Israel yang beroperasi di China pada 2013.  

Pada tahun 2007, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert melakukan lawatan berprofil tinggi ke China untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan tentera dan mendapatkan sokongan China sejak tercetusnya konflik senjata nuklear Iran.  Walaupun hubungan yang semakin rapat antara kedua-dua negara, China juga terus mengekalkan hubungan yang semakin kukuh dengan Palestin, Dunia Arab dan Dunia Islam. Israel dan China memulakan  kerjasama ketenteraan secara holistik  seawal 1980-an, walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi wujud. Dianggarkan bahawa Israel telah menjual senjata bernilai USD$ 4 bilion kepada China dalam tempoh tersebut. China sangat menginginkan teknologi termaju Israel yang mana ia tidak mampu diperoleh daripada Amerika Syarikat mahpun Rusia. 

Kini, Israel telah menjadi pembekal senjata terbesar kepada China selepas Rusia. China telah membeli pelbagai peralatan dan teknologi ketenteraan, termasuk satelit komunikasi. China telah menjadi pasaran penting bagi industri persenjataan Israel, hal ini menyebabkan AS tidak berapa senang. Agensi Perisikan Pertahanan AS melaporkan bahawa Israel telah memindahkan peluru berpandu, laser dan teknologi pesawat ke China pada tahun 1990-an. Israel juga dikatakan telah bersedia untuk menjual Phalcon kepada China, satu sistem radar amaran awal di udara, sehingga ia dipaksa oleh Amerika Syarikat agar segera membatalkan perjanjian tersebut.
 
Pada 19 Oktober 1999, Menteri Pertahanan China, Chi Haotian, terbang ke Israel dan bertemu dengan Ehud Barak, Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Israel. Kedua-dua orang membincangkan hubungan ketenteraan dan membuat beberapa perkiraan peringkat tinggi, termasuk jualan pesawat perang mencecah USD$ 1 bilion ke China.  

Pada September 2011, Menteri Israel Pengangkutan,Israel Katz, menyatakan bahawa China dan Israel telah memasuki rundingan mengenai pembinaan sebuah keretapi api berkelajuan tinggi menghubung Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Projek bersama akan membenarkan pengangkutan barangan berjisim dari China ke Israel dan Eropah Timur. Ia melibatkan kedua-dua pemaju kereta api dari Israel dan  Cina. Pada bulan berikutnya, kerajaan China dan Israel menandatangani memorandum persefahaman mengenai pembinaan bersama 180 km kereta api yang menghubungkan bandar Israel di Eilat dengan Negev Desert's Zin Valley, Beersheba dan Tel Aviv. Pada bulan Ogos 2012, dengan perdagangan China-Israel semakin meningkat, Universiti Perniagaan Antarabangsa dan Ekonomi di Beijing telah menubuhkan satu jabatan khusus untuk mempelajari ekonomi Israel dan Yahudi, manakala beberapa universiti China mula menawarkan kursus bahasa Ibrani. Sejak 2013, pelabur China telah mula menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam firma Israel. 

Soalnya - dengan semua fakta yang membuktikan bertapa eratnya hubungan antara China dengan Israel, maka apakah munasabahnya untuk Israel atau AS melakukan konspirasi menculik 22 jurutera saintis China yang berada di dalam pesawat MH370? Sedangkan mereka adalah sahabat akrab di belakang kita? Bahkan dengan pelbagai hubungan yang sangat mencurigakan ini - apakah tidak mustahil bahawa MH370 sengaja dihilangkan oleh komplot sulit pensenjataan tercanggih hasil kerjasama China-Israel selama ini?

Semua kemungkinan ini tidak boleh ditolak - kerana asasnya sangat mudah, bahawa China dengan Israel adalah sahabat yang sedang meningkatkan keupayaan pensenjataan mereka ke tahap yang sangat luar biasa serta sangat serius membangunkan teknologi pertahanan masa hadapan. Dan tidak mustahil MH370 adalah "bahan ujikaji" terhadap pertemuan baharu dalam teknologi eroangkasa antara China dengan Israel. Masalahnya sekarang ialah - teknologi apakah yang sedang dibangunkan oleh China dan Israel sehingga (jika benar) mereka berupaya "melarikan" dan "menghilangkan" MH370 sehingga ke Lautan Hindi?

Dan sekiranya kita melihat kebelakang - untuk seketika, yakni beberapa bulan sebelum MH370 di laporkan hilang di samudera, kita akan dapati bertapa "intim"nya China-Israel melalui beberapa kerjasama yang telah ditermeterai.

Enam bulan sebelum MH370 disahkan hilang - Presiden Universiti Tel Aviv, Profesor Joseph Klafter, dan Profesor Zhang Zhi, Presiden Universiti Jiao-Tong di Shanghai, telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Khas Pengajian Israel di kolej-kolej di China. Pusat penyelidikan tersebut akan menangani isu-isu semasa di Timur Tengah dan Israel. Ini merupakan pusat penyelidikan yang pertama dan seumpamanya di China. Perjanjian tersebut ditandatangani di hadapan Duta Israel ke China, Matan Vilnai, pegawai konsular Israel dan wakil-wakil dari komuniti perniagaan, dan golongan Yahudi.
 
Sebulan kemudian, pada Oktober 2013, hartawan Cina Li Ka-Shing, seorang ahli perniagaan Asia yang paling kaya, menderma sebanyak USD$130 juta untuk Technion Institute of Technology milik Israel, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Universiti Shantou yang akan menubuhkan Technion Guangdong Institute of Technology (TGIT). Wow! sangat ajaib - Hadiah, satu hadiah yang sangat besar untuk sebuah universiti Israel, sekali gus menunjukkan hubungan yang sangat mendalam antara China dengan Israel. Ini juga secara tidak langsung menjadi perintis pertama bagaimana Israel mendapat layan yang sangat baik daripada sebuah kuasa besar ekonomi dunia bernama China. Israel juga dijemput untuk menubuhkan institusinya ke negara itu yang mana negara-negara lain tidak pernah mendapat keistimewaan seperti itu.
 
Dan pada Disember 2013, Menteri Luar China Wang Yi melawat Israel dalam perjalanan dagangnya bagi "mengejar kerjasama lebih kukuh antara kedua-dua negara," katanya kepada Netanyahu.  Tambah beliau lagi, "Ekonomi China dan Israel " saling melengkapi dan kerjasama yang saling menguntungkan agar kami menikmati masa depan yang cerah." 

Ini semua ini - tidak berlaku secara tiba-tiba, Mengapa China tidak meminta kecanggihan teknologi Israel bagi mencari pesawat MH370? Apakah yang menyebabkan China berat untuk meminta pertolongan itu? Bukankah antara China dengan Israel seperti "isi dengan kuku"? Atau sebenarnya China dan Israel mengetahui apakah yang menyelubungi misteri kehilangan MH370 ini sejak awal-awal lagi, atau "mereka" sedang menguji teknologi kawalan pesawat dari jarak jauh dan teknologi pesawat anti-rada? 

Ikuti sambungan yang lebih mencemaskan dalam keluaran akan datang berjudul Misteri MH370 : Permainan Mungkar!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KETUA PEMUDA PAS BERSEDIA LANGKAH MAYAT KARPAL ?

Posted: 16 Apr 2014 09:15 PM PDT



Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari ini. Upacara akan diketuai oleh saya sendiri. Kpd mana2 Pemuda Pas dan juga ahli2 Pas yang berkelapangan dijemput hadir. Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan.

Terima Kasih
Suhaizan Kayat
Ketua DPPP

HARAM UMAT ISLAM DOAKAN ORANG KAFIR LAGI KUFUR

Posted: 16 Apr 2014 06:41 PM PDT






HARAM untuk mendoakan 'keamanan' kepada orang kafir yang meninggal dunia dalam keadaan KAFIR dengan ucapan seperti 'Rest In Peace (RIP) sedangkan terang-terang tempatnya di dalam neraka yg tiada ketenangan bagi orang yg kufur !

Walau bagaimanapun ucapan simpati dan takziah kepada keluarga si mati adalah diharuskan. Firman Allah SWT:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَن يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. (QS. At-Taubah: 113)

KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI

Posted: 16 Apr 2014 04:55 PM PDT



Tarikh/Masa : 17.04.2014 Jam 0053.
Lokasi : KM 306, Lebuhraya PLUS arah Utara, Gopeng, Perak.
Mangsa : 5 orang mangsa ( 2 meninggal dunia, 1 cedera parah dan 2 selamat ).


Catatan : Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Alphard ( KS 9898 ) dengan sebuah lori 3 tan. Antara mangsa yang terlibat ialah:-

1) Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh - meninggal dunia
2) Pembantu peribadi - meninggal dunia
3) Pembantu rumah - cedera parah
4) Anak lelaki YB Karpal Singh - selamat
5) Pemandu - selamat

Mangsa meninggal dunia disahkan oleh pihak Hospital Tapah.




ANWAR SEMAKIN ZALIM TIDAK ADA HATI PERUT

Posted: 15 Apr 2014 11:56 PM PDT


5 April lalu, majalah Southern Weekly memaparkan dakwaan kononnya, jika menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dalam tempoh satu saat.

Sebaik terbaca kenyataan dipetik oleh media utama dan alternatif, sesaat kemudian tercetus soalan di benak fikiran.

Satu lagi kelentong Anwar?

Begini huraiannya.

38 penumpang MH370, rakyat Malaysia. Andai benar Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam masa sesaat, bukankah kini waktu terbaik untuk dia membantu penumpang dan keluarga mereka? Jika tidak berhati perut sekalipun terhadap penumpang lain, tidakkah Anwar ingin meredakan kedukaan ditempuh oleh keluarga pak cik menantunya, Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Klik di sini.

Anwar tatkala ditemu bual oleh CNN mengakui mengenali Zaharie dan mengesahkan kapten MH370 itu antara penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat.

Zalim Anwar membiarkan anak Zaharie, Aishah, 27 tahun, menanti huraian misteri berhubung pesawat dipandu oleh ayahnya, setakat ini enggan didedahkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Tatkala diwawancara oleh majalah terbitan China itu, Anwar mengeluarkan kenyataan bersyarat. Dia kononnya akan mendedahkan misteri kehilangan MH370 SEKIRANYA bergelar Perdana Menteri.

Anwar tahu, impian itu hanya satu mimpi. Malang, kelukaan Aishah tidak akan terubat.

Bak bermimpi di siang hari, Anwar secara berterusan dijangka akan bercakap secara semberono biarpun dibidas oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Klik di sini.

Hemat saya, selain Aishah, semua ahli keluarga penumpang MH370 wajar menuntut Anwar mendedahkan misteri kehilangan pesawat itu.



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Karpal ahli politik hebat – TG Nik Aziz

Posted: 16 Apr 2014 10:05 PM PDT

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

"Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

"Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.

"Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan," katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu.

"Saya berharap anggota keluarganya bersabar. Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah," ujarnya.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut merakam ucapan takziah di atas kepada keluarga mendiang.

Katanya, kematian tokoh tersebut suatu kehilangan besar kepada negara kerana kepakaran dalam bidang perundangan.

dimana MH370 : Media AS persoal peranan China

Posted: 16 Apr 2014 03:13 AM PDT


Media Amerika Syarikat hari ini membangkitkan persoalan berhubung kesan daripada penyertaan pasukan China dalam operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi, yang didakwa membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Antaranya, Wall Street Journal yang menyebut, walau China "bersemangat" untuk mencari pesawat tersebut, pasukan itu terlepas dari menyertai satu mesyuarat untuk menyelaras operasi.

Mesyuarat tersebut diadakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Singapura untuk merangka pelan serantau untuk usaha pencarian melibatkan pelbagai negara dalam kes pesawat terhempas.

China sudahpun dua kali gagal menghadiri mesyuarat tersebut.



"Sejak pesawat (MH370) hilang hampir 40 hari lalu, orang yang terlibat dalam operasi berkata China terbukti sebagai pihak pertama memberi maklumbalas dengan bersemangat, walau kadangkala terlalu yakin, tidak tersusun dan tidak betul.

"Sebagai pihak luar kepada pakatan ketenteraan dan politik yang terbina sejak berdekad lalu oleh Washington, China menuntut maklumat dalaman tetapi menunjukkan minat yang kurang mengenai gabungan 26 negara," laporan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa kapal peronda China Haixun 01 menggunakan alat yang tidak sepatutnya untuk mengesan isyarat kotak hitam sehingg memberi petunjuk yang salah pada 5 April.

Menurut laporan itu lagi, pasukan China juga mengirim maklumat tersebut ke Beijing dan bukannya kepada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) di Australia.

"Saya cuma rasa meluat kerana sejak akhir-akhir ini, China dikritik kerana tidak terlibat langsung, jadi kita tidak boleh biarkan.

"Cukuplah kekecewaan setakat ini bila tiada seorangpun berjaya mengesan pesawat itu setakat ini, kata wakil AS ke Nato, Nicholas Burns kepada CNN.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


AMK Perak Tuduh Kematian Karpal Konspirasi UMNO?

Posted: 16 Apr 2014 09:10 PM PDT

Baca facebook cacai anwar, konon dari hasil siasatan AMK Perak, umnolah punca kematian karpal.

Tak ke cilaka tu, karpal mati xciden pun umno juga yang kena...

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Peguam Umno ahli lembaga pengarah anak syarikat FGV

Posted: 16 Apr 2014 10:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menyaksikan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar) beberapa kali tersasul memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebagai "Ahmad Maslan".

Datuk Ahmad Maslan merupakan Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan.

Maslan pernah mengakui wujudnya transaksi penjualan minyak sawit oleh anak syarikat plaintif, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd dengan salah satu rangkaian syarikat antarabangsa Bunge iaitu Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd.

Perbicaraan bagi kes saman fitnah Felda terhadap Mazlan yang masuk kali keenam sejak 18 Disember 2013 itu dikemukakan pihak Felda ekoran pembongkaran Anak wujudnya urusniaga antara agensi itu dengan Israel.

Sementara itu, Mazlan sebagai defendan pertama sempat memberitahu Hakim Lee Hen Chong bahawa Hafarizam dilihat mempunyai kepentingan dengan Felda apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Pendedahan Mazlan itu dibuat ketika perbicaraan bersambung di sebelah petang ekoran asakan Hafarizam yang cuba mengaitkan pendedahan Mazlan itu dengan motif kepentingan politik peribadi.

Pernyataan saksi pihak defendan menyebut syarikat Bunge mempunyai kaitan dengan negara haram Israel.

Antara asas yang mendorong kepada kepercayaan yang lurus (honest belief) tersebut ialah perlunya syarikat plaintif, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd terlebih dahulu mendapatkan Sijil Kosher untuk membolehkan barangan dijual kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd.

"Defendan Pertama telah dibekalkan dengan salah satu Sijil Kosher yang ditandatangani oleh Rabbi Mordechai Abergel iaitu seorang pendeta (Rabbi) Yahudi yang mengetuai masyarakat Yahudi di Singapura sejak tahun 1994.

"Fakta bahawa penjualan minyak sawit tersebut perlu mendapat Sijil Kosher terlebih dahulu membawa satu anggapan yang munasabah hubungan Bunge dengan Israel kerana seperti mana menjadi pengetahuan umum bahawa penduduk majoriti negara haram Israel adalah penganut Yahudi," dipetik daripada pernyataan saksi defendan.

Turut disebut dalam writ saman terbabit Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya.

Defendan seterusnya wartawan Mohd Arif Atan; syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. serta Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin mewakili kesemua defendan terbabit manakala Hafarizam mengetuai pihak plaintif.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/27182-peguam-umno-ahli-lembaga-pengarah-anak-syarikat-fgv

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Berita Sedih - Ahli Parlimen Karpal Singh maut kemalangan jalanraya di Gopeng.

Posted: 16 Apr 2014 03:54 PM PDT

Walaupun ada perkara yang tak menyenangkan kau, tetapi aku turut simpati dengan kejadi apa yang belaku tengah malam tadi...











Terfikir dibenak hati kecil,, apakah cabaran mendiang terhadapa pelaksanaan hukum hudud dahulu, maka Allah S.W.T dah menunjukkan dan memakbulkan permintaan mendiang diketika in kerajaan Pas Kelantan sibuk untuk membentang di Parlimen...

Moga-moga perkara ini menjadi perhatian kita semua dengan apa yang berku..

Kerajaan BN pimpinan Najib LEMAH?..

Posted: 15 Apr 2014 09:39 PM PDT

Duk terfikir lama dah,, tapi siapa kita nak keluarkan kenyataan macam tu,,, bayangkan,, kejadian di Pantai timur Sabah,, lebih kurang setahun berlalu.... sepatutnya ada penambah baikan,, namun erhmmmm...masih lagi .. adui.. failed...



BAHASA   

Kelemahan isu keselamatan gambaran kerajaan lemah, kata Musa Hassan


OLEH DIYANA IBRAHIM
APRIL 16, 2014
Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.Keselamatan negara adalah cerminan kepada kekuatan pentadbiran sesebuah negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Gambar fail The Malaysian Insider.













Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata isu keselamatan perlu diberi penekanan utama kerana ia mencerminkan kekuatan pentadbiran sesebuah negara.
Katanya, kerajaan akan dianggap lemah jika terdapat kelemahan dalam soal keselamatan. "Jika soal keselamatan tidak dijaga, orang akan cakap kerajaan lemah, itu sebabnya pemimpin perlu baiki ciri keselamatan dalam negara," katanya pada forum bertajuk Situasi Melayu Pasca PRU13 yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, perubahan polisi yang membabitkan politik menyukarkan pegawai kerajaan untuk mempertingkat keselamatan negara.
"Pemimpin kena percaya kepada pegawai kerajaan kerana mereka tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka jaga keamanan dan keselamatan kalau ubah polisi mereka kena ikut," katanya.
Musa berkata, perkara itu pernah dibangkitkan  pada mesyuarat Kabinet ketika beliau masih lagi menjadi ketua polis negara.
"Polisi diubah kerana hendak menggalakkan pelancong datang ke negara ini, maka mereka tidak perlu menjalani peperiksaan ketat, tetapi kalau pelancong bawa RM1,000 bagi saya itu bukan melancong.
"Situasi ini berbeza di Amerika Syarikat. Apabila pergi ke sana, saya terpaksa buka jaket untuk pemeriksaan, tetapi di Malaysia banyak polisi diubah untuk memudahkan pelajar luar negara di kolej swasta dan pekerja asing," katanya.
Dalam forum itu, Musa turut mendakwa demostrasi jalanan yang dibawa oleh pembangkang merupakan budaya barat.
Katanya, segala idea dan strategi demostrasi jalanan yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan ditulis dalam sebuah buku penulis barat.
"Dalam buku tersebut segalanya mengenai demostrasi jalanan diterangkan, bagaimana untuk menjatuhkan kerajaan. Contohnya seperti berlaku di Mesir. Apa yang terjadi dengan insiden Arab Spring," katanya ketika menjawab soalan peserta forum itu.
Mengulas mengenai kelemahan parti Umno dan Barisan Nasional dalam menawan hati pengundi, Musa membandingkan pemimpin kerajaan pemerintah dengan pembangkang.
Katanya, sikap pemimpin Umno perlu diubah dan kerap turun ke peringkat akar umbi supaya lebih dekat dengan rakyat.
"Saya berkata begini bukan kerana saya menyokong pembangkang, tidak saya bukan pembangkang walaupun ada yang tuduh saya begitu.
"Namun hakikatnya pemimpin perlu lebih berhubung dengan akar umbi, kerana kita lihat pembangkang masuk ke kawasan guna basikal tetapi mereka pakai kereta besar, mewah. Persepsi itu yang perlu diubah," katanya. – 16 April, 2014.

Nak tunggu, menteri mana nak sangkal kenyataan ni....