Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Siang Tanpa Bayang di Moscov (Episod ke-7)

Posted: 15 Apr 2014 02:22 AM PDT


Israel secara telah menjalinkan kerjasama dengan China secara rasmi sejak 22 tahun lalu, ketika Yitzhak Rabin memimpin negara tersebut. Sejak daripada itu hubungan Israel-China semakin erat bemula era Shimon Peres menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 1995. Dasar hubungan ini diteruskan sehingga sekarang, dan pada 8 Mei 2013 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke China. Dalam siri lawatannya ke Shanghai dan Beijing itu, beliau sempat menyatakan bahawa, Israel memandang China sebagai "kekuatan ekonomi dunia" manakala Israel pula dianggap sebagai pusat pengembangan teknologi dan inovasi.

Pada masa yang sama, Shimon Peres yang juga merupakan Presiden Israel dalam wawancaranya dengan akhbar Xinhua berkata China dan Israel perlu memperkukuhkan pertukaran individu dan memperluas kerjasama dalam bidang pertanian, ilmu pengetahuan, dan teknologi. Menurutnya lagi, "Saya sangat senang, karena diberi tahu oleh para pemimpin dari beberapa perusahaan China, bahwa mereka akan menghadiri persidangan forum tahunan presiden di Jarussalem bagi membincangkan isu-isu politik dan keamanan ekonomi,". Beliau menambah, "Israel adalah sebuah makmal yang besar, karena kita kecil dalam wilayah, kita harus maju dalam ilmu pengetahuan," kata Peres. Untuk maklumat tambahan, Israel dan China mencatatkan hubungan bilateral rasmi pada 1992. Sehingga kini, nilai perdagangan keduanya meningkat daripada 50 juta AS ke 9.91 bilion AS pada tahun 2012. 

Selain itu daripada itu, pelancong China ke Israel juga meningkat sebanyak 30% pada tahun 2013 dan perbelanjaan harian purata mereka ialah $286 dolar melebihi pelancong dari negara-negara lain. "Pembangunan pesat perdagangan, teknologi, pertukaran dua hala pertanian, membantu merealisasikan 30,000 perjalanan dari China ke Israel tahun lepas, kata Amir Halevi, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Israel." Manakala, Menteri Pelancongan Israel pula berkata, "Mengambil kira lebih 100 juta perjalanan luar negara yang dibuat oleh orang-orang Cina setiap tahun, kita melihat lebih banyak potensi dalam pertukaran pelancongan dua hala, kita sedang membuat persiapan untuk menerima lebih ramai pelawat Cina, menyediakan perkhidmatan pelancongan yang khusus dan merekrut lebih panduan untuk orang Cina." Matlamat Israel adalah untuk menarik 40,000 pelancong dari China pada tahun 2017 dan 100,000 pada tahun 2020. Semua ini menunjukkan hubungan China-Israel sememangnya kukuh.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Israel dan China sudah sekian lama meningkatkan hubungan dua hala - khusus dalam teknologi, sudah lama Israel mencari rakan baharu yang lebih kukuh, kerana AS semakin lemah. Di sisi lain - kumpulan pemikir yang diketuai oleh Henry Kissinger terus mendedahkan kepincangan AS dan keperluan Israel untuk mencari "teman" baharu yang lebih lunak mengikut telunjuk mereka. Seperti yang telah saya paparkan dalam helaian sebelum ini  Henry Kissinger dan enam belas badan pemikirnya bersetuju bahawa dalam waktu dekat "Israel" akan tidak wujud lagi. The New York Post mengutip perkataan Kissinger yang berbunyi, "dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel". Kenyataan Kissinger tersebut sangat mendatar dan tidak memiliki apa-apa petunjuk. Ia tidak mengatakan bahawa "Israel" dalam bahaya, tetapi menurutnya ia boleh diselamatkan jika trilion dolar ditambah dalam peruntukan ketenteraan AS bagi menghancurkan musuh-musuh Israel. Kissinger juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, "Israel" mungkin dapat bertahan hidup. Beliau tidak menawarkan jalan keluar. Kissinger hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 "Israel" akan tidak wujud lagi. 

Ada dua sebab utama mengapa Israel terpaksa meninggalkan AS, pertama kesedaran rakyat AS yang semakin meluat terhadap peranan dan campurtangan Israel dalam pentadbiran dan dasar-dasar AS. Pemberontakan secara konsisten ini berlaku secara terus-menerus dalam kalangan pemuda AS dan ia sangat membimbangkan dan sukar untuk dibendung. Kedua, ekonomi AS yang semakin lemah dan musuhnya yang semakin ramai, menyebabkan AS tidak lagi upaya membekal pelbagai keperluan untuk Israel. AS dikhabarkan lebih berminat dengan kaedah "keamanan" daripada cara Isreal yang lebih gemar kepada konfrontasi. Soalnya, apakah AS mampu terus hidup tanpa Israel? Israel dan AS saling melengkapi. Israel memerlukan AS atas dasar fasiliti yang cukup. Manakala AS memerlukan Israel atas dasar kesinambungan dananya.

Sekiranya China sudah bersedia dan mampu menyediakan ruang dan kelengkapan yang setandingan dengan AS dalam "melayan" Israel - maka mengapa tidak Israel bekerjasama dengan China bagi menguasai rantau Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara yang selama ini telah gagal dilaksanakan oleh AS. Israel tidak lagi sanggup menunggu lebih lama - tanggungjawab yang diberikannya kepada AS bagi menguasai Asia Tenggara semakin kelihatan gagal. Menurut AS, untuk menguasai rantau Asia mestilah menggunakan cara Asia. Orang Asia tidak dapat menerima cara Eropah, oleh yang demikian bagi menguasai rantau ini - pendekatan lemah lembut adalah dituntut. Israel telah memberi masa kepada AS untuk melaksanakan misi tersebut - kerana mereka percaya pendekatan kekerasan terhadap orang Asia akan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan.

Lebih sedekad lamanya AS menggunakan kaedah halus menguasai Asia Tenggara - tetapi nampaknya masih terus gagal - pasaran Eropah dan pergantungan AS terhadap minyak dari Asia Barat tidak mampu lagi bertahan, tambahan pula senario kebangkitan Islam dan kebencian bangsa Arab terhadap Yahudi sangat kuat sehingga Israel tidak mungkin akan selamat untuk selama-lamanya. Para pemilik modal ini - sudah acapkali menggunakan kaedah "lembut" bagi memujuk dan menundukkan negara-negara membangun di rantau Asia Tenggara ini agar mengikut telunjuk mereka, jika di Asia Barat - peperangan adalah modal untuk menambahkan keuntungan, strategi yang sama tidak boleh digunakan di Asia Tenggara - untuk menguasai rantau ini mereka mesti menggunakan "orang dalam" bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Pada pertengahan tahun 1997 - Krisis Kewangan Asia sengaja dicipta dengan tujuan yang jelas, iaitu mereka mahu menukar rejim pentadbiran di negara-negara terpilih, termasuk Malaysia - namun demikian kita bersyukur, Malaysia masih selamat. Pertukaran rejim pemerintah sememangnya sebahagian daripada konspirasi terbesar AS dan Israel pada setiap masa, tujuannya adalah untuk memastikan negara tersebut mengikut 100% telunjuk mereka. Hampir semua negara di Asia Tenggara sudah menuruti cara dan kehendak AS dan Israel - kecuali Malaysia, dasarnya masih terikat dengan nilai-nilai faundamental Islam. Malaysia masih membenci Israel, masih kuat berprasangka buruk terhadap AS, masih ada jatidiri dan tidak mahu campurtangan asing, ekonominya masih dikawal oleh kerajaan pusat, Islam di Malaysia masih kuat dimartabat, bahkan Malaysia sangat komitmen membantu negara-negara Islam yang susah, demokrasi negara ini masih dipimpin dengan baik, dan kebebasan masyarakatnya tidak seperti yang diingini oleh Barat.

Hanya ada tiga sahaja negara Islam dalam Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Mereka sudah menjadikan Indonesia tidak lagi mampu untuk bersuara atas nama Islam. Tatkala Brunei meluluskan hukum Hudud untuk dilaksanakan di negaranya baru-baru ini - PBB melenting! Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR)  mendakwa bahawa undang-undang Islam itu mencabuli undang-undang antarabangsa. Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, "Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,". Sambungnya lagi, "melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia."

Kebencian Barat terhadap Islam bukannya baharu - sudah lama. Mereka ada cara tersendiri bagi menguasai negara Islam di Asia Tenggara. Dahulu mereka cuba menguasai rantau ini dengan menjual istilah "dunia tanpa sempadan", kemudian mereka memperkenalkan pula globalisasi. Tidak cukup dengan semua senjata itu, mereka "serang" ekonomi Asia Tenggara melalui penyangak mata wang terkenal George Soros, namun kita masih boleh berdiri. Mereka kembali menyerang - menggunakan demokrasi dan proksi, menyalurkan dana agar rusuhan, kebencian dan kebangkitan rakyat dapat digunakan bagi mengangkat "wakil pemimpin" mereka di bumi bertuah ini. Ia masih tetap gagal - Allah tetap menyelamatkan negara ini.

Syaitan tidak pernah rasa penat untuk menghancurkan kebenaran - sekali lagi mereka datang kali ini dengan wajah baharu - mereka memperkenalkan GATT (Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan) tetapi gagal. Kemudian, mereka tubuh WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik)dalam kerangka menguasai pasaran ekonomi negara-negara kecil, namun kita masih bertahan. Mereka masih belum berpuas hati - maka lahirlah pula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan yang terkini mereka menggelarkannya sebagai - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Semua mempunyai matlamat yang sama.   

Walaupun semua kaedah "lembut" ini sudah dan sedang dilakukan oleh AS terhadap negara-negara di Asia Tenggara, namun ia masih belum memuaskan nafsu para pemilik modal antarabangsa ini. Menurut "mereka" cara ini terlalu lambat bagi mencapai tujuannya menguasai rantau ini, khususnya Malaysia. Politik Malaysia masih tetap stabil, rejim pentadbirannya pula masih tidak bertukar, manakala "orang harapan" mereka pula bakal dipenjarakan. Semua ini menggusarkan mereka, masa semakin suntuk, jika negara ini masih tidak tunduk sepenuhnya mengikut kehendak dan nafsu serakah mereka - maka tidaklah mustahil negara kecil yang degil ini pada satu masa dahulu - akan bangkit dengan bantuan China - membawa satu harapan kepada dunia Islam - nun jauh di sana, di Asia Tenggara ada sebuah negara kecil yang penduduknya komited terhadap Islam dan agama Muhammad itu berkembang dengan cukup subur bersama amalan serta ilmu - Dan "mereka" memilik hujah bahawa ada tanda-tanda Islam bangkit dari sana - dengan itu, sesuatu patut segera "dihilangkan".

Ikuti sambungan dalam siri akan datang berjudul, Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Unit Amal perlu tuntut peruntukan sebelum dikebas macam Tabung Memali

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT


Maklumat tentang demo Mei 1hb sudah mula tersebar di FB dan blog. Perancangan mereka berhubung tempat, waktu, jadual, dan diketuai oleh Mat Sabu.


Kenapa tak pakai BERSIH lagi?

Setakat APril 15hb, hanya seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO melibatkan SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) GAMIS, DEMA, PMIUM ddan kumpulan Rejimen Anarki dan parti politik PAS, PSM, PKR dan selalunya penakut tapi datang bat syarat adalah cina DAP>

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mereka yang terlibat sudah dikenalpasti adalah:
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Taktik mengangkut demonstran menggunakan pengangkutan awam pun diketahui dan mana tempat kumpul 5 tempat biasa.

Seperti biasa Unit Amal akan dipergunakan.

Jabatan Amal PAS Malaysia telah bermesyuarat pada 15 Apr di Pejabat Agung Pas Pusat, Jln Raja Laut, KL Mereka dikehendaki sediakan 1,000 orang di 5 lokasi biasa mereka. 
 
Peliknya Unit Amal Kedah di minta hantar 150 anggota tapi anggota aktif hanya 60 orang. Setiap Kawasan kena hantar Pemuda tidak termasuk Unit Amal paling kurang 100 orang.

Semua Unit Amal ada peruntukan untuk datang ke KL dan telah diserahkan kepada ketua-ketua kawasan. terpulang kepada kejauhan kawasan tapi dikahabakan sebbanyak RM500 ke RM800 seorang.
 
Pastikan mereka sebut. Kalau tak sebut atau kurang, sah dah ada yang kebas.

Hangpa berdemo, peruntukan SUARAM kebas

Posted: 15 Apr 2014 08:04 PM PDT


Bukti bukti yang dilampirkan semenjak tahun 2012 langsung tidak disiasat malahan tiada sebarang tangkapan atau tindakan yang dibuat keatas individu yang menerima dana asing ini semenjak 1998 yang diakui sendiri oleh pihak SUARAM.

SUARAM adalah sebuah syarikat. Ianya ditubuhkan untuk menyalurkan dana dana kepada parti yang dikehendakinya iaitu PKR, Jadi PKR tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana dana yang disalurkan semakin hari semakin banyak?! 

 Pernahkah anda lihat PKR menjaja tabung disetiap ceramahnya? Berbeza dengan PAS yang terpaksa mengais kocek sendiri untuk survival pemimpin parti. Kata blog Daeng Selili

Duit itu juga digunakan untuk membocorkan maklumat negara kepada pihak pembangkang.


Maknanya SUARAM mengunakan wang tersebut untuk merasuah pegawai kerajaan, untuk membocorkan maklumat sulit.

Tapi, jumlah rm100juta tu banyak, pihak Reformis 98 pun dah mula bersuara, dimana wang tersebut hilang? Guna sendiri ka? Atau songlap terus?

Sehingga hari ini dua individu yang disyaki masih berdiam diri walaupun ada yang mendakwa wang RM100juta untuk parti dari SUARAM disonglap oleh dua inidividu yang cukup lantang mempertahankan SUARAM?

Mereka tahu tapi sengaja buat senyap?!

Puak PKR taknak buat demo ka, tanya kemana hilang duit tersebut?


KeKL

Hina Sultan Johor untuk tarik sokongan rakyat?

Posted: 15 Apr 2014 06:02 PM PDT


Hari itu, kami tulis satu posting pendek di SINI tentang Sultan Johor dimaki. Rupanya ia lahir dari FB Rejimen Anarki.



Nampaknya dia sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan untuk demonstrasi Mei 1hb dengan cara naikkan kemarahan rakyat terhadap Sultan Johor.




Ada seorang FB membantu ulang penghinaan sama.


Akhirnya Rejimen Anarki warning polis. Padahal tak perlu babbitkan polis yang hanya menjaga tugas. Takut ke?

Mungkin dia risau identitinya sudah diketahui.

Yang dia cuba maki hamun SUltan Johor untuk dapatkan sokongan, adakah dia rasa macam Sultan Johor sudah begitu jahat hingga menyebut namanya rakyat Johor boleh marah dan datang bberdemo ke KL?


Mei 1hb bukan sebab GST ... Budak gini bukan paham

Posted: 15 Apr 2014 05:33 AM PDT






Mana dia ni nak faham pasal GST. Belajar tak habis lagi.


Kalay kewngan negara terbarai, satu hapa tak guna. Tengok keadaan Selangor... pasal PRK tak tahu tadbir sebabnya.


Sampai bekalan air pun takde. Bekalan air pun nak dipolitikkan.

Nik Abduh anggap taubat ayahnya tak sah sebab dah nyanyuk?

Posted: 15 Apr 2014 05:30 AM PDT


Selepas tersebar kisah Nik Aziz bertaubat di atas dosanya, Nik Abduh ditanya. Katanya cakap ayahnya tidak boleh dipakai lagi. Pendik kata atau kesimppulannya, dah nyanyuk.


Kalau dah nyanyuk, kita hanya boleh terima apa yang dia kata ketika akalnya cukup waras. Inilah kata-kata Nik Aziz dulu...


Lebih sanggup berketuakan kafir zimmi yang ....

....anti azan, roboh gerai orang Melayu, naikkan hartanah supaya Melayu tak berumah, guna kalimah Allah orang Islam untuk sesatkan orang Islam, nafi hak keistimewaan Bumiputera, tolak kedudukan bahasa Melayu, batalkan hukuman dan mahkamah syariah, ...

.... dari orang Islam sendiri jadi ketua.

Ketika itu, Nik Aziz sangat ...


Muga Allah jadikan contoh pada orang lain semua untuk sedar supaya ajangan terlambat baru nak sedar. Maksud Nik Aziz taubat ayahnya dibuat ketika dalam keadaan tak sedar. terserah pada Allah untuk terima taubat orang yang sudah nyanyuk.


Kesian ...

Jangan pula diakhir hayatnya Nik Aziz tak sempat waras untuk bertaubat dan diheret syaitan untuk ikut bersama.

Tentang azan: Ahli PAS dah sama dengan DAP kafir zimmi

Posted: 15 Apr 2014 02:37 AM PDT


Inilah cara jiran kerjakan mamat yang benci azan dibunyikan. Rupanya ahli PAS seperti disiarkan Flying Kick SINI.

Hmmmm...

Mamat ni kalau tak mental, dah kena isim pasal banyak sangat belajar agama dengan penceramah politik dan TIN2 MILO.


 Dah serupa ahli PAS dengan kafir zimmi si AP DAP dari Kota Kinabalu.



Cina DAP cakap azan bising dan tak bagi bina masjid Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin yang telah menang dikawasannya pada PRU13, sebelum ini telah bertindak dengan tidak memberi kebenaran serta melarang pembinaan masjid dibuat di kawasan Bandar Sri Indah Batu10, Sabah kerana dikatakan Azan selama 2 minit adalah punca tidak dapat tidur dan menyebabkan tidak ada ruang langsung untuk parking kenderaan.

Jimmy Wong MP DAP secara jelas berkata: "Lain orang pun mau tidur mau aman juga. Agama Islam ada gangguan, kerana pagi pagi mau tidur pun susah, kerana parking pun susah. Walaupun ini negara Islam, tapi kita ugama lain sama ugama lain mau sama hormat (jika cina tak suka Azan, orang Islam wajib akur). Kalau paksa juga arr , lain ugama nanti jadi susah (kalau buat juga azan, orang cina jadi susah)" -kata Jimmy Wong MP DAP.

Lihatlah bagaimana MP DAP membuatkan orang Islam terpaksa merayu untuk membina masjid.Adakah cina DAP rasa ini tidak mengganggu:    
     
1.Bunyi gonggongan anjing belaan          
2.Bau colok tokong         
3.Tokong diletakkan merata-rata secara suka hati         
4.Pesta ketuk 'Dung Dung Cheng'          
5.Mercun di mainkan selama 5 jam berturut-turut tanpa henti.          

Kami orang  Islam tidak pernah sekali mengkritik atau menghalang sebarang pembinaan tokong atau pengamalan agama mereka yang hendak diamalkan. 

Tetapi kenapa hak kami sebagai orang Islam boleh membina masjid dan  mempraktikkan agama kami adalah dilarang? 

Kenapa DAP ini langsung tidak mempunyai senstiviti terhadap agama Islam?

Saya percaya jika anda orang  Islam yang mahu menegakkan agama Islam, anda pasti tidak takut untuk buat sebaran, biar seluruh orang Melayu-Islam tahu akan hal ini!


Jimmy WOng tu dah tentu kafir zimmi.

Hairan  orang PAS yang konon perjuangkan ISlam juga yang sama-sama tentang bunyi azan. Mesti terlebih makan pil kuda ... kah kah kah.


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Presiden PVTM ALI TINJU Ajak Sokong DAP ???

Posted: 15 Apr 2014 11:12 PM PDT

Saya menerima imej ini dan mohon pandangan adakah benar atau tidak status FB beliau ini atau diedit pihak tertentu.

Ancaman Sister in Islam diasas Zainah Anwar di Malaysia Dan Amina Wadud

Posted: 15 Apr 2014 06:03 PM PDT

Mungkin dalam seminggu dua ini ramai yang menerima pautan melalui FB atau video melalui Whatsapp berhubung rakaman video solat yang diimamkan oleh seorang wanita sambil membuat terjemahan selari dalam bacaan solatnya.

Pada asalnya saya tidaklah mahu popularkan video tersebut dibimbangi nanti ada kot yang terpengaruh atau tidak semena-mena memberi lonjakan kepada capaian video tersebut. Namun, beberapa sahabat memberi pandangan bahawa perlu ada penjelasan berhubung kesesatan yang dilakukan dalam video tersebut supaya dapat kita fahami dan ambil iktibar darinya.

solat Raya MPV-LA-2012-captionRakaman video tersebut adalah solat Aidil Fitri tahun 1433 (August, 2012) di Los Angeles. Solat yang diimamkan oleh Jamila Ezzani adalah dari kumpulan Muslim for Progressive Values (MPV) yang dipengerusikan oleh Ani Zonneveld (berbaju batik merah jambu (pink) tanpa tudung kepala - kanan sekali). Ani ini mungkin ramai yang kenali melalui lagunya "Insya Allah" dalam bahasa Inggeris – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau adalah seorang liberalis totok dan pengamal kahwin campur dengan bukan Muslim.

Kesesatan jemaah ini terlalu jelas dalam solat mereka. Ini adalah kerana pemikiran liberal melampau yang mahukan kebebasan dari sebarang asas-asas hukum yang telah disepakati.

solat Raya Pamela Taylor-2010Kumpulan MPV ini diasaskan bersama oleh Ani dan Pamela Taylor. Pamela Taylor merupakan seorang lagi yang galak dalam kesesatan mahu mengimamkan solat untuk golongan lelaki. Beliau dilaporkan pertama kali menjadi imam kepada lelaki sekitar bulan May 2005. Rakaman gambar beliau menjadi imamah solat Aidil Adha tahun 2010 (sebelah) jelas diikuti sama oleh golongan lelaki yang keliru dan wanita yang tidak bertudung.

Kedua-dua mereka ini terlibat dengan satu pertubuhan liberal lain sebelum ini, Progressive Muslim Union of North America (PMU), bersama Amina Wadud. Namun akibat perbalahan dalaman kumpulan tersebut berpecah sebelum tertubuhnya MPV. Amina Wadud merupakan wanita yang pertama di zaman moden ini yang berani menunjukkan keangkuhan menentang hukum syarak untuk menjadi imam kepada golongan lelaki dalam solat Jumaat dengan penuh publisiti di Virginia Commonwealth University, New York, pada 18 March 2005. Beliau kemudian mengulanginya lagi di Oxford, England, pada tahun 2008.

AminaWadud-SISAminah Wadud adalah orang yang terlibat sama dalam penubuhan SIS Forum Sdn Bhd (Perhatian: SIS – bukan bermaksud Sisters in Islam (SII) tapi Sisters In Sins), bersama Zainah Anwar.

Zainah Anwar pula adalah merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat kumpulan MPV. Dan bersama dalam kumpulan MPV ini adalah seorang yang mengaku imam, Daayiee Abdullah. Beliau bukan sahaja mengaku pengamal homosek tetapi turut mengamal pluralisme agama dengan "pasangan" gaynya adalah seorang beragama Kristian.

Rangkaian puak-puak liberal sesat ini menjangkau jauh dan meliputi jaringan antarabangsa. Selain SIS, kesesatan sebegini turut didokong oleh Islamic Renaissance Front, IRF, di Malaysia. Ianya juga dituruti sama pelbagai NGO lagi termasuk IKD, MEGC dan beberapa individu populis lain. Semua kononnya mengguna jenama Islam untuk menyelewengkan aqidah umat.

Sama-sama kita doa agar Allah Azzawalla memberi hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan benar. Semoga anak-cucu kita dihindari dari gejala kesesatan ini. Amin Ya Rabb.

http://akarimomar.wordpress.com/2014/03/03/liberal-yang-sesat-terjemahkan-bacaan-selari-dalam-solat/


Sent from my iPhone

Kenyataan Bomba & Penyelamat Malaysia : Kebakaran Kilang Synergy Health Rawang Tiada Kebocoran Kimia

Posted: 15 Apr 2014 03:46 AM PDT

@Ustazharidrus Ulas Ust Rasul Dahri Pro Wahabi- Didakwa Sesat Oleh Ulama

Posted: 15 Apr 2014 03:12 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/QVYapT2zo0Q


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Exco Kerajaan Negeri Selangor Benarkan Kristian Guna Kalimah ALLAH...

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT


Non-Muslims in Selangor can use the word "Allah" as long as they do not use it to propagate their religion to Muslims, Selangor executive councillor for Islamic affairs Sallehin Mukhyi said today.

"Non-Muslims can use the word 'Allah' if it is not misused, such as for propaganda to spread other religions. If 'Allah' is used by a Christian to spread their religion to Muslims, then it is not allowed," he said. the sun daily

Exco kerajaan negeri, salehin mukyi membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah untuk sebarang upacara keagamaan mereka, pengumuman itu di buat di dalam sedang dewan undangan negeri selangor, bermakna itu adalah pengumuman rasmi kerajaan negeri...

Apa yang lawaknya tu, dia mengatakan, orang bukan islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan ianya tidak di salah gunakan, kahhh...kahhh...kahhh... kalau mangkok tu salah gunakan pun mana dia tahu,
sepatutnya salehin belajar dari pepatah jawa yang berbunyi "prevention is better than cure" aku harap dia faham apa maksud pepatah jawa tu...

Pengumuman yang di buat oleh dia itu, sekali gus menolak keputusan yang dibuat oleh majlis syura dewan ulama pas pada 13/1/2013 dan menolak ayat quran dalam surah al-maidah yang berbunyi,

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan pedih. ayat 72-73

TAKBIR!!! Pertubuhan Injil Malaysia Sudah Berambus Dari Bumi Selangor...

Posted: 15 Apr 2014 07:00 PM PDT


The Bible Society of Malaysia (BSM) announced today its decision to relocate its headquarters from Selangor to Kuala Lumpur, citing its disappointment with the state government's decision not to interfere in the seizure of its bibles.

Terutama sekali kita sebagai umat Islam harus mengucapkan syukur kepada Allah kerana pertubuhan yang mengancam akidah umat Islam telah keluar dari bumi selangor...

Alasan mereka keluar dari selangor ialah, kononnya tidak puas hati dengan tindakan JAIS merampas kitab injil berbahasa melayu yang kononnya untuk di gunakan di sabah dan sarawak, kalau kitab injil tu untuk di
gunakan di sabah dan sarawak buat apa simpan di negeri selangor ye tak...?

Dengan berambusnya mereka dari bumi selangor tak bermakna tugas kita sebagai umat Islam untuk memantau pergerakan mereka sudah berakhir, kita sebagai umat Islam harus pula mambantu jabatan agama Islam Wilayah JAWI, maklumlah pergerakan mereka ini cukup licik di tambah pulak mereka nie mendapat sokongan dari mubaligh-mubaligh luar dan parti politik terutama dap, pkr dan pas...

Sumber klik sini

Electronic Monitoring Device [EMD] Mungkin Digunakan Keatas Penjenayah...

Posted: 15 Apr 2014 01:00 AM PDT


Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959  (POCA = Prevention of Organised Crimes Act) yang dibentang di persidangan Dewan Rakyat pada September 2013 membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah terancang. Kuasa untuk membuat penilaian diberikan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah

Zahid Hamidi hari mengesahkan bahawa lima Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah tersebut telah pun dilantik dan telah memulakan tugasan mereka mulai bulan April ini. Seperkara yang menarik ialah kemungkinan Electronic Monitoring Device (EMD) digunakan keatas penjenayah yang terbabit.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Masalah Suami Isteri Zaman Cyber

Posted: 15 Apr 2014 08:00 AM PDT




"DISEBABKAN rasa sayang, saya masih lagi bersabar dengan kerenah isteri yang suka main online game," kata seorang suami mengenai sikap isterinya.

Kakitangan swasta, Amin Budi (bukan nama sebenar), 30, berkata, dia menyedari sikap buruk isterinya selepas bulan madu pertama mereka apabila Dina, 27, tidak pernah berenggang dengan iPad yang merupakan salah satu barang hantaran perkahwinan yang dihadiahkannya dua tahun lalu.

Pada awalnya Amin berkata, isterinya yang juga seorang suri rumah sepenuh masa tidak menunjukkan ketagihan kerana tetap melayannya dengan baik, namun apabila menjelang setengah tahun perkahwinan, sikap isterinya itu kian menjadi-jadi.

"Isteri saya kadang kala tak beri respons ketika saya bercakap jika ketika itu dia sedang menghadap iPadnya, dan sanggup tidur lewat malam menyebabkan dia kadang-kadang tak melakukan kerja rumah, tetapi menghabiskan masa dengan tidur sahaja di siang hari sebab tak cukup tidur pada waktu malam.


"Apabila saya pulang ke rumah dalam keadaan bersepah, ini menyebabkan stress semakin bertambah. Tak cukup di tempat kerja, di rumah pula keadaan tunggang-langgang," katanya.
Jelasnya, isterinya suka bermain game 'Candy Rrush' dan game lain melalui Facebook seperti 'Restoran City' dan sebagainya.

Apabila ditegur, isterinya memberitahu ia sekadar untuk mengisi masa terluang sedangkan ketika itu dia berada di rumah.


Lebih malang katanya, isterinya pernah keguguran Januari tahun lalu dan dia menganggap perkara itu berlaku disebabkan sikap isterinya yang suka bermain permainan online sehingga tidak menjaga pemakanan dan waktu tidur yang baik.


'Uninstall' semua permainan

Mengulas lanjut, Amin bagaimanapun tidak menyalahkan isterinya 100 peratus. Dia menganggap isterinya hanya mahu melepaskan tekanan akibat kesunyian di rumah kerana sentiasa ditinggalkan keseorangan.


Amin juga mengakui kadang kala terpaksa meninggalkan isterinya untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar daerah atas urusan kerja. Tidak menolak keadaan itu juga turut menjadi penyebab hubungan mereka renggang, Amin kemudian tekad berbincang secara serius dengan isterinya.


Amin bagaimanapun bersyukur kerana keadaan itu membuka ruang yang lebih baik dalam perkahwinan mereka apabila keterbukaan kedua-duanya dalam menyuarakan isi hati masing-masing telah menyebabkan mereka cuba memperbaiki kelemahan yang ada.


"Sekarang ini, isteri saya juga sudah berubah selepas keguguran tahun lalu dan dia juga telah 'uninstall' semua permainan yang menjadi ketagihannya sebelum ini," katanya.


-ijoks2009-
Dalam rumahtangga masaalah yang nampak kecik tapi jika dibiarkan berpanjangan bakal mengundang malapetaka besar.
Tsunami yang besar bermula dengan gegaran yang kecil.

This Is Kelantan

Posted: 15 Apr 2014 06:12 AM PDT



MACHANG - Lebih 20 tahun berniaga, keuntungan tidak pernah menjadi keutamaan Azliza Mat Adam, namun sebaliknya lebih mementingkan kesetiaan pelanggannya.

Pengusaha kuih dari Kampung Pangkal Changgong itu tetap mengutamakan harga lama sejak lima tahun lalu, walaupun orang ramai heboh bercakap mengenai kenaikan harga barang.Baginya, selagi tidak membebankan dan merugikan, dia tetap mengekalkan harga lama bagi lebih 10 jenis kuih yang diusahakan dan dijual di Kiosk Mara, di sini.

"Saya usahakan perniagaan kuih ini sejak lebih 20 tahun lalu dan menjadi sumber pendapatan utama keluarga kami. Sekalipun ada orang yang jual dengan harga RM1 bagi tiga biji, saya tekad untuk kekalkan dengan harga RM1 bagi lima biji.

"Lagipun kuih ini saya hasilkan sendiri dengan jumlah yang banyak jadi soal tiada untung atau tidak berbaloi, tak timbul. Selagi saya tidak rasa terbeban, saya akan kekalkan harga ini sampai bila-bila," katanya yang menghasilkan lebih 1,500 kuih setiap hari, selain turut mengusahakan perniagaan nasi lemak.

Azliza berkata, dia berkongsi perniagaan itu dengan dua rakan lain yang mana turut menawarkan nasi himpit dan nasi lemak dengan harga RM1 sebungkus.

Katanya, selain orang ramai, pengguna tetapnya adalah penjaja ikan, peraih, peniaga kecil termasuk pengusaha kantin sekolah.Justeru, dia terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga memandangkan ia akan membebankan peniaga kecil yang menjadi pelanggan tetapnya.

"Bagi peniaga kecil dan pengusaha kuih yang menghasilkannya dalam kuantiti sedikit, mereka akan terkesan dengan kenaikan harga ini dan kita tidak boleh menuding jari kepada mereka jika menaikkan harga."Selepas lebih 20 tahun berniaga, saya bersyukur perniagaan ini bertambah maju dan berhajat untuk mengembangkannya pada masa akan datang," katanya.

Menyambut baik sikap Azliza, seorang pelanggan, Ismail Hussin berkata, dia menjadi pelanggan tetap gerai kuih itu sejak lebih lima tahun lalu.Katanya, selain menjual dengan harga murah, Azliza menjual pelbagai jenis kuih yang mana memberi banyak pilihan kepada pelanggan.

Tambahnya, peniaga lain perlu mencontohi peniaga wanita itu bagi mengelakkan orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah terbeban dengan kenaikan harga barangan. 

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tiada kata sepakat untuk hudud : Azmin Ali menegaskan PR kekal tolak hudud?

Posted: 15 Apr 2014 05:40 PM PDT


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat (PR) untuk tidak melaksanakan hukum hudud dalam negara.

Menurut Azmin, perkara ini dipersetujui dalam Majlis Pimpinan PR pada tahun 2011 yang dihadiri semua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR.

"Perkara ini bagi saya tidak berbangkit kerana kita telah berbincang dengan terperinci dalam Majlis Pimpinan PR yang dihadiri semua pemimpin tertinggi. Perbincangan (ketika) itu berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita telah menjelaskan pendapat kita dan berdasarkan konsensus itu, kita memutuskan banyak kali. Bagi saya kita tetap akan berpegang kepada pendirian PR dalam sesi tersebut," kata Azmin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Azmin bagaimanapun berkata beliau yakin pimpinan kerajaan negeri Kelantan akan merujuk kepada pimpinan PR mengenai isu ini.

"Saya pasti yang orang ramai akan dapat penjelasan lanjut mengenai isu itu. Jika ada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, saya pasti pemimpin negeri akan berbincang dengan pimpinan PR supaya kita boleh beri pendapat kita," katanya lagi.

Belum dirujuk

Azmin bagaimanapun memberitahu majlis pimpinan PR belum lagi dirujuk oleh kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini.


"Saya tak nak membuat spekulasi…usul ini belum lagi dibincangkan (di Parlimen) dan saya pasti perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR yang seterusnya.

"Apa yang saya rujuk sebelum ini ialah bil (Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II) di Kelantan dibuat lebih awal sebelum penubuhan PR dan kita telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat sebelumnya.

"Apa pun jika ada perkembangan terbaru saya yakin PAS akan merujuk kembali kepada majlis pimpinan untuk membincangkannya," tegas Azmin.

Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS baru-baru ini bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II.

Cadangan ini kemudiannya ditentang oleh Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dengan alasan bahawa perlaksanaan hukum hudud bertentangan dengan perlembaagaan kerajaan persekutuan walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Suara Politik
Belantan

Hudud : PAS Diminta Tidak Tunduk Kepada Bantahan DAP/PKR?

Posted: 15 Apr 2014 09:01 AM PDT


PAS diminta oleh bekas pemimpinnya supaya tidak tunduk kepada bantahan DAP dan PKR dalam membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata inilah masa terbaik bagi PAS membentangkan rang undang-undang itu untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hudud memandangkan kerajaan persekutuan dan Umno sudah menyatakan sokongan.

"Hudud merupakan antara teras perjuangan PAS, yang telah lama kita perjuangkan kerana ia tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik.

"PAS perlu pastikan ia jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam," katanya ketika ditemui pada seminar antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di sini Khamis.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Ditanya mengenai tindakan PAS di negeri-negeri tertentu yang gagal tampil menyatakan sokongan terbuka kepada hasrat Kerajaan PAS Kelantan itu, Nasharudin berkata keputusan mengenai hudud dan langkah membentangkan di Parlimen adalah usaha kolektif.

"Apabila keputusan secara kolektif telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, ia harus dihormati walaupun mungkin individu ada pandangan sendiri," katanya.

Suara Politik
Belantan