Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


DYMM Sultan Johor Pulak Jadi Sasaran Red Bean Army

Posted: 14 Apr 2014 10:00 PM PDT


Hari tu mereka mensasarkan KDYMM Yang Di Pertuan Agong dalam facebook, modius operandi mereka guna nama indon, guna nama indon untuk mengutuk Yang Di Pertuan Agong, konon-konon orang indon la yang buat, alahai... taktik RBA nie...

Mungkin kurang mendapat komen yang kurang menyebelahi mereka, maka kali ini mensasarkan pulak DYMM Sultan Johor... sumber gambar disini



Empangan Di Selangor Makin Surut, Khalid Akan Hentikan Catuan Bekalan Air...

Posted: 14 Apr 2014 07:00 PM PDT

Hujan tak pun lebat mane, tapi khalid ibrahim sudah mengumumkan catuan bekalan air akan di hentikan, katanya dia membaca laporan dari Lembaga Urus Air Selangor LUAS kononnya air di seluruh empangan di selangor sudah naik...

Tak tau lah sama ada betul atau tidak laporan LUAS macam tu atau dia hanya nak sedapkan hati rakyat selangor yang kini terbeban dengan masaalah yang sepatutnya dia selesaikan 5 tahun dulu... laporan penuh isu itu klik sini

Hanya di selangor sahaja yang ada pemandangan macam ini, bagus juga sebagai produk tahun melawat malaysia...



AirAsia Punca Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din Masuk IJN...

Posted: 14 Apr 2014 06:00 AM PDT

Luahan hati anak ustaz haron din, airasia mengenakan charge yang cukup mahal untuk perkhidmatan wheelchair, semua benda airasia nak charge, seperti biasa airasia mengabaikan sifat kemanusiaan.

Ingat lagi peristiwa seorang ibu dan bayinya di tinggalkan terkontang-kanting di vietnam? itulah syarikat penerbangan yang kedekut nak bayar extra 25sen bagi setiap penumpang yang guna aerobridge, tapi untuk sponsor team bola dan f1 yang tak pernah naik podium boleh pulak...


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar vs Azizah: Siapa pilihan calun-calun Timbalan?

Posted: 14 Apr 2014 10:35 PM PDT



Pencalunan Anwar lawan Azizah untuk jawatan Presiden PKR diketahui adalah untuk meengekang sebarang usaha untuk meentang Wan Azizah dan dipercayai adalah berfokus terhadap Azmin Ali.


Pencalunan ini memberi gambaran bahawa tiada lagi kem Wan Azizah-Nurul-Khalid-Zaid Ibrahim. Wan Azizah sudah dibawah control suami.


Dijangka salah satu, Anwar atau Wan Azizah akan undur dan ia bakal berlaku setelah di rasai jelalah reformasi 2.0 satu Malaysia yang akan berakhir dengan demo reformasi 2.0 Mei 1hb yang baru diberi agenda bantah GST.



Mulanya saja nak gulingkan kerajaan kerana Anwar bakal dipenjarakan, tapi agenda itu susah nak jadi tarikkan dan juga venue Putraja tak menarik.


31hb Disember pun tak pula jatuhkan kerajaan.

Berbalik kita siapa pilihan calun-calun Timbalan Presiden.....Khalid dilaporkan berkata:  


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku beliau tidak 100 peratus mendengar cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.

Calon Timbalan Presiden PKR itu tidak menerima sebarang cadangan Ketua Pembangkang itu bulat-bulat.

"Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima da nada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima.

"Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar," ujarnya pada Program Kasih Bertaut di rumah Pangsa Sri Gemilang, Mergong, Alor Setar di sini hari ini.

Baca Info Watan sepenuh SINI

Namun begitu, Khalid ada kata dia boleh kerja dengan kedua-dua Anwar atau Wan Azizah tapi dah tersebut begini maknanya pilihannya akan dianggap sebagai Wan Azizah.


Tian Chua pula dikatakan sudah ditahan polis di Hotel Armada semalam pihak dan waran tangkap serta bongkar untuk siasatan telah diperolehi atas kesalahan hasutan kerana kata-kata di atas.

Baca di Flying Kick SINI

Cina  membawa agenda asing dan tak peduli siapa Presiden PKR asal agenda diperjuangkan hingga berjaya. Kalau perlu pakai songkok untuk dilihat dapatkan pengaruhpun dia sanggup.


Saifuddin adalah salah satu dari dua orang lama Anwar (selain ahli keluarga) yang masih bbersama Anwar hingga dia terpaksa panggil orang seperti Md Nur Manuty dan Siddeq fathil supaya ada orang lama bersamanya.


Dari gambar ini, nampaknya Rafizi dan Nurul sudah jadi sekutu Saifuddin. Ini boleh bermakna mereka termasuk Saifuddin masih bersama Anwar.

Mungkin usaha Saifuddin untuk nego dengan Khalid untuk satukan gerakan jatuhkan Azmin tak berjaya kerana ini.


Tinggal Azmin dan MIK membincangkan isu ini dengan baik sekali di SINI.

Siapa pilihan Azmin. Anwar nak masuk penjara dan telah banyak ali mengecewakannya. Baik nak jadi MB atau tanding Presiden, dua-dua kali, dihalang Anwar.

Konon-konon Anwar sokong Azmin tapi dibelakang ada gerakan nak jatuhkan Azmin.

Kalau tak sokong Anwar, jadinya pelik. Orang tak percaya Azmin soong Wan Azizah. Isteri kedua selalu cemburu dengan isteri kedua dan isteri pertama mesti benci pada isteri kedua yang telah menjadikannya dimadu. Bertambah pula Wan azizah dimadukan oleh kedua-dua pasangan jantan betina, suami isteri.

Nak sokong anwar hati berat.

Penyokong PKR yang masih budak hingus tu bolehlah Saifuddi auta

Posted: 14 Apr 2014 05:30 PM PDT

Minggu lepas dia (Saifuddin Nasution) buat kenyataan mempersoalkan kenapa kesetiaan dia kepada PKR dipertikaikan. Dalam kenyataan yang sama dia menafikan pernah menyertai Pas. Lihat sini
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan beliau pernah menyertai PAS selepas PKR ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menjawab dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada PKR menjelang pemilihan parti itu bulan ini.
Saifuddin tidak menolak kemungkinan data keahliannya masih disimpan oleh PAS namun menegaskan beliau hanya menyertai parti itu semasa menuntut di universiti pada tahun 80an.  
"Tahun 1980an itu Keadilan tak ada lagi. Saya menyertai PAS semasa saya pelajar universiti, kemudian tahun 1989 saya menyertai Umno.. Tahun 1999 saya menyertai Keadilan.. Itu sejarahnya,"

Hari ini giliran saya pula kantoikan dia dengan bukti yang cukup kuat….

Saifuddin mungkin boleh menipu generasi yang baru kenal politik beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi Saifuddin tidak boleh menipu aku yang sudah lama mengikuti perjalanan politik tanahair. Bukan semua, tetapi sebahagian perjalanan politik tanahair saya masih mampu ingat. ....
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah memberitahu PAS bahagian Pokok Sena bahawa mereka mahu melantik seorang ahli parti itu Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Strategi PKR, kata ketua PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar.
"Ini berita yang baru saya dengar. Sehingga hari ini, Saifuddin masih seorang ahli PAS kerana beliau telah menyertai parti ini Januari lalu.
Malaysiakini 29.Mei.2007 




Apa macam Saifuddin ?

Petik dari RBF Online SINI.

Malahan untuk mennunjukkkan dia lagi bukan PAS, Saifuddin menekankan balik penentangan KR pada hukum hudud.

PETALING JAYA : Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu tetap dengan pendirian mereka bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun Saifuddin berkata, pendirian berkenaan mungkin akan berubah sekiranya PAS membuat penerangan teperinci mengenai pelaksanaan hukum itu.

"Sehingga kita jelas apakah sebenarnya dimaksudkan members private bill barulah keadilan akan bawa perkara ini kepada perbincangan pada peirngkat tertinggi parti.

"Setakat sekarang ini, kita tidak menerima sebarang penjelasan daripada PAS. Kalau ditanya apa pendirian sekarang… sehingga PAS berikan kita maklumat terkini, PKR sebagai salah satu parti komponen dalam PR adalah terikat dengan keputusan yang dibuat pada akhir 2011 iaitu mesyuarat PR di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Malah, Saifuddin berkata konsensus berhubung pelaksanaan hukum Islam itu juga masih belum diwujudkan di kalangan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR), namun atas dasar persendirian, PAS boleh membawa perkara itu ke Parlimen.

Seterusnya di Bicara Perjuangan SINI

Saifuddin ... Saifuddin .... hehehe ...inilah orang Husam Musa bawa masuk PAS dan jadikan GM Yayasan Tok Kenali untuk berikan dia kerja. Ketika itu Saifuddin dibolehkan bertanding sebagai calun parlimen Bachok bawah bendera PKR kerana dia ahli PAS.

Semasa dia ahli PAS lag Anwar membawa dia kembali ke PKR untuk pegang jawatan Ketua Srategik PKR.

Takde ke orang Johor nak protes gambar tersebar di sosial media?

Posted: 14 Apr 2014 06:35 AM PDT



Tak mahu tunggu 916, bila Anwar?

Posted: 13 Apr 2014 11:45 PM PDT


Oleh itu, mana MH370 Nuor?


Khabarya Anwar berada di Hospital setelah jatuh dalam bilik air dirumahnya semalam.

Kononya tekanan darah Anwar naik mendadak dan menyebabkan dia pengsan separuh sedar. Bolehkah percaya Anwar sakit?

Skrip sakit nak elak masuk penjara ka? Pasti UMNO disalahkan.

Adakah ini balasan yang baru sedikit Anwar terima atau saja nak delay pendedaha MH370 yang dia tidak ada? Baca Parpukari SINI

Mungkin juga plan SUARAM untuk malukan kerajaan dan MAS gagal Tiada waris keluarga MH370 hadir, sesi perjumpaan anjuran firma asing batal. Baca ANtara Pos SINI -

Rancangan SUARAM gagal....



oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Najib ziarah Haron Din di IJN?

Posted: 14 Apr 2014 04:38 PM PDT

MESRA ... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual mesra bersama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (kiri) yang kelihatan ceria dan semakin sihat semasa kunjungan Perdana Menteri ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hudud : Pas Kelantan tidak berganjak?

Posted: 14 Apr 2014 09:22 AM PDT


Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut.

"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini .

Ahmad sebelum itu ditanya tentang kenyataan para pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

Malah, nada sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Tentangan tersebut timbul selepas Ahmad mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Ahmad ketika pertemuan tersebut menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah tutup mulut!

Semua individu yang menganggotai Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Moha-mad yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tersebut berkata, arahan itu dikeluarkan dalam satu mesyuarat jawatankuasa yang diha-diri beliau baru-baru ini.

Pada masa ini, kata-nya, hanya dua individu dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengenai hudud iaitu Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas dalam sidang Parlimen.

Malah pendirian sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Sementara itu, Ahmad dalam reaksi balas hari ini berkata, perkara itu telah diputuskan sekali gus memberi gambaran bahawa pendirian kerajaan negeri tidak akan berganjak biarpun menerima tentangan rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Gambar : Van Tadika Masuk Loji Kumbahan Di Johor

Posted: 14 Apr 2014 03:55 AM PDT

Johor Bharu - sebuah m/van yang membawa 6 orang kanak-kanak tadika telah menggelungsur kebelakang sewaktu pemandu van meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam van dan van tersebut telah masuk ke dalam loji kumbahan air yang mengakibatkan 2 dari 4 kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri dan 4 lagi berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

Pemandu van adalah 1 perempuan yang ketika itu meninggalkan van untuk menghantar beberapa org kanak-kanak lain ke tadika kemas kaisara beralamat no 19 Jln Pertanian 7, Tmn u.

Makluman awal memaklumkan 1 kanak- kanak tersebut telah meninggal dunia.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ISU RM2 JUTA - Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya

Posted: 14 Apr 2014 06:21 AM PDT

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya mengenepikan Perintah Penghakiman Ingkar sebanyak RM2 juta yg diperolehi oleh Plaintif, bekas calon PKR PRU13 terhadap beliau pada 17 Feb 2014 atas alasan penyampaian Writ Saman terhadap beliau tidak sempurna.

Mahkamah juga berpendapat jumlah RM2 juta yg dimasukkan oleh Plaintiff adalah menyalahi Order 13 rule 2 Rules of Court 2012.







MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Harta Karun di Pulau Nangka - Mungkin Milik Lanun

Posted: 14 Apr 2014 07:20 PM PDT

SHAH ALAM - Persatuan Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka, Melaka, seperti kenyataan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron.

Pengerusinya, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang singgah di perairan Melaka.

Menurutnya, perkara seperti menyembunyikan harta adalah amalan lanun-lanun sahaja.

"Itu hanya kemungkinan sahaja. Ini kerana, tidak ada dalam amalan atau hikayat sewaktu Kesultanan Melayu dahulu kisah meninggalkan harta dengan menyembunyikannya.

"Sesiapa sahaja yang melarikan diri termasuk Sultan, mereka akan membawa bersama harta-harta milik mereka dan tidak akan meninggalkan di mana-mana dengan harapan akan berpatah balik untuk mengambil semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara menyembunyikan harta boleh jadi dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Kebarangkalian harta itu wujud ada, cuma saya tidak boleh kata, ia milik Sultan Mahmud Shah atau mana-mana Sultan.

"Pada zaman itu, saudagar dari China dan India yang menetap di Melaka juga kaya dan mempunyai pengaruh besar, tetapi ia tidak memungkinkan harta-harta itu milik mereka kerana menyembunyikan harta bukan amalan pada era itu," katanya.
Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah dinyatakan. 
"Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian. Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri daripada mereka yang setia.
"Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati
dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut," katanya.

Jelasnya, semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis.

"Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding jalan darat yang lebih kepada perkampungan," katanya.

Dalam pada tu, Omar menjelaskan jika benar wujud harta karun seperti yang dinyatakan, ia adalah milik kerajaan Melaka dan tidak boleh mana-mana pihak mengambilnya.

MH370 : Bateri sudah habis

Posted: 14 Apr 2014 06:14 AM PDT

Perth: Semua isyarat bawah permukaan laut yang dikesan dalam pencarian pesawat MH370 minggu lalu telah hilang sepenuhnya menandakan kotak hitam cari telah kehabisan bateri.
Bagaimanapun, gerakan mencari sebarang bukti sama ada serpihan pesawat mahupun isyarat membabitkan operasi dalam laut, atas permukaan dan di udara diteruskan di selatan Lautan Hindi hari ini.
Gerakan mencari bakal memasuki fasa ketiga iaitu penggunaan jentera selam Bluefin 21 apabila pihak berkuasa yakin tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan ping (towed ping Locator/TPL) yang ditunda oleh kapal Ocean Shield Australia.

Penggunaan robot bawah permukaan laut itu lebih menumpukan kepada usaha mencari bangkai pesawat dan pergerakannya lebih perlahan berbanding penggunaan TPL.
Foto
ANGGOTA Tentera Udara Diraja New Zealand diberi taklimat sebelum usaha mencari, Jumaat lalu. FOTO AP

"Kita sudah memasuki hari ke-37 dalam tragedi ini. Bateri kotak hitam sepatutnya hanya mampu bertahan 30 hari. Kita harap ia boleh sampai 40 hari.

"Bagaimanapun, sudah empat hingga lima hari berlalu sejak ping terakhir dikesan. Apa yang diharapkan hanya satu atau dua ping lagi supaya mereka dapat mengesan puncanya dan mengecilkan kawasan pencarian," kata pakar penerbangan Geoffrey Thomas.

Usaha mendapatkan data penerbangan dan rakaman perbualan dalam kokpit adalah kunci utama siasatan tragedi MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing ketika hilang awal pagi 8 Mac lalu.

Gerakan mencari disertai pelbagai negara ditumpukan ke bahagian selatan Lautan Hindi di bahagian barat daya Australia berdasarkan analisis data manakala siasatan pihak berkuasa Malaysia dibantu pelbagai pasukan penyiasat mengambil kira tiga motif utama iaitu rampasan pesawat, sabotaj atau masalah psikologi di kalangan penumpang atau kru penerbangan.

Dua isyarat dikesan Ocean Shield seminggu lalu didapati konsisten dengan isyarat kotak hitam manakala dua lagi ping yang diterima dari kawasan pencarian berkenaan Selasa lalu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott melahirkan keyakinan bahawa siri ping yang dikesan Ocean Shield adalah berasal dari kotak hitam MH370, namun beliau turut menyatakan usaha itu bakal memakan masa dan tidak menentu hasilnya.

Pasukan pencari memerlukan lokasi yang lebih khusus sebelum mengerahkan Bluefin 21 sedangkan zon pencarian sekarang membabitkan kawasan dasar laut seluas 1,300 kilometer persegi.

Jentera selam itu bergerak enam kali lebih perlahan berbanding TPL manakala zon pencarian bawah laut itu memerlukan masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk dicarta.

Isyarat ping yang dikesan setakat ini datang dari kedalaman 4,500 meter iaitu tahap paling dalam yang boleh dicapai kapal selam manakala pencarian serpihan di permukaan laut setakat ini membabitkan kawasan seluas 57,506 kilometer persegi kira-kira 2,200 kilometers di barat daya Perth membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal. - AP

MH370 : Pencarian kotak hitam makin sukar

Posted: 14 Apr 2014 02:42 AM PDT

SHAH ALAM - Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter.

Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan.

"Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut.

"Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian.


Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan.

"Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan.

"Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya.

Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda.SHAH ALAM - Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter.

Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan.

"Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut.

"Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan.

"Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan.

"Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya.

Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BLOK AZMIN MASUK TV3, BLOK RAFIZI MASUK TVSELANGOR SAHAJA

Posted: 14 Apr 2014 11:00 PM PDT


PETALING JAYA: Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin menyambung 'perkelahiannya' dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan beberapa status dalam Facebook yang ditulisnya hari ini.
Melalui posting di laman Facebook, Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis terdapat seorang individu yang bersedia mencabar jawatan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini, namun tidak meneruskan hasratnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bertanding bagi jawatan itu.
"Dia dah isi siap borang pun untuk tanding lawan Presiden tetapi semua hasrat terbatal sebab Anwar Ibrahim tanding … dia yakin untuk lawan Kak Wan tapi belum berani lawan Anwar Ibrahim," kata Chegubard melalui statusnya tengah hari tadi.
Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dengan ada yang meneka siapa individu yang dimaksudkan tersebut namun ada juga yang terus menamakan Azmin sebagai orang yang dimaksudkan.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ahmad Halimi SAMM telah meninggalkan komen yang berbunyi "Tuan Hj Joe….Hahahahaaa siapa lagi jika bukan si Azmin Ali..kelakar boleh masuk pentas maharaja lawak."
Chegubard bagaimanapun tidak mengiyakan dakwaan tersebut.
Beberapa jam kemudian, Chegubard memuatnaik pula gambar Azmin dalam satu sidang media yang disiarkan TV3 malam semalam.
"Teringat TV3 yang kempen untuk Nasharudin Mat Isa untuk pertahan jawatan Timbalan Presiden PAS…. tapi takpe kita kena terus sangka baik….," katanya lagi.
Beberapa pengguna Facebook lain turut mendakwa Azmin menggunakan TV3 untuk berkempen, namun ada juga sesetengah pengguna yang menasihatkan Badrul dan pengguna lain untuk berhenti mengkritik Azmin.
" Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat ku sekalian, saya bukan nak membodek dan bukan pulak jadi macai Azmin. Satu persolan nak tanya kepada sahabat-sahabt sekalian, kenapa sekarang ini timbul nak benci membenci di antara kita. khususnya Azmin.Saya tidak faham langsung sikap perjuangan kita.Cuba flash back bermula pada tahun 1998. Siapa yg berani ke depan,siapa yg mengajak kita semua bereformasi, siapa yg mula mencetuskan dan menjadikan kita sedar betapa teruknya kerjaan BN. adakah kita ingat?. Pleaselah bro n sis stop it and lets us fight gentlemently. Yang berjasa harus di kenang. Tiada Anwar tiada Azmin. Tiada Azmin tiada Anwar. INGAT INGAT INGAT. Sedikit kita buat silap atau silap langkah maka terkubur lah PKR," komen dari pengguna yang menggunakan nama Yusop Mohd Amin.
Komen Yusop itu dibalas Chegubard dengan berkata "Yusop Mohd Amin wah tiada Azmin tiada Anwar. ..ngam!,"
Hubungan di antara Chegubard dan Azmin dikatakan renggang sejak sekian lama dan mereka dikatakan tidak sehaluan dalam parti 

ANWAR IBRAHIM HALAU SAIFUDIN NASUTION JADI BAHAN KEMPEN BLOK AZMIN

Posted: 14 Apr 2014 07:50 PM PDT

Seorang pengikut laman sosial 'Saifuddin Nasution 4 Timbalan Presiden PKR 2014' bertanya kepada Datuk Saifuddin Nasution adakah benar beliau pernah dihalau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di Munich, September 2004.
"Fitnah. Dato' Jo (Johari Abdul) ketika itu ada, DSAi boleh salahkan."
Laman sosial 'Saifuddin Nasution 4 Timbalan Presiden PKR 2014′ sekali lagi menjawab isu itu adalah 'fitnah' yang dilemparkan oleh kem Azmin Ali untuk memburuk-buruk Saifuddin Nasution.
"Penyokong Azmin lempar tuduhan terhadap Saifuddin hingga mengelirukan penyokong PKR. Ia tidak benar sama sekali!."
Program di Munich merujuk kepada rawatan sakit tulang belakang Anwar di Klinik Alpha, Munich, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004.
Selain keluarga Anwar, termasuk Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, rombongan Anwar di Munich turut disertai pegawai-pegawainya yang diketuai oleh Azmin Ali.
Selain Azmin, terdapat beberapa pegawai Anwar yang lain termasuklah Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Shaifuddin Nasution dan lain-lain lagi.
Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar ketika diwawancara One1TV mengesahkan kebenaran isu Saifuddin dihalau Anwar ketika berada di sana.
"Saifuddin pernah dihalau (Anwar) dari bilik (di Munich).
"Atas rasa marah Anwar ketika itu yang menyala-yala, beliau (Anwar) menengking Saifuddin kerana Saifuddin mempersoalkan dua tidak perkara yang beliau tidak setuju.
"Maknanya, kata dua Anwar kepada Saifuddin, kalau (awak) nak join PAS, joinlah dan Saifuddin berlalu, angkat beg, balik (ke Malaysia)," kata Anuar Shaari ketika diwawancara One1TV.
Menurut Anuar, selepas kejadian ditengking Anwar di Munich, Saifuddin telah merajuk dan menyepi diri daripada aktiviti PKR.
"(Saifuddin) terus menyepi diri dan setelah kita kembali ke tanahair, kita mendapat maklumat bahawa beliau telah menyertai PAS,"katanya lagi.
Difahamkan pada tahun 2007, Anwar kembali memujuk Saifuddin untuk aktif semula dalam parti dan beliau dilanti sebagai pegawai jawatan bergaji yang dinamakan 'Pengarah Strategi PKR.'

ANWAR KATA YA DAN TAK TENTANG SAKITNYA

Posted: 14 Apr 2014 06:25 PM PDT


Kecuali rawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 2004 di Munich untuk rawatan sakit tulang belakang, selepas itu tidak kedengaran lagi Ketua Umum PKR itu menjalani rawatan di mana-mana hospital dalam dan luar negara.

Berbeza dengan perwatakan Anwar ketika dalam penjara Sungai Buloh yang mempamerkan watak seorang tua yang uzur dengan pendakap leher dan berkerusi roda, namun Anwar kira-kira hampir 10 tahun dibebaskan tidak pernah dilapor dalam twitter, blog, facebook miliknya, menjalani apa-apa rawatan kesihatan.

Sumber dalaman memaklumkan Anwar sering menjalani rawatan kesihatan di luar negara, tetapi berita mengenainya sengaja disembunyikan untuk pengetahuan pengikut-pengikutnya dan rakyat Malaysia.

Anwar sendiri dilihat cuba menyembunyikan tahap kesihatannya, malah isu 'perubahan mukanya' tahun lalu hanya diberitahu berdasarkan sumber pembantunya.

Semalam dalam twitter, Anwar memberitahu beliau kini telah sihat walafiat, walaupun sebelum ini beliau mendakwa ada tohmahan mengatakan beliau telah 'coma'.



"Semalam di Kuantan; tadi kenduri di Bangi dan Ampang. Alhamdullah sihat, tapi riuh pula saya coma – dan umno turut mendoakan! Esok (ke) mahkamah lawan Utusan," katanya di twitter peribadinya, anwaribrahim, 13 April, 4:15 am.

Mengulas tentang kesihatan Ketua Umum PKR, laman sebastianphiu.com mendakwa isu Anwar 'coma' direka cipta oleh penyokongnya sendiri.

"Difahamkan berita tentang Anwar koma juga sebenarnya direka oleh penyokong Anwar sendiri dan ini tidak memeranjatkan. Sebelum ini telah banyak penipuan yang dilakukan oleh Anwar dan pengikutnya seperti 40 ribu bangla, Pilihanraya tidak telus, SPR menipu, dan banyak lagi," ulas laman itu.



Ketika ditanya pengikut twitternya, dua hari hari lepas, adalah beliau sudah melawat Datuk Dr Haron Din, yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Anwar menjawab beliau dan isterinya telah pergi ke rumah Timbalan Mursyudl Am PAS itu bulan lepas.

Pada 10 April lalu, Anwar, 67 tahun memberitahu dalam twitternya bahawa beliau tidak sihat dan tidak dapat menghadiri program Himpunan Reformasi 2.0 yang dijadualkan di Dataran Kg Tok Dagang, Ampangan, Seremban yang dijadual pada malam tersebut.

"Maaf- saya kurang sihat. Nurul Izzah ganti (saya), insya Allah," kata Anwar.

Selepas itu diikuti dengan satu lagi twitter yang berbunyi,"Malam ni kena tidor awal – kurang sihat. "
Selanjutnya, sila baca, "Anwar Kurang Sihat, Tidak Hadir Reformasi 2.0 Seremban."




DATO' DR. HARON DIN DIKECAM DIHINA AHLI PAS ANWARIS

Posted: 14 Apr 2014 05:00 AM PDT


Kata-kata pedas blog pro PAS Anwaris mengatakan tindakan Haron menerima lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hina.
Penulis blog turut mempersoalkan tindakan akhbar PAS Harakah online yang seperti bangga menyiarkan berita lawatan itu di laman depan seolah-olah ia sesuatu yang perlu diraikan.
Blogger yang teruk ini siap boleh ugut Haron akan menimpa nasib yang sama seperti Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang kerap sangat menerima lawatan pemimpin BN masa sakit, terus meninggal dunia."Haron Din nak terima nasib macam itu?" kata blogger tersebut dalam tulisannya.
Selain itu, blog itu melaporkan bahawa IJN sendiri adalah pusat perubatan UMNO kerana ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang mendapat ilham penubuhannya setelah beberapa kali hampir mati akibat serangan jantung.
"Apa tidak ada pusat perubatan lain yang Haron Din boleh pergi, tak malu dapat rawatan di hospital UMNO?" katanya.
"Pakatan Rakyat lebih terdorong untuk percaya Harun Din menerima lawatan Najib ini dengan sengaja atas sebab kewangan.
"Menurut maklumat, Harun Din mahu dengan lawatan Najib, IJN tidak akan meminta bayaran ke atas caj rawatannya yang sudah mencecah lebih RM 40,000 sejak seminggu dirawat disitu.
"Kalau isunya wang, Harun Din tidak perlulah berbuat demikian – merendahkan maruah sendiri dengan menerima lawatan pemimpin zalim seperti Najib.
"Aku yakin, mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bersedia menanggung kos perubatannya itu kalau Harun Din ringan mulut meminta. RM 40,000 saja pun, berapalah sangat nilainya? Kecil sangat," (Blog Pro PAS Anwaris negarapakatanrakyat.blogspot.com )

PRESIDEN PKR : AZIZAH ISTERI DERHAKA KALAU TAK TARIK DIRI, LAKONAN TERBAIK KATA IDEAS

Posted: 14 Apr 2014 12:00 AM PDT

Pemilihan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah hanyalah lakonan semata-mata dan perdebatan antara mereka tidak akan wujud.
Demikian pandangan yang dilontarkan KetuaPegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Menurut beliau, perdebatan untuk jawatan presiden parti seperti yang dicadangkan oleh bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff adalah bagus jika barisan kepimpinan memandang serius pertandingan ini.
"Jika kepimpinan PKR pandang serius terhadap konsep demokrasi, jadi mereka patut adakan perdebatan ini. Perkara ini memang diminta oleh Pakatan Rakyat sendiri. Tetapi saya berpendapat perdebatan ini tidak akan berlaku," kata Wan Saiful.
Wan Saiful berpendapat pemilihan presiden PKR kali ini bukanlah pemilihan yang benar dan beliau menyifatkan situasi ini sebagai 'lakonan yang amat baik'.
"Wan Azizah adalah proksi kepada Anwar. Selepas Anwar keluar penjara dahulu, Wan Azizah menarik diri daripada menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. Dan kini sekali lagi Wan Azizah buat perkara sama untuk Anwar," tambahnya.
Walau bagaimanapun, menurut Wan Saiful, jika perdebatan ini berlaku, ia tidak akan diambil serius, malah ia akan menjadi 'sekadar jenaka'.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mencadangkan agar calon Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail berdebat menjelang pemilihan parti itu akhir bulan ini memandangkan parti itu selama ini selalu menggesa amalan debat dalam politik negara dengan alasan ia menyuburkan demokrasi yang sihat.
Dalam satu laporan berita oleh Malaysiakini pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai debat antara calon timbalan presiden PKR yang dianjurkan NGO dan aktivis sosial Ahad ini.
Menurut laporan itu, Khalid memberi alasan bahawa semua calon jawatan tersebut tidak berada di Kuala Lumpur selain PKR tidak mempunyai stesen televisyen untuk menyiarkan sesi perdebatan tersebut.
Namun demikian, debat anjuran Posto dan Radio Bangsar Utama yang bertajuk 'Wacana Timbal Timbalan Presiden PKR' itu telah pun dibatalkan.
Pemilihan PKR akan bermula pada 26 April dan berakhir pada 11 Mei dimana seramai 496,923 anggota yang layak mengundi akan menentukan kepimpinan parti tersebut .