Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka

Posted: 13 Apr 2014 11:13 PM PDT


Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 8:30 AM
Pulau Nangka
Pulau Nangka di Melaka dikatakan menyimpan harta karun bernilai berbilion ringgit.

MELAKA: Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.
Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.
Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.
Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.
Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.
Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.
Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.
Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.
Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.
Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.
Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.
Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.

Azmin: Pakatan tunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hudud Kelantan

Posted: 13 Apr 2014 05:06 AM PDT

Azmin: Pakatan tunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hudud Kelantan
Pakatan Rakyat (PR) tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak tahun 2011, kata Mohamed Azmin Ali (gambar).‎
Timbalan presiden PKR itu berkata, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak.
"Bagi saya, kita akan berpegang pada pendirian yang Pakatan ambil pada sesi itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya, sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.
"Jika ada sebarang gerakan PAS Kelantan sepatutnya datang berbincang dengan Pakatan Rakyat.
"Tapi setakat ini masih tiada sebarang perbincangan," katanya.
Selepas melihat kejayaan Brunei melaksanakan hudud, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya tahun 2015.
Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.
Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) juga perlu dipinda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat memaklumkan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini juga menyatakan sokongan terbuka kepada PAS untuk melaksanakan hudud dan menggesa parti Islam itu agar tidak mempedulikan parti komponen PR DAP dan PKR.
Menurut Awang Selamat, sudah sampai masanya PAS diberikan peluang dan tidak tunduk kepada tekanan luar seperti yang dilakukan Brunei.
"Apa sekali pun dugaan, PAS tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. PAS hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia. –TMI

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Dialah Calon Presiden Paling Bersih Di Indonesia...

Posted: 13 Apr 2014 07:00 PM PDT

Tak pernah merasuah, tak pernah menerima rasuah, tak pernah masuk lokap atau penjara, tak pernah ada skandal baik dengan perempuan atau lelaki, tidak ada calon presiden indonesia sebersih mamat nie..

Kalau kat malaysia nie, tak de sape la boleh challenge mamat nie...

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus! (Episod ke-6)

Posted: 13 Apr 2014 11:14 PM PDT

Seperti mana yang telah saya zahirkan sebelum ini - dalam episod yang lepas, kerap saya tegaskan bahkan berkali-kali saya menyatakan bahawa "mereka" mahu kisah MH370 ini kekal sebagai sejarah paling tragis dan penuh misteri dalam industri penerbangan dunia. Walaupun semua orang - termasuk satu dunia sudah mengetahui bahawa kehilangan MH370 sememangnya sebuah konspirasi,  ia sangat jelas dan bertepatan dengan ciri-ciri sebuah konspirasi, tetapi itu bukanlah bermakna MH370 ada di Pulau Diego Gracia atau sudah mendarat di sempadan Pakistan. Kita perlu menghentikan pencarian tanda-tanda konspirasi, sebaliknya kita patut beralih kepada apakah yang sebenarnya "mereka" mahu daripada konspirasi ini - kita harus pantas membaca agenda serta niat jahat "mereka", jika tidak, kita akan terus berada dalam plot-plot ciptaan mereka sampai bila-bila.

Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Kevin Barrett bukanlah keseorangan dalam hal ini - hampir semua orang akan berkata begitu. Namun demikian, plot konspirasi MH370 bukanlah semudah sebuah filem konspirasi ciptaan Barat yang sering kita tonton di televisyen - ia jauh lebih sukar daripada itu.  CIA pada hakikatnya tidak terlibat secara langsung dalam konspirasi ini - hatta saya sangat yakin Presiden Barack Obama pun sama sekali tidak mengetahui rancangan jahat "mereka" ini. Salah satu ciri konspirasi bertaraf dunia yang wajib kita tahu ialah - ia dilakukan oleh "sekumpulan kecil manusia yang berpengaruh". Sesuatu konspirasi tidak akan dikatakan sebagai konspirasi jika begitu ramai yang terlibat, kerana ia akan menyebabkan risiko kebocoran maklumat yang tidak dapat dikawal. Konspirasi mestilah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang berpengaruh dengan menggunakan "tangan" orang lain, memberi impak yang sangat besar terhadap tujuan yang mereka kehendaki serta tidak meninggalkan apa-apa bekas untuk dijejaki. 

Yang wujud hanyalah maklumat yang bersifat khabar angin yang tidak boleh dibuktikan. Saya mengambil contoh yang paling mudah - Perang Dunia ke-2 dicetuskan oleh para pembekal dana antarabangsa - dan bukan para "pelakon-pelakon" tambahannya. Saya memetik buku tulisan William G. Carr berjudul "Yahudi Menggenggam Dunia" berkenaan bagaimana liciknya "mereka" mencipta Perang Dunia ke-2 bagi menjana keuntungan melalui pinjaman dan penjualan senjata. Dan yang menjadi "kambing hitam" adalah Jepun. William G. Carr menulis, "Para pemodal Yahudi antarabangsa melihat tanda-tanda akan berakhirnya Perang Dunia II. Negara yang terlibat dengan perang telah lumpuh dan Stalin bertekad untuk membuat serbuan besar-besaran ke Eropah Barat secara sendirian dan akan menyerbu Amerika untuk menghancurkan musuh dan memperluaskan sayap Komunis ke seluruh dunia.

Para tokoh tentera dan awam Amerika dan Eropah menyedari ancaman bahaya ini. Mereka memandang bahawa untuk menghalang jejak langkah Stalin, pertama berperang dengan Jepun perlu ditamatkan. Perkara ini perlu dibincang  secara terbuka dengan Stalin. Akan tetapi, penyelesaian seperti itu dikhuatiri akan merugikan pihak konspirasi antarabangsa. Akhirnya kekuatan tersembunyi ini mengambil jalan pintas untuk menunjukkan kekuatan Barat yang mengerikan itu kepada Stalin supaya Stalin tidak berani membuat serbuan terhadap Dunia Barat. Pilihan mereka adalah terhadap Jepun untuk dijadikan kambing tebusan (kambing hitam) atau medan percubaan tanpa mengambil kira akibat dari senjata pemusnah yang baru pertama kali akan digunakan ketika itu iaitu bom atom.

Protes beberapa pegawai tertinggi Amerika tentang penyelesaian masalah dengan cara barbarian seperti itu bagi mencegah malapetaka tidak mendapat perhatian sama sekali. Bernard Baruch dan para pemodal Yahudi antarabangsa telah berjaya menekan Presiden Roosevelt untuk menggunakan bom atom, walaupun jeneral Mac Arthur dan para tokoh nasional lain menentang penggunaan senjata itu. Maka tidak dapat dielakkan lagi senjata jahanam itu dijatuhkan pertama kali di bandar Hiroshima kemudian bom kedua jatuh di bandar Nagasaki. Jepun segera menyerah kepada pihak bersekutu beberapa hari selepas kejatuhan bom atom itu. Selepas itu, propaganda besar-besaran segera dilancar untuk memberikan justifikasi atas peristiwa biadab tersebut.

Kekalahan Jepun sebenarnya sudah dihidu sebelum bom atom itu dijatuhkan. Ini dijelaskan oleh jeneral Mac Arthur sendiri, sebagai panglima tertinggi tentera Amerika Syarikat di Timur. Hal yang sama juga diucapkan oleh para tertinggi Amerika lain. Sumber perisik yang lain menunjukkan adanya gejala, bahawa Jepun sudah cuba berkali-kali untuk menyerah dan bersedia menemui di meja rundingan damai, tetapi ditolak oleh pihak yang berniat menjatuhkan bom atom tersebut. Jatuhnya bom atom telah menamatkan Perang Dunia II.

Dalam Perang Dunia ke-2, yang menjadi konspiratornya adalah sekumpulan pemberi dana (dengan kata lain pemilik bank dan institusi kewangan dunia yang super kaya dalam hal ini sudah tentulah keluarga Rothschild) yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa dan yang menjadi "kambing hitam" pula adalah Jepun. Para pelakonnya adalah negara-negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Yang untung besar adalah pembekal modal - "mereka" tidak ramai tetapi begitu kaya.

Menyelusuri isu MH370 - yang melakukan konspirasinya bukan CIA atau agensi perisikan, tetapi kemungkinan besar para konspiratornya adalah dalam kalangan syarikat kewangan/insurans, penerbangan, teknologi ketenteraan dan syarikat satelit. Yang menjadi mangsa adalah penumbang MH370, yang dijadikan kambing hitam adalah Malaysia dan yang untung? Sudah pastilah para pesaing syarikat Malaysia Airlines (MAS), para pembekal perkhidmatan satelit, dan para pembekal dan penjual teknologi pertahanan.

Sudah tiba masanya kita menyiasat permainan politik dalam kalangan pencatur industri penerbangan, syarikat-syarikat satelit, syarikat-syarikat kewangan antarabangsa dan syarikat-syarikat pembekal teknologi ketenteraan. "Mereka" ini mempunyai ciri-ciri sebagai konspirator sebagaimana tercetusnya Perang Dunia ke-2. Selama berabad-abad kita menyalahkan Hitler, namun tiada sesiapa pun yang syak bahawa pembekal dana antarabangsa yang menyebabkan perang dunia ke-2 tercetus. Sehingga berkurun lamanya, "mereka" sangat bijak menyembunyikan peranan dan menggunakan tangan orang lain bagi menumpahkan darah orang yang tidak berdosa - oleh kerana "mereka" bukan dalam kalangan orang politik, pemimpin dan tentera, maka sejarah tidak dapat "melihat" dan  "menulis" peranan dan kejahatan para pemegang modal ini.

Sejarah tidak pernah menghukum "mereka" - mahkamah tidak pernah berjaya untuk membuktikan "mereka" bersalah - sedangkan "mereklah" yang menghasut, memujuk, merancang dan membekalkan dana, agar peperangan tercetus, keuntungan berlipat kali ganda - mereka menyalurkan duit untuk melakukan penyelidikan dan mencipta pelbagai bom canggih - "mereka" menghasut agar bom ini digunakan dan "mereka" juga yang menawarkan pakej hutang dan pembangunan semula! Hitler tidak mungkin boleh mendapat pengaruh dan sokongan hanya kerana petah berkata-kata. Dikhabarkan antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler dalam segala aspek adalah seperti berikut:

1. Siemens and Halske (Jerman)
2. General Motor (Amerika)
3. Osram (Jerman)
4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)
5. Royal Dutch Shell (Jerman)
6. National City Bank of New York (Amerika)
7. German General Electric (Jerman)
8. JP Morgan (Jerman)
9. Ford Motor Company (Amerika)
10. Bank of Manhattan (Amerika)
11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)

Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah individu yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti. Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.

Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis. Saya membawa cerita Hitler ini adalah untuk menjadi kiasan kepada kisah MH370. Oleh kerana MH370 tidak dirampas, tidak juga disabotaj dan tidak juga disebabkan masalah teknikal - maka MH370 adalah masalah konspirasi yang dilakukan oleh "mereka" yang berada diluar daripada "orang yang disyaki".

"Mereka" itu bukanlah CIA, Mossad, Pengganas Iran, al-Qaeda atau mana-mana negara yang disyaki, sebaliknya "mereka" itu berada yang dalam industri yang kita sendiri tidak menyangka bahawa "mereka" sanggup melakukannya. Inilah yang patut diberi perhatian. Menyambung kembali kisah yang lalu berhubug hipotesis saya berkenaan "kebangkitan China sebagai sebuah kuasa besar ekonomi dunia yang telah lama dirancang", saya menyakini bahawa di sisi lain,  sejak zaman Richard Nixon, Presiden AS ke-37, "mereka" para pemilik modal antarabangsa ini sudah bersiap-sedia mencari dan mewujudkan satu lagi sumber kewangan/dana bagi menjamin keuntungan dan kekayaan "mereka" kekal bertambah dan tidak berkurangan. AS dijangka tidak mampu bertahan lama, manakala China mempunyai pasaran, keluasan dan rakyat yang boleh diperguna. 

Kunci kepada penjanaan kewangan bagi para pemegang dana ini dalam beberapa dekad yang lalu ialah - emas, tanah, riba/hutang, minyak, dan ketenteraan. Namun demikian, untuk meneruskan kesinambungan hayat masa hadapan "mereka", itu semua masih belum memadai - masa hadapan banyak dipengaruhi oleh inovasi. Inovasi akan menawarkan banyak kekayaan baharu, khususnya bagi negara yang sedang "bangkit" seperti China dan di sana ada lubuk kekayaan yang sangat banyak untuk mereka yang sangat jelas penglihatannya. "Mereka" menawarkan kepada China bukan sahaja modal, tetapi kepakaran dalam inovasi. Seperti mana yang saya catatkan sebelum ini bahawa  Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman pernah menyatakaan bahawa Israel berhasrat mencari sekutu baru - khususnya dalam kerjasama inovasi! 


Ikuti sambunga yang lebih mendebarkan dalam judul Misteri MH370 : Siang Tanpa Bayang di Moscov!



   
 




Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Penyanyi Habibah Yaacob - Malam Ini Kita Berpisah - Meninggal dunia (الفاتحة)

Posted: 13 Apr 2014 11:12 PM PDT




Berita Harian 14 April 2014 

Lagu nyanyian beliau :

Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkannya bersama syuhada dan solehin.

Sent from my iPhone

Blog JUST READ!: BOC @Zahid_Hamidi : Right procedures are observe and those three are not the ones who tore or threw away their Malaysian passports

Posted: 13 Apr 2014 10:12 PM PDT

Why the brouhaha and ramblings about Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's statement on Friday that three BOC (British Overseas Citizen) from Malaysia are allowed to come home? Why was there discontentment among some Malaysians who 'warned' the government not to allow their return?

Those three are not the ones who tore or threw away their Malaysian passports. Their had their BOC for lack of knowledge about immigration law after studying and working in the UK for too long, and failed to inform the Malaysian High Commision of their status.

They had to apply for BOC after discovering their status as Malaysians was 'revoked', and since they must have a citizenship, it left them to no choice but to seek the British assistance. They were not aware that they already lost their Malaysian citizenship until they decided to 'come home'.

Even so, the Home Ministry will only issue them with special pass. They still need to apply by nomal procedure to get their citizenship back.

Zahid said it will not going to be easy. The Malaysian and British authorities will exchange info on any BOC holders before Putrajaya makes a decision to accept or reject their application.
The three were not given citizenship or permanent resident status, but only the Resident's Pass to enable them to be in this country legally in line with the Regulation 16A, Immigration Regulations 1963. 
"The Malaysian government will not give citizenship status automatically. This is because some of them had torn the Malaysian passport while they were abroad as they hated this country and did not want to come back because of this hatred, and some have stabbed the country in the back. They no longer have any loyalty (to this country). 
"If holders of the Resident's Pass wish to regain their citizenship status, they need to undergo the process undergone by foreign nationals wishing to apply and must wait 17 years and prove their loyalty to the country and fulfill the application requirements including the proficiency test in the Malay Language.
The media had earlier reported that Tanjung Member of Parliament Ng Wei Aik had said that the government had agreed to bring back more than 500 former Malaysian nationals who had given up their citizenship to become citizens of the United Kingdom (UK). 
BOC passport holders are Malaysian citizens who have chosen to give up their citizenship to apply for a UK citizenship. However, the British Nationality Act 1981 (BNA 1981) had been amended on July 4, 2002 whereby they would only be granted the UK citizensip if they were no longer Malaysian citizens on or before July 4, 2002.
The three lost their Malaysian citizenship by default. Their own mistake and negligence. The Home Ministry had ratified it with British immigration and after a series of investigation found out that they did not aware of their status.

The ministry also established the fact that the three did not give up their Malaysian citizenship like others did but continuously stayed and worked in the UK without 'reporting' to the Malaysian mission in London.

Some quarters had asked Zahid to announce the date of their (the three) return. They want to wait for their arrival at the KLIA and protest, something 'not very wise' to do!

The RP (resident pass) was not only given to BOC holders. There are other non-BOC holders who were issued with it, especially those who had stayed in Australia, the US and in other countries for too long enough that led to their Malaysian status dropped.

Whether they are Chinese, Malays or Indians, those who lost their citizenship over their own ignorance of the immigration policy, deserve consideration.

However, anyone with bad anti-Malaysia record will forever remain as a foreigner in our land!

Zahid is not to be blamed. The ministry always keep to its standard procedure, laws and provisions when attending to such cases, and there shouldn't be any doubt.

http://justread-whatever.blogspot.com/2014/04/boc-right-procedures-are-observed.html?m=1


Sent from my iPhone

Awang Selamat Utusan Malaysia Lega Kenyataan Isu BOC Oleh Menteri KDN @Zahid_Hamidi @UMonline

Posted: 13 Apr 2014 09:05 PM PDT

Kenyataan Awang Selamat disiar akhbar Mingguan Malaysia semalam.

Video : @RafiziRamli Kantoi Dedah Pakatan Mahu Laksana GST !!!

Posted: 13 Apr 2014 07:03 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/A2cUXz_O2ss


Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apabila 'peliwat tegar' gila meroyan - Tuduh hakim Fitnah II macam bomoh, tengok atas bawah terus jatuh hukum?

Posted: 13 Apr 2014 09:00 AM PDT


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya sebegitu mudah dan diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan beliau umpama seorang bomoh.

"Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun," katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan.

"Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya," kata Anwar merujuk tindakan Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.


Tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, perbicaraan Fitnah II terlalu singkat tanpa penelitian keseluruhan kes dan dengan pantas beliau dijatuhkan hukuman 7 Mac lalu, sebelum penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil Kajang, 11 Mac.

Selain Fitnah II, Anwar juga diserang bertalu-talu oleh Umno BN dalam beberapa isu lain termasuk kehilangan pesawat MH370 dan pencerobohan Lahad Datu.

"Sebut sahaja Anwar, (tak habis-habis) isu liwat, sebut sahaja Anwar, isu MH370, isu Lahad Datu yang lama dulu pun dikaitkan dengan saya juga.

"Umno sebenarnya nak tutup isu rakyat dengan aibkan saya dan masukkan saya ke penjara.

"Saya akan tetap lawan habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno," tegasnya.

Sumber : keadilandaily!

Anwar mungkin lupa yang para hakim dari awal-awal lagi sudah baca dan selidik sebelum hari perbicaraan! Selepas kes ini ditangguhkan selama lebih 60 kali dan mengambil masa lebih 2 tahun sebelum hakim Mahkamah Tinggi mendapati 'Anwar tidak bersalah', berapa lama masa yang diambil oleh hakim ketika itu untuk membuat keputusan? Bila menang akan kata hakim baik, adil dengan segala kepujian, tetapi bila kalah macam-macam lah pula segala tuduhan dilemparkan kepada para hakim?

Ketika Karpal Singh yang masih menunggu rayuan kes hasutan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan, Anwar yang juga sedang menunggu rayuan hukuman kes liwat menawarkan diri bertanding. Kenapa Karpal sanggup berbuat demikian tetapi tidak bagi Anwar? Pelik tetapi inilah drama politik yang sedang dipentaskan.

Rakyat Malaysia berterima kasih dan mengucap syabas kepada hakim yang terlibat kerana tidak goyah dan ter-intimidated oleh insan 'teristimewa' ini.. Terima kasih kerana telah menjalankan menjalankan tanggungjawab dan amanah tanpa takut dan ragu.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Jumpa ular dan dua Melayu ni, biarkan ulat patuk mereka

Posted: 13 Apr 2014 05:30 AM PDT



Rafizi sedang digulai hangat Halim GP sebab buku Reformasi 2.0

Posted: 13 Apr 2014 01:30 AM PDT


Kalau anda mahu buat laporan terhadap Rafizi Ramli, berikut contoh laporan dan modify ikut isu yang anda rasakan perlu:

Saya ________________ no kad pengenalan ___________ pada ____________ lebih kurang jam _______ sewaktu saya berada di rumah beralamat _________________, saya telah melayari laman web di URL www.kempenrakyat.com. Didapati antara kandungan laman web itu ialah penjualan buku bertajuk Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Integriti Mahkamah? . Melalui kulit muka depan buku, ia mencadangkan penulis buku berkenaan sebagai Rafizi Ramli iaitu Ahli Parlimen Pandan.

Melalui tajuk buku berkenaan jelas sekali ia bertujuan untuk  mempersoalkan integriti sistem kehakiman dalam negara ini. Buku itu merujuk kepada fakta kes Anwar Ibrahim sekaligus menghina keputusan mahkamah terhadap penghakiman kes Anwar Ibrahim.

Saya percaya buku berkenaan boleh member kesan negatif kepada pembaca dengan intergriti serta kepercayaan mereka terhadap system keadilan Mahkamah dan menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan terhadap Hakim di Malaysia. Saya percaya dan yakin sekiranya buku yang berbaur hasutan itu tidak disekat edarannya ia akan menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat dengan sistem kehakiman di negara ini.

Saya percaya ini adalah suatu kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecederungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c):

Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana mana negeri.

Dimana kenyataan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 4 subsksyen (1) perenggan (a) dan (b) akta yang sama.

Saya meminta agar YB Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan ditahan dan disiasat dengan segera berkaitan buku bertajuk Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Integriti Mahkamah? yang merupakan kesalahan yang amat serius terhadap intergriti serta kepercayaan orang ramai terhadap system keadilan Mahkamah dan hakim di Malaysia.

Sekian laporan saya.


P/S Terima kasih pada penulis contoh laporan polis ini. Anda pejuang ...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HUDUD : PKR INGATKAN PAS KITA SUDAH JANJI HUDUD TIDAK DILAKSANA

Posted: 13 Apr 2014 08:30 PM PDT



Mesyuarat Pakatan Rakyat pada tahun 2011
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengulangi pendirian bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan tentang isu hudud pada tahun 2011 iaitu tidak akan melaksanakan undang-undang tersebut di negara ini.
Azmin dilaporkan FMT berkata perkara ini dipersetujui bersama dalam Majlis Pimpinan PR pada tahun tersebut yang dihadiri semua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR.
"Perkara ini bagi saya tidak berbangkit kerana kita telah berbincang dengan terperinci dalam Majlis Pimpinan PR yang dihadiri semua pemimpin tertinggi. Perbincangan (ketika) itu berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita telah menjelaskan pendapat kita dan berdasarkan konsensus itu, kita memutuskan banyak kali. Bagi saya kita tetap akan berpegang kepada pendirian PR dalam sesi tersebut," kata Azmin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Azmin bagaimanapun berkata beliau yakin pimpinan kerajaan negeri Kelantan akan merujuk kepada pimpinan PR mengenai isu ini.
"Saya pasti yang orang ramai akan dapat penjelasan lanjut mengenai isu itu. Jika ada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, saya pasti pemimpin negeri akan berbincang dengan pimpinan PR supaya kita boleh beri pendapat kita," katanya lagi.
Azmin bagaimanapun memberitahu majlis pimpinan PR belum lagi dirujuk oleh kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini.
"Saya tak nak membuat spekulasi…usul ini belum lagi dibincangkan (di Parlimen) dan saya pasti perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR yang seterusnya.
"Apa yang saya rujuk sebelum ini ialah bil (Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II) di Kelantan dibuat lebih awal sebelum penubuhan PR dan kita telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat sebelumnya.
"Apa pun jika ada perkembangan terbaru saya yakin PAS akan merujuk kembali kepada majlis pimpinan untuk membincangkannya," tegas Azmin.
Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS baru-baru ini bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II.
Cadangan ini kemudiannya ditentang oleh Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dengan alasan bahawa perlaksanaan hukum hudud bertentangan dengan perlembaagaan kerajaan persekutuan walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
kenyataan terbaru PKR yang diwakili Azmin itu hampir sama dengan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dua hari lepas.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa DAP lantang membantah hudud kerana pendirian tersebut ditetapkan sejak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani pada tahun 2011.

Mesyuarat pada tahun 2011 yang dimaksudkan Azmin dan Kit Siang adalah Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR pada 28 September 2011 di pejabat PAS, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani, Anwar (PKR), Abdul Hadi (PAS) dan Kit Siang (DAP) menyebut PR hanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang dibuat sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat, tetapi PR hanya bersetuju untuk melaksanakan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalamPerlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Bermakna PR hanya memperakui hudud kerana dibuat sebelum wujudnya PR, tetapi tidak akan melaksanakannya kerana tidak mendapat persetujuan bersama dalam PR.
Berikut kenyataan bersama PR pada 28 September 2011 sepertimana yang disiarkan laman pemuda.pas.org.my/.
KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
30 Syawal 1432 / 28 September 2011
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.
YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
YB TUAN LIM KIT SIANG

AMARAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA KEPADA PENJAWAT AWAM

Posted: 13 Apr 2014 04:53 PM PDT

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memberi amaran, kakitangan awam yang membocorkan rahsia kerajaan akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat. 

Beliau berkata, mereka bertanggungjawab menjaga rahsia kerajaan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan. 

Teliti Jenis Rahsia 
"Ada tindakan yang boleh diambil terhadap mereka mengikut pekeliling berdasarkan keselamatan pejabat. 

"Kita perlu tengok jenis rahsia yang dibocorkan dan bagaimana kebocoran itu berlaku," katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Ironman 70.3 Putrajaya di sini, semalam. Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat. 

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas dokumen tidak sah berhubung lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersaru (UAE) pada 8 April lalu, yang dipercayai dibocorkan pihak tertentu. 

Sebelum itu, Ahli Parlimen DAP mempersoalkan lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang didakwa tidak memberi manfaat kepada rakyat berikutan tugas rasmi Muhyiddin hanya beberapa jam dan masa selebihnya digunakan untuk bermain golf. 


Bukan Jadual Sebenar 
Bagaimanapun, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menegaskan, ia bukan jadual sebenar lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Dubai, sebaliknya adalah draf awal yang masih dalam perbincangan dan tidak dimuktamadkan. 

Sementara itu, Ali berkata, beliau berbangga dengan usaha PPj yang diterajui oleh Aseh dengan membawa pelbagai program menarik termasuk bertaraf antarabangsa ke Putrajaya. 

Seramai 1,096 individu dan 56 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya, semalam, yang membabitkan acara renang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal (90 km) dan berlari (21.1 km). 

INI DIA WAJAH LIAU CHOW WAN BANK HONG LEONG YANG HINA PEKERJA MELAYU

Posted: 13 Apr 2014 06:45 AM PDT

 LIAU CHOW WAN DALAM BULATAN
"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"
Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa! Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan. Satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.


THE TIMES LONDON, LABEL DS HISHAMMUDDIN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA,

Posted: 13 Apr 2014 01:00 AM PDT

The second major crisis is of course the MH370 situation.  Hisham has come out very well handling the MH 370 matter.   The Times of the UK labelled Hisham a world class statesman for this.

Today's glowing appraisal by so many political scientists and by The Star is further evidence that the world sees a different side to Hishammuddin Hussein Onn. The country certainly needs good, strong leadership. Hisham is stepping up to the plate. Hence if the UMNO Elections were held today, Hisham may fare much more differently.  UMNO (like any other party) will fall in behind anyone who shows good leadership.

Just a few days into the MH370 crisis, a lawyer friend, who is anti UMNO and anti BN said, "Can see lah he is Prime Minister material".  The Star says that people are referring to Hisham as the prime minister in waiting now.

Hisham is also handling Tony Fernandes bullying tactics quite well.  Hisham has said that the KLIA2 will open on May 2nd 2014. All other airlines have already agreed to move to the KLIA2. All operations at the old LCCT will cease by May 9, 2014. 

Talk is (little bird whispered lah) that Tony Fernandes is asking for a cash subsidy of RM200 million a year. Also that Tony may want a waiver of any increases in airport charges for five years or other such period (which he secured before from Abdullah Badawi when Badawi's family were shareholders of Air Asia).  Hishammuddin is holding firm against all these bully tactics. 

The weakpoint is the Prime Minister Najib Tun Razak. Being clueless, the Prime Minister listens to the snakes in Khazanah and the other "stakeholders" who are determined to destroy MAS and kill MAHB in favour of Air Asia.  They are all linked.

The only person standing in their way now is Hishammuddin Hussein Onn. Hang on Dato Sri. Dont let them get to you or get past you.
A leader must step forward.  Leaders must lead.  Leaders must be brave and bold. This is an essential requirement. A leader must have good ideas.  Honesty and fairness to all and sundry in the realm are other basic qualities of a good leader.  And leaders must surround themselves with good capable people.  If a good leader is surrounded by crooks, snakes and thieves he will not be a leader for long.

I hope Hishammuddin Hussein Onn's metamorphosis will gain momentum. We really need good leadership in this country.