Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


9 Mei Ini Menjadi Saksi Siapa Lebih Berkuasa, Kerajaan Atau AirAsia?

Posted: 12 Apr 2014 06:04 AM PDT

Kenyataan PM Menandakan Berakhirnya Zaman Ego Besar Air Asia?
Apabila Air Asia membuat keputusan enggan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 9 Mei 2014 seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia bukanlah satu kejutan yang terlalu besar kepada mereka yang mengikuti perjalanan syarikat tambang murah paling berjaya ini.
Syarikat ini ditadbir oleh kumpulan manusia yang penuh keangkuhan dan merasakan mereka memberi sumbangan besar kepada negara sehingga ia kebal dari segala tindakan.
Para pemegang saham Air Asia mempunyai yang sangat baik dengan koridor kuasa negara terutamanya pada era pentadbiran Pak Lah.
Apabila pentadbiran Pak Lah berakhir mereka mengambil bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi Air Asia X.
Namun kenyataan tegas Perdana Menteri hari ini mungkin menyaksikan episod baru urus tadbir penerbangan awam yang lebih baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke klia2 seperti yang dijadualkan dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.
Sungguhpun kenyataan Mohd Najib diiringi dengan kenyataan berlapik:"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong.

Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai."Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah.
Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.Namun ia seharusnya memberi isyarat jelas kepada Air Asia bahawa zaman "keangkuhan" mereka mungkin sudah berakhir.
Sebelum ini apa sahaja keputusan dan pandangan MAHB selaku pihak berkuasa lapangan terbang dibantah atau dikritik oleh mereka.
Tidak cukup itu pada Februari 2014, berbangga dengan rekod keuntungan Air Asia, Tony Fernandes yang tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan MAHB dalam isu KLIA 2 dan cukai lapangan terbang mengkritik MAHB.
Antara lain beliau menggesa MAHB supaya mula menguruskan keuntungan dengan bijak supaya dapat mengelakkan dari membebankan pembayar cukai.
Fernandes juga mengkritik MAS dan MAHB kerana terus berbelanja dan rugi."It's supposed to be profit-making. This just hurts decent players in the business when they're spending like there's no tomorrow," said Fernandes.
"MAHB yang jelas telah lama bersabar dengan Air Asia akhirnya bertindak balas menjawab komen tersebut.
This has resulted in several enquiries being directed to MAHB especially by the shareholders. While it is not MAHB's policy to comment on statements made by our partners but in this case we had been advised that as a public listed company, we need to correct the information related to MAHB.
MAHB wishes to clarify that since it was incorporated 22 years ago, its financial performance has been showing consistent profits yearly.Over the last 15 years since being public listed, MAHB has continually paid the concession fees and taxes to the government, issued dividends to shareholders, paid incentives to airlines, and remained profitable.
Since 2002, AirAsia has been a beneficiary of MAHB's strong financial performance as it has received the most incentives over the last 10 years from MAHB, despite it not being the airline that contributed the highest number of passengers or revenue.
MAHB had specifically introduced an incentive programme to support the growth of AirAsia, at its infancy stage.
This had facilitated AirAsia's growth to become the successful airline that it is today.
Ini tentulah satu kejutan kepada Fernandes yang selama ini cuba memprojekkan Air Asia sebagai sebuah syarikat tanpa bantuan kerajaan.
Bantuan MAHB kepada Air AsiaPada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008.
Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu.
Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yagn berjumlah RM112.06 juta.
Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong,"MAHB dan AirAsia bersetuju bahawa AirAsia perlu membayar RM111.6 juta selepas potongan RM25 juta sebagai "incentive". Daripada RM25 juta, RM21 juta diberikan kepada AirAsia dan RM4 juta kepada AirAsia –X.
Amaun yang diberikan kepada AirAsia adalah untuk menghargai AirAsia mempromosikan industri pelancongan.
Lihatlah keistimewaan yang diperolehi oleh Air Asia. Cukai Lapangan Terbang bukanlah cukai keuntungan atau cukai pendapatan.
Cukai Lapangan Terbang tidak ada kena mengena dengan Air Asia langsung. Ia dibayar oleh pelanggan Air Asia kepada kerajaan.
Air Asia hanya membantu kutipan sahaja apabila kos dimasukkan terus ketika pelanggan membeli tiket mereka.
Dalam kaedah perniagaan seperti ini Air Asia meraih "kelebihan" besar apabila boleh menggunakan terlebih dahulu duit cukai ini sebelum diserahkan kepada MAHB.
Malahan jika ada pelanggan yang tidak menaiki kapal terbang biar pun tiket yang termasuk cukai tadi telah dibayar, Air Asia tidak perlu membayar kepada MAHB.
Ini juga pernah menjadi kontroversi kerana Air Asia tidak pernah membayar kembali cukai tersebut kepada pelanggan.Kerap "Ugut" Kerajaan?
Setiap kali ada isu kontroversi membabitkan MAHB atau kerajaan, Air Asia bukan bersifat merayu tetapi bersifat bercakap gah seolah-olah merekalah penyelemat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan kapal terbang tambang murah.
Air Asia pernah "mengugut" kerajaan secara tidak langsung untuk memindahkan Ibu Pejabatnya ke Jakarta, Indonesia sebagai reaksi tidak berpuas hati dengan sokongan kerajaan terhadap syarikat mereka.
Kemudian menafikannya apabila berlaku rundingan untuk penggabungan dengan MAS.
Apabila usaha penggabungan tersebut gagal kerana mendapat bantahan ramai, Fernandes mengumumkan pemindahan ibu pejabat serantau beliau ke Jakarta.
Pada 2012, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Wee Choo Keong sekali lagi mengkritik Air Asia,"Dulu, mereka mahu pindahkan ibu pejabat ke Indonesia tetapi apabila ditawarkan peluang bertukar saham dengan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), mereka tidak jadi pindah.
Kini apabila perjanjian pertukaran itu dibatalkan, AirAsia mahu pindahkan pula hab mereka ke Jakarta."Ini tidak betul, kerajaan jangan tunduk lagi kepada tuntutan-tuntutan mereka.
Kita tidak perlukan sebuah syarikat yang hanya akan memihak kepada negara apabila semua keputusan memenuhi permintaan mereka.
"Tetapi apabila ada keputusan tidak memihak, mereka merajuk dan mahu memindahkan syarikat pula. Kita tidak perlukan syarikat seperti ini yang dikawal oleh individu yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri berbanding negara," jelasnya.
Menurut Choo Keong, isu perjanjian pertukaran saham dengan MAS merupakan antara bukti sikap tidak bertanggungjawab AirAsia."Mereka kata perjanjian pertukaran saham itu bertujuan membantu MAS untuk terus berkembang maju tetapi kita boleh lihat, ia memberi kelebihan kepada AirAsia terutamanya dari aspek penggunaan kemudahan," ujarnya,
Apakah kenyataan Mohd Najib menandakan berakhirnya zaman keegoaan Air Asia sehingga kerap kali melampaui MAHB atau sekadar satu lagi cubaan Tony Fernandes menguji sempadan kuasa supaya beliau mengetahui di mana arah tuju para pelobi beliau untuk bergerak selepas ini?
9 Mei 2014 akan menjadi titik penentu siapa yang menang – Kerajaan atau Air Asia?

Suami Zuraidah Ampang Di Tuduh Rembat Duit Peruntukan PKR Kajang...

Posted: 12 Apr 2014 01:00 AM PDT


Tiiiidurrrrrlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kepada Yang Berhormat Zuraidah saya ada beberapa soalan yg Yang Berhormat perlu jawab sebab Yb naik pun kerana orang mcm saya okies. soalan saya

1 ) kenapa Office lama Yb terpaksa di tutup.

2 ) Benarkah Yb telah menerima imbuhan dari pemaju untuk pembinanan bangunan di kawasan yg tidak boleh di bina bangunan ,

3 ) Benarlah Yb terpaksa tutup office lama kerana penduduk di situ mencari Yb. sebab tak puashati yb membenarkan mereka pemaju membina bangunan.

4 ) Benarkah Yb meletakan semua orang oarng Yb dalam ahli majlis MPAJ. supaya Yb senang membuat kerja termasuk kerja yg tak sepatutnya di buat.

5 ) benbarkah sesiapa sahaja ajak ajk yg tidak bersependapat dgn Yb akan di terajang keluar.

6 ) Berapa banyakkah yg pemaju bayar kepada Yb , dan kemanakah duit tersebut.

7 ) Soalan terakhir waktu pilihanraya kajang Khalid Ibrahim ada menyediakan peruntukan dan diserahkan kepada suami Yb kerana beliau kalau tak silap ketua bilik gerakan utama.kalau ada kenapa Yb kata Khalid tak beri ??. Khalid mungkin tak suka bising bising perkara sebegini. tetapi tidak Jamilkucing.

Pesanan terakhir sila pesan kepada Rafizi Ramli kalau tak pandai nak menghormati tuan tanah sila berambus dari pandan. Yb Ong Teng keat dulu walaupun dia BN tetapi dia tak sombong. berbeza dgn Rafizi jauh panggang dari api. sorr la ok saya byukan kaki ampu dan jilat.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH370: Kawasan Carian Visual Lebih Luas Dirancang Hari Ini - JACC

Posted: 12 Apr 2014 07:39 PM PDT



Peta lokasi pencarian pesawat MH370 oleh Kapal Ocean Shield dan Hai Xun 01 yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Rabu lalu. Foto BERNAMA

PERTH: Meskipun tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 48 jam lepas, misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian lebih luas.
Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506 kilometer persegi berbanding 41,393 kilometer persegi pada Sabtu.
Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat pagi Ahad.
"Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada Ahad dan menurutnya misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200 kilometer barat laut Perth.
Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata, Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu.
Tatkala pesawat AP-3C Orions meneruskan tinjauan akustik, kapal oseanografi HMS Echo dan Ocean Shield turut melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan, menurut JACC.
"Keadaan cuaca hari ini diramalkan berlaku tiupan angin barat laut dengan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dalam jarak penghilatan lima kilometer dalam keadaan hujan," menurut kenyataan itu.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Kotak hitam pesawat itu yang merekodkan rakaman data penerbangan dan rakaman suara dalam kokpit, mungkin dapat memberi jawapan kepada persaolan tentang apa yang berlaku kepada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer daripada laluan biasa  Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. 
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. 
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

NAKED woman rampages through McDonald’s outlet [Video inside]

Posted: 12 Apr 2014 06:30 AM PDT

NAKED woman rampages through McDonald's outlet
Workers at a McDonald's branch in St. Petersburg, Florida have posted a video of a naked woman rampaging inside the fast-food restaurant.
They claimed the incident happened last March 24, 2014.
The more than 2-minute footage, which was uploaded on YouTube last April 8, 2014, has so far drawn 126,453 hits.
The woman was seen wrecking electronic cash registers at the counter, banging her head onto the counter and emptying the contents of a refrigerator and an oven.
The CCTV footage also showed the woman placing her head under an ice cream dispenser, gulping down the sweet frozen food and smearing her face.
Police have arrested the woman soon after her rampage.
Meanwhile, Britain's Daily Mirror reported: "Police allege Suarez (name of the nude woman) became angered after a restaurant worker turned down her offer of sexual favours in the car park at the branch in St Petersburg, Florida."
It added that "the workers who posted the video were later sacked as bosses claimed the footage was released "without authorisation." -Asiaone


Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=261682:naked-woman-rampages-through-mcdonald%E2%80%99s-outlet&Itemid=4#ixzz2yg6wai2E
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Hisham nafi laporan juruterbang MH370 buat panggilan di Pulau Pinang

Posted: 12 Apr 2014 05:16 AM PDT

Hisham nafi laporan juruterbang MH370 buat panggilan di Pulau Pinang
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.
Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.
"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak hari ini.
Menurutnya, sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas. – Bernama

Fariq Buat Panggilan Sebelum MH370 Hilang

Pic:news.comPic:news.comSHAH ALAM: Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.
Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.
Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.
Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut. - SH


MH370: Misi Bakal Guna Kenderaan Dalam Air Automatik

Posted: 12 Apr 2014 02:41 AM PDT





Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 3:34 PM

Peta lokasi pencarian pesawat MH370 pada Sabtu yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia.
  (Ubah saiz teks)
PERTH: Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
Menurutnya AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.
JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
"Berdasarkan ramalan cuaca hari ini, tiupan angin dari arah tenggara selaju 10 knot dan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dan jarak penglihatan lima kilometer dalam keadaan hujan," kata JACC dan menurutnya tiada satupun objek yang diambil dari kawasan pencarian mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

MH370 mungkin ambil masa panjang mencarinya - PM Australia

Posted: 11 Apr 2014 11:18 PM PDT


Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 berkemungkinan akan berterusan untuk satu tempoh yang lama, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Sabtu.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas beliau menyuarakan keyakinan yang tinggi bahawa isyarat kotak hitam sudah dikesan, lapor AFP.
"Kami mempunyai tahap keyakinan bahawa data transmisi yang diambil adalah dari MH370," kata Abbott pada hari terakhir lawatannya ke China seperti dilapor agensi berita antarabangsa itu.
Tetapi katanya "tidak seseorang pun harus mempertikaikan kesukaran tugas mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa," katanya dalam pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen Sky.
"Ya, kami kecilkan kawasan carian namun tugas ini mungkin akan berterusan untuk masa yang lama," kata Abbott seperti dilapor AFP.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Tiada maaf jika lepaskan kerakyatan – @Zahid_Hamidi @UMOnline #Utusan Malaysia

Posted: 12 Apr 2014 06:06 PM PDT






BAGAN DATOH 12 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada maaf untuk rakyat negara ini yang telah mendapat taraf Kerakyatan Luar Negara British (BOC) untuk memohon semula kewarganegaraan Malaysia.

Katanya, golongan tersebut tidak akan memperoleh semula kerakyatan secara automatik sebaliknya perlu melakukan permohonan seperti warga asing lain.

"Jika telah melepaskan kerakyatan, tiada maaf bagi mereka, kena ikut Peraturan Imigresen Perkara 16A 1963.

"Peraturan ini harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jom Sihat Anak Angkat Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bayan dekat sini hari ini.

Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulangi penafian terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport taraf kewarganegaraan luar negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah melepaskan kewarganegaraan hanya disebabkan `perasaan bencikan negara'.

Menurutnya, mereka juga tidak seharusnya melepaskan kewarganegaraan kerana hasutan pihak pembangkang dan terjebak dengan syarikat yang menjanjikan urusan mendapatkan kewarganegaraan negara lain.

"Peraturan Imigresen Perkara 16A menyebutkan 'tidak ada seorang pun warganegara Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraannya, apabila memohon kembali kewarganegaraan akan diberikan secara automatik'.

"Peraturan ini bukan sahaja bagi mereka yang telah melucutkan kewarganegaraan Malaysia di United Kingdom tetapi juga mereka yang tinggal di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat," katanya.

Menurutnya, sebenarnya hanya tiga orang pemegang pasport BOC yang diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan.

"Kerajaan tidak pernah memberikan taraf warganegara kepada 1,000 orang pemegang pasport BOC seperti yang didakwa Ahli Parlimen Tanjong. Itu tidak benar.

"Jadi kepada pengamal media sosial dan penulis blog, jangan terpengaruh dengan tuduhan bahawa saya tidak patriotik.

"Saya bekerja mengikut peraturan. Apa yang kita berikan kepada tiga pemegang pasport BOC adalah pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan," ujarnya.

Katanya, untuk memohon kewarganegaraan, mereka yang terlibat perlu tunggu selama 17 tahun.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, bagi warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan ingin kembali ke negara ini sebagai tenaga profesional, kerajaan akan mempermudahkan kemasukan mereka.

"Mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu dan pengalaman dan mahu kembali bagi membantu membangunkan negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_02/Tiada-maaf-jika-lepaskan-kerakyatan—Zahid-Hamidi#ixzz2yicQTldI
 
 
 
Anda boleh layari blog http://zahidhamidi.com/ untuk mengikuti penjelasan terkini DS Ahmad Zahid Hamidi.


VIDEO KENYATAAN MEDIA MENTERI @ZAHID_HAMIDI : ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC) - @YouTube

Posted: 12 Apr 2014 06:41 AM PDT

 
 
 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


@AirAsia SIKSA TUAN GURU DATO' DR. HARUN DIN @tonyfernandes

Posted: 12 Apr 2014 10:39 PM PDT


KETUA PEMUDA PAS KRITIK YB KETEREH

Posted: 12 Apr 2014 07:30 PM PDT








The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kalau tak Khamis lepas, Khamis depan ... seterusnya hingga 916

Posted: 12 Apr 2014 10:27 PM PDT


Kelentong sajalah penuntut Paengajian Sastera Universiti Malaya yang repeat tapi tak tau lulus ke tak.


Jangan pula keluarga nahas MH370 percaya pada peguam-peguam begini yang nak cari peluang. Sebab peneroka Felda Kemahang 3 yang dulu dibakar dan diwakili oleh peguam PKR untuk persen tertentu sudah jadi mangsa.

Peguam buat duat banyak tapi peneroka satu sen tak dappat, kalah dan kena pulangkan wang yang Felda sudah dulukan.

Tak sebarang peguam anda bboleh percaya. Depa lagi kuat menyamun!!!

Kopitiam Bang Nan

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Saksikan Tokoh Yang Pulangkan Pingat Dalam Kuliah Ekonomi

Posted: 12 Apr 2014 12:47 AM PDT



SEMUA DIJEMPUT HADIR PADA 20 APRIL 2014 @ 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI DI MASJID BUKIT INDAH, AMPANG

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Q & A BERSAMA DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL: SAIFUDDIN BERSUNGGUH BERSAMA PAKATAN BELIAU UNTUK GAGASAN REFORMASI- SIRI 9

Posted: 12 Apr 2014 01:41 AM PDT



SAIFUDDIN BERSUNGGUH BERSAMA PAKATAN BELIAU UNTUK GAGASAN REFORMASI


Oleh Syed Umar Ariff

 

TIDAK LARI  DARIPADA ISU : Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ,berharap agar pemilihan beliau akan membantu memperkuatkan jentera parti Keadilan Rakyat PKR.

Digelar sebagai kuasa ketiga dalam pemilihan parti akhir bulan ini , beliau tidak mempunyai keraguan untuk berterus-terang kepada Syed Umar Ariff , berkenaan pertandingan 3 penjuru  antara  Menteri Besar  Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau percaya PKR tidak lagi mampu untuk dibayangi oleh pertempuran personaliti

Soalan: Anda cukup berani untuk mengumumkan pakatan anda dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli. Rafizi pun disebut agak ragukalau-kalau dikatakan  mengenai meludah antara Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Adakah  anda fikir langkah sedemikian akan mewujudkan permusuhan antara puak ?

Jawapan: Ya , akan ada permusuhan . Apabila kita mula-mula dirancang ( untuk membentuk pakatan itu , Rafizi dan Izzah ,) termasuk ahli-ahli parti yang lain, menyedari saya pada mulanya saya enggan dicalonkan  ( untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ). Tetapi saya juga tahu bahawa pemimpin parti bosan dengan berbagai  masalah yang tidak berkesudahan (yang disebabkan oleh Khalid dan Azmin ).

Rakyat telah menyaksikan (pembangkang ) di Kedah , di mana Pas gagal menyelesaikan konflik dalaman ( antara  bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dan  Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah  Datuk Phahrolrazi Zawawi ). Masalah ini timbul kerana tidak ada yang telah diselesaikan isu ini (untuk gambar politik yang lebih besar ) dan, pada akhirnya, perkara itu telah diketahui oleh rakyat, yang dihukum dengan pengundi Pas yang dulunya member undi kepada PAS telah  memberi undi kepada  Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lepas .

Satu-satunya perbezaan antara PAS Kedah  dan PKR ialah perselisihan dalaman yang melanda bekas Menteri Besar Kedah  itu berlaku beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, manakala dalam PKR, pertelingkahan (antara Khalid dan Azmin ) telah berterusan , walaupun selepas pilihan raya. Kami perlu berhadapan dengan isu ini sekali dan untuk semua. Sekarang adalah masanya untuk kita untuk melakukannya.

Soalan: Anda mengatakan masalah antara Khalid dan Azmin boleh memudaratkan parti. Tetapi sekali lagi , pihak pembangkang mengesahkan cengkaman yang kukuh kepada Selangor , yang menang dengan majoriti besar  pada pilihan raya umum lepas. Jelas sekali, masalah ini tidak mewujudkan sebarang bentuk tekanan oleh r akyat  untuk terus menyokong Pakatan.

Jawapan: Benar. Kerana pemimpin-pemimpin parti mempunyai " oversold " Khalid untuk dilihat sebagai rajin dan bersih ... semua sempurna di mata rakyat, terutama dalam jangka pertama ( pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor ). Sekarang, seperti yang kita memasuki penggal kedua kami dalam mentadbir Selangor , kontroversi telah timbul , seperti isu air , kenaikan elaun wakil negeri , yuran pelesenan perniagaan dan Bank Islam (berkaitan dengan kes mahkamah antara Khalid dan Bank Islam Malaysia Bhd lebih dua saman dikaitkan dengan pinjaman RM66.67 juta untuk membeli saham Guthrie 13 tahun dahulu). Terdapat banyak perkara-perkara yang membawa kepada beberapa isu yang dibincangkan dalam ( Pakatan Rakyat / pembangkang) Majlis Presiden.

Soalan: Jadi , tidak ada geseran , secara umum , di antara pemimpin-pemimpin parti , termasuk anda , dan Khalid ?

Jawapan: saya berada di sana ( dalam mesyuarat presiden ). Saya melihat apa yang berlaku dan kita berhadapan Khalid. Tetapi saya tidak membuat kecoh mengenainya. Itulah gaya saya. Anda boleh Google saya. Saya tidak pernah secara terbuka mengkritik Khalid, seperti apa yang sedang dilakukan oleh Azmin . Saya tidak akan berbuat demikian. Saya masih ada prinsip dan sikap  kesopanan (dan kesopanan ). Saya akan membawanya ke tugas semasa mesyuarat sahaja dan jika saya tidak dapat mencari masa untuk berbuat demikian ( semasa mesyuarat ), saya akan bertemu dengannya selepas itu. Dan saya akan sentiasa membawa pemimpin yang lain untuk bertemu dengannya , termasuk ( Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail , untuk mendapatkan penjelasan daripada sebarang isu.

Apabila kedudukan saya sebagai ketua kakitangan di pejabat Menteri Besar  telah diumumkan (tahun lepas) tetapi saya tidak ( dibenarkan) masuk ( beroperasi ) jawatan yang ditawarkan kepada saya , ( di pejabat Menteri Besar ), saya tidak pun membuat bising, kerana saya tidak fikir saya akan kehilangan apa-apa . Jadi, jika saya mahu untuk mewujudkan suasana yang tidak enak seperti Azmin , saya boleh melakukan demikian. Namun, saya memilih untuk tidak. Mungkin , pada masa itu , Khalid terpaksa melantik saya. Walau bagaimanapun, saya terima  ( dengan keputusan itu ).

Apabila saya berada di London ( akhir tahun lepas ) , saya menulis e-mel kepadanya dan berkata bahawa saya telah memutuskan untuk meninggalkan ( berhenti )dari berkhidmat di  pejabat  Menteri  Besar , dan hanya mahu memberi tumpuan kepada perkara-perkara parti.

Dan, di sebalik semua itu, saya masih berbaik-baik dengan dia, kerana saya percaya bahawa kita mesti beralih daripada pertempuran personaliti ( sama dengan Khalid dan barisan Azmin ). Oleh itu, pertandingan bagi jawatan-jawatan sebenarnya lebih cita-cita , rekod prestasi, kesetiaan kepada parti dan berkenaan dengan kepimpinan kolektif.



Soalan: Pada pendapat anda, adakah majlis menandatangani perjanjian air (antara Selangor dan Kerajaan Persekutuan) tindakan balas Khalid menentang musuh dalam parti ?

Jawapan: Tidak,  Tetapi tahu  semua sikap Khalid begitu jelas, terutamanya dalam isu air . Bagi beliau, jika dia telah berunding ahli politik berhubung perkara itu , ia akan mengambil masa. Dan sebagainya, dia lebih selesa untuk dikelilingi oleh penasihatnya, termasuk ( Kumpulan Darul Ehsan Bhd presiden ) Suhaimi ( Kamaralzaman ) dan ( Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan) Faekah ( Husin ).

Soalan: Khalid tidak lebih suka untuk melibatkan pemimpin parti?

Jawapan: Di puncak isu air, ( Ketua Umum PKR ) Datuk Seri Anwar Ibrahim , Presiden Pas , Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub , ketua   DAP Wilayah Persekutuan  Tan Kok Wai,  Setiausaha Agung PAS  Datuk Mustafa Ali, pengerusi DAP Selangor , Tony Pua , Azmin , Rafizi dan saya bertemu Khalid , yang telah diminta untuk membawa penasihat-penasihatnya untuk mesyuarat itu. Tetapi saya mengatakan tidak , kerana ia sepatutnya menjadi pertemuan antara Majlis Presiden dan dia.

Ya, dia tidak dapat bercampur dengan kami  kerana , kami semuanyaahli-ahli politik . Walau bagaimanapun, dalam mesyuarat itu, kami tidak melancarkan sebarang serangan peribadi terhadapnya.

Dalam isu air ini, kami telah berjanji kepada rakyat bahawa mereka akan diberi ( negeri industri bekalan air ) syer dalam manifesto pilihan raya kita dan tiada kenaikan tarif air. Tetapi Khalid kemudian mengumumkan bahawa tarif air di Selangor akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. Dalam tiga tahun mendatang , pilihan raya  semakin hampir . Jadi, kita perlu memikirkan kesan politik yang berpunca daripada majlis menandatangani perjanjian itu.

Jadi, itulah sebabnya kepimpinan kolektif adalah penting. Kita perlu membabitkan (dan berunding ) antara satu sama lain .

Soalan: Dalam memilih ahli-ahli untuk pakatan anda, anda telah diskaun Khalid kerana dia tidak benar-benar seorang pemain politik  , tetapi seperti yang anda kata, dia adalah seorang tahu semua. Bagaimana pula Azmin ?

Jawapan: Azmin adalah daripada kelas yang berlainan . Beliau adalah kawan baik saya . Azmin adalah seperti ini. Dia selesa bergaul hanya dengan orang-orang yang dia menganggap sebagai bukan ( politik) ancaman kepadanya. Ia adalah semudah itu . Jika anda melihat beliau barisan ( pasukan dalam pemilihan parti ) , anda akan melihat nama-nama seperti Seri Andalas di Kedah, Dr Xavier Jayakumar dan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh . Nah, itu adalah gaya.


Soalan : Apakah Azmin takut cabaran baru ?

Jawapan : Sebenarnya, dia tidak mahu  menikmati bertukar-tukar pandangan, idea atau perbahasan. Saya tidak fikir penilaian saya dia adalah salah. Kami telah lama dalam politik bersama-sama untuk masa yang lama dan saya tahu dia yang baik. Terdapat juga pemimpin-pemimpin lain yang tidak akan mengambil pihak dengan Azmin , termasuk PKR naib presiden Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Soalan: Jadi, Azmin adalah dianggap sebagai  keanak- anakan dan membawa  masalah dalam parti?

Jawapan: ( Dia mengangguk dalam perjanjian . ) Saya terkejut juga ( dalam menyaksikan pendekatan beliau ). Beliau adalah ahli kanan parti . Saya tidak bersetuju dengan beliau yang mengeluarkan kenyataan  ( yang boleh mencemarkan  imej parti ) di Twitter , terutamanya oleh "budak-budak"  tweet beliau - yang berada  bawah "di gaji beliau"  - di " Istana Segambut " (menggambarkan dinasti politik Anwar ), " Sleeping Beauty " ( dianggap sebagai melihat  pada Wan Azizah ) dan nepotisme.

Anwar, yang dianggap sebagai  seorang bapa kepada beliau, bercakap dengan Azmin : "Berhenti -lah, Min .. memberitahu orang-orang  anda .. ia tidak baik untuk melakukan perkara-perkara itu."

Anwar lembut dalam menegur Azmin .

Tetapi Rafizi , sebagai contoh, akan hanya menghadapinya dengan serta  merta. Dia juga menghantar e-mel yang  panjang  untuk Azmin mengenai perkara itu. Rafizi berkata itu adalah perkara yang salah , dia tidak tahan mengenai beliau.

( Dalam perkembangan lain ) saya percaya masalah di Selangor boleh diselesaikan jika Azmin mendapat sokongan daripada DAP dan Pas. Sudah tentu, dia tidak, dan yang hanya akan menimbulkan banyak  kecacatannya . Tetapi dia pandai berkempen untuk dirinya sendiri, dalam mempertahankan jawatannya. Kebanyakan kempen beliau adalah mengenai beliau menjadi rapat dengan Anwar . Di sini, biarlah saya menunjukkan gambar beliau memikul ( cedera ) Anwar, yang disiarkan melalui Twitter. Azmin boleh menjadi sangat kreatif. Walaupun saya tidak boleh memikirkan ini ( ketawa ).


Soalan : Bagaimana anda meyakinkan Nurul Izzah dan Rafizi untuk menyertai anda ?

Jawapan : Sebenarnya, ia tidak mudah bagi saya untuk meyakinkan kedua-dua pemimpin muda . Apabila anda bercakap tentang PKR , anda akan bercakap tentang pemimpin muda dan anda dapat menentukan kedua-dua (Nurul Izzah dan Rafizi ) dari senarai teratas , tidak seperti saya, yang tidak mempunyai bunga api seperti mereka berdua . Saya mengambil masa tiga jam untuk meyakinkan Rafizi. Beliau berkata kepada saya bahawa saya sampaikan tawaran saya, dan ianya sudah  terlambat , kerana beliau memikirkan untuk bekerja bersama  dirinya dengan Azmin .

Rafizi kata Khalid telah dikompromi (dengan satu siri isu-isu ). Tetapi Azmin , kesetiaannya diuji walaupun dia adalah seperti seorang budak lelaki yang anda perlu untuk memanjakan dan menjaga. Itulah bagaimana beliau sifatkan Azmin .

Rafizi adalah seorang lelaki prinsip. Dia tidak berganjak dengan mudah. Beliau berkata beliau lebih cenderung untuk bersama dengan Azmin , walaupun beliau masih belum menyuarakan niat beliau kepadanya. Rafizi adalah pelaku dan Azmin memerlukan orang seperti dia. Walau bagaimanapun, saya memberitahu Rafizi mengenai aspirasi saya dalam menerapkan kepimpinan yang berkualiti dan menerangkan kepada beliau bahawa parti itu memerlukan pelan penggantian . Saya melihat dia dan Nurul Izzah sebagai pemimpin masa depan ( parti ). Saya memberitahunya bahawa terdapat tetingkap peluang untuk mereka. Dia memberitahu saya kebimbangan beliau mengenai anggota mereka bertiga  (kemungkinan pakatan itu)  , yang semua orang Melayu . Kemudian saya memberitahu beliau bahawa pakatan itu akan diperluas untuk merangkumi bukan Melayu.

Soalan: Rafizi mempunyai masalah dengan imej kaum dalam membentuk  pakatan ini ?

Jawapan: PKR masih sebuah parti berasaskan Melayu. Itulah realiti. Saya rasa orang bukan Melayu dalam parti juga telah diterima bahawa ianya sedemikian  . Tetapi seperti yang kita berjuang  bersama-sama , kita akan menjemput Naib Presiden  PKR  Tian Chua , N. Surendran , ahli exco parti R. Sivarasa dan ketua PKR Sarawak Baru Bian, antara lain, untuk pakatan itu. Kami akan mewujudkan satu landskap baru.

Rafizi kemudiannya yakin , dan memberitahu saya bahawa beliau akan berenang atau  berjuang bersama  dengan saya. Seterusnya adalah Nurul Izzah.

Dia memang popular. Saya memberitahunya apabila pertama kali datang , pemimpin mesti berani untuk membuat keputusan ( termasuk mengambil -dua pihak ). Dan kemudian dia membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada pakatan itu.

Soalan: Ada yang mengatakan bahawa anda kurang cekap melekap kepada hubungan Nurul Izzah dengan Anwar untuk meningkatkan peluang anda untuk menang ?

Jawapan: Ini bukanlah kes itu. Anda lihat, Nurul Izzah tidak pernah dilantik ke jawatan dalam parti. Beliau bertanding dan menang. Keputusan untuk meletakkan beliau di kalangan kepimpinan tertinggi PKR telah dibuat oleh ahli-ahli parti yang mengundi untuknya. Dan ia kebetulan bahawa dia adalah anak perempuan sulung  Anwar.

Bagi saya , dengan bertanding jawatan dalam parti , persepsi bahawa parti itu sedang dikendalikan oleh dinasti keluarga boleh dihapuskan.



http://www.nst.com.my/nation/general/saifuddin-aims-to-make-impact-with-his-pact-1.560734

TERJEMAHAN OLEH WRLR