Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi (Episod ke-5)

Posted: 11 Apr 2014 11:16 PM PDT

Pada November 2013, Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman menyatakan dengan tegas bahawa Israel sedang mencari sekutu baharu, kerana Amerika Syarikat (AS) semakin lemah dan mempunyai terlalu ramai musuh. Menurutnya, "Hubungan antara Israel dan mitra strategi utamanya AS semakin lemah, anda dapat memahami itu semua. Amerika Syarikat memiliki banyak masalah – Korea Utara, Afghanistan, Pakistan, Iran, Iraq, dan mereka juga mempunyai masalah ekonomi domestik sendiri. Kita harus berhenti menuntut, mengeluh, dan sebaliknya mencari negara yang tidak tergantung pada wang (sumber ekonomi) dari dunia Arab atau Islam dan negara yang ingin bekerja sama dengan kami dalam bidang inovasi." kata Lieberman.

Mengapa saya paparkan berita ini? Pada hemat saya, kenyataan Lieberman di atas merupakan plot konspirasi kedua paling shahih selepas saya paparkan plot pertama sebelum ini berkenaan sejarah hubungan antara Malaysia dengan China - yang digambarkan pada saat kebangkitan dan kekuasaan Kerajaan Melayu Melaka baik dari segi ekonomi, mahupun dari aspek ketenteraan, setelah hubungan yang sangat akrab dengan Maharaja China ditemeterai. Terbukti, selepas hubungan perdagangan antara China dengan Melaka bertambah baik, China mula membuka pintu hubungan keamanan dan kerjasama ketenteraan pula, sekali gus menawarkan pakej keselamatan menyeluruh kepada Melaka secara tidak langsung meningkatkan taraf ekonomi dan ketenteraan kerajaan Melayu tersebut.

Sejak 10 tahun yang lalu, teori berkenaan kejatuhan Amerika Syarikat sudah acapkali diperdebatkan. Ia bertambah meruncing saat AS mengalami masalah krisis Gadaian Sub Prima pada tahun 2008, dan sejak daripada itu ekonomi AS tidak pernah stabil sehinggalah ke hari ini. Dalam keadaan ekonomi AS bertambah merudum, China bangkit bagi mengisi kestabilan ekonomi dunia. China sering digambarkan sebagai rejim pemerintah yang jahat dan merbahaya kepada dunia, namun demikian itu merupakan propaganda Barat yang tidak mahu melihat China menjadi kuasa besar baharu ekonomi dunia.

Dengan penduduk teramai dan ekonomi paling pesat berkembang di dunia, China muncul sebagai bintang Asia yang sedang meningkat. Tetapi, apakah China sebagai status kuasa ekonomi dunia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara serantau seperti Malaysia? Rekod yang ada setakat ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi China akan membawa kepada kestabilan ekonomi dunia terutamanya rantau Asia Timur. Ini kerana ia akan menggalakkan pembaharuan ekonomi Jepun.

Trend yang ada sejak sedekad lepas memperlihatkan hubungan pertumbuhan ekonomi China dengan negara serantau bukanlah bersifat zero-sum game. Ini kerana apabila ekonomi China berkembang, ekonomi negara serantau turut berkembang. Malah, kemunculan ekonomi China telah mengejutkan negara-negara serantau terutamanya ASEAN tentang perlunya pendekatan saling melengkapi, bukannya bersaing dengan China. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi China akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi kepada negara serantau. Ini kerana China memerlukan bahan mentah terutamanya bahan mineral sebagai input sektor pembuatan mereka.

Dalam konteks ini, negara-negara serantau berada dalam kedudukan yang sangat sesuai untuk membekalkan barangan yang diperlukan oleh sektor pembuatan China. Jelas dakwaan bahawa ancaman pertumbuhan China terhadap negara serantau merupakan satu idea akibat analisis yang dangkal. Ekonomi China dijangka akan berkembang dengan lebih sederhana dan boleh berperanan sebagai pengimbal balas kepada naik turun ekonomi AS atau bertindak sebagai kuasa menstabilkan ekonomi global.

Di sisi lain, Israel sudah lama mengintai China sebagai sekutu barunya. Apa yang telah dinyatakan oleh Lieberman di atas merupakan pelengkap kepada ramalan dan analisis kontroversi tokoh diplomat terkenal AS, Henry Kissinger tiga tahun lalu dengan berkata, "Dalam 10 tahun akan datang tidak akan ada lagi Israel". Ini merupakan mesej tegas daripada seorang tokoh berpengaruh Yahudi bagi mengingatkan AS agar segera bertindak ke atas musuh-musuh Israel bagi mengekalkan survival negara Yahudi itu. Hakikatnya, AS sudah tidak berupaya untuk memenuhi segala kehendak, selera dan nafsu serakah rejim Israel yang tidak pernah puas, sehingga AS terpaksa mengorbankan segala-galanya termasuklah ekonomi, politik dan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menurut perintah Israel!

Apabila AS tidak lagi mampu untuk terus menjadi hamba kepada Israel, maka AS akan ditinggalkan. Bagi membolehkan Israel terus bermaharajalela - mereka memerlukan sekutu baru, dan China adalah pilihan paling tepat. Di dalam buku terkenal tulisan Kissinger berjudul On China (2011), beliau mengemukan kebingungannya mengapa Richard Nixon, Presiden AS pada waktu itu membuat keputusan peribadi agar AS melindungi China daripada serangan Kesatuan Soviet. Sedangkan pada saat perang nuklear hampir tercetus antara China dengan Kesatuan Soviet ekoran daripada konflik sempadan China - Soviet - AS telah menetapkan dasar luarnya untuk tidak menyokong mana-mana pihak, memandangkan kedua-dua buah negara tersebut merupakan negara komunis dan AS lebih selesa bersikap "tunggu dan lihat" sambil menanti keuntungan "percuma" atas pergeseran dua buah kuasa besar dunia itu. 

Namun demikian, Nixon telah menukar rancangannya pada Oktober 1969 dengan mengarahkan agar AS memihak kepada China - sekali gus menyebabkan Moscow membatalkan niatnya untuk meneruskan perang nuklear ke atas China. Soalnya, siapakah "sang pemikir" yang bertindak sebagai penasihat kepada Nixon agar membantu China berhadapan dengan Kesatuan Soviet? Dan "mata" siapakah yang telah dapat melihat dan menghidu lebih awal akan kepentingan China masa hadapan selepas 45 tahun peristiwa tersebut berlalu. Sekiranya perang nuklear antara China-Soviet tercetus - yang pasti kalah (menurut pemerhati) adalah China. Dan jika itu berlaku sudah semestinya China tidak akan ada peluang lagi untuk bangkit dan membangun seperti mana kewujudannya pada hari ini.

Namun demikian, polisi luar AS terhadap China selepas era Nixon terus menampakkan adanya "tangan ghaib" yang mahu negara Tanah Besar itu menjadi kuasa baharu ekonomi dunia selepas AS. Dan ia sudah pun terbukti pada hari ini - proses kebangkitan China bukanlah hanya terjadi dalam satu malam, tetapi telah dimulakan semasa era pentadbiran Nixon. Sejak zaman itu lagi para pemikir Yahudi-Israel sudah meramalkan bahawa AS tidak akan selama-lamanya mampu menjadi tempat bergantung Israel. Negara Yahudi itu memerlukan rakan baru yang boleh dijadikan "hamba"  - sebelum "mereka" memusatkan seluruh pentadbiran dunia di Baitulmaqdis! 

Ikuti sambungan kisah ini dalah judul Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus!              

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


The Way Of 'Aku Umat Muhammad SAW'

Posted: 11 Apr 2014 03:25 PM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . (http://peceq.blogspot.com/2014/04/4593-way-of-aku-umat-muhammad-saw.html
Astagfirullahalazim. 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Erti taat setia pada negara

Posted: 11 Apr 2014 09:39 PM PDT


Pada satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang fokus bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong dan telah lama menetap di UK.

Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu tersebut bekerja dan ingin bertanya sesuatu.

"Saudara dari Malaysiakah?"

"Ya, jawab pelajar itu."

"Boleh saya tanya satu perkara."

"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.

"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita berkenaan.

Pelajar lelaki itu terpinga-pinga? "Mengapa puan tanya soalan begitu?"

"Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."

Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada.

"Pernahkah puan melawat Malaysia?"

"Tidak pernah," kata guru itu ringkas.

"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."

Jawab pelajar itu lagi "jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."

Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.

"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."

Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang.

Itu adalah dialog oleh seorang sahabat kepada saya baru-baru ini, yang telah lulus pengajian peringkat doktor falsafahnya di negara itu. Di luar negara ramai rakyat Malaysia yang suka memburuk-burukkan negara sendiri.

Mereka menuduh yang bukan-bukan. Mungkin juga ramai yang membuat tuduhan seperti itu kerana mereka mahukan perhatian, simpati, belas kasihan atau kerana mereka ada hati mahu tinggal terus di negara beriklim empat musim itu.

Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.

Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.

Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau "stateless". Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.

Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.

Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita itu berbunyi begini:

GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.

Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Berita lanjut mengenainya baca di sini:

http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-rep

Bacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:

*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/
*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html
*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html

Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.

Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:

Baiknya hati Melayu itu..
tak terbandingkan....
Selagi yang ada sanggup diberikan...

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.

Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini, bimbang nanti dituduh rasis pula. Tetapi fikir-fikirkanlah.

Benarkah kita ini terlalu lurus bendul? Allahualam.

Dan terus doakan MH370.

(Diterima melalui Whats App)

Zahid nafi beri balik kewarganegaraan ... si rasis Ng Wei Aik buat cerita

Posted: 11 Apr 2014 06:00 PM PDT



KENYATAAN MEDIA

ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC)


1. Menteri Dalam Negeri Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi mengeluarkan kenyataan berikutan dakwaan oleh beberapa pihak mengenai perkara di atas. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

2. Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Y.B. Ng Wei Aik bertarikh 3 April 2014 yang telah disalah ertikan.  Sehingga 11 April 2014, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukan taraf kewarganegaraan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

3. Perlu ditegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada Negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

4. Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan mereka memohon dan dipertimbangkan sebagai warganegara United Kingdom. Kebanyakan daripada mereka sehingga kini menetap di United Kingdom dan masih menunggu keputusan dari pihak Kerajaan United Kingdom bagi permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom.

5. Pada 4 Julai 2002, Kerajaan United Kingdom telah meminda British Nationality Act 1981 (BNA 1981). Berdasarkan kepada pindaan tersebut, seseorang pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

6. Berikutan pindaan tersebut, Kerajaan United Kingdom tidak lagi mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom oleh pemegang pasport BOC dari Malaysia yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia selepas 4 Julai 2002. Dengan demikian, pemegang pasport BOC berkenaan tidak mempunyai pilihan selain dari pulang secara sukarela ke Malaysia atau bakal berdepan dengan tindakan ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Kerajaan United Kingdom.

7. Kerajaan United Kingdom telah mengemukakan usul pada April 2011 untuk menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia. Setelah dikaji dan diadakan beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia memberikan cadangan balas sepeti berikut:
a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC. Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.

b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia. 

c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.

d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan

e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta  pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.
8. Secara keseluruhannya Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menerima semula kerakyatan pemegang passport BOC sebegitu mudah seperti yang disebarkan di media. Malah Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan mengikut prosedur-prosedur yang digariskan kerajaan Malaysia.

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri
11 April 2014

Adakah Rahimah yang minta Khalid selesaikan RM2.2 juta baki duit projek?

Posted: 11 Apr 2014 05:32 AM PDT


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau.

Baca MIM

------------------------

Siapa agaknya MB yang ada perempuan simpanan dan dijanjikan kontrak RM3 juta tapi baki RM2.2 million tak dibayar lagi?

Negeri-negeri yang pakai nama MB adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, dan Selangor.

MB Perlis terlalu baru dan tak mungkin baru jadi MB dah sempat berperangai dan begitu mudah nak kasi projek.

MB Kedah terlalu sayang isteri dan keluarga yang duduk di KL untuk buat kerja gini. Lagi pun, buat apa dia susahkan diri nak kasi projek RM3 juta.

MB Kelantan pun tak mungkin walaupun dia PAS.

MB Terengganu tak pandai sorok dan selindung, dia kahwin terus dan rumah isteri kedua dia tak jauh dari rumah isteri pertama. Berlaku adil pulak itu.

MB Pahang dikatakan suka berseluruh tapi orang cakap banyak selalu tak buat kerja gini. Projek dia ada untuk kasi tapi dia tak akan mahu susahkan diri. Kalau dia suka, dia kahwin saja lagi.

MB Perak pula tak hensem ... black metal :)

MB Johor pulak tak mungkin lakukan sedemikian atas sebab-sebab tertentu. Tak pernah ada angin cerita dia ada hal dengan perempuan.


Kalau MB Selangor memang banyak hal dan siapa tak tahu dia ada hal dengan Rahimah PA dia dari masa zaman di PNB. Dari 2009, Unspinners dah ceritakan hal Rahimah... baca SINI, SINI, SINI
dan SINI.


Memandangkan PKR sedang berlawan untuk jawatan, mungkinkah ini semua adalah permainan perang saraf sesama PKR yang nampaknya macam UMNO ajer ...

Jangan lupa pihak Azmin ada video Khalid tengah buat hal dalam pejabat dan dikatakan video yang dulu jadi isu yang mana Khalid salahkan UMNO tapi dituduh lalu diberhentikan Nik Nazmi dan rafizi dan benda itu terus senyap.

Video itu ada adegan Rahimah sudah pasangkan tie di leher Khalid dan mereka bercium. auw ....baca kisah itu di SINI.


Sebab video inilah Khalid pun pasang orang dan hendap Azmin Ali dan terkeluar pula gambar aiskrim....Baca pula SINI.

Samada rahimah orang yang tuntut baki RM2.2 juta atau tidak, kena ambilkira dia masih lagi kerja ke di pejabat MB bawah MB Inc?


Apa hal pun Khalid sekarang berduit? Ada kata RM200 juta dan ada kata kroni dia ada RM300 juta. Bayar sajalah darling you tu ...

Black-hearted Musa blame game to cover-up incompetency

Posted: 11 Apr 2014 02:30 AM PDT


Extract of Tun Dr Mahathir's explanation on Tun Musa Blackheart accusation on Memali:

3. On Nov 20, 1985, I led a massive private sector delegation to China because I believed there were abundant trade opportunities with China which had then only opened up to external trade participation.

4. I cannot recall Tun Musa (Hitam) coming up to me to ask me not to go to Beijing but he was, with many others, at the airport, to wish me well on my trip to China. Even at that time I cannot recall if he (Musa) had advised me against going abroad.

5. The Memali incident took place on 19 November 1985, a day before I left. In a police operation such as this, a tragedy could happen. In this case four policemen and 16 criminals were killed. Quite a number were wounded.

6. I was very confident in the ability of the Deputy Prime Minister to handle the situation that I appointed him as Acting Prime Minister. It was he who replied to YB Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) in the Dewan Rakyat on Nov 20, 1985. YB Gooi had asked for a postponement of the Dewan Rakyat to discuss, the "Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling, Kedah" –  (Handsard) – (Imposition of Curfew due to the killings in Baling, Kedah).


Read in full in Tun M's latest posting here

Perkauman anti Melayu lagi jelas di Hong Leong Bank

Posted: 10 Apr 2014 11:35 PM PDT


"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Itulah kata-kata yang dikatakan oleh Pengurus di atas seorang pekerja Melayu yang taat bekerja selama lebih 25 tahun merayu meminta tidak di transfer 24 jam. Semua Melayu dalam Hong Leong bank tahu ini adalah permainan yang dilakukan Hong Leong Bank untuk memberhentikan semua pekerja Melayu dalam bank.


Sebelum ini kisah pekerja tak dibenarkan sembahyang ada kaitan rapat dengan ugutan transfer yang dilakukan oleh Hong Leong. Oleh kerana mereka sedia di transfer, maka mereka kenakan tekanan dengan cawangan yang ditransfer tidak menerima mereka dan gaji disajakan sangkut.

Mereka ini pula berlegar di cawangan tanpa ada kerja tapi tidak dibenarkan sembahyang.

Kali ini hal ini pula:

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yang merupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Baca sepnuh di Flying Kick


Ada tiga Bank yang sepatutnya dah tak patut wujud dan patut diambilalih atau disatukan dengan Bank lain. Salah satu adalah Hong leong bank. Mereeka pula angkuh dan degil tak mahu usahakan merger secara bersendirian tapi hanya merger kan Bank dan Finance Company.

Hong Leong adalah kroni anwar Ibrahim. Diam saja Anwar bila bangsanya di hina begitu rupa. Adakah Anwar akan bela bangsa dan ummah jika PM? Tak mungkin ... sebab dia dipegang telor oleh cina DAP disekelilingnya.

Dalam hal Bank dan syarikat cina begitu rasis, kenapa pula kerajaan masih begitu terbuka with open arms untuk Cina diberi pekerjaan dan scholarship dari GLC.

Ada tu sampai kerakyatan pada cina yang sudah koyakkan kerakyatan Malaysia untuk hidup diluar negara pun mahu dipanggil balik.



Apa bebalnya? Mereka ini tak akan undi BN tapi ikut seperti bangsa mereka untuk undi DAP!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR SAKIT KUAT?, KESIHATAN MEROSOT?- SEMUA PROGRAM REFORMASI 2.0 DIMINTA BATAL

Posted: 11 Apr 2014 06:35 AM PDT


Anwar Ibrahim, 67 tahun, tidak sihat dan tidak dapat hadir dalam program Himpunan Reformasi 2.0 yang dijadualkan di Dataran Kg Tok Dagang, Ampangan, Seremban semalam.
"Maaf- saya kurang sihat. Nurul Izzah ganti (saya), insya Allah," kata Anwar dalam twitternya, 10 April.23 jam yang lalu, Anwar memberitahu pengikut twitternya bahawa beliau perlu tidur awal kerana beliau masih kurang sihat.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Adakah Zaini Di Arah Seseorang Untuk Tibai Zahid Hamidi...???

Posted: 11 Apr 2014 10:00 PM PDT


Agak terkejut jugak bila baca tulisan asst chief editor zaini hasan dalam utusan semalam dalam kolumnya bertajuk erti taat setia: baik sungguhlah kerajaan malaysia ni...

Aku mencari-cari kenyataan bertulis oleh cina dap ng wei aik yang mengatakan menteri dalam nageri bersetuju memberikan semula kerakyatan malaysia kepada 1000 cina yang telah koyakkan passport mereka kerana ingin menjadi warga united kingdom.

Maaf sampai la nie aku tak jumpa kenayataan bertulis dari cina lahanat tu, tak pasti mungkin datuk zaini ada menyimpan keratan atau kenyataan audio atau video cina lahanat tu yang mengatakan 100 orang cina gampang bakar passport malaysia akan di beri kerakyatan.

Setahu aku, kenyataan cina lahanat itu merujuk kepada handsart parlimen yang mengatakan tiga orang baca: tiga orang BOC telah di berikan 'pass residen' baca: pass residen bukan taraf warga negara malaysia.

Jadi amat pelik seorang asst chief editor sebuah akhbar milik umno menibai menteri umno tampa merujuk dahulu kepada KDN...

Malang sekali apa bila seorang asst chief editor sebuah akhbar terulung di malaysia mempercayai cerita hearsays atau dari laman blog dan facebook tampa membuat cross cek dengan kementerian yang berkaitan...

Pada aku, datuk zaini tidak ada masaalah untuk menghubungi mana-mana pegawai di KDN atau mungkin dia boleh terus menghubungi setiausaha akhbar zahid hamidi atau terus menghubungi menteri itu untuk mendapat pencerahan mengenai cerita itu, bukan mengambil bulat-bulat hearsays atau cerita dari blog dan facebook.

Nampaknya bangsa melayu makin parah, cukup senang untuk cina lahanat melaga-lagakan bangsa kita, kalau rakyat yang perdaya boleh la di maafkan, tapi asst chief editor utusan pun turut termakan lagaan itu, perghh.... parah-parah.

Kenyataan media KDN klik sini dan Apa agenda zaini dan utusan terhadap zahid klik sini

MH370: Asyik-asyik Ping...Ping Dan Ping, Mana Cebisan Bangkai Pesawat???

Posted: 11 Apr 2014 07:00 PM PDT

Pagi semalam aku terbaca satu berita dari web astro awani bertajuk 'Signal Detected By RAAF Aircraft Not From Black Box' dan kemudian dalam web yang sama juga aku terbaca 'Tony Abbott Confident Signal From Black Box' hah, dua tajuk itu sudah cukup memeningkan kepala rakyat, satu kata isyarat ping tu bukan dari kotak hitam mh370 dan satu lagi cakap dia konfiden isyarat itu dari kotak hitam mh370. mana satu rakyat nak percaya...??

Ok, kalau kita tengok tv3, astro awani, cnn, bbc atau segala macam media yang buat liputan pasal mh370, setiap kali berita pasal signal dari kotak hitam pasti mereka akan menunjukan rajah dimana isyarat ping itu di kesan, ambil contoh rajah di bawah,



Isyarat ping pertama di kesan oleh kapal cina pada 5 april dan pada keesokan harinya iaitu 6 april, kapal australia pulak mengesan satu isyarat ping, jarak antara satu isyarat ke satu isyarat ialah 600 kilometer, bersamaan dari johor bharu ke taiping perak, adakah dalam satu malam arus laut boleh menghanyutkan kotak hitam itu sejauh 600 kilometer? atau jarak sebaran signal ping itu boleh menjangkau sejauh 600 kilometer?

Ok, kotak hitam [Flight Recorder] mengandugi dua bahagian FDR [Flight Data Recorder] dan CVR [Cockpit Voice Recorder], mungkin ketika kapal terbang terhempas salah satu komponen itu tercampak sejauh 600 kilometer? untuk makluman kebiasaannya Flight Recorder terletak di ekor pesawat seperti dalam gambar di bawah,


Baiklah kedua-dua isyarat ping itu katakanlah dari Flight Recorder, FDR dan CVR tercerai dan salah satunya tercampak, boleh ke dalam impak yang kuat serpihan kapal terbang boleh terbang melambung dalam jarak bergitu jauh...?

Setakat semalam sudah ada empat isyarat ping yang katanya dari Flight Recorder mh370, aku tak pasti berapa jarak antara satu ping ke satu ping yang baru, pasal australia tak tulis berapa. lihat rajah dibawah,


Persoalan yang berlegar di fikiran rakyat ialah, berapa banyak kotak hitam yang ada dalam pesawat, aku dah bagi tau, FDR ada 1 dan CVR ada 1, di satukan menjadi Flight Recorder atau Black Box atau Kotak Hitam, ok aku rasa jawapan tu rakyat boleh terima, tapi jarak yang jauh dari satu ping ke satu ping itu yang buatkan rakyat terfikir, betul ke itu isyarat dari kotak hitam mh370?

Boleh ke arus di dalam laut hindi membawa kotak hitam dari satu tempat ke satu tempat? aku yakin kotak hitam itu berat mungkin sekitar 10 kilo, sudah tentu ia dah tenggelam jauh ke dasar laut, jadi boleh ke arus dalam dasar laut itu menghanyutkan kotak hitam sehingga kita dapat dengar isyarat ping di merata tempat?

Purata kedalaman lautan hindi adalah 3890 meter bersamaan 3.89 kilometer lebih kurang dari seksyen 7 shah alam ke seksyen 8 shah alam, pernah di catatkan tempat terdalam lautan hindi adalah 7450 meter bersamaan 7.45 kilometer, jadi dengan kedalam semacam itu di tambah dengan seabed keadaan lautan hindi tidak serata dan selicin lantai rumah kita, adakah dengan kuasa arus laut boleh menghanyutkan kotak hitam ke tempat-tempat yang kita di maklumkan mendengar isyarat ping?

Ok lah yang terakhir, setakat semalam kita sudah di maklumkan mendengar 4 isyarat ping, takanlah masa kapal melalui kawasan yang berpotensi untuk pesawat itu terhempas satu haram cebisan pun korang tak jumpa? contoh bag pakaian, kasut penumpang, seat kapal terbang, plastic cup, life jacket atau benda-benda lain yang sewaktu dengannya...

Mungkin semua dah dihanyutkan arus atau di makan oleh jaws, cuba pergi cek di sekitar pantai australia, itulah tempat terakhir sekiranya semua cebisan itu di hanyutkan, akan terdamparlah ia di tepi pantai, kalau tidak hanyut ke australia mungkin ke madagaskar, atau ke mauritius dan reunion island dan mungkin boleh try cari di sekitar pulau di antarctica, mana tau setelah 36 hari, cebisan pesawat ada yang tersangkut di sana.

#PrayForMH370

Dah Takde Yang Cerdik Dalam PKR, Jawatan No2 PKR Di Tandinggi Oleh Ahli PAS...

Posted: 11 Apr 2014 06:00 AM PDT

Untuk pengetahuan semua, mahfudz masih belum menarik balik kenyataan yang dia buat pada 29 may 2007, maknanya, sehingga kini si pudin tu masih menjadi ahli pas pokok sena.

Hahahaha dah tak ada lagi ke orang cerdik dalam pkr sampaikan kena import pemimpin dari pas untuk jadi pengarah strategi, setiausaha agung dan di beri peluang untuk bertanding jawatan nombor 2 pkr...



Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi Isu BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC) di www.zahidhamidi.com

Posted: 11 Apr 2014 01:34 AM PDT

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Ini kerja UMNO - memperkayakan kroni : Tun Zaki Azmi [bekas Ketua Hakim] dianugerahkan projek (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion

Posted: 11 Apr 2014 10:10 PM PDT


PAROI 12 APRIL: Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.
Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara.
"Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion.
"Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan),
"Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?," Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
"Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60602

Bas ekpres terbabas - 3 penumpang maut 63 cedera

Posted: 11 Apr 2014 07:58 PM PDT

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Fardy Bungah
Bentong: Tiga penumpang maut, empat parah manakala 63 penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Bukit Lebu, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, bas ekspres dua tingkat berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian bas berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Inspektor Nurhuda Mohd Fadzil, menjelaskan mayat tiga penumpang yang maut dan mangsa parah sudah dihantar ke Hospital Bentong.
Foto
Keadaan bas ekspress dua tingkat yang membawa 68 penumpang remuk teruk selepas terbalik di Bukit Lebu jalan Bentong-Raub mengakibatkan tiga maut tengah malam tadi. FOTO Azmaidi Abidin

Katanya, penumpang lain yang cedera turut dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, mangsa yang maut seorang wanita dan dua lelaki dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

MH370 : Isyarat dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam

Posted: 11 Apr 2014 06:27 AM PDT




PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

"JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370" kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

China tangguh rancangan hantar panda ke Malaysia

Posted: 11 Apr 2014 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: China menanggguhkan penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel. 

Kedua-dua negara itu bersetuju pada 2012 bahawa China akan menghantar sepasang panda untuk ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun. 


Mereka (China) sedang menunggu keputusan MH370. Mereka akan lewatkan penghantaran beruang itu dan mereka mungkin hantar pada lewat Mei," katanya. 

Beliau berkata, China dan Malaysia bersetuju bahawa beruang panda itu akan tiba "pada tarikh yang signifikan pada Mei nanti". 

Tarikh 31 Mei adalah ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara. 

Panda dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008. - AFP