Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Rahmat Allah Dan Keselamatan Dari Neraka,Itulah Yang Kita Cari

Posted: 09 Apr 2014 06:24 PM PDT

kata ulamak,jangan memandang kepada besar atau keciknya amalan dan dosa kita,tapi pada siapa kita berdosa dan arahan siapa yang kita ingkari.

Mungkin dosa yang kicil bagi kita tapi disitulah mengundang murka Allah dan mungkin amalan yang biasa bagi kita tapi disitulah tersimpan rahmat Allah yang akan membawa kita ke syurgaNya.Seperti kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan akhirnya ke syurga hanya semata-mata kerana keikhlasannya membantu seekor anjing yang kehausan di jalanan.


-ijoks2009-
Dunia ini penuh warna-warni,ada isteri yang ke syurga sedangkan suaminya ahli neraka seperti isteri firaun.Ada juga suami yang kesyurga sedangkan isteri lebih selesa dengan cara hidup ahli neraka.Ada juga ibu-bapa yang keneraka sedangkan anak-anak diberi hidayah untuk ke syurga.Masing-masing akan bertanggungjawab  dengan amalan masing-masing.

Amal Yang Bernilai Pada Sisi Allah

Posted: 09 Apr 2014 04:47 AM PDT


TIDAK ADA AMAL YANG DIHARAPKAN DITERIMA ALLAH S.W.T SELAIN AMAL YANGKAMU TIDAK MELIHAT KEPADANYA DAN MEMANDANGNYA KECIL ATAU REMEH.

Hikmat ini mengajak kita merenung kepada amal yang kita anggap kecil, remehdan tidak penting. Amal yang demikian kita lakukan seketika kemudian terusmelupakannya. Misalnya, ketika kita sedang memandu, seekor anak ayammelintasi jalan di hadapan, kita memperlahankan kereta sehingga anak ayam ituselamat menyeberang. 

Misal yang lain, seekor lalat terjatuh ke dalam minumankita, lalu kita keluarkannya dan membiarkan ia terbang pergi. Peristiwa seperti itudialami dalam beberapa saat sahaja, bersahaja, tidak menyentuh jiwa dan kemudian dilupakan buat selama-lamanya. Amal yang seperti itulah yang perlu direnungkan kerana begitulah bentuk amal yang diterima oleh Allah s.w.t. 

Amal yang demikian keluar dari kemanusiaan yang asli dan murni. Keaslian dan kemurnian itulah yang hendak dihidupkan dalam setiap amalan, walau bagaimana besar sekalipun amalan itu. Apalah bezanya menyelamatkan
seorang manusia dengan seekor lalat yang sama-sama lemas di dalam air. Allahs.w.t yang mengizinkan dan menggerakkan kamu untuk menyelamatkan lalat yang lemas itu. Allah s.w.t juga yang mengizinkan dan menggerakkan kamu menyelamatkan manusia yang lemas. 

Siapakah kamu, di manakah         kamu,apakah kekuasaan kamu, apakah tindakan kamu dalam peristiwa-peristiwatersebut? Adakah berbeza kamu yang menyelamatkan lalat itu dengan kamu yang menyelamatkan manusia itu? Sekiranya seseorang itu tidak ada keegoan atau ketaksuban terhadap dirinya sendiri dan hatinya tawadhuk kepada Allah s.w.t, maka dia akan melihat Allah s.w.t yang menyelamatkan lalat dan Dia juga yang menyelamatkan manusia itu. Ambillah iktibar dari amal yang kecil-kecil dan dipandang remeh dalam membentuk amal yang besar-besar dan dipandang penting, supaya kamu tidak melihat kepada amal ketika beramal.

Nilai sesuatu amal terletak pada ikhlas yang mengiringi amal tersebut dan ikhlas melepaskannya. Biasa terjadi seseorang itu ikhlas ketika berbuat kebaikan tetapi keikhlasan itu terusik kemudiannya. Kebanyakan manusia enggan melepaskan perbuatan baik yang telah mereka lakukan. Mereka suka mengingati dan menyebut kebaikan tersebut. Perbuatan demikian boleh membawa seseorang jatuh ke dalam samaah, iaitu menceritakan kebaikan supaya dirinya diperakui dan disanjung sebagai seorang yang baik. Samaah menjadi minyak yang memudahkan riak menyala. 

Apabila riak sudah menyala segala kebaikan yang telah dibuatnya akan terbakar. Apa yang tinggal dalam simpanan akhiratnya hanyalah debu-debu yang tidak berharga. Orang tersebut akan menjadi orang yang memikul peti besi yang besar berisi debu untuk dibukakan di hadapanTuhan. Mereka gembira di dunia tetapi kehampaan di akhirat. 
-ijoks2009-
semoga jadi renungan bersama
-Petikan kitab hikam karangan  ibn Athaillah

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEKERJA CINA HONG LEONG HINA ORANG MELAYU

Posted: 09 Apr 2014 08:00 PM PDT


Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

Jan 2014, satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodoh, yer?

Sumber :  klik

LIM GUAN ENG TUKAR PENANG JADI BANDAR SEKS

Posted: 09 Apr 2014 06:27 PM PDT


Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

"Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

"Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.


HUDUD BUKAN KONSENSUS PAKATAN, KONSENSUS AHLI UMNO- AHLI PAS

Posted: 09 Apr 2014 01:04 AM PDT


Rakan sekutu PAS, DAP dan PKR memberi peringatan keras bahawa undang-undang hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada kata sepakat di kalangan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR), sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
"Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan Pakatan, " kata ketua publisiti DAP Tony Pua kepada The Malay Mail Online hari ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata DAP yang merupakan parti kedua terbesar di Dewan Rakyat dengan 38 Ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
Ini merupakan penentangan kedua daripada Ahli Parlimen DAP, selepas Karpal Singh (Bukit Gelugor) yang mengeluarkan dua kenyataan penentangan terhadap undang-undang tersebut pada 7 April dan 3 April.
Namun, sehingga ke hari ini tiada lagi sebarang kenyataan daripada pemimpin utama DAP khususnya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Pada 3 Mac lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata bahawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) akan dibawa dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen PR bagi mendapat kebenaran Persekutuan untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.
Pada tahun 1993 , kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah Kelantan Kanun Jenayah II, namun undang-undang tersebut tidak dilaksanakan hingga ke hari ini.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), mei tahu lalu, DAP mendapat 38 kerusi parlimen menjadikan parti itu paling dominan dalam pakatan pembangkang; PKR, 31 kerusi dan PAS hanya mendapat 21 kerusi parlimen.
Senada dengan DAP, Naib Presiden PKR , N. Surendran mengingatkan PAS bahawa PR telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.
"Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak PR. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu, " Surendran memberitahu The Malay Mail Online.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PR jadi berok akibat kalah debat GST guna "half truth"

Posted: 09 Apr 2014 08:30 PM PDT


 Mogok pembangkang dengan membawa bunting Tolak GST secara beramai2 adalah tindakan melanggar Peraturan Mesyuarat 20 Dewan Rakyat. Nampaknya penyakit Nizar macam monyet di hari angkat sumpah sudah merebak ke AP PR lain. 

Selapas 2 hari berdebat dengan pihak kerajaan berjaya mengetengahkan kebaikan GST, kerajaan menang undi berbelah bagi 118 menyokong dan 81 menentang. Kebanyakkan Pembangkang berhujah dengan memberi hujah half truth atau fakta berpilih-pilih.

Tujuannya simple... video debat akan dipetik dan disiarkan untuk ceramah. Penjelasan kerajaan tidak akan disiarkan.

Maka satu cara saja tinggal untuk diguna mereka iaitu membawa budaya demonstrasi jalanan ke Parlimen. Hai ... macam mana PR nak jadi pemerintah jika berdebat di parlimen pun guna tipu helah dan putarbelit?

Belum memerintah pun rakyat akan ditipu.

Rakyat yang  menyokong mereka sebenarnya memberi mereka lesen besar untuk mereka berbuat sesuka hati dan kekebalan mereka sebagai MP dalam parlimen disalahgunakan. Bila lagi berkuasa, lagi ganaslah mereka.

Orang kata rakyat bijak membuat pilihan tapi lepas roadshow seluruh negara masih tak faham lagi.

Masaalahnya sesetengah pemimpin BN berlagak mereka segalanya untuk rakyat tapi tak sedar banyak perbuatan mereka menghancurkan parti dan negara.

Berikut penerangan ringkas dan baik mengenai GST seperti yang diterangkan oleh DS Ahmad Husni:

Singapura memperkenalkan GST pada 1993 dengan 3%; sekarang 7%. Betul kata Shahlim, bagi Singapura GST merupakan cukai baru, bermakna Rakyat kena bayar cukai tambahan 3%.

Negara kita memperkenalkan GST bagi mengantikan SST(Cukai Jualan & Perkhidmatan. Cukai Jualan kini 5% dan 10%. Bermakna bagi yang kini 5%, tambahan yang perlu di bayar Rakyat 1%; manakala yang kini 10%, Rakyat akan jimat 4%.

Terdapat 73 produk (10.6%) dalam kategori 5% kepada 6%; msnakala dalam kategori kini 10% akan turun ke 6% mengandungi 273 produk (39.62%). Terdapat 4 negara memperkenalkan GST pada 2011 dan selepas dengan kadar GST 15%, 16%, 16% dan 40%.

Jenis produk antaranya Nescafe, Quarker Oats pada kadar 5%; Minuman berkabonat, ribena, sunquick, pakaian bayi, sabun, bateri, kereta, TV, Colgate, syampu dsb 10%. Bermakna kereta dan TV akan lebih murah dengan kadar GST 6%. SST di perkenalkan pada tahun 1970'an.

Yang di maksudkan 'Shadow Economy', terminologi bagi peniaga yang lari dari bayaran SST(Cukai jualan & Perkhidmatan). 'Black Economy' merupakan 'Ekonomi Underground' iaitu aktiviti jual dadah, jual manusia, pelacuran dsb.

Shadow economy akan masuk ke dalam pembayaran GST kerana di bawah sistem GST, pengeluar (manufacturer), pemborong dan peruncit mendapat balik pembayaran GST (dipanggil sebagai 'Kredit Cukai').

Pengalaman di 160 buah negara yang telah melaksanakan GST, semua peniaga dan syarikat (termasuk yang dahulunya dalam Shadow Evonomy) mendaftar dalam GST untuk mendapat kredit cukai. Matlamat peniagaan adalah memperoleh keuntungan. Dengan kredit cukai, peniaga mendapat keuntungan.

Negara ada cukai korporat dan cukai pendapatan individu di bawah LHDN. SST dan kemudian GST adalah di bawah Kastam.

Kita telah membuat kajian, bagi isirumah berpendapatan RM2,000 sebulan berdasarkan pattern prrbelanjaan pada setiap bulan, kini dibawah SST membayar cukai SST RM36.00 sebulan. Dengan pattern perbelanjaan bulanan yang sama, dibawah GST akan membayar RM51.00 sebulan.

Ini bermakna membayar tambahan RM15.00 sebulan atau RM180 setahun. Kerajaan akan memberi bantuan tambahan RM300 kepada isikeluarga yang menerima BR1M, bermakna ada lebihan RM120.

Dari tengok perngai PR macam beruk, lihat indahnya hasil kerja BN

Posted: 09 Apr 2014 07:00 PM PDT








Dari tengok beruk-beruk ini yang melanggar tatacara parlimen dan tak faham keperluaan GST...


Baca SINI

Hari ini, Anwar dedah lokasi MH370 guna data satelit simulator di rumahnya

Posted: 09 Apr 2014 05:30 PM PDT


Kah kah kah .... macam penyokong tegar satu orang lagi yang gila simulator. Cuma Anwar ada simulator dan STIMULATOR sekali.

Apa hal pun, baca di Utusan Malaysia dan blog Negara Pakatan ...


Cari blog tu...

Buku Rafizi ni pasti hina mahkamah

Posted: 09 Apr 2014 08:24 AM PDT




Ini sudah kes menghina mahkamah kerana berhujah mempersoalkan kewibawaan mahkamah berdasarkan fakta yang salah dan putarbelit. Pasti ianya berasaskan skrip yang sudah disediakan dan sudah Unspinners tulis ketika PRK Kajang:



Dah masa Rafizi pula ditanam.

Buku ini pun tak ada KDN ... boleh dirampas. Bahagian penerbitan KDN bangun ke belum?


Rafizi ni tak serik... baru ada laporan polis terhadapnya semalam:

Laporan polis ke atas YB Rafizi Ramli yang dibuat hari ini merupakan satu titik permulaan kebangkitan rakyat marhein yang selama ini berdiam diri melihat gelagat hipokrit beberapa ahli politik yang selama ini mempergunakan nama 'rakyat' untuk mereka melanggar undang-undang dalam negara ini.  Beberapa tindakan pemimpin-pemimpin ini yang secara terbuka mempertikai sekaligus menghina beberapa keputusan mahkamah amat mengecewakan .

Ada juga di antara mereka secara terang-terangan mendakwa mahkamah negara ini dikawal oleh individu-individu tertentu yang secara langsung mencalarkan integriti sistem kehakiman negara ini. Tindakan mereka ini jelas sekali mempunyai kecenderungan menghasut rakyat untuk membenci dan memperlekehkan institusi kehakiman.

Saya selaku yang mewakili  Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) berasa sesuatu perlu dilakukan apabila melihat 'trend' sebegini makin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan yang diambil . Ahli-ahli politik ini yang disokong oleh sekumpulan peguam amat licik memanipulasi undang-undang demi kepentingan dan kelangsungan karier politik mereka .

Ironinya walaupun beberapa tindakan mereka jelas menghina undang-undang dan sistem kehakiman dalam negara ini, mereka turut gunakan undang-undang yang sama untuk mengugut rakyat marhein dengan tindakan saman apabila membangkitkan beberapa persoalan dengan kredibiliti diri mereka sebagai seorang pemimpin parti politik.

Saya tak mahu namakan siapa pemimpin-pemimpin politik ini, namun saya percaya rakyat boleh tahu dengan melihat senario yang berlaku pada hari ini. Saya juga percaya dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan dengan laporan polis yang saya buat pada hari ini.

Norafiq Bin Md Noor
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM)

Hina mahkamah: Anwar pun patut didakwa!

Posted: 09 Apr 2014 05:30 AM PDT


Papagomo akan didakwa kerana hina mahkamah dalam kes saman oleh seorang ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Samada ini ada kaitan dengan ugutan oleh Rafizi Ramli sebelum ini, itu tidak diketahui.

Namun satu persoalan timul terhadap badan kehakiman yang nampaknya hanya berani lakukan ke atas blogger marhaen tapi takut untuk lakukan terhadap pemimpin pembangkang yang terang-terang lakukan penghinaan terhadap hakim.

Dengar Anwar dalam ucapan berikut:


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya adalah sebagai pencacai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, bahawa tindakan menjatuhkan hukuman yang diputuskan secara tergesa-gesa dilihat sebagai taktik kotor oleh pihak UMNO-BN untuk menghalang beliau dari bertanding sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang yang akan bermula dengan penamaan calon pada 11 Mac ini.

Beliau berkata demikian pada ceramahnya sebelum merasmikan Bilik Gerakan PKR bagi PRK tersebut di Bangunan Mat Saman, Kajang.

Maklumat lanjut, layari: http://rakyatnews.my

Video/Editing : Mohd Khushrin Mohd Lani

Task force, the unknown hero combating illicit activities and financial flows

Posted: 08 Apr 2014 11:30 PM PDT


Sometime in February 2014, anti graft raid on the police that uncovered a high police official with a bank account of RM20 million.

That made news headline and got the attention of the public despite attempt to create a backlash reaction from the lower rank policemen by spreading a rumour via Sinar Harian that some 60 police were investigated. Read HERE

The attempt to demotivate the lower rank police failed as many realised that there is an attempt to weed out those that have been giving a bad name to the police.

It brought up their their hope that the so-called dominance of upper ranks by syndicates will eventually break down and good cops could hope for promotion up the ranks.  

There were raids made on smugglers of many of Malaysia's controlled items like petrol, diesel, cooking oil, etc. It is believed that as high as 50% of Malaysia's annual subsidy bill of RM40 billion have leaked out of the country by smugglers and criminal syndicates.


The opposition had made a circus of parliament to complain of government's attempt to widen tax based through GST but their argument is only cheap politics of claiming corruption cost being borne by consumers.

The truth to the matter is government revenue is too dependent on tax and royalties from GLCs, almost as high as 70%.

Corporate tax and income tax contributed hardly 20% thus dispelling arguments by certain members of the chinese community claiming for rights based on their tax contribution. Whether on personal basis or business, their contribution is not sufficiently significant despite their monpoly of the business sector.

There have been increasing effort by government to increase collection of tax and all these effort by an agency under the auspices of the Attorney General office known as the Taskforce.

Taken from the BNM website HERE, "the Task Force comprises of the Attorney General's Chambers of Malaysia, Royal Malaysian Customs Department, Royal Malaysia Police, Malaysian Anti-Corruption Commission, Inland Revenue Board of Malaysia, Immigration Department of Malaysia and Bank Negara Malaysia."

Sometimes the credit to some of their effort had gone to others Ministries but the unknown hands is this "high level Multi-Agency Special Task Force (Task Force) to reduce illicit financial flows."

It's role is "to spearhead more effective coordination and collaboration among key law enforcement authorities in the country as well as between local and international enforcement agencies to mitigate illicit activity and financial flows."

So don't say the government kept a blind eye on price increases o consumer product and tax evaders.  They just do not make a lot of noise thus some ignorant asshole  journalist and blogger6should stop thinking it is just another taskforce.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


THE FLYING KICK: KAKITANGAN BANK HONG LEONG MELAYU DIHERDIK MANAGER CINA DI JOHOR - PENUH RASIS !!!

Posted: 09 Apr 2014 10:54 PM PDT


Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodohyer?
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/04/kakitangan-bank-bangsa-melayu-diherdik.html?m=1


Panglima : Jika benar perkara ini maka masyarakat perlu berganding bahu mengkritik tindakan tersebut yang tidak patut keluar dari mulut rakyat Malaysia walau berlainan agama atau bangsa.

Kita sepatutnya dan sememangnya perlu menghormati semua agama dan islam sendiri melarang penghinaan terhadap agama lain dan membenarkan mereka melaksanakan ibadat mengikut kepercayaan agama dari dulu hingga kini.

Meskipun di Malaysia Islam adalah agama persekutuan namun menjadikan isu perkauman dalam pejabat adalah kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Bank HONG LEONG perlu mengambil tindakan atau berdepan dengan kecaman keras rakyat Malaysia yang selama ini menjunjung keluhuran perlembagaan yang melarang perbuatan tersebut.


Sent from my iPhone

3,000 Pekerja Bank Of America Diberhentikan Seluruh Dunia

Posted: 09 Apr 2014 09:50 AM PDT



NEW YORK: Bank of America akan menamatkan khidmat seramai 3,000 pekerjanya di luar Negara sejajar dengan program kajian semula operasi bank itu di seluruh dunia.


Pemberhentian itu akan membabitkan operasi bank tersebut di Costa Rica, Filipina dan Mexico.

The Charlotte, syarikat yang berpangkalan di Utara Carolina bercadang menutup pejabatnya di negara itu dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan lagi.

Jurucakap Bank of America Corp, Mark Pipitone berkata, pengurangan pekerja itu bagaimanapun tidak menjejaskan Bank of America Merrill Lynch, iaitu rangkaian bank global dan pasaran perniagaannya yang memberi khidmat untuk sektor komersial, korporat dan pelanggan institusinya di Amerika Latin.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/04/09/3000-pekerja-bank-of-america-diberhentikan/

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Kecewa sikap Anwar?

Posted: 09 Apr 2014 09:38 PM PDT


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2014 menyiarkan artikel mengenai wawancara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, baru-baru ini.

Artikel bertajuk 'Satu saat' yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar telah ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Katanya, insiden itu telah mendedahkan bahawa pengurusan pentadbiran kerajaan sekarang adalah begitu teruk. Kerajaan tidak mempercayai juru terbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan dan tiada pasukan cendekiawan yang boleh memberi nasihat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng juga lantang menyatakan jika pemimpin parti itu dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan. Apabila Lip Eng mendapati apa yang dikatakannya itu mendapat kritikan hebat, beliau menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Sebenarnya dalam wawancara itu, Anwar langsung tidak mengemukakan sebarang idea untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu, sebaliknya hanya mahu berlagak seolah-olah beliau kini seorang Perdana Menteri. Sebab itu, dalam wawancara berkenaan beliau berkali-kali mengemukakan pandangan seperti 'Ah Q' (orang bodoh).

Anwar mendakwa hanya memerlukan masa paling singkat iaitu satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370 dan ia sudah tentu mustahil boleh dibuat.

Ini kerana insiden berkenaan melibatkan banyak isu yang tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Masa panjang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan juga destinasi hala tuju pesawat dan lokasi ia hilang dengan tepat.

Kenyataan Anwar yang mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan isu pentadbiran kerajaan yang bermasalah membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Tuduhan terhadap kerajaan yang dibuat hasil daripada daya imaginasi itu tidak semestinya logik dan boleh diterima akal. Ia ditimbulkan semata-mata untuk memijak musuh politik beliau dan meningkatkan imej dirinya sendiri.

Mungkin kita boleh imbas kembali semasa beliau menjadi Menteri Kewangan ketika Asia termasuk Malaysia dilanda krisis ekonomi. Semasa krisis ekonomi itu, beliau sanggup menerima kaedah kawalan kewangan yang disyorkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dari Amerika Syarikat (AS) dan Bank Dunia.

Jika Anwar menjadi seorang Perdana Menteri, bukankah beliau akan meminta pertolongan daripada negara Uncle Sam untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu? -UMO

Suara Politik
Belantan

CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370?

Posted: 09 Apr 2014 09:41 AM PDT


Sudah sebulan pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?

Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.

Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.

Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?



Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.

Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.

Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.

CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.



Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?

Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.

Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?



CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.

Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.

Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.

Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.

Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.


Suara Politik
Belantan

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)

Posted: 09 Apr 2014 02:12 AM PDT

Kita masih terus membicarakan agenda dan mesej misteri mengapa pesawat MH370 mesti dihilangkan di tengah-tengah Lautan Hindi. Dan sehingga setakat ini - sekurang-kurangnya 80% daripada mereka yang mengikuti secara dekat tragedi ini bersetuju bahawa ia merupakan perbuatan terancang - itu pun sekiranya kita tidak mahu menyebutnya dengan istilah konspirasi. Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa salah satu ciri konspirasi yang wajib kita ketahui ialah - sesuatu peristiwa itu akan berakhir dengan penuh tanda tanya, kekeliruan, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, tiada rumusan yang konkrit di samping kisah tersebut akan terus kekal diulang-ulang bagi mencapai maksud dan  keuntungan sesuatu pihak. Sehingga kini, ciri tersebut sudah jelas dan nyata dalam kisah kehilangan MH370 sebulan yang lalu. Kedua, sesuatu konspirasi mestilah mempunyai ciri "impak yang sangat dahsyat" dan "keuntungan yang sangat besar" kepada pihak yang merancangnya. Dalam kes ini, tragedi MH370 sudah sampai ke garis penamat. Tony Abbott, Perdana Menteri Australia dengan tegas menyatakan bahawa, misi mencari dan menyelamat MH370 merupakan misi paling sukar dalam sejarah dunia. 

Soalnya apakah ia lebih sukar daripada mencari batang tubuh Saddam Hussien atau Osama bin Laden? Jika itu termasuk mesejnya, maka kita boleh mendakwa bahawa tragedi MH370 telah memberi impak dahsyat kepada dunia dari aspek keselamatan dan daya pertahanan udara, khususnya kepada negara-negara yang terlibat. Hal ini seolah-olah bakal membawa isu MH370 melangkaui sebuah kisah tragedi semata-mata, sebaliknya ia membentuk masalah baharu yang berhubung sekitar isu "keselataman dan keamanan serantau" - Di sisi lain, sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press. 

Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu. Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari. Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. Malah kita menjangkan kos akan terus meningkat melebihi RM100 juta, sebaik sahaja kotak hitam ditemui untuk dianalisis. 

Apakah maknanya semua ini bagi kita? Ini merupakan gambaran bahawa MH370 telah menggegarkan seluruh dunia - seolah-olah ada pihak mahu peristiwa ini menarik perhatian seluruh masyarakat antarabangsa. Malah, kita juga dikejutkan dengan 26 buah negara mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat bersama-sama dengan berdozen-dozen kapal perang, kapal selam, satelit, rada dan pesawat dalam usaha merungkai misteri kehilangan MH370 ini - tetapi selama lebih 30 hari ia masih buntu. Apakah semua ini percuma? Walaupun Malaysia tidak diminta membayar semula kos yang membabitkan operasi ini - setidak-tidak "tengkuk" negara ini sudah terikat dengan istilah "membalas budi". 

Cara Malaysia "dipaksa" membayar balik segala kos yang telah dilaburkan ke dalam operasi ini, bukanlah dengan wang ringgit - tetapi boleh jadi dengan cara menandatangani perjanjian perdagangan/keselamatan yang selama ini kita tolak atas alasan merugikan industri tempatan dan bumiputera. Senjata "membalas budi" adalah jauh lebih ampuh daripada kuasa "budi bicara" atau "pujukan" dalam memaksa seseorang menuruti kehendak kita. Soalnya apakah Malaysia akan terperangkap dalam kitaran ganas ini? Dan siapa pula yang untung? Perlu diingat, Malaysia sedang memohon bantuan daripada negara-negara yang mengamalkan fahaman kapitalis tulen - yang bermaksud tiada yang percuma di dunia ini dan keuntungan adalah sasaran kami! 

Kita tidak berhutang dengan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) seperti mana ia mengikat tengkuk Indonesia sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98, namun demikian Malaysia terhutang budi dengan 26 negara yang telah membantunya dalam usaha mega mencari MH370. Perlu diingatkan - krisis kewangan Asia yang berlaku 17 tahun lalu merupakan konspirasi terancang, diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Mengapa ia dikatakan sebagai konspirasi? Jawapannya mudah siapakah yang untung dalam krisis tersebut? dan yang lebih lucu tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab, bahkan Amerika Syarikat yang serba hebat itu pun gagal (atau sengaja tidak mahu mendedahkan) menjejaki organisasi yang telah meranap dan memanipulasi mata wang negara-negara Asia - yang pasti Soros tetap bebas! Bukankah sehingga kini kita masih tertanya-tanya siapakah dalang sebenar yang merancang krisis kewangan Asia pada hujung tahun 1997 itu? Soros adalah tertuduh yang kebetulan disebut oleh Tun Mahathir berkali-kali!

Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa Presiden China, Xi Jinping buat pertama kalinya telah melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia enam bulan yang lalu iaitu pada 3-5 Oktober tahun lalu. Sudah tentulah lawatan ini membawa mesej dan maksud yang sangat besar - sesuai dengan hubungan sejarah yang pernah berlaku antara Melaka dengan China seperti mana yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin. Seperti yang kita sedia maklum, Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperanan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. 

Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir Barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar utusan ke China. Dinasti Ming mencatatkan bahawa Parameswara sebagai pendiri Melaka dan pernah mengunjungi Maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan daripada ufti yang diberikan, Maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka, kemudian tercatat bahawa terdapat 29 kali utusan Melaka mengunjungi Maharaja China.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459-1477)  menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po  dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih  dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Sejarah hubungan ini - setidak-tidaknya menggambarkan kepada kita bahawa sejarah sedang berulang kembali. Kerajaan Melayu Melaka yang pernah bangkit menjadi kuasa besar satu masa dahulu - tidak menjadi kuat secara tiba-tiba, sebaliknya ada penaung dan pelindung di belakangnya!

Ikuti sambunga rencana ini dalam siri akan datang berjudul Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah!  


       

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH370: Masih Tiada Serpihan, Pencarian Kotak Hitam Diperhebat

Posted: 09 Apr 2014 09:38 PM PDT


Pic:ReutersPic:ReutersKUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal digerakkan hari ini bagi meneruskan usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maratim Australia (AMSA), semalam beberapa pesawat dan kapal dilaporkan berjaya mengesan sejumlah objek di kawasan pencarian namun hanya sejumlah kecil berjaya dikutip.
Namun dipercayai objek yang dikutip tiada kaitan dengan pesawat MH370.
AMSA hari ini meletakkan sasaran pencarian di kawasan seluas 57,923 kilometer persegi, terletak kira-kira 2280 ke barat laut Perth.
Hujan juga diramalkan turun di sesetengah tempat, dengan jarak penglihatan sekitar 5000 meter ketika hujan.
Selain itu, pencarian dasar laut turut diteruskan dengan kapal Australia Ocean Shield diletakkan di utara dan kapal Hiaxun 01 milik China di bahagian selatan kawasan pencarian.
Baru-baru ini, kapal pertahanan Australia, Ocean Shield mengesan dua isyarat akustik semasa menjalankan pencarian di selatan Lautan Hindi selepas mengesan isyarat yang sama pada Ahad sementara kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu minggu lepas.
Semalam Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata dua lagi isyarat dikesan kapal Ocean Shield.
Beliau berkata isyarat pertama yang dikesan bertahan selama lima minit dan 32 saat manakala isyarat kedua bertahan selama tujuh minit.
Houston juga menegaskan bahawa pasukan pencarian tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut buat masa ini.
Operasi mencari yang disertai pelbagai negara dikerah bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koriror - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".

mencari MH370 : Raja Bomoh Akan Ke Australia Pula .....

Posted: 09 Apr 2014 07:55 PM PDT

Foto Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Posted: 09 Apr 2014 06:59 AM PDT

..
Nama penyanyi dan pelakon remaja popular Hollywood, Demi Lovato menjadi bualan hangat peminat apabila beberapa keping gambar bogelnya mula 'bersepah' di ruang internet, sejak kelmarin.
Tambah memalukan antara gambar tersebut kelihatan Lovato menayangkan payudaranya, tatunya juga bahagian belakang tubuhnya.
Tak cukup dengan itu, antara beberapa keping gambar tersebut turut mengabadikan Lovato bersama kekasihnya, pelakon Wilmer Valderrama dengan aksi-aksi menghairahkan di atas katil.
Bagaimanapun menerusi lama Twitter miliknya, bintang Disney ini cuba mempertahankan dirinya menulis dalam Bahasa Sepanyol, dengan berjuang kembali dengan kenyataan yang kukuh di akaun Twitter beliau, "Saya kuat. Saya seorang pejuang. Jadi jangan memandang rendah terhadap saya".

Ini bukanlah kali pertama pelantun lagu 'Heart Attack' ini terpalit dengan isu gambar bogel. Tahun lalu tersebar gambar bogel yang menunjukkan seorang wanita berambut hitam yang kelihatan seperti Lovato di dalam tab mandi, berbaring di atas katil tanpa seurat benang dan dalam keadaan bersandar seperti mahu mencium wanita lain.
Sepekulasi tambah kukuh berdasarkan tatu yang telihat pada wanita di dalam gambar tersebut di percayai seperti tatu Lovato. Malah gambar-gamabr tersebut mendapat bidaan tertinggi.

MH370 : Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitam

Posted: 09 Apr 2014 12:45 AM PDT

  • Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitamKetua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston ketika sidang media terkini berhubung misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-33 di Dumas House di Perth, hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
      
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

      
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
       
Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
   
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.
  
"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.
  
Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.
  
Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.
  
Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.
  
Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).
  
Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama