Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)

Posted: 08 Apr 2014 03:20 AM PDT

Kita masih tetap teguh membicarakan apakah mesej di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370. Sama ada para pembaca suka membaca hipotesis ini atau pun sebaliknya, terserah. Namun demikian, saya tetap mempercayai bahawa terdapat mesej dan agenda besar yang tersirat untuk Asia, khususnya Asia Tenggara. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini bahawa, tragedi MH370 seakan-akan ada pihak yang mahu menjadikan ia sebagai peristiwa yang tidak akan luput dan sentiasa "dihidupkan" bagi mencapai sesuatu maksud dan cita-cita yang sangat besar. Ia sebenarnya bukan untuk mencari "khazanah bernilai" di dalam pesawat itu atau pun mahu membunuh 22 saintis/jurutera China yang menjadi penumpang di dalam MH370, kerana jika itu maksudnya, MH370 tidak perlu "dilarikan" terlalu jauh sehingga ke Lautan Hindi, cukuplah sekadar mereka mengupah mana-mana pengganas untuk meletupkan atau menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan yang lebih terbuka dan mudah diselesaikan dengan satu kesimpulan yang utuh, atau yang paling mudah semua saintis atau jurutera China itu boleh dibunuh oleh agen-agen Mossad di negara mereka sendiri, itu lebih senang. Namun demikian, mereka tidak memilih cara itu - kerana maksud disebalik menghilangkan MH370 bukanlah kerana mahu membunuh saintis/jurutera China yang kononnya ingin membawa pulang ilmu canggih milik AS yang yang sangat terkenal itu - Sistem Kawal dan Perintah Command and Control System - (CNC) yang didakwa telah dibeli daripada pihak Taliban yang sebelum ini telah berjaya merampasnya daripada pasukan konvoi tentera elit AS di Afghanistan pada bulan Februari yang lalu. 

CNC merupakan sistem yang mengawal pesawat tanpa pemandu yang dicipta oleh AS yang dikenali sebagai "Drone" - Drone bukan semata-mata pesawat tanpa pemandu, bahkan ia merupakan istilah bagi menggambarkan "senjata automatik tanpa pemandu" yang merangkumi tentera robotik, kapal perang tanpa tentera, ular robotik pencuri maklumat, pesawat pejuang tanpa pemandu dan banyak lagi teknologi ketenteraan masa hadapan bagi menterjemahkan tatacara peperangan generasi baharu yang mereka istilahkan sebagai "Perang Hari Esok". Dan CNC adalah kunci kepada teknologi masa hadapan ini. Dikhabarkan juga, kononnya CNC yang dimiliki oleh Taliban tersebut merupakan CNC versi generasi ke-4 yang lebih canggih dan termaju - ia menggerakkan Drone yang dikenali sebagai P46 Avenger iaitu pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) yang bukan sekadar sebagai pesawat peninjau atau mengumpul maklumat, bahkan ia merupakan pesawat tanpa pemandu yang dilengkapi dengan teknologi penangkis rada, mampu terbang 12 jam tanpa henti, berkemampuan membawa senjata seberat 2000 pound dan hampir sama fungsinya dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike Fighter milik tentera udara AS. 

Soalnya apakah China sangat "tergila-gila" dengan teknologi CNC sehingga tergamak mengambil risiko dengan cara sebegini? Apakah pasukan elit dan intelligence China begitu bodoh untuk  menghantar pulang teknologi paling canggih di dunia itu melalui pesawat awam yang jauh lebih bahaya dan sangat mudah terdedah kepada kebocoran maklumat, khususnya kepada media? Apakah melalui Malaysia teknologi tersebut lebih sesuai "diangkut" berbanding dengan laluan melalui Tajikistan atau Pakistan yang jauh lebih dekat dan selamat? Semua ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa, ini bukanlah tujuan sebenar mengapa mereka cuba menghilangkan MH370 jauh ke tengah-tengah Samudera Hindi, tempat yang sangat sunyi lagi jauh. Sudah tentu ada sebab lain - yang jauh lebih besar dan munasabah, serta impaknya lebih menguntungkan pihak yang melakukan konspirasi tersebut. 

Cuba kita bertanya apakah natijah daripada peristiwa keruntuhan WTC? bukankah ia menghalalkan penjajahan AS berskala besar? Mengaut keuntungan minyak dan penjualan senjata? Cuba kita bertanya apakah keuntungan AS (baca sekali atas nama Yahudi/Israel) apabila mewujudkan plot konspirasi kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah? Cuba kita bertanya siapakah yang untung hasil daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? Cuba kita bertanya apakah keuntungan AS apabila mengembar-gemburkan kewujudan UFO? Sudah berapa banyak kita menghabiskan wang semata-mata untuk menonton produk AS atas nama "UFO Mahu Menyerang Dunia"? Ia adalah sama dengan kewujudan  watak Jack The Ripper - watak misteri yang wujud dan tidak pernah ditemui jejaknya, namun yang tetap untung adalah produksi filem dan novelnya! Begitu juga dengan kisah Shakespeare? Siapakah penulisnya? Illuminati siapakah ahlinya? Freemason siapakah ketuanya? Rothschilds berapa banyak kekayaannya? Bermuda Triangle, apakah yang ada di dalamnya? Semua ini adalah misteri yang tidak pernah selesai dan tiada sesiapa pun yang boleh menjawabnya - tetapi cerita dan kisahnya sentiasa "diulang cetak" dan dihidupkan untuk keuntungan sesuatu pihak. Ia memang sengaja dicipta dan dijajarkan sebegitu rupa, kerana ini adalah karekter sebuah konspirasi! Sesuatu peristiwa yang tidak ada urutan jawapan yang jelas dan menguntungkan segolongan kumpulan tertentu, maka itu adalah konspirasi. Ia sangat berbeza dengan Islam, al-Quran telah menjelaskan semua perkara dan kejadian alam dengan jelas dan terperinci tanpa keraguan dan kepayahan. Hanya syaitan sahaja yang gemar menjadikan manusia itu keliru dan mudah ditipu! 

Konspirasi - salah satu cirinya adalah menjadikan sesuatu peristiwa itu berada antara 50% kebenaran dengan 50% lagi kepalsuan, sesuatu konspirasi yang berlaku di dunia ini tidak pernah mempunyai jawapan yang konkrit lagi jelas - ia akan terus terapung-apung seperti sebuah filem yang tergantung di akhir penceritaannya. Inilah yang terjadi kepada MH370 - 30 hari dengan penuh misteri, 26 negara tidak mampu merungkai keanehannya, teknologi canggih seakan-akan tidak berfungsi, bomoh dan para ustaz hanya berupaya menghamparkan mimpi - namun, walaupun kita mengesyaki semua ini adalah muslihat dan konspirasi musuh Islam, tetapi percayalah segalanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang akan menghancurkan tipu daya mereka.  

Kita kembali kepada perbicaraan topik asal - Enam bulan sebelum peristiwa kehilangan MH370 tercetus, Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia dalam rangka lawatan pertama kali bersama isterinya ke negara ini. Hal ini merupakan satu penghormatan tertinggi daripada kerajaan China kepada Malaysia - tanpa urusan penting, sudah tentu seorang presiden sebuah negara besar tidak akan membazirkan masanya membuat kunjungan dan lawatan selama tiga hari ke sebuah negara kecil seperti Malaysia. Dan sudah tentu ada sebab yang sangat mustahak mengapa Presiden China sanggup membuat lawatan rasmi ke Malaysia bermula 3 Oktober 2013 hingga 5 Oktober 2013 yang lalu...dan inilah yang akan kita bincangkan dalam siri yang akan datang....bersambung.. 


Link

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Malaysia sembunyi atau maklumat Anwar terbongkar?

Posted: 08 Apr 2014 09:07 AM PDT



Dalam kenyataan dalam akhbar, The Daily Telegraph di London, Anwar mendakwa Malaysia telah menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ekoran itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lantas menjawab, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat sebenar.

Bidas beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan, dakwaan berkenaan tidak masuk akal, sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata. Hishamuddin turut menyindir, yang nyatanya pencarian jam Omega sampai ke hari ini tidak berhasil.

Kata beliau lagi, kalau hendak berpolitik ada had batasannya.

Tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu? Tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik?

Dalam pada itu penulis pun tidak mudah hendak percaya kenyataan Chin Yi, bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan yang mendakwa Ketua Umum PKR itu adalah dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370. Anwar sepatutnya menyaman Chin Yi kerana ia adalah tuduhan yang berat.

Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lagi Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil pendirian berbeza terhadap isu MH370 ini. Meskipun rakyat umumnya memperlihatkan sokongan yang tinggi kepada usaha kerajaan ini namun Anwar tidak mengambil sikap sedemikian.

Tidak cukup dengan sindiran dan perlian dibuat di media Malaysia, Anwar melakukan hal yang sama di luar negara.

Media asing diketahui cuba memutarbelitkan kenyataan yang sebenar dan melakukan sensasi dan provokasi dan meremehkan usaha yang berlaku walaupun melibatkan kuasa-kuasa Britain, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Cina dan Australia dengan segala peralatan dan aset yang canggih.


Hubungan Anwar dengan pihak-pihak luar adalah sesuatu yang nyata dan tidak boleh disembunyikan lagi. Kunjungan Anwar ke London atas undangan Al Gore, untuk bermesyuarat dengan kumpulan Generations dan pasukan akademik pendidikan tinggi Universiti Cambridge. Al Gore melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations, bersama-sama Simon Zadek, James Wolfenshoun dan Marry Robinson. Al Gore pernah melawat Malaysia waktu di puncak reformasi 1998 dan menyatakan sokongannya kepada perjuangan Anwar.

Apa yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan 26 negara lain di dunia menggunakan peralatan canggih dalam bidang pengesanan dan menyelamat pesawat dianggap perkara remeh.

Sebagai bekas Menteri Kabinet kanan, Anwar patutnya memahami pengurusan krisis. Krisis kewangan yang berlaku pada 1997 umpamanya, Anwar cuba mengambil strategi ekonomi dan kewangan tetapi akhirnya merujuk kepada pedoman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga.

Mujur Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kemampuan mengurus ekonomi dan kewangan negara menyebabkan maruah negara dapat diselamatkan. Kalau diserahkan kepada Anwar kita tahu apa yang akan terjadi.

Pendukung Anwar masih tidak nampak mengapa Anwar merujuk kepada pemimpin dan media Barat untuk menyatakan kritiknya terhadap Malaysia.



Anwar yang pernah terkenal sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang memperjuangkan Islam tiba-tiba bertukar menjadi Barat dan media yang dikritiknya suatu ketika dulu sebagai teman mendapatkan sokongan dan perlindungan.

Mustahil tidak ada sedikit pun saki-baki patriotisme atau kewatanan pada diri Anwar terhadap Malaysia. Semua dilihat oleh Anwar sebagai negatif.

Sewaktu dalam UMNO pihak pembangkang menjadi sumber kecaman Anwar terutama Pas. Apabila menjadi pembangkang UMNO disalahkannya dalam semua perkara yang terjadi. Semasa dalam kerajaan dulu Anwar pemimpin unggul yang mempertahankan Dr. Mahathir.

Bila tidak bersama dengan kerajaan, Dr. Mahathir menjadi sumber kecamannya sehingga kini. Itulah Anwar Ibrahim, 'peliwat tegar' yang sedang menantikan rayuan hukuman penjara 5 tahun yang di dijatuhkan terhadapnya oleh mahkamah Rayuan baru-baru ini!

Suara Politik
Belantan

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


MH370 memang mendarat di Diego Garcia tapi kenapa tak pernah siasat ?

Posted: 08 Apr 2014 06:42 AM PDT







Tunggu punya tunggu siasatan akhirnya lenyap terus berita MH370.....kejap ada kejap takde,kejap bunyi 'ping' kejap tak dapat kesan sebab dalam sangat,kejap ribut kejap cuaca tak mengizinkan, kejap 'loop turn' kejap tak 'loop turn' ini bukan jet pejuang tapi jet penumpang...
  
Kejap akhbar asing buat fitnah kejap akhbar sendiri yang sahkan ia bukan fitnah, memang konspirasi kuasa2 besar. Siang malam bikin auta tapi seluruh dunia makin tau dia punya auta.Bila pemimpin pembangkang timbulkan persoalan dia kata pemimpin pembangkang nak jahanam dan malukan negara. Bila wartawan asak soalan yang pelik2 tak pernah pun nk bagi jawapan yang logik....

Bodek tak sudah2 sampai rakyat dah naik menyampah....

Shamsul Anuar - " Anwar dicabar buktikan Malaysia berbohong"

Hisham Auw - " Hendak main politik ada batasnya"

Melayu Johor - " Lebih 10 tahun, bila mau siap? "

Umno - Pundek

Diego Garcia adalah sebuah kepulauan dalam kawalan US yang tak pernah diambil peduli samada MH 370 benar2 mendarat di sana ataupun tidak. Ianya tidak pernah disahkan dengan bukti. Alangkah baiknya seluruh aset memulakan operasi di sana, barulah ianya boleh dibuktikan tiada pendaratan MH370, dengan membuang masa di lautan Hindi telah memberi ruang kepada 'mereka' mengerjakan MH370....cer tengok eh !

Dah letih.....


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Artikel - BN, Umno weak in handling the economy after GE13, survey shows - The Malaysian Insider - Cubaan Lagakan Antara Pemimpin Tertinggi Umno

Posted: 08 Apr 2014 08:43 PM PDT

Artikel ini yang dihasilkan berdasar kajian kononnya dilihat cuba melagakan antara pemimpin Umno.

Meskipun DS Ahmad Zahid Hamidi memang memenangi jawatan Naib Presiden yang lalu dengan majoriti paling tinggi namun menidakkan kemampuan Perdana Menteri dan TPM  dengan meletakkan beliau lebih tinggi adalah sesuatu yang dilihat tidak ada niat melainkan untuk melaga-lagakan antara pemimpin tertinggi negara.

Sebagai bekas Setpol YAB Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi selalu akur kepada aspirasi yang dihasratkan PM dan tidak memilih cara atau haluan berbeza.

Lagipun tidak ada sepanjang pengetahuan kita sebarang artikel The Malaysian Insider yang memberi keuntungan kepada Barisan Nasional atau Umno.

Justeru menidakkan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri termasuk pemimpin lain seperti DS Hishammuddin yang disifatkan banyak pihak begitu cemerlang mengendalikan kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Kajian ini juga tidak dibuat pihak akademik yang lebih mahir mengendalikan kajian dan boleh dipercayai sebaliknya dibuat oleh The Malaysian Insider sendiri.

Oleh sebab itu kajian ini sukar dipercayai dan susah ditentukan kesahihannya dan hanya boleh dijadikan lawak jenaka sahaja.

Baca dan nilaikan artikel di bawah ini : 

BN, Umno weak in handling the economy after GE13, survey shows

BY LEE SHI-IAN
APRIL 09, 2014

Barisan Nasional had a grand launching of its manifesto for the May 5 general election last year, but a new survey shows most Malaysians think it has failed to keep its election pledges. – The Malaysian Insider pic, April 9, 2014.Barisan Nasional had a grand launching of its manifesto for the May 5 general election last year, but a new survey shows most Malaysians think it has failed to keep its election pledges. – The Malaysian Insider pic, April 9, 2014.Umno and Barisan Nasional (BN) have been floundering since the general election last May, with a new survey showing that more Malaysians are describing their performance as "very weak" especially in handling the national economy.

More than half 1,005 respondents polled in a survey commissioned  by The Malaysian Insider described BN's performance since the 13th general election as "very weak" while 45% felt its lynchpin party Umno fared as poorly.

The respondents said the ruling coalition had failed to tackle rising cost of living or address economic concerns, displayed negative quality of leadership, and failed to keep election pledges and to tackle corruption.

Only 31% of respondents, who were polled via telephone, felt the BN, which won by a simple majority in the 13th general election, was doing an excellent job, while the rest were unsure or refused to commit.

Once again, Chinese respondents were almost unanimous in their disapproval of BN with Malay respondents slightly in favour of BN.

Both urban and rural voters said they were disappointed with BN's performance with 53% of respondents aged 21 to 40 giving BN the thumbs down. Meanwhile, Umno's performance from the last general election to March this year was described as "very weak" by 45% of the respondents.

Respondents were selected through random stratified sampling methods along the lines of ethnicity, gender and age, and covered all parliamentary constituencies in peninsular Malaysia.

The survey was carried out from March 7 to March 20, 2014 with the selection of respondents being proportional to the population in each parliamentary constituency.

The majority of Chinese respondents said that Umno's performance had been weak while Malays and Indians were evenly split about the Malay party's performance.

The survey did not give a rural-urban ethnic breakdown but said rural folk were split on the average over Umno's performance while urban respondents were dissatisfied with the lynchpin of the BN coalition.

"The top issues which the rakyat are concerned about are cost of living, crime, corruption, national unity and employability," the survey said.

An overwhelming number of respondents (40%), whether from the rural or urban areas, were concerned about the cost of living. Crime was second with 24%, corruption (13%), national unity (11%) and employability (7%).

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's rating was good among the respondents with 42% saying that the Umno president had done an excellent job, while 39% gave him the thumbs down.

The survey also showed that Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi was considered by Malay respondents to be the top performing leader.

Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin was second, followed by Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein third.

Zahid was first choice for 15.2%, second choice for 8.1% and third choice for 5.2% of respondents.

Najib was in the fifth position, behind Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Last week, a survey by Merdeka Center revealed that dissatisfaction among Malaysians with Najib increased from 40% in December last year to 44% in March. This came after Putrajaya faced heavy criticism over price hikes, among other issues.

The poll showed that Najib's approval ratings remained unchanged at 52% last month compared with last December.

In December, Najib's approval ratings slid to an all-time low of 52% following the series of painful measures to trim Malaysia's chronic budget deficit.

The price hikes, however, caused public anger, culminating in an anti-price hike rally attended by tens of thousands of Malaysians at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur on New Year's Eve. – April 9, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-umno-weak-in-handling-the-economy-after-ge13-survey-shows


Sent from my iPhone

@UMNOOnline - UMNO Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan Ke Mesyuarat MT UMNO - Mustapa_Mohamed

Posted: 08 Apr 2014 07:46 PM PDT



UMNO Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan Ke Mesyuarat MT UMNO

JELI, 6 April – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Datuk-Seri-Mustapa-Mohamed

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT UMNO sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hokum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

http://www.umno-online.my/?p=104272


Sent from my iPhone

Kes Terbaru ( Tiada Kaitan #MH370 ) : Lelaki Menyamar Guna Pasport Orang Lain Di England Terbang Ke Sepanyol - Huffington Post

Posted: 08 Apr 2014 02:05 AM PDT

Lelaki botak Inggris pakai paspor pacar untuk terbang ke Spanyol 
 
Neil Clulow boleh ke luar negeri dengan pasport kekasihnya. huffingtonpost.com 

Seorang lelaki botak dari England melakukan perjalanan ke Sepanyol dengan pasport palsu. Di foto pasport dia menjadi perempuan berambut perang.

Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Isnin (7/4), Neil Clulow mengatakan dia memang mengambil pasport kekasihnya   sebelum meninggalkan rumah. Petugas kontrol tidak memeriksa pasportnya lebih lanjut lantaran Clulow tak banyak membawa barang bawaan. Dia diizinkan melalui imigresen.

"Teman-teman saya baru menyedari kesalahan ketika kami bergurau soal foto buruk pasport kami. Mereka kata saya lebih cantik di foto itu dibanding  aslinya," jelas lelaki 50 tahun itu.

Atas kesalahan ini pihak bandar udara dan syarikat penerbangan membawa Clulow terbang langsung meneliti pekerja  yang bertugas yang meluluskan pasport lelaki itu, juga agen yang membiarkan dia terbang dengan identiti  palsu
 
 
 

Status FB Terbaru @ProfIzziHjAli Guna Ayat Quran Tentang Mati Selepas Didakwa Meraba Payudara Seorang Pelajar Universiti

Posted: 08 Apr 2014 01:56 AM PDT


Reaksi Prof Izzi Selepas Di Dakwa Meraba Payudara Seorang Pelajar.

KUALA LUMPUR – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: "Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh."


Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

"Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang," tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.



Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.


Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

"Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor," kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.

Sumber

Video Malam Cinta Rasul Baling Kedah Siri 1 2 3 - Tahniah

Posted: 07 Apr 2014 11:56 PM PDT


Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu. 
Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding. Wakil pihak resort, Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang semalam. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran telah pergi ke resort itu petang semalam untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/isu-pengibaran-bendera-israel-di.html#J4YXEFQLguf8FgM7.99

Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu. 
Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding. Wakil pihak resort, Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang semalam. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran telah pergi ke resort itu petang semalam untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/isu-pengibaran-bendera-israel-di.html#J4YXEFQLguf8FgM7.99

Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu. 
Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding. Wakil pihak resort, Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang semalam. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran telah pergi ke resort itu petang semalam untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/isu-pengibaran-bendera-israel-di.html#J4YXEFQLguf8FgM7.99http://pisaukedah.blogspot.com/2014/04/video-part-1-malam-cinta-rasul-di.html

Tahniah atas penganjuran program ini dan semoga ia dapat dibuat di seluruh negeri demi menyatukan umat Islam yang selalu berpecah belah kerana penangan politik.

Umara bergandingan dengan Ulama pasti akan membawa keberkatan kepada ummat.









http://pisaukedah.blogspot.com/2014/04/video-part-1-malam-cinta-rasul-di.html

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR BUAT PRESS CONFERENCE HARI INI MH370?

Posted: 08 Apr 2014 07:51 PM PDT

Laporan tersebar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat.
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengulas, "Dakwaan itu amat serius, jadi saya mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar,".
Dakwaan kononnya Anwar mengetahui lokasi pesawat berkenaan juga seolah-olah mempersenda-sendakan waris dan keluarga penumpang yang malang itu.
"Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat," .

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dari Semenanjung ke Sabah, Cina DAP yang kangkong rakyat .... bukan Najib

Posted: 08 Apr 2014 08:30 PM PDT


Semalam ketika mengunjungi pasar satok, Kuching membeli ikan terubok masin untuk dikirim kepada rakan karib,  terkejut dengan harga yang murah; harga yang tertera pada label jualan adalah RM25 seekor, akan tetapi pemuda yang dikenali dengan nama Man, salah seorang pengusaha ikan terubok masin, memberi harga istimewa sempena tahun baru cina katanya iaitu cuma RM10 seekor!

Balik dari pasar satok, duduk lepak minum petang bersama rakan. Apabila dimaklum mengenai harga ikan terubuk yang murah, maka salah seorang rakan sempat bercerita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang amat mendadak di Kuching!

Cuci kereta yang biasanya RM15, tiba-tiba naik jadi RM30. Pergi gunting rambut dan cuci sekali di salun biasanya RM12, boleh pulak harga naik ke RM30! Sejak bila pula harga tiba-tiba naik ni?

Sebenarnya inilah senario yang 'normal, berlaku di Sarawak setiap kali Tahun Baru Cina. Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sesuka hati! Jika anda perasan, dari tahun ke tahun harga tetap naik tanpa apa-apa pengumuman dari kerajaan. 

Alasan peniaga tersebut ialah ianya harga "istimewa' sempena tahun baru cina sebab mereka nak tutup kedai selama 3 hari. Atas sebab itulah mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan untuk 'cover' kerugian selama 3 hari. 

Akan tetapi, ada kedai tu petang raya cina dah mula beroperasi; ada yang mula berniaga seperti biasa pada hari kedua! "Kami mau tutup 3 hali, manyak rugi ooo!!". Tapi tak sampai 3 hari pun?!

Baca seterusnya di Dari Semntan ke Lawas SINI

Wan Malek! Apa kaitan amoi dedah cipap dengan tangani kos sara hidup?

Posted: 08 Apr 2014 06:05 PM PDT


Apa Sangkut Paut Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup Dengan Tarian Amoi Cina?

CTS memang kurang arif dari segi penganjuran sesuatu karnival. Al maklumlah, tugas hakiki CTS hanyalah sebagai seorang juruaudit.

Namun, ingin juga CTS bertanya kepada penganjur karnival di atas terutamanya KPDNKK, apa kaitan atau sangkut paut di antara tarian persembahan amoi dengan skirt pendek dengan karnival yang dikenali sebagai "Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup"?

Apakah karnival berkenaan mengajar hadirin yang hadir cara-cara untuk menari supaya selepas ini mereka boleh pulang dan menyara diri dengan menari? Atau apakah karnival ini menggalakkan pengunjung yang datang untuk membuka kelas tarian?

Kalau hendak ada hiburan dalam karnival sekalipun, agak-agaklah. Tak kena langsung rasanya dengan tema karnival rasanya. Seperti yang CTS katakan di awal posting, CTS bukan arif di dalam hal ini. Jadi, lantak hangpalah.

CTS

Tian Chua, Latheefa Koya dan COMANGO akan tuntut hak asasi pesta bikini

Posted: 08 Apr 2014 05:00 AM PDT


Ku Nan telah mengeluarkan kenyataan rasmi membatalkan rancangan untuk adakan pesta bikini Ampang. Baca CTS SINI

Hah ... percayalah pasti Tian Chua, Latheefa Koya dan COMANGO akan membantah dan menuntut hak asasi mereka untuk berpesta bikini.

Tak lama lagi keluar di FB dan Twitter kata-kata mereka yang menentang ini semua kolot dan tak ikut peredaran masa. Beginilah masyarakat akhir zaman.

Anwar akan kata seperti hal liwat bahawa boleh pesta biki asal bukan terbuka.

Lagi kisah Wan Junaidi... keselamatan bukan main-main Ghaffur

Posted: 08 Apr 2014 01:00 AM PDT

Putera Merdeka menulis satu posting yang mahu boleh memulakan satu perbincang:

Mana penting:

Keselamatan atau ekonomi yang utama?


Agak agak siapa yang cakap ikut sedap mulut..! si MP ke atau si Timbalan Menteri?

MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

"Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

---------------------

Tak boleh bah fikir begitu.

Sudah dua kali berlaku, pencerobohan Lahad Datu lagi dan dengan MH370 juga menimbulkan isu tentang kedudukan keselatan dan pertahanan, hal ini tidak boleh main-main.

Tidak boleh laggi terus dengan sikap tidak apa dan hanya memikirkan wang saja. 

Baik ekonomi atau politik, keselamatan dan pertahanan negara patut diberikan keutamaan. 

Tidak boleh diketepikan dan diambil mudah.

Kalau keadaan memerulakan di tutup resort ini semua, maka lakukanlah dari nyawa manusia dijadikan dalam risiko.

Nampak sah Ghaffur tidak mengikuti perkembangan tentang apa yang CHina lakukan terhadap Pulau Puracel dan sikap enggan berbincangdan rasional mereka.  

Kelak Sabah dan sarawak tak merasa hasil minyaknya ....

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah

Posted: 08 Apr 2014 10:35 AM PDT


Kenyataan Rasmi
8/4/2014
Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah
AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial.
AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).
AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.
AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.
Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi AQSA SYARIF BERHAD