Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RHOMA IRAMA & PRABOWO SUBIANTO TUNJUK ANWAR IBRAHIM APA ERTI TATANEGARA

Posted: 07 Apr 2014 11:06 PM PDT

Rhoma Irama 
Kenyataan-kenyataan DS Anwar di luar negara mengenai tragedi MH370 sangat menjelekkan, kata orang Indonesia. Di Jakarta, walaupun penyayi dangdut terkenal Rhoma Irama tidak mungkin akan menduduki jabatan Presiden dan Wakil Presiden Indonesia walaupun hatinya mahu ke arah itu, tetapi Rhoma Irama lebih patriotik, bertatanegara dan bersusila negara.

Berita terkini di Jakarta, Rhoma Irama merancang untuk mengadakan konsert terbesar di Jakarta di kawasan Monumen Nasional dengan cita-cita kehadiran penonton sebanyak 4 Juta orang. Rhoma Irama mengimpikan 4 Juta orang ini akan sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia Raya! Saya sangat-sangat 'jempol' manusia yang seperti ini sangat mencintai negaranya walaupun dirinya tidak mungkin bisa berada di persada Istana Presiden.

Ketika seluruh dunia bersedih dan berdukacita, Anwar membuat kenyataan kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat. Pakar undang-undang yang juga bekas CEO MAS, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, apa yang MAS atau kerajaan hendak sembunyikan kerana maklumat yang diminta itu memang tidak ada. Kita sedang bertungkus-lumus mencari maklumat itu, dan misteri ini bakal terungkai apabila kotak hitam pesawat MH370 ini berjaya ditemui.

Anwar hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekitar tahun 1995-1998. Anwar masih diulit mimpi indah kononnya ketika dia menjadi TPM dan Menteri Kewangan, dia meluluskan pemberian radar yang boleh mengesan apa sahaja penerbangan di ruang angkasa Malaysia. Anwar lupa tahun ini tahun 2014 bukan 1998, radar-radar yang ada di Malaysia sudah dinaiktaraf disesuaikan dengan pemodenan sistem radar dunia. Apakah kamu fikir Malaysia masih menggunakan sistem radar tahun 1998?
http://www.telegraph.co.uk
Tiada siapa mahu tragedi ini berlaku. Tiada mana-mana Perdana Menteri yang mahu rakyatnya mati terbunuh sedemikian rupa. Malaysia bukan Israel, Malaysia adalah Malaysia. Tiada Perdana Menteri Malaysia akan berkata, "I support all efforts to protect the security of the state of Israeli" (Wall Street Journal Asia). Di Indonesia, tiada Presiden mahupun Wakil Presiden yang akan memuji dan memuja Israel!

Semalam Presiden Partai Gerindra Indonesia, bapak Prabowo yang turut bertanding jawatan Presiden Indonesia 2014, hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk menyokong Satu orang (Satu Jiwa) rakyatnya yang dibicarakan atas pertuduhan membunuh majikannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, warga Indonesia itu terlepas daripada hukuman mati. Yang menarik kepada saya dalam kes ini ialah, Prabowo datang dua kali ke Malaysia hanya semata-mata mahu memberi sokongan kepada Satu orang rakyat Indonesia, dan ternyata sokongan itu berhasil!

Anwar lupa, di dalam pesawat MH370 itu, ada lebih 50 orang rakyat Malaysia. Seperti dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak dan DS Hishammuddin bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat tersebut dan penumpangnya walaupun kos pencariannya kini mencecah ratusan juta ringgit.

Bagaimana pandangan anda?

Dipetik daripada Merdeka








NURUL IZZAH, PESANAN RASULULLAH SAW

Posted: 07 Apr 2014 08:30 PM PDT

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda. : "Barang siapa beriman kepada Allah SWT. dan Hari Akhir, hendaklah ia tidak menganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha untuk meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh karena itu, jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan baik." (HR. Al Bukhari dan Muslim)


Perempuan, Muslimah atau biasa disebut kaum Hawa. Begitu istimewa hingga menjadi nama dalam salah satu surat di Al-Quranul Kariim. Begitu banyak kelebihan juga kekurangan, perempuan yang juga disebut-sebut sebagai ahli neraka paling banyak. Na'udzubillah.

Dalam hadits diatas menyoroti kelemahan alamiah perempuan. Dalam dirinya ada kebengkokan naluriah yang tidak bisa diluruskan oleh siapapun. Namun demikian tuntutan kebijaksanaan Allah Swt., sebagaimana termasuk kebijaksanaanNya. Dia menjadikan laki-laki memiliki kemampuan untuk memelihara hal ini dengan membawanya pada pergaulan yang baik.

Imam Al-ghazali seperti dikutip dalam Al-lu'lu' wal marjan karya Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi, berkata, "Salah satu kewajiban suami terhadap istri adalah meperlakukannya dengan baik. Perlakuan baik kepadanya bukan hanya tidak menyakitinya, melainkan juga bersabar atas perilaku buruk, kelambanan, dan kemarahannya untuk meneladani Rasulullah Saw. Ketahuilah bahwa ada istri beliau yang mengejek beliau dengan mengulang perkataanya dan ada pula yang tidak memperdulikan beliau hingga malam. Lebih dari itu, laki-laki dapat lebih bersabar atas perilaku buruk istri dengan humor yang bisa menyenangkan hati."

Berikut ini ada sepuluh wasiat Rasulullah saw. kepada putrinya Fatimah Az-Zahra. Wasiat ini merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap istri yang mendambakan kesalehan. Wasiat tersebut adalah:

1. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diaduknya, dan juga Allah akan melebur kejelekan serta meningkatkan derajatnya.

2. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

3. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu kebutuhan tetangga-tetangganya, maka Allah akan membantunya untuk dapat meminum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Wahai Fatimah! Disaat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu kejelekan.

Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang Allah. Disaat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal karena melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun, didalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bagian dari taman surga. Allah memberikan padanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Wahai Fatimah! Di saat seorang istri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau. Dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah pun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

8. Wahai Fatimah! Disaat seorang istri tersenyum dihadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Wahai Fatimah! Disaat seorang istri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggotnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya. Maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai surga. Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bagian dari taman surga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.

Subhanalloh, betapa bersyukurnya kita menjadi seorang perempuan. Diberikan berbagai kelebihan dan keistimewaan juga kemudahan memasuki surga. Semoga kita termasuk ke dalam golongan ahli surga dan menjadi bidadari yang dinantikan surga. Wallohu A'lam bishshowwaab. [hf/islampos/wanita sholehah]

KARPAL PUJUKPAKSA YB PAKATAN TOLAK HUDUD

Posted: 07 Apr 2014 06:09 PM PDT



Karpal Singh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor menggesa kesemua Ahli Parlimen DAP yang berjumlah 38 orang menolak usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Bekas Pengerusi DAP dalam kenyataan media hari ini yang dilaporkan mynewshub berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

"Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti," katanya.

Kenyataan Karpal yang turut disiarkan FMT turut mengecam PAS dan UMNO yang didakwanya masing-masing mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut.

"Ia adalah jelas kedua-dua, PAS dan UMNO sedang mencari untuk mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud di Kelantan, walaupun mengetahui sepenuhnya bahawa di bawah undang-undang (Persekutuan), undang-undang Enakmen Kelantan Kanun Jenayah Syariah II adalah tidak berperlembagaan.

"Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen itu," katanya, dalam kenyataan hari ini.

Setakat berita ini ditulis, hanya dua portal, myneshub dan FMT yang melaporkan kenyataan Karpal Singh itu.

Malah, kenyataan terbaru bekas Pengerusi DAP itu juga tidak dilaporkan termasuk di portal rasmi DAP, roketkini.com.

Selain Karpal Singh, tiada kenyataan media daripada pemimpin utama DAP terutamanya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw pada tahun 2009 berkata, kenyataan penentangan terhadap pelaksanaan hudud hanyalah pendapat peribadi Karpal malah DAP tidak menghadapi sebarang masalah dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Kita tahu bukannya senang untuk melaksanakan undang-undang baru di sesebuah negeri kerana kita masih perlu patuh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengatasi semua undang-undang," katanya Utusan Malaysia.

Pendapat yang sama turut disokong oleh ahli DAP Melayu, Aspan Alias yang berkata penentangan karpal bersifat peribadi dan bukan mewakili suara parti.

"DAP kata dia menghormati keputusan itu (laksana hudud), pasal dia tiada kena mengena.. Dia orang kafir. Bukankah pendirian DAP itu menghormati agama dan kepercayaan masing-masing. Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya, dan dia bercakap atas isu perlembagaan negara.

"Perlembagaan itu siapa yang buat? Bukan Allah Taala yang buat. Takkanlah Perlembagaan Malaysia lebih tinggi daripada perlembagaan Tuhan. Dan DAP secara rasminya tidak menentang, dia menghormati dia kata," kata Aspan ketika dihubungi Antarapos.

ANWAR KE LONDON JUMPA PENAJA, DANA HURU-HARAKAN NEGARA 1 MEI

Posted: 07 Apr 2014 12:00 AM PDT



Anwar bergambar dengan James Wolfensohn selepas mesyuarat di London 2010.
Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika Syarikat yang pernah menjadi Presiden Bank Dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian perbankan Yahudi, antaranya dalam Salomon Brothers, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Pemegang Amanah the Brookings Institution dan the Rockefeller Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relations).
Memahami hubungan lanjut, Anwar & Wolfensohn, sila baca, "Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis (8) – berhijrah ke Amerika Syarikat."


Selain Anwar, rangkaian Al Gore dalam Generations adalah Mary Robinson bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia; Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility dan lain-lain.

Anwar Ibrahim dan Mary Robinson : Individu itu ketika menjawat jawatan Pesuruhjaya Hak Asasi di PBB banyak membantu berkempen untuk Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Falsafahnya yang menyokong kumpulan gay ini dipegang sejak beliau menjadi Profesor di Reid Law, Trinity College lagi dengan bergiat aktif menjadi penasihat undang-undang untuk Kempen Perubahan Undang-undang Homoseksual.
Memahami lanjut hubungan Anwar & Mary Robinson, sila baca, "Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson."

Anwar Ibrahim AND Simon Zadek
Simon Zadek, kroni Al Gore kemudiannya melantik Anwar sebagai Presiden Kehormat AccountAbility pada 30 Mac 2006.
Anwar menggunakan jawatan Presiden Kehormat AccountAbility ketika berutus surat dengan George Soros, di ibu pejabat Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.

Dalam twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu @sharmainemirna bahawa beliau masih berada di London kerana diundang oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore untuk bermesyuarat dalam kumpulan 'Generations' dan pasukan akademik pendidikan tinggi universiti Cambridge; Westminster.
'Generations' adalah singkatan kepada Generation Investment Management Group.
Menurut, Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam rencananya bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia," Generations adalah syarikat milik Al Gore, 'pelarian aset' bekas Naib Presiden AS itu setelah parti Demokrat pimpinan Clinton-Al Gore tewas kepada Parti Republikan pimpinan Bush -Dick Cheney.
Selain London, Al Gore mempunyai pejabat Generations di New York dan Australia.
Al Gore juga turut melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations, syarikat yang melabur $10 million kepada Syarikat GreenRoad, organisasi korporat di Israel.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


MH370...Debaran memuncak

Posted: 07 Apr 2014 08:39 PM PDT


Selepas hilang pada pagi 8 Mac lalu, 32 hari ekemudian, 8 April, baru pihak berkuasa yang menyiasat misteri kehilangan pesawat MH370 buat kali pertamanya guna kapal selam kecik bawah laut.

Kali ini ia bukan cari kosong, sebaliknya berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh, bagi mengecilkan kawasan carian yang sebelum ini pernah menjangkau separuh dunia.

Kru kapal Australia mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.


Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

"Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

"Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar," katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

"Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi," jelasnya.

Sementara itu, kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga merupakan tempat pesawat yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.-8/4/2014

Hina Nabi: Filem Noah Diharamkan Di Malaysia

Posted: 07 Apr 2014 07:42 PM PDT


Pic:Sinar HarianPic:Sinar HarianSELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.
"LPF memutuskan sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini. Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," ujarnya.
Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.
Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.
Sudah jangka-Crowe
Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.
Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.
"Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu," katanya.
Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.
"Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
"Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam," kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.- SH

Hina agama: Kassim Ahmad dibicara 6 dan 7 Mei

Posted: 06 Apr 2014 11:47 PM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Mei ini untuk perbicaraan kes bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut pada hari ini.
  
Beliau juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris supaya jumlah jaminan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Syarie Ummamuddin Yunus sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Kassim dikekalkan.
  
Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah di hadapan Ummamuddin terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
  
Hari ini selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi, Kassim turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
  
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.
  
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.
  
Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Di luar mahkamah, ketika ditemui media, Ibrahim berkata pendakwaan akan memanggil lebih 10 orang saksi termasuk peserta seminar.
  
Ditanya sama ada pendakwaan akan memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merasmikan seminar itu sebagai saksi, beliau berkata pihaknya belum memutuskan untuk berbuat demikian.
  
Lagipun, katanya, setakat ini pihaknya belum merekodkan kenyataan daripada Dr Mahathir. - Bernama

MS - Kassim Ahmad dah ditangkap dan akan dibicara .... Si mamak kutty tu bila lagi?

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)

Posted: 07 Apr 2014 12:24 AM PDT

Saya mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila. 

Misteri MH370 tidak akan jauh bezanya dengan kisah pembunuhan Presiden AS John F Kennedy pada lewat tahun 1963 yang tidak pernah terungkai siapakah sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan tersebut - namun yang jelas pasti akan ada pihak yang "dikambinghitamkan". Dalam kes pembunuhan JF Kennedy, Lee Harvey Oswald menjadi individu yang berjaya dijadikan kambing hitam - dia ditembak mati sebelum apa-apa perbicaraan mengesahkan bahawa dia merupakan adalah pembunuh JF Kennedy yang sebenar. Dan akhirnya satu laporan telah dikeluarkan bagi menjelaskan bahawa Oswald bukanlah individu yang mampu membunuh JF Kennedy, laporan tersebut menulis, "namun, sebuah simulasi lain menunjukkan bahwa penembak Kennedy menggunakan peralatan yang sangat canggih, yang dipasangkan pada sebuah tripod. Peralatan tembak itu juga menggunakan sinar laser pelacak sasaran yang akurat. Sumber tersebut mengatakan, "Hampir tidak mungkin bagi Oswald melakukan penembakan seperti yang dituduhkan."


Kes yang sama turut berlaku ke atas peristiwa keruntuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001. Dalam beberapa jam sahaja al-Qaeda dan Osama bin Laden dituduh sebagai dalang peristiwa tersebut, namun demikian sehingga hari ini, mayat Osama bin Laden tidak pernah didedahkan kepada khalayak umum - ia hanya didakwa telah mati dibunuh oleh pasukat tentera elit AS dan mayatnya dicampakkan ke laut. Hampir semua gambar Osama bin Laden yang kononnya telah mati ditembak adalah palsul dan sengaja disebarkan secara meluas di internet.  

Seperti yang diketahui, Osama bin Laden telah dibunuh oleh pasukan komando AS, Navy SEAL, di Abbottabad, Pakistan, pada awal Mei 2011. Jenazahnya tidak dikuburkan, tetapi dicampak ke laut dari kapal induk USS Vinson. Jika mayat Saddam Hussien boleh didedahkan secara terperinci untuk tatapan dunia, mengapa tidak bagi mayat Osama bin Laden? Maka ada kebenaran terhadap dakwaan bahawa watak Osama bin Laden sengaja direka-reka bagi menghalalkan penjajahan dan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara yang tidak disukainya atas nama memerangi pengganas. Begitu juga dengan tragedi MH370. Plot cerita hampir sama dengan semua plot tragedi konspirasi besar dunia. Mereka mahu kisah MH370 diingati sebagai peristiwa maha dahsyat dalam lipatan sejarah kehilangan pesawat komersial dunia. Tragedi ini akan diulang-ulang dalam hampir semua mesyuarat antarabangsa, kolukium, perjumpaan menteri-menteri, pertemuan duta-duta - bahkan ia bakal menjadi agenda penting dalam episod "Keselamatan di Asia". 

Mereka mahu membuat kesimpulan segera, bahawa Asia - khususnya Asia Tenggara memerlukan rakaian strategi pertahanan serantaunya - sebagai mana kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Mereka mahu pertubuhan ala-NATO segera wujud di Asia Tenggara, sekaligus mengurangkan dominasi China di rantau ini. NATO versi Asia Tenggara mungkin diketuai oleh Singapura, negara kecil proksi AS yang mungkin sementara waktu boleh dipercayai. Terdapat 11 negara yang termasuk dalam kelompok negara Asia Tenggara, dan hampir semuanya mempunyai sejarah atau hubungan yang akrab dengan Tanah Besar China, baik melalui sejarah budaya mahu pun atas faktor ekonominya. Pada tahun 1990-an, Cina dipandang sebagai ancaman bagi negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan oleh adanya konflik tuntutan kawasan di Laut Cina Selatan yang melibatkan Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei, di samping sokongan terbuka China terhadap fahaman komunisme pada masa lalu, menyebabkan negara itu dipandang serong oleh Asia Tenggara. 


Namun, persepsi ini mulai berubah ketika terjadi krisis kewangan di Asia pada tahun 1997-1998. China mula membuka pintunya kepada dunia luar - produk-produknya mula membanjiri pasaran Asia Tenggara dan hubungan perdagangan dan ekonomi semakin rancangan antara China dengan Asia Tenggara. China mula menunjukkan taring ekonominya yang setandingan dengan AS bahkan China pernah digelar sebagai naga yang baru bangun daripada tidurnya. Namun demikian, dalam tempoh 10 tahun selepas China membuka pintunya kepada dunia luar - China mahukan lebih daripada sekadar hubungan perdagangan dan industri dengan Asia Tenggara. Sebaliknya, China mahu menjadi penggerak utama kepada forum keamanan di rantau ini, sekali gus mengembangkan hubungan keamanan bilateral dan multilateral dengan negara-negara di Asia Tenggara. Sekiranya China berjaya menjadi pemain utama kepada hubungan keamanan seperti mana yang dicita-citakannya, maka Asia Tenggara sudah mempunyai pilihan baharu selain daripada AS. Dan sudah tentu hal ini amat dibenci oleh pentadbiran Rumah Putih, sekali gus mengurangkan peranan ketenteraan AS di Asia Tenggara. Plot kehilangan MH370 dicipta bagi mewujudkan dua kemungkinan, pertama - kegagalan teknologi canggih China dalam menyelesaikan masalah yang dianggap "remeh" dan mudah oleh masyarakat dunia (iaitu mencari dan menyelamatkan penumbang pesawat komersial MH370), secara tidak langsung mewujudkan kesangsian bahawa China tidak berupaya mengemudi keamanan di rantau ini. Kedua - meninjau keupayaan sebenar kekuatan angkatan tentera China serta teknologinya. Dan AS melalui proksi setianya - Australia, mahu membuktikan bahawa, dunia sememangnya sangat bergantung harap dengan AS sampai bila-bila! 

Bersambung....  

     

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Blog MyMassa Dedah Dokumen & Kisah @Anwaribrahim KE LONDON Dana Projek 1 MEI DEPAN ???

Posted: 07 Apr 2014 03:13 AM PDT


Anwar bergambar dengan James Wolfensohn selepas mesyuarat di London 2010.
Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika Syarikat yang pernah menjadi Presiden Bank Dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian perbankan Yahudi, antaranya dalam Salomon Brothers, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Pemegang Amanah the Brookings Institution dan the Rockefeller Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relations).
Memahami hubungan lanjut, Anwar & Wolfensohn, sila baca, "Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis (8) – berhijrah ke Amerika Syarikat."


Selain Anwar, rangkaian Al Gore dalam Generations adalah Mary Robinson bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia; Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility dan lain-lain.
Anwar Ibrahim dan Mary Robinson : Individu itu ketika menjawat jawatan Pesuruhjaya Hak Asasi di PBB banyak membantu berkempen untuk Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Falsafahnya yang menyokong kumpulan gay ini dipegang sejak beliau menjadi Profesor di Reid Law, Trinity College lagi dengan bergiat aktif menjadi penasihat undang-undang untuk Kempen Perubahan Undang-undang Homoseksual.
Memahami lanjut hubungan Anwar & Mary Robinson, sila baca, "Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson."
Anwar Ibrahim AND Simon Zadek
Simon Zadek, kroni Al Gore kemudiannya melantik Anwar sebagai Presiden Kehormat AccountAbility pada 30 Mac 2006.
Anwar menggunakan jawatan Presiden Kehormat AccountAbility ketika berutus surat dengan George Soros, di ibu pejabat Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.

Dalam twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu @sharmainemirna bahawa beliau masih berada di London kerana diundang oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore untuk bermesyuarat dalam kumpulan 'Generations' dan pasukan akademik pendidikan tinggi universiti Cambridge; Westminster.
'Generations' adalah singkatan kepada Generation Investment Management Group.
Menurut, Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam rencananya bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia," Generations adalah syarikat milik Al Gore, 'pelarian aset' bekas Naib Presiden AS itu setelah parti Demokrat pimpinan Clinton-Al Gore tewas kepada Parti Republikan pimpinan Bush -Dick Cheney.
Selain London, Al Gore mempunyai pejabat Generations di New York dan Australia.
Al Gore juga turut melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations, syarikat yang melabur $10 million kepada Syarikat GreenRoad, organisasi korporat di Israel.
http://mymassa.blogspot.com/2014/04/anwar-ke-london-jumpa-penaja-dana-huru.html?m=1


Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Isu Memali: Benarkah penjelasan Musa Hitam ini?

Posted: 07 Apr 2014 08:00 AM PDT


Pad pukul 9 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa ialah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Ne­geri Kelantan bertemakan 'Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang'.

Profesor Dr. Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berperanan sebagai moderator. Format diskusi menyamai program Hard Talk, BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di negara China dan saya ialah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3.Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan "My God" yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;

(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.

Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke China.

Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap.

Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri.

Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya.

Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah Ilahi memakbulkan doa saya.

Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya.

Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM
4 April 2014

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan