Followers

Nuffnang

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Apco : Jika juruterbang atau anak kapal tidak dikambinghitamkan, konspirasi akan terbarai ?

Posted: 02 Apr 2014 06:08 AM PDT

Semakin hari semakin kusut nk fikirkan teori konspirasi kehilangan MH370. Makin dibuat kenyataan makin berserabut wartawan nk laporkan ke mana hala sebenar MH370. Makin banyak soalan yg ditanya ketika sidang media makin bertambah persoalan di minda dunia khususnya kepada waris mangsa MH370.

Segala aset telah dikerahkan dari berbagai negara serantau kecuali Amerika dan Israel walaupun mereka lebih dulu mengetahui kisah sebenar yg berlaku pd MH370. Kronologinya seiras runtuhnya mercu tanda pentagon 911 suatu ketika dulu.

Walaupun tiada bukti yang dpt mengaitkan juruterbang dan anak-anak kapal terlibat dalam kehilangan MH370 setelah 'penyiasatan' dibawa ke peringkat antarabangsa, namun pihak berkuasa tempatan (PDRM dan Kerajaan Msia) masih tidak mengesahkan semua makhluk di dalam MH370 adalah bebas daripada unsur sabotaj,rampasan,psikologi atau masalah peribadi.

Seluruh anak kapal yang merupakan warga Malaysia yang terlalu dikenali profilnya samada waris ataupun pihak MAS sendiri tapi dilihat asing oleh pihak berkuasa. Sedangkan seramai 227 penumpang dari berbagai negara termasuklah 3 amerika dan 2 pemegang passport palsu warga Iran senang 'dibersihkan'. Apa sebenarnya kisah disebalik konspirasi kehilangan MH370???

Wallahualam Bissawab.


Respon dari ' Semua Penumpang MH370 bersih 4 elemen'


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Gambar-Gambar Kebakaran Dataran Shell Gua Musang

Posted: 02 Apr 2014 07:12 PM PDT


Berita Utusan Malaysia




Gambar dari media baru :












Sent from my iPhone

Duta China Selar Media Barat & Selebriti China Kritik & Kempen Boikot Negara

Posted: 02 Apr 2014 04:25 PM PDT


Duta China ke Malaysia Huan Huikang berkata kerajaannya tidak pernah berasa kecewa ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370. Kami faham tekanan yang dialami oleh pentadbiran Malaysia amat berat kerana ini berkaitan dengan soal keselamatan dan nyawa manusia.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China sehingga mempengaruhi rakyat China membuat demonstrasi dihadapan kedutaan Malaysia di China.

"Sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin.

"Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini."

Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebriti China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut. Kempen yang dibuat oleh selebriti itu adalah berniat jahat demi kepentingan sendiri, katanya.

Anggota keluarga dari China yang berang dengan tindakan Malaysia menuduh kononnya negara ini "membunuh" para penumpang berkenaan dan menyembunyikan maklumat mengenai pesawat tersebut.

Kerajaan Malaysia berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bertindak dengan telus.



Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Karpal 'disingkir' bukan letak jawatan?

Posted: 02 Apr 2014 09:55 AM PDT

TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (kiri) dan Tan Tuan Tat dalam sidang akhbar di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Mungkinkah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh disingkirkan?

Perkara itu ditimbulkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikutan peletakan jawatan Karpal dalam parti itu baru-baru ini.

Tunku Aziz tidak menolak kemungkinan peletakan jawatan tersebut sebenarnya 'konspirasi' kumpulan tertentu yang 'bermati-matian' tidak mahu Karpal menerajui DAP lagi, sebaliknya mahu meletakkan kroni tertentu.

"Saya tidak hairan sekiranya Karpal meletak jawatan kerana desakan sekumpulan pemimpin dan bukannya melakukan dengan rela hati. Beliau mempunyai integriti yang tinggi sehingga kadang-kadang menyusahkan orang lain dalam parti.

"Ketika saya dalam DAP lagi, ada seorang individu yang begitu bermati-matian mahu keluarkan Karpal. Beliau sering bercanggah pendapat dalam isu tertentu walaupun rakan seperjuangan dalam parti itu tidak senada dengannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung peletakan jawatan Karpal di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sg. Pelek, Tan Tuan Tat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP, Sabtu lepas ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Menurut Tunku Aziz, dengan penyingkiran Karpal berkemungkinan besar kroni-kroni dinasti Lim akan diberi keutamaan dalam menjawat jawatan tertinggi parti.

"Mengapa perlu Karpal tergesa-gesa meletak jawatan walhal kes ini masih dalam peringkat rayuan? Bukankah Karpal seorang peguam handal yang boleh menang mana-mana kes dengan mudah?," ujarnya.

Dalam pada itu, Tunku Aziz turut menyoal rasional Karpal meletak jawatan memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan dua kali berturut-turut.

"Pemilihan CEC masih lagi menjadi tanda soal dan dalam siasatan. Dengan ini, Karpal bukanlah pengerusi yang sah. Jadi mengapa perlu meletak jawatan? Adakah semua ini drama untuk mengaburi mata umum?

"Saya mohon kepada ROS untuk segerakan siasatan memandangkan DAP juga berterusan bermain politik dengan berlakon menjadi 'mangsa' keadaan, walhal itu pemilihan parti, aduan dibuat atas mereka oleh ahli sendiri," tegasnya.

Jelas beliau, rakyat seringkali tertipu dengan pembohongan pembangkang yang selalu cuba mendapatkan simpati untuk kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.

"Pemimpin pembangkang semuanya sama sahaja. Mereka melanggar undang-undang sesuka hati dan menganggap kebal daripada undang-undang.

"Sekiranya mahkamah mendapati mereka bersalah, golongan ini akan membakar sentimen rakyat kononnya mangsa politik kerajaan. Tidak siapa pun kebal undang-undang, salah tetap salah," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

#MH370: Kapal selam UK sertai operasi mencari?

Posted: 02 Apr 2014 12:10 AM PDT

(Kapsyen: Kapal selam UK, HMS Tireless - ihsan www.royalnavy.mod.uk)

Sebuah kapal selam United Kingdom (UK), HMS Tireless telah tiba di Lautan Hindi untuk menyertai operasi mencari pesawat MH370 yang masih belum ditemui.

Menurut tweet pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kini berada di Hawaii untuk menghadiri forum pertahanan Amerika Syarikat bersama negara ASEAN, perkara tersebut dimaklumkan kepada beliau melalui satu panggilan telefon dari Setiausaha Pertahanan UK, Philip Hammond.

HMS Tireless merupakan sebuah kapal selam bertenagakan nuklear dari kelas Trafalgar, dan ditauliahkan menyertai Tentera Laut UK pada tahun 1985. Pada tahun 2011, kapal ini terlibat dalam operasi mencegah keganasan dan penyeludupan di Timur Tengah.

Kapal selam ini dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem sonar aktif dan pasif termasuk sistem sonar ditunda (towed array sonar).

Kapal yang membawa 130 anak kapal dan 18 pegawai pada mulanya dijadual akan dibersarakan dari tugas pada 2013, dan akan diganti dengan kapal selam dari kelas Astute. Namun persaraannya ditangguhkan kerana program Astute dikatakan masih menghadapi beberapa masalah teknikal dan kos.



Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


A. SAMAD SAID MATA DUITAN ?

Posted: 02 Apr 2014 08:55 PM PDT

LAIN KALI JANGAN BERI JANJI MANIS KEPADA ORANG TUA, TAK MALU KAH?
Tindakan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membangkitkan isu 'seorang' Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar dua buah lukisan karyanya kepada media menimbulkan satu persoalan, adakah bekas Pengerusi Bersama BERSIH hanya memikirkan persoalan duit semata-mata ?
Pada 1 April, ketika majlis pelancarkan novel 'Sungai Mengalir Lesu' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, karyawan Uthaya Sangkar SB, individu pertama mula mendedahkan mengenai seorang exco Selangor telah menganiaya A. Samad.
Uthaya Sangkar SB bercakap dalam majlis pelancaran novel karya A. Samad dan pendedahan itu dipercayai dari sumber Sasterawan Negara itu sendiri yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Pak Samad dilaporkan FMT kemudian tampil membetulkan fakta Uthaya.
"Ia tiada kena mengena dengan MB dan orang lain. Ia cuma mengenai janji seorang exco, kalau tak silap – kepada saya. Itu yang saya mahu betulkan," katanya.
Pak Samad berkata, dua karyanya itu dibeli untuk dihadiah kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu majlis penganugerahan kepadanya, tahun lalu.
"Waktu itu, memang ada seorang exco Selangor yang mengambil dua lukisan saya untuk dihadiahkan kepada MB dan Anwar.
"Saya beritahu, ini sumber rezeki saya dan kalau diambil, haraplah dibayar. Dia tanya berapa? Saya kata, harganya walaupun tak cantik RM8,000 setiap satu, makanya RM16,000," katanya.
Pak Samad berkata, exco itu berjanji bayaran itu akan 'diurus' tetapi mengakui sehingga kini ia belum berbayar tetapi FMT melaporkan Pak Samad tidak pernah mahu mengungkitnya, malah tidak mendedahkan identiti exco berkenaan.
Ekoran pendedahan Pak Samad itu, Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail tampil memberi penjelasan.
Rodziah yang juga calon Ketua Wanita PKR melawan penyandangnya, Zuraida Kamaruddin berkata kelewatan pembayaran berlaku akibat berlaku salah faham.
Katanya, lukisan tersebut dibeli ketika beliau memegang portfolio kebudayaan dan tidak mengetahui dua buah lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.
"Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini," kata Rodziah
Menurut beliau lagi dua buah lukisan tersebut telah diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Pada tahun 2008, Pak Samad ketika diwawancara Utusan Malaysia mengugut tidak mahu lagi menggunakan gelaran Sasterawan Negara kerana memprotes tindakan tidak menyenaraikan bukunya dalam Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).
"Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kata, perkara ini (tidak menyenaraikan karya Sasterawan Negara) belum diputuskan dan belum muktamad lagi tapi ia telah tersebar.
""Sebagai tindak balas (tidak menyenaraikan karya Sasterawan Negara), saya ada aksi dan tindakan sendiri. Saya tidak akan benarkan ia berlaku begitu sahaja, demi masa depan sastera tanah air," kata Pak Samad.
Pada tahun 2011, Pak Samad dilaporkan Malaysiakini berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.
"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan."
Menurut Malaysiakini, Pak Samad sebelum ini pernah beberapa kali mengadakan 'mogok' secara bersendirian, antaranya mogok seni pada 1990 dan 'mogok sastera' pada 2000.
"A Samad dilaporkan pertama kali mengadakan mogok beberapa tahun lalu apabila dikatakan menghadapi masalah kelancaran dalam pembayaran royalti tulisannya dengan DBP," lapor portal itu.

APA SUDAH JADI SELANGOR ?

Posted: 02 Apr 2014 05:00 PM PDT

Sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal mengikut langkah PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) dengan menamatkan khidmat kakitangannya, lapor FMT.
Kini, seramai 105 orang kakitangan dan pekerja Hotel Quality Shah Alam yang bekerja di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad telah menerima surat pemberhentian kerja semalam yang antara kandungannya memaklumkan hari terakhir mereka bertugas adalah pada 31 Mei ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan walaupun Hotel Quality Shah Alam merupakan milikan kerajaan negeri, tetapi pengurusan hotel tersebut adalah di bawah kuasa dan jagaan Ahli Lembaga Kumpulan Peransang.
"Saya pasti bahawa apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang, pastinya akan mengambil kira kebajikan pekerjanya.
"Bahkan, akan mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.
Dalam pada masa yang sama, Abdul Khalid turut menolak spekulasi yang mengatakan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat sama dalam keputusan pemecatan 105 orang pekerja Hotel Quality Shah Alam tersebut.
BH melaporkan berdasarkan notis pemberhentian kerja bertarikh 31 Mac lalu yang diperoleh BH semalam, Hotel Quality Shah Alam akan ditutup selepas menghadapi tekanan untuk beroperasi dengan kawalan kos dan gagal menjana keuntungan sejak beberapa tahun walaupun dibantu subsidi sewa yang kurang daripada harga pasaran.
Hotel Quality Shah Alam antara hotel terawal beroperasi di Shah Alam, iaitu sejak 26 tahun lalu akan ditutup berkuat kuasa 1 Jun depan .
Notis ditandatangani Pemangku Pengurus Besarnya, Amar Maarof Abdullah, turut menyatakan cara pampasan yang akan dibayar kepada pekerja bersama gaji terakhir pada bulan Mei.
Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor, Amin Lin Abdullah, ketika dihubungi malam tadi, berkata pihak pengurusan akan membantu pekerja yang diberhentikan.
"Mereka bukan saja diberikan pampasan, tetapi juga bantuan seperti khidmat nasihat untuk mencari kerja baharu dan temu duga, kaunseling, penggunaan aset syarikat untuk menyiapkan surat permohonan kerja, testimoni serta peluang keusahawanan," katanya.
Beliau berkata, perniagaan sektor perhotelan di Shah Alam yang tidak kondusif, menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam sejak beberapa tahun walaupun pihak pengurusannya cuba melaksanakan beberapa tindakan bagi mengurangkan kos, tetapi tetap tidak berkesan.
"Dengan terlaksana perancangan untuk membangunkan semula Plaza Perangsang yang berusia 26 tahun dan mengenakan kadar sewa baharu mengikut pasaran, perniagaan hotel tidak lagi boleh berdaya maju dan akan terus mengalami kerugian lebih tinggi.
"Penutupan hotel adalah keputusan perniagaan yang dibuat oleh pengurusan dan Lembaga Pengarah Perangsang Selangor berdasarkan prestasi hotel yang tidak memberi pulangan," katanya sambil menambah, syarikat itu tidak berhasrat menjual bangunan Plaza Perangsang.
Katanya, ruang hotel berkenaan yang menggunakan tujuh daripada 27 tingkat di bangunan Plaza Perangsang, akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat.
Pada masa ini, Plaza Perangsang turut menempatkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Selangor, pejabat korporat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perangsang Selangor dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

YB RODZIAH MEMALUKAN ISLAM, BERJANJI TAK TEPATI, ORANG TUA SUDAH MARAH BARU TERHEGEH-HEGEH MUNCUL

Posted: 02 Apr 2014 06:36 AM PDT

HARAP SENYUM SAJA, HATI BUSOK BERJANJI KEPADA ORANG TUA, MINTA MAAF PUN TIDAK PANDAI, 
Bekas Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A. Samad Said kena tipu dengan 'seorang' Exco Kerajaan Negeri Selangor, dedah Uthaya Sangkar SB ketika majlis melancarkan novel 'Sungai Mengalir Lesu' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, 1 April.
A Samad, Sasterawan Negara yang juga penulis novel itu turut menjelaskan insiden penipuan tersebut.
Tanpa menamakan siapakah Exco Kerajaan Selangor berkenaan, A Samad dilaporkan astroawani.com berkata 'Exco berkenaan' telah 'membeli' dua buah lukisan karyanya tetapi sampai sekarang belum melunaskan bayarannya.
Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya katakan kepada 'exco itu' kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.
"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," katanya.
Sementara itu, astroawani melaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor hari ini meluluskan pembayaran terhadap dua buah lukisan yang dibeli daripada A. Samad.
Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata kelewatan pembayaran berlaku akibat berlaku salah faham.
Katanya, lukisan tersebut dibeli ketika beliau memegang portfolio kebudayaan dan tidak mengetahui dua buah lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.
"Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini," Rodziah dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Menurut beliau lagi dua buah lukisan tersebut telah diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Birokrasi mengekang, pegawai kerajaan lembab .... kasi saja royalti 20%!!!

Posted: 02 Apr 2014 09:33 PM PDT


Unspinners membaca tulisan GAP SINI yang menyatakan persetujuan agar dikajisemula royalti minyak dan gas pada Sarawak.

Desakan ini dibuat oleh Speaker DUN Dato Salleh Said Keruak dan Setiausaha UMNO Sabah, Dato Abdul Rahman Dahlan. Difahamkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pun menyuarakn hal yang sama.

Hujah GAP adalah seab mereka kubu kuat BN dan apa salah kerajaan pastikan penyumbang kekuatan BN di beri manafaat.

Hujah Unspinners pula adalah kerana jentera kerajaan yang diuruskan dan ditadbir oleh pegawai kerajaan (bukan ahli politik) terlalu lambat dan lembab untuk salorkan peruntukan.

Sering kali permintaan atau permohonan boleh hilang ditengah jalan dan tak masuk senarai.

Sudahlah tu ... nak tunggu mohon diluluskan dan turun untuk dipimplementasikan makan masa sampai dua tuga tahun. Kalau gitu apa ertinya?

ELoklah pihak negeri uruskan sendiri peruntukan untuk dalam negeri.

Semuanya di pusatkan ke pejabat MOF hingga fail berlonggok macam bukit di pejabat jabatan atau agensi tertentu. Mereka ini menguruskan untuk seluruh negara. Kalau zaman Tun Razak bolehlah pasal tak banyak tapi kini dah tahun 2014!

Antara sebab Saah dan Sarwak tak dapat maju dengan cergas adalah sebab birokrasi pegawai kerajaan federal.

Bayangkan kalau federal nak uruskan duit royalti minyak, dari petronas nak masuk ke kementeriaan kemudian di kementeriaan pegawai kerajaan duduk bertelor atas fail.

Jawankuasa demi jawatankausa perlu dilalui. Laporan demi laporan yang perlu dibuat. Siasatan demi siasatan, laporan konsultan lagi, mesyuarat pula, laporan JKR dan selapis demi selapis.

Belum cerita pemanauan projek yang Fedrral tak upaya lakukan.

DIfahamkan ada satu ceriat di Sarawak di mana rumah PPRT berhadapan dengan masaalah spec mintu yang terlalu kecil dan tak sesuai. Nak dapatkan approval untuk itu pun makan masa 6-7 bulan. Belum nak nak bina lagi.

Mana pula wakil rakyat atau pegawai perlu turun naik Kuching ke KL untuk pastikan proses berjalan jalan dan tak tersekat sana sini.

Dari perspektif Rakyat diutamakan ada baik negeri perlu uruskan sendiri. Negeri kaya tapi rakyat jadi miskin sebab pegawai kerajaan yang lambat, lembab dan birokratik. Sampai bila-bbila mereka tidak akan berubah untuk segera dalam melakukan apa-apa.

Hanya satu pandangan kami

SETUJUKAH pembaca jika Shahidan dan Hasan Malek digugur dari Kabinet?

Posted: 02 Apr 2014 05:26 PM PDT


MIK menulis mengenai khabar angin rombaan kabinet. Menurutnya:


Sudah pasti rombakan yang bakal berlaku akan membabitkan beberapa nama Ahli Parlimen untuk diserap masuk kedalam pasukan kabinet Najib sekaligus adalah juga nama nama Menteri atau pun Timbalan Menteri yang bakal tersingkir.

Noh Omar diantara nama yang bakal diumumkan sebagai Menteri untuk mengambil alih tugas tugas portfolio menjaga Parlimen dari Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilihat tidak 'garang' dan sudah hilang taring tak seperti tahun 80an......

Sebabnya ....

Berbalik semula kepada tugas tugas sebagai 'Penjaga Parlimen' memang terserlah Noh Omar lebih ofensif berbanding Shahidan yang agak lembut bersopan.

Hakikatnya, dalam keadaan bilangan wakil wakil juak juak Pakatan yang sudah mencapai angka melebihi 90 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, watak seperti Noh Omar pastinya lebih sesuai untuk menangani beruk beruk Pakatan dalam Parlimen....

Selain itu ....





Hasan Malek yang sentiasa kelihatan 'tidak cerdik' adalah nama diatas sekali, TOP list untuk bungkus dan meninggalkan pejabat Menteri.

Baca penuh MIK di SINI

Hasan Malek gagla tangani masaalah kenaikan harga barang (bukan kenaikan barang itu sendiri) hingga PM di kangkungkan ppemimpin pembangkang dan sebbahagian rakyat.

Barang naik tidak oleh dinafiikan tapi seperti Dato Ismail Sabri, dia sedang usahakan potong orang tengah.

Untuk digugurkan, perlu ingat masing-masing ini pasti ada pengikut dan akan berkata diri mereka layak pada Dato Najib yang boleh beratkan hati Dato Najib nak buang hingga timbul lagi jawatan-jawatan bertaraf kabinet lagi.

Tapi mereka tak boleh kata apa jika rakyat setuju dan sokong tindakan PM.Jika setuju, nyatakan dengan terang dan nyata dalam komentar. Tolong jangan komen keluar tajuk... tak akan dilepaskan.

BN bantu tak hargai, Lalu dipancut ke muka oleh exco PR

Posted: 02 Apr 2014 07:30 AM PDT


Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.
 
Baca sepenuh di Shah ALam Rebel SINI
 
Teringat Tan Sri Rais Yatim berkata hampir RM800,000 lebih dibelanja krajaan untuk Datok A Samad Said, tapi dia terus memberontak dan beberapa kali ernah lakukan mogok berkarya.
 
Itulah  Sasterawan Negara yang tak tahu bersyukor. Kini RM8 ribu pun tak dibayar exco kerajaan negeri.
 
Konon mogok kerana PPSMI tapi kini bertambah martabat bahasa Melayu ke jika Sekolah cina sampai mahu kurangkan pengajaran bahasa Melayu?

Beng .... punya sasterawan syok sendiri. Bukan saja kena kencing, dipancut ke muka!

Apa yang James Masing mahu?

Posted: 02 Apr 2014 03:54 AM PDT



Rupa-rupanya komen DAP yang kami siarkan semalam SINI hanya menyambut kenyataan Prresiden PRS Tan Sri James Jemut Masing merangkap Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.

Hal ini dijawab oleh bekas blogger Anak Merdeka Hilbert Montell dalam Facebooknya.




Bagi pembaca yang tidak tahu latarbelakang James Masing, ia merupakan seorang pemain dari PBDS sebuah parti komponen BN Sarawak yang majoriti bangsa Dayak yang mana PBDS pernah keluar dari menjadi komponen BN Sarwak tapi kekal dalam BN Pusat.

PBDS berasal dari parti SNAP dan diasaskan oleh Tan Sri Leo Moggie ekoran kekalahnnya untuk jawatan Presiden parti SNAP. SNAP merupakan parti depannya Dayak tapi dibiayai dan kuasai Cina dari bbelakang. Baca di SINI

PBDS dimansuhkan ekoran pertembungan antara President PBDS Daniel Takim dan James Masing pada tahun 2003 dan 2004. James Masing memang extrim dari dulu dalam idealisma Dayakism atau Ibanism. Manakala Daniel Tajim mempunyai isu dengan kerajaan ekoran tanahnya dikatakan telah diambilalih untuk projek kerajaan.


James Masing dan Datok Sng Chee Wa menubuhkan PRS. Kini Sng Chee Wa adalah orang kuat dan membiaya Anwar di Sarawak.

Dipercayai kaum Iban tidak puas hati dengan ketiadaan wakil Iban sebagai Menteri Penuh  dalam kabinet Dato Najib. Kaum Bidayuh yang hanya seorang sebagai ahli Parlimen boleh dapat Menteri penuh.

Masaalahnya susah untuk pilih seorang wakil Iban kerana kaum Iban berpecah dalam banyak parti-parti politik. Malah PBB pun ada ramai wakil-wakil rakyat kaum Pribumi Iban

Apa yang James Masing tidak puas hati?

Harap dia sedar bahawa PRS tidak punyai ramai wakil rakyat dan kerusi yang cukup untuk membuat tuntutan berdasarkan pemikiran dayakism lamanya.

Suatu masa anak Sng Chee Wa yang mewakili PRS dalam kerajaan dan di pejabat Pehin Sri Taib Mahmud tetapi ertanding hingga menyebabkan hingga kerusi PRS itu terlepas kepada pembangkang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Hang tak mau mengaku lagi ka wahai Wan Muhammad Azri [Papa Gomo]?

Posted: 02 Apr 2014 10:26 PM PDT

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.
Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.
Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.
Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).
Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.
Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
3 April 2014

Gossip : Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?

Posted: 02 Apr 2014 07:15 PM PDT



Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:34 AM

Zul menafikan teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.
"Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wnaita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh.
Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.

Zul turut memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dengan panggilan 'sayang' yang didakwa teman wanitanya.
"Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
Dalam perkembangan lain, Zul berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudulKarambit bersama Eman Manan untuk siaran RTM.

Musa Hitam lakukan seks dengan budak?

Posted: 02 Apr 2014 04:16 AM PDT

KOTA BHARU: Dakwaan Tun Musa Hitam (gambar) bahawa beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan budak seolah-olah mengulangi tragedi menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.

Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.

"Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai," katanya di sini.

Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.


"Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

"Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...

"Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya," katanya malam 27 Mac lalu.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato' Dr Mohamad Agus Yusof.

Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.

Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor. - Harakah