Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PAS yakin MH370 dirampas

Posted: 26 Mar 2014 10:54 PM PDT

YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

"Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

"Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

"Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

"Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

"Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

"Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat," katanya. - SH

ARTIS : Datuk Ali Mamak meninggal dunia

Posted: 26 Mar 2014 08:50 PM PDT


  • Ali Mamak Ali Mamak
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom 'Santan Berlada' meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

Rogol anak tiri - penjara 24 tahun 16 sebatan

Posted: 26 Mar 2014 07:51 PM PDT


  • Empat kali rogol anak tiriTertuduh dipenjara 24 tahun dan dikenakan 16 sebatan selepas mengaku salah merogol anak tirinya sebanyak empat kali.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Perbuatan jijik seorang buruh yang tergamak menjadikan anak tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 16 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu merogol mangsa sebanyak empat kali di lokasi dan tarikh berasingan.

Tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan keempat merogol mangsa di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 21 Ogos 2013, yang ketika itu mangsa sudah berusia 18 tahun.


Dengan itu, dia mengaku salah atas keempat-empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Berdasarkan fakta kes, pada Ogos 2007, kira-kira jam 10 malam hingga 11 malam, semasa tertuduh membawa pulang mangsa dari kelas malam dengan menaiki motosikal, dia telah memberhentikan motosikalnya di kawasan ladang getah sebelum bertindak merogol mangsa di situ sebanyak sekali.

Keesokannya, mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya dan terkejut mendengar berita tersebut, ibu mangsa bertindak memarahi suaminya, namun tertuduh telah memukul isterinya serta mangsa.

Pada pertengahan Mei 2011, kira-kira jam 7.30 pagi semasa ibu mangsa keluar bekerja menoreh getah, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di ruang tamu rumah mereka.

Sejurus ibunya pulang, mangsa menceritakan perbuatan jijik bapa tirinya itu, namun selepas mendapat tahu perbuatannya disebarkan kepada isterinya, tertuduh sekali lagi memukul mangsa dan isterinya itu.

Pada pertengahan Mac 2012, jam 10 pagi, akur dengan arahan bapa tirinya itu yang menyuruh dia mengikutnya ke pekan Jerteh dengan menaiki motosikal, mangsa sekali lagi menjadi pemuas nafsu tertuduh.

Tertuduh memberhentikan motosikalnya di kawasan hutan dan di situ dia sekali lagi merogol mangsa.

Seterusnya, pada 21 Ogos 2013, semasa ibu mangsa berada di Hospital Besut kerana melahirkan anak bongsu, mangsa diajak tertuduh ke ladang kelapa sawit dan disebabkan takut dengan bapa tirinya itu, mangsa akur sebelum dirogol di situ.

Bagaimanapun, pada 3 September 2013, disebabkan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya yang kemudiannya telah memaklumkan kepada guru kaunseling sekolah mereka.

Keesokannya, setelah dirujuk kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Besut, mangsa dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan, sebelum tertuduh ditangkap di hadapan rumahnya hari sama laporan dibuat, iaitu kira-kira jam 8 malam.

MH 370 : Ayah masih hidup - Anak Kapt Zaharie

Posted: 26 Mar 2014 06:39 PM PDT

Subang Jaya: "Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup," demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.
"Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.


"Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.
Foto
AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.

Rabung Hindi Selatan lokasi MH370


KAPAL HMAS Success milik tentera laut Australia berada di Lautan Hindi bagi mencari serpihan pesawat MH370. - AFP


SYDNEY - Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.
Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.
Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.
"Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu.
"Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya.
Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis.
Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.
Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.
Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth.
Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.
Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand.
Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut.
Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.
"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya.
Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.
"Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh.
"Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya. - Agensi

CEO MAS: Hancur luluh hati saya

Posted: 26 Mar 2014 08:17 AM PDT

  • Ahmad Jauhari YahyaAhmad Jauhari Yahya
 1 / 1 
SEPANG - "Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.


Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya.

Beliau berkata apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk  waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini.

"Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya. 

Setelah 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, semalam, Najib mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Inmarsat, syarikat dari United Kingdom yang menyediakan data satelit berkenaan.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Ada ahli keluarga mangsa tidak mahu menerima ucapan takziah. - "...mangsa masih hilang dan bukan sudah tiada," katanya.

Posted: 26 Mar 2014 06:35 AM PDT

PUTRAJAYA: Di sebalik pengumuman rasmi kerajaan pada Isnin lepas bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, masih ada keluarga yang berharap pesawat Malaysia Airlines (MAS) berkenaan selamat.
"Kita masih mahu bukti kukuh diberikan dan tidak hanya diberitahu pesawat itu telah berakhir di Lautan Hindi," kata Sharil Shaari, sepupu Mohd Razahan Zamani, iaitu seorang daripada 227 penumpang MH370, kepada pemberita hari ini. 
Dia juga tidak mahu menerima ucapan takziah.


"...mangsa masih hilang dan bukan sudah tiada," katanya.

Mohd Razahan, 23, dan isteri Norli Akmar Hamid, 33, menaiki penerbangan MH370 ke Beijing untuk berbulan madu.

Sementara itu di BANGI, anggota keluarga penumpang dari China yang ditempatkan di Hotel Bangi-Putrajaya dikatakan enggan keluar dari bilik masing-masing sejak lewat malam Selasa.

Menurut seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya didedahkan, mereka juga tidak mahu berjumpa dengan sesiapa melainkan jika ada maklumat baharu.

"Makan pun mereka guna khidmat 'room service'," katanya.

Sementara itu, Kam De Zheng iaitu Setiausaha Sulit Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, ketika dihubungi mengesahkan tiada taklimat dijadualkan untuk keluarga penumpang yang menetap di hotel itu hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai desas-desus keluarga terbabit akan dipindahkan ke Hotel Everly, Putrajaya untuk ditempatkan bersama-sama keluarga penumpang lain.

Sabtu lepas, kira-kira 20 anggota keluarga penumpang warga China dipindahkan ke hotel itu dari Hotel Cyberview yang telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Mac ini di Litar Sepang.

Lobi hotel juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan MAS dan hotel selain meletakkan papan tanda 'No Media After This Point' di pintu utama.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dengan lebih 150 warga China serta 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac sebelum hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 misi mencari dan menyelamat yang membabitkan 26 negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan rumusan data satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). - Bernama

Kapt Zaharie pernah beritahu kuburnya di Lautan Hindi?

Posted: 26 Mar 2014 03:29 AM PDT



Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.


Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.


"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;
"Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Enjin sayap Malindo pula terbakar, pemain bolasepak Terengganu terselamat?

Posted: 26 Mar 2014 02:11 AM PDT


Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian tersebut disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Y. Y Wong berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi tersebut selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Zahid ada bukti GRED A ... RBA kerohkan hubungan dengan China

Posted: 26 Mar 2014 09:30 PM PDT


Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa menyekat tohmahan, fitnah dan hasutan ini menerusi pelbagai cara, termasuklah akta dan undang-undang sedia ada.

Malaysia ada agensi yang pelbagai untuk tujuan ini termasuklah Suruhanjaya Multimedia.

Malah Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi ketika kempen Pemilihan Agung UMNO tidak lama dahulu sedang rancak, begitu bersungguh-sungguh untuk mengekang sebarang unsur-unsur subversif yang boleh menjahanamkan negara ini.

Cerita tentang RBA (Red Bean Army) bukanlah baru diperkatakan. Sudah terlalu lama. Namun sehingga kini, tidak seorang pun subversif tersebut ditangkap, didakwa, ditahan mahupun dihukum. Kebanyakan daripada bebas begitu sahaja.

Sedangkan pada masa yang sama, beberapa pemain siber yang pro-Kerajaan pula telah dipanggil, diberi amaran keras, malah dihukum kerana melakukan provokasi terhadap Pakatan Rakyat, bukannya negara!

Timbul persoalan, apakah sebenarnya pihak berkuasa Malaysia tidak cekap? Atau barangkali juga sekadar memandang remeh peranan yang dimainkan oleh RBA yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP?

Apakah cubaan RBA untuk mewujudkan ketegangan antara rakyat negara China dengan Malaysia, bukan perkara besar yang perlu diatasi secepat mungkin?

Petikan dari MyKMU

Kami percaya Menteri KDN Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi ada atau boleh perolehi bukti Gred A terhadap RBA. Harap ianya tidak di pass pass ke pihak lain macam striker passing depan gol kerana segan nak tendang masuk gol.

Warga China biadap tuntut Duta Malaysia sujud pada mereka

Posted: 26 Mar 2014 05:21 PM PDT


Malaysia's beleaguered ambassador to Beijing, Iskandar Sarudin, has held another meeting with relatives of the lost passengers, according to the Straits Times.

It reckons it is his fourth such meeting. On Tuesday he faced abuse from some relatives after Malaysia announced that it was beyond doubt that the plane had crashed with no survivors.
The Wall Street Journal has this report about that encounter:
Ambassador Iskandar Bin Sarudin was unable to answer many of the relatives' questions regarding the fate of loved ones aboard the missing flight. He said a high-level technical delegation would provide a fuller briefing for family members on Wednesday morning in Beijing.

"Let me share with you my deepest sympathy," he said. He pledged to release any new information as fast as possible, but for many his words were far from enough.
Some relatives shouted profanities at the Malaysian ambassador, who some in attendance described as reluctant to answer many of the questions posed by relatives. At one point, an angry relative demanded the ambassador kneel down before them. The ambassador did not.
According to Malaysia's critics the search for the plane has exposed inadequacies in the country's political system and the cronyist, elitist nature of its leadership.

Some of the criticism is unfair according to Tania Branigan in her analysis of Malaysia's handling of the search.
The unprecedented and bizarre nature of the case would have challenged any government, let alone the leaders of a developing country which lacks the capacity for much of the complex work required in the investigation.
The key breakthrough also came from unprecedented work to analyse satellite data, a time-consuming process.
Though officials declined to answer or brushed aside key questions throughout the case, they were certainly more transparent than Chinese leaders would have been in their place, responding to foreign as well as domestic media on a daily basis.
Some have suggested that Chinese families' suspicions of deliberate deceit – rather than ineptness or incompetence – says as much about their domestic experiences of government as it does about Malaysia's handling of affairs.
Persuading other countries to hand over radar and satellite data was never going to be an easy task in a region fraught with tensions.
Other problems seem to have arisen from understandable decisions implemented badly. At a news conference in Kuala Lumpur on Tuesday, airline officials defended the use of text messages as a "last resort" to ensure that family members did not hear the news first from media if they could not be reached by a phone call or in person.
"Our sole and only motivation last night was to ensure that in the incredibly short amount of time available to us, the families heard the tragic news before the world did," the airline's chief executive, Ahmad Jauhari Yahya, said.
Admirable as that intention was, the implementation clearly went awry: the families gathered in Beijing could easily have been briefed en masse and the message was sent in English, a language that most of them could not read. The Chinese version did not follow until later.
The lesson for governments – not just Malaysia's – is that clear and coherent information is what relatives need most when they face a bewildering loss and complicated investigation. Swift reassurance that a country's most senior leaders are doing their utmost helps too. Sending caregivers, supplying flights and offering belated statements of sympathy are simply not enough.

Baca seterusnya di Guardian SINI

Adakah Cina suka ditunjul berhati jahat? Isteri dan anak pun hilang suami dan bapa

Posted: 26 Mar 2014 08:28 AM PDT




Di sini pun ada seorang isteri dan anak yang kehilangan suami dan bapa.


 

Kita sedih tapi taklah sebegini.

Tetapi kami tidaklah sedih sampai jadi orang gila hingga menuduh kerajaan Malaysia, tentera dan pemimpin pembunuh. Padahal .... baca balik apa kami tulis SINI.


Di Malaysia ada pula cinabeng yang saja mahu guna akhbar mereka untuk membakar kemarahan rakyat bangsa cina dengan menuduh kerajaan macam-macam padahal kerajaan begitu ikhlas mahu menyelamatkan penumpang dan anak kapal.

Baca SINI



Yang sedihnya, ada pula pengkhianat antara kita. Baca MyKMU di SINI 

Red Bean Army semakin hari semaking kurang ajar Let us just take a few

1. https://www.facebook.com/WeFullySupportprdap ( 92 404 Likes )
2. https://www.facebook.com/wewantochange ( 207 696 Likes )
3. https://www.facebook.com/LianZhengNet ( 74 580 Likes )
4. https://www.facebook.com/PeopleAreTheBoss ( 145 805 Likes )
5. https://www.facebook.com/pages/请用行动支持火箭-Support-DAP-with-Contributions/130883080259495 ( 50 932 Likes )

Sejak MH 370 mereke terus untuk mempolitikkan isu ini. Mereka terus menambah luka dan membangkitkan segala emosi kemarahan rakyat dan dunia luar terhadap kerajaan Malaysia. Semalam sahaja mereka kaitkan isu ini dengan parti Barisan Nasional dan kini sudah mencecah 1373 share

https://www.facebook.com/WeFullySupportprdap/photos/a.425317754269272.1073741828.425312047603176/439909122810135/?type=1&relevant_count=1

Apa lagi RED BEAN ARMY mahu ?


Ada pula loyar yang perangai macam anak haram dan  mulut macam babi pula.


Yang cina tu memang orang tak percaya tuhan dan didalang kerajaan penindas serta hati yang sentiasa penuh dengan hasad dengki dan isi hati penindas. Ye Lin Sheng sendiri menulis SINI

Tapi yang Islam seekor ini, paham ke ugamanya...




Richard Quest pertahan kerajaan Malaysia tapi CNN kejar rating?

Posted: 26 Mar 2014 06:30 AM PDT





MH370 Lost in Indian Ocean: Quest comes to Malaysia's defence

NST March 25th 2014

KUALA LUMPUR: CNN's Quest Means Business presenter Richard Quest has come to the Malaysian Government's defence calling the MH370 incident as unprecedented.

Through his twitter account @richardquest, the cable network's aviation and airlines correspondent tweeted "Mistakes have been made in the investigation #MH370 by the Malaysians to be sure BUT this incident is unprecedented". 
He then tweeted saying that it was silly to suggest that only first world countries should investigate although the National Transportation Safety Board (NTSB), the United States Federal Aviation Administration (FAA), the French Bureau of Enquiry and Analysis for Civil Aviation Safety (BEA) and the Air Accidents Investigation Branch (AAIB) all took part and should be accredited.
"The NTSB,  the FAA the BEA the AAIB are all accredited and taking part. It's silly to suggest that only 1st world countries should investigate. Worse it is wrong. The Malaysians are in unique circumstances.
"Mistakes have been made but it is ridiculous to pretend that this investigation has been a disaster," he tweeted. 
He added that "no-one in their right mind" would have expected MH370 to be flying in the opposite direction without any radar or warning. 
"The Malaysians would be damned if they did release info and damned if they don't," he tweeted, adding that the big question now was how could the military have missed the aircraft when turn back and flying across the country, calling it a scandal. 
The MH370 went missing March 8 enroute from Kuala Lumpur to Beijing. It carried 239 passengers and crew.
Last night, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that MH370 was lost in the southern Indian Ocean and all on board feared dead.
Quest tweeted "The Malaysian PM confirms what we feared #MH370 flight ended in the Southern Indian Ocean RIP those on board. Sad news which confirm the worst suspicions. Now the experts must intensify efforts to find debris of #MH370 only that will reveal cause. I can not even imagine the heartbreak of the families.

Tapi kenapa CNN menyiarkan kenyataan jahat seperti berikut:



Pemberita penipu yang lebih memainkan cerita konapirasi dari berfakta. Baca SINI.

Pembohongan dilakukan untuk naikkan rating. Baca SINI



Si penipu diberi ruang untuk kritik kerajaan padahal dia ni satu hapa tak tahu pasal pentqdbiran kerajaan. Baca blog pembangkang SINI

Sudahlah ...


Kapt Zaharie beritahu kuburnya di Lautan Hindi?

Posted: 26 Mar 2014 03:30 AM PDT


Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.


Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;
"Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Akhbar cina bantu bakar rakyat China untuk tumbangkan kerajaan

Posted: 26 Mar 2014 01:30 AM PDT


Semua akhbar Cina tempatan, 26 MAC 2014, menyiarkan laporan penuh di muka depan masing-masing berhubung tindakan keluarga penumpang rakyat China dlm pesawat MH370, telah berhimpun di luar bangunan kedutaan Malaysia di Beijing untuk mengadakan bantahan menuntut kebenaran dan penjelasan dari Kerajaan Malaysia.

Mereka juga menuduh Kerajaan Malaysia berbohong dlm keseluruhan episod misteri kehilangan pesawat MH470.

Kumpulan ahli  keluarga penumpang itu melaungkan Kerajaan Malaysia berbohong pada kami dan desak Malaysia kembalikan ahli keluarga mereka.


Mereka juga mempamirkan kain rentang yg antara lain menyebut " MAS hutang kami satu penjelasan, " " MH370 Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" " 1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu."

Salah seorang anggota keluarga penumpang membacakan kenyataan mengutuk Kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana terus menerus melengah-lengahkan dan menyembunyikan kebenaran.

Berdasarkan bantahan yg dibuat dan reaksi oleh kumpulan keluarga penumpang pesawat MH370, dipercayai mereka ini telah dihasut dan disebarkan maklumat palsu oleh golongan tidak bertanggungjawab dari Malaysia.


Golongan tidak bertanggungjawab ini dipercayai merupakan orang Cina tempatan yg benci kepada Kerajaan/ penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah menghasut dan merancuni fikiran mereka dgn berita-berita yg direka dan maklumat palsu yg sengaja di ada-adakan.



Tujuan mereka adalah untuk melihat Kerajaan yg memerintah kini ditumbangkan melalui permainan kotor mereka dalam memanipulasikan misteri kehilangan MH370.

Golongan tersebut juga sedang rancak memainkan peranan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia serta merancuni pemikiran keluarga penumpang Cina untuk mencapai agenda mereka iaitu untuk melihat Kerajaan BN jatuh.

Nampaknya, akhbar-akhbar Cina juga seiringan dgn permainan halus oleh pihak yg tidak bertanggungjawab ini dgn melaporkan secara meluas berita bantahan di kedutaan Malaysia.

Berita yg dilaporkan seolah-olah menunjukkan pihak akhbar Cina juga setuju dgn dakwaan-dakwaan palsu yg sengaja diperbesar-besarkan oleh keluarga penumpang di Beijing.


Ingat balik apa yang didedahkan berikut ...


Rakyat China tak rasional atau Kerajaan mereka dalang?

Posted: 25 Mar 2014 11:30 PM PDT

Difahamkan ada rakyat China membuat kenyataan demikian pada CNN. Atau mungkin ianya CNN mengambil peluang dari ketidak puasan hati rakyat Cina.

Ada yang mengatakan kerajaan Malaysia gagal dalam berunding dengan perampas kapalterbang lalu mereka terus bunuh diri.


Sebelum ini rakyat CHina menunjukkan emosi tidak terkawal di PC KLIA





Semalam berita melaporkan ahli keluarga membbuat protes depan kedutaan Malayssia di Beijing. Baca SINI.

Anih negara komunis boleh benarkan permit mogok. Adakah kerajaan China benarkan?

Mereka tuduh kerajaan tidak beritahu perkara sebenar. Baiklah .... jika rakyat China dan pakar aviation tangkap muat yang begitu banyak sekarang tahu sebenarnya, cecrita dan dedahkan apa dia yang kerajaan Malaysia sorok dan tidak beritahu?

Malah ada pengarah filem soft porn dan comedy Hong Kong begitu kasar dan biadap sekali membuat kenyataan dalam twitter:


Katanya: I wonder why Malaysian Chinse can tolerate this group of Malay douche bag. Just topple them. You all can eat shit if you continue to tolerate them.

Baiklah rakyat China.

Kerajaan Malaysia tidak pernah bunuh rakyatnya. Baca Bujai SINI


Kerajaan kamu nbunuh jutaan ketika Cultural Revolution. Mana lagi Tianmen Square.


Ketika keretapi China terbalik, lebih ramai  yang mati. Kenapa tak bising?




Sementang kamu takut dengan kerajaan komunis kamu yang kejam, senang-senang nak tuduh kerajaan dan orang Malaysia sedemikian.


Berani ke anda persoal kenapa kerajaan Chin atidak membantu? Sure CCTV China tak berani siarkan.

Kalau macam begini sikap third world mentality China yang nak jadi superpower, bahaya dunia. Kuasa besar dunia yang tidak rasional dan bertanggungjawab.

TAMBAH LAGI:

Dato' Sri Hishamuddin's reply;

"Can I just also remind you that we received the satelite data from China, involving sightings in the South China Sea, which made us detract ourselves from the search and rescue, to search areas which we have already searched and it was found to be negative!" 

Dat dari cina negatif ... Baca SINI

Kikiki ... kini PKR persoal pulak otonomi Sarawak pulak

Posted: 25 Mar 2014 05:30 PM PDT

Masa PRN dan PRU lepas, PKR bakar Sabah dan Sarawak dengan timbulkan hak otonomi.

Kini Anwar persoalkan otonomi Sarawak pulak ... lapor Melanau Blogger:

Hak Autonomi Sarawak jadi kecaman PKR #PrkBalingian



Susulan pengusiran beberapa pemimpin kanan PKR dari memasuki Sarawak, Anwar dan pemimpin pembangkang terus mengecam dan mempersoal kuasa dan hak autonomi negeri Sarawak yang menjadi teras kepada pembetukan negara Malaysia.
Malah pemimpin PKR Sarawak, See Chee How turut terikut ikut rentak pemimpin PKR dari Malaya yang memperlekeh kuasa autonomi Sarawak dengan menyatakan mereka akan menggunakan saluran undang-undang untuk menangani hal tersebut.
Baca setrusnya SINI.
 Anwar ... anwar .... main isu depan belakang semua boleh.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHALID IBRAHIM ' TAMPAR ' PEMIMPIN PKR

Posted: 26 Mar 2014 08:55 PM PDT



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didapati bertindak melulu mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau menyifatkan bahawa usaha untuk menstruktur industri air termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor merupakan usaha yang kompleks, tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini kerana, katanya, dalam isu pengambilalihan syarikat konsesi, Selangor merupakan negeri pertama akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Maka sebab itu saya minta (pemimpin parti) supaya tidak membuat sesuatu tindakan melulu (jump the gun) dalam hal ini. Kita kena hargai kompleksiti untuk menyelesaikan pelaksanaan (penstrukturan industri air) ini.

"Tidak ada penstrukturan operasi air di negeri lain yang melibatkan penggunaan Seksyen 114 WSIA. Sebab itu kita kena beri masa yang cukup untuk pelaksanaan penstrukturan air ini, pada masa sama negeri juga turut memberi input untuk memastikan usaha ini dilaksanakan dengan lebih efektif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang menerusi laporan akhbar 18 Mac lalu mendakwa, kerajaan Persekutuan mengkhianati memorandum persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri kerana enggan menggunakan WSIA untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini.

Berdasarkan laporan itu, dakwaan dibuat menerusi kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa WSIA digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.


DAP DAN AHLI MAJLIS MPSP SURUH BERHENTI BERDOA #MH370

Posted: 26 Mar 2014 03:59 AM PDT




Ahli Majlis Perbandaran MPSP dan Naib Ketua Pemuda DAP Satees Muniandy , Penolong Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , menyeru orang ramai supaya berhenti berdoa dan mula cari pasal ??