Followers

Nuffnang

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Kenyataan Media Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Tragedi #MH370

Posted: 25 Mar 2014 09:00 PM PDT

c8f76cc849248bfe9d5d1b0536abbbfd image

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bagaimana Inmarsat rungkai misteri?

Posted: 25 Mar 2014 08:46 PM PDT


Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam kelmarin mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu.

Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat 'ping' daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.

Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.

Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.

Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2.

Suara Politik
Belantan

MH370 Hari ke-18: China minta data satelit daripada Malaysia?

Posted: 25 Mar 2014 10:32 AM PDT


Kerajaan China telah meminta segala data analisis satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikumpul oleh Malaysia.

Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng membuat permintaan tersebut semalam kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir" di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada data terbaru satelit.

Suara Politik
Belantan

#MH370: PM mahu polis siasat segenap sudut?

Posted: 25 Mar 2014 06:33 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi dari segenap sudut berhubung tragedi yang menimpa MH370.

Perdana Menteri berkata walaupun jawapan sebenar kepada misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit di dalam kotak hitam, namun mereka perlu komited dan profesional semasa menjalankan siasatan.

"Siasatan lain amat perlu dilakukan kerana keluarga mangsa mahukan jawapan segera. Ini merupakan satu tragedi besar dan menyayat hati Malaysia dan negara lain.

"Misi menjejaki pesawat MH370 dijalankan bersama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan 26 buah negara, namun siasatan punca kejadian perlu dilakukan secara rapi bagi mengurangkan spekulasi," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sehubungan itu, polis juga telah mengambil keterangan lebih 50 individu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat terbabit.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara yang sudah diambil keterangannya ialah staf Jabatan Penerbangan Awam, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia selain anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Siasatan masih berdasarkan kepada empat aspek yang diumum sebelum ini iaitu kemungkinan dirampas, sabotaj, keadaan psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


Sebelum itu, Inmarsat, AAIB temui bukti kukuh!

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, terdapat beberapa bukti kukuh yang boleh mengesahkan dakwaan MH370 hilang di Laut Hindi.

Menurutnya, bukti tersebut telah diperoleh dan dianalisis oleh Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan Inmarsa.

"Antara bukti yang boleh dipercayai ialah data yang mengesan lokasi terakhir pesawat MMH370, iaitu di Laut Hindi, selain itu, tidak ada lapangan terbang berdekatan dengan lokasi terbabit.

"Lokasi kawasan tersebut amat luas.... dan peluang bagi penumpang untuk bertahan di atas permukaan air agak tipis," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pasukan penyiasat sedang bekerjasama erat dengan pasukan pencarian bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung dengan kenyataan pesawat hilang di Laut Hindi 8 Mac lalu.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, kami menunggu maklumat terbaru untuk disalurkan kepada media serta keluarga penumpang dan krew MH370," katanya.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Penjelasan Ustaz Don: Kenapa Bangsa Lain Dengki Dengan Bangsa Melayu...

Posted: 25 Mar 2014 07:00 PM PDT

Korang dengar baik-baik apa yang dikatakan oleh ustaz don mengenai bangsa melayu dan bagai mana bangsa-bangsa lain terutama yahudi laknatullah alaih cukup dengki dengan bangsa kita...

Copy video ini dan sebarkan...

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar ketika di udara | Astro Awani

Posted: 25 Mar 2014 09:25 PM PDT

SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Wong Y.Y  berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

gambar dari lama sosial Faiz Subri
Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.







Video Enjin pesawat terbakar http://youtu.be/-qyZFASOAe0



Sent from my iPhone

Video Pemimpin PAKAtAN RAKYAt Basah Kuyup di Tengah Lautan Dilanda Ombak Setinggi Bangunan cari #MH307 ?

Posted: 25 Mar 2014 09:22 PM PDT

Tajuk hanya gempak saja nak tengok ada ke yang percaya. Jangan gelak kerana ini memang sindiran politik kepada pihak yang hanya pandai menipu dan terus menipu.

Memang tak ada antara kita yang akan percaya mereka akan sanggup redah lautan kerana kita hanya akan percaya air liur sahaja yang kencang keluar semasa bertempik atas pentas bukan air laut setingga beberapa meter seperti kita saksikan video di Lautan Hindi ini.

Bab percaya percikan air lain atas katil kena spender atau dalam tandas kita rasa tidak sopan untuk disebutkan di sini.

Nanti orang kata kita cari hits murahan dengan isu lucah walau ia memang ada rakaman.

Seterusnya :

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/bvGKiV28odo


Sent from my iPhone

Kain Rentang #PrayforMH370 Diconteng 'Royalti Hak milik Kelate'

Posted: 25 Mar 2014 08:51 PM PDT

Dipercayai ia dilakukan di Kompleks Sogo.

Namun kebenaran kisah ini perlu diteliti. Kerana jika silap info banyak pihak akan teraniaya.

Jika benar ini dilakukan penyokong pembangkang maka ia perbuatan tidak wajar namun tidaklah perlu diambil tindakan undang-undang...

Dari MSTAR : Warga Emas Saksikan Bangkai Kapal Terbang di Lautan Hindi Semasa Pulang Umrah 8 Mac 2014 Adalah Benar

Posted: 25 Mar 2014 06:52 PM PDT



Seorang Rakyat M'sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 8:40 AM


Kepulauan Andaman yang menjadi lokasi Raja Dalelah mendakwa objek seakan pesawat MH370 yang hilang.
(Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.


Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.


Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.


"Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

"Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.


"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.


Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari Umrah




baca sepenuhnya di sini http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/21/seorang-rakyat-msia-baru-pulang-umrah-dakwa-nampak-bangkai-pesawat-atas-laut-andaman/


Panglima : Jika hati bersih pandangannya akan tajam dan lebih tajam dari satelit yang dicipta oleh manusia bukan Islam...  Kebenaran telah terbukti dengan laporan satelit dan disahkan secara rasmi dua hari lepas... Namun semua telah berlalu dan tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan.

Gurauan Kapten Zaharie kepada kenalan rapatnya jadi kenyataan

Posted: 25 Mar 2014 06:46 PM PDT




KUALA LUMPUR 25 Mac - Gurauan juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusara Zaharie merupakan satu petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut laporan Bernama, Mohaza Mohaza, yang dipercayai kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan daripada juruterbang itu pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.

Sementara itu, anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370', Ahmad Idris menulis "Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, "Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.

"Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan."

Dalam pada itu, catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.

"Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.

"Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.

"Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya," katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

"Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak," jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

"Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.

"Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_16/Gurauan-Zaharie-kepada-kenalan-rapatnya-jadi-kenyataan#ixzz2x1r9fJgI
© Utusan Melayu (M) Bhd

World's Scaries Plane Landing - Youtube

Posted: 25 Mar 2014 02:07 AM PDT


Betul Ke Ini Pilot @AirAsia Pertikai Kenyataan PM @NajibRazak #MH370 Wahai @TonyFernandes ???

Posted: 25 Mar 2014 12:02 AM PDT


 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sepatutnya kita bersatu padu

Posted: 25 Mar 2014 09:32 PM PDT


Jelas sekali Malaysia mahu dianiayakan oleh media asing.

CNN turut membakar sentimen dengan menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Semantara itu, FOX NEWS yang merupakan Red Bean Army USA, telah sebarkan berita palsu bahawa Juruterbang adalah pengganas islam dan juga mengaitkan Yang DiPertuan Agong, PM dan TPM sebagai pemimpin pengganas islam di asia tenggara.

Baca FB SINI.

Pada ketika keadaan begini patutny akita bersatu seperti mana kedua-dua parti Democrat dan republican bersatu ketika 911 dan ketepikan politik.

Lihat apa yang dikatakan oleh pembangkang:



 Antara paling anjing adalah Anwar dan Lim Kit Siang


Cubalah baca blog SINI, peliwat negara! Baca juga MyKMU SINI.

Masa masuk universiti pergi belajar Malay Studies yang tak membawa hasil. Itu pun sekarang meliwat bangsa sendiri!!!!



Detail lebih boleh baca SINi tapi anwar tak pernah belajar Fizik dan Mathamatics untuk faham.

Dan LKS:


Sekarang nak pura-pura sedih dan simpati:

Twitter - mpkotabelud- Lim Kit Siang

Mana lagi enyokong pembangkang yang lain ...


Syukor Azmin bersikap rasional ...


Ingat "kita" tak sedih terpaksa terima hakikat MH370?

Posted: 25 Mar 2014 08:03 PM PDT








Pasti rakyat semua sedih. Baca Bicara Perjuangan SINI dan Anak Seberang SINI

CM patut ban terus DAP dari Sarawak

Posted: 25 Mar 2014 05:30 PM PDT


Langkah bijak Ketua Menteri Sarawak untuk menjaga keharmonian sesama rakyat dengan menahan kemasukan Rafizi Ramli, Teresa Kok, dan Saifuddin Nasution.

Selangor Chronicle menulis:


PKR dan DAP seringkali memberitahu para pendengar mereka, kononnya Sarawak di dalam Malaysia tidak mempunyai kuasa. Kononnya Sarawak hanyalah pecacai yang terpaksa menurut perintah Putrajaya dalam segala hal.

Apabila diberitahu bahawa Sarawak mempunyai kuasa-kuasanya yang tersendiri sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian 20 Perkara Penubuhan Malaysia, Pakatan Rakyat memperolok-olokkannya.

Sehinggakan mereka berjanji kononnya jikalau Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak, maka Sarawak akan menikmati autonominya yang tersendiri.



Hari ini, di sebalik berita duka tentang nasib pesawat MH370 yang disahkan berakhir di selatan Perth, Australia biarpun bangkai dan mayat belum ditemui, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat menerima nasib kesan daripada kuasa autonomi yang dimiliki oleh Sarawak.

Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Teresa Kok tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Sebaliknya, sebaik-baik sahaja mereka sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, mereka telah diperintahkan oleh Imigresen Sarawak untuk mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur semula.

Maka melalaklah para pemimpin Pakatan Rakyat itu kononnya, kehadiran mereka amat digeruni oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang dipimpin oleh Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB). Kononnya Kerajaan Negeri Sarawak enggan membenarkan kebenaran daripada sampai ke pengetahuan rakyat Sarawak.

Dan kononnya juga Kerajaan Negeri Sarawak telah melanggar kuasa-kuasa yang diperuntukkan berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

Sepatutnya para pendokong Pakatan Rakyat yang cukup gemar dengan perkataan 'AUTONOMI' mulai faham bahawa kuasa yang menerajang mereka keluar dari Sarawak itulah yang dinamakan autonomi.

Baca sepenuh SINI


Keharmonian antara kaum adalah lebih penting dari kebabasan pada anarki dan pembawa huru hara.

Malah usaha pemimpin seperti Tony Pua dan Nurul Izzah pun harus ditahan masuk.

Pedululah mereka melalak kerana mereka ingat pihak kerajaan Sarawak tidak pantau apa-apa yang dierkatakan dan tindak tanduk mereka membakar sentimen antara kaum dan penganut ugama.

DI Sarawak DAP paling kuat membakar sentimen antara ugama dengan membbuat pelbagai tomahan terhadap kerajaan.

Di Sabah, dah ada usaha ahli Parlimen DAP Jimmy Wong berdemo mahu azan diperlahankan. Syaitan memang gitu lah perangai.

Orang Islam dalam PR biar saja ianya berlaku. Inilah bigot dan racist yang sedang disebarkan ke rakyat.

Itu pasal perlu ISA tapi ....

PRK Bailingan: Tak membangun bising, Ada pembangunan isu alam sekitar pula

Posted: 25 Mar 2014 08:30 AM PDT



Press Metal Sarawak patuhi piawaian sedunia

Balingian: Press Metal Sarawak Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelebur aluminium pertama di Malaysia, di sini, menyatakan mereka menggunakan teknologi terkini dalam operasinya.

Dato Paul Koon, selaku Ketua Pegawai Eksekutif kilang tersebut juga memberitahu pihak pemberita yang menghadiri sidang media di sini,"Kami juga tidak terlepas dari tohmahan dari beberapa NGO tempatan mengaitkan kami dengan pencemaran kesan dari operasi kilang".


Beliau dalam menjawab isu berkenaan mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk melihat sendiri proses operasi kilang tersebut.

"3 bulan sekali juruaudit luar akan datang ke kilang kami untuk memantau prosedur standard operasi kilang", tambahnya lagi.

Selain itu, Dato Paul juga berkata, teknologi terkini yang mereka gunakan disamping mematuhi peraturan ketat Jabatan alam Sekitar (JAS) Sarawak menunjukkan operasi kilang mereka setanding dengan satu lagi kilang yang beroperasi di tengah-tengah bandar di Dubai dan Jerman sekaligus membuktikan bahawa hampir tiada kesan pencemaran alam sekitar.

"Hubungan kami dengan penduduk sekitar sememangnya amat baik sekali", tambah Dato' Paul. Press Metal juga kerap kali mengadakan aktiviti sosial bersama masyarakat tempatan dan beliau amat berterima kasih diatas reaksi positif mereka.

Kenyataan itu menolak persepsi serta tohmahan NGO yang ditaja oleh parti politik yang sedang hangat menggunakan isu pencemaran di kawasan Balingian, Mukah.

Dengan teknologi terkini dan pelaburan modal sebanyak RM3 billion, membuktikan Press Metal tidak mengganggu alam sekitar di kawasan Balingian, Mukah.

Sarawak Online

-------------------

Biasalah NGO yang didalang pembangkang Tak bawa pembbangunan dia mainkan isu itu. Bila bawa pembagunan, dia cari dan reka isu alam sekitar.

NGO ni nak kuasa dan bukan ada isu pun.

Goodfellow, pilot bela Zaharie tak jelaskan kenapa MH370 turnback begitu rupa

Posted: 25 Mar 2014 05:30 AM PDT




Kami terima satu pandangan seorang juruterbang bernama Chris Goodfllow yang membela Kapt Zaharie dari sumber whats App.

Lepas cari, jumpa sumber di DailyMail UK di SINI, akhbar sama dedahkan pilot sebagai fanatik politik PKR.


Baca berikut:
Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."


----------------------------

Semua memberi hipotesis. Bukan teori... kerana teori perlu ada bukti empirical.

Masih tidak boleh dijawab macam mana kapalterbang boleh buat manouvre untuk terbang ke 35,000 kaki dan konar balik. Ini tak boleh dilakukan oleh sembarang juruterbang.

Tak boleh juga autopilot.


Masih tidak terjawab kenapa dia naik begitu pantas dan junam pula. Dan terus tak boleh detect...

Ianya dilakukan untuk hilang tak lama lepas kata goodnite.Pada pendapat kami,, susah nak terima tak berapa minit lepas goodnite sesuatu berlaku.

Kenapa?

Buktinya dalam blackbox dan bangkai kapalterbang. Kebenarannya Allah jua yang tahu.

Kita memberi pandangan tanpa emosi walaupun ada mirip political. Kenapa Anwar dan Wan Azizh tidak segera menyatakan simpati tatapi bermain politik?

Nak marah Unspinners, sila marah Anwar dan Azizah yang sama political juga.

Fikir-fikirkan ketika anda baca usaha yang kami lihat semangat setiakwan sesama pilot untuk tutup salahlaku rakan mereka. Tapi kita bukan macam blogger PR yang tak boleh beri laporan seimbang. Tak seperti media PR yang hanya nampak profesyenal tapi secara halus putarbelit berita.

Kita hanya beri pandangan. Laporan tetap profeseyenal.

Selamat hari polis ke 207

Posted: 25 Mar 2014 02:31 AM PDT


Harap tak terlamat nak ucap....


Ya ... polis kita lagi lama wujud sebelum pegawai NKRA kaki mabuk dan liberal tak bermoral berkenaan jenayah di PEMANDU yang cuba nak memandai pasal jenayah.

Biar orang tak puji, asal tuhan mengetahui,
Biar tak naik pangkat, asalkan hasilnya berkat,
Biar gaji tak naik, asalkan dah buat yang terbaik,
Biar kerja teruk asalkan peribadi tak buruk,
Biar rumah kecil asalkan anak tak degil,
Biar kereta lama asalkan kemana bersama sama,
Biar belum mewah asalkan hidup mudah,
Biar belum.kaya asalkan diri bahagia,
Biar tak byk kuasa asalkan byk masa utk keluarga,
Biar pasangan garang asalkan dia masih sayang,
Biarkan segalanya setelah beri semuanya,
Biar tak cantik asalkan diri menarik,
Biar tak handsome asalkan peribadi awesome.

Mana tidak Unspinners terus terang, Anwar/LKS pun nak nyalahkan kerajaan

Posted: 24 Mar 2014 11:39 PM PDT


PM hari ini membentangkan usul takziah sebagai menunjukkan negara, pemimpin dan rakyat sama bersatu di atas kesedihan.

 "BAHAWA Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang, yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan takziah yang amat sangat, kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370 tersebut.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat atau SAR, khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini "


Tapi pembangkang tidak menunjukkan sikap rasa kasihan dan pertahankan negara tapi bersama dengan rakyat asing untuk salahkan kerajaan kita.

Anwar menyalahkan kerajaan apabila berkata di lobi Parlimen, "Tahniah kpd semua pihak yg telah bertungkus lumus dlm usaha menyelamat MH 370. Tetapi sampai skrg timbul kemusykilan masih tdk dpt maklumat, punca, kenalpasti kehilangan, kegagalan radar di Gong Kedak kenalpasti mengapa pesawat mengubah haluan dan berpatah balik."


Hoi peliwat bongok! Radar TUDM bukan untuk pantau pesawat komersial tapi pesawat tentera dan foreign threat lah!!!

Tanyalah kenapa kawan dia Kapptan Zaharie itu putar balik dan bunuh diri di Lautan Hindi???
Anwar mahu tunjuk pandai untuk mengesyorkan Parlimen mengadakan satu siasatan dan jawatankuasa khas peringkat Parlimen bagi mengenalpasti isu kehilangan pesawat ini.

Dia turut persoal keputusan PM untuk umum MH 370 tenggelam di Lautan Hindi, tanpa menunjukkan bukti. 

Itu pasal dia tidak dibenarkan tengok map satelit yang ada flight plan. Syarikat satelit tak benarkan disiarkan umum. Nak buat macam mana?

Lim Komunis Siang pula:

Keputusan batalkan pencarian hari ini adalah keputusan pihak Australia lah komunis!

Kalau dia mahu "closure" kami cadangkan mereka hantar Mat Sabu, Tony Pua, Tian Chua dan Nurul Izzah supaya dive masuk Lautan Hindi:



Kalau mampus, kita minta parlimen buat usul takziah juga hehehe ....!!!

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


CEO MAS: Hancur luluh hati saya?

Posted: 25 Mar 2014 06:42 AM PDT


"Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya.

Beliau berkata apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini.

"Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya.

Setelah 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, semalam, Najib mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Inmarsat, syarikat dari United Kingdom yang menyediakan data satelit berkenaan.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PILOT AIR ASIA HINA TRAGEDI #MH370 @tonyfernandes

Posted: 25 Mar 2014 09:38 PM PDT



Juruterbang, Krish Jejendira mendakwa kerajaan menyembunyikan banyak maklumat berhubung kehilangan pesawat MAS MH370.

Bahasa digunakan, kasar. Barangkali begitulah amalan komunikasi hariannya. Kebiadaban individu terpelajar, terserlah.



Saya ajukan soalan kepada individu arif dalam sistem penerbangan di Malaysia.

"Kalau dua calit di bahu, pangkat apa?"

"Kita panggil calit itu sebagai 'bar'. Kalau 4 bar, kapten, 3 bar, first officer, 2 bar, second officer dan 1 bar, juruterbang kadet," jelasnya.

Namun dia mencatatkan di facebook, pangkatnya, 'senior first officer'.


Klik di sini.


Jika DAKWAANNYA benar, dia harus berani tampil mendedahkan MAKLUMAT itu. Polis juga wajar memperoleh maklumat sama untuk membantu siasatan.

Hemat saya, pendapat peribadi sebegitu tidak seharusnya dikongsikan di laman sosial. Tambahan pula pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian menimpa MH370.

As a pilot, I think that he could come up with better comments.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan siastan dilakukan dari setiap sudut, klik di sini.

Juruterbang itu menuntut bukti menunjukkan MH370 terhempas.



Dalam sidang media, jam 10 malam , Najib berkata, penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan. Tidak pula saya mendengar perkataan 'crashed' atau terhempas.

Krish, please watch this, probably you have missed the press conference.


 


Saya percaya, menangani tragedi hitam penerbangan negara itu, tidak semudah merakamkan gambar secara selfie.

Baca entri blog, Medan Tempur Kedah, klik di sini.


Sumber : http://www.mazidulakmal.com/2014/03/juruterbang-mendakwa-kerajaan.html

#PRK Balingian: BEDA BN - PKR BAK LANGIT DENGAN BUMI

Posted: 25 Mar 2014 04:00 PM PDT


Bila kamik banding calon BN; Yussibnosh Balo (YB) dengan calon PKR; Abdul Jalil Bujang (AJB), kamik lihat banyak beza. Beza umur, kemampuan dan pengalaman. YB lebih banyak kawan, orangnya mesra dan tahu semua kawasan Balingian.

Bagi kamik, wakil PKR nyata tidak punya kemampuan kepimpinan. Beliau pernah kalah dalam PRN ke 10 dulu dan hilang wang pertaruhan. 

Katanya dia rapat dengan orang di Balingian, saudara-maranya ramai di situk selalu pulang kampung. Tapi selama dia bolak balik pulang kampung dia kata dia lihat di Balingian tiada pembangunan selama 30 tahun kerana diperintah oleh Barisan Nasional. Sungguh betul dia tipu rakyat.

Pusat pentadbiran baru kerajaan di Mukah...antara mercu tanda pembangunan di Balingian

Apa AJB ini buta atau sengaja mau bohong orang Balingian. Nun di Mukah saja penuh dengan pembangunan sejak Pehin Seri Taib jadi ADUN Balingian. 

Sama juga dengan di Jepak tempat AJB bertanding dulu. Dia bawak isu tiada pembangunan di Sarawak, isu rasuah, isu kemiskinan rakyat tapi dia sendiri hidup bermewah dan hanya pandai cakap saja. Hujung-hujungnya dia kalah teruk.

Apa orang begini mau kita jadikan wakil rakyat kita di Balingian? Nanti dia cuma janji-janji saja. Rakyat juga kena tipu dengan janji kosong AJB. 

Pesan kamik, usah bagi undi pada AJB nanti kita semua juga akan susah. Kita mau letrik dia tiada duit mau bantu, kita mau bekalan air dia tiada duit mau tolong, kita mau jalan dia tiada duit mau kasi, anak mau bantuan sekolah belajar dia tida mau bagi duit. 

Tapi dia sama PKR hanya mau jadi wakil rakyat saja bukan mau tolong rakyat. Dia cuma suka bising-bising ganggu orang Balingian untuk hidup aman dan senang.

Jadi kamik mintak anak-anak Balingian berilah undi pada orang kita Yussibnosh Balo (YB) dan Barisan Nasional (BN) pada 29 hb ini. Nanti kita di Balingian hidup senang aman damai dan tiada pepecahan .




APAKAH ANDA AKAN BERSEDIH JIKA YANG MENJUNAM DI LAUTAN HINDI ITU TIAN CHUA ?

Posted: 25 Mar 2014 07:50 AM PDT

Tian Chua Tidak Menghormati Keluarga Mangsa
CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA), Naib Presiden PKR yang tiba dengan pesawat Air Asia AK 5872 dari  Kul/Sibu pada 25 Mac 2014 telah ditahan oleh pihak Jabatan Immigresen.

Dia dan rakan-rakannya diusir balik selaras dgn sekatan kemudahan Imigresen di bawah arahan berkuasa negeri Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 66 Akta yang sama dan pulang menaiki pesawat seterusnya AK 5873 SBW/KUL pukul 3.15 petang.





#MH370 : TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUAGA - PM

Posted: 25 Mar 2014 12:29 AM PDT



Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari ini membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut Perdana Menteri, di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

``Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

``Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi,'' katanya.

Menurut Najib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan

antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

``Kerajaan berpendapat,kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut.

``Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan

bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan,'' katanya.