Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Tragedi MH370,Peringatan Dari Allah,Dr Ridhuan Tee

Posted: 24 Mar 2014 06:42 PM PDT

Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.
"Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya," katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati
Allah di dalam pesawat.

Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.

"Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat

(Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.

"Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah
dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan
dengan jiwa kerohanian Islam.

Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa
di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.

"Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS
dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.

"Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua
peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta," katanya. – 24 Mac, 2014. -The Malaysian Insider

Pahlawan Neraka

Posted: 24 Mar 2014 10:40 AM PDT

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. 

Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu."Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
-detikislam.blogspot.com

Lagi Kes Teknikal Pesawat Mas,Generator Tidak Berfungsi La Pulak..

Posted: 23 Mar 2014 11:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Isnin mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam Ahad, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.
"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya.Mstar
-malaysiaberih.blogspot.com

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


DOA UNTUK MH370

Posted: 24 Mar 2014 08:11 AM PDT

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن
Salam takziah kepada SEMUA yang kehilangan Keluarga ‪#‎DoaUntukMH370‬
سمواك روحث دجوجوري رحمة

Al-Fatihah

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Kemenangan @DrWanAzizah #PRKKAJANG Petunjuk Kronisme Makin Subur dalam PKR Diterima Rakyat - Tahniah @Anwaribrahim !!!

Posted: 24 Mar 2014 10:42 PM PDT


Berita Utusan Malaysia

Politik 'bateri 3A' PKR - Ezam


KUALA LUMPUR 24 Mac - Rakyat Selangor kini terjerat dengan politik 'bateri 3A' yang dicaturkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Ezam Mohd. Noor berkata, politik seumpama itu amat berbahaya memandangkan tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan semula kuasa yang hilang dan habuan politik semata-mata.

"Percaturan politik kuasa akan terus berlaku dalam PKR dan Selangor khususnya memandangkan Selangor satu-satunya negeri yang mereka berkuasa dan boleh mencatur. Sebab itu Selangor sehingga hari ini tiada rancangan ekonomi yang konkrit.

"Kita seharusnya sekarang tumpukan kepada soal ekonomi. Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui proses transformasi ekonomi yang paling rancak tahun ini dan ia dilakukan untuk menampilkan ekonomi mantap demi kesejahteraan rakyat hari ini dan zaman mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung masa depan rakyat Selangor di bawah PKR selepas parti tersebut berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, proses memantapkan ekonomi memerlukan tumpuan serta dukungan rakyat yang celik ekonomi dan mampu menjadi pemain utama dalam proses tersebut.

Katanya, semua pihak perlu ke arah itu dan meninggalkan politik peribadi melampau berkenaan kepada PKR terutama 'kepimpinan 3A' yang jelas masih pada takuk lama sejak 1998.

"Rakyat khususnya orang Melayu sepatutnya tinggalkan sentimen sempit berlegar soal masalah dan matlamat peribadi seorang pemimpin yang terbabas jauh ke jurang kehancuran. Malaysia sebagai negara tidak terbabas, negara di landasan betul untuk menjadi negara Islam maju dan berdaya saing," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Pembangunan Integrasi Nasional PKR, Prof. Dr. Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kehadiran Wan Azizah di Selangor merupakan rancangan Anwar untuk meletakkan 'mata dan telinganya' dalam pentadbiran negeri.

"Kebarangkalian untuk Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saya tidak yakin kerana agak mustahil memandangkan sentimen atau polemik yang bakal dicetuskan.

"Jika Menteri Besar seorang wanita akan mengundang pelbagai kontroversi terutama dari sudut adat setempat dan agama," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140325/po_04/Politik-bateri-3A-PKR---Ezam#ixzz2wwyi8TGR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Press Conference : Malaysian Airlines #JustNow #MH370 #Latest @BernamaDotCom

Posted: 24 Mar 2014 10:17 PM PDT



MAS provided 20 more caregivers over the last 72 hours, in addition to 700 caregivers already dispersed by the airlines to provide round the clock support for families of passengers on board flight MH370 - MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya


MAS rebutted claims that relatives of passengers onboard flight MH370 were stationed in isolated place - MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya


The use of SMS was only as an additional means in ensuring nearly 1,000 relatives of passengers onboard flight MH370 to get the news from MAS, and not from the media - MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya


MAS to offer additional financial support to relatives of passengers onboard flight MH370 as the search for the airliner continues - MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya


Missing flight MH370 is an unprecendented event that followed by unprecedented response - MAS Chairman Tan Sri Md Nor Yusof


Australian government will only grant visa to family members of flight MH370's passengers after strong evidence of the aircraft found - MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya


MAS Chairman Tan Sri Md Nor Yusof said the airliner declared lost of its MH370 aircraft and 239 passengers and crew based on the evidence from Inmarsat and AAIB


MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya said the airlines provided caregivers to over 900 families of MH370 passengers and crew


MAS CEO Ahmad Jauhari Yahya said the airline extend prayers to the families of the 239 souls onboard MH370


MAS Chairman Tan Sri Md Nor Yusof said everybody must now accept non of the passengers of crew aboard MH370 survived


http://www.bernama.com/bernama/v7/listlatest.php

LIVE : Press Conference by PM @NajibRazak #MH370 24 March 2014

Posted: 24 Mar 2014 07:41 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/7eIWgjnG39o


Sent from my iPhone

BAS BAWA PELAJAR SEK.MEN KATOLIK JATUH GAUNG DI HULU LANGAT - 1 MATI 35 CEDERA

Posted: 24 Mar 2014 02:59 AM PDT



Seorang pelajar terbunuh manakala 31 yang lain dilaporkan cedera apabila bas sekolah yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Hulu Langat, kira-kira jam 2.20 petang tadi.





Bas berkenaan yang kelihatan terbalik dengan bumbung berada di bawah membawa penumpang berupa 35 pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Katholik, Petaling Jaya.





Lokasi kejadian adalah jalan bercerun menuju ke menara tinjau Hulu Langat.


Lima pelajar dikatakan terperangkap dalam bas yang terbalik dengan seorang pelajar berusia 17 tahun maut akibat tersepit.





Kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Ampang. – REM RAMZI MYNEWSHUB


Sumber: THE STAR / NEW STRAITS TIMES





mynewshub.my/2014/03/24/segera-bas-sekolah-masuk-gaung-di-hulu-langat/#.UzAADaiSySo

Proton Subprima S Jauh Lebih Jimat Berbanding Vios dan Jazz - Paultan @Youtube

Posted: 24 Mar 2014 02:15 AM PDT




Airbus 380 : Rakaman Pilot Dengan Menara Kawalan Membuat Pendaratan - Youtube

Posted: 24 Mar 2014 01:51 AM PDT


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Jangan maki Unspinners saja ... Maki juga Malaysia Insiders, pemimpin dan media PR

Posted: 24 Mar 2014 09:49 PM PDT


Ramai memaki Unspinners keranan menyuarakan hipotesis yang condong menyalahkan pilot Kat Zaharie. Baca di dalam komentar di SINI.

Kononnya kami tidak sensitif. Kita sudah sensitif untuk tidak bbuat spekulasi membabi bbuta macam pemimpin dan media pro pembangkang. Jelas kami katakan ianya hipotesis dan bukan teori kerana teori perlu bukti. Hipotesis berdasarkan maklumat yang ada kami kami. Jika anda rasa berbeza, itu pandangan anda.

Oleg kerana kami dimaki, harap maki juga Malaysian Insiders. Mereka pun laporkan hal sama SINI.


Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

"Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu," kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya "ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif."

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:"Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional."

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

"Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan," kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai "pembunuh sebenar" penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

"Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar," kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. - 25 Mac, 2014.

------------------------

Yang nak bbersedih, teruskan tapi kami ada hak untuk beri padangan sendiri. Kalau kami dimaki, sila maki Malaysian Insiders.

Sila maki pembangkang lain seperti ...















Betulkah anak Kaptan Zaharie berkata "Ayah ni menyusahkan..."?

Posted: 24 Mar 2014 06:37 PM PDT


Mudahkah sekali pelbagai buat andaian untuk salahkan kerajaan dan parti pemerintah dalam hal MH370.

Jika imigresen dituduh tidak cekap kerana tidak berjaya mengesan pasport curi, tahukah mereka cara untuk kesan pasport antarabansga yang dicuri? Kalau passport itu passport China dan pemegangnya orang putih, boleh ditanya dan selidik.

Imigrsan segala hanya keluarkan pasport antarabangsa Malaysia dan terbatas untuk mereka kesan penumpang yang guna pasport curi antarabangsa dari negara lain.

Menyalahkan radar TUDM tidak mengesan pesawat misteri. Fahamkah mereka bagaimana radar menegsan pesawat di udara?

Cuba tanya Tony Pua kenapa dia bising setiap kali Kementeriaan Pertahanan mahu membeli pelbagai aset dan ketikalah dia yang tidak pernah masuk askar atau mana-mana badan beruniform memandai dalam hal pertahanan dan hebuh mendedah-dedahkan hal pertahanan negara.

Cawangan khas tiada maklumat dalaman. Tanya Nurul yang mahu CK ditutup dan anggota CK dihantar ke bahagian jaga jenayah. Isunya boleh ke CK kesan apa dalam fikiran seorang pilot.

Banyak persoalan dan polis sedang menyiasat untuk mengetahui 4 perkara samada ada atau tidak  perbuatan sabotaj, atau perbuatan terrorisma/hijack atau masaalah psychology atau masaalah peribadi.

Untuk siasat bukan senang. Ia perlu penglibatan dan bantuan dari negara lain dan badan antarabangsa.

Di sini sama masaalah untuk mencari yang memerlukan sokongan dan bantuan luar. Disebabkan maklumat radar antarabansga adalah maklumat sensitif yang melibatkan rahsia pertahanan negara masing-masing, ia menjadi susah.

DAP, PAS dan PKR hanya pandai komplen tapi ianya memberi gambaran pada yang berilmu dan tahu bahwa ketiga-tiga parti ini bbodoh nak mampus!


Kita ketepi isu sabotaj dan teroris untuk pihak berkepakaran lakukan yang patut dan tanya perihal juruterbang.

Dalam hal peribadi, Kapt Zaharie ini punya banyak masaalah keluarga. Kenapa tiada ahli keluarganya ke hadapan dan hilangkan diri dari pandangan awam?

Ada seorang anaknya pulang dari belajar di Melbourne dan konon sedih bila dengar pelbagai kata-kata terhadap bapanya, tapi KENAPA ANAK-ANAK KAPT ZAHARIE ENGGAN BERKERJASAMA dengan pelagai pihak tapi hanya datang untuk mintak elauns pemberian MAS pada keluarga saja?

Satu sikap yang anih.

Kenapa keluarga Kapt Zaharie tidak duduk di rumah tapi seolah-olah melarikan diri?

DIfahamkan dari sumber dalaman, keluarga Kapt Zaharie bermasaallah. Dia hidup satu rumah tapi dalam dunia berasingan dengan ahli keluarganya.


Itulah sebab Kapt Zaharie dianggap "crazy" atau kegilaan seorang genius untuk ada simulator peribadi di rumah. Kalau dipejabat, segala penerbangan yang mahu diciuba dengan simulator akan direkod dan diketahi maka adakah dia cuba manouvre sesuatu penerbangan yang berlainan dari baisa.


Kapt Zaharie asyik tidak kena dengan ahli keluarganya. Salah seorang anaknya kahwin dengan wanita yang 6 tahun lebih tua dan ini tidak disukainya.

Salah seorang anaknya kata lain pada akhbar tapi meluahkan perasaan pada rakan-rakan juruterbang ayahnya hingga terkata, "AYah ni meyusahkan ... Malu"

Kapt Zaharie orangnya pendiam tapi dalam diam-diam dia berupaya berlaku kejam. Dia diketahui crew pernah syok terhadap salah seorang peramugari hingga dikejar sampai bercerai perkahwinan wanita ini.

Kalau ini semua bukan bukti muktamad untuk melakukan sesuatu kejam terhadap 238 anak kapald an penumpang lain, ianya diterima.


Akhbar Britain ada menyiarkan laporan bahwa Kapt Zaharie adalah seorang fanatik politik dan gambar closeup di atas menunjukkan dia menyuarakan pandangan kiri dan amat kritikal untuk mamakai T shirt "Democrasy is Dead"


T shirt untuk menunjukkan rasa kecewanya pada kerajaan dan negara ini tapi dia tidak menyalahkan orang yang menyebabkan kekecuhan di negara ini selama lebih 3 ke 4 dekad iaitu Anwar Ibrahim.

Difahamkan dia terlalu amat sedih dan emosi dengan keputusan mahkamah rayuan menyatakan Anwar bersalah dan dihukum penjara 5 tahun

Ikuti reaksi Anwar Ibrahim ...



 
Ketika berceramah Anwar ada kata juruterbang menagis selepas dengar keputusan mahkamah. Dan dia segera cuba putarbelit dan bohongkan pengikut media antarabansga bila tuduh Kapt Zaharie adalah penyokong BN.


Sebagai juruterbang yang rela masuk PKR, mesti ada elemen nekad dalam jiwanya. Kebanyakkan ahli PKR mempunyai psyche dan psikoloji nekad.

Sedia masuk jel, Sedia kena siasat polis. sedia berbohong dan putarbelit walaupun salah kerana taksub. Sedia huruharakan negara hanya kerana idola mereka.

Kapt Zaharie mungin sudah sampai tahap tidak rasional untuk cepat salahkan segala-gala hal pada UMNO dan BN dan menutupkan mata hati kepada salahlaku PKR yang lebih banyak.

Akhir sekali nekad menolak lojik dan fakta, tetapi hanya percaya teori konsirasi yang tidak berbukti hingga percaya pemimpin mereka yang tidak beroral boleh membuat keadilan dan kesaksamaan pada negara ini.

Pelbagai andaian dan interpretasi boleh dibuat dari kenyataan anak Kapt Zaharie secara private tapi yang jelas Kapt Zahrie adalah orang bermasaalah dan kami percaya booleh dimanifestasikan dengan memberi jiwa dan raganya pada PKR.



Persoalannya masih kenapa kapalterbang ini dibawa ke Selatan Lautan Hindi yang jauh tersara dari destinasi Beijing dan arah yang bertentangan dengan arah utara ke Beijing?





Hanya juruterbang yang cekap bertaraf instructor dan berpengalaman boleh lakukan manouvre anih seperti di atas. Manouvre penerbangan yang dilakukan bertujuan untuk menggunakan blindspot radar untuk elakkan kapalterbang dari dikesan radar.

Pengalamannya juga memberinya ilmu bahawa proses mencari paling susah di Selatan Lautan Hindia dan tidak akan meninggalkan kesan.

Blog Apa tersirat ada pelbagai teori SINI. Kesan-kesan akan membuka kemungkinan-kemungkinan. Selagi blackbox tidak dijumpa tiada apa yang boleh dikata dengan pasti. Kalau jumpa pun, makan masa setahun baru boleh diketahui dengan sah apa yang dikatakan.

Usaha untuk dapat bangkai kapalterbang akan memakan makan masa bertahun kerana keadaan Lautan tersebut yang susah untuk terokai. .

Hipotesis kami bahawa juruterbang Kapt Zaharie membunuh diri dan tidak mahu dikesan. DIa tahu cara untuk elak dikesan dan tak mahu tinggalkan bukti.

Kapt Zaharie kami percaya mahu bunuh diri atas sebab:

1. Kecewa dengan syarikat MAS yang mana lumrah antara pilot di MAS yang hanya mementingkan diri dan mahu gaji lebih mewah dan kemudahan lebih tanpa pedulu kedudukan syarikat dan pekerja lain.

Namun kegagalan Khazanaah memulihkan MAS dan tak henti-henti membuat kesilapan patut dipersalahkan juga. Khazanah membiarkan MAS di rogol oleh pelbagai pihak termasuk Berahim Catering dan Khazanah mengenakan sewa berlebih-lebihan ke ats sewaan MAS.

2. Kekecewaan politik dan keadaan negara yang mungkin lahir dari kehidupan keluarganya yang tidak aman dan mengecewakan. Malah dia dikatakan mengikut tabligh sebagai escapism.

3 Kecewa Anwar akan dipenjarakan. 

Semua ini perlukan bukti tapi kami percaya keluarganya tahu kedudukan minda dan psikoloji suaminya tidak stabil dan pelik. 

Namun sebab dia instructor dan pendiam, tiada sesiapa ketahui keadaan sebenarnya. Instuctor pasti  terlepas dari psychometric test. Instructor dilihat paling steady dalam pasukan jutruterbang MAS.

Jika teori kami benar, ini adalah petanda akan apa akan berlaku di Malaysia jika PKR dan pemikiran nekad mereka memerintah. 

Insiden Chegu Bard tak bayar makan pada peniaga kerana membalas dendam terhadap Wan Azizah akan berleluasa.  Bila berkausa, mereka ini tidak boleh dihalang dan peristwia seperti MH370 boleh berlaku. Rakyat akan ditindas dan denokrasi serta keesan bersuara lagi ditekan. 

Takziah ... MH370 di kesan di Selatan Lautan Hindi

Posted: 24 Mar 2014 07:24 AM PDT


PM NAJIB RAZAK'S PRESS STATEMENT ON MH370

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

ENDS

------------------------


Al fatihah ...Takziah dari kami kepada keluarga anak-anak kapal dan penumpang.


Harap UMNO selangor boleh jawab atau serang dulu pembangang kerana kerajaan dan Rosmah akan dipersalahkan.

Blogger tak pandai.

Yang pandai adalah pakar-pakar UMNO Selangor macam Noh Omar, Johan Aziz, Tajol, Azwan Bro dan Ibdillah....

Kalau tidak, UMNO pun takziah :-(

PRK Bailingan: PAS hina Sarawak pakai cawat lagi?

Posted: 24 Mar 2014 04:44 AM PDT

Khabarnya semalam telah diadakan satu pertunjukan 'SARKIS' di kawasan Pusa, DUN Beting Maro, Sarawak? 

Sayangnya kami dimaklumkan terlalu lewat berkenaan pertunjukan tersebut. Apa yang pasti ialah penduduk Pusa begitu terhibur dengan pertunjukan SARKIS yang jarang ada di tempat tersebut; cuma ada semasa musim pilihanraya sahaja.

Jika BN selalu buat pertunjukan musikal, lain pula dengan PAS; SARKIS menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada rakyat di Pusa, Beting Maro!

Pertunjukan pertama dari badut tempatan, menyatakan bahawa "KELANTAN LEBIH MAJU DARI SARAWAK". Penduduk di situ ketawa tanpa henti; lawak badut tersebut sememangnya menambat hati rakyat di situ.

Kemudian PAS menampilkan badut kedua; katanya Sarawak sudah 60 tahun merdeka, tidak banyak perubahan! Sekali lagi rakyat di Pusa ketawa terguling-guling mendengar lawak dari badut tersebut. Memang betul! 
Masih segar dalam ingatan penduduk di situ dimana satu ketika dulu badut ni kata rakyat Sarawak pakai CAWAT sahaja dan sekarang sudah 'advance' sikit; sudah pandai pakai baju dan seluar; sekurang-kurangnya ada sikit perubahan berbanding dulu-tak banyak!

Baca di Lawas ke Semantan SINI

 Cuba kaji dan bandingkan per capita income Sarwak dengan Kelantan atau mana-mana negeri lah ...

Nampak sah PAS tak faham ekonomi. Pakai kopiah dengan cawat ka?

PRK Bailingan: Adnan Satem tujukan PAS sebagai "bigots and racists"

Posted: 23 Mar 2014 08:00 PM PDT


Tempoh hari, KM Sarawak Tan Sri Adenan Satem membuat kenyataan akan menolak kemasukan ahli politik yang rasis.

Janganlaj PR berlakun dan cuba nak tuduh BN sebagaimana yang dilaporkan bblog Dari Sematan ke Lawas berikut:



"BN sering melagakan kaum demi mendapatkan sokongan", kata Mat Sabu dalam satu ceramah di ibupejabat PKR Jalan Setia Raja, Mukah malam tadi. Ceramah tersebut adalah sesi ceramah kempen PKR untuk PRK N51 Balingian.
Kenyataan Mat Sabu itu semestinya mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding merebut kerusi DUN Balingian.
Akan tetapi, mari kita saksikan satu lagi kenyataan pihak PKR di bawah:
Soalan kami, sebagai seorang yang waras, BN atau PKR yang sebenarnya melagakan kaum? 

Pihak PKR bukan sahaja menimbulkan isu perkauman, malah isu sensitiviti agama telah mula  di'cabul' seawal hari ke 2 berkempen pada PRK Balingian. Pihak PKR berulang-ulang kali menyatakan bahawa 'calon BN akan memurtadkan pengundi Islam di Balingian'!
Baca seenuh di SINI