Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Azmin kata Wan Azizah Layak Jadi MB - Khalid hangin satu badan?

Posted: 23 Mar 2014 10:26 AM PDT


Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kejayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tegas beliau dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia.

"Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.


Menurut Mohamed Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya Adun Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Anwar ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.

"Kena bincang dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK Kajang : RASMI - PKR [DSWA] MENANG

Posted: 23 Mar 2014 04:13 AM PDT

Tahniah PKR Telah Menang PRK Dun Kajang

Official: BN 11,362 PKR 16,741 Majority 5379 Margin: 19.14% vot

Para penyokong mula memasuki perkarangan stadium Bangi bagi mendengar keputusan pada jam 8.00 malam.


#doauntukMH370


#dimana MH370 : 'Ya Allah' Kau tunjukkanlah

Posted: 23 Mar 2014 01:52 AM PDT

Oleh Hayati Ibrahim
Putrajaya: Ibu kepada seorang penumpang MH370 Kamariah Sharif, 55, tetap yakin anak dan menantunya masih selamat dan menunggu kepulangan mereka dengan sabar walaupun sudah 16 hari kejadian itu berlaku.
Katanya, walaupun ada pelbagai petunjuk baru ditemui tetapi ia tidak dapat membuktikan ia milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Berdasarkan keyakinan itu, dia tetap menaruh harapan anaknya Mohd Razahan Zamani dan menantu Norli Akmar Hamid selamat, cuma tidak tahu di mana lokasi mereka sekarang.

"Mak cik selalu berdoa 'Ya Allah' Kau tunjukkanlah (jalan dan petunjuk). Dah lama menunggu... seksa rasanya menunggu, dah lama dia pergi.
Foto
IBU kepada Mohd Razahan Zamani, 23, sebak menceritakan perasaan rindu ketika ditemuramah wartawan di Lobby Hotel Everly Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

"Ada petunjuk di sana sini, tetapi tak ada apa pun yang sahih, benda sama saja, macam-macam saya dengar ada kata jumpa beg bersepah... bukan, bukan dia, dia tetap selamat, cuma tak tahu di mana tempat berada," katanya ketika ditemui di lobi Hotel Everly, di sini.

MH370: Gambar Anak Pengubat Rindu Emak


PUTRAJAYA: Sekeping gambar di dalam dompet yang sering dibawa ke mana-mana menjadi pengubat rindu seorang ibu, Kamariah Sharif, terhadap anaknya, Mohd Razahan Zamani, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac lepas.
Kamariah, 55, berkata gambar berukuran pasport anak sulungnya ketika berumur tujuh tahun itu yang diletak di dalam dompetnya memang sentiasa dibawa olehnya sejak dulu lagi.
"Sejak kehilangan Razahan, makcik setiap hari bercakap dengan gambar ini sebagai cara mengubat rindu makcik pada dia," katanya ketika ditemui media di lobi hotel The Everly, Ahad.
Mohd Razahan, 23, berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac lalu bersama isterinya Norli Akmar Hamid, 33, untuk berbulan madu.
"Dia anak yang manja dan paling rapat dengan makcik berbanding tiga adiknya yang lain dan kami memang selalu berhubung," katanya sambil menahan sebak.
Kamariah berkata walaupun misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 itu kini memasuki hari ke-16 namun dia tetap setia menanti kepulangan anaknya itu.
"Makcik akan tetap tunggu anak makcik tak kira apa sekalipun, makcik tetap akan tunggu dan makcik setiap hari terbayang wajah anak makcik tu," katanya.
Kamariah berkata dia reda dengan ketentuan Ilahi namun tetap mahu mengetahui keadaan dan nasib serta lokasi sebenar anaknya dan 238 lagi penumpang serta kru pesawat itu.
Dia tidak putus-putus mendoakan keselamatan anaknya dan yakin pesawat berkenaan masih selamat setelah lebih dua minggu usaha pencarian yang dibuat belum menemukan apa-apa kesan daripada pesawat itu.
"Macam-macam kata temui itu ini, tapi hati makcik tetap kata... bukan dia... bukan dia, dia tetap selamat cuma tidak tahu dia mana dia berada, itu sahaja," katanya

#dimana MH370 : Polis Nafi Laporan Juruterbang Terima Panggilan Misteri

Posted: 23 Mar 2014 12:29 AM PDT


Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 3:00 PM

Gambar Kapten Zaharie sedang menjalani pemeriksaan yang dirakam sebelum membuat pelepasan pada 8 Mac.

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan akhbar tabloid asing bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum membuat penerbangan pada 8 Mac lalu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata tabloid asing itu tidak mempunyai hak eksklusif untuk butiran siasatan.

"Ketua Polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan awam yang mengkategorikan siasatan MH370 di bawah tindakan keganasan.

"Perlu dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan," katanya, sambil menambah berita dalam tabloid itu hanya spekulasi semata-mata.

Beliau merujuk laporan akhbar tabloid British, The Mail bahawa Kapten Zaharie menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum berlepas pada 8 Mac.

Laporan itu mendakwa penyiasat telah membuat penelitian terhadap panggilan dua minit yang dibuat menggunakan kad sim prabayar yang didaftarkan di bawah nama wanita, tetapi dengan pengenalan palsu.

Ia juga menyatakan bahawa polis telah mengesan kedai menjual kad sim prabayar itu di Kuala Lumpur.

Laporan itu mendakwa spekulasi bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas oleh pengganas muncul selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan kes kehilangan penerbangan MH370 sebagai tindakan keganasan, termasuk rampasan dan sabotaj. - mStar

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JUMPA LAGI PRK PERMATANG PAUH

Posted: 23 Mar 2014 06:21 AM PDT


KEMENANGAN TIADA NILAI KERANA PELAN ASAL LANTIK ANWAR MB TIDAK MENJADI
(KAJANG MOVE TO MENTRI BESAR FAILED) 

Sebagaimana telah diramal, Wan Azizah menang dengan majoriti berkurang kepada lebihkurang 5,000 sahaja. Kemenangan itu tiada nilai, kerana kemenangan sebenar ialah apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful dan Anwar terhalang menjadi calon di Kajang. Itulah kemenangan sebenar umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sebaliknya pengurangan majoriti yang merosot itu memberi petanda positif rakyat sudah mula menolak PKR. 

Apapun yang berlaku, kumpulkan tenaga, kuatkan minda, jumpa lagi di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

PENGUNDIAN TAMAT 5 PM: Peratusan keluar mengundi bukti rakyat meluat!

Posted: 23 Mar 2014 02:44 AM PDT


KAJANG: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, berakhir tepat jam 5 petang tadi.

Setakat jam 4 petang, 25,511 pengundi atau 67.04 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 15 pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi tadi.

Ketika PRU-13 DUN Kajang, 88 peratus atau 34,920 daripada mereka keluar mengundi dalam pilihan raya pada 8 Mei itu.

Ini menunjukkan rakyat Kajang menolak permainan politik berkepentingan peribadi. Sekiranya PKR masih mempertahankan kerusi ini kelak, peratusan keluar mengundi hari ini pasti menjatuhkan maruah mereka!

Sendiri buat hal, sendiri dapat malu!

UPDATE PRK KAJANG: Setakat 3 petang, 60.85% sudah keluar mengundi

Posted: 23 Mar 2014 01:21 AM PDT

Sehingga jam 3 petang tadi, seramai 23,156 pengundi atau 60.85 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 15 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


@KHALIDSAMAD SINDIR @NAJIBRAZAK DENGAN BOMOH PERLI #SELAWATPERDANA DI #PUTRAJAYA

Posted: 23 Mar 2014 09:43 PM PDT


APA LAGI NAK CAKAP ? BENGONG ? GILA ? KURANG AJAR ? 

SEMUANYA TAK GUNA BILA HATI MANUSIA SUDAH MATI. BUAT BAIK SALAH, JIKA TIDAK ADA BENDA BURUK MAKA FITNAH DICIPTA UNTUK MENGAITKAN DENGAN PERKARA BURUK.

ANALISA : KENAPA @LIMKITSIANG MENGAMUK BILA @ZAHID_HAMIDI BIDAS CADANGANNYA MAHU LANTIK @DRWANAZIZAH PM MALAYSIA ? PAS KENA SEDAR PERKARA INI

Posted: 23 Mar 2014 06:51 PM PDT


Berita Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi menempelak cadangan DAP mahu lantik Wan Azizah anda boleh rujuk kembali di sini :

STRONG SUPPORT FOR BN: No way Dr Wan Azizah can be PM, says Umno veep

KAJANG: THE opposition should stop daydreaming of making PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail the first female prime minister should it form the government in the next general election.
Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the opposition's hope would remain a dream as Barisan Nasional (BN) still garnered strong support from the majority of the population.
"Their hope is not based on reality," Zahid said after a meet-the-people session with policemen and their spouses here yesterday. "This press conference is conducted during the day, so, I hope no one is daydreaming."
Zahid, who is also Home Minister, was responding to a statement by DAP's Lim Kit Siang that Dr Wan Azizah could be the prime minister if the opposition succeeded in its bid to take over the Federal Government.
In a press statement on Friday, Lim had said that the country might see its first woman prime minister if Pakatan won the 14th General Election.
Lim repeated the same call during the opposition's rally at the Kajang stadium on Friday night.
Zahid said there was positive response to the campaign by BN election machinery.
"The response from the people here has been positive.
"I believe constituents in Kajang would like to see changes following the failure of their previous state assemblyman (PKR's Lee Chin Cheh) to execute his responsibilities and promises after the last general election."
He said BN's candidate Datuk Paduka Chew Mei Fun would be able to deliver her promises.
The Kajang by-election, which was engineered following the resignation of Lee on Jan 27, will see a straight fight between Chew and Dr Wan Azizah, today.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (centre) and his wife Datin Seri Hamidah Khamis (right) watching a demonstration by policewomen during a meet-the-people session with policemen and their spouses in Kajang yesterday. Present is Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar (left). Pic by Mohamad Shahril Badri Saali




sedikit analisa dibuat berhubung kenyataan DAP oleh Lim Kit Sian...

Pertama sekali anda perlu meneliti corak serangan mereka lakukan di bawah ini :
  1. Blog Idaman78 

AHAD 23.3.2013

PRK KAJANG : Buat Zahid Hamidi Yang Bongkak dan Sombong http://idaman78.blogspot.com/2014/03/prk-kajang-buat-zahid-hamidi-yang.html


2. Blog SHAHBUDINDOTCOM (BEKAS AJK UMNO WANGSA MAJU)

AHAD 23.3.2014

Dr Wan Azizah Jadi PM Bukan Lagi Mimpi http://shahbudindotcom.blogspot.com/2014/03/dr-wan-azizah-jadi-pm-bukan-lagi-mimpi.html


3. Blog LIM KIT SIANG

AHAD 23.3.2014

When Zahid derided the dream of having a woman Prime Minister in Malaysia, he trampled on this year's International Women's Day theme "Equality for Women is Progress for All"

https://blog.limkitsiang.com/2014/03/23/when-zahid-derided-the-dream-of-having-a-woman-prime-minister-in-malaysia-he-trampled-on-this-years-international-womens-day-theme-equality-for-women-is-progress-for-all/


4. Blog THE MALAY BUSSINESS TRIBUNE

AHAD 23.3.2014

Kak Wan has got vision what have Ahmad Zahid Hamidi got?'she is more capable than Stupid home minister

http://themalaybusinesstribune.blogspot.com/2014/03/kak-wan-has-got-vision-what-have-ahmad.html

BEBERAPA BLOG MENGIKUTI SERANGAN INI DENGAN TUJUAN MEMASTIKAN KEHENDAK LIM KIT SIANG AKAN TERCAPAI DAN IMPIAN PARTI PAS AKAN GAGAL.

Analisa serangan mereka ini cukup mudah : iaitu untuk mengelakkan PAS dari menuntut jawatan Perdana Menteri dan meletakkan serangan ke atas Zahid Hamidi yang dilihat memperlekeh cadangan Lim Kit Siang yang beria-ia mahu melantik Wan Azizah.


Mereka juga seperti mahu memastikan imej Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi akan tercalar dengan serangan ini kerana beliau dilihat terlalu lantang dengan komitmennya sebagai Menteri dalam Negeri untuk menghapuskan gangterisme yang dikatakan menjadi penyumbang kepada DAP melalui bantuan kewangan dan sebagainya. baca artikel PISAU di sini http://www.pisau.net/dap-berpecah-kerana-kongsi-gelap/

Ia juga petunjuk bahawa mereka sudah yakin Anwar akan kembali ke penjara dan dengan adanya Wan Azizah sudah tentu sebarang urusan dapat diatur dengan mudah kerena beliau berdarah Cina dan berwajah Cina selain selalu membawa kipas selalu dibawa orang Cina.

jika PAS bangkit menuntut jawatan PM maka Lim Kit Siang juga sudah tahu bahawa ia petaka maha besar untuk mereka di saat orang kuat mereka sebelum ini iaitu Nik Aziz sudah diturunkan dari menjadi Menteri Besar dan tidak lagi berkuasa seperti sebelumnya.


Video Lawak : @Anwaribrahim Minta Menteri Pertahanan @Zahid_Hamidi Letak Jawatan - @SinarOnline

Posted: 23 Mar 2014 04:44 PM PDT




Siapa sebenarnya Menteri Pertahanan ? Nampak sangat Anwar sudah terlampau marah sehingga tertukar nama Menteri. Dalam video di atas memang jelas ANwar begitu marah.

Marah kerana dihukum penjara 5 tahun dan begitu marah bila tidak ramai menyokong beliau untuk 'bereformasi' membela beliau yang disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Bila Mahkamah membebaskan pemimpin pembangkang kita akan dapati meerka akan memuji Hakim. Namun bila disabitkan kesalahan mereka akan bising seolah-olah Hakim sudah dibeli.

Perbuatan Anwar dan pemimpin Pakatan ini sudah tentu tidak rasional dan wajar ditolak rakyat yang masih waras akalnya.

betul seperti poster di bawah ini beritahu...




Keadilan untuk Anwar ialah kezaliman untuk Saiful yang telah bersumpah depan Kaabah.

SKMM digesa bertindak tegas terhadap RBA cemar imej negara

Posted: 23 Mar 2014 04:07 PM PDT



KUALA LUMPUR 23 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa bertindak tegas terhadap kumpulan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang sengaja menyebarkan maklumat palsu dengan tujuan mencemarkan imej negara.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, perbuatan kumpulan itu dikhuatiri menyebabkan rakyat termakan hasutan mereka sekali gus menjejaskan keharmonian negara.

Katanya, RBA sentiasa melancarkan propaganda dan fitnah terhadap kerajaan, institusi raja dan badan kehakiman sekali gus menyerlahkan motif mereka untuk mengelirukan rakyat.

"Malah dalam insiden kehilangan pesawat MH370, kita boleh lihat bagaimana mereka memutar belit dan mengkritik kerajaan seolah-olah tidak pandai mengurus isu tersebut. Bukan ini sahaja, RBA juga mengeluarkan pelbagai spekulasi tanpa bukti asas berkenaan isu tersebut.

"Golongan seumpama itu patut dihapuskan demi perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu, saya harap SKMM mengambil tindakan keras dengan mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

RBA dikesan mengambil kesempatan mempolitikkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu di laman media sosial dengan menyalahkan serta memperlekeh usaha mencari dan menyelamat oleh kerajaan selain menyebarkan dakwaan dan imaginasi mereka berhubung kejadian itu.

Polis baru-baru ini turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar maklumat palsu di laman sosial mengenai kehilangan pesawat MH370 termasuk yang menyinggung perasaan keluarga penumpang.

Jelas Mohamed Razali, SKMM perlu bertindak segera kerana perbuatan itu dianggap serius dan boleh mendatangkan kemudaratan.

Beliau juga menyifatkan tindakan RBA sangat kejam sehingga mengugut mana-mana individu yang menentang mereka.

"Saya pun pernah mengalami situasi sehingga menerima ugutan bunuh. Mereka menggunakan pelbagai taktik kotor untuk 'menutup mulut' saya," katanya.

Dalam pada itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar menggesa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi membendung gerakan RBA.

"Perbuatan mereka seperti musuh di dalam selimut, bacul dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

"Jika gerakan RBA tidak dibendung, lambat laun akan menjejaskan semangat perpaduan kaum yang telah dipupuk oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

@Drwanazizah Angkat Sumpah MB Selangor 7 April Depan ???

Posted: 23 Mar 2014 09:23 AM PDT




KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah Adun dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.

"Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diumumkan menang hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.

"Hal ini sekaligus akan menambah jumlah Adun Wanita di Selangor menjadi 15 orang," katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan PRK N25 Kajang di Stadium MPKJ, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan pilihan raya itu yang dimenangi oleh isteri ketua pembangkang pada proses pengundian yang tamat pada jam 5 petang tadi.

Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila meraihkan majoriti 5,379 undi.

Picture : Dollar America >>>> Alien >>>> 9/11 >>>> Pentagon ???

Posted: 23 Mar 2014 09:16 AM PDT



Embedded image permalink


Embedded image permalink



Jamil Khir Dedah Rahsia PM @NajibRazak Kepada Wartawan dan Bidas Pihak Perlekeh #SelawatPerdana

Posted: 23 Mar 2014 08:59 AM PDT


Jamil Khir Baharom


MUAR - Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjayamenghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.

Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Pentadbiran Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban.

"Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka bersyukur kerana program itu berjaya menghimpun sebegitu ramai umat tanpa mengira fahaman politik, bersama-sama menunjukkan rasa cinta kepada Rasul dan taqwa kepada Allah," kata Jamil Khir ketika memberi ceramah sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman, Parit Bakar Laut, di sini malam tadi, Jamil Khir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata pihak pembangkang mahu melihat program yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang menteri Kabinet beragama Islam itu, hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja.

Pihak pembangkang melihat dari sudut yang buruk sahaja sedangkan program itu adalah untuk membina persepsi baik terhadap Islam yang kini dicemari dengan pelbagai imej negatif, katanya.

Dalam ceramahnya, Jamil Khir turut mendedahkan bagaimana seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)mempersoal kononnya pemimpin kerajaan tidak mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang lebih dua minggu, sejak 8 Mac lepas.

"Oleh kerana didesak melalui khidmat pesanan ringkas tiga kali sehari daripada pemimpin NGO berkenaan, saya terpaksa menghubunginya dan menyatakan bahawa perdana menteri dan semua menteri-menteri kabinet serta timbalan menteri adalah kumpulan pertama mengadakan solat hajat selepas Zuhur sebaik sahaja menerima berita kehilangan pesawat pada hari Sabtu 8 Mac lalu," kata beliau.

Jamil Khir berkata beliau tidak gemar menggembar-gemburkan kerja ibadah kepada umum tetapi apabila ditekan bertalu-talu, beliau tidak ada pilihan lain selain terpaksa menghebahkannya.

"(Malah) kita bukan fikirkan orang Islam semata-mata tetapi semua penumpang dari pelbagai negara dalam pesawat itu," kata beliau sambil meminta semua umat Islam terus berdoa dengan mengerjakan solat hajat. - Bernama

Presiden MCA : Undi Cina Kepada BN Semakin Meningkat #PRKKAJANG

Posted: 23 Mar 2014 08:14 AM PDT



Walaupun keputusan berpihak kepada parti PKR, keputusan prk Dun Kajang menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebentar tadi

Menurutnya, sokongan pengundi Cina terhadap BN meningkat 7% kepada 25% berbanding keputusan PRU13.

"Peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap kami membuktikan pengorbanan serta kerja keras kami tidak sia-sia," kata Liow sebentar tadi

Liow menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti.

Keputusan PRK itu memihak kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, iaitu majoriti 5,379 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 6,824 undi.

Ibu Penumpang Warga China #MH370 Nafi Dikasari - Youtube

Posted: 23 Mar 2014 07:52 AM PDT

#MH370 : Laporan Panggilan Misteri Kepada Kapten Zaharie Hanya Spekulasi – @PDRMsia

Posted: 23 Mar 2014 07:51 AM PDT

 

KUALA LUMPUR: Polis berkata laporan sebuah akhbar United Kingdom The Mail yang mendakwa bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang identitinya meragukan sebelum MH370 berlepas, hanyalah sekadar "spekulasi semata-mata".

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata akhbar tersebut juga tidak mempunyai hak eksklusif untuk melaporkan butiran siasatan.

"Adalah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan, " Asmawati dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Star.

Sebelum ini, The Mail (edisi Ahad The Daily Mail) mendakwa dalam satu laporan bahawa Zaharie telah menerima satu panggilan selama dua minit daripada seorang 'wanita misteri' sebelum berlepas pada 8 Mac.

Laporan itu juga mendakwa bahawa penyiasat telah mengesan bahawa nombor itu diperolehi daripada sebuah kedai menjual kad SIM untuk telefon bimbit di Kuala Lumpur.

SIM kad itu, menurut The Mail, telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan identiti palsu yang memberikan nama seorang wanita.

"Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie… dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad SIM yang tidak boleh dikesan. Semua pihak yang pernah menghubungi Zaharie sebelum penerbangan berlepas telahpun diambil keterangan, " kata laporan itu – Astroawani

Info Terkini #MH370 : Pemanggil Wanita Misteri Hubungi Kapten Zaharie Dicari

Posted: 23 Mar 2014 06:59 AM PDT




PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.


Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.


Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.


Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.


Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.


Mereka mendapati ia telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.


Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.


Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.


Dalam perkembangan berasingan, The Mail

pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.


Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.


Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.


Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. – The Straits Times / ANN


http://www.anwaraidc.com/?p=45251

@SinarOnline : PKR Sahkan Petugasnya ditahan @PDRMsia Kerana Halang dan Caci Penjawat Awam

Posted: 23 Mar 2014 06:45 AM PDT

Fahmi Fadzil


KAJANG - Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan seorang petugas barong panas dari parti itu telah ditahan pihak polis dan kini berada di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kajang.

Katanya petugas yang dikenali sebagai Zulfikar itu ditahan kerana tindakannya yang didakwa menghalang pihak polis merobohkan barong panas yang didirikan berdekatan dengan pusat mengundi Taman Delima, hari ini.

"Saya ke IPD Kajang tadi untuk bertemu dengan beliau (Zulfikar) dan dua orang peguam yang sedang membantu.

"Beliau ditahan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam daripada melakukan tugas dan mencaci penjawat awam sama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.


http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-sahkan-petugasnya-ditahan-polis-1.263182

SAH : Presiden PKR @DRWANAZIZAH #kipas MENANG #PRKKAJANG DENGAN MAJORITI KURANG

Posted: 23 Mar 2014 06:24 AM PDT


UTUSAN MALAYSIA mengesahkan PKR menang dengan majoriti 5379 dalam SMS Alert dihantar jam 9.12 pm.

Menurut sms lagi beliau memperolehi 16,741 undi manakala calon BN 11,362 undi.

walaupun kalah BN telah berusaha dengan keras untuk menang dan berhasil kurangkan majoriti walau calon yang dibawa adalah Presiden PKR sendiri.

Perkara yang sudah tentu memalukan PKR yang melawan Naib Presiden MCA sepatutnya mampu menang dengan majoriti semakin tinggi.

Adakah ini juga petanda CINA masih tegar memilih Pakatan bukan Barisan ???

Post Mortem selepas ini perlu mencari punca dan juga penyelesaiannya.

Tidak perlu kita merayu namun ditolak mentah-mentah oleh mereka yang merasa sudah berjaya dan tidak perlu lagi sebarang bantuan kerajaan untuk perniagaan mereka.


Keputusan tidak rasmi #PRKKAJANG - PKR Mendahului BN

Posted: 23 Mar 2014 04:47 AM PDT




Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.




Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.




Setakat jam 7.30 keputusan tidak rasmi seperti berikut:




PKR - 15,055

BN - 9,628

Majority - 5,427




Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.




PKR mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

sumber : http://gelombangkick.blogspot.com/2014/03/terkini-keputusan-tidak-rasmi-prk-kajang.html



PROGRES KELUAR MENGUNDI PRK N.25 KAJANG.

JAM 0800 - 1700 :

TMN KOTA CHERAS: 2074 (65.9%)

SG SEKAMAT: 3249 (69.01%)

SAUJANA IMPIAN: 1437 (71.35%)

TMN MESRA: 980 (76.03%)

SG KANTAN : 1846 (74.23%)

TMN KAJANG BAHARU: 2626 (69.43%)

KAJANG: 1585 (72.67%)

SG CHUA SATU: 3389 (71.56%)

SG CHUA DUA: 1951 (75.04%)

SG CHUA TIGA: 536 (78.36%)

SG CHUA EMPAT: 627 (77.89%)

SG CHUA LIMA: 1516 (82.84%)

TMN DELIMA: 1232 (72.94%)

KANTAN PERMAI: 2358 (71.28%)

BANDAR KAJANG: 837 (68.55%)

BATU 10 CHERAS: 1014 (64.42%)

Jumlah pengundi: 38,278
Undi awal: 1,050 (87.72%)
Undi luar negara: 0
Undi biasa: 27,257 (71.63%)
Total keseluruhan: 28,307 (72.07%)

#PRKKajang: Pengundi Kesal PRK Diadakan Kerana @Anwaribrahim dan Calon BN Terima Keputusan - YouTube

Posted: 22 Mar 2014 11:52 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/C5FxomAkJLU


Sent from my iPhone

#PRKKajang : Temubual Bersama Peniaga Warung Yang Diserang PKR - Kesian

Posted: 22 Mar 2014 11:46 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/8LnlNLrDWjA


Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH370: Usah dilayan agenda jahat media asing?

Posted: 23 Mar 2014 07:32 AM PDT


Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mela­yan laporan negatif media asing berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)­ MH370 adalah tepat sekali.

Sememangnya sesiapa juga yang mengikuti laporan media asing khususnya dari Barat, kita akan mendapati bagaimana mereka membuat laporan-laporan yang jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Apa yang cuba digambarkan media tersebut kepada dunia ialah Malaysia terlalu perlahan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan cuba menyembunyikan fakta sebenar berhubung pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Agenda media barat inilah yang memungkinkan sesetengah ahli keluarga penumpang MH370 khususnya dari China turut terpengaruh dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Malaysia dan Mas.

Walaupun memahami bahawa operasi mencari bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi juga 25 negara lain yang dilengkapi dengan pelbagai aset canggih, namun ia tidak dilaporkan secara adil oleh media barat.

Sasaran mereka hanyalah Malaysia dan MAS sehinggakan apa juga penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak itu seolah-olah ditolak mentah-mentah.

Atas sebab itulah dalam sidang akhbar harian yang dikendalikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein , media barat mengemukakan soalan-soalan provokasi yang bertujuan menunjukkan kelemahan Malaysia.


Bagaimanapun sehingga semalam, usaha itu masih gagal berikutan ketenangan dan kebijaksanaan Hishammuddin menjawab soalan wartawan biarpun beliau sendiri 'diserang' dengan soalan berbentuk peribadi termasuklah pertanyaan adakah beliau sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keadaan itulah yang dilihat semakin menimbulkan perasaan tidak puas hati media asing yang mahu memastikan Hishammuddin yang mewakili kerajaan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan MH370 itu terperangkap dengan agenda jahat mereka.

Apa yang mereka mahukan ialah Hishammuddin bersetuju dengan teori dan spekulasi mereka termasuklah cuba mengaitkan kehilangan pesawat tersebut dengan fahaman politik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mengendali pesawat tersebut. Tetapi ternyata niat mereka tidak kesampaian apabila Hishammuddin secara tegas menyatakan mencari pesawat itu mengatasi soal politik.

Begitu juga apabila mereka cuba menafikan fakta bahawa MAS sudah melakukan segala-segalanya untuk memastikan kebajikan ahli keluarga krew dan penumpang terbela. Mereka bukannya tidak tahu bahawa MAS sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada ahli keluarga dan memberikan segala kemudahan yang diperlukan tetapi ini tidak diberi pujian kerana matlamat media asing ialah memburuk-burukkan Malaysia dan MAS.

Kalau benarlah media asing prihatin sangat berhubung soal itu kenapakah mereka tidak bertanya apa pula sumbangan China Southern Airlines memandangkan penerbangan MH370 berdasarkan kepada perkongsian kod antara dua syarikat penerbangan tersebut.


Kita akui warga China paling ramai dalam pesawat tersebut tetapi ini tidak bermakna MAS harus memberikan keistimewaan kepada mereka sahaja sehingga mengetepikan ahli keluarga penumpang yang lain. Dalam soal ahli keluarga warga China itu kerajaan dan MAS berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan mereka. Ia termasuklah menghantar delegasi pegawai peringkat tinggi termasuk ke Beijing untuk bertemu dengan mereka.

Begitulah juga apabila media barat cuba menggambarkan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan tidak memberikan fakta sebenar berhubung kejadian kehilangan pesawat tersebut.

Dakwaan seumpama ini sama sekali tidak berasas kerana Malaysia bukannya bersendirian dalam operasi mencari tetapi ia melibatkan 25 negara lain. Adalah mustahil untuk Malaysia menyembunyikan apa-apa fakta dan kerajaan Malaysia tidaklah bodoh untuk berbuat demikian kerana ini bukannya isu kehilangan sebuah pesawat kawalan jauh tetapi sebuah pesawat besar yang mengandungi 239 penumpang dari pelbagai negara.

Mungkin media asing begitu teruja untuk memburuk-burukkan Malaysia disebabkan ada dalam kalangan rakyat negara ini berkongsi sentimen dengan mereka hanya kerana berbeza fahaman politik.

Sepatutnya dalam keadaan Malaysia menghadapi ujian yang cukup besar ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik bersatu tetapi malangnya ada dalam kalangan kita seolah-olah sudah terhakis semangat patriotismenya.

Apa pun, media asing boleh meneruskan agenda jahat mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan menjadi kehilangan pesawat MH370 sebagai agenda terbesar tetapi kita juga yakin usaha itu tidak akan ke mana.

Ia memandangkan majoriti masyarakat dunia amat memahami usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan negara-negara sahabat termasuk Amerika Syarikat (AS).

Biarlah media barat dengan misi tersebut kerana misi utama kerajaan Malaysia bukannya melayan 'kegilaan' laporan negatif media asing tetapi mencari di manakah MH370.

Oleh : Zulkifli Bakar

Suara Politik
Belantan