Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAZKIRAH JUMAAT : JOM BERSELAWAT @ PUTRAJAYA

Posted: 20 Mar 2014 08:00 PM PDT


Hari ini akan terciptalah sejarah perhimpunan beramai-ramai umat Islam Malaysia di Putrajaya untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Sesuai dengan firman Allah:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya" ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )


Majlis Perdana ini diadakan bagi menzahirkan rasa ketaatan dan cinta terhadap Allah dan RasulNya mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara khususnya apabila jemputan tetamu utama dari negara jiran serumpun dan seagama kita; Indonesia Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. 

Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang akan mengatakan kenapa baru sekarang kerajaan mahu mendekati Islam?

Hakikatnya, Islam sentiasa dipelihara dan diperkasakan oleh pemimpin kita. Malah kini umat Islam khususnya umat Melayu semakin kental bersama kerajaan demi mempertahankan akidah dan hak mereka yang sengaja cuba dicabul oleh pencabul-pencabul agama, bangsa dan Perlembagaan Negara. 

Adakah layak bagi kita mengambil tugas Allah s.w.t untuk menghukum seseorang mukmin lain yang telah kembali ke jalan benar dengan menghina-hinanya kononnya tidak layak membawa mesej dan dakwah Islam? 

Sedangkan dalam masa yang sama segelintir dari kita terus sombong dan bongkak dengan imej jubah, serban, kopiah, janggut sejemput dan tudung litup, kononnya mereka lebih Islamik dan gerenti masuk syurga berbanding golongan Islam yang lain.

Allah tidak melihat wajah dan penampilan kamu tetapi Allah melihat ketakwaan kamu. Sepatutnya kita bersyukur bila Islam semakin mendapat tempat di hati pemerintah dan rakyat.

Sesungguhnya Allah s.w.t amat benci dan murka terhadap golongan yang sombong dan riak. Petanda jelas bahawa Allah itu sebenarnya amat benci pada seseorang atau segolongan itu boleh kita lihat dengan segala tindakan, sifat dan kata-kata mereka yang sebenarnya tidak selari bahkan merugikan umat Islam itu sendiri. 

Allah sengaja membiarkan golongan ini berkumpul dalam satu kelompok yang sentiasa berbuat jahat supaya manusia kenal siapa mereka dan mudah nanti bagi Allah menurunkan azab kepada golongan ini supaya umat Islam yang taat akan terselamat. 

Biarkan mereka lalai dengan 'imej Islamnya', riak dengan imej 'dakwah' mengajak kepada pepecahan dan kebencian sesama Islam. Namun dalam masa yang sama mereka terus mengangkat kaum musyrikin dan kafirin sebagai pemimpin yang dipercayai.

Golongan ini turut merasa hanya diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah hingga orang yang mereka benci itu dilabelkan dengan pelbagai penghinaan dan tuduhan tanpa asas dan bukti.

Golongan ini hanya berani membuat kerosakan tetapi bersembunyi dan senyap ketika diminta bersama-sama menegakkan hak-hak ummah. Mereka suka mempamerkan ibadah seperti solat di tengah-tengah jalan kononnya solat mereka adalah solat bagi golongan yang tertindas kemudian menyambungnya dengan terpekik terlolong di jalanan untuk menghancurkan teras kekuatan ummah demi mengejar kuasa dunia.


Justeru demi perpaduan umat Islam, marilah kita bersatu mengukuhkan perpaduan dan persahabatan. Biarkanlah golongan tersebut bersama-sama sekutu kafirin mereka leka dengan kemarahan dan kebencian. Sesungguhnya Allah pasti tidak akan memberkati perjuangan mereka yang sia-sia itu.

Marilah kita berzikir dan berselawat beramai-ramai memohon taufik dan hidayah dari Allah s.w.t dan berkah Nabi Muhammad s.a.w semoga negara kita sentiasa dilindungi Allah dari segala musibah dan kejahatan tangan-tangan manusia yang kufur lagi engkar. Insya Allah!



PUISI PERDANA MENTERIKU NAJIB

Posted: 20 Mar 2014 07:40 PM PDT


Ketika mula aku menjadi Perdana Menteri
Aku bersyukur kepadamu Ilahi
Kerana Engkaulah yang menentukan
Qada dan Qadar hidupku
Lalu aku berusaha menjadi
Perdana Menteri terbaik kepada rakyatku,
Aku berusaha memenuhi apa jua
Keperluan rakyatku,
Aku bersungguh-sungguh 
Siang dan malam
Kerana aku mahu rakyatku bahagia
Dan mendapat keredhaanMU
Di dunia dan di akhirat.

Hanya kepadamu Ya Ilahi

Aku mengadu dan berserah
Jiwa dan ragaku
Hidup dan matiku

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam

Engkau menguji hambaMU yang terdahulu,
Dengan seribu satu macam dugaan,
Mana mungkin aku tidak diuji
Jua seribu satu macam cabaran,
KepadaMU jua ya Allah
Aku kembali bertafakur berdoa
Semoga Engkau selamatkanlah
Rakyatku di dunia dan di akhirat,

Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang

Jika segala usaha sudah ku tebar
Andai segala daya sudah ku hampar
Tika segala hayat sudah ku serah
KepadaMU jua aku kembali
Tawakkal Tu Ilallah
Selamat Di dunia dan di akhirat.

Rakyatku yang tersayang

Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul 
Tiada apa ku pinta
Hanya mengajak marilah kita bersatuhati
Berdoa kepadaNYA
Allah Azza Wajalla
Moga dirahmati dikasihi dan disayangi
Kerana dari DIA kita datang
Kepada DIA jua kita kembali

Jika airmatahatiku bisa kau rasa

Jika degupkalbuku bisa kau sentuh
Jika dalam mataku bisa kau lihat
Sesungguhnya aku tidak akan mengalah
Demi rakyatku yang tercinta
Jiwa dan raga aku serah
Kerana kalian adalah kekuatanku
Sejak sekian lama,
Terima kasih rakyatku...

Nukilan:

Hj. Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri
Perdana Putra, Putrajaya.


http://www.al-azharrisiddiq.com/2014/03/puisi-perdana-menteriku-najib.html

#PrayforMH370 : BILA OTAK UDANG BERLAGAK JADI PAKAR PROFESIONAL...

Posted: 20 Mar 2014 03:54 AM PDT


Inilah terjadi bila cakap tak pakai otak, ikut sedap mulut saja akhirnya nampak sangat kebodohan sendiri. Yang tak anehnya kesemua kenyataan tersebut datang dari puak-puak atau kelompok yang sama. 

Almaklumlah bila tak ada tanggungjawab maka mereka bebas untuk bercakap. Cakaplah apa saja walaupun fitnah atau tidak betul, maka ia tetap akan dapat sambutan dan dianggap kata-kata hikmah atau sabda yang perlu dipercayai dan diimani. Silap-silap akan bertakbirlah para pengikut mereka itu.

Buktinya seperti 5 kenyataan terunggul para pemimpin pembangkang yang menjadi lawak jenaka berkaitan misteri kehilangan MH 370.  


Renung-renungkan...

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Fitnah: Mat Sabu, Mustafa diperintah bayar RM200,000 kepada Wan Ahmad #SPR

Posted: 20 Mar 2014 08:53 PM PDT


KUALA LUMPUR 20 Mac - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung Projek IC di Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Lee Heng Cheong memutuskan demikian selepas mendapati Wan Ahmad berjaya membuktikan kesnya terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi parti pembangkang itu.

Beliau turut memerintahkan Mohamad atau Mat Sabu yang dinamakan sebagai defendan pertama dan Mustafa defendan kedua membayar kos RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Wan Ahmad selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 5 Mac 2013 berhubung penerbitan artikel bertajuk Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai dan Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan dalam lidah rasmi Pas, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013.

Saman tersebut difailkan atas kapasiti peribadi beliau.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana kononnya terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah.

Bagaimanapun, plaintif gagal membuktikan kes terhadap defendan ketiga hingga kelima iaitu pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman; dan penulis artikel itu, Aziz Muda.

"Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan bahawa defendan ketiga adalah pencetak, defendan keempat sebagai ketua pengarang dan defendan kelima adalah penulis kepada artikel terbabit," katanya.

Ekoran itu, Wan Ahmad diperintah membayar kos berjumlah RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan tersebut.

Terdahulu, mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh kesemua defendan bahawa firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) kerana Wan Ahmad tidak memerlukan fiat (kebenaran) untuk memulakan prosiding saman kerana beliau bukan lagi seorang penjawat awam.

Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun manakala kesemua defendan diwakili peguam Azhana Mohd. Khairuddin.

Sementara itu, Wan Ahmad ketika ditemui selepas tamat prosiding mengucapkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini yang akhirnya membersihkan nama dan maruah beliau.

Keputusan tersebut juga, kata beliau, menamatkan segala beban akibat rasa malu yang terpalit terhadap dirinya dan keluarga.

Ujarnya, kewibawaan SPR juga telah tercalar ekoran fitnah yang dikeluarkan oleh Mat Sabu dan Mustafa kerana kenyataan itu dibuat sewaktu beliau masih lagi bertugas dengan badan pilihan raya itu.

"Saya berharap keputusan pada hari ini akan menjadi pengajaran dan teladan kepada Mohamad Sabu dan Pas supaya lebih berhati-hati apabila bercakap atau mengeluarkan kenyataan yang melibatkan peribadi dan maruah pihak lain," kata Wan Ahmad.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140321/ma_09/Fitnah-Mat-Sabu-Mustafa-diperintah-bayar-RM200000-kepada-Wan-Ahmad#ixzz2wZ8eSf4a 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Baseless Accusation by the opposition #MH370

Posted: 20 Mar 2014 08:35 PM PDT


Email :

The mission to find MH370 has become a top priority not only for the Malaysian government but also for the entire world. This includes the United States of America. The whole world is shocked that an aircraft which can be said as one of the most sophisticated in the world lost without any trace. For the record, while this article is written, it has been 2 weeks since the plane disappeared.

 

 

In this particular incident it is possible that the rumours saying that the plane was hijacked can be considered as good news compared to the possibility that the plane had crashed. Thus, many people want to believe that the plane was hijacked and they want someone to verify the information as soon as possible. If not, they will always find any parties that can be blamed for this particular incident. What is certain is that the Malaysian government is seen as an easy target as Malaysia is considered as the "owner" of the MH370 flight.

 

In an emotional state, most of us have forgotten that even though the responsibility to conduct search and rescue mission is carried out by the Malaysian authority, it is also being done with the help of 26 other nations. They are using all their technologicalassets to find the mysterious disappearance of mh370.

 

However, all of the experts involved in the search of the MH370 stated that it is the most mysterious case in the history of the aviation world after disappearance of Emilia Earhart who had vanished in the year 1937

 

 

As a responsible nation, the government of Malaysia has already decided that our assets and facilities are not equipped to handle such operation. Thus from day one, the government agreed to accept any help that we can from anyone.

  

The government also disclose any findings that they had received from the joint operation and all of it is legitimate information.

 

It is unfair for any other parties to accuse Malaysia hiding any information as the government are doing their best to ensure all information that they receive from experts is made known to everyone.

 

One of the experts who are involved in this particular case arethe Federal Bureau Of Investigation (FBI) and an American scientist, Professor Colleen Keller, who was the lead scientist in the mission to find the AirFrance flight 447 which crashed in the Atlantic in 2009.

 

It is impossible to say that these experts and investigators are holding information because they have their own reputation to protect.

 

 

It can be said that, those who are accusing the Malaysian government as slow and holding information is the same as saying that the FBI, Colleen Keller with the government of Vietnam, Thailand, Indonesia and many other country with the same accusation.

 

 

We have to remember that in this particular incident, the Malaysian government doesn't benefit from anything by stalling the search. The only people who benefit from this particular incident are the opposition. From day 1 they used this as a base to attack the government and to tarnish our leader's image.

 

 

At the same time, the people of Malaysia can see for themselves how the opposition are actually celebrating the mysterious disappearance of MH370. They are trying their best to promote themselves by attacking the government with baseless accusation. They are excited in taking any chance they get to humiliate their own country. However, little that they know, the opposition are humiliating themselves in their effort to ruin our country's image. 



Sent from my iPhone

Ceramah@KhairyKj di #PRKKajang Semalam

Posted: 20 Mar 2014 05:44 PM PDT



Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi Comango | Portal Islam dan Melayu ISMA

Posted: 20 Mar 2014 02:06 AM PDT

Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya bergambar di dewan persidangan PBB di Geneva Oktober tahun lepas.

Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya bergambar di dewan persidangan PBB di Geneva Oktober tahun lepas.

BANGI, 20 Mac – Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menolak segala tuntutan kontroversi yang diusulkan gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva pada Oktober tahun lalu.

Pendirian negara itu dinyatakan dalam satu dokumen rasmi PBB Rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad di Geneva hari ini.

Antara usul utama COMANGO yang mendapat tentangan ialah gesaan memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah termasuklah aktiviti-aktiviti LGBT, gesaan menandatangani ICCPR, ICERD (mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak istimewa Bumiputera dan hak hak absah kaum lain).

Antara lain ialah Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama, yang termasuk hak untuk meninggalkan agama atau murtad, serta gesaan untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah.

Ekoran itu, Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya yang kini berada di Geneva bersama rombongan MuslimUpro mengucapkan syabas kepada kerajaan Malaysia kerana telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan oleh pihak COMANGO itu.

"ISMA yakin ketegasan kerajaan ini adalah berkat doa dan usaha semua umat Islam di negara kita.

"Dalam pada itu, ISMA juga ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa MuslimUpro (MU) kerana telah berusaha keras untuk menghalang tuntutan COMANGO ini dari diterima oleh pihak kerajaan khususnya," ujar Haji Aminuddin.

Sementara itu menurut Ketua Delegasi MuslimUpro, Encik Azril Mohd Amin, rentetan daripada isu ini, MuslimUpro kelak akan menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam dan syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI).

Tujuannya adalah untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui, serta mempersiapkan gagasan kearah pusingan ketiga UPR tahun 2017 kelak.

"Usaha ini dijalankan  adalah untuk memperkukuhkan jaringan dengan NGO Hak Asasi Manusia di Eropah serta merangka pelan bagi mengisi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia yang telah diumumkan penubuhannya semasa Seminar HAM pada 12 Mac 2013 lalu.

"Pusat ini bukan sahaja akan menjalankan penyelidikan mendalam isu isu Islam dan HAM, tetapi juga akan melatih aktivis-aktivis HAM dari kalangan ahli gabungan MuslimUpro," jelasnya lagi.

http://www.ismaweb.net/v4/2014/03/malaysia-tolak-tuntutan-tuntutan-kontroversi-comango/


Sent from my iPhone

#KajangBerselawat Sabtu ini di #PRKKAJANG

Posted: 20 Mar 2014 02:01 AM PDT

Ucapan Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid : Bersama Mempertahan Perlembagaan Bersama BPN - Mohon Sebarkan

Posted: 19 Mar 2014 09:02 PM PDT


Bersama mempertahan Perlembagaan

Tun Abd Hamid (kanan) gambar dari laman web JAKIM

SEBENARNYA, reaksi awal saya kepada pelawaan untuk menyertai tuantuan dan puan-puan dalam kumpulan iniadalah untuk menolaknya kerana selain keuzuran saya, saya tidak fikir tugas ini sesuai dengan watak dan latar belakang saya. Saya bukan seorang aktivis. Saya lebih kepada seorang pemikir dan penulis.

Tetapi, setelah mendengar penjelasan dan akuan wakil tuan-tuan; melihat kesungguhan dan harapan mereka; memikirkan betapa runcingnya kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara kita pada masa ini, saya bersetuju dengan beberapa syarat:

Pertama, penyertaan saya ini adalah untuk suatu tempoh sahaja, bukan untuk sepanjang hayat, apatah lagi saya pun sudah berada dalam 'waktu kecederaan'.

Kedua, saya tidak akan terlibat dalam apa-apa hal yang menyalahi undangundang.

Ertinya apa yang dilakukan oleh BPN hendaklah dalam lingkungan undangundang bukan di luar atau melanggarnya.

Ketiga, segala tingkah laku kita hendaklah mengikut peradaban Melayu dan akhlak Islam. Sebagai orang Melayu, kita ada adat dan adab. Sebagai orang Islam, kita ada syariah dan akhlak. Itu kita perlu patuhi.

Saya sedar bahawa kehadiran saya mungkin akan memberi beberapa kekangan atau halangan terhadap aktiviti tuantuan sekalian. Saya tidak mahu menyekat atau menghalang pergerakan dan tindakan tuan-tuan.

Sebaliknya, saya tidak mahu terlibat, walaupun secara tak terus (indirectly) dalam tindakan atau perbuatan yang saya tidak sepatutnya terlibat. Saya tidak akan mengkompromi integriti saya.

Tetapi, saya percaya bahawa terdapat ruang cukup untuk kita melakukan sesuatu yang berkesan dengan cara betul dan terhormat. Sepanjang hidup Rasulullah SAW, pernahkah baginda melakukan sesuatu termasuk terhadap musuh-musuhnya, yang merendahkan kedudukannya sebagai seorang Rasul? Jawapannya tidak.

Itulah yang membezakan di antara Nabi Muhammad dengan Abu Jahal dan di antara umat Islam dengan umat agama lain. Saya juga mahu ia menjadi garis pengukur yang membezakan di antara bangsa Melayu dengan bangsa lain.

Maka kita akan lakukan sesuatu yang betul dengan cara betul dan terhormat. Itu falsafah saya.

Untuk mencapai sesuatu, niat baik sahaja tidak mencukupi. Doa sahaja tidak memadai. Usaha yang sesuai mestilah dilakukan dengan betul dan bersungguhsungguh.

Kekalahan pasukan Islam dalam peperangan Uhud, walaupun di bawah pimpinan Rasulullah sendiri adalah misalan yang tepat. Mereka kalah kerana pasukan pemanah tidak mematuhi arahan sebalikya meninggalkan kedudukan untuk merebut harta rampasan perang, membolehkan Khalid Ibn Walid mengumpulkan semula pasukannya dan menyerang dari arah yang bertentangan.

Ia berlaku walaupun kepada pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah sendiri.

Siapakah kita hendak mengharapkan keajaiban?

Dalam peperangan Khandaq, baginda menerima cadangan Salman Al-Farsi dan bertungkus-lumus mengorek parit. Mereka tidak hanya berdoa memohon pertolongan Allah. Dalam kata lain, kita perlu lakukan sesuatu yang betul dengan cara betul untuk mendapat hasil yang diharapkan.

Dalam hidup ini, tidak ada jalan senang untuk senang. Kita dilahirkan orang Melayu dan Islam.

Itu bukan pilihan kita. Itu adalah takdir Allah SWT terhadap kita. Kita akan mati sebagai orang Melayu. Kita juga tiada pilihan mengenainya. Walaupun kita ada pilihan dalam hal agama, kita mahu mati sebagai orang Islam. Itu pilihan kita, dengan izin dan rahmat Allah SWT.

Maka salahkah jika kita katakan "Kami Melayu dan Islam"? Salahkah jika kita katakan"Kami akan bercakap sebagai orang Melayu dan Islam"? Salahkah jika kita, sebagai satu bangsa dan satu umat, berkata: "Kami mahu mempertahankan kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di negara kami"?

Saya datang bukan untuk memimpin. Saya datang cuma untuk berkongsi buah fikiran dan pengetahuan saya jika ada dan bersesuaian, demi agama, bangsa dan negara.

Maka, sama-samalah kita berusaha mela­kukan apa yang perlu dan patut dilakukan.

Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah. Yang menentangnya baik Datuk Bahaman, Datuk Sagor, Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, ialah orang Melayu.

Yang menentang Malayan Union ialah orang Melayu. Yang mengangkat senjata menentang pengganas komunis semasa darurat ialah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan ialah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuannya sudah berbeza.

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, dan "untuk menjaga perpaduan" orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh Inggeris. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka "untuk menjaga perpaduan".

Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding.

Semasa rundingan kemerdekaan, Pas menuntut supaya Pulau Pinang dan Mela­ka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu.

Begitu prihatin mereka kepada nasib bangsa Melayu pada masa itu. Parti Buruh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Tida kkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka? Mahukah orang Melayu diperalatkan lagi?

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama di Malaysia. Hak rakyat, hak setiap kaum, bentuk kerajaan dan seterusnya diperuntukkan dengan teliti.

Ia diterima oleh semua pihak dan merupakan antara beberapa buah Perlembagaan sahaja yang dibuat dalam dekad sama yang masih kekal. Kita patut berbangga dengannya.

Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak nege­ri Sabah dan Sarawak lebih mirip kepada orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka.

Selama 56 tahun Kerajaan Persekutuan

dipimpin oleh sekumpulan parti pelbagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum.

Mana satu kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun?

Negara kita di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa.

Malah Malaysia disifatkan sebagai model­ negara membangun dan negara Islam moden. Jika kaum minoriti hendak complaint mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohing­ya di Myanmar? Di negeri-negeri­ jiran, nama mereka pun perlu diubah.

Dari segi kebebasan beragama, pernahkah kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka? Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumahrumah ibadat mereka di Malaysia termasuk di atas tanah kerajaan dengan percuma tanpa sebarang tindakan malah akhirnya akan diberi pula pampasan berbanding halangan yang dihadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Tetapi, berlainan dengan rakyat negara lain, banyak rakyat Malaysia tidak tahu berterima kasih, tidak berbangga dengan negaranya dan tidak mempunyai rasa taat setia yang secukupnya. Bukan itu sahaja, mereka memperlekehkan negara sendiri terutama sekali semasa berada di luar negara.

Golongan ini, akan melakukan apa sahaja, tanpa mempeduli apa caranya dan apa akibatnya kepada negara untuk mengaut keuntungan diri sendiri, sambil memperlekehkannya.

Keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin tegas dan ekonomi senantiasa berkembang.

Kerajaan Persekutuan kuat sebab mene­rima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walaupun lebih

banyak orang Cina menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya.

Tetapi, keadaan berubah lebih kurang satu dekad kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan kemakmuran yang baru dirasa, ketaksuban kepada parti dan pemimpin serta kehadiran pemimpin dan penyokong yang oportunis yang tidak kira apa akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan citacita mereka tercapai.

Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Melihat keadaan itu, kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatupadu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu.

Mereka hampir berjaya. Sambil itu kumpulan yang ekstremis mula membuat tuntutan yang bukanbukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin Melayu dan menghina agama Islam.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan mengalah dan memberi. Sikap itu dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi. Senjata mereka sama seperti semasa menuntut kemerdekaan: "Jika mahu sokongan kami, berikan kami itu dan ini."

Apa yang mereka mahu sekarang ialah apa yang telah dipersetujui dahulu semasa rundingan Perlembagaan sebagai hak orang Melayu sedangkan hak yang diberi kepada mereka kekal hak mereka.

Apakah perdirian kita mengenainya? Itu soalan yang kita mesti jawab. Sebenarnya, kita bukan hendak berlawan membuat tuntutan dengan sesiapa. Kita cuma berkata, marilah sama-sama menghormati perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan dalam Perlembagaan kita. Marilah kita sama-sama menunjukkan taat setia kepada negara kita ini.

Marilah sama-sama kita bina negara Malaysia ini untuk faedah bersama. Jika kita menghormati peruntukan-peruntukan Per­lembagaan yang telah kita setujui itu dan melaksanakannya dengan adil dan bertanggungjawab, semua akan mendapat faedahnya. Tiada siapa yang akan terpinggir.

Sejarah Malaysia telah membuktikannya. Kepada sesama bangsa Melayu dan saudara Islam, tidak kira dalam parti mana atau kumpulan mana, kita berseru marilah kita mengeratkan semula silaturrahim di antara kita.

Marilah kita perkuatkan barisan. Marilah kita sama-sama mempertahankan hak bangsa dan agama yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Hanya jika kita bersatu dan kuat barulah orang lain akan menghormati kita semula.

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana, kita minta supaya mengetepikan kepentingan peribadi, jauhi rasuah, berfikir lebih jauh, jadilah teladan yang boleh diikuti oleh rakyat dan bersama-samalah mempertahankan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukanperuntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan.

Malah semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, sama-sama mempunyai tanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan semua.

Anak-anak Sabah dan Sarawak juga perlu ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sekian terima kasih.

Ucapan juga boleh diikuti melalui http://www.tunabdulhamid.my


© Utusan Melayu (M) Bhd

Koleksi Video Wahabi & Syiah

Posted: 19 Mar 2014 08:32 PM PDT

13 Video Syiah




1. Skuad pembunuh Syiah http://www.youtube.com

2.Bukti Iran bantu Amerika http://www.youtube.com/

3.Rintihan penduduk Iraq dipaksa laknat isteri Nabi saw http://www.youtube.com/

4. Syiah bakar rakyat Iraq nama Umar Aisyah http://www.youtube.com/

5. Syiah buat huru hara di Masjid Nabawi http://www.youtube.com/

6. Syiah Alukan Israel Zionis dan Amerika http://www.youtube.com/

7. Imam Syiah tidak cederakan badan http://www.youtube.com/

8. Yahudi Zionis Belakang Syiah http://www.youtube.com/

9. Persamaan Syiah dan Nazi http://www.youtube.com/

10. Syiah di Malaysia http://www.youtube.com/

11. Kaabah Syiah di Iraq http://www.youtube.com/

12. Syiah mahu bunuh Ahlu Sunnah http://youtu.be/

13. Ahmadinejad dalam ritual Syiah http://www.youtube.com/



11 Video Wahabi


1. Adakah Wahabi keluar dari Islam http://www.youtube.com/

2. Ulama tolak Syeikh AlBani http://www.youtube.com/

3. Kesesatan Wahabi http://www.youtube.com/

4. Sejarah Wahabi http://www.youtube.com/

5. Tokoh Hadis Syeikh Alawy Al Maliki Keturunan Nabi dikafir

6. Bantahan terhadap Dr Asri hentam pelajar pondok http://www.youtube.com/

7. Wahabi mahu roboh maqam Nabi saw http://www.youtube.com/

8. Wahabi sesat dan menyesatkan http://www.youtube.com/

9. Debat Nik Aziz wahabi http://www.youtube.com/

10. Syeikh Azhar : Wahabi Anjing Neraka http://www.youtube.com/

11. Dr Uthman elMuhammady Isu Bidaah Wahabi http://www.youtube.com/

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Prestasi Kajang boleh jatuh angkara Ketua B'gian samdol macam Johan Aziz

Posted: 20 Mar 2014 07:24 PM PDT


Masa berkempen pun tinggal hingga Sabtu malam besuk dan apa-apa yang dilakukan sudah dan sedang dilakukan. Tak banyak boleh dibetulkan sangat. Namun jika ada kesilapan penting yang boleh diperbetulkan, boleh dicuba tapi kena ada yang berani MENEGUR.

Pada mula, Unspinners rasa hebat Ketua Bahagian UMNO Bahagian Hulu Langat merangkap ADUN Semenyih, Johan Aziz untuk tidak perlukan bantuan dari UMNO negeri-negeri atau UMNO bahagian lain di Selangor.

Baguslah sikap Bahagian bersikap berdikari dan mahu buat sendiri. Adakala UMNO dari luar kawasan tidak membantu tapi hanya banyak jadi pelancong politik. Yang kerja akhirnya orang tempatan. Kalau tempatan tak membantu, UMNO bahagian atau negeri lain tak boleh bbuat apa-apa disesuatu kawasan.

Namun begitu, tidak pula nampak cawangan bleh kendalikan sendiri program. Semuanya balik-balik masih sikap lama UMNO bagaikan paku dan penukul.

Cuma mereka ini paku mintak ditukulkan. Dibantu bendera, bukan tahu nak buat sendiri tapi batang kayu juga diminta, tempat nak pasang tak tahu, caa nak letak tak tahu dan akhirnya minta duit untuk upah orang.


Anwar buat kempen sudah sebulan tapi apa yang cawangan-cawangan buat?

Banyak yang macam takut nak kempen pasal sudah digempaq Anwar dan nak ngaku kalah. Macam mana bala tentra Johan Aziz boleh pergi ke perang dengan rasa takut dan tiada keyakinan?

Sudahlah ada pulak kepala juboq dari tempat lain dalam Selangor dok jaja KPI Kajang bukan untuk menang tapi turunkan majoriti. Lagi sama bahalol .... pergi perang ngaku kalah dan cuma nak kurangkan orang mati.

Masaalah juang satu hal, satu lagi adalah masaalah nak buat program. Cawangan dok kelahi sesama sendiri. Jika ada pihak yang ada rasa inisiatif nak buat sesuatu, mula-mula kena kacau pihak yang pegang jawatan.

Yang pegang jawatan rasa tergugat kewibawaan. Dah tak tahu buat program memanglah tak berwibawa tapi isunya mereka tak mahu orang tahu diri mereka tak berwibawa. Juga tak mahu orang berwibawa jadi popular.

Program yang lahir dari usaha yang tak berjawatan akan dikacau dan ada kala di sabotaj supaya gagal.

Nak buat sesuatu sudahlah susah. Mana birokrasinya. UMNO ni banyak mesyuarat dari buat kerja. Sampai dua kali sehari mesyuarat, bila nak buat kerja dan berkempen? Nak buat laporan pun bakal memakan masa.

Yang bingai pun satu hal. Nak mulakan sesuatu pun tak tahu. Apa program yang sesuai? Apa program yang menarik? Apa nak isi dalam majlis? Tak tahu belaka .... akhir sekali kalau ad aprogram pun, tak ada impak politik dalam menarik undi.

Janji ada prgram dan yang datang hanya orang yang dah tentu pangkah BN walaupun beruk di letak sebagai calun.

Rata-rata isu banyak menyebeahi BN tapi orang bawah sampai ke atas macam tak tahu isu dan perkembangan semasa. Dia orang macam duduk dalam gua dan tak baca berita sertaa macam jakun tak tahu Internet.

Takde dari orang UMNO yang tahu jadikan sentimen terhadap MH370 untuk satukan rakyat dan langsung dekatkan rakyat dengan kerajaan.


Belum cerita masaalah sikit-sikit mintak peruntukan. Ini perkara lumrah. Setiap kali PRK atau PRU, ceritanya peruntukan tak turun. Peruntukan dikebas ketua. Ketua nak kebas peruntukan. AKhirnya ahli tak percaya ketua dan tukar parti

Kalau wang sendiri di dulukan, ketua-ketua di atas tak kembalikan wang yang sudah dibelanja. Macam-macam alasan dan birokrasi yang diguna untuk tak mahu kasi mereka yang bukan dalam lingkaran dalaman ketua--ketua di atas dan cuba menadai buat program. 

Ada kalah cawangan yang sumber terhad perlu mintak orang luar untuk biayai program. Tak ke malu?

Dalam Johan Aziz ingat Bahagian dia terer boleh buat sendiri, akhirnya orang luar UMNO bahagian dan orang luar UMNO yang bertugkus lumus bersama juga.

AL kisahnya orang-orang luar ini sudah usahakan sesuatu dan seminggu dah dibuat. DIpanggil dan dipujuk pengundi untuk turun mengundi. Sampai akhir-akhir ini, tiba-tiba dengar Johan kata dia nak buat sendiri. Kalau nak buat sendiri, lakukan dari awal.

Takkan tinggal sehari dua boleh kau ambilalih. Sempat ke nak tukar orang yang dah lakukan kerja kepada orang lain? Sempat ke nak bina hubungan baru untuk ke tahap percaya?

Jawapannya tak sempat. Kalau gitu kenapa dia mahu Bahagian dia lakukan? Senang saja jawapannya .... orang lain buat kerja tapi dia nak sapu peruntukan.

Siap-siap peruntukan untuk mereka datang mengundi tak disampaikan dan dikebas kelak. Ini trick selalu berlaku. Kalau ini berlaku, percaya cakap kami .... orang tak mahu datang mengundi dan siap-siap kerusi Semenyih yang dipegang Johan pun akan terbang jika perangai macam gini.

Rata-rata Johan tidak sangat membantu kempen dalam merancang, memantau dan menggerakkan orang....

Rupanya pe'el ini adalah pe'el lama dia. Johan dah lama bermasaalah dan patut dipersalahkan di atas prestasi merudum bahagian di PRU. Baca Paneh Miang SINI.

Itu sebab BN lembab di Hulu Langat dan AP PKR yang halau bini di malam raya pun boleh menang balik.


Ketua Bahagian satu hal ...yang Ketua Perhubungan pun satu hal bila berkata agensi tak membantu di Kajang. Cakap main sedap mulut saja... aku bogelkan kang cerita-cerita kamu?

Harap dia faham orang nak dibantu mesti bantu diri sendiri. Letih nak kasi orang makan tapi bbukan setakat sudu dan pinggan nak disediakan tapi perlu disuap masuk mulut.

Inilah kes yang berlaku dari cawangan sampai ke atas dalam Selangor. IQ sama rendah dengan Ketua Perhubungan

Lagi pun, bukan kerja agensi untuk buat kerja UMNO. Minda masih di tahap lama.... patut UMNO kena bina kekuatan politik dan jentera sendiri dari dalam.

Bukan dok harap orang lain buat kerja untuk mereka dan mereka macam bos harap orang bantu. Peliknya jadi bos biarlah berkepuk poket ... ini duit pun mintak orang. Takde maruah dan tak tahu malu.


Itu baru Bahagian dan Negeri ... Pemuda pun lemau berlaka. Hari tu yang nampak hebat di hari penamaan. Itu pun rupanya bukan kerja Pemuda tapi grup lain tapi hanya saja kasi Arman nama.

Selain hari penamaan, Pemuda terus dengan sikap tak kisah, tak tahu berperanan dan syok sendiri macam biskut dah lemau masuk angin. Salah satu pemegang jawatan di atas dok kemut peruntukan hingga Khairy terpaksa lari dari diminta peruntukan yang tak akan turun ke cawangan!

Cyber BN pun dikhabarkan seorang pemerhati dari dalam pejabat BN sebagai tidak wujud untuk memberi impak. Entahlah ... baru nak belajar pasal macam mana nak hubungkan propaganda politik dengan lifestyle.

Jadi crita di Kajang adalah wakil Pemuda Pusat ke Kajang untuk PRK pun tak nampak batang hidung. Dikatakan dia telah lari duduk di resort berdekatan untuk cabut dari pelbagai masaalah.

Ini bukan nak sabotaj.

Tapi nak menegur... kalau ada marah pasal timing atau kasar, lantaklah nak cakap apa. Cakap baik-baik dan lembut-lembut bukan dengar sesetangah orang besar UMNO. Malah pucuk pimpinan perlu diugut baru dengar dan lakukan sesuatu.

Yang penting, 99.9% dah kita dedikasi terhadap pembangkang. Lepas ini pun kita balun dan dedahkan hal dalaman pembangkang pula.

Cara Anwar kendali MH370: U ulang I saman ... tak juga jumpa macam jam Omega

Posted: 20 Mar 2014 05:22 PM PDT


Anwar kata dengan takabur (walaupun dalam menasihat orang supaya tidak takabur) bahawa dia boleh urus krisis MH370 lagi steady. Baca MIK SINI

Susah payah Dato Fuad Hassan menjawab Anwar. Sebenarnya cara bagaimana Anwar akan tangani?

Adakah dia akan kata .... u ulang I saman pada media bbarat dan Australia apabila ditanya soalan yang susah?

Kerana begitu cara Anwar menekan akhbar bila dia terperangkap tanpa jawapan atau bahan untuk kelentongan.. Semasa dalam kabinet, dia akan talipon dan beri tekanan politik terhadap wartawan atau editor yang susahkan dia lepas pujuk tak makan.


Takpe kita beri ruang jawapan Dato Fuad.

 Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. -Dato Fuad Hassan


Malam ini putarbelit maha hebat kes liwat Anwar untuk pembuka Reformasi II esok

Posted: 20 Mar 2014 06:33 AM PDT


Malam ini program di atas diatur oleh Prof Redzuan UMCEDEL yang merupakan bekas Presiden ABIM yang cuba menafikan kaitan dengan Anwar Ibrahim penipu tapi ingat orang tak tak tahu.

Program itu akan cuba memberi satu spin yang ada sentuhan legal hasil persembahan Latheefa Koya yang cuba mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan. Malangnya cerpen 20 muka surat drama perundangan versi Anwar itu sudah bocor.

Memetik dari The Flying Kick:


.... apabila mereka sendiri melakukan fitnah secara terang-terangan, mereka memberikan alasan, itu adalah PERJUANGAN RAKYAT. Mereka sentiasa berselindung, sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah yang benar.

Sedangkan PKR sendiri hidupnya bermula dengan FITNAH, perjalanannya penuh FITNAH, bahkan dipimpin oleh golongan penfitnah yang kerja mereka hanyalah untuk menyelamatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim dan membela perlakuan songsangnya dengansegala macam alasan.


Skrip KEMPEN DNA (DATO' NAJIB ALTANTUYA) - Maklumat dan Fakta Kes Selepas Kes Pendakwa Selesai sudah pun bocor.

Dari hujah sehinggalah kepada kronologi yang disediakan untuk kemudahan tukang kempen PKR menabur fitnah,cukup lengkap dan mengesahkan bahawa PKR sebenarnya adalah angkatan penfitnah terulung di Malaysia semenjak tahun 1957.

DAP yang telah mencetuskan tragedi berdarah sekalipun, tidak melakukan pembohongan yang sebegitu karut sebagaimana PKR.


Contoh terbaik ialah:


Hujah Ke-2 muka surat 13 skrip berkenaan:


Tidak ada Bukti Penemuan, Malah Sampel Yang Diambil Menimbulkan Keraguan.

Terang-terang si penulis skrip menyatakan bahawa kedua-dua pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrwai Kuala Lumpur dengan secara jelas menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang penetrasi atau pun tanda-tanda bahawa penetrasi telah berlaku.


Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemeriksaan awal di Hospital Pusrawi tidak dibuat ke bahagian dalam dubur memandangkan kes itu adalah kes jenayah. Sebarang kes jenayah kemudiannya akan dirujuk kepada Hospital Besar Kuala Lumpur. 

Begitu juga dengan pemeriksaan doktor biasa di Hospital Besar Kuala Lumpur yang akan membuat pemeriksaan luaran, manakala pemeriksaan dalaman bagi tujuan forensik dan klinikal akan diserahkan kepada doktor pakar.

Baca sepenuh di Flying Kick SINI.

Pembohongan mereka berasaskan Saiful tidak ada di kondo (auta yang susah untuk diterima akal), tiada bukti perubatan (auta basi yang di recycle), penafian air mani wujud (yang ditolak hujah di mahkamah rayuan) dan  rekaan bahawa sampel DNA dari dubur Saiful telah bertukar tangan (rekaan yang ditilak mahakmah rayuan).

Maka akan dikatakan ini adalah ulangan konspirasi 1998. Konon Saiful ada jumpa Najib dan Rosmah dua hari sebelum kejadian sodomi.

Kempen PRK Kajang ini bukan berasaskan isu rkyat tapi isu dubur yang jadi keseronokan Anwar. Malah mereka cuba adakah finale ala Reformasi 1998.


Skrip Neng Azizah menangis pun akan diulang tayang juga. Usaha sedang dilakukan untuk membawa seramai pelajar-pelajar 



Malah penuntut-penuntut dipancing dengan wang untuk datang:


Janganlah membuang masa kerana Kajang akan jam seteruk-teruknya dan penduduk Kajang tdak akan keluar dari rumah dan kawasan. Malah maklumat yang diterima SAMM dan UNit Amal akan lakukan huru hara tapi persaalahkan BN.



Bagi student yang nak datang, nak pergi makan masa tiga jam dan balik makan masa tiga jam. Memang seronok ... tapi kerja buang masa punya kerja.

Kes kali ini lebih solid dari kes dahulu. Itu pasal tiada orang dulu yang bersama Anwar lagi melainkan Azmin dan Saifuddin Nasution...

Itu pun Azmin akan mula tentang Anwar setelah menyedari dirinya diperguna. Kalau Azmin boleh diperguna, inikan pula kau orang yang masih hidung berhingus.


Baik hadhir pada selawat perdana bersama pemimpin.

Kematian dikonsert cuba dipolitikkan PAS ...terpalit muka sendiri!!!

Posted: 20 Mar 2014 02:30 AM PDT


Konsert agak melampau rupanya ...






Oleh kerana Kementeriaan penganjur maka Dato Nazri dan Kementeriaan kena kritik



Tok Lebai Anwarisanas PAS yang tak peduli pasal akidah orang Islam, sokong COMANGO dan gereja murtadkan orang Islam naik shiekh hingga mereka-reka kata-kata.



Nazri tidak ada kata sedemikian. Anak Nazri nafikan.







Tepek balik kena muka Pakatan kerana budak yang mati semua adalah operator FB pro Pakatan.



Sudahlah Mahfuz ... tak habis-habis membdohkan diri sendiri.







Memang itulah paling layak buat mereka!!! Kah kah kah ....

Manifesto hanya janji 10: Bukan membela rakyat tapi untuk alat bengkok Anwar

Posted: 20 Mar 2014 12:00 AM PDT



Memang betul kata Dato Shahrizat. Neng Azizah bukan pilihan PKR tapi hanya tangkap muat dan kitar semula.


Manifesto dah silap dan mereka tak ada apa lain nak kata. Hanya kitar semula drama lama. Malam besuk dan malam ini adalah malam untuk jawab Anwar Ibrahim dan bukan untuk rakyat.



Malam ini akan ada penipuan fakta yang paling hebat untuk putarbelit kes liwat yang sudah jelas Anwar meliwat tapi mahu cuba diputarbelit.

 Cukup-cukuplah hal Anwar Ibrahim.


Undi untuk kepentingan rakyat Kajang. Undi Chew Mei Fun ...