Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PrayforMH370: KO-PILOT DIKESAN BERUSAHA MENYELAMATKAN KEADAAN

Posted: 17 Mar 2014 09:35 PM PDT


"Baik, selamat malam," adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.

Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.

Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.

Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera. 

Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.

#PRK Kajang : POSTER-POSTER MENARIK CYBERTROPERS

Posted: 17 Mar 2014 06:06 PM PDT




Ini adalah sebahagian dari koleksi poster-poster yang disebarkan oleh rakan-rakan cybertroopers. Terpulanglah samada mahu dimanfaatkan atau sekadar hiburan politik. 

Peperangan politik kini dan akan datang adalah peperangan yang penuh kreativiti dan mengekploitasikan sepenuhnya medium siber dalam menyampaikan maklumat, dakwah, propaganda dan sebagainya.  Lagi Gambar:




























   

REBUT KUASA LEBIH UTAMA BERBANDING SIMPATI #KajangMove #PrayforMH370

Posted: 17 Mar 2014 05:30 AM PDT


Kini sudah lebih 10 hari pesawat MH 370. Penyiasatan semakin menarik. Pelbagai teori dan spekulasi muncul oleh pelbagai pakar di dalam mahupun luar negara. Tak kurang juga pakar-pakar sebar fitnah dan tohmah yang sengaja dibuat untuk memperlekeh usaha-usaha kerajaan dan semua pihak terlibat.

Agak-agaknyalah kalau kita cuba letakkan Lim Kit Siang atau Nuar laki bini atau puak-puak lebai PAS menjawab soalan-soalan para wartawan yang bertalu-talu semasa sidang media MH370, rasanya mereka akan terketar lutut dan mula menyalahkan pegawai-pegawai kerajaan kononnya tak pandai buat kerja.

Masuk pulak si Tony Pua, terus nak pecat pegawai itu dan ini.  

Datang pulak Nurul Izzah, dia pasti akan buang polis dan semua anggota keselamatan.

Itulah cara mereka nak lepaskan tengok masing-masing. Tak mahu mengakui kelemahan, tak mampu nak mentadbir dan takut menghadapi krisis.

Sebab tu dari dulu sampai sekarang Allah tak izin mereka memerintah Malaysia. Sikit kuasa diberikan kepada mereka namun mereka hanya tahu cari kesalahan orang, hasut dan tanam kebencian. Gagal menyantuni dan berkhidmat kepada rakyat.

Tatkala ramai yang sedih dengan insiden MH 370, Kerajaan BN tampil dengan pelbagai ikhtiar termasuk doa di serata negara. Namun apa yang Azizah buat sekurang-kurangnya membantu mengurangkan kesedihan rakyat?



Apa pula pemimpin-pemimpin pembangkang buat? Tak pernah nak puji tetapi lebih banyak mengeji hingga menguris hati keluarga dan sahabat MH 370.

Kita pun musykil apakah ibadat yang dibuat oleh Azizah di Kajang ini? Adakah ini doa bersama untuk kemenangannya di Kajang atau doa bersama untuk keselamatan pesawat MH 370? Apa yang pasti doa bersama serentak ini adalah sebahagian dari amalan pluralisme yang difatwakan sesat di kebanyakkan negara Islam namun ternyata ia diagung-agungkan oleh PKR! 


Fikir-fikirlah...







ASTAGFIRULLAH SUAMI RELA ISTERI DIBUAT BEGINI

Posted: 17 Mar 2014 12:52 AM PDT



Selepas pendedahan lebai-lebai PAS mencolok matanya menonton tarian lucah di atas, kini di Kajang menyaksikan seorang suami tak marah pun isterinya dibuat begini. Alangkah baiknya kalau nenek ini jaga cucu di rumah .

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


JENAKA DALAM FELDA

Posted: 17 Mar 2014 09:16 AM PDT


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Isu Bomoh VIP - Video @Youtube Menteri @Zahid_Hamidi Malukan @MahfuzOmar Di Parlimen Semalam

Posted: 17 Mar 2014 10:30 PM PDT

Kuala Lumpur – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan salah seorang pengikut 'Raja Bomoh' yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) baru-baru ini adalah berasal dari Pokok Sena.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika sesi Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mahfuz ketika membangkitkan soalan tambahan, cuba mengaitkan Zahid yang kononnya mempunyai hubungan dengan 'Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin.

"Saya kena perlu berhati-hati bertanya soalan kepada Menteri Dalam Negeri, kerana dia Khalifah kepada seni mempertahankan diri 'Bomoh MH370' baru-baru ini. Saya takut silap nanti, dia lempang saya macam buaya" katanya.

Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan itu, Zahid menafikan beliau mempunyai hubungan dengan 'Raja Bomoh' itu.

"Saya terpaksa jawab juga soalan-soalan meleret ini. Walaupun soalan itu (bersifat) menyindir, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak kenal langsung orang itu (Raja Bomoh). Saya tidak kenal bomoh itu langsung. Dia memang kenal sayalah, macam saya kenal Yang Berhormat.

"Tetapi salah seorang yang pegang dayung itu (dan) yang pegang buah kelapa itu adalah dari Pokok Sena. Itu saya pasti, boleh check. Saya khuatir guru dia adalah ahli parlimen Pokok Sena," sindir Zahid.

Semalam beberapa portal melaporkan, kononnya 'Raja Bomoh' itu mengenali Zahid secara rapat.

Raja Bomoh mencuri tumpuan di Parlimen pagi tadi apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mejawab sindiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dengan berkata, "saya tidak kenal Raja Bomoh tapi saya tahu pengikutnya dari Pokok Sena. Mungkin anak murid Pokok Sena."




Baca juga artikel saya semalam



Sent from my iPhone

KTM Berhad Lanjut Perkhidmatan Sempena #SelawatPerdana Jumaat Ini Di #Putrajaya Yang Bakal Dihadiri PM @NajibRazak

Posted: 17 Mar 2014 08:02 PM PDT

Mukasurat 17 Harian Metro

Mazidul @tv3Malaysia Dedah Video @Youtube @Anwaribrahim Mengaku Kenal Juruterbang #MH370 Menafikan Kenyataan @DrWanAzizah di @MStarOnline

Posted: 17 Mar 2014 06:04 PM PDT


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Lihat rakaman di bawah ini dan pastikan ia disalin sebanyak mungkin untuk pastikan ia tidak dipadam.



LIhat durasi 0.37 Anwar menyebut beliau mengenali juruterbang tersebut. Namun gagal disedari ramai kerana ia disebut seimbas lalu.

Lebih mengejutkan Rafizi Ramli membangkitkan gambar Obama melihat rakaman Bomoh VIP yang sebenarnya gambar tidak benar dan diedit.


sumber blog PAKAtANRAKYAt 


Sham Kamikaze juga turut sebarkan gambar ini



Walhal gambar sebenar ialah :


 

Kenyataan Wan Azizah di bawah jelas satu penipuan mengikuti penipuan demi penipuan sebelum ini yang bertujuan untuk lindungi suami.


Kenyataan @KhairyKJ Tragedi Future Music Festival ASIA Tiada Kaitan Dengan KBS & Mengaku Pernah Berjumpa Penganjur Sebelumnya

Posted: 17 Mar 2014 05:02 PM PDT

Di bawah ialah kenyataan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan :
Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia.

Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda.

Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.

Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian.

Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan.

Dalam hal ini, saya mengingatkan warga belia agar tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan dadah tidak kira untuk sebarang tujuan.

Saya sedar terdapat individu yang bukan sahaja mengambil dadah rekreasi (recreational drug) semasa mengunjungi kelab-kelab malam atau pesta muzik berbentuk electronic dance music atau trance, tetapi mereka juga sudah ketagih kepada dadah yang membolehkan mereka berjaga untuk berhari-hari semata-mata untuk kerja atau pembelajaran.

Saya ingin menasihatkan semua warga Malaysia terutama belia agar sedar bahawa penyalahgunaan dadah adalah salah di sisi undang-undang dan akhirnya membawa padah kepada diri sendiri dan orang tersayang.

Kalau bukan diakhiri dengan kematian, penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan kemerosatan kepada kesihatan tubuh badan yang mungkin kesan-kesannya hanya akan dirasa beberapa tahun kemudian.

Pada masa yang sama, saya telah berbincang bersama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, untuk sama-sama menangani gejala ini.

Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan juga NGO-NGO lain untuk mengadakan kempen kesedaran kepada warga belia tentang betapa bahayanya dadah sebegini.

Saya juga akan berbincang dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta KDN untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan serta kriteria penganjuran dan pemberian permit untuk konsert-konsert pada masa depan.

Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat.

Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang.

Berkenaan pula dengan FMFA, ada beberapa tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Ini termasuk mengaitkan saya dengan pengajur.

Ini langsung tidak benar. Penganjur FMFA pernah datang pejabat saya untuk memaklumkan kepada saya tentang konsert FMFA.

Mereka minta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur.

Itulah sebab saya perlu bincang perkara ini dengan kementerian-kementerian yang lain yang terlibat dalam pemberian permit supaya satu dasar dapat dipersetujui agar insiden yang berlaku di FMFA tidak berulang.

Menteri Belia dan Sukan
17 Mac, 2014


sumber dari : http://novandri.blogspot.com/2014/03/tragedi-kematian-di-konsert-future.html 

Jangan Ketawa - Ketua Penerangan PAS @MahfuzOmar Mahu Jadi Ketua Pramugara ???

Posted: 17 Mar 2014 05:30 AM PDT




Kah...Kah...Kah..... Tak boleh tahan nak gelakkkkk...Lawak ini sahaja yang mampu dilakukan demi mengambil hati rakyat... Alahai kesiannya. Mahu menjadi tebusan dengan erti kata sanggup menjadi Ketua Pramugara untuk serah diri mewakili penumpang pesawat. Mungkin kesan kalah Naib Presiden PAS inilah punca dia jadi begini. Kesian... Kesian...     Kah ... Kah... Kah.....

@KhairyKJ Jamaluddin Rasmi Kejohanan Futsal DUN Kajang Ulas Pasal Raja Bomoh VIP

Posted: 17 Mar 2014 01:56 AM PDT

Beliau sebut : bergurau saja... Bukan serius.

Harap perkara ini tidak dipanjangkan dan kita kembali menjernihkan suasana di samping menunggu berita kehilangan MH370 yang ditunggu seluruh dunia akan khabarnya.

Meminta maaf perkara terbaik dan yang muda hendaklah merendah diri kepada yang tua.

KJ boleh jadi PM kalau kena strategi dan diberkati Allah serta rajin berdamping ulama warak kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/7ByWb4y0DfQ


Sent from my iPhone

World's Largest Paint Party di SIC Sepang April Depan - Sempena Tahun Melawat Malaysia ?

Posted: 17 Mar 2014 01:05 AM PDT

Harap hanya dibuka kepada bukan Islam. Pihak Agama Islam perlu buat pemantauan agar tidak ada elemen mengkhayalkan diselit untuk merosakkan rakyat.

Kekuatan kita hari ini ialah generasi muda dan merosakkan mereka adalah strategi paling tepat untuk jangka masa panjang.

Mohon semua pihak mengambil berat penganjuran ini dan jangan hanya ketika terlalu hampir tarikh baru dihebohkan kepada rakyat Malaysia.

BOMOH VIP : @MahfozOmar Malu Besar Gagal Malukan @Zahid_Hamidi Di Parlimen Pagi Tadi

Posted: 17 Mar 2014 12:29 AM PDT


Pagi tadi semasa menonton siaran langsung Parlimen kebetulan giliran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang menjawab soalan-soalan di Parlimen yang disiar di RTM1. Kemudian Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar bangun untuk mencelah bertanyakan soalan. Namun didahului dengan sindiran terhadap Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau adalah Khalifah Silat Bomoh VIP Datuk Ibrahim Mat Zin.

Cubaan membuat lawak tersebut ternyata tidak melucukan sedikitpun kerana ia tidak mengandungi elemen humor atau lawak dan dibalas dengan spontan oleh DS Zahid Hamidi bahawa salah seorang yang mendayung adalah dari Pokok Sena, menyebabkan semua ketawa sekaligus menjerat Mahfuz Omar yang cuba menjejak keberanian Anwar Ibrahim membawa isu Bomoh VIP di Parlimen sebelum ini. 

Mana satu dari Pokok Sena ? Hanya Mahfuz Omar sahaja yang tahu...

Jelas beliau tidak profesional apabila menggunakan peluang untuk membuat tuduhan palsu tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. 

Ramai bercakap bahawa PAKAtAN RAKYAt begitu diam membisu selepas bukti pilot MH370 mempunyai kaitan dengan PKR dan disahkan ahli seumur hidup PKR. Dengan status-status FB yang jelas menyokong PKR maka kehadiran Raja Bomoh VIP dijadikan modal untuk menutup isu mengaitkan mereka dengan pilot tersebut.

Jika bomoh VIP menolong dengan kaedah beliau dibantu muridnya namun pilot nampaknya menolong membawa kapal terbang yang hingga kini gagal dikesan dan gagal juga dipastikan adakah beliau antara dalangnya. Walau banyak persepsi cuba mengesahkan andaian tersebut di ruang alam maya.

Sebelum itu DS Zahid dalam jawapan balas menafikan beliau mengenali Bomoh VIP dan menyatakan hanya kenal seperti beliau kenal Mahfoz Omar.

 "I don't know that bomoh at all. Maybe he knows me the way I know YB (Mahfuz Omar)," Zahid told the Dewan Rakyat in response to a question from the Pokok Sena MP on his alleged links to Ibrahim. 

Sambungan :

But without missing a beat, Zahid shot back that one of the assistants originated from Pokok Sena, Mahfuz's own constituency.

Sumber Free Malaysia Today.

Namun laporan berbeza telah ditemui dalam The Malaysian Insider yang tidak menyebut salah seorang yang terlibat mendayung ialah rakyat dari Parlimen Pokok Sena dan jauh dari apa yang disampaikan oleh MDN DS Zahid Hamidi pagi tadi.

"Saya tidak kenal dia, (bomoh) tapi yang saya tahu dia adalah orang yang memegang kelapa di bawah Pokok Sena,"

Sebelum ini Mahfuz Omar selalu menyerang Menteri Dalam Negeri tersebut seperti di dalam isu PERKASA dan tawaran tampar Teressa Kok. 

Lihat kembali di sini http://pahangdaily.blogspot.com/ dan sini http://antarapos.com/ 

Dengan kelulusan yang rendah dan pernah membawa forklif di lapangan terbang menurut blog ini ( http://umnolawanpas.wordpress.com/2010/04/08/mahfuz-omar-bekas-pekerja-forklift-bodek-karpal-singh/ ) maka tidak pelik jika tuduhan liar seperti ini dilemparkan oleh beliau di dalam cubaan untuk mengenepikan kemarahan rakyat yang sudah nampak belang sebenar pembangkang yang tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan untuk kehidupan dunia atau akhirat mereka.

Ketika semua sibuk membicarakan kaitan pilot dengan Pembangkang, Mahfuz Omar cuba menukar tajuk perbualan 'negara' kepada cerita Bomoh VIP 1Malaysia di Parlimen.Memang sejak dahulu sering dikaitkan dengan geng Erdogan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam PAS. Baca kisah ini di sini http://www.pilihanrayakini.com/2009/06/mahfuz-omar-sudah-dirasuk-erdogan.html

Percayalah, usaha beliau tidak berhasil kerana fokus yang kuat yang timbul dari keinginan rakyat untuk mengetahui kisah sebenar, menghalang cubaan Mahfuz untuk menukarkannya.


Mari tengok video Mahfuz Omar lepas geram lepas kalah Naib Presiden PAS  di Parlimen



Paling lawak profil twitter beliau masih lagi menyiarkan beliau berjawatan Naib Presiden PAS seperti di sini https://twitter.com/MahfuzOmar ketika artikel ini ditulis jam 3.17 pm 17 Mac 2014.



Nampak beliau seperti tidak sedar sudah tidak lagi menjadi Naib Presiden PAS lagi sekarang... Kesian......Kesian....


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kehilangan MH370 : Simulator penerbangan kapten Zahari kukuhkan 'teori Diego Garcia'

Posted: 17 Mar 2014 10:33 PM PDT

Pangkalan tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia.
MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu.
Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit,  Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau.
Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).
"Antara perisian yang diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber.
Siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu cuba mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. Penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
Polis membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.
Rumah juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat terbabit digeledah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.
Najib yang menafikan terdapat unsur rampasan berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
AS sebelum ini menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Peta menunjukkan lokasi Kepulauan Andaman dan Nocobar. Pesawat MH370 dipercayai terbang ke arah pulau berkenaan.
Bagaimanapun Daily Mirror dalam laporan 14 Mac lalu memetik sumber Reuter bahawa penyiasat mendapati pesawat itu terbang menghala ke arah Kepulauan Andaman yang terletak di Lautan Hindi di  baratdaya Malaysia.
Laporan Richard Hartley-Parkinson itu juga menyatakan bahawa maklumat dari radar penjejak milik tentera menunjukkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari radar "sengaja" diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Pulau Andaman, sumber yang rapat dengan penyiasat memberitahu Reuter.
Dua sumber menyatakan sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai pesawat MH370, terbang melalui satu "laluan udara" yang lazim digunakan oleh pesawat dalam penerbangan ke Timur Tengah dan Eropah, telah dijejak dan dilakar (plot) oleh radar penjejak milik tentera itu. Maklumat seperti ini menunjukkan bahawa peswat berkenaan dipandu oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan.
Lakaran (plot) terakhir oleh radar penjejak berkenaan menunjukkan pesawat MH370 itu terbang ke arah pulau Andaman, salah sebuah pulau dari rangkaian beberapa buah pulau yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Laluan udara (waypoints) adalah lokasi geografi yang diwujudkan dengan mengira garisan membujur (longitude) dan garisan melintang (latitude) sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengemudi pesawat di sepanjang 'koridor udara' yang dilalui.
Sumber ketiga yang juga rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa penyiasatan berpandukan teori bahwa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat "telah mengambilalih" pesawat dan mengubah haluan penerbangan ke suatu destinasi yang tidak diketahui.  
"Apa yang boleh kami nyatakan ialah kami  sedang menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj tanpa menafikan kemungkinan berlakunya rampasan pesawat," kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis.  
Ketiga-tiga sumber meminta identiti mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media dan demi melindungi sensitiviti penyiasatan.
Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. - SUMBER

Kehilangan MH370 : Dimana MH370 boleh mendarat?

Posted: 17 Mar 2014 09:25 PM PDT


  • Di mana MH370 boleh mendarat?
 1 / 1 
MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan  satelit  dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam  (DCA), Datuk  Azharuddin  Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan 'air turn back' ke Selat Melaka.


Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan  mempunyai tempoh 30 minit  sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum   kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu  turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan  Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar,  MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung  atau terhempas di luar kawalan.

Jika teori ini tepat,  MH370  yang dilaporkan  dikendalikan secara manual oleh  seseorang yang mahir di dalam kokpit  akan melalui kawasan   Kepulauan  Andaman  selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu  dikesan radar  Tentera Udara Diraja Malaysia  di situ.

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan  sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara  Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan.

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan  dimiliki oleh tentera  Myanmar  dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China.

Pilihan terakhir, MH370 juga  boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar  atau lebih dikenali sebagai 'Portblair' milik Negara India  di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian. - SH

Kehilangan MH370: Selebriti turut beri sokongan

Posted: 17 Mar 2014 08:19 PM PDT

  • MH370: Selebriti terus beri sokongan!
 1 / 1 
SEBELAS hari telah berlalu, namun misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum terungkai.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, masih lagi berjalan seperti biasa. Nasib 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 kru kabin masih lagi belum diketahui.

Berikutan musibah yang menimpa, orang ramai tetap tidak berputus harap dan terus berdoa agar kesemua penumpang dan kru pesawat itu dapat ditemui dengan selamat.


Bahkan, golongan penggiat seni tanah air juga tidak terkecuali dalam memberikan tanda sokongan dan harapan buat pesawat MH370.

Mengharap Cinta tribute MH370

Jika pendatang baru dalam dunia nasyid, Amar atau nama sebenarnya, Arif Muazzim Abdul Rahman mencipta lagu Pray For MH370 bagi meluahkan rasa sedihnya, berbeza pula bagi penyanyi, Sharifah Zarina.

Penyanyi Harapan Berbunga Realiti ini menghasilkan tribute buat pesawat MH370 menerusi lagu baharunya, Mengharap Cinta ciptaan sepenuhnya oleh bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Mafa. Bicaranya, dia terpanggil untuk membuat sendiri klip video itu selepas dihubungi stesen radio untuk memberi kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

"Selepas lagu berkenaan diputarkan di radio, baru saya sedar yang liriknya sangat dekat dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Saya mendengarnya sambil menangis apabila terkenangkan peristiwa itu," katanya ketika dihubungi Zass.

Tambahnya, dia turut memuat naik video itu di laman sosial YouTube dan tidak menyangka ia mendapat sambutan  yang cukup menggalakkan.

"Bukan saja tarik ramai penonton (viewer) tapi ada juga yang turut berkongsi di laman sosial masing-masing," katanya.

Begitu pun, katanya, dia tidak berhasrat untuk menjadikan video berkenaan sebagai klip video rasmi bagi lagu itu.

Awi Rafael kumpul makanan & minuman

Difahamkan , artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music (Malaysia) kini berusaha mengumpul minuman, makanan dan barang kegunaan lain untuk didermakan kepada petugas yang terbabit dalam misi
pencarian MH370.

Ketika ditanya pada salah seorang artis naungannya, Awi Rafael memberitahu, dia bersedia untuk memberi sokongan penuh dan jitu. Jelasnya, walaupun dia masih belum mendapat sebarang butiran lanjut mengenainya, namun dia tahu ini adalah satu usaha yang positif.

"Saya bangga dengannya dan bersedia untuk memberi komitmen. "Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk memberi bantuan dalam bentuk kewangan atau sokongan moral," kata penyanyi Kalau Aku Kaya ini.

Dia yang juga komposer turut berhasrat untuk mencipta sebuah lagu khas buat MH370.

Walls of Hope Daphne Iking

Siapa sangka, pelakon filem Belukar, Daphne Iking banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Daphne adalah salah seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO) Malaysian For Malaysia.

Demi menunjukkan tanda sokongannya itu, Daphne melalui NGO berkenaan membuat satu 'tembok harapan' (Walls of Hope) pada hampir semua pusat membeli belah di seluruh negara.

Katanya, menerusi Walls of Hope itu, orang ramai boleh menulis harapan, doa dan sokongan untuk penumpang dan kru kabin serta keluarga pesawat terbabit.

"Antara pusat membeli belah yang terlibat ialah Pavilion, Fahrenheit 88, One Utama, MidValley Megamall , Bangsar Village dan Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur.

"Lain-lain termasuklah Mesra Mall di Kuala Terengganu, Kinta City Mall di Ipoh dan Gurney Plaza di Georgetown , Pulau Pinang," katanya.

Luah perasaan menerusi kreativiti: Yasmin Hani

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani Richardson menunjukkan tanda simpatinya pada insiden pesawat MH370 dengan menulis setiap patah perkataan yang berbunyi #PrayForMH370 di atas helaian kertas A4.

Dia yang mesra disapa sebagai Hani berkata, perbuatan itu dilakukannya bersama-sama pelakon dan kru penggambaran filem Antara Satu, baru-baru ini.

Katanya, helaian kertas itu kemudiannya dipegang oleh setiap kru dan pelakon yang terlibat dalam penggambaran filem berkenaan.

"Antara artis yang terlibat sama adalah Enot, Dira Abu Zahar dan Remy Ishak.

"Selain mengambil foto, kami turut membuat klip video," kata isteri kepada Sha'arin Razali ini. Selain itu, Hani juga memberitahu, dia turut terlibat dengan satu majlis yang dianjurkan oleh Reshmonu iaitu #UnitedForMH370 di Piazza@ The Curve Mutiara Damansara. "Ia acara untuk kita semua hadiri bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama sekalipun.

"Sama-sama berhimpun dan berdoa untuk kesejahteraan penumpang serta kru kabin pesawat MH370 agar mereka pulang dengan selamat," katanya.

Maya Karin tangguh lancar album

Pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album terbaharu dan persembahannya demi menghormati dan bersimpati dengan tragedi pesawat MAS, MH370.

Dalam satu kenyataan akhbarnya, majlis pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini telah ditunda ke tarikh 1 April depan.

Pelakon filem Cun itu mendapat berita mengenai tragedi berkenaan ketika berada di kota London atas urusan keluarga juga terkejut dan bersimpati dengan mangsa.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang berita ini. Saya amat simpati sekali dan berharap kita semua mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 semuanya selamat," katanya.

Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?

Posted: 17 Mar 2014 06:36 PM PDT

Tuesday, March 18, 2014



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman.


"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Media-media luar mempersoalkan mengapa TUDM tidak mengerah jet-jet pejuangnya untuk memintas pesawat itu yang kemudiannya dikenali sebagai MH370, sebelum ia menghilangkan diri di Laut Andaman menuju ke lokasi yang tidak dapat ditentukan sehingga kini.

Ada di antara media-media luar negara itu mendakwa kegagalan TUDM bertindak membuktikan terdapatnya kelonggaran dalam kawalan keselamatan ruang udara negara dan menyukarkan pencarian MH370.

Sehingga kini, TUDM mahu pun Kementerian Pertahanan gagal tampil untuk memberikan jawapan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Bagaimanapun isu mengenai dakwaan kegagalan TUDM itu banyak dibincangkan di dalam blog-blog pertahanan negara.

Di antaranya adalah blog Malaysia Military Power yang mengatakan, pesawat MH370 itu tidak dipintas oleh jet-jet pejuang negara kerana ia dikategorikan sebagai bukan satu ancaman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud di dalam sidang media beberapa hari lalu.

"Kebanyakan ancaman bergerak di dalam kelajuan yang amat tinggi dan di altitud yang amat rendah, menuju (ke sasaran) di dalam kedudukan sudut tertentu. Tidak ada jet pejuang yang terbang dengan kelajuan di bawah Mach 1 kerana ia akan menyebabkan enjin 'flame out."

"Kerana itu air defence radar hanya fokus kepada target yang abnormal dari segi altitud dan kelajuan mendadak seperti pesawat pejuang sehingga kepada peluru berpandu ballistik," menurut blog pertahanan itu.

Kelajuan pesawat penumpang seperti MH370 yang rendah serta terbang di laluan penerbangan awam menjadikan pesawat MAS itu sama seperti pesawat komersial yang lain pada pandangan radar tentera.

Menurut seorang penganalisis pertahanan tempatan pula, radar pertahanan udara negara lebih fokus untuk memantau ancaman yang datangnya dari luar negara seperti jet-jet pejuang berkelajuan tinggi dan yang terbang rendah.

Penerbangan rendah mendakap bumi atau dikenali di dalam lingo ketenteraan sebagai "Nap Of Earth" (NOE) adalah untuk mengaburi pantulan radar pertahanan udara.

"Jika pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur, milik syarikat penerbangan dan mengikut ketinggian dan laluan yang biasa dilalui oleh penerbangan awam, ia biasanya dikendalikan oleh radar kawalan udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

TUDM menempatkan skuadron pesawat FA-18D Hornet di pengkalan udara Butterworth serta radar pertahanan udaranya, manakala skuadron pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM pula ditempatkan di pengkalan udara Gong Kedak, Terengganu.

Kedua-dua pesawat pejuang lebih daripada berkemampuan untuk memintas MH370.

Kelantangan media-media luar negara serta tempatan melontar pelbagai tuduhan terhadap TUDM juga amat tidak adil kerana perkara sama juga berlaku di dalam peristiwa 9/11 apabila dua pesawat penumpang Amerika Syarikat dirampas sebelum merempuh bangunan World Trade Center.

Di dalam kejadian terbabit, jet-jet pejuang negara kuasa besar yang memiliki sistem pertahanan udara yang jauh lebih canggih itu juga gagal memintas pesawat penumpang yang dirampas itu.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh MalaysiaGazette di ( SINI )

Dan jawapan yang telah diberikan oleh Malaysia Military Power pada dasarnya sudah tidak relevan lagi setelah berlakunya tragedi 911..

Kegagalan pihak Amerika Syarikat mengesan dan memintas pesawat komersial itu sepatutnya kita jadikan sebagai tauladan bukannya sebagai alasan untuk mempertahankan pihak TUDM.

Jadi tak hairanlah jika dunia mempersoalkan tahap keselamatan udara negara kita..

Kehilangan MH370 : Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq

Posted: 17 Mar 2014 07:01 AM PDT



"Baik, selamat malam," adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.


Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman," katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq.

"Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima," katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan. - malaysiakini

Kehilangan MH370 : Kerajaan cuba sorok ‘sesuatu’ , tak jemput MP Pakatan sesi penjelasan

Posted: 17 Mar 2014 05:53 AM PDT


MHsurat hilangKUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terkejut dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kerajaan kehilangan pesawat MH370.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata beliau kecewa dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih bersikap bermain politik ketikamana negara dalam krisis kritikal.

"Kita terkejut kerana jemputan penjelasan kehilangan MH370 hanya diberi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

"Ini adalah tragedi nasional dan semua ahli parlimen perlu diberi penjelasan," kata Sim dipetik portalwww.fz.com.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata tindakan itu juga mencerminkan Kerajaan Pusat tidak telus dalam pengurusan krisis kehilangan MH370.
Hishammuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac menyatakan penjelasan itu dijadualkan esok pada jam 8.30 malam di Aloft KL Sentral.

Perkara itu juga dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memohon penjelasan Kerajaan Pusat berkenaan perkara itu seolah-olah cuba menyorokkan sesuatu.

MH370: Tuduh juruterbang sabotaj tindakan biadap

Posted: 17 Mar 2014 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.

"Tindakan media luar itu tidak boleh diterima. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pengganas Al-Qaeda pada 2007 lalu, yang akhirnya diarahkan untuk memohon maaf kepada Ustaz Hadi beserta ganti rugi teladan," kata beliau.


Selain menegaskan dakwaan itu juga menjatuhkan reputasi negara, Raja Iskandar turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau beranggapan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan ia berniat jahat dan berpendirian isu keputusan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim tidak perlu diheret dalam konflik besar ini yang boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.

Dalam masa sama, Raja Iskandar berharap semua pihak tidak berteori dengan mengemukakan spekulasi liar sehingga mengganggu emosi keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

"Pemuda PAS tidak sesekali bersetuju jika andaian dibuat dan menjatuhkan hukuman kepada juruterbang dan pembantunya tanpa ada asas dan bukti yang kukuh," kata beliau lagi.


 Ma Lie Sia [Malaysia] Kuat Berbohong - Akhbar China


 Malaysia beri maklumat 'bercanggah' tentang MH370

China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin 'sengaja' dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak.

"Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri," tulis akhbar itu.

"Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia," katanya.

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas.

"Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas," lapor China Daily.

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia "hilang autoriti dan kredibiliti" kerana maklum balasnya yang kelam-kabut.

"Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin.


"Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa," tulis Yao.

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia.

"Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?"

"Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan," tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia.


Posting lain ialah:"Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan."

Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:"Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat."

Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:"Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini." -TMI 

Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang dan Pembantu MH370

Posted: 17 Mar 2014 01:21 AM PDT




Wan Azizah (kiri) ditemani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) ketika membuat lawatan ke MPKj pada Isnin.

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Wan Azizah, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.
Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.
"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang berakhir dengan pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa pakatan pembangkang cuba mempolitikkan isu kehilangan MH370 yang masuk hari kesepuluh, Wan Azizah menyangkal dakwaan tersebut.
"Kita hanya persoalkan mengenai bagaimana kerajaan menangani isu ini.  Mana-mana kerajaan mesti berada dalam keadaan bersiap siaga untuk krisis udara.
"Kalau banjir, isu tanah semua ada (persediaan)...tapi tak ada pula krisis berkaitan udara. Kita tak mempolitikkan," katanya. - mStar