Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Terkini: Najib sahkan pesawat MH370 tersasar dari laluan sebenar?

Posted: 16 Mar 2014 07:55 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.

Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tragedi MH370: Mila Jirin [Mila AF] Ada Cuba Hubungi Kapten Zaharie

Posted: 16 Mar 2014 09:19 PM PDT

..
Genap 10 hari hari ini, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang masih belum ditemui. Seluruh dunia terus menantikan perkembangan terbaru dan mengharapkan para penumpang serta kru pesawat itu selamat dan segera kembali ke tanah air. Begitu juga dengan penyanyi kecil molek Mila Jirin yang turut sedih mengenangkan apa yang telah terjadi.
Memetik kenyataan di Utusan baru-baru ini, kata Mila, baginya kehilangan anak kapal dan penumpang pesawat kebangaan negara tersebut penuh misteri. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup risau dengan keadaan mereka.
Tambahan pula Kapten Zaharie Ahmad Shah cukup dikenalinya apabila juruterbang tersebut menyertai kelab peminatnya sejak tahun 2007 yang lalu.
""Saya tak tahu nak cakap sebenarnya. Perasaan sedih dan trauma masih lagi saya rasakan apatah lagi kisah kehilangan pesawat masih lagi hangat diperkatakan.
""Apa yang boleh saya simpulkan antara saya dan Zaharie kami memang mengenali antara satu sama lain. Beliau memang seorang lelaki yang baik dan sering kali terlibat dengan acara anjuran kelab peminat saya," jelas Mila.
Walaupun begitu, Mila menjelaskan yang mereka sudah lama tidak bertemu dalam acara-acara kelab disebabkan kesibukan masing-masing.
Dia masih ingat kali terakhir bertemu Zaharie di Melaka beberapa tahun lalu. Ketika itu mereka bersembang panjang dan Zaharie ada menitipkan kata-kata nasihat buat dirinya.
"Saya anggap dia sebagai orang dewasa yang banyak pengalaman hidup. Kami tidaklah begitu rapat tetapi saya memang mengenali perwatakan setiap ahli kelab peminat The Voice Of Mila.
"Sejujurnya hanya selepas kejadian ini barulah saya tahu beliau merupakan juruterbang MAS. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun jawatannya," katanya.
Mengimbas kembali kejadian kehilangan pesawat tersebut, Mila hanya mengetahui tentang perkara berkenaan (8 Mac) melalui laman sosial. Tidak mengesyaki apa-apa, sama seperti rakyat Malaysia yang lain berdoa agar pesawat tersebut ditemui seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Namun hatinya mula berdetik apabila melihat senarai nama penumpang dan anak kapal dan terpandang satu nama yang begitu dikenalinya selama ini.
""Memang saya berdebar sebab beliau antara orang yang hilang. Saya fikir keluarganya tentu runsing dan gundah-gulana memandangkan sampai sekarang masih belum ada berita positif mengenainya," jelasnya
Saat berita tersebut semakin tersebar, Mila ada cuba untuk menghubungi telefon bimbit Zaharie melalui pembantu peribadinya namun tidak berjawab.
Lantas Mila ada memuat naik gambar dirinya bersama Zaharie di laman sosial Instagram sebagai tanda simpati. Tidak bertahan lama, gambar tersebut akhirnya dipadam oleh Mila beberapa hari selepas itu.
"Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat.
"Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuat naik gambar) sebagai tanda kerisauan saya.
"Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial," tambah Mila lagi.
Siasatan Kembali Tumpu Dua Juruterbang MH370


Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:37 AM
PILOT MH370
Zaharie (kiri) dan Fariq.

PETALING JAYA: Pendedahan mengenai Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS) yang dimatikan sebelum mesejnya yang terakhir dihantar menyebabkan penyiasatan kembali tertumpu kepada juruterbang.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu media pada Ahad bahawa ACARS telah dimatikan sebelum mesej itu dihantar.
Sebelum ini, ia dilaporkan bahawa sistem itu dimatikan selepas hubungan suara yang terakhir.
Juruterbang itu berkata: "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.
Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada ia adalah suara juruterbang pesawat iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah atau pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar dan mengubah laluannya 10 hari lalu.
ACARs menyediakan maklumat terperinci satelit mengenai pergerakan pesawat itu dan status semasanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di Shah Alam.
Beliau berkata, simulator penerbangan juruterbang yang dipasang sendiri itu akan dilihat oleh pakar-pakar sebagai sebahagian daripada penyiasatan, sambil menambah bahawa penyiasat turut melakukan pemeriksaan di rumah pembantu juruterbang.
Ketua Polis Negara berkata, polis mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan, yang membolehkan penyiasatan bagi kesalahan rampasan, sabotaj, tindakan keganasan dan juga jenayah di bawah Akta Kesalahan Penerbangan, sambil menambah bahawa prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 ( Sosma ) akan dipakai dengan klasifikasi baharu siasatan.
"Ini bermakna kita telah mempergiatkan penyiasatan. Tumpuan kita masih di empat aspek iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan masalah psikologi - dan termasuk kakitangan di lapangan terbang dan semua orang," katanya pada sidang media mengenai MH370 pada Ahad.
Ketua Polis Negara berkata, polis menantikan jawapan daripada beberapa agensi polis asing yang membuat pemeriksaan latar belakang penumpang di dalam pesawat berkenaan. Bagaimanapun, kesemua 227 penumpang telah diperiksa oleh beberapa agensi perisikan asing.
Ditanya jika ini membawa kepada penumpuan siasatan terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang, beliau berkata: "Siasatan akan melibatkan semua orang di dalam pesawat itu."
Sebelum itu, Hishammuddin berkata, semua kakitangan Malaysia Airlines (MAS) di lapangan terbang yang terlibat dalam pengendalian MH370 turut disiasat, serta jurutera syarikat penerbangan itu yang berhubung dengan pesawat terbabit sebelum ia berlepas.
Bapa kepada jurutera penerbangan berusia 29 tahun, Mohd Khairul Amri Selamat, yang berada di dalam pesawat itu, enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa seseorang di atas kapal sengaja mematikan sistem komunikasi.
"Saya tidak boleh mengatakan jika pesawat itu dirampas atau tidak," katanya. "Biar pihak berkuasa menyiasat kes itu. Tiada apa lagi untuk dikatakan," kata Selamat Omar, ketika dihubungi pada Ahad.



Tiada fakta salahkan juruterbang MH370 

Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast. 

Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.

"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.

"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.


Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.

Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.

"Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan. Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: 'Baik, selamat malam.'

"Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.

"Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal," katanya.

Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).

"Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah," katanya.

Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.

"Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat 'ping' kepada satelit," katanya.

Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.

"Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan. Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.

"Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.

"Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing," katanya.

Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.

"Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.

"Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777. Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran," katanya.


Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.

"Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.

"Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan," katanya.

Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.

"Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan," katanya. -TMI

Kapten Zaharie bercuti,. . . tapi dipanggil balik untuk menerbangkan MH370 ke Beijing. Kenapa?

Posted: 16 Mar 2014 02:09 AM PDT



BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?



Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ASTAGFIRULLAH NAFSU USTAZ PAS, JANGANLAH PAKAI KOPIAH MALULAH

Posted: 16 Mar 2014 08:20 PM PDT




Sejak PAS bertahlul dengan DAP dan PKR macam-macam perkara mungkar mereka lakukan. Yang haram semua dah jadi halal dah sekarang. Lebih parah Tok Guru Presiden sendiri kena saman 2.2Juta tanpa rasa simpati. Harap-Harap yang menonton tarian Lucah di atas tu bukannya Yang DiPertua PAS!



#PrayforMH370 : POSTER-POSTER MENARIK CYBERTROOPERS BN

Posted: 16 Mar 2014 06:09 PM PDT

















#PrayforMH370 : WAYANG MALAM ILLUMINATI GOALS

Posted: 16 Mar 2014 06:48 AM PDT



4.14

#PrayforMH370 : 10 TAHUN ANWAR DIBEBASKAN (2004-2014) & MH370 HILANG

Posted: 16 Mar 2014 02:25 AM PDT

Nampaknya ramai yang membaca analisa ini . Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh. 

Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.

Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran. 

November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.

8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan. 

11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.

2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.
Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros. 
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.

2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.  

Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.
GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA
1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.

15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.

2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.

7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.

1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.


25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.

2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER
2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.

2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.

9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.

24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)

5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.

28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.

28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.

7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.

8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.

PERSOALAN BESAR :
1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.

2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?

3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?

4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, "marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas". Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Wan Azizah tidak nafi dirinya boneka suami

Posted: 16 Mar 2014 09:00 PM PDT


Risalah yang digunakan Wan Azizah tidak menjawab tuduhan dia adalah boneka suaminya

Hakikatnya dia memang boneka


Dan dia tidak ada jawapan pada tuduhan bahawa dia adalah boneka kerana ianya benar:


Cuba fikir balik apa-apa yang diperkatakan mereka....






 Maka Wan Azizah hanya proksi untuk Anwar. Dia pun kata Kajang move masih kekal. Maknanya, Wan Azizah hanya orang depan...


Poster kempen dah dilihat memainkan pembohongan ini dan menjual simpati tanpa isi


Apa akan jadi jika Wan Azizah hanya boneka?



Pengundi Kajang tidak dipedulikan kerana dia tidak tahu apa-apa dna tak pedulikan pengundi pun. Semua mintak izin Anwar..

Wan Azizah akan dijadikan MB mengikut Kajang Move dan ...





Wan Azizah ni elok di ....

Sudahlah tidak membantu, Wan Azizah permainkan usaha mencari MH370

Posted: 16 Mar 2014 07:36 PM PDT


Tanpa rasa balas kesian pada keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370, Neng Azizah memperlekehkan usaha kerajaan seolah-olah bomoh bodoh itu didatangkan oleh kerajaan dan Malaysia begitu korok hingga tidak ada perkakasan untuk melakukan SAR.


Komen dan hanya perlekehkan orang memang pandai tapi dimana Anwar dan Wan Azizah?



Padahal usaha ini melibatkan:



Kalau Malaysia korok sebab tak boleh jumpa pesawat MH370 yang hilang, maka is serupa menyalahkan semua pihak yang membantu?



Ikuti video berikut:



Usah ambil peduli orang putih berikut yang mungkin dibayar atau penyokong Anwar Ibrahim tapi pastinya dia hanya komen dari jauh dan tak tahu apa sebenar berlaku disebalik tabir:


Dengar dari yang terlibat:



Mungkin kalau DAP lakukan SAR dari Penang baru mereka puji...


Kah kah kah ...

MH370: Namewee "shut up fuck up" critics... Do Oppositions hear?

Posted: 16 Mar 2014 09:03 AM PDT


Our government did not handle MH370 well enough? Then? I would like to know, what you did to help? Did you find the plane? You knew in the very begining that we need to search the Indian Ocean? Who doesn't know how to talk nonsense? Who doesn't know how to point fingers? Who are you to reprimand us Malaysians? Based on your so-called advanced technology yet still couldn't help in locating the plane? FUCK YOU!!! We KNOW Our own Government, we KNOW our own country! It's our country, it's our government, we know how to deal with our problem. You have no right to criticise us! Please bear in mind, we are victims ourselves, we too have our pride and we are feeling sad too!!! Please stop your stupidity to criticise my motherland and humiliate its citizens! Shut your pie hole!  Shut the fuck up! If you are so much more superior than us as you claimed to be, find the plane first, then talk! FUCK OFF !!!

Listen properly, I AM MALAYSIAN! MAS is still Malaysia's pride! I say so! There is nothing to be ashamed of!!! Those who went into hidding and disowned their own country when something bad happened are the truely shameful people! Phui!!! (Spit) Shame on you !!!PUKI !!! NAH !!!


In the meanwhile:

ONE OF THE BEST COMMENT IN FB FROM SWEEDEN:

It's sad to see how some Malaysians keep on bashing, blaming, judging the authorities of Malaysia each time they announced any news. It's not an everyday case that we encounter here but I believed they did their very best to find the clue behind the incident and the pressure to prepare the answers to the families.

Can you imagine the burden they carried in their shoulders and how much precaution they have to take before announcing anything?

No, because you are not in their shoes!

That's why it's so easy to judge and bash them for any actions, responses, or announcements in fact they can't simply say anything they want. They desperately wanted to solve this puzzle for the sake of the related families and for the nation more than just to cater YOU, the public's crave for answers.


They are still confuse as much as we do. If you have nothing better to say, just SHUT UP!

Or follow silently, and if you still have a kind heart, say your prayers. Shame on you people who keep on bashing your own country where the fact you still live in it and called yourself Malaysian.

At this time, Malaysia needs support from her people and at this hard time, it really testing our UNITY!


It's just shameful when outsiders look at the ugly inside of the nation, showing how people lacking of respect & love to their own country. Whatever happen Malaysia, you have my support, love and prayers far thousand miles from Sweden!

Be positive, we will find you #MH370!

Keep on #prayforMH370 and their family members to keep strong. Have faith and please keep on praying not blaming (tears*).


Kapt Zaharie: Guna isu moral alihkan pendedahan tapi salahlaku seks Nurul terdedah

Posted: 16 Mar 2014 06:02 AM PDT


WASHINGTON - Laporan terbaharu tentang perubahan laluan penerbangan pesawat MH370 menunjukkan kemungkinan penglibatan individu profesional yang mahir dalam sistem penerbangan, kata pakar.



Ketua editor majalah Flying yang juga juruterbang pesawat komersial, Robert Goyer berkata, ''hanya juruterbang profesional yang boleh mengubah haluan penerbangan selepas petunjuk baharu mendedahkan penerbangan pesawat MH370 menuju ke Lautan Hindi''.


Kemungkinan pesawat itu dikawal oleh sekumpulan pakar dengan sekurang-kurangnya seorang juruterbang yang terlatih atau seorang daripada juruterbang MH370 mengawal program untuk mengubah haluan melalui sistem pengurusan penerbangan," katanya kepada CNN. - AGENSI

******************

Laporan di atas hanya menimbulkan lagi sangkaan bahawa juruterbang yang mempunyai condong politik kepada PKR dan mempunyai simulator di rumah mungkin sekali telah merancang dan mengendalikan penukaran haluan pessawat MH370.


Difahamkan blog MIK SINI ada mendedahkan keluarga Kapt Zaharie telah meninggalkan rumah. Kapt Zaharie sudah berpisah dengan isterinya walaupun masih duduk satu rumah.


Peliknya isteri dan anaknya tidak kelihatan muncul ketika krisis ini walaupun dia fahamkan mereka ada menerima sumbangan dari MAS. Ada pihak berkata anak isteri sudah lari ke Australia.


Pendedahan dua akhbar Britain betul membuat dua pemimpin PKR yang pernah dikaitkan dengan penceroohan Lahad Datu oleh pengganas Suluk panik.

Blog Rakyat  di SINI memetik reaksi pemimpin PKR tentang pendedahan akhbar Britain berikut:

--------------------

Riuh satu dunia kini bahawa ada orang yang dikatakan bersimpati dengan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, dilaporkan mengambil tindakan 'rampas kapal terbang'.

Kita tidak mahu mempercayainya namun pertanyaan kalau betul, di buat dengan rela hati atau 'disuruh dan dirancang', kita tidak tahu.

Semalam riuh satu Malaya, pemimpin PKR marah kepada akhbar Britain berkenaan.

Harakahdailyonline membawa tajuk "PKR bidas The Mail, tidak relevan kait dengan Anwar" kerana media antarabangsa The Mail mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370, dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.

Beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.

"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Baca juga Semut Hitam SINI




Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.

Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis. "Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.

Setiausaha Agung PKR PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.


-------------------


Usaha-usaha begini adalah usaha untuk "playdown" pendedahan akhbar-akhbar Britain tersebut. Namun susah nak dinafikan bahawa Anwar cuba memperbodohkan keadaan dengan bomoh-bomoh yang pernah dibayar untuk meramalkan kemenangan PR sebelum PRU13.


Jari jemari Anwar kelihatan sana sini.

Selain jawapan sedemikian, kedua-dua pemimpin PKR mencuba lakukan suatu deviation tactic dengan mendedahkan gambar anak-anak pemimpin berikut:


Padahal mereka bukan terlibat dengan politik. Yang lebih releven adalah anak pemimpin yang terlibat dalam politik:


Wahai Tian Chua dan Sivarasa ... Janganlah nak main isu moral kalau parti sendiri bergelumang dengan taik. Bila Nurul Izzah nak buat penafian atau komen tentang hubungannya dengan Anas Alam Fazli?

Anas Alam Faezli adalah dari  kumpulan NGO Blind Spot yang membuat kajian ekonomi. Anas juga terlibat dalam Konvensyen Teach for the Need berhubung pendidikan di Menara Telekom.  

Sejak didedahkan bloggers, Nurul hanya buat don't know saja. Usahlah ingat kamu berdua berjumpa di Apartment bersorok-sorok tidak disedari orang. Awaslah diri sebagai public figure.

Bila dua orang lelaki dan perempuan berdua-duan dalam sulit, pihak ketiga adalah syaitan. Mungkinkah syaitan yang beritahu Unspinners? Muahahaha .....hahaha.

Ketaksuban Kaptan Zaharie kepada Anwar luar tabii?

Posted: 15 Mar 2014 11:53 PM PDT


Pada mulanya, The Unspinners enggan kaitkan politik dalam kisah kehilangan psawat MAS MH370, tetapi sejak Perdana Menteri Dato Najib menyebut dalam kenyataannya bahwa usaha akan ditumpukan terhadap anak kapal dan penumpang, ianya sedikit sebanyak telah membabitkan politik.






Kapten Zaharie diketahui adalah rapat dan penyokong kuat PKR.









Ini diperakui sendiri oleh Sivarasa, Naib President PKR yang mana bersama Tian Chua disuspek terlibat dalam membiayai pengganas Suluk untuk menyerang Lahad Datu.


Laman FB nya pun menunjukkan dia sangat mengkuti kegiatan dan bberita PKR.


Semalam pihak polis telah pergi ke rumah Kapten Zaharie dan pembantu juruterabang untuk menyiasat terutama simulator Kapten Zaharie sendiri. Khususnya diharapkan simulator Kapten Zaharie dapat memberi tunjuk arah bagi penyiasatan seterusnya,


Selama ini Unspinners pun agak hairan bagi seseorang perlu membelanjakan sampai RM18,000 untuk punya simulator sendiri di rumah. Bukankah sebagai pelatih Boeing 777 dan seorang yang paling pakar dalam pesawat jenis tersebut, simulation boleh dilakukan di pejabat?

Ini menimulkan syak bahawa Kapten Zaharie mahu mengelak dari simulation yang ingin dilakukan diketahui pihak majikan MAS dan pejabat?


Ekoran kenyataan Dato Najib yang mendedahkan pesawat tersebbut berpatah balik dan kemudiannya mematkan dua transponder perhubungan, ini yang membuat penyiasatan kini menumpukan kepada latarbelakang anak kapal dan penumpang.



 
Dato Najib belum mengesyahkan pesawat MH370 diculik tapi maksud tersirat ada sedemikian. Pelbagai teori disebut tentang ke mana kapalterbang itu hilang. Namun Dato Najib ada menyebut kemungkinan psawat itu menghalakan ke turkmenistan atau Kazakhtan.

Ada teori mengatakan pesawat tersebut mungkin ada mengambil minyak untuk dapat terus terbang ke Rusia atau Ukraine. Ada pula teori mengaikan dengan kebangkitan puak Islam Uigar di CHina.


Namun begitu berita yang mengejustkan pagi ini adalah berita dua akhbar Britain yang melihat Kaptan Zakarie yang mungkin bersikap emosi setelah Anwar dihukum salah dan penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Berita-berita Mail Mail dan Mirror ini boleh diperolehi di  SINI dan SINI.


Secara susunan, Zaharie telah bertolak bekerja selepas menghadiri Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Kemungkinan dia dalam rasa jiwa tertekan akibat keputusan tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar Ibrahim bersalah.

Adakah keadaan emosi sedemikian yang membuat ia sengaja menutup transpnder komunikasi pesawat? Transponder yang oleh ditutup hanya satu dan sebaik ditutup, Transponder back-up akan berkuatkuasa secara otomatik. Oleh kerana transponder kedua pun tertutup, kemungkinan wayar transponder kedua dipotong.

Kapten Zaharie adalah juruterbang Boeing 777 terhebat dalam MAS dan merupakan pelatih. Dia sangat pakar tentang pesawat Boeign 777. Adakah dia yang potong wayar transponder ke dua atau ada orang lain?

Mengapakah kapten Zaharie terbang juga pada pada hari tersebut sedangkan dia hanya on standby saja? Jika benar dia begitu taksub dengan Anwar, adakah hingga sampai egitu emosi hingga mahu hijack kapalterbang?

Ketaksuban politik tidak cukup untuk kelakuan sedemikian. Mungkinkah keidolannya pada Anwar Ibrahim melampau hanya seorang pengikut atau penyokong parti pada pemimpin? 


Pihak pembangkang termasuk Wan Azizah berkelakuan tidak munasabah untuk beriya-iya menyerang kerajaan dalam hal bencana kehilangan peswat MH370 padahal usaha yang dijalankan tidak ada cacat celanya. Kerajaan tidak cuba menjadi populis dan politikal tapi hanya professional dalam pengendalian.


Namun begitu, Anwar hanya berdiam diri dalam hal kehilangan pesawat MH370. Hanya baru-baru ini Anwar menyindir pihak kerajaan.

Adakah Anwar cuba mengelak dari menarik sebarang kritikan terhadap diri? Padahal, ini hanya siasatan saja. Macam ada sesuatu luar tabii...