Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR! Media Barat Dedahkan Kaitan Pilot #MH370 Dengan PKR #PRKKajang

Posted: 15 Mar 2014 06:42 PM PDT

Bangkai gajah manakan dapat ditutup dengan nyiru.


Sebelum ini penyokong Pakatan Rakyat mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan tuduhan bahawa ianya konspirasi Kerajaan untuk menutup kes Anwar.

Kali ini media barat mendedahkan sebaliknya.



Apa pula kata penyokong pembangkang selepas ini?

#PrayforMH370 : POSTER-POSTER DARI CYBERTROOPERS BN

Posted: 15 Mar 2014 05:00 AM PDT

















Jom tengok hero RED Warrior BERGUSTI dengan MACAI Abg Non. @NajibRazak @AnnuarMusa #PrkKajang #ComeyFun

Posted: 15 Mar 2014 02:00 AM PDT


Setelah melihat bagaimana MACAI - MACAI (baca: Ma-Ca-Ee) Abang Non menjerit-jerit dalam dewan rakyat bagi mengganggu TSAM melondehkan mereka, ia telah menguatkan lagi kata hati kami selama ini bahawa peluang BN untuk merampas Kajang adalah sangat tipis. Ini semua kerana penyokong pembangkang ini semua umpama berada dalam lubang najis yang dalam. Mula-mula memang tidak tahan baunya, tetapi apabila sudah diajar hidung (otak) untuk hidup dengan bergeumang dengan najis, maka semuanya akan rasa seperti biasa sahaja. Dan yang lebih buruk, mereka akan sentiasa menampakkan orang lain sebagai lebih jijik dan busuk bagi memastikan diri mereka tampak BERSIH!

Cuba kita sama-sama hayati perenggan di bawah ini yang juga merupakan salah satu posting kami satu masa dulu:

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman. 

Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman. 

Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman. 

Ini bermakna asabiyah itu ialah semangat pembelaan jahiliah iaitu mempertahankan puak keturunannya walaupun puaknya itu berada dalam kebatilan (salah) dan zalim. Maka di atas dasar asabiyah inilah ia dilarang oleh Islam, bukannya asabiyah itu membela bangsa atau keturunan di atas jalan kebenaran. 

Apabila UMNO pada satu ketika dituduh sebagai parti yang memperjuangkan dasar asabiyah oleh Pas (kerana terdapat perkataan Kebangsaan pada nama UMNO itu), perbandingan yang diberikan sebagai hujah Pas begitu mengelirukan malah melucukan. Pas mengatakan oleh kerana UMNO bermaksud United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, maka perkataan National atau Kebangsaan pada akronim UMNO telah ditafsir melulu sebagai asabiyah jahiliah. 

UMNO bukanlah parti asabiyah iaitu yang mempertahankan kelompok sendiri walaupun kelompok itu melakukan kesalahan. Di dalam UMNO, sesiapa yang melakukan kesalahan, orang itu tidak akan dibela dan dipertahankan. Setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang oleh sebarang ahli UMNO, sekiranya ahli tersebut didapati melakukan kesalahan, tindakan tetap akan diambil, baik menteri kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya. 

Baca lanjut di sini.<-- font="">

Apa yang menariknya, kelompok assabiyah ini begitu mudah ditipu oleh pemimpin mereka, malah boleh dizalimi beberapa kali tanpa sedar. Ini semuanya kerana mereka telah menutup kedua telinga dan berhenti berfikir. Hanya hati dan emosi yang menjadi panduan hidup mereka.



Dan hanya satu perkara sahaja yang dapat menyedarkan mereka kembali, iaitu apabila sesuatu yang mereka sayangi atau kebergantungan hdup mereka terjejas dek kerana perbuatan pemimpin sendiri. Bak kata pepatah, sudah terhantuk, baru terngadah.

PRK Kajang kali ini akan menguji kebijaksanaan pengundi Kajang sama ada mereka masih lagi mahu duduk dalam tong najis, ataupun cuba keluar sekali untuk melihat dunia dan menghirup udara baru.

SELINGAN TENGAHARI: FITNAH YANG KANTOI

Posted: 15 Mar 2014 12:33 AM PDT


Kata orang buat jahat selalunya tidak berkat. Bila dah terkantoi malunya bukan kepalang. Walaupun bersongkok berkepiah sekalipun tapi kalau mulut macam longkang fitnah sana-sini belum tentu amalan-amalan kita diterima Allah. 


Hatta kita mencium tapak kaki tok guru atau meminum berbotol-botol jus tok guru, syafaat untuk mengampunkan dosa-dosa memfitnah belum tentu terampun

Jalan paling baik adalah bersemuka dengan mangsa fitnah tersebut, mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kalau setakat mintak maaf dalam blog, keikhlasan tersebut boleh diragui.

Kami nak tengok bukti yang YB pergi mintak maaf pada mangsa fitnah dan buat sidang akhbar tanda nyesal. barulah gentlemen anak jantan. 

Facebook si tukang fitnah yang kantoi


Buktinya....

APOLOGY

I, Hanafiah Bin Mat (Identification Card No: 601217-11-5137) do hereby solemnly and sincerely unconditionally apologize to Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) (Company Registration No: 66667-K) and EPIC's Chief Executive Officer, En. Ramli Shahul Hameed for publishing and posting on my blog, http://www.hjhanafiahmat.com, the contents of a poison-pen letter on 20th February 2013 ("the Poison Pen Letter") even though I knew that the contents were untrue, false and clearly with bad intentions and mala fide and were unfounded which were motivated to sully the reputation of EPIC, En. Ramli Shahul Hameed as well as EPIC's Officers, named in the Poison Pen Letter.

Truthfully, all of the contents in the Poison Pen Letter were untrue and false and likely to raise negative perceptions of the public against EPIC and EPIC's Chief Executive Officer and its officers named in the Poison Pen Letter.

http://www.hjhanafiahmat.com/#

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


[TERKINI] Kapten Zaharie Menjadi Orang Yang Disyaki Rampas Pesawat!

Posted: 15 Mar 2014 10:44 PM PDT


Mungkinkah juruterbang rampas pesawat akibat kecewa Anwar bersalah kes Liwat II?

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. 

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.

"Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama.

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat yang menyatakan pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang daripada radar pada 8 Mac.

Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke atas semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas.

Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal. -TMI

Teori kehilangan MH370

Posted: 15 Mar 2014 07:25 PM PDT





KEHILANGAN pesawat MH370 pada 8 Mac lalu telah mencetuskan misteri yang dikatakan belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan moden.
Pesawat Malaysia Airlines laluan Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar selepas kira-kira dua jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat tersebut dijangka mendarat di destinasi yang dituju pada pukul 6.30 pagi.
Bagaimanapun, pada pukul 1.07 pagi, pesawat tersebut yang sedang menghampiri ruang udara Vietnam terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang, Selangor.
Tiga jam selepas pesawat MH370 gagal dijejaki, pasukan mencari dan menyelamat mula dikerahkan ke sempadan Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir pesawat dilaporkan hilang.
Setelah lapan hari usaha mencari pesawat malang itu menemui kegagalan, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi harapan yang pesawat itu kemungkinan dapat ditemui tidak lama lagi.
Najib mengesahkan Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) pesawat itu tidak berfungsi sebelum ia tiba di pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Walaupun laporan media menyebut pesawat dirampas, pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.
"Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di antara dua kawasan iaitu dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi," katanya.
Spekulasi
Sejak lebih seminggu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh pakar-pakar industri penerbangan bagi menjawab kemungkinan yang terjadi ke atas MH370.
Teori kehadiran pengganas di dalam pesawat sememangnya tidak dapat dielak. Pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sementara cuaca dalam keadaan baik.

MISI mencari dan menyelamat MH370 melibatkan 14 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan China.


Kehadiran dua penumpang dari Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan rakannya, Delavar Seyed Mohammadreza, 30, yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi turut menimbulkan kemungkinan pesawat dirampas oleh pengganas.
Menurut Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, John Brennan, teori serangan pengganas tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.
Penganalisis Perunding Aeroangkasa dan Pertahanan, Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram pula berkata, data daripada sistem komunikasi penerbangan penting untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang perkara yang terjadi ketika penerbangan.
Ujarnya, jika keseluruhan sistem komunikasi terhenti serentak, ia menjurus kepada kemungkinan pesawat meletup di udara.
"Namun, jika sistem ditutup secara berperingkat-peringkat, pesawat itu mungkin telah dirampas atau disabotaj oleh juruterbang itu sendiri.
"Jika benar pesawat itu terbang di luar laluan yang telah ditetapkan, ia juga menimbulkan persoalan mengenai teori rampasan pesawat dan menukar hala tuju pesawat atas sebab-sebab tertentu," katanya.
Laporan tidak rasmi mengatakan bahawa dua sistem komunikasi utama pesawat dimatikan selang 14 minit dan ini menutup teori letupan di udara.
Pakar penerbangan Australia, Neil Hansford pula berpendapat, ada kemungkinan MH370 telah diserang misil atau berlanggar dengan pesawat tentera.
"Ia mungkin berlanggar dengan pesawat pejuang, misil atau kejadian seumpamanya. Letupan bom adalah salah satu kemungkinan yang menimpa MH370," katanya.
Sesetengah pihak pula mengambil kira yang pesawat itu telah terbang selama empat jam ke laluan yang bertentangan selepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan.
Ia dikatakan mengukuhkan teori bahawa kokpit pesawat telah dirampas dan dikawal oleh pihak pengganas.

AHLI keluarga mangsa warga China tidak dapat menahan kesedihan sebaik diberitahu mengenai kehilangan MH370.


Namun, Gerry Soejatman, pakar penerbangan yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia menafikan teori tersebut.
"Sistem radar di sekitar tempat terakhir MH370 dikesan adalah luas dan melibatkan pelbagai negara seperti Malaysia, India, Thailand dan Indonesia.
"Kecanggihan sistem pertahanan negara-negara tersebut mampu mengesan sebarang kehadiran pesawat asing atau tidak dikenali jika ia memasuki sempadan negara mereka.
"Jika ini terjadi, sudah tentu ramai tentera yang akan kehilangan kerja mereka," ujarnya sambil berseloroh mengenai dakwaan MH370 terbang di Lautan Hindi tanpa dikesan oleh mana-mana radar di negara tersebut.
Misteri kehilangan pesawat MH370 juga boleh berlaku akibat masalah teknikal yang menyebabkan pesawat kehilangan altitud dengan pantas pada kelajuan tinggi.
Menurut Peguam Penerbangan dan Pengarah Siasatan, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo, pesawat mungkin terpesong.
"Ia bukan disebabkan kegagalan enjin untuk berfungsi tetapi berlaku akibat kehilangan aliran udara ke atas sayap dan mengurangkan kelajuan pesawat untuk terus berada di udara.
"Pesawat akan kehilangan altitud dengan kadar yang sangat pantas," jelasnya.
Teori ini juga dibandingkan dengan apa yang berlaku terhadap Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009 apabila sensor kelajuan gagal untuk memberikan bacaan yang tepat sekali gus juruterbang kehilangan kawalan terhadap pesawat.
Ada juga yang berpendapat tidak mustahil berlaku kejadian yang jarang terjadi seperti kes membunuh diri dalam kalangan juruterbang.
Ini berlaku ke atas pesawat SilkAir Boeing 737 penerbangan dari Jakarta ke Singapura yang menjunam ke dasar sungai di Indonesia mengakibatkan seramai 104 penumpang dan anak kapal maut.
Penyiasat Amerika Syarikat kemudian mengesahkan juruterbang SilkAir itu membunuh diri.

SEBANYAK 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari MH370.


Meletup di ruang udara
Kira-kira 33 tahun sebelum insiden MH370, Malaysia pernah digemparkan dengan nahas pesawat di Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor.
Dalam kejadian pada petang 4 Disember 1977, pesawat yang turut dinaiki Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad bersama 99 penumpang dan anak kapal meletup di ruang udara.
Sewaktu kejadian, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Bagaimanapun, akibat serangan pengganas yang didakwa didalangi Tentera Merah Jepun, pesawat itu dilarang mendarat di Subang sebaliknya diarah menghala ke Singapura.
Malangnya, pesawat tersebut terhempas. Kesemua mereka ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan paya bakau di Kampung Ladang, Tanjung Kupang.
Tragedi pesawat terhempas di negara ini berulang pada September 1995 melibatkan pesawat Malaysia Airlines jenis Fokker 50.
Peristiwa yang meragut 34 nyawa manakala sembilan orang cedera itu berlaku ketika pesawat tersebut cuba mendarat di Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Kejadian berpunca apabila pesawat dikatakan terlajak dari landasan sebelum merempuh 20 buah rumah setinggan di perkampungan Seri Menanti dan kemudiannya terhempas.
Lapan tahun kemudian, iaitu pada Oktober 2013, pesawat Twin Otter pula dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di Sabah.
Kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk. Dua orang terkorban dalam tragedi itu.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2w5Xt32aS 
Hakcipta terpelihara 

Tragedi MH370 : Polis geledah rumah juruterbang MH370

Posted: 15 Mar 2014 06:27 AM PDT


  • Reuters | 4:54PM Mac 15 2014
  • Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

    Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

    Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

    Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

    China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.- Reuters


Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.

Kapten Zaharie merupakan penyokong kuat parti keadilan rakyat (PKR) dimana ketua umumnya adalah Anwar Ibrahim. Masih terlalu awal untuk mengatakan juruterbang ini terlibat secara langsung dalam kehilangan pesawat MH370.

Banyak bukti yang mengesahkan bahawa pesawat ini memang dirampas oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh seorang yang mahir dalam pengendalian pesawat jenis boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan MAS.

Siasatan polis mampu merungkaikan segala kerumitan dan persoalan yang dihadapi selama ini. Yang pastinya dalang terhadap insiden ini akan diketahui tidak lama lagi.

Sementara itu difahamkan tiga anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

5 mati ambil dadah berlebihan di festival muzik

Posted: 15 Mar 2014 04:55 AM PDT

MARCH 15, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 15, 2014 06:56 PM
Lima orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
"Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
"Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.
Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Turut dilaporkan polis sebagai berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.
Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.
Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.
Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan," katanya. – 15 Mac, 2014.

Tragedi 370 : PM sahkan MH370 tersasar laluan asal

Posted: 15 Mar 2014 04:27 AM PDT

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.
   
"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.
   
Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

   
Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.
   
"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.
   
Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. - Bernama

MH370: Seorang atau sekumpulan dari 239 orang punya angkara

Posted: 15 Mar 2014 03:08 AM PDT

Dengan semua data ditangan, mahu tidak mahu, polis terpaksa menyiasat dengan lebih teliti, siapa sebenarnya antara 239 yang berada atas pesawat MH370 yang dengan sengaja melencongkan pesawat dari KL ke Beijing itu.

Ini kerana, logiknya, sesiapa saja yang hendak lencongkan pesawat tersebut mestilah salah seorang atau sekumpulan dari 239 penumpang itu.

Di atas kertas, tentulah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah menjadi individu yang relevan untuk disiasat.

Media melaporkan polis mula menjalankan siasatan di kediaman rumah juruterbang penerbangan MH370 yang hilang pada hari Sabtu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat itu disyaki sengaja dilencongkan.


Pegawai polis tiba di rumah Zaharie, 53, di Shah Alam, pada petang Sabtu, tidak lama selepas Najib mengakhiri sidang akhbar beliau.

Sebelum itu dalam sidang media di Hotel Sama-Sama KLIA petang Sabtu, Najib memberitahu berdasarkan perkembangan terbaru itu, Malaysia akan memfokuskan kepada 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370.


Dalam masa yang sama AFP menyiarkan komen seorang pegawai kanan tentera mendakwa pesawat sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar.

"Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap," kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar tentera.

Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.

Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.

"Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan," katanya.

Sebelum ini, ada media melaporkan selain juruterbang dan pembantunya, ada seorang penumpang  yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan.

Lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Turki.-15/3/2014 - AD

SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.
   
"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.
   
Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.
   
Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.
   
"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.
   
Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya.

Sistem komunikasi dipadam, siasat kemungkinan rampasan

SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan.

"Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan.

"Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_40/Sistem-komunikasi--dipadam-siasat--kemungkinan-rampasan#ixzz2w1eTjFVj
© Utusan Melayu (M) Bhd 


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Minta Tolong Korang Cantumkan Puzzle Nie...

Posted: 15 Mar 2014 07:00 PM PDT

Ok mula-mula kapal terbang hilang dari radar...

Pas tu, tudm kata kapal terbang berpatah balik di percayaai ke klia....

Selepas di teliti dalam semua sistem navigasi udara, terbukti radar kapal terbang telah di matikan dengan sengaja...

Lepas tu transponder turut di matikan dengan sengaja...

Mustahil kapal terbang terhempas, pasal ceraian kapal terbang tak di jumpaai...

Pilot ada pengalaman dekat 20 tahun bawak kapal terbang...

Pilot ada kegilaan lain macam sikit, boleh buat sendiri flight simulator di rumah...

Untuk apa dia buat flight simulator...???


Sebelah rumah mak aku dulu ada seorang pilot otai, dia dah meninggal tahun lepas bulan 12, pengalaman dia lebih lama dari pilot mh370, tapi dia tak buat simulator sendiri di rumah, pernah aku tanya tak rindu ke dah lama tak bawak kapal terbang? dia jawab, "kerja aku bawak kapal terbang, sekarang bila di pencen aku jadi manusia biasa, buat apa fikir-fikir pasal kapal terbang lagi, kalau aku kerja lagi, pergi airport baru fikir pasal kapal terbang"

Sampai sekarang flight MH370 tak jumapa...

Tiba-tiba gambar nie muncul...


Rasa-rasa korang boleh cantumkan tak puzzle nie...???

Rakaman Sidang Media Najib Razak, MH370

Posted: 15 Mar 2014 01:01 AM PDT


 Siapa yang tak sempat tengok atau astro kat rumah kena potong, ini adalah rakaman sidang media najib petang tadi...


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH370: Dipercayai Diterbangkan Ke Negara Ketiga?

Posted: 15 Mar 2014 07:14 PM PDT


Imej Satellite yang dikeluarkan negara China telah dibuktikan bukan merupakan bangkai pesawat itu oleh kerajaan Vietnam, kini timbul lagi spekulasi baru, bahawa pesawat malang B777-200ER MH370 sebenarnya meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 4 jam selepas hilang daripada radar menara kawalan udara Subang pada 1.30/2.40 pagi Sabtu.

Pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu laluan Kuala Lumpur Beijing, sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Fakta yang menunjukkan bahawa pesawat malang itu meneruskan penerbangan selama itu, kerana data yang diperolehi pembekal enjin pesawat itu Roll Royce, menunjukkan bahawa pesawat malang itu telah meneruskan penerbangan sehingga 5 jam.

Berasaskan kepada maklumat itu, maka temuan radar tentera Malaysia, yang mengatakan ada kemungkinan pesawat malang itu berpatah balik, ada kebenarannya.

Penerbangan 5 jam, ada lah clue kepada pasukan pencari dan penyelamat. Kini, radius 2,000 batu dari lokasi pesawat itu hilang merupakan kemungkinan pesawat itu di daratkan.

Memandangkan ada dua warga Iran yang menggunakan passport palsu dalam pesawat, apa kah ada hubungan dengan kehilangan pesawat itu? Mungkin pesawat kini berada di satu lokasi di Iran?

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew dan kebanyakkan penumpang adalah warga China, kini telah masuk hari ke-8 kehilangan misterinya.

Teori kini, rampasan pesawat MH370 akan digunakan untuk tujuan yang lebih besar. Jika benar bahawa pesawat itu didapati selamat dan di darat di satu lokasi rahsia, siapa yang mengnonaktofkan semua transponder pesawat? Hanya seseorang/mereka yang mempunyai ekses dengan kokpit pesawat sahaja yang mampu berbuat demikian.

Jika berasaskan kepada pendedahan bahawa co-pilot pesawat itu, pernah melanggar kod-etik apabila membenarkan mereka yang tidak berkepentingan berada dalam kokpit; mungkin pada pesawat MH370 berlaku demikian, dan kebetulan orang yang dijemput itu, telah merancang "merampas" pesawat itu untuk tujuan yang lebih besar.

Maklumat daripada angkatan tentera Malaysia, bahawa pesawat berpatah balik dan terbang rendah, menjurus kepada tindakan perampasan.

Clue sejak pesawat malang itu hilang, tiada apa-apa tanda bahawa pesawat mengalami kecemasan. Selama 7 hari Mencari dan Menyelamat yang melibat lebih 42 buah kapal laut, 39 pesawat terbang, 10 satellite China, perkhidmatan mata-mata Amerika, sehingga kini, tiada tanda-tanda di mana pesawat malang itu.

Namun, clue terakhir apabila Roll Royce mendedahkan bahawa pesawat meneruskan penerbangan, selepas hilang daripada radar sekurang-kurang 4 jam. Dengan clue terbaru ini, Pray For MH370 kembali lah, doa rakyat Malaysia dan dunia, akhirnya dikabulkan.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Persoalan mengapa pesawat tersebut terbang rendah?

Posted: 15 Mar 2014 05:39 AM PDT


Kehilangan misteri pesawat Mas B777-200ER MH370 kini memasuki hari ke-8. Sehingga saat ini, tiada tanda-tanda di mana pesawat malang itu berada.

Teori yang paling dekat, apa yang berlaku pada pesawat itu, adalah kemungkinan dirampas dan didaratkan pada suatu lokasi rahsia. Indikator yang mendekati teori ini adalah, pihak TUDM mengesan, bahawa pesawat itu berpatah balik sebaik sahaja hilang daripada radar kawalan menara Subang pada pukul 1.30 pagi (sebelum ini dikatakan 2.40 pagi). Radar biasa menjejaki pergerakan pesawat itu sehingga jam 1.30 pagi, namun radar TUDM menjejaki signal pesawat itu sehingga jam 2.40 pagi.

Pesawat malang itu menurut radar TUDM dapat dijejaki sehingga jam 2.40 pagi, dan pada masa itu, posisi pesawat adalah berdekatan Pulau Perak di atas perairan Selat Melaka. Pesawat malang itu bertukar haluan dan terbang rendah selepas 1.30 pagi. Apabila pesawat terbang rendah, ianya sukar dikesan radar menara kawalan; apatah lagi semua tranponder dinonaktifkan.

Saksi mata membuktikan bahawa pesawat malang itu terbang rendah kira-kira 1,000 meter atas permukaan laut. Pada ketinggian itu, biasanya antena biasa sukar mengesan sebarang signal daripada pesawat, kecuali radar tentera.

Jika benarlah teori ini, seperti mana dinyatakan oleh pihak TUDM, maka kehilangan misteri MH370 merupakan satu konspirasi dan disengajakan.

Pesawat terbang rendah, tiada tujuan lain, ianya mengelak dikesan radar. Dikatakan selepas terputus hubungan dengan menara Subang pada pukul 1.30 pagi Sabtu, pesawat itu terbang rendah sejauh 500 km ke arah barat, sekurang-kurangnya untuk tempoh 1jam 10 minit. Pesawat itu membawa minyak yang cukup untuk terbang 7.5 jam bagi ketinggian 35,000-40,000 kaki atas permukaan laut, namun jika terbang rendah, ianya mampu terbang sekurang-kurangnya 4 jam. Pihak pencari dan penyelamat, perlu menumpukan pada lokasi jangkauan pesawat itu.

Persoalan terbang rendah masih merupakan satu persoalan besar. Apa kah yang berlaku? Mengapa? Apa kah ada seseorang yang mengawal pesawat itu di kokpit dan mengarahkan pesawat terbang rendah? Perlu diingat, bahawa pesawat itu sedang membawa 12 jurutera microchips satu syarikat besar milik Amerika yang mempunyai kilang di Malaysia dan China.

Pesawat terbang rendah? Ertinya seseorang yang pakar dalam pengedalian pesawat berada dalam pesawat. Suatu fakta yang boleh diambil sebagai satu bukti, keadaan kokpit pesawat itu sungguh bising apabila berjaya dihubungi seorang juruterbang lain pada pukul 1.30 pagi menggunakan saluran kecemasan, percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum hubungan putus.

Jika pesawat didarat di laut dengan sengaja, kemungkinan semua penumpang selamat. Sebabnya, pihak krew mempunyai masa yang cukup untuk mengarahkan penumpang menaiki rakit penyelamat sebelum pesawat tengelam. Dalam pendaratan yang disengajakan di atas permukaan laut, sekurang-kurang 1 jam baru pesawat akan tenggelam.

Pada pendaratan yang disengajakan atas permukaan laut; penumpang mampu membawa makanan dan minuman, atas sebab masa untuk itu mencukupi. Penumpang tidak panik, demikian juga krew. Apakah clue, terbang rendah, ada kemungkinan bahawa semua penumpang selamat, dan kini sedang terapung di laut? Laut sudah tentu di di perairan Indonesia, Sri Lanka, Myammar, juga tidak dapat diketepikan, perairan Pulau Krismas.

Akan tetapi, jika pendaratan di laut, biasanya sejenis alat yang menggunakan bateri sendiri yang disebut ULB = Underwater Locator Beacon apabila bersentuhan dengan permukaan air secara automatik akan menghantar signal. Akan tetapi, yang berlaku, tiada tanda-tanda signal seperti itu.

Demikian juga jika pesawat terhempas, meskipun semua transponder dinonaktifkan, sejenis alat yang disebut ELT= Emergency Locator Transmitters, alat ini juga menggunakan bateri sendiri, dan automatik aktif jika pesawat terhempas, namun signal daripada alat ini, tidak diterima. Ini lah yang menjadikan kehilangan pesawat MH370 suatu misteri penerbangan abad ini.

Suara Politik
Belantan