Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


TERKINI #MH370 : Pekerja pelantar minyak dakwa melihat pesawat terbakar?

Posted: 12 Mar 2014 09:22 PM PDT


Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam. Objek tersebut dipercayai adalah pesawat penerbangan Malaysia Airlines, MH370.

Menurut laporan laman web berita Astro Awani, maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael Mckay.

Mckay merupakan pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya McKay mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah pesawat MH370 yang telah hilang sejak Sabtu lalu.

McKay melaporkan bahawa pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Seterusnya, laporan itu turut menyatakan bahawa pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.

Selain itu, Mckay menjelaskan bahawa dia telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Misteri belum terungkai?

Posted: 12 Mar 2014 07:17 AM PDT

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pihak berkuasa Indonesia setelah gagal menemui bangkai pesawat Boeing 737-400 Adam Air yang hilang pada 2007.

Apabila negara dihebohkan dengan kisah pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 hilang di perairan Laut China Selatan pada awal pagi Sabtu lalu, yang terlintas di fikiran kita sudah tentulah satu insiden hampir sama yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

Pada 1 Januari 2007, pesawat Adam Air KI574 jenis Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dari Bandung ke Manado secara tiba-tiba hilang dari radar tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, dipercayai telah terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Kira-kira sebulan selepas itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat dan tragedi itu kemudiannya telah dilupakan oleh rakyat republik itu.

Bagaimanapun, tujuh bulan selepas itu, dua kotak hitam pesawat yang merakamkan data penerbangan dan perbualan juruterbang dalam kokpit berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS), ia merumuskan juruterbang telah mematikan alat pemanduan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Inersia (IRS).

Ketika sibuk membuat pembaikan tiada siapa yang menerbangkan pesawat sehingga menyebabkan ia mengiring ke kanan dan menjunam ke dalam laut.

Walaupun masih awal untuk merumuskan apa yang berlaku pada pesawat Boeing 777-200 milik MAS, sesuatu yang harus diakui bahawa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat tersebut.

Seperti yang disebut oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi iaitu 49 minit selepas pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

DCA telah bertindak serta-merta untuk mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan dengan bantuan pihak-pihak berkenaan dari Vietnam dan Singapura.

Pihak MAS turut dimaklumkan dengan segera oleh DCA yang kemudiannya telah bertindak pantas memaklumkan kedutaan dan konsulat yang mempunyai rakyat yang menaiki pesawat tersebut.

Syarikat itu turut menubuhkan Pusat Kawalan Respons (RCC) bagi menyediakan maklumat berterusan, kemudahan perjalanan untuk kaum keluarga ke Kuala Lumpur, tempat tinggal, makanan dan sokongan emosi kepada keluarga mangsa.


Segala yang dilakukan oleh syarikat itu seharusnya dihargai oleh semua pihak. Seperti yang telah diluah ayah kepada pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Sofuan Ibrahim yang turut hilang, Ibrahim Abd. Razak, MAS dan pihak-pihak berkaitan sangat membantu dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan akses maklumat.

"Alhamdulillah, tiada apa yang perlu dirisaukan dan rungutan, cuma hati sendiri yang masih belum tenang selagi perkara ini belum selesai," katanya kepada portal berita, Malaysia Gazette.

Satu lagi yang harus dipuji adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh semua negara untuk melaksanakan operasi dan menyelamat termasuk Vietnam, China, Singapura, AS, Thailand, Indonesia dan terbaharu Australia di kawasan lautan yang kini menjadi pertikaian banyak negara.

Untuk mencari pesawat di lautan yang luas adalah cukup payah dan ia terbukti apabila bangkai pesawat Air France 447 jenis Airbus A330 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 6 Jun 2009 hanya ditemui enam hari selepas itu dan kotak hitam pula hanya dapat dikeluarkan dari laut dua tahun kemudian.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai rekod bersih yang tidak pernah mengalami kemalangan udara dahsyat kecuali penerbangan MH653 yang meletup dan terhempas bersama 93 orang di Tanjung Kupang, Johor pada 1977; sebenarnya terdapat banyak faktor di luar kawalan yang mungkin menyebabkan tragedi itu berlaku.

Walaupun pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan pernah mengalami patah pada hujung salah satu sayap setelah berlanggar dengan pesawat China Eastern Airline, Airbus A340 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, China pada 2012, masalah yang akan berlaku hanyalah ketika mendarat atau berlepas.

Sebaliknya, kata bekas jurutera keselamatan Boeing yang juga Pengarah Airsafe.com Foundation, Todd Curtis, tragedi berlaku ketika pesawat sedang dalam penerbangan dengan kelajuan tinggi.

"Satu kemungkinan adalah tragedi berlaku terlalu pantas sehingga juruterbang tidak sempat menghantar isyarat kecemasan," katanya lagi kepada AP.

Dalam pada itu, pensyarah yang pakar dalam kemalangan pesawat daripada Universiti Aeronautik Embry-Riddle, AS, William Waldock turut sependapat dengan Curtis bahawa tragedi yang berlaku adalah secara tiba-tiba dan sangat ganas sehingga alat penentu lokasi pesawat tidak berfungsi.

Menurut beliau, sekiranya berlaku kerosakan mekanikal termasuk kedua-kedua enjin tidak berfungsi, juruterbang masih mempunyai masa untuk membuat panggilan kecemasan.

Untuk rekod, Boeing 777-200 mempunyai rekod keselamatan yang paling selamat selama 18 tahun dengan hanya satu tragedi melibatkan pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas dan membunuh tiga orang pada tahun lalu.

Para pakar keselamatan penerbangan kini berpendapat terdapat dua kemungkinan tragedi itu terjadi sama ada angkara pengganas atau juruterbang sendiri sengaja menghempaskan pesawat ke laut.

Perkara sama dinyatakan akhbar United Kingdom, Sunday Mirror yang memetik pakar antipengganas, Kolonel Richard Kemp, bahawa kumpulan militan Islam Uighurs atau mereka yang bersimpati dengan mereka mungkin terbabit dengan kejadian tersebut.

Walaupun terdapat petunjuk ke arah itu, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga kotak hitam pesawat terbabit ditemui seperti dalam kes pesawat 737-400 Adam Air.

Tambahan pula, data pemantauan awal yang diperiksa oleh pihak tentera AS, Pentagon hari ini mencadangkan pesawat MAS yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan.-UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tragedi MH370 : Kelam kabut di Hotel Sama-Sama KLIA kononnya pesawat dah jumpa...

Posted: 12 Mar 2014 10:24 PM PDT


Ini cerita dari pusat operasi media MH370 Hotel Sama-Sama KLIA pada malam Rabu lebih kurang 10.30 malam.

Al Kisah kononnya akan ada sidang media tergempar, entah dari mana dan siapa bawa cerita, kelam-kabut wartawan berkejar ke sana.

Ada yang sudah balik selepas sidang media terakhir jam enam petang Rabu, terpaksa berkejar semula. Ada krew yang terpaksa standby jika ada sidang media, walaupun Jabatan Penerangan kata tidak ada.

Misteri kepada tiba-tiba ada sidang media tersebut terjawab sebelas CNN menyiarkan imej satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kedudukan longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Bagaimanapun, Ketua Penerbangan Awam China berkata bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.

"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.



Objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Sementara itu pagi Khamis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China itu pagi ini

Perkara ini disahkan melalui pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael McKay.

Menurut beliau dia melihat pesawat yang terbakar di di udara kira-kira 50 - 70km dari lokasi beliau.

"Saya percaya telah melihat kapal terbang Malaysia Airlines terjunam. Masa yang tepat ," kata Encik McKay dalam e-mel.

" Saya memerhatikan ia terbakar pada di udara,"ujar beliau.-13/3/2014 - Agenda Daily

Kisah Benar Seorang Ustaz dengan Seorang Pramugari Boeing 777 MAS

Posted: 12 Mar 2014 07:00 AM PDT


Hari ini sudah masuk hari yang kelima dan sudah 116 jam berlalu tragedi pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines hilang. Kalangan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus untuk terus mendapatkan petunjuk sekaligus melancarkan usaha menyelamat dan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370. Insyaallah…..

Disebaliknya itu, hari ini….ingin saya kongsikan di sini satu kisah benar & pengalaman seorang Ustaz dengan pramugari Malaysia Airlines MAS. Ia ditulis sendiri dengan harapan dapat memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap perilaku sesetengah pramugari Malaysia Airlines MAS. 



Sangat baik untuk dikongsikan bersama…

Kisah Yang Menyentap Jiwaku:

Pramugari Boeing 777-200 dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;

Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Malaysian Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.


Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang " Welcome a board sir, have a pleasant trip" atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, "Assalamu alaikum Ustaz", saya jawab "Wa alaikum salam". 

Agak terkejut, berkata dalam hati "mak ai akak tu kenal aku la..." Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari Agama, sesat, tak sempurna iman... dan macam-macam lagi. Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata "Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni".

Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan... pastinya "Guava Juice " pilihan ku dulu kini dan selamanya.Bila dah take of, " Teh Tarik"... kena pulak duduk di window seat... sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesaran Allah swt. 

Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yang mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum...saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,

Saya: Wa alaikum salam, yea.

Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz...

Saya: Tilawah Interaktif ka?

Pramugari: Yea Ustaz.Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.

Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.

Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)

Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan. 

Pramugari: Ini no saya ustaz... tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini. 

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan. 

Moral of story "JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA".












Oleh: Ustaz Farid Ravi

sumber

JAKIM selar guna bomoh cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 05:11 AM PDT


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.


"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".

"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.

Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.

"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.

Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.

Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".

"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. - malaysiakini

#dimanaMH370 : Vietnam henti misi mencari pesawat

Posted: 12 Mar 2014 03:03 AM PDT

PHU QUOC - VIETNAM 12 Mac - Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka.  
"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu).
"Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi.
Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.
Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi.
Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka.

MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT [Guna Raja Bomoh]

Posted: 12 Mar 2014 01:40 AM PDT




MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT
(12 Mac 2014)

Saya merujuk kepada kaedah menggunakan khidmat bomoh dalam mencari pesawat MH370 yang hilang. Raja Bomoh VVIP sedunia atau Ibrahim Mat Zin telah dipanggil dengan menggunakan peralatan tradisional disamping kaedah perbomohan bagi mencari pesawat tersebut.


Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kemampuan tersendiri. Dalam keadaan teknologi cangih, jika tidak mampu mengesan lokasi pesawat itu berada, kaedah alternatif diperlukan supaya setiap orang berperanan membantu mencari pesawat MH370. Kerajaan telahpun menggunakan pelbagai cara, daripada Angkatan Tentera, Polis, Maritim, sehinggalah kepada nelayan dikerah bagi membantu mencari pesawat itu.

Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam. Saya merasa kesal kerana ada segelintir masyarakat yang masih meletakkan harapan tinggi kepada perbuatan khurafat dan tahyul melalui perantaraan jin dengan kaedah perbomohan. Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam. Di Dalam Al Qur'an Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (an-Nisa': ayat 48). Firman Allah lagi. yang maksudnya "Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (Yunus:106). Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak".

Saya merasa bimbang kerana sudahlah pesawat tidak dijumpai, orang ramai pula diperbodohkan dengan aksi yang melucukan, malah mendapat dosa kerana percayakan perkara khurafat. Yang dikhuatiri orang ramai akan terjerumus kepada perbuatan syirik kerana meyakini kepada kekuasaan jin melebihi kekuasaan Allah SWT.

Sepatutnya, sebagai umat Islam, ikhtiar yang paling baik adalah menyerahkan diri kepada Allah SWT. Solat Hajat, bermunajat, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik daripada menyerahkan nasib kepada para bomoh. Allah SWT mencipta setiap makhluk dan Allah SWT lebih mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini. Dalam saat genting seperti ini, seharusnya jagalah sensitif amalan agama dan jangan sesekali melakukan maksiat kepada Allah SWT. Saya bimbang, dengan munajat dan solat Hajat yang dilakukan bercampur baur dengan perbuatan khurafat dan syirik, akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT terhadap hambaNya sehingga memberi kesan terhadap usaha yang dijalankan ini.

Saya menyeru semua umat Islam agar kembali menyerahkan diri kepada Allah SWT, yakin dan bersangka baik kepada Allah SWT dan tidak sesekali melakukan perbuatan mungkar. Mungkin ia menjadi sebab bagi Allah mempermudah ujian yang sedang ditanggung di negara ini.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Jepun hantar pasukan bantu usaha cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 01:01 AM PDT



Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) semalam bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
  
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagaimanapun berkata tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh perkhidmatan unit utamanya.
  
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
  
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur semalam.
  
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
  
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut melibatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui.

- Bernama

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PEMIMPIN SYIAH KECAM DAN UGUT MALAYSIA (VIDEO)

Posted: 12 Mar 2014 06:44 AM PDT

)

KUALA LUMPUR: Iran dikatakan mula membuat tindakan balas ekoran serangan agresif Kerajaan BN terhadap Syiah yang dianuti majoriti rakyat negara itu, sehingga menjejaskan ekonomi negara Malaysia.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26095-syiah-iran-bertindak-balas-umno-mengaku-silap


Seorang ahli perniagaan Malaysia terpaksa menyimpan getah bernilai RM2 juta yang mengikut rancangan awalnya akan dieksport ke Iran berikutan tindak balas pembeli di republik Islam itu terhadap kempen anti-Syiah yang dipelopori Umno.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pedagang-iran-pulau-barangan-malaysia-ekoran-kempen-anti-syiah-umno


Darah Ahli Sunnah Adalah Halal Di Sisi Syi`Ah

Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara'i` halaman 601 cetakan Najaf:

عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه".

Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.

Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302:

"Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung."

Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):

"Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal."

Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.

Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:

"Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.

Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah."
Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)



Harta Ahli Sunnah Adalah Halal

Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:

عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: "خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس"

Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.

Ahli Sunnah Adalah Najis Menurut Syiah

Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya:
Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (1/119)

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:

"وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم"

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina"

Perhatikan lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
lhttp://zharifalimin.blogspot.com/2011/01/pandangan-syiah-terhadap-ahli-sunnah.html

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PrayforMH370 : BENARKAH PESAWAT TELAH DIJUMPAI?

Posted: 12 Mar 2014 09:16 PM PDT


Heboh kononnya satelite milik negara China telah mendapat imej yang berkemungkinan besar adalah gambar pesawat MAS B777-200ER yang dikhabarkan hilang dari radar namun menyembunyikannya. 

Foto di atas pula adalah poster ilustrasi yang tiada kena mengena langsung dengan kehilangan pesawat tersebut. 

Seolah-olah kini timbul persaingan antara kuasa-kuasa besar antara US dan China untuk menjadi juara siapa dahulu yang menjumpai pesawat tersebut. Sehingga kini sudah 11 buah negara dengan India, Jepun dan Brunei bersama-sama bersatu membantu kerajaan Malaysia mencari kapal tersebut. 

Hakikat ini jelas membuktikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ramai sahabat yang bersimpati. Mungkin juga ia adalah tanda keberkesanan dan kejayaan dasar diplomasi kita selama ini dalam membantu negara-negara jiran yang ditimpa musibah. Sesungguhnya budi baik akan dibalas baik.

Berbalik pada imej yang berkemungkinan MH370, sebenarnya telah dirakam pada 9 Mac, di lokasi awal liputan mencari dan penyelamat. Namun, pihak peguasa China tidak mengeluarkan imej itu, kerana ada yang berpendapat bahawa kononnya pesawat tersebut berpatah balik.

Pesawat MH370 hilang daripada radar kawalan menara Subang pada 1.30 atau 2.40 pagi Sabtu, selepas berlepas daripada KLIA menuju Beijing destinasi akhirnya. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah mendarat.

Imej yang ditemui satellite China itu kononnya disokong oleh seorang warga New Zealand yang berkerja di sebuah pelantar minyak di kawasan itu. Pekerja itu mendakwa melihat satu kebakaran berlaku di udara bersamaan pesawat itu hilang. 



Walau bagaimanapun, pihak SAR sedang menuju lokasi, setakat ini, belum ada kepastian, apa kah tumpukan di laut itu adalah MH370.


Kerajaan juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan terapung oleh satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu, begitulah yang dilaporkan CNN.

Menurut laporan CNN dan dipetik oleh Astroawani, objek-objek tersebut berukuran sekitar 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.

Kononnya laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

Kebenaran berita ini tidak dapat disahkan lagi. Pesan kami agar jangan kita terlalu percayakan pada spekulasi dan penyebaran cerita-cerita yang tiada asas, fitnah dan pembohongan. Apatah lagi mempercayai bomoh atau dukun-dukun pakai teropong buluh untuk mencari pesawat yang hilang.

Pesan kami teruskan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan mencari pesawat yang hilang tersebut. Hormatilah keluarga mangsa jangan diguris perasaan mereka dengan laporan dan penyebaran berita yang belum pasti. 



#KajangMove: POSTER UNTUK JIJAH...

Posted: 12 Mar 2014 08:39 PM PDT


Inilah sebahagian koleksi yang rakan-rakan para sahabat kami emailkan kepada kami. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Bagi kami ia adalah penghasilan yang kreatif dan tahniah kepada para penciptanya.



















Tahniah kepada kengkawan. Harap yang lain dapat manfaatkannya.

ADIK DAN ABANG BERGADUH

Posted: 12 Mar 2014 05:00 PM PDT


Sebelum ini mereka pernah berdebat di Dewan Rakyat tetapi dalam isu kecil, itupun dalam masa singkat.

)
Bagaimanapun, Dewan Rakyat pada Rabu menyaksikan dua beradik Tan Sri Shahrir Samad dan Khalid Samad berbalah panjang ekoran berpunca kritikan ahli Parlimen Johor Bharu itu terhadap ahli-ahli parlimen pembangkang yang memboikot persidangan pada Selasa kerana tidak puashati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.
Shahrir yang mulanya berada di luar Dewan, masuk apabila Khalid menyebut beliau mahu menegur Ahli Parlimen Johor Bahru itu berhubung ucapan beliau semalam yang menyifatkan tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang itu seolah-olah tidak menerima konsep pemisahan kuasa yang mereka sendiri laung-laungkan selama ini.
Menurut Khalid, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) memulau sidang Dewan Rakyat semalam kerana mendakwa memang jelas terbukti terdapat campurtangan kuasa eksekutif terhadap bidang kusa kehakiman dalam perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang di Mahkamah Rayuan.
Khalid berkata, buktinya ketika proses pengurusan kes pada peringkat awal, semua pihak sudah dimaklumkan dan bersetuju kes akan didengar pada 7 hingga 9 April.
"Kita tak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak judiciary (kehakiman) …kerana kes itu telah dibawa ke depan…semasa kes itu dibincang, case management dilakukan, ianya telah disebut 7 hingga 10 April.
"Tiba-tiba bila berlakunya 'Kajang Move' secara mengejut case management dilakukan sekali lagi dan bukan sekadar pihak peguam yang hadir, dan bukan sekadar pegawai mahkamah yang hadir, tetapi hakim itu sendiri yang hadir dan mengubah tarikh perbicaraan sehingga apabila disebut bahawa apabila Bukit Gelugor ada kes yang lain hakim kata tak mengapa kita akan tunda kes yang lain, kita nak ianya dibicarakan pada 7 Mac itu juga…Ini jelas menunjukkan ada campur tangan," kata Khalid.
Shahrir kemudian mohon mencelah dan menyatakan beliau tertarik dengan sebutan perkataan "jelas menunjukkan" yang diucap Khalid yang juga adik beliau.
"Jelas menunjukkan?… tu apa buktinya? Kalaulah tarikh (bicara) bertembung dengan Kajang Move bukanlah kerana eksekutif yang tentukan tarikh…yang sebenarnya kes bagi Ketua Pembangkang sudah ditangguhkkan beberapa kali," kata Shahrir.
Untuk rekod, kes rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tertangguh sebanyak tiga kali disebabkan usaha Anwar untuk menyingkirkan peguam kanan, Tan Sri Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Itu tidak termasuk perbicaraan kes berkenaan yang ditangguhkan sehingga 69 kali.
Manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pula berlaku disebabkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR sendiri bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.
"Bila dicakap ada bukti jelas, bawalah bukti itu," tegas Shahrir.
Kedua-dua beradik berkenaan terus bertikam lidah dan menggamatkan sidang Dewan dengan isu peristiwa peletakan jawatan Shahrir pada 1987 ekoran pengharaman UMNO oleh mahkamah turut dibangkitkan oleh Khalid.
Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam mendakwa itu satu lagi peristiwa yang menunjukkan pihak eksekutif campur tangan dalam bidang kuasa kehakiman.
Shahrir juga menempelak Khalid apabila adiknya meninggi suara dengan berkata, "Ini hujah bercakap dengan kuat kononnya jelaslah, tetapi kalau kita teriak dengan suara sekuat manapun, suara yang tinggi sahaja dan menolak fakta sebenarnya,"
Khalid yang juga kelihatan berang, minta tempoh tiga jam untuk berbahas dengan abangnya tetapi dibantah Shahrir dengan memberitahu, Khalid tidak layak untuk minta tempoh itu.
"Sepuluh minit bolehlah," katanya tetap tenang melayan karenah Khalid yang lebih emosional.
Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said yang mempengerusikan mesyuarat juga berdepan kesukaran untuk mengendalikan perdebatan antara Khalid dan Shahrir.
"Yang Berhormat Yang Berhormat…saya mengakui bahawa sukar saya mengawal kedua-dua orang adik beradik ini," seloroh Ismail disambut gelak ketawa seluruh Dewan.
Saksikan rakaman penuh video pertikaman lidah abang-adik di Dewan Rakyat yang berlarutan lebih kurang 15 minit pada petang Rabu.

GEMPAR! Bukti Video Bomoh Pakai Bubu Dikenalpasti Pernah Bersama PKR? #PrayForMH370 #PRKKajang

Posted: 12 Mar 2014 06:55 AM PDT

Tersebar gambar tok bomoh pakai bubu dalam usaha mencari pesawat MH370.


Ada yang cuba menyalahkan Kerajaan.

Jom kita tengok bukti video ni.


)

Untuk lebih jelas tengok yang ni pulak



Adakah ini satu kebetulan atau ada pihak berkonspirasi menghantar bomoh ke KLIA untuk menyalahkan Kerajaan. Maklumlah mereka dah takde modal dalam PRK Kajang.




*Sebar-sebarkan.

PESTA SEKS SONGSANG, TIMBALAN PRESIDEN PAS TAK BANTAH

Posted: 12 Mar 2014 12:58 AM PDT



Poster yang mempromosi parti seks songsang di Pulang Pinang yang bakal diadakan pada 29 Mac ini



Satu pesta meraikan kumpulan seks songsang 'lesbian, gay, bisexual, transgender' (LGBT) bakal diadakan di Pulau Pinang pada 29 Mac ini.
Berdasarkan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini, acara tersebut dianjurkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Rainbow Connection dan Penang Freedom to Love bertujuan mengumpulkan para pengamal seks songsang dan beraktiviti bersama-sama dalam satu parti pada waktu malam.
Para peserta dikenakan bayaran RM45 untuk menyertai aktiviti bengkel dan parti.
Parti tersebut akan diadakan di 1926 Heritage Hotel, 227 Jalan Burma manakala bengkel diadakan Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah penyampaian tentang 'Rainbow Rights' oleh Guilio Jackson, pameran gambar, pelancaran 'I am you, be a trans ally', persembahan dan tarian.
Selain itu, poster tersebut turut mengandungi maklumat mengenai tempat, , anjuran, harga pendaftaran serta pautan untuk pendaftaran.
Sementara itu, Laman Facebook Pink Dot Singapura turut mewar-warkan acara yang sama dengan memuatnaik pautan poster itu.
Pink Dot merupakan sebuah gerakan LGBT di Singapura yang sentiasa mengadakan acara tahunan untuk mempromosikan kebebasan saling mencintai tanpa mengira orientasi seksual mereka, bebas untuk kasih sayang dan disayangi.
Pada tahun 2013, acara ini diadakan secara besar-besaran di Singapura dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT supaya hubungan sesama jenis masih dianggap tidak melanggar hukum.
Menurut laman web pinkdot.sg pada tahun 2012 mereka telah menyiarkan sebuah video berjudul "Someday" yang mengisahkan impian mereka di masa hadapan dengan harapan tidak wujud lagi diskriminasi gender dan orientasi seksual.
Video yang diarahkan oleh Boo Junfeng itu turut membayangkan masa depan LGBT yang mahukan masyarakat secara terbuka dapat meraikan kepelbagaian, kebebasan mereka untuk hidup bebas