Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kak Wan sedar boleh kalah, Drama Ayer Mata tak laku diboikot PAS?

Posted: 10 Mar 2014 11:03 PM PDT



Walaupun Haji Hadi dan beberapa kerat penyokong PAS hadhir buat syarat, tapi mereka masih bengkak di hati dengan saman RM2.2 juta yang dikatakan kepiimpinan mahu bantu tapi akhirnya buat tak tahu tentang saman pil kuda tersebut.

Hanya satu dua bendera saja kelihatan sebagai buat syarat.




Malah terdengar beberapa kerat orang PAS memberitahu bat apa nak sokong orang yang dah tahu macam gitu (Anwar) dan diganti isteri yang dulu letak jawatan (Wan Azizah diPermatang Pauh).



Adakah Wan Azizah akan dibungkuskan?

Kerana nampaknya mereka yang hadhir ke majlis Anwar tak begitu memberansangkan hingga terpaksa diimpot orang luar untuk memenuhi kerusi dan beri tepukan.


Adakah Wan Azizahsudah perakui kemenangan untuk Chew Mei Fun?

Chew Mei Fun ada hubungan sulit dengan suami orang?

Posted: 10 Mar 2014 08:30 PM PDT


Siapa lelaki di sebelah Chew Mei Fun dalam gambar yang kabur di atas ini? Adakah ini lelaki yang sedang di perkatakan tentera siber RBA dan PKR (Dajjal) sebagai suami orang yang ada hubungan sulit dengan calun BN di PRK Kajang?

Gambar ini sedang tersebar dalam Whats App PKR dan RBA. Hanya sedang dikarang cerita untuk merosakkan reputasi Chew Mei Fun yang berikrar meletakkan jawatan jika Chua Soi Lek menang. Ketika itu, baru terdedah skandal seks Soi Lek dengan kekasihnya di Hotel Katarina Batu Pahat.


Pasukan Unspinners telah menyiasat dengan bersungguh dan syukur dapat dikesan di mana gambar yang begitu innocent mahu di gunakan sebagai fitnah oleh tentera siber RBA dan Dajjal.

Rupanya hanya gambar Chew Mei Fun sedang menziarahi dan melawat penduduk Kajang.


Tentera RBA dan Dajjal memang jahat sekali. Chew Mei Fun yang cemerlang tapi hanya kalah di PJ Utara pada PRU11 kerana Tsunami pertama cina.

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh  November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010

Baca sepenuh latarbelakang Chew Mei Fun di SINI

Ratu Ayer Mata sudah ulang tayang skrip menangis!!!

Posted: 10 Mar 2014 05:00 PM PDT


KAJANG – Ratu airmata sudah pun memulakan langkah awalnya malam tadi dengan berbicara skrip yang telah di siapkan untuk dirinya, yang tergagap gagap cuba menghafal butiran yang tidak semuanya terjangkau oleh jemalanya yang sedang berselirat dengan seribu satu masalah persoalan dan beberapa perkara yang menjadi tanda tanya.

Si ratu air mata mula mengulangi kembali cerita lama ( mungkin sudah disediakan didalam skripnya) apa yang terjadi pada dirinya pada tahun 1998, dengan nada yang lagi 10% boleh membuatkan air matanya mengalir, bercerita bagaimana sekumpulan UTK memasuki rumah mereka dan memijak tikar sembahyang ( skrip ini boleh membeli jiwa yang mudah terpengaruh walaupun sedang menyaksikan cerita dongeng) tetapi jelas diwajahnya tidak dapat di sembunyikan kepura puraannya walaupun mengalirkan air mata dan menampilkan seolah olah sedang didalam kesedihan yang teramat sangat.

Diperingkat awalnya tidak mahu menunjukkan gugupnya, beliau cuba berbicara dan berjenaka sebentar bersama penonton walaupun jelas nampak pincangnya dan tidak segarnya lagi, kerana lakonan yang biasa dia buat dulu adalah di ketika beliau tidak pasti apa yang beliau buat ketika itu, tetapi pada malam tadi beliau telah pun mengetahui duduk perkara sebenarnya.

Sang ratu mula menyerang sistem makamah dan sang hakim yang menghukum sang suami anugerah tuhannya kerana didapati bersalah menoron budak yang pernah diambil untuk menjadi pembancuh kopinya. Kononya sang suami teraniaya oleh sistem kehakiman di negara ini dan mengajak penontong turut sama merasa apa yang sang ratu ini rasa.

Walaupun ucapan sang ratu air mata ini tidaklah sepanjang mana sekadar 6 minit sahaja ( mungkin skrip awalnya tidak begitu tersusun), tetapi telah di sambung oleh panglima panglima perangnya yang rata rata menyalah Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memaksa makamah menjatuhkan hukuman di saat pilihan raya di Kajang sedang semakin rancak dan bakal di adakan.

Baca seterusnya di OB21.net SINI

Ikut hati nak ku terajang saja, tapi dijawab juga tomahan jahat mereka

Posted: 10 Mar 2014 07:30 AM PDT


Ini apa yang dibangkitkan oleh pembangkang berhubung kehilangan MH370 dan dibawah 25 soalan ini ada jawapan balas saya.

Soalan Pembangkang
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia.

Kita tak hantar ahli keluarga ke Beijing. Kita bawa ahli keluarga utk standby di Putrajaya.

(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak.

Keluarga diminta utk sediakan passport kerana jika pesawat dijumpai diluar Malaysia, ahli keluarga akan diterbangkan ke negara tersebut utk sambut penumpang atau jenazahnya. Semua akan ditanggung MAS @ Kerajaan.

(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa.

Ahli keluarga sekarang ini dalam keadaan tertekan dan sedng diberikan khidmat kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Larangan temuramah ini utk mengurangkan kesunggulan ahli keluarga mangsa yg terlibat.

(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.

Sumber yang terbaik untuk mendapat maklumat sahih berhubung kehilangan MH370 adalah melalui pihak berkuasa. Dalam hal ini, dari masa kesemasa Ketua Pengarah Penerbangan Awam akan mengeluarkan kenyataan media. Kalau tengok internet, pelbagai cerita direka termasuk pendaratan di Nanning, terhempas di Vietnam dan sebagainya.
Baca kesemua 25 Q&A oleh Mat Kilau Pulau Pinang di SINI menjawab tomahan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong kucing kurap . 

Mari terus mendoakan mereka tanpa letih dan ngaku kalah...


Dikala anak resah menunggu ayah pulang, Anwar sibuk hal ...

Posted: 10 Mar 2014 04:30 AM PDT


 Anak merindukan ayah ...



Anwar hanya memikirkan...

BONTUTNYA


Apabila fail rayuan cepat betul. Tidak tunggu atau bertangguh lagi.

Ia dilakukan tanpa berlengah!

Ketika didesak untuk dibicara sebelum ini ada saja alasannya. Sengaja mahu lewat-lewatkan perbincaraan.

Itulah sikap Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnnya.

Pagi ini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya memfailkan notis rayuannya.

Peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan kertas itu di Mahkamah Rayuan dan memberikan salinannya kepada Mahkamah Persektuan.

Sepenuh di Rakyat Malaysia SINI

Dan penyokongnya hanya fikirkan hal ....



Tak habis-hais politik yang menjejekkan.

Satu tu bencana, satu lagi jenayah. Satu tu penganiyaan dan satu lagi kemalangan. Satu tu tidak sengaja dan satu lagi sengaja.

FIkirkan mereka inilah ...


Sepatutya masa begini kita bersatu dan bersimpati bukan ....

Posted: 10 Mar 2014 01:30 AM PDT






Satu dunia mendoakan MH307. Namun kita di The Unspinners heran sangat dengan sikap baik pemimpin atau pengikut pihak tertetu yang hanya mahu kelirukan rakyat dan membuat tuduhan tanpa fakta dan bukti tapi hanya dilakukan melulu.


Satu dunia tidak mahu salahkan sesiapa tapi kenapa pula mereka bersikap tanpa ada rasa belas kasihan dan peri kemanusian?

Kalau ada salah silap kita usahakan kemudian .. nak hukum ke nak betulkan ke apa. Sekarang patut di diutamakan keluarga mangsa yang bersedih tanpa mengetahui apa yang patut dilakukan.





Massa begini kita perlu kasihan dan menangis bersama mereka kerana kita simpati dan turut sedih bersama macam mereka ini seahagian dari kita.



Bukan masa untuk menangis nakkan undi.




Apa punya adab pembangkang? Mesti RBA DAP dan pencacai lain

Orang tu nak bersimpati mereka tak henti menghina? Mana hati perut mereka? Mana jiwa kemansuaiaan mereka? Konon hak asasi manusia tapi pernagai macam binatang!!!!


oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


MH370: Dua individu guna pasport curi menyerupai 'Balotelli'?

Posted: 10 Mar 2014 07:56 AM PDT

Sekadar gambar hiasan sahaja

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan dua individu yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 mempunyai rupa paras pemain bola sepak AC Milan, Mario Balotelli.

Menurut Azharuddin, rakaman video dan gambar dua individu terbabit sudah diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan susulan.

"Jadi boleh saya katakan di sini bahawa dua individu berkenaan tidak mempunyai rupa paras orang Asia.

"Kamu kenal Balotelli? Jadi dia bukan memiliki rupa orang Asia," katanya.

Namun ketika ditanya pemberita sama ada dua individu berkenaan berasal dari Afrika, Azharuddin tidak memberikan jawapan dan hanya mengatakan pihak penyiasat sedang menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar terakhir hari ketiga kehilangan pesawat Boeing 777 MAS, MH370 di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Azharuddin menegaskan bahawa pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) telah mengambil langkah-langkah protokol lengkap bagi aspek keselamatan penerbangan Sabtu lalu ketika semua penumpang menaiki pesawat MH370.

"Pihak penyiasat juga sedang melihat dari sudut di mana dua individu berkenaan mungkin terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport," katanya.

Wasabi Oyabun...

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Pelancaran Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul 21.3.2014 Akan Datang

Posted: 10 Mar 2014 07:23 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/C68FUVBRqUQ


Sent from my iPhone

UMNO Online - Siasatan Dalaman Terhadap Jabatan Imigresen Susulan Penggunaan Pasport Curi Dalam MH370 – @Zahid_Hamidi

Posted: 10 Mar 2014 03:17 AM PDT

Siasatan Dalaman Terhadap Jabatan Imigresen Susulan Penggunaan Pasport Curi Dalam MH370 – Zahid

PUTRAJAYA, 9 Mac – Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

ahmad-zahid-hamidi-menteri-kdn-umno-bn-malaysia

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.




Sent from my iPhone

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?

Posted: 10 Mar 2014 09:42 AM PDT



Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.

Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.

Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.
 

Waktu yang cukup mengembirakan pada petang Jumaat tersebut. Esoknya sabtu cuti. Banyak kerja2 rumah tertangguh. Rumput halaman sudah lama panjang terbiar. Berhajat juga nak mesin walau pun hampir kering dek kemarau. Dalam waktu berangan2 untuk tugasan hari esok, handphone pulak berbunyi. Ada pesanan sms masuk. " Anwar bersalah dan dihukum 5 tahun penjara" Cepat2 saya buat carian melalui internet. Kes ini terlalu bercelaru. Mahkamah Tinggi membebaskan sebelum ini. Mahkamah Rayuan pulak yang menghukum. Karpal berhujah kenapa tidak merujuk lapuran perubatan dari doktor2 pakar. Doktor sebelum ini melapurkan tiada sebarang tusukan ke buntul Safool. DNA Anwar bersama2 DNA yg tak tidak dikenal pasti dijumpai dlm buntut Saifool. Sapa pulak yg masukan kalau tak ada tembusan zakar.....Macam2 terjadi sewaktu hari penamaan calon hampir tiba. Papagomo kalah saman memfitnah Anwar dlm kes Saifool. Tiba2 Anwar pulak yang dipenjara. Lagi keliru dan bercelaru,..Macam ada sesuatu peristiwa besar yg telah dirancang.

Lepas magrib terus ke Sg Sekamat untuk sama2 penduduk  Kajang mendapat kesahihan musibah.Ramainya orang sampai melimpah jalan2 utama. Rakyat cukup marah. Laungan keras Reformasi berkumandang semula. Pimpinan PR berucap termasuk DS Anwar. Pagi selepas subuh terus mengadap komputer untuk mendapat berita2 dari sesawang blogger yg lain. Tiba2 satu berita tergempar terbaca " Penerbangan MAS hilang"

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.

Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.

Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?

Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.

Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.

Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.

Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam? Atau sekadar untuk pertunjukan pameran LIMA di Langkawi ?

Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.

Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?

Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.

Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.

Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...

Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.

Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.

Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.

Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka " (Surah Ar-Rad:11)

Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Sayang dan Cinta Manusia.

Posted: 10 Mar 2014 06:54 AM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com   
Asal: http://peceq.blogspot.com/2014/03/3673-sayang-dan-cinta-manusia.html

Erti sayang dan cinta dalam kehidupan manusia, ada hadiah tetapnya iaitu berakhir dengan perpisahan dengan adanya kematian. 


Waktu itu hampir tengahari. Sepasang suami isteri sedang berjalan menyusuri kaki lima kedai. Sisuami telah berusia lingkungan enam puluhan dan isterinya mungkin menghampiri usia lima puluhan. Tampak masih muda gagah, berjalan pantas berbanding si suami yang kelihatannya tertinggal jauh di belakang. 

Terkejut aku bila si isteri tiba-tiba membentak "cepatlah" dengan raut wajah yang tidak begitu ceria. Tidak inginlah aku mereka-reka cerita apa yang tersemat di benak fikiran siisteri atau sisuami waktu itu. Tidak bagus untuk kesihatan Akhirat. Boleh mencederakan emosi. 
"Itu sebab jarak usia aku dengan isteri aku, jauh" Teringat aku kata-kata seorang hamba Allah SWT. Waktu itu aku baru beberapa minggu kematian isteri aku, empat belas tahun yang lalu. Alhamdulillah waktu itu aku menyedari tentang "Ajal Maut, Pertemuan, Perpisahan ditangan Allah SWT." 

Kemuadian enam tahu dulu, ada satu lagi hamba Allah SWT., menyentap perasaan aku dengan kata-kata dari jauh (pastinya dengan nada suara yang kuat) "Engkau tak redha ke..." Itulah sapaan dari seseorang yang cukup bagus, pernah aku dapat. Alhamdulillah sebab semuanya HAK Allah SWT. 

Itu hari aku dapat belajar erti sayang dan entah apalah cinta lagi. Kali ini sepasang suami isteri, ke dua-duanya berusia lingkungan lima puluhan. Mungkin berjarak lima, enam tahun usianya. Ditemani seorang anak lelaki dewasa lingkungan dua puluhan usianya. Sisuami yang tidaklah sihat duduk bersebelahan dengan anak lelakinya.  Isterinya duduk di barisan kerusi hadapannya. 

Sisuami bertanya aku, aku jawab dengan sebaiknya. Diulang-ulangnya pertanyaan itu banyak kali denganku. Hah aku teringat kisah iklan anak tanya bapak banyak kali dan sebanyak itu jugalah bapaknya menjawab, sambil diperhatikan isterinya. 

Pertanyaan dan kenyataan berulang silelaki itu tidak disenangi anak lelakinya. Aku lihat, aku nampak, anak lelakinya memancarkan renungan tajam tepat ke arah wajah bapanya. Ya Allah. Tidak lama kemudian sisuami cuit isterinya sambil menyatakan sesuatu. Siisteri langsung menggoyang-goyangkan tangannya, sebagai reaksi tidak senang, langsung berpeluk tubuh. Terkebil-kebil sisuami yang tidak berapa sihat itu. 

Apakah ini ertinya sayang dan cinta sesama manusia. Sayang dan cinta manusia hadiah tetapnya ialah perpisahan (kematian). 
s3v3n

s3v3n™
copyright©

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kebarangkalian MH370 dirampas tetap ada

Posted: 10 Mar 2014 10:44 PM PDT

  • Kebarangkalian MH370 dirampas tetap adaJuruterbang dan pegawai Tentera Udara Vietnam berada dalam kokpit pesawat semasa operasi mencari dan menyelamat dari pulau Tho Chu Vietnam semalam. - Foto Reuters
 1 / 1 
OPERASI mencari dan menyelamat pesawat MH 370 sudah masuk hari ketiga  semalam namun tiada sebarang penemuan ataupun petunjuk baharu berkaitan  kehilangan pesawat itu.

Ketika ini teori yang mengatakan pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal  itu dirampas pengganas semakin kuat ditambah dengan maklumat awal  bahawa kapal terbang itu dikesan cuba berpatah balik seperti yang disahkan oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri  Rodzali Daud.

Menurut Rodzali, ia dikesan menara kawalan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth serta bilik kawalan beberapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawasi keselamatan kawasan Laut China Selatan serta Unit Kawalan dan Pengawasan  Trafik Udara Singapura. Namun  kes ini juga dilihat menjadi semakin  rumit dan bertambah misteri  selepas tiada langsung isyarat kecemasan  diterima oleh mana-mana menara kawalan udara baik di Lapangan Terbang KLIA, Vietnam atau China sebaik isyarat pesawat pada radar lenyap.

Rodzali  juga mengesahkan ada empat peringkat sistem kecemasan mampu beroperasi sendiri dalam pesawat itu hingga membolehkan sebarang isyarat kecemasan dihantar secara automatik kepada menara kawalan berhampiran.

Justeru katanya, kebarangkalian kapal terbang dirampas tetap ada.

Malah dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan  perkara itu terjadi dan sedang meneliti segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Menurut beliau, wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas dan tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana pihaknya sedang melihat kepada semua aspek kemungkinan.

Tambahnya, bagaimanapun, andai benar berlaku rampasan, setakat ini belum ada sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan tiada radar dikesan jika pesawat itu terbang ke arah lain.

Lebih menggusarkan, operasi pencarian kini  beralih  di kawasan perairan Selat Melaka selepas  operasi melalui pesawat dan kapal tertumpu di kawasan seluas 3,900 batu persegi di Selatan Vietnam dalam perairan Teluk Thailand dan Laut China Selatan menemui kegagalan.

Terbaru, dua penumpang yang menggunakan pasport  dicuri dari pemilik asalnya  merupakan warga Austria dan Itali telah menguatkan lagi dakwaan ianya ada kena mengena dengan kehilangan pesawat itu.

Menurut sumber dua individu itu gunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada 2012 dan 2013.

Mereka dipercayai membeli tiket di Pattaya, Thailand sebelum menggunakan laluan darat untuk masuk semula ke Malaysia.

Kedua-duanya dipercayai menempah tiket syarikat penerbangan  China Southern Airlines yang mempunyai perkongsian kod dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menaiki pesawat MH370  ke Beijing menggunakan pasport itu.

Malah teori pesawat mengalami masalah teknikal susulan penemuan minyak di kawasan Laut China Selatan, 100 batu Nautika dari pantai Tok Bali, Bachok kelmarin juga meleset selepas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesahkan  tompokan minyak yang diuji Jabatan Kimia  Petaling Jaya itu hanyalah minyak bunker yang tidak digunakan oleh kapal terbang.

Sesetengah pendapat mengatakan pesawat itu meletup  di udara ataupun terhempas  juga nampaknya tersasar jauh selepas tiada sebarang serpihan pesawat ditemui. Ini ditambah penemuan cermin pintu  di perairan Vietnam semalam disahkan bukan dari pesawat berkenaan.

Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) juga mengesahkan melalui sistem pemantauannya, tiada sebarang letupan besar  direkodkan berlaku di seluruh dunia pada tarikh pesawat itu dilaporkan hilang.

Jika terhempas sekalipun ke dalam air menurut pendapat pakar, anak kapal dan penumpang mempunyai masa lebih kurang setengah jam  untuk keluar dan menyelamatkan diri kerana pesawat terbaik di dunia itu  tidak akan tenggelam serta merta.

Apakah mungkin teori bahawa pesawat ini dirampas pengganas  dan dibawa ke satu lokasi rahsia di sekitar Asia dan menanti rundingan diadakan benar-benar berlaku? Apakah ada perancangan rapi  kumpulan tertentu untuk melakukan tindakan sedemikian?

Menjawab persoalan itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihaknya berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370.

Jelasnya mengenai, surat terbuka daripada China Martyr Brigades yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat berkenaan, Hishammuddin berkata, beliau ada menerima laporan mengenai perkara tersebut dan sudah pun membaca surat itu.

Katanya, penyiasatan akan dilakukan secara menyeluruh mencakupi semua aspek dan setiap laporan diterima akan diteliti daripada pelbagai sudut. Buat masa ini misi utama adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu terlebih dahulu.

Beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa.

Selain meneliti semula rakaman  kamera litar tertutup dan mengenal pasti dua identiti penumpang yang menggunakan pasport palsu itu juga, Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan FBI  untuk menyelesaikan kemelut  kehilangan pesawat ini selepas siasatan mendapati kedua-duanya  tiba di KLIA pada 28 Februari  itu menaiki pesawat dari Doha, Qatar! - SH 

Kumpulan China dakwa rampas MH370

Posted: 10 Mar 2014 07:51 PM PDT

Kumpulan China dakwa rampas MH370
Sepang - Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs' Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.
Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek.
Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.
"Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.
Elak buat andaian
"Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.
Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.
Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.
"Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci," katanya.
Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.
"Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.
"Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya," katanya. -BH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=129892:kumpulan-china-dakwa-rampas-mh370&Itemid=2#ixzz2vcPjr7ic
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Agensi Perisikan Antarabangsa Bantu Kenal Pasti Individu Menyamar Naik MH370

Posted: 10 Mar 2014 07:09 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 8:33 AM
Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein.
SEPANG: Gambar dua individu yang menyamar dan menaiki pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu dikeluarkan kepada agensi perisikan antarabangsa.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, ini bagi membantu untuk mengenal pasti individu terbabit.
"Kita berharap dapat memberikan gambar mereka kepada media tidak lama lagi.
"Semua maklumat berkaitan akan diteliti oleh agensi perisikan berkaitan. Terlalu awal untuk mengeluarkan sebarang maklumat pada masa ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pada Isnin bahawa kedua-dua penyamar itu kelihatan seperti orang Asia.
Ditanya sama ada mereka mempunyai wajah seperti orang Asia, Hishammuddin berkata: "Tidak, tidak seperti yang saya tahu."
Mengenai kemungkinan kesilapan dari aspek keselamatan yang membolehkan dua penyamar itu melepasi pemeriksaan Imigresen, Hishammuddin berkata, lebih 40 juta pasport dicuri kini di dalam pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang penyamar telah dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Saya boleh mengesahkan bahawa dia bukan warganegara Malaysia, tetapi tidak boleh mendedahkan beliau berasal dari negara mana buat masa ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah: "Lelaki yang telah dikenal pasti itu bukan dari wilayah autonomi Xinjiang Uyghur di China."
"Kami sedang berusaha untuk mengenal pasti seorang suspek lagi," Khalid kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kajang pada Isnin.
Beliau berkata, polis tidak mempunyai pengesahan mengenai satu kumpulan militan Cina yang didakwa bertanggungjawab untuk pesawat yang hilang.
Khalid berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal berita China berhubung satu kumpulan dinamakan sebagai 'Chinese Martyrs' Brigade' yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan kehilangan pesawat MH370 .
Para pegawai yang meneliti rakaman CCTV itu berkata bahawa dua lelaki yang menggunakan pasport curi itu kelihatan seperti 'Caucasian'.
Rakyat Itali, Luigi Maraldi, yang namanya di dalam senarai penumpang, tidak menaiki pesawat yang hilang dan menurut beberapa laporan dari Itali, pasportnya dicuri pada Ogos tahun lepas ketika berada di Thailand.
Rakyat Austrian, Christan Kozel yang pasportnya digunakan oleh penumpang lain turut mengesahkan dirinya selamat dan berada dalam keadaan baik.
Kozel memberitahu sebuah akhbar Austrian bahawa pasportnya dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lepas.
Para pegawai berkata, kedua-dua penyamar itu pastinya menukarkan gambar pada pasport yang dicuri menggunakan gambar mereka sendiri.
"Kedua-dua penyamar itu dilihat melalui pemeriksaan visual dengan mudah kerana gambar di dalam pasport sepadan dengan wajah mereka," kata salah seorang pegawai." 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menolak andaian bahawa terdapat kecuian dalam aspek keselamatan.
"Aspek keselamatan lapangan terbangan kami memenuhi standard oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan selama beberapa tahun," katanya.- mStar

'Mr Ali' Warga Iran Beli Tiket Untuk Dua Suspek Guna Pasport Palsu Di Pattaya

Posted: 10 Mar 2014 03:44 PM PDT




Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 11:31 PM

BANTUAN... Nelayan di kawasan perairan timur laut dan utara Malaysia diminta melaporkan dengan kadar segera apabila terjumpa atau ternampak objek "pelik" ketika keluar menangkap hasil laut. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Urusan perjalanan dua individu yang menaiki pesawat MH370 berlepas ke Beijing menggunakan identiti palsu dilakukan di pusat peranginan Pattaya dan dibayar secara tunai, menurut sebuah laporan.
Akhbar British, Financial Times memetik ejen pelancongan Thai yang menempah tiket untuk kedua-dua lelaki itu berkata dia diminta untuk menguruskan perjalanan oleh seorang kenalan warga Iran.

Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik sebagai berkata, warga Iran yang juga kenalan perniagaannya yang hanya dikenali sebagai 'Mr Ali' memintanya untuk menempah tiket pada harga murah ke Eropah untuk dua lelaki itu pada 1 Mac.


Benjaporn pada mulanya menempah tiket untuk salah seorang lelaki itu menggunakan penerbangan Qatar Airways dan seorang lagi dengan penerbangan Etihad.

Namun, tiket tersebut tamat tempoh apabila Benjaporn tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ali.

Ketika lelaki tersebut menghubunginya semula pada Selasa, Benjaporn menempah semula tiket menggunakan pesawat Malaysia Airlines menghala ke Beijing kerana ia tiket yang murah ketika itu.

Seorang rakan Ali membayar wang tunai kepada Benjaporn sebagai bayaran tiket tersebut.

Akhbar tersebut turut melaporkan tiada bukti sama ada Ali mengetahui dua lelaki tersebut menggunakan pasport curi.

Benjaporn berkata dia tidak percaya Ali ada kaitan dengan keganasan kerana dia tidak menyatakan penerbangan khusus Kuala Lumpur-Beijing tetapi meminta penerbangan murah ke Eropah, lapor akhbar itu.

Benjaporn dipetik sebagai berkata beliau mendedahkan perkara itu kerana prihatin mengenai spekulasi serangan pengganas dan mahu ia diketahui umum.- mStar

"Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" bantu kesan MH370

Posted: 10 Mar 2014 06:22 AM PDT

 1 / 1 
SEPANG - Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.


"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. - Bernama

Banduan Lari Penjara Pulau Pinang Ditangkap

Posted: 10 Mar 2014 06:00 AM PDT


Phang Ruey Shang melarikan diri ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan Penjara Pulau Pinang. - fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang Rabu lepas, ditahan semula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dekat sini awal Isnin.

Lelaki yang dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, itu ditahan pukul 2.15 pagi di rumah anggota keluarganya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

"Banduan yang lari ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu, difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum pulang ke rumah anggota keluarganya," katanya.

Beliau berkata lelaki itu yang menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi kini direman selama lima hari.

Lelaki yang juga dikenali sebagai Ah Beng itu dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari dan tindakannya hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara. - mStar

Shaharuddin Thamby Ceraikan Isteri Dengan Talak 1

Posted: 10 Mar 2014 01:19 AM PDT

..
Dalam ruangan gosip akhbar Utusan menyebut pelakon Shaharuddin Thamby sudahpun bercerai talak satu dengan isterinya lebih kurang pukul 9 pagi, Isnin lalu. Tanpa kehadiran pihak media katanya, hanya ada beberapa ahli keluarga yang menemani pasangan itu ketika proses cerai.
Kalau ikutkan isu rumah tangga pelakon ini bukan perkara baru. Pergolakan yang berlaku antara Shaharuddin Thamby dan isterinya telah mula diperkatakan sejak mereka memfailkan permohonan cerai pada 2011 yang lalu.
Mengikut fakta kes lama, isterinya yang memfailkan kes cerai tersebut pada ketika itu. Tetapi kes tersebut ditarik balik dan mereka tak jadi bercerai.
"Rasanya ramai yang masih ingat kejadian tahun 2011 yang membuatkan nama pasangan ini popular. Bukan apa, masing-masing terkejut apabila wartawan serbu hari mereka masuk mahkamah.
"Kecoh juga ketika itu apabila ke semua orang media dihalang membuat liputan kes atas permohonan isterinya, Nor'aini Muhammad yang mahu proses tersebut dijalankan secara tertutup.
"Tapi ketika itu mereka tak jadi bercerai dan menarik kembali kes tersebut memandangkan Shaharuddin sendiri tak rela untuk berpisah.
"Nampaknya mereka masih tak dapat nak menyelamatkan rumah tangga tersebut.
"Mereka pun bukan kali pertama berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Rasanya banyak kali juga naik turut pejabat agama satu ketika dahulu untuk menjernihkan keadaan," kata sumber ini lagi.
Pasangan ini telah bernikah pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga anak.