Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Seperti biasa selepas kalah Anwar cuba raih simpati, dakwa wujud konspirasi?

Posted: 08 Mar 2014 08:04 AM PST


Anwar Ibrahim terus cuba meraih simpati apabila sekali lagi mendakwa wujud konspirasi sehingga menyebabkan Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28.

Beliau yang sebelum ini berkali-kali memohon penangguhan kes tersebut turut menuduh barisan hakim yang bersidang membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik bukannya mengikut fakta dan undang-undang.

Ketua Pembangkang itu mendakwa, keputusan tersebut telah ditetapkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk memastikan dia tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

"Secara terang-terangan keputusan ini tidak mengambil kira fakta dan undang-undang, namun saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya atas usaha yang baik.

"Namun malang sekali para hakim tidak mengambil kira fakta dan undang-undang, menunjukkan mereka seperti telah mendapat arahan dan hilang sabar ketika menjatuhkan hukuman," dakwanya.

Beliau memberikan reaksi itu di luar mahkamah terhadap sabitan penjara yang dijatuhkan ke atasnya, di sini hari ini.

Sebelum itu, beberapa bekas rakan Anwar menyifatkan keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding di kawasan tersebut dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkannya daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.


Bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman mendakwa, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR bahawa perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.

"Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.

"Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwanya.

Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd. Noor pula berkata, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum'.

"Saya tidak hairan dengan 'drama' Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008," dakwanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Karpal Singh berkata, pihaknya akan membayar wang jaminan dan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin ini.

Menurut Karpal, keputusan itu juga menyebabkan Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada PRK DUN Kajang.

"Beliau tidak boleh dicalonkan pada penamaan calon 11 Mac ini. Kami akan kemuka rayuan untuk kes ini pada hari Isnin dan Anwar juga akan hadir," katanya ringkas.

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


TRIBUTE: Who exactly is Malaysia Airlines Captain Zaharie Shah of MH370?

Posted: 08 Mar 2014 03:54 PM PST

The brave pilot of MH370 must not go unnoticed. We find out just how passionate Captain Zaharie Ahmad Shah is about flying.

Note: All information found here is publicly available. This post acts as a tribute to the brave Captain Zaharie.  

Do not politicize, belittle or use this information with malicious intent. Do have respect for him and his family and please have common sense.
Read more : www.sharelor.net

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dalam keadaan krisis dan sedih, tak payahlah politik ... Takde otak dan rperasaan ke?

Posted: 08 Mar 2014 11:30 PM PST


Ingat kapalterbang terhempas perkara main-main ke? Untuk buat lawak ke?



Berapa banyakk komen bbodoh yag tersebar yang hanya menyusahkan keadaan?



Orang putih boleh prihatin tapi wakil rakyat PAS boleh kata sesuatu yang sungguh tak bertanggungjawab untuk macam main-main.

Ada yang ingat inii mainan politik?



 Di atas rupa orang yang mempolitikkan bencana yang menimpa ramai...


Giler ....

Akhbar parti politik mereka-reka cerita pula ...


INi komen bodoh yang pengetahuan tentang aviation yang zero.


Perkara begini pernah berlaku pada Air France la ...



Komen di atas adalah komen RBA yang tak bertanggungjawab dan memualkan.



Peduli lah dia PAS ke UMNO ke PKR ... simpatilah sedikit...

Boleh ada ahi keluarga salah seorang pilot berkata "I hope he can swim." Ianya seolah bahan buat mainan.


Komen di atas betul-betul macam orang yang tak beriman.


Betina ni memang mulut sial!!!


Betul Junaidar ... apa perlu dipolitikkan dan tidak ada kena menena dengan anwar Ibrahim...



Dalam keadaan ini, cubalah jadi manusia dan sama-smaa menyuarakan simpati dan mendoakan keselamatan mangsa...

Kasihan ni la mereka ini  yang sudah terhilang yang tersayang..















Berilah bahu untuk mereka tangisi


Iringkan doa untukk mereka ...





MAS tetap di hati ku: Menjawab komen menyalahkan MAS

Posted: 08 Mar 2014 07:23 PM PST






JAWAPAN UNTUK GOLONGAN YANG GALAK MENYALAHKAN MAS DAN KERAJAAN ATAS KELEMBAPAN MEMBERIKAN MAKLUMAT MH370

Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara


Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecilevidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku

Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Nor Azizuddin Abdul Manan
UUM Sintok.


P/S .... Usah layan dan sebarkan komen dari puak-puak lain yang bukan pakar dan hanya memandai. 

Keadaan ini ganjil dan tiada sesiapa tahu keadaan sebenar. Jika ada kemungkinan pun, tiada pihak akan bocorkan hingga ianya pasti.Jangan komen sesuka hati

Muhasabah buat mereka yang berakal dan beriman

Posted: 08 Mar 2014 04:31 PM PST


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

 Petikan dari SINI.

Semuga muhasabah membawa nikmat dan hikmah buat mereka yang berakal dan beriman...

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin...


Konon tuduh UMNO, Perkasa rasis ... tapi sapa rasis sebenar?

Posted: 08 Mar 2014 07:25 AM PST


Pembangkang kata Brahim Ali rasis tapi cina jemput makan busat?

Posted: 08 Mar 2014 04:30 AM PST


Malam tadi Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali dijemut dan hadhir ke MAJLUS MAKAN MALAM  PERSATUAN PENGANUT TIAN SHENG GONG KAPAS, SGOR,SEBAGAI TETAMU KEHURMAT.

Percaya atau tidak. Pelik tapi benar.

Majlis ini diadakan di tanah lapang,Bt 9,.Jln Kapar, Sgor. Rombongan Perkasa yang terdiri dari Laksamana Madya Bersara Dato Rabi Abu Samah, dan lain-lain ahli ADT Perkasa di sambut meriah dan di sebut nama Dato Ibrshim Ali, Presicen Perkasa.



Ibrahim Ali di jemput oleh kenalan lamanya yang juga merupakan Penasihat Persatuan ini, Dato Seri Junior Kh. Turut mengenalinya adalah Presiden Persatuan Penganut Tian Sheng, Dato LK Tan.

Mereka perakui mengenali Irahim dan mempersetan segala tuduhan terhadap dirinya.

Hebat masyarakat bangsa cina. Makan di  padang lapang dan selekeh, tapi kehsdiran sekitar 600 orang tapi mereka berjaya kutip derma lebeh 700 ribu tunai. Yg pakai seluar pendek dan baju pagoda pun derma 20k-30k.

Tak ada janji-janji. Terus bagi tunai. Ini lah budaya dan kekuatan perpaduan kaum cina.


Agak pelik bila membaca kritikan seorang penulis CIna The Star menulis artikel berikut yang kami ambbil dari blog Sarawak Hirnbill Unleash SINI

Padahal Perkasa hanya menuntut hak sebagaimana pihak lain tapi hanya Perkasa digelar rasis dan macam-macam tapi puak pemecah masyarakat seperti DOng Zong mereka berdiam.


Kita tahu bahawa dalam The Star Sarawak ada banyak penyokong DAP tegar dan rasis yang mahu pecah belah masyarakat dan tiulkan kekacauan di sana. Atas ni satu lagi contoh DAP tegar yang masih ada dalam The Star yang berpengkalan di Miri.

Takut pada Roslan Kassim ... PR guna psyop rasis di Kajang

Posted: 08 Mar 2014 02:30 AM PST



Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan saudara Ruslan Kassim sedang ke sana ke mari ceramah bersama Chew Mei Fun dan rasanya mereka tergugat hdengan pendedahannya.

Dengar berikut:


Lalu di gunakan psyop poster rasis berikut untuk menolak kredibiliti calun BN di PRK Kajang.


Perkasa pertahan hak dan perlembagaan ... tapi dikatakan rasis.

Tapi mereka menderhaka SUltan, menolak perlembagaan, persoal bahasa Melayu, mahu hakiskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, menghina kesucian Islam, dan lain-lain.

Bukankah itu yang sebenarnya rasis.

MCA bukan Islam tapi mereka bukan kafir harbi yang memerangi Islam.

Anwar kata tolak politik rasis UMNO ... tapi sapa yang rasis sebenarnya????