Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Calon ganti Anwar, Rafizi enggan komen?

Posted: 07 Mar 2014 07:51 AM PST


Terdapat desas-desus Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini, jika Ketua Pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding berikutan kes mahkamah, tetapi Rafizi pilih untuk tidak memberi apa-apa komen.

"Saya tak nak komen. Saya tak ada komen mengenai desas-desus itu.

"Tunggu lah hari penamaan calon (pada 11 Mac) nanti," katanya disini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di PRK Dun Kajang jika Anwar tidak layak menjadi calon.

Mahkamah rayuan hari ini sabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara dan mengenakan jaminan RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Kajang pada 23 Mac, manakala tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini.

Sementara itu, Saiful Bukhari ucap syukur!

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanjatkan kesyukuran sebaik Mahkamah Rayuan Putrajaya mengumumkan keputusan terhadap bekas majikannya itu.


Memetik tulisan Mohd Saiful Bukhari Azlan di blognya sebentar tadi, beliau berkata, keputusan yang dilakukan mahkamah itu menunjukkan kebenaran dan bermakna kepada keluarganya. Baca di sini.

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

"Saya dan keluarga menghormati keputusan mahkamah hari ini.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya," katanya.

Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful pada 2008.

Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, Mohd Saiful juga turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya terhadap kes liwat itu.

"Yang pasti, saya dan keluarga ke hadapan.. Saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. ALLAH sahaja mampu membalasnya," katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Terkini : Anwar didapati bersalah liwat Saiful dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun?

Posted: 07 Mar 2014 02:48 AM PST


Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu diumumkan panel tiga hakim selepas mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela bermula semalam.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Untuk laporan selanjutnya sila baca di sini.

Sebelum itu, 'Bukti terlebih cukup sabitkan Anwar'!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung tengahari hari ini dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NASEHAT TS KHALID IBRAHIM KEPADA ANWAR

Posted: 07 Mar 2014 04:12 PM PST

TS Khalid Ibrahim menasihati Anwar janganlah ulang perangai reformasi 1998 sebaliknya mohonlah maaf kepada rakyat. TS Khalid kini sudah keluar dari kepompong dan pemikiran jumud dalam PKR. 

TS Khalid keluar menunjukkan dirinya seorang pemimpin negeri dan nasional yang semakin matang kepada Malaysia. Kepada Anwar, dengarilah nasehat TS Khalid MB Selangor.

#Anwar Ibrahim: Allah Selamatkan Selangor!

Posted: 07 Mar 2014 01:30 PM PST


PENCACAI SEMAKIN MEROYAN

Posted: 07 Mar 2014 06:28 AM PST

 

PR tanye... KITA jawab

Story board Pakatan Rakyat mengenai keputusan mahkamah yang menghukum Anwar bersalah. Mereka mempropagandakan:

1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang.

JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha..

2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.

JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.

3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.

JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.

4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.

JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?

5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.

JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain.





ANWAR DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN

Posted: 07 Mar 2014 03:10 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.


Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Ekoran keputusan itu, polis mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben "kawasan kejadian jenayah" yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.

"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.

"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."

"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.

"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.

Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.

Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata, "Kita buat sekarang"

ANWAR BERSALAH, TAK JADI TANDING DI KAJANG

Posted: 07 Mar 2014 01:22 AM PST


Mahkamah Rayuan telah berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan daripada pihak pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Tim peguam Anwar Ibrahim.

Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.
Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Ketika penggulungan, mahkamah diberitahu, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

SULTAN SELANGOR TIDAK MAHU TS KHALID IBRAHIM DITUKAR

Posted: 07 Mar 2014 12:28 AM PST


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya.

Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu.

Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya.


"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor.

Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti.

Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Khalid juga sekali lagi menegaskan tidak akan menandatangani surat peletakan jawatan biarpun dipaksa untuk berbuat demikian.

"Tidak. Saya tidak akan tandatangan (jika) ada surat untuk saya meletakkan jawatan sampai ke pejabat saya.

"Saya tidak pernah melihat kalau betul saya tandatangani surat tersebut barisan exco pasti sudah dimaklumkan dulu," katanya.

Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dikatakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dilantik sebagai menteri besar sekiranya memenangi PRK tersebut.

Kepimpinan parti itu juga sebelum ini berkata bahawa akan menetapkan pendirian rasmi berhubung kedudukan Khalid selepas PRK Kajang.

Kemelut politik dalaman antara parti dan kerajaan negeri memuncak dengan tindakan Khalid menandatangi memorandum persefaham dengan Putrajaya untuk mengatasi krisis air sebagai pertukaran Selangor membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Loji Rawatan Langat 2.

Khalid dilihat sebagai bertindak balas apabila meminggirkan Anwar dan kepimpinan PKR dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Putrajaya untuk mengatasi krisis air di negeri itu.

Ia mendapat kritikan daripada pimpinan kerajaan negeri di mana pengarah strategi PKR membuat andaian berlakunya kos kenaikan sebanyak RM20 bilion dalam penstrukturan semula air selain menyaksikan kenaikan tarif air.

Bagaimanapun sebelum ini, Anwar dan kerajaan pakatan lain bersetuju untuk kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada peguam bebas untuk meneliti kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) air antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu Khalid menyifatkan penubuhan jawatankuasa tersebut menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Itu cara kerajaan negeri yang mesti ada penilaian profesional kalau hendak beri nasihat tetapi tidak reti mengira air maka susahlah kita," katanya.

Antara lain beliau berpendapat kritikan daripada pimpinan parti mengenai perjanjian air bersama Putrajaya yang dilemparkan kepadanya kerana kecewa ekoran kerajaan negeri tidak membawa bersama dalam perbincangan itu.

"Ini ialah demokrasi, rakyat setuju dan pelaksanaannya mesti betul‎ mereka perlu berasa sebagai tulang belakang dalam usaha tersebut.

"Namun orang parti terkilan kerana tidak dibawa mengangkat bendera bersama," katanya.

Ditanya mengenai spekulasi mengenai rancangan parti menggunakan pelan sokongan dengan memilih Rafizi menggantikan Anwar jika didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, beliau hanya berkata tidak mencampuri urusan berkenaan.

"Itu taktik yang menteri besar tidak akan campur kalau saya beritahu anda maksudnya saya sudah membantu Umno mengenai strategi parti," katanya. – 7 Mac, 2014.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Vietnam sahkan pesawat MAS terjunam ke dalam laut

Posted: 07 Mar 2014 10:33 PM PST


MARCH 08, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 08, 2014 02:18 PM
Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi tadi telah terhempas di Laut Cina Selatan, menurut sebuah akhbar Vietnam.
Laporan akhbar Tuoi Tre memetik admiral tentera laut Ngo Van Phat sebagai berkata radar tentera mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang itu terhempas ke dalam laut, 153 batu selatan Pulau Phu Quok.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Malaysian Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media pagi tadi berkata penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu terdiri daripada 14 warganegara berbeza

Mereka termasuk warganegara 152 orang rakyat China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), U.S (3), New Zealand (2), Kanada (2), Ukraine (2), Russia (1), Itali (1), Belanda (1), Taiwan (1) dan Austria (1).
Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014. Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.Bercakap pada pemberita di sidang media di Sama-Sama Hotel di Sepang, Ahmad berkata kenyataan rasmi hanya dikeluarkan pada 8.30 pagi memandangkan pesawat tersebut masih mempunyai baki minyak mencukupi untuk terbang sehingga waktu ini.
"MAS sahkan pesawat MH370 hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara Subang pada 2.40 pagi. Bagaimanapun, ia memiliki baki minyak mencukupi untuk terbang ke Beijing," kata Ahmad.
Beliau juga berkata spekulasi mengatakan pesawat yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines telah mendarat di Nanning masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200 tersebut berlepas dari Malaysia pada 12.41 pagi dan sepatutnya di Beijing pada 6.30 pagi tadi (waktu China), tetapi hilang pada 2.40 pagi.
"Pesawat MH370 dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah berusia 53 tahun yang mempunyai jumlah jam penerbangan lebih 18,365 jam.
"Pegawai pertama adalah Fariq Ab Rahman berusia 27 tahun yang mempunyai jumlah penerbangan 2,763 jam," kata Ahmad.
Beliau berkata Zaharie sudah berkhidmat dengan MAS pada 1981 dan Fariq pula pada 2007.
Ahmad mengesahkan sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam untuk meminta bantuan bagi mencari pesawat MH370, yang berusia 11 tahun dan 10 bulan itu.
Ketika ditanya sama ada MAS akan menyekat penerbangan pesawat Boeing 777-200, Ahmad berkata ia bergantung jika terdapat bukti kegagalan teknikal.
Malah, pengeluar pesawat tersebut masih belum membuat sebarang cadangan, tambah beliau.
Sebelum itu, MAS menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.
"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.
MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.
Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut. – 8 Mac, 2014.- TMI

Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia
Laporan Daily Mail online yang merupakan portal berita nombor satu dunia turut menyiarkan mengenai kehilangan pesawat milik MAS pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia.
Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka.
Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.
Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan.
Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar.
Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.
Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.
Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.
Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.
Ia membawa 153 orang penumpang warga China.
Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.
Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat.
Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.- mStar

PKR senaraikan 12 nama ganti Anwar dalam PRK Kajang

Posted: 07 Mar 2014 06:45 PM PST


OLEH MUZLIZA MUSTAFA
MARCH 08, 2014
 Walaupun kehilangan hak bertandingnya dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini, PKR semalam sudahpun menyenaraikan 12 nama untuk menggantikan beliau, dan akan dipilih Anwar sendiri.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Diyana Ibrahim, 8 Mac, 2014.Walaupun kehilangan hak bertandingnya dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini, PKR semalam sudahpun menyenaraikan 12 nama untuk menggantikan beliau, dan akan dipilih Anwar sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Diyana Ibrahim, 8 Mac, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan PKR semalam sudah menyenaraikan 12 nama untuk menggantikan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas disabitkan kesalahan liwat kali kedua semalam.
Anwar berkata PKR akan memilih calonnya dan membuat pengumuman sama ada hari ini atau pada Isnin, sehari sebelum Hari Penamaan Calon pada 11 Mac bagi kerusi negeri itu.
Pagi ini PKR akan mengadakan mesyuarat pimpinan pusat.

"Keputusan kami tidak akan dipengaruhi dengan jantina. Kita akan melihat calon yang sesuai."
"Calon ini mestilah layak dan mampu berkhidmat untuk rakyat Kajang," kata Anwar kepada sidang media di Sungai Sekamat selepas berkempen semalam.
Anwar kehilangan hak bertandingnya dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat pembantunya pada 2008 dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan lima tahun penjara atas kesalahan meliwat pembantunya pada 2008 Saiful Bukhari Azlan, yang membatalkan pembebasan dahulu oleh Mahkamah Tinggi bagi ketua pembangkang itu.
Anwar berkata Umno menggunakan sistem undang-undang untuk menghalang kemaraan beliau.
"Sepatutnya kes ini didengarkan pada April, tetapi disebabkan PRK Kajang, (Umno) mempercepatkannya.
"Seluruh minggu di Mahkamah Rayuan kami hanya mendengar tentang kes Anwar sahaja," katanya, merujuk kepada tindakan parti itu yang memaksa Pilihan Raya Kecil ini untuk membuatkannya menteri besar negeri itu.
Beliau berkata tindakan Umno itu tidak akan menghalang perancangan PKR untuk Selangor.
"Kami akan gunakan Kajang untuk membantu Selangor menjadi negeri modal dalam gerakan kami untuk memenangi Putrajaya," kata Anwar.
Dalam ucapannya, pemimpin de facto PKR tersebut berkata walaupun Umno kelihatan memenangi pusingan pertama ini, tetapi banyak lagi pusingan akan datang yang masih tidak diketahui keputusannya.
"Ya memang (Umno) menang kali ini. Tetapi... banyak lagi pusingan akan datang. Allah sentiasa di sisi saya," katanya.
Anwar menambah bahawa orang muda akan menentukan masa depan Malaysia.
"Pada usia saya, saya tidak kisah jika saya masuk ke penjara atau dipukul. Ia tidak akan menghalang saya daripada melawan. Orang muda kita akan menentukan hak kita." katanya.
Beliau berkata walaupun poster beliau akan diturunkan, kerana beliau tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan beliau dan mendapati beliau bersalah, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor.
"Jangan biarkan mereka ganggu fokus kita untuk memenangi Kajang." kata Anwar.
Beliau juga berkata akan memohon rayuan pada Isnin dan menggesa penduduk Kajang untuk hadir pada Hari Penamaan Calon untuk PRK Kajang pada 11 Mac untuk memberi sokongan kepada calon PKR.
"Kami jamin perhimpunan adalah secara aman, tetapi kami mahu Ketua Polis Negara dan pihak polis untuk jalankan tanggungjawab mereka." katanya. – 8 Mac, 2014. TMI

SPR kaji kelayakan Anwar bertanding PRK Kajang

Posted: 07 Mar 2014 05:32 AM PST

MARCH 07, 2014
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari ini didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata memandangkan ia kes pertama seumpamanya berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi.
Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Abdul Aziz berkata mengikut undang-undang, sepatutnya jika dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih dari RM2,000, secara automatik hilang kelayakan bertanding
"Namun kita akan mengkaji adakah rayuan Anwar, jika dibuat, untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan boleh diguna pakai untuk beliau bertanding," katanya.
Abdul Aziz berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang SPR mengenai perkara tersebut.
Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Penamaan calon bagi PRK DUN Kajang ditetapkan Selasa ini dan pengundian pada 23 Mac. – Bernama, 7 Mac, 2014. - TMI

Liwat II: Anwar dihukum 5 tahun penjara

Posted: 07 Mar 2014 02:41 AM PST


Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.


Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

7pm: Anak-anak dan isteri memeluk Anwar. Seorang anaknya turut membawa cucu beliau ke mahkamah.

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay, okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Para penyokong berkenaan menyambut berita tersebut dengan gembira dan bersalaman dengan individu yang menyampaikan berita berkenaan.

Kumpulan itu sekali lagi melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar".

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan "pengurusan selanjutnya" untuk kes tersebut.

Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.

Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.

"Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini," katanya.

Balia: "Kami akan memberikan hak anda"

Karpal: Yang Arif, apabila anda mengambil kira hukuman, laporan perubatan itu akan menunjukkan responden dan hukuman yang dikenakan, Apa yang digesa-gesakan?

Balia: Kami tidak tergesa-gesa.

Karpal: Saya tidak dapat mendapatkan arahan dari anak guam saya.

Balia: Anda tidak boleh menjalankan mitigasi?

6.17pm: Persidangan mahkamah bersambung semula. Mitigasi bermula. Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa."

6.01pm: Para pemimpin kanan PKR yang hadir ke mahkamah hari ini termasuk timbalan presiden Azmin Ali, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Batu Tian Chua dan MP Padang Serai N Surendan.

Anwar menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

5.47pm: Beberapa orang MP terkandas di luar mahkamah dan tidak dibenarkan masuk antaranya MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Lumut Imran Abdul Hamid.

5.39pm: Persidangan mahkamah dijangka bersambung semula pada jam 6.10 petang untuk memutuskan hukuman untuk Anwar.

5.35pm: Polis mengawal ketat pintu belakang bangunan mahkamah dan hanya membenarkan individu tertentu termasuk wakil rakyat untuk melaluinya.

Seramai 10 orang lagi yang cuba memasuki bangunan itu dihalang oleh polis yang menutup pintu berkenaan.

Polis juga menghalang MP Bukit Katil, Syamsul Iskandar Mohd Akim dan dua peguam Anwar, tetapi membenarkannya selepas para penyokong lain berundur dari kawasan pintu masuk tersebut.

5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.

Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.

5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang. Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.

Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.

5.11pm: Justice Balia berkata, "Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam."

Anwar bangun dan berkata, "Kita jalankan (mitigasi) sekarang."

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

"Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik," katanya.

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.

5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.

"Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

"Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

"Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri)."

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

"Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan".

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

4.26pm: Kira-kira 10 anggota polis beruniform dan pegawai unit khas berada di tingkat 2 banugnan mahkamah untuk mengawal kumpulan penyokong Anwar yang berada di luar, di luar kamar Mahkamah Rayuan.

4pm: Suasana dalam ruang mahkamah agak tegang memandangkan keputusan panel hakim masih tidak dapat dijangka.

Pintu masuk mahkamah sibuk dengan individu yang keluar masuk, tetapi individu yang telah mendapat tempat tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

Penyokong Anwar semakin bertambah kepada kira-kira 30 orang yang berkumpul di luar kompleks mahkamah untuk menunggu keputusan dalam suasana tenang.

3.36pm: Hakim Balia berkata mereka akan meneliti penghujahan dan memberi isyarat bahawa barisan hakim akan membuat keputusan dalam kes tersebut.

3:31pm: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tiba di Istana Kehakiman dan bersalaman dengan para penyokong yang berkumpul.

Beberapa minit kemudian, anak sulung Anwar, Nurul Izzah tiba di kompleks berkenaan.

3.30pm: Shafee menamatkan penghujahannya.

3.25pm: Shafee meminta mahkamah menghalusi pengakuan doktor Pusrawi dengan teliti kerana ruangan terhad dalam laporan.

"Pesakit berkata beliau diserang dengan satu (objek) plastik dimasukkan ke dalam dubur (Saiful)."

Katanya, doktor itu juga menulis bahawa pesakit diliwat dan menasihati Saiful untuk pergi ke HKL.

3.22pm: Shafee menjawab beliau tidak hilang ingatan apabila meminta DP Vijendran memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Vijendran adalah peguam jenayah yang lebih baik berbanding saya, dan dia dinasihatkan oleh mendiang Christopher Fernando (Aris Rizal) untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh," katanya.

3pm: Shafee membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001."

2.50pm: Shafee berkata pihak pendakwaan telah menjawab dengan jelas mengenai isu degradasi dan pencemaran.

Beliau merujuk kepada satu lagi kes dan berkata: "Kita bercakap tentang isu degradasi. Anda memerlukan jumlah yang sedikit. Seah (ahli kimia) berkata degradasi bermula sebaik cecair itu keluar dari badan."

2.47pm: Persidangan mahkamah bermula.

2.40pm: Anwar tiba di mahkamah dan berjenaka dengan pemberita yang beliau solat Jumaat di Kajang dan duduk dekat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala khutbahnya pula, kata Anwar, adalah mengenai pengharaman buku Ultraman.

12:31pm: Kira-kira 20 orang penyokong mengerumuni Anwar sebalik ketua pembangkang itu keluar melalui pintu belakang bangunan kompleks mahkamah.

Kumpulan berkenaan melaung slogan "Reformasi" sebanyak tiga kali, dengan diperhatikan beberapa orang anggota polis.

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah "asli" dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

"Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi."

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan," katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan," katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira," katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami "serangan amnesia" kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang."

Hakim Zawawi menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati "berbohong" sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee," katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan," katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y'," katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar)," katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.25am: Ram mengemukakan hujah bahawa Seah tidak memisahkan antara bahagian sperma dan sel lain.

"Beliau berkata mustahil untuk memisahkan sel sperma dan bukan sperma. Namun saksi pakar kami (pakar DNA Australia Dr Brian McDonald) berkata ia boleh dipisahkan."

"Apabila beliau berkata sel sperma itu dari male Y (Anwar), beliau hanya menganggap ia daripada sel sperma. Bagaimanapun, pemisahan tidak dijalankan," katanya.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. "Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi."

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.