Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KES LIWAT : ANWAR PATUT DAH LAMA DIPENJARA KATA PEGUAM

Posted: 06 Mar 2014 05:53 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu Khamis.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.

Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas.

Muhammad Shafee berkata Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk 'bersembunyi' di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya.

"Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi," katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh.

Beliau berkata bagaimanapun, tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit.

Muhammad Shafee berkata rakaman CCTV itu menunjukkan ketibaan serta kepulangan Mohd Saiful dan Anwar.

Katanya, Anwar menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di depan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Menyentuh isu lain, beliau berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa 11 item yang dibungkus berasingan dan mengandungi sampel DNA telah dicemari.

Muhammad Shafee juga berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sampel itu 'diusik' kerana bungkusan itu masih bertutup meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Jude Pereira.

Beliau berhujah kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keterangan berdasarkan buku teks serta manual sedangkan pakar tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd Saiful.

Sementara itu, peguam Karpal Singh membantah hujah Muhammad Shafee berkaitan keputusan Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Ini merupakan hak substantif tertuduh, Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak seharusnya dibenar membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagi meracuni pendapat mahkamah," katanya.

Beliau juga berkata mahkamah tidak sepatutnya mengganggu keputusan hakim perbicaraan berhubung keterangan pakar.

Peguam Ram Karpal Singh pula berhujah mahkamah harus menolak rayuan itu kerana pakar telahpun memberi keterangan bahawa sampel terbabit sudah tercemar.

Perbicaraan kes bersambung esok – Bernama

SANTAI ABANG 4 INCI

Posted: 06 Mar 2014 05:01 PM PST


Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan menyatakan perkara tersebut dan Shafee membalas, "Bagaimana mungkin air mani Anwar berada sedalam 4 cm dalam dubur Saiful?"

Rasanya apa yang Anwar akan cakap? Itu saja yang rakyat nak dengar.




ANWAR MENYUMPAH-NYUMPAH DI TWEETER

Posted: 06 Mar 2014 05:53 AM PST


Ketika pendengaran rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat, NGO pimpinan Naib Presiden PKR, N Surendran, Lawyer For Liberty (@lawyers4liberty) mengamuk kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di twitter Ketua Umum PKR itu.
Di dalam mahkamah, Muhamad Shafee yang mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan dan membebaskan Anwar telah terkhilaf (tersilap) dalam keputusannya.
"Jika ada bukti bahawa bukti DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekalipun, maka jelas kes (ini) tidak mempunyai asas," Shafee memberitahu panel hakim itu, dilaporkan Antarapos
Bagaimanapun hakikat ialah bukti DNA itu diserah oleh polis kepada pakar kimia kerajaan dilabel dan dimateri sebagaimana yang diwajibkan, kata beliau.
"Bagaimanapun keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim dalam merumuskan bahawa sampel itu telah dikompromi," tambahnya.
Shafee berkata berasaskan keterangan pakar kimia kerajaan itu, kebarangkalian sampel DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekali pun oleh pengawai penyiasat Jude Pereira amat tipis.
"Ini adalah rungutan utama kami (selaku pendakwaraya). Pakar kimia mengatakan botol yang mengandungi DNA yang diterima dari polis telah dimateri tetapi keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim," kata beliau.
Shafee berkata hakim Zabidin silap untk meletakkan standard terlalu tinggi iaitu 100 peratus terhadap kualiti bukti DNA itu.
"Tidak mungkin kita boleh mencapai 100 peratus dalam kehidupan kita. Semua harus berpandukan kepada bukti yang sedia ada dan kemudian mengambil kira kebarangkalian dalam membuat sesuatu rumusan," kata beliau.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Muhamad Shafee dan dibantu oleh Noorin Badaruddin dan Mohd Hanafiah Zakaria.
Manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Karpal Singh yang dibantu oleh Ram karpal, Sangeet Kaur Deo, Jeremy Vinesh Anthony dan Zaleha al-Hayat.
Agendadaily mencatatkan secara terperinci keterangan Mohamad Shafee :
9.32 pagi: Prosiding bermula dengan mahkamah mendengar perhujahan Muhammad Shafee yang mewakili pihak pendakwaan.
Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
9.40 pagi: Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.
Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.
Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.
Menurut Shafee, Hakim telah khilaf di segi undang-undang dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah. Hakim telah khilaf di segi undang-undang bahawa integriti bukti telah diusik. Hakim telah khilaf di segi undang-undang mengatakan ada keraguan sample DNA diambil dari SP1.
Hakim telah khilaf di segi undang-undang apabila memberi pertimbangan yang salah dari keterangan saksi termasuk pakar-pakar. Hakim sendiri akui mereka tak 100 peratus pasti bahawa bukti itu tak diusik.
10.10 pagi : Shafee berkata menurut pakar kadangkala kita tak boleh temui kecederaan di dubur apabila pelincir seperti KY Jelly digunakan.
Walau Dr Seah (Ahli kimia) letak empat botol sampel DNA dalam satu beg plastik dan kemudian pegawai penyiasat ketika itu, Jude Pereira telah menggunting beg plastik berkenaan, sampel di dalam botol-botol itu tak tercemar dan tak terusik.
Hakim terkhilaf bila memutuskan bahawa beg plastik yang mengandungi sampel yang telah digunting itu menunjukkan bukti telah terusik.
Saya berpendapat hakim telah terkeliru dengan botol-botol sampel yang memang sahih telah dimeterai (sealed).
Sampel yang diperolehi dari dubur Saiful sememangnya dalam keadaan 'pristine' (suci) walaupun diambil 56 jam selepas dia dikatakan diliwat.
Hakim ketika itu telah mencari jalan mudah apabila mereka menerima keterangan pakar dari luar negara yang lebih bergantung kepada buku teks berbanding keterangan pakar tempatan, iaitu Dr Seah Lay Hong, yang banyak pengalaman melakukan kerja-kerjanya di lapangan
11.35 pagi: Shafee: Jabatan Kimia takpun menolak/mengetepikan sampel-sampel yang diterima dari Jude Pereira
Hakim Balia mencelah – tapi semua bahan bukti adalah dimeterai (pateri/sealed).
Shafee – bahan-bahan bukti yang dimeterai mempunyai tandatangan doktor dan Saiful. Ini adalah langkah keselamatan tambahan. Biasanya tandatangan doktor sudah mencukupi.
Tetapi jika pakar kimia melakukan segala langkah dengan berhati-hati dan mengikut peraturan hospital dan pegawai penyiasat, bagaiamana hakim boleh ketepikan hakikat ini?

DIA KATA UMNO DI BELAKANG HARAKAH

Posted: 06 Mar 2014 04:00 AM PST

Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Harakah

Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar A Samad mempertikai kenyataan lidah rasmi parti itu bertajuk "MoU Air Jadi Tanda Tanya."
"Patutkah lidah resmi sebuah parti mempertikaikan secara terbuka tindakan sebuah kerajaan di mana parti itu adalah sebahagian dari kerajaan tersebut?
"Bukankah lebih baik dilakukan secara dalaman terlebih dahulu?, " katanya dalam laman sosial, iasamad, 3 Mac.
YB Iskandar menulis lagi, "Kalau kita setuju kebebasan penuh dalam media ie lidah resmi parti boleh kritik parti atau kerajaan bawah parti maka pimpinan parti kena berhati-hati.
"Semua media patut diberi layanan yg sama, tak kira media parti sendiri atau media parti lawan. No special treatment,"katanya.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki mendakwa kenyataan Harakah itu adalah penyambung lidah kepada UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat (PR).
"Harakah menjadi lidah kepada UMNO memecah belahkan Pakatan Rakyat?
"Siapa di belakang Harakah?."
Sebaliknya, satu lagi laman sosial pro ulama PAS, 'Kami Bersama Ulama Muda Haraki,' pula mendakwa kenyataan Harakah itu jadi lidah rasmi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

KOMUNITI POLIS TUTOH AFIF BAHARDIN KAW KAW

Posted: 06 Mar 2014 12:05 AM PST

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN MENGHINA POLIS
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.


Ulasan Komuniti Polis : Saya rasa kamu Doktor yang belajar tak habis silirbus. Kamu tahu bukan Konvensyen Geneva tentang seorang Doktor harus bercakap benar tentang niat dan perbuatannya. Mungkin kamu lulus degree kamu nyawa-nyawa ikan sebab itu kamu berhenti dan masuk politik kotor kamu.

Kamu ingat kamu boleh tipu semua orang dalam semua masa. Kamu tweet penjenayah bunuh polis tidak menghairankan sudah tentulah kerana berlaku kes pembunuhan seorang pegawai polis oleh penjenayah di Klang. Selepas semua orang marah barulah kamu membuat kenyataan media. 

Maknanya, semasa awak menjadi Doktor Medical, ketika kamu ditelefon pukul 3 pagi kerana patient sedang sakit kuat, sudah jelas kamu biarkan deringan tak mengangkat dan kamu terus tidor dan kamulah penjenayah membiarkan patient itu mati. Itulah perumpamaan sikap dan biodata bodoh kamu.

Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam  telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.



Ulasan Komuniti Polis : Sudah terang lagi bersuloh kamu memang menghina polis. Kamu kata bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan... kamu menghina polis lah tu. Kamu gagal Bahasa Melayu ker semasa SPM? Kamu ingat semua pembaca bodoh ker? Kamu tak malukah dengan Huan Cheng Guan seorang Cina bekas Tentera yang mempunyai kesedaran patriotik lebih besar dari kamu. 

Kalau besok bini kamu dirogol, anak-anak kamu diliwat, emak bapak kamu dicampak di dalam terowong, kamu pergi upah bodyguard pergilah upah penyiasat persendirian. Bayangkan anak bini keluarga kamu mati kena bunuh samseng-samseng di Pulau Pinang, kemudian orang berkata alah biasalah orang kena bunuh dekat Penang, nak hairan apa, kata sana kan lubok jenayah. 

Biarlah dia sorang bedah mayat kuarga dia, dia kan Doktor. Kalau Doktor Kerajaan yang bedah dan buat Press Conference nanti melanggar pula Konvensyen Geneva. Manalah tahu tercakap besarnya anu bininya. Kamu marah ker baca Afif Bodoh, kami memang sengaja kasi marah kau. Kau ingat kau saja tahu marahkah?

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.


Ulasan Komuniti Polis : Sekarang kamu nak berlagak hero yer. Menyalahkan BN lah menyalahkan UMNO lah, sedangkan kamu yang mulakan, kamu yang tweet. Kalau kamu tweet medical term ker kardiovaskular panis diagnostik ker dan sebagainya bolehlah kami buat bodoh tak faham. Kalau benar kamu tak memperlekeh polis, saya cabar kamu Memohon Maaf kepada seluruh anggota polis yang sakit hati dan berdukacita dengan mulut celupar kamu.

Kamu nak kena Tampar macam Teresa Kock ker?

Silap-silap Degree Doktor kamu pun hanya di bawah cgpa 2.00 sebab itulah tak layak sambung Master dan PhD or Consultant. Jangan-jangan Degree kamu pun lulus belas kasihan saja kerana kamu Melayu. Tak sedar diri!

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Ulasan Komuniti Polis : Kalau kamu kata tak tujukan kepada Allahyarham Korporal Raja Aizam so kamu tujukan kepada siapa? Kalau pun bukan kepada Allahyarham tentulah kepada kami anggota polis. Cibai lu Doktor keparat! Sekarang kamu jawab, kamu tuju kepada siapa Tweet itu? Kepada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng atau kepada siapa? Jawablah kalau kamu ada maruah?

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat. Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."


Ulasan Komuniti Polis : Pandai ko bela diri ko bawa ayat Al-Quran yer..so masa ko tweet tu kamu tak fikir tentang ayat Al-Quran dan Hadis Nabi tentang menyindir dan menghina kami anggota polis yer. 

Sekarang kamu buka baju kamu, lihat barang kamu panjang mana. Jika barang kamu tak hidup kasi makan hanjing saja lagi bagus. Kamu marah, memang kami sengaja kasi marah kau. Masa kau tweet kau tak fikir ada anggota polis akan marah?

Kau datang Sabah mari kalau berani !!! Kau jangan cabar Polis Sabah!!! Silap orang kau Doktor Keparat!

Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya.


Artikel di atas adalah kiriman emel oleh komuniti Polis.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Apa salah Ultraman? Jawapan untuk yang mudah ditipu M'kini

Posted: 06 Mar 2014 11:30 PM PST



Pembangkang cuba nak perlecehkan kuasa KDN. Ini nak ngikut peguam gereja persoalkan kuasa KDN.

Ini sebab mudah wahai orang Islam bebal yang mudah percaya pada Malaysiakini kaki fitnah:


Jawapan panjang berikut:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power' yang didapati mengandungi unsur-unsur memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Buku terbitan berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Warta Perintah Larangan berkuat kuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,"
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan:
1.Ini adalah kerana kandungan buku ini mengunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah.

2.KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi watak idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King.

3.Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sentitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.

4.Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

5.Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang haram adalah terbitan edisi ini sahaja.

Pelik ... Hakim bekas calun PAS tak mahu undur dari kes-kes PAS?

Posted: 06 Mar 2014 07:30 PM PST


Kredebiliti Mahkamah Rayuan tercabar gara-gara keengganan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof mengecualikan dirinya dari mendengar rayuan membabitkan kes-kes politik kerana beliau pernah menjadi calon Pilihan Raya UMUM untuk Parti Islam se-Malaysia (PAS) pada 2004.

Semalam, Peguam Adzly Abd Manas membantah pemilihan Datuk Mohamad Ariff sebagai anggota panel rayuan bagi kes Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas), lawan Md Faisal bin Ahmad Rohban.

Mohamad Ariff mengaku bahawa beliau merupakan bekas calon Pas bagi pilihan raya umum 2004 tapi enggan mengundur diri kerana menganggap ia tidak relevan. Pandangan itu dipersetujui oleh dua panel lagi, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer. Hamid Sultan menganggap bantahan tersebut tidak relevan kerana perkara ia bukan kes yang membabitkan organisasi politik.

Husam Musa menuduh Md Faisal merupakan seorang jurublog RBF Online dan menyaman beliau kerana memfitnah beliau terbabit dengan skandal pembalakan Kelantan. Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak saman Husam kerana gagal membuktikan blog tersebut milik Md faisal.

Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan Husam Musa mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Md Faisal Ahmad Rohban di Kota Bharu, Kelantan tahun lalu.

Baca sepenuhnya di MyKMU SINI.

Tun Faisal patut saman blogger Greenboc kerana salah tuduh


Identiti tidak boleh dibuktikan tapi boleh tetapkan salah. Hmmm.... sama peguam ada baik ka????

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan pula:

TV3 fail permohonan semak keputusan kes saman Nizar

KUALA LUMPUR 6 Mac - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) hari ini memfailkan permohonan supaya Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati syarikat televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dua tahun lalu.

Permohonan itu dikemukakan bagi mengetepikan keputusan rayuan tersebut atas alasan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff yang mengetuai panel tiga hakim yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti Pas.

Syarikat televisyen tersebut mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.

Hakim Mohamad Ariff pernah aktif sebagai ahli Pas termasuk menjadi calon di bawah tiket parti itu dalam Pilihan Raya Umum pada 2004 serta dipilih sebagai ahli jawatankuasa Pas Selangor bagi sesi 2007 - 2009.

Justeru TV3 memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain.

Permohonan melalui notis usul tersebut difailkan bersama afidavit sokongan oleh Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Mohd. Ashraf Abdullah menerusi firma guaman, Tetuan T.H. Liew di kaunter pendaftaran mahkamah itu. - UTUSAN ONLINE


Sungguh hairan .... Tun Fairuz yang pernah menjadi JK disiplin UMNO siang-siang kata dia tidak akan hakimi kes-kes yang melibatkan UMNO tapi Ariff  dan rakan-rakan hakimnya Datuk Azhar dan Datuk Hamid boleh tak rasa bersalah pula....

Tapi UMNO pula yang sering dituduh tidak mengikuti etka dan dituduh menekan institusi kehakiman...

Rupanya orang PAS dan Pakatan Rakkyat juga yang tak hormati prinsip keadilan dalma kehakiman.

Rayuan liwat: Penolakan bukti DNA oleh Hakim Zabidin tiada asas

Posted: 06 Mar 2014 04:30 PM PST

MyMAssa menulis mengenai Anwar kelihatan glabah dan asyik maki hamun Pendakwa Tan Sri Shafee Abdullah menggunakan hujah yang ditolak mahkamah 3 kali!!!

[Menurut Semut Hitam SINI, ianya menghina mahkamah.]

Baca berikut:

Ketika pendengaran rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat, NGO pimpinan Naib Presiden PKR, N Surendran, Lawyer For Liberty (@lawyers4liberty) mengamuk kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di twitter Ketua Umum PKR itu.
Di dalam mahkamah, Muhamad Shafee yang mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan dan membebaskan Anwar telah terkhilaf (tersilap) dalam keputusannya.
"Jika ada bukti bahawa bukti DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekalipun, maka jelas kes (ini) tidak mempunyai asas," Shafee memberitahu panel hakim itu, dilaporkan Antarapos

Peliwat dan isteri...anak berkelahi dgn suami di belakang
 
Anak berlakun masih friendly

Bagaimanapun hakikat ialah bukti DNA itu diserah oleh polis kepada pakar kimia kerajaan dilabel dan dimateri sebagaimana yang diwajibkan, kata beliau.
"Bagaimanapun keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim dalam merumuskan bahawa sampel itu telah dikompromi," tambahnya.
Shafee berkata berasaskan keterangan pakar kimia kerajaan itu, kebarangkalian sampel DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekali pun oleh pengawai penyiasat Jude Pereira amat tipis.
"Ini adalah rungutan utama kami (selaku pendakwaraya). Pakar kimia mengatakan botol yang mengandungi DNA yang diterima dari polis telah dimateri tetapi keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim," kata beliau.
Shafee berkata hakim Zabidin silap untk meletakkan standard terlalu tinggi iaitu 100 peratus terhadap kualiti bukti DNA itu.
"Tidak mungkin kita boleh mencapai 100 peratus dalam kehidupan kita. Semua harus berpandukan kepada bukti yang sedia ada dan kemudian mengambil kira kebarangkalian dalam membuat sesuatu rumusan," kata beliau.

Sepenuh MyMassa SINI 

Sg Rapat SINI pula membincangkan mengenai Anwar tak panggil saksi alibi dan tak mahu jadi saksi.


Nampaknya Anwar sudah buntu dan minta pengikutya yang hanya 40 orang sudah serbu. Anak Seberang menulis di SINI

Menurut Mael Pengerang di SINI, Anwar sudah rasa buntu dan melihat dirinya akan masuk penjara. Mungkin dia tak bbertanding di Kajang.

Tak perlu beri telor pada Teresa kalau Zahid berani bertindak

Posted: 06 Mar 2014 07:28 AM PST



Menurut MyMassa SINI, Teresa kurus akibat di tampar ketik berceramah di Permatang Pauh semalam:



MyMassa bertanyakan beberapa soalan:

1. Adakah selepas ini Teresa Kock akan ditampar lagi di mana-mana?
2. Janji untuk bayar yang berjaya Tampar Teresa Cock mencecah RM60,000, diharap penampar yang berjaya itu diberi saguhati hadiah itu?

3. Kenapa Teresa Kock ketakutan?

4. Kenapa Teresa Cock lapor polis, bukankah Teres Cock tak percaya polis?


5. Tidak mungkinkah Teresa Cock meminta maaf kepada orang Islam dan orang Melayu selepas menghina mereka?

6. Berapa ramai lagi yang akan ke hadapan untuk menampar Teresa Cock di mana-mana tempat lagi?

7. Adakah Teresa Cock akan menyembunyikan dirinya di bawah ranjang?

8. Adakah Teresa Kock akan menyamar memakai tudung?

Penjelasan yang kami perolehi hanya Teresa di beri telor dalam tangan ketika bersalam. 


Tindakan tak henti-henti provokasi dan biadap TeresaKok sudah sampai ke tahap Dato Seri Najib yang jarang marah pun menyuarakan rasa jeliknya dengan perangainya.


Yang kami mahu tahu, sampai bila Tin Kosong nak bertindak? Nak tunggu pemilehan UMNO yang akan datang ke baru nak berlakun berani???

Polis di tikam: Takkan Tin Kosong lagi?

Posted: 06 Mar 2014 05:00 AM PST



Biila anggota keselamatan menjalankan tugas dikacau dan kini dibunuh, Kami tak ada kira apa. Ini bukan politik kerana ini isu keselamatan. Tak ada cerita-cerita konspirasi atau perancangan politik Zahid-Hishamuddin atau Zahid-Muhyiddin atau sesiapa!!!

Dah mula menyampah baca blog Gelagat Anwar yang patut fokus pada Anwar Ibrahim dan hal anasir pembangkang tapi akhir ini asyik main isu politik dalaman UMNO untuk melagakan satu pihak dan satu pihak yang lain.

Bantu boss atau ada pegawai tertentu nak terus mengumpul habuan?

Isunya Zahid pernah kata sebelum pemilehan UMNO akan lebih tegas dalam isu keselamatan dan usaha polis menjaga keselamatan dan anasir subversif tapi nampaknya lepas menang satu-satu hal pelik-pelik keluar.


Pihak pembangkang dah buat kenyataan di atas. NGO di mana? Tanya Medan Tempurong SINI

Takkan samai Dr Mahathir perlu bersuara?



Bukankah macam-macam tuduhan konspirasi terhadapnya dan dikata dia tak boleh berkata apa-apa pula? Macam-macam pihak tak setuju dengannya pasal tegur BR1m, tapi fikirlah berapa banyak wang perlu dibelanjakan yang tak produktif dan tak membantu parti pun?


Polis nak jaga keselamatan tapi pihak atasan hingga ke Menteri perlu fikirkan keselamtan mereka dan rakyat amnya dengan bersikap tegas.

Baru-baru ini rasa kecewa sekali bila seorang ahli Vat69 memberitahu mahkaah bagaimana mereka terasa macam "sitting duck" di Lahad Datu. Baca The Star sini.


Apa hal pun Zahid jangan terus jadi Tin Kosong. Tunjukkan keberanian membuat keputusan dan bukan hebat bersyarah saja. Janji wajib ditepati.

Apa perlu Ibdil dan Regina Lee nak baiki hubungan Zahid dgn M'kini?

Posted: 06 Mar 2014 03:00 AM PST


Helen Ang dedahkan Pertubuhan yang beri Anugerah pada Malaysiakini adalah berkaitan dengan Pemuda UMNO.

Pertubuhan diterajui orang Khairy lah yang beri anugerah kepada Malaysiakini

 
'Malaysiakini bags Social Media 2014 award' @ http://www.malaysiakini.com/news/255528

"The awards, held in conjunction with the Malaysian Social Media Week 2014, is organised by Malaysia Social Media Chambers, a body aimed at sharing best social media practices and encouraging social media use."

Ibdilillah Ishak, iaitu ketua unit media sosial Umno-Khairy, adalah timbalan presiden Malaysia Social Media Chambers, pertubuhan yang menganjurkan acara penyampaian anugerah di bawah — lihat gambar.



Baca seterusnya SINI.


Apa perlu Zahid nak berbaik dengan Malaysiakini sedangkan sebelum pemlehan UMNO beriya-iya warning reporter Malaysiakini?

Adakah lakuknan saja kerana budak cina tu senyum saja?

Adakah ini dilakukan atas kebenaran dan aturan Khairy Ketua Pemuda UMNO? Adakah Ibdil berkerjasama dengan Setiausaha Akhbar Khairy bernama Regina Lee yang pernah bekerja dengan Malaysiakini dan ketika di The Star adalah yang bertanggungjawab mempromosi Hannah Yeoh, antara lain?






Tak berfikir atau ada sesuatu?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Cucu paderi jadi imam ternama

Posted: 06 Mar 2014 08:04 PM PST


  • Suhaib WebbSuhaib Webb
 1 / 1 
DAHULU, dunianya agak 'hitam'.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti. - SH 7/3/14

Adun PKR Berdepan Tindakan Saman Keluarga Anggota Polis

Posted: 06 Mar 2014 07:23 PM PST



Keratan status laman sosial Raja Nor Atiqa iaitu anak kepada Allahyarham Koperal Raja Aizam yang ingin mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menghina kematian bapanya semasa bertugas pada Khamis.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berdepan tindakan saman daripada keluarga Allayarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, berikutan tweetnya yang didakwa berunsur hinaan.
Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam entri tweeternya dilaporkan berkata, " penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..." yang dipercayai merujuk kepada kejadian yang menimpa Raja Aizam.
Dalam kejadian pada Selasa, Allahyarham Koperal Raja Aizam meninggal dunia manakala rakan setugas beliau dari unit kereta peronda cedera selepas diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia di Taman Sentosa, Klang.
Tindakan untuk menyaman Dr Afif telah dimuatnaik oleh anak perempuan Allahyarham menerusi status laman sosial Facebook Raja Nor Atiqa pada petang Khamis.
Menurut status tersebut Raja Nor Atiqa hanya berkata, "kami akan saman demi arwah abah."
Sebelum itu, pada tengah hari Khamis, Raja Nor Atiqa dalam statusnya turut memberi peluang kepada Dr Afif untuk meminta maaf secara terbuka sebelum keluarganya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.
Bagaimanapun akibat tiada permohonan maaf, wanita terbabit mengeluarkan status terbaru untuk mengambil tindakan saman malu.
Status Raja Nor Atiqa selain itu turut mendapat sokongan moral pengguna laman sosial yang mahu keluarga Raja Aizam mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat PKR terbabit bagi memberi pengajaran kepada ahli politik lain.

Masa depan Anwar berkubur?

Posted: 06 Mar 2014 07:22 AM PST


Kini baru difahami mengapa tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihanraya kecil DUN Kajang dilewatkan sehingga menghampiri tempoh 60 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. Walaupun SPR dimaklumkan mengenai tarikh kekosongan DUN Kajang pada 27 Januari 2014 tetapi tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian pula pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa antara tarikh kekosongan DUN Kajang dengan hari penamaan calon ialah selama 44 hari manakala dengan hari pengundian pula ialah 56 hari.

Walaupun kelewatan ini menimbulkan sedikit keanehan, namun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof memaklumkan ianya berlaku kerana SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini manakala SPR pula sedang sibuk menumpukan kepada tugas-tugas lain.


Jika tanggalan dulu tarikh itu sengaja dilewatkan untuk meletih dan membuat Anwar kepenatan, rupa-rupanya terdapat agenda lain yang lebih besar disebaliknya.

Hari ini dan esok iaitu 6 dan 7 Mac akan berlangsung perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Oleh kerana perbicaraan hanya ditetapkan selama dua hari dan keputusan sama ada bersalah atau tidak akan diputuskan pada petang 7 Mac bersamaan hari Jumaat atau pada hari Isnin.
Tetapi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sin Tze Tzin meramalkan hakim hanya akan memberikan keputusannya pada petang Isnin kerana pada pagi Isnin, 10 Mac adalah hari pembukaan sessi Parlimen yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong di mana Anwar, peguam Karpal Singh dan beberapa yang lain terpaksa menghadiri berada di Parlimen pada sebelah paginya.

Bagi Sin Tze Tzin, dengan keputusan dijangka pada petang Isnin dan jika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, maka proses rayuan tidak dapat dilakukan pada petang tersebut kerana sudah melewati waktu pejabat. Ia seterusnya akan menyebabkan Anwar ditahan di penjara sehingga rayuan menangguhkan hukuman ke Mahkamah Persekutuan yang hanya akan dapat dilakukan pada keesokan harinya, 11 Mac.

Oleh kerana 11 Mac juga ditetapkan sebagai hari penamaan calon pilihanraya kecil Kajang dan Anwar harus menyelesaikan proses rayuannya terlebih dahulu, Sin Tze Tzin menjangkakan kebarangkalian adalah tinggi bahawa Anwar tidak sempat mengemukakan borang pencalonannya ssbagai calon pilihanraya tersebut.

Pada 11 Mac sebelah petang juga Anwar dijadualkan berucap di Parlimen membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong. Kiranya Anwar didapati bersalah, bermakna Anwar bukan saja tidak dapat menjadi calon di Kajang, bahkan juga terlepas daripada berucap di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Tanpa ragu-ragu juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata bahawa prosiding kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan di saat-saat akhir dan tarikh penamaan calon Kajang juga ditetapkan begitu lewat olrh SPR, ia seolah-olah langkah politik BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

Sekali imbas, pertembungan tarikh ini dilihat seperti disengajakan untuk menghalang Anwar bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Tergambar bahawa ada ketakutan di pihak BN dan Najib Razak terhadap langkah KajangMove yang dilakukan oleh Anwar ini.

Dan sekiranya benar seperti yang dijangkakan bahawa akhirnya Anwar didapati bersalah, maka sahihlah segala yang diramalkan itu. Cuma, apakah benar jika Anwar didapati bersalah, dipenjarakan sekali lagi dan dihalang daripada bertanding di Kajang, kebangkitan rakyat akan mati dan PR juga akan berkubur?

Atau mungkinkah dengan segala halangan ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat lebih membara lagi?

Jika ini yang berlaku, sama ada Anwar dihalang atau tidak, riwayat Najib dan BN tetap tidak selamat juga?

Tetapi bagaimana pula jika keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar tidak bersalah? Sudah tentu semangat Anwar dan penyokong PR akan melonjak lebih tinggi, bukan saja untuk menghadapi pilihanraya kecil Kajang tetapi juga menuju Putrajaya menjelang pilihanraya 2018 nanti. Dalam masa yang sama, sudah tentu juga sekali lagi Najib dan BN didakwa mempunyai niat jahat membawa Anwar ke mahkamah dalam kes liwat ini kerana terbukti sudah dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya.

Meskipun mungkin ada yang beranggapan bahawa jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, bukan saja masa depan politiknya akan berkubur, malah tempoh hayat politik BN diramalkan akan terus berkekalan tetapi jangkaan ini tidak semestinya betul. Dengan pelbagai masalah dihadapi rakyat, kebencian terhadap perangai pemimpin politik yang sudah membara sekian lama serta kesedaran rakyat makin meninggi sekarang ini, memenjara dan menghalangnya daripada bertanding mungkin juga akan menghasilkan natijah yang songsang.

Maknanya, lagi Anwar dihalang dan lagi beliau dipenjarakan, lagi membara kebangkitan rakyat. Ini kerana kebangkitan ini bukan lagi berkaitan dengan Anwar semata-mata tetapi sudah menyeluruh mengenai kesedaran rakyat mengenai hak yang sepatutnya lebih baik boleh diperolehi daripada sesebuah kerajaan berbanding sebelum ini. Anwar dan PR sebenarnya hanyalah alat kepada rakyat.

Sama ada keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atau sebaliknya, ia sebenarnya tetap tidak berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap Najib serta kerajaan. (SH 06/03/2014) 

Teresa perlu sedia hadapi kemungkinan

Posted: 06 Mar 2014 03:18 AM PST

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku berikutan tindakannya yang mengundang kemarahan rakyat.

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Jahara Hamid berkata, Teresa perlu berani menghadapi cabaran daripada orang ramai kerana sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Beliau dah keluarkan kenyataan kontroversi, maka sekarang kena terimalah apa saja kemungkinan. Jangan tahu cakap saja, bila dimarahi rakyat, nak tuduh pihak lain pula.

"Kenyataan yang dibuat telah mengganggu emosi rakyat, jadi apa yang beliau jangkakan? Adakah beliau jangka orang akan gembira atau berdiam diri (dengan kenyataan itu)? Bila emosi terganggu, sudah pasti rakyat akan bertindak," katanya kepada media pada majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2014-2016 hari ini.

Malam kelmarin, ceramah PR di Taman Cermai, Permatang Pauh yang dihadiri Teresa Kok bertukar kecoh apabila beliau 'dihadiahkan' sebiji telur ayam  oleh  seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Teresa baru  selesai berceramah dan duduk bersebelahan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang turut hadir di bawah khemah di tepi pentas.

Beliau  kemudian dihampiri seorang lelaki yang mahu bersalam dengannya dan  ketika menghulurkan tangan, telur ayam yang berada dalam gengaman lelaki berkenaan pecah dan mengenai tangan Teresa yang juga Pengerusi DAP Selangor.

Keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai beranggapan Teresa ditampar dan penyokong pakatan pembangkang bertindak mengepung lelaki berkenaan dan memukulnya.

Teresa yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu kemudian diiringi ke tandas berhampiran dengan kawalan ketat untuk mencuci tangan dan segera meninggalkan tempat berkenaan dengan sebuah kereta.

Terdahulu, ketika berceramah, Teresa turut menayangkan semula video ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi dan meminta kira- kira 200 orang yang hadir membuat penilaian terhadapnya.

Menurutnya, video berkenaan hanya menampilkan isu semasa yang  berlaku dalam negara dan disampaikan secara komedi dan tidak menghina mana- mana pihak. - SH 6/3/14

PR Sekat Khalid Tandatangan Perjanjian Air Dengan Pusat

Posted: 05 Mar 2014 11:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khalid perlu menjelaskan beberapa butiran perjanjian MoU serta mendengar pandangan-pandangan daripada Majlis Pimpinan PR sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
"Kita minta Tan Sri Abdul Khalid lebih teliti terutama dalam kenyataannya tentang perjanjian yang bakal ditandatangani.
"(Khalid) Harus diberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, soal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ditandatangani...kalau lepas tandatangan (penjelasan) tak ada makna dah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Rabu.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Khas DAP, Anthony Loke.
Anwar berkata, tiga wakil PR telah dihantar untuk mengadakan perbincangan dan menyatakan pandangan mengenai perjanjian air dengan Khalid.
Mereka ialah Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir pada mesyuarat sebelum sidang media diadakan.
"Ketiga-tiga mereka kini dalam perjalanan bertemu Tan Sri Abdul Khalid," katanya.
Anwar berkata, ketika sidang media berlangsung, Khalid sedang memberikan taklimat terperinci kepada ahli-ahli Parlimen dan Adun-Adun di Selangor mengenai MoU penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan, PR secara dasarnya menyokong rundingan penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajaan Persekutuan.
Beliau juga mengakui tanpa rundingan, kepentingan rakyat Selangor dari segi bekalan air akan terjejas dalam jangka masa panjang.
"Tetapi kita juga ada kebimbangan dan faktor-faktor yang perlu dipertimbang
"Pandangan bebas perlu dilihat. Ini bukan setakat MOU tetapi perjanjian dikepilkan bersama. Persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu, kita sokong secara prinsipnya," katanya.
Mengenai MoU tersebut, Anwar mengakui belum melihat kandungannya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau telah menasihatkan Khalid sebelum ini supaya berhati-hati dalam memeterai perjanjian kerana ia melibatkan kepentingan jangka panjang rakyat Selangor.
Tambahnya, PR tidak bermaksud untuk menyulitkan lagi keadaan.
"Jangan sulitkan lagi keadaan, bukan semua (perkara) kena rujuk (Majlis Pimpinan PR), kita tak pernah ganggu tetapi ini melibatkan manifesto, melibatkan Langat 2.
"Ada beberapa perkara perlu diteliti...peruntukan yang masih lagi samar-samar," tegasnya.
Dalam pada itu Anwar juga memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Khalid supaya meminta tempoh daripada Kerajaan Persekutuan sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu munasabah dalam menetapkan tempoh perjanjian.
"Takkan malam pukul 11 telefon, esok pagi pukul 10 suruh tandatangan dokumen perjanjian yang melibatkan nilai RM9.6 bilion atau 11 bilion," katanya.  mStar