Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Suspek Ceroboh Masjid,Sakit Mental Kata Polis

Posted: 05 Mar 2014 11:00 PM PST

 Suspek yang dipercayai bertindak membuang al-Quran dibawa keluar dari mahkamah dengan diiringi polis, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.
Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.
"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.-


Cuaca Panas Malaysia Sekarang Mengatasi Arab Saudi

Posted: 05 Mar 2014 10:05 PM PST



CUACA panas turut melanda ibu negara semalam.



KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca kering dan panas terik yang melanda negara sejak Januari lalu mencapai kemuncak apabila merekodkan suhu tertinggi mencecah 38 darjah Celsius antara pukul 1 hingga 2 petang semalam.
Menariknya, keadaan panas dengan suhu 38 darjah Celsius itu mengatasi suhu yang dicatatkan di beberapa bandar di Asia Barat seperti Mekah, Arab Saudi dan Baghdad, Iraq yang hanya merekodkan 34 dan 29 darjah Celsius pada masa yang sama semalam.
Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi, Azhar Ishak berkata, suhu 38 darjah Celsius itu dicatatkan di kawasan Subang, Selangor dan Alor Setar, Kedah diikuti Lubok Merbau, Perak dengan suhu 37 darjah Celsius.
Katanya, suhu panas itu diramal akan semakin meningkat sehingga mencapai tahap ekstrem iaitu 40 darjah Celsius sekiranya hujan masih berkurangan.
"Jumlah hujan bagi Januari dan Februari pada tahun ini kurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
"Berdasarkan rekod lepas, negara pernah dilanda suhu ekstrem iaitu 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis dan 39.1 darjah celsius di Alor Setar, Kedah pada bulan Mac tahun 1998," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut Azhar, hujan pada tahun ini berkurangan dan fenomena cuaca kering dijangka hanya akan berakhir pada pertengahan Mac apabila berlakunya musim peralihan antara angin Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.
Beliau bagaimanapun memberitahu, keadaan panas ketika ini masih belum mencapai tahap mudarat kerana masih mendapat hujan termasuk daripada proses pembenihan awan.
"Kita akan meneruskan operasi pembenihan awan sebanyak dua kali lagi bergantung kepada keadaan atmosfera dan awan towering cumulus," jelasnya.
Mengulas lanjut, Azhar memberitahu, pada setiap tahun iaitu pada bulan Mac, kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, Perak dan Perlis akan berdepan dengan cuaca kering serta panas pada suhu yang tinggi.
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Chong Hon Yew berkata, keadaan cuaca kering dan panas yang berlaku ketika ini agak luar biasa dan edaran cuaca disifatkan tidak menentu berbanding sebelum ini.
Menurut Hon Yew, keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini adalah disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.
"Kedudukan matahari yang tepat di kawasan tropika juga menyebabkan suhu menjadi panas pada hari yang tiada hujan.
"Biasanya bulan Mac, kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan akan hujan tetapi berlaku sebaliknya apabila kedua-dua negeri itu turut dilanda musim panas

Inilah Dia Penyamun Yang Rompak Mufti Perlis

Posted: 05 Mar 2014 08:49 PM PST




KUCHING – Seorang penjual ikan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya, di Jalan Sultan Tengah di sini Ogos tahun lalu.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohammad Shariman Alwi, 30, yang didapati bersalah mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Menurut Kumbong, hukuman yang dijatuhkan itu setimpal dengan apa dilakukan oleh tertuduh sehingga mengakibatkan kerugian besar serta trauma kepada mangsa.
Hukuman tersebut hanya akan berkuat kuasa selepas Mohammad Shariman selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan lain bagi kesalahan ragut yang telah disabitkan ke atasnya oleh mahkamah sama pada 10 Oktober tahun lalu.
Ini menyebabkan, tertuduh terpaksa menjalani hukuman keseluruhan selama 21 tahun penjara serta 18 sebatan bagi kesalahan ragut dan menceroboh rumah Mufti itu.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd. Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut tuduhan, Mohammad Shariman bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas menceroboh masuk ke rumah Juanda di Jalan Sultan Tengah di sini pada pukul 4.30 pagi 16 Ogos 2013 dengan membawa bersama sebilah pedang samurai.
Artikel Penuh: kosmo.com.my

Islam Itu Luas Tapi Pemikiran Umat Islam Yang Sempit

Posted: 05 Mar 2014 07:37 PM PST

Faktor yang membawa Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam.
Gambar hiasan,Tak ada kena mengena dengan tajuk Entri
DALAM satu majlis kerajaan di Arau, beberapa orang bukan muslim memutuskan tidak menyertainya disebabkan majlis tersebut menetapkan songkok sebagai pakaian rasmi majlis. Mereka merasakan ini seakan menyuruh mereka memakai pakaian Islam sedangkan mereka bukan muslim. Ini sebenarnya hasil dari salah faham mereka terhadap pakaian dan kebudayaan.
Songkok sebenarnya bukan pakaian agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat tidak pernah memakai songkok. Sebaliknya, ia merupakan budaya orang di sebelah India dan kemudian dibawa ke Nusantara. Namun saya tidak begitu terkejut dengan salah faham mereka. Sebabnya, saya pernah menghadiri mesyuarat perbincangan hukum syarak peringkat kebangsaan. Seorang tokoh agama yang dikenali mencadangkan agar orang Islam dilarang memakai baju ceongsam Cina atau kurta India.
Saya amat terkejut dengan pandangan sempit itu. Bayangkan jika itulah hukum Islam, apa akan jadi dengan orang Islam di China dan India? Amatlah berat sebelah Islam ini jika ia mengharamkan ceongsam Cina dan kurta India, tetapi membenarkan baju Melayu.
Padahal kesemua pakaian itu tidak dikenali pada zaman Nabi. Dari sudut sejarah pula, Islam sampai ke China dan India mendahului alam Melayu.
Mereka lupa bahawa antara faktor yang membawa Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam.
Maka Islam mengakui pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi nas-nas al-Quran dan al-sunah. Sebaliknya, jika adat dan kebudayaan itu menjurus kepada unsur syirik seperti amalan tepung tawar dalam masyarakat Melayu, atau tokok tambah dalam agama yang mengelirukan hakikat sebenar Islam, maka ia ditentang dan dihapuskan.
Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi, antaranya: Daripada Anas bin Malik, apabila Nabi s.a.w. ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad Rasulullah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras menolak protokol itu atau tidak mempedulikannya.
Padahal jika Nabi tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi daripada mereka semua. Namun, baginda berlunak dalam hal yang seperti ini.
Rasulullah juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah. Baginda menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su'bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom – dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam) – yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).
Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): "Rasulullah s.a.w. itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya).
"Baginda pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas. Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri." (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan). Kata al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) pula: "Petunjuk Nabi dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan." (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma'ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Saya hairan apabila ada orang yang berkempen memakai selipar Rasulullah yang ditemui rupa bentuknya oleh orang kita. Setelah menyemak, reka bentuknya itu tidak pula saya temui dalam hadis-hadis yang sahih. Jika ada sekalipun, itu bukan kempen agama ini.
Rasulullah memakai apa yang terdapat dan mudah pada zamannya. Baginda bukannya tukang kasut yang menentukan reka bentuk seliparnya. Alangkah baiknya jika kita berkempen agar orang Islam memiliki kilang kasut dan menghasilkan pelbagai jenis selipar dan kasut. Bukan sekadar mereka cipta bentuk ganjil tapi produk aslinya di tangan orang lain. Cuma, istimewanya selipar tersebut, jika dipakai di Mekah atau Madinah, kemungkinan untuk hilang itu agak tipis. Sebabnya, hanya orang Malaysia yang memakainya dan orang arab belum lagi tahu bahawa demikianlah rupa paras selipar Rasulullah. Dengan itu mereka tidak memilikinya. Jika mereka ambil, terus dikesan itu barang curian orang kita.
Barangkali itulah rahsia ia di'bisnes'kan kepada jemaah haji kita. Bagi saya, sesiapa yang ingin memakainya, silakanlah. Itu haknya dan selipar memang pelbagai fesyen tetapi jangan dikaitkan dengan agama ini.
Soal fesyen pakaian dan budaya adalah terbuka dengan syarat tidak melanggari prinsip-prinsip syarak seperti pakaian atau perbuatan yang khas hanya untuk penganut agama tertentu selain Islam atau kelompok tertentu yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini seperti pakaian atau perbuatan khas sami atau paderi, atau khas kelompok yang terang-terang menyanggahi Islam seperti pakaian ala perompak atau lanun.
Sabda Nabi: Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka (riwayat Abu Daud, al-Albani menilainya sebagai sahih).
Namun dalam adat dan kebudayaan yang tidak ada kaitan dengan akidah dan percanggahan dengan hukum Allah, al-Quran dalam surah al-A'raf ayat 32-33 menyebut: (maksudnya) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakan-Nya? Katakanlah: Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu per satu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Justeru itu, apabila Islam ke China, pakaian orang Cina dan reka bentuk bangunan mereka tidak dihapuskan. Lihat sahaja reka bentuk masjid di China. Begitu juga tidak dibuang kurta orang India atau tidak dihapuskan fesyen pakaian orang Melayu bersamping dan bersongkok. Dengan syarat tidak menyanggahi ajaran Islam.
Malangnya, saya dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat yang baru menganut Islam bahawa ada tok kadi enggan mengakad nikah mereka kerana memakai fesyen pakaian yang tidak kemelayuan atau kearaban. Ini adalah pemikiran sempit.
Di sebuah negara jiran, masyarakat suatu tempat bertengkar kerana sebuah masjid yang dibina tidak mempunyai kubah, sehingga ada yang berkata masjid tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai masjid. Saya yang dijemput hadir ketika itu diminta memberikan penyelesaian. Dengan tersenyum saya bertanya: "Adakah tuan-tuan tahu bahawa masjid Nabi s.a.w. pada hari ia dibina pun tiada kubah? Ia hanya dari tanah liat dan berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan batang tamar? Lihatlah apa yang diriwayatkan oleh Ibn Umar dalam Sahih al-Bukhari. Kubah menjelma pada generasi selepas Rasulullah sebagai salah satu seni binaan yang diluaskan penggunaannya oleh umat Islam. Kubah bukan syarat sebuah masjid. Apa yang penting fungsi masjid itu hendak benar-benar membangunkan umat. Betapa banyak masjid yang berkubah mewah, tetapi masyarakatnya tidak dapat diubah dan tidak indah. Masjid Nabi sekalipun tanpa kubah, tetapi ia telah mengukir sejarah kegemilangan dan mengangkat kedaulatan umat. Masjid tanpa kubah mungkin satu kekurangan di sudut kebiasaan seni kita. Namun masjid yang tidak berfungsi seperti zaman Nabi adalah satu kesalahan agama." Akhirnya mereka akur.
Kehidupan manusia ini pelbagai. Seni dalam kehidupan pula berbagai-bagai. Islam tidak memaksa bukan Arab meniru budaya Arab. Pakaian dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab – jika dilakukan oleh Rasulullah – dikategorikan sebagai sunah jibilliah atau sunah 'adah iaitu perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban baginda.
Dalam erti kata lain, jika baginda bukan seorang nabi pun, sunah jenis ini tetap wujud. Ini seperti jubah, serban, kegemaran baginda memakan labu, kaki kambing dan seumpamanya. Semua ini wujud sejak sebelum baginda ditabalkan menjadi rasul. Golongan bukan muslim pada zaman baginda juga mengamalkannya.
Selagi tiada nas yang sahih memerintahkan umat mengikutinya maka sunah jenis ini menurut pendapat sebahagian ulama hukumnya harus. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam Abu Syamah al-Maqdisi (meninggal 665H) dalam Al-Muhaqqiq Min 'Ilm al-Usul fima yata'allaq bi Af'al al-Rasul (lihat: m.s 41, Madinah Andalus: Muassasah Qurtubah). Dibolehkan untuk sesiapa ingin memakainya dan diharuskan pula meninggalkannya.
Maka tidak menjadi masalah untuk seorang yang menganut Islam tidak pernah memakai jubah atau serban atau memakan kambing, labu atau seumpamanya. Jangan diberat-beratkan masalah ini. Dahulu ada kumpulan agama mewajibkan ahlinya memakai fesyen jubah tertentu. Jika Islam itu fokus utamanya mengenai fesyen pakaian, apakah ia praktikal untuk semua bangsa? Sedangkan manusia ini berbeza latar kegiatannya dan iklim tempat tinggalnya.
Malanglah jika ada pusat pendidikan agama, pesantren atau pondok yang terlalu menekan soal sunah adat Arab ini, dalam masa yang sama tidak bersungguh-sungguh dalam persoalan sunah yang memasti cara ibadah menepati amalan sebenar nabi, juga soal pembangunan ilmu dan keluasan minda, kekuatan dan kemajuan dalam berbagai bidang.
Justeru, sunah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan selain baginda tidak diiktiraf.
Di samping itu, ada pula adab dan akhlak yang dibudayakan oleh Islam terhadap umat. Antaranya, membaca bismillah ketika makan, menggunakan tangan kanan ketika menyuap makanan dan kebudayaan Islam yang lain ditegaskan oleh Nabi. Sabda Nabi kepada Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil: Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu. ( al-Bukhari dan Muslim).
Malang sekali, saya dapati masih ada orang Islam yang tidak membiasakan diri dengan budaya Islam seperti ini. Dalam pelbagai majlis, ada orang Islam menyuapkan makanan ke mulut dengan tangan kiri. Islam tidak melarang penganutnya menggunakan sudu atau garpu atau chopstick.

Namun perintah Islam, umatnya mestilah menyuapkan makanan ke mulut dengan tangan kanan, bukan kiri. Kita boleh menggunakan budaya atau kebiasaan apa- apa kaum pun, namun jika ia berlawanan dengan budaya yang ditetapkan Islam, maka ia hendaklah ditinggalkan.-DrMaza-
Kita terpaksa akui yang pemahaman sempit ini masih ada pada kebanyakan orang kita terutama orang-orang tua di kampung.Ada dikalangan golongan ini yang mengganggap haram perkara-perkara yang sebenarnya tidak haram contohnya makan menggunakan penyepit ,pakai baju cina(bagi lelaki) dan sebagainya.kalau chong sam orang perempuan tu memanglah mendedahkan aurat.
Ada lagi segelintir masyarakat melayu kita yang tidak dapat membezakan antara adat,budaya dan agama.Saya acap kali juga sengaja pergi solat jumaaat pakai baju cina untuk bagitahu orang kampung bahawa agama dan budaya suatu perkara yang berbeza :)

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS ?

Posted: 05 Mar 2014 06:58 PM PST


Oleh Dios Berantogis
Mohd Shamsul bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu menang kes saman "penghakiman ingkar" kepada Presiden PAS. Kemenangan ini dikatakan kerana Presiden tidak hadir mahkamah lalu mahkamah mengiyakan saman mengikut jumlah tuntutan RM2 juta.

Ada banyak kekeliruan dalam kes ini sehingga berlaku tuduh menuduh. Ada yang menuduh penguam PAS tak cekap, ada yang kata orang sekeliling (penasihat Presiden tak berfungsi). Ada juga yang kata ada golongan tertentu nak jatuhkan Presiden dan sehingga akhir ada juga menyalahkan kononnya bangunan PAS Marang tak ada orang bertugas.

Jika kita teliti video ucapan Presiden PAS berkaitan perkara ini tidak ada nama yang jelas disebut dan tak dituju kepada sesiapa secara jelas? (rujuk video di sini) Ikut logiknya kes ini sepatutnya tak 'lekat' di mahkamah. Tapi kes ini boleh lekat. Kita tak ada kuasa membuat penentuan itu kerja hakim. Tapi kita hanya ada keraguan dalam isu ini.

Surat pertama dihantar (entah siapa) kepada Presiden PAS sendiri di rumahnya. Surat ini diserah kepada penguam PAS Haji Asmuni Awi. Peguam PAS menjawab tak ada kaitan dengan tuan guru dan beberapa kali menghubungi peguam Mohd Shamsul tetapi telefon tidak diangkat dan di jawab. Anggapan perkara ini mungkin terhenti di sini kerana tak ada kes atau isu.

Tiba-tiba ada surat baru (surat ketiga) sampai dan lewat untuk dibalas. Hakim telah membuat keputusan lebih awal daripada sepatutnya.

Dimana surat kedua yang menyebabkan Penghakiman Ingkar?

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :

1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,

2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan

3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu.
Surat kedua tidak dapat dicari dimana-mana tempat, hanya diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. Untuk dapatkan salinan surat berkenaan.

Satu lagi surat ketiga yang di alamatkan ke Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang sebenarnya tidak pernah diambil oleh sesiapa pun? Macam mana surat yang tak diterima boleh sampai kepada Peguam PAS di KL?

Saya dimaklumakan PAS Marang dalam mesyuarat Sabtu lalu cuba mengesan urutan ini untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang mengambil surat berkenaan dengan membuat nama tak betul dan kad pengenalan tak cukup.

Terdapat nama penerima chap Pos Malaysia tetapi nama penerima tidak dapat dikesan siapa. Manakala nombor kad pengenalan pula tidak cukup satu angka. Ini isu boleh disebut sebagai konspirasi..

Pelik kan??

Ini mainan siapa?

Tadi saya sebut logiknya kes ini sepatutnya tak bersabit. Tapi bila kita teliti kita dapati tujuan sebenar saman ini bukan untuk menang kes tetapi sekadar untuk dapatkan PENGHAKIMAN INGKAR sahaja.

Oleh itu cara operasi bagaimana surat-surat dihantar dan penerima menunjukkan ada unsur-unsur untuk Presiden tidak dapat hadir dan PENGHAKIMAN INGKAR boleh dibuat.

Untuk tujuan apa??
Sekadar untuk memalukan Presiden?
Memecah belahkan situasi orang-orang belakang Presiden?
itu masih menjadi siasatan.

Hanya kita membuat anggapan kes ini akan selesai diluar mahkamah?
Oleh siapa?

Ada yang menyebut kepada saya Anwar Ibrahim akan balik daripada Jepun dan mengistiharkan kes ini di tarik/diselesaikan di luar mahkamah. Itu saya anggap andaian jahat sahaja. Tapi boleh dimasukkan dalam siasatan untuk mendapatkan jawapan.

Memang sukar untuk mengetahuinya melainkan kita terlalu bijak 'bermain' politik.

Saya serah dulu untuk perbahasan umum sebelum saya sambung lagi tulisan ini

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ADAM ADLI DIBERI ANUGERAH OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN?

Posted: 05 Mar 2014 11:00 PM PST


PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dan PTPTN hari ini telah dikecam oleh pelbagai pihak kerana telah memberikan pengecualian pembayaran PTPTN dan pengampunan tanpa syarat kepada ikon demonstrasi pelajar; Adam Adli sebagai pampasan dan tanda perdamaian antara pihak kerajaan dengan pelajar tersebut. 

Turut diberi pengampunan bersyarat adalah rakan Adam: Khalid Ismath, Safwan Anang, Bawani dan beberapa orang lagi.

Anugerah tersebut adalah bagi membolehkan masyarakat menerima kembali pelajar-pelajar tersebut ke dalam masyarakat dan memaafkan mereka atas segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang dahulunya terpengaruh dengan idealisme kemahasiswaannya..

Hahaha... ini cuma gimik semata-mata yang mungkin tidak akan dilakukan oleh pihak berwajib kepada pelajar-pelajar terbuang dari universiti akibat tindakan mereka mencemarkan institusi pendidikan negara suatu masa dulu. Setelah dibuang mereka terus bergiat aktif dalam politik membangkang apa saja yang boleh diterjah tanpa menghirau fakta.

Kerja mereka hanya tau auta sana-sini, maki hamun kerajaan dan menimbulkan kekacauan atas nama hak kebebasan bersuara. Habis kacau bilau masyarakat dan rosak pemikiran para pelajar lain jadinya. 

Idealisme konon piraaah...

Adakah manusia-manusia sebegini insaf dan sedar kesan perbuatan mereka?

Di kala para penuntut lain bertungkus lumus untuk maju dalam pelajaran dan cemerlang dalam peperiksaan mereka asyik berdemo sana sini, menjaja idealisme yang tak kemana. Akhirnya memusnahkan kehidupan dan masa depan sendiri.

Inilah yang dikatakan mahasiswa dungu suka berdemonstrasi. Keputusan tercorot dibuang universiti, meroyan desak PTPTN dipercumakan, masa depan gelap diperkudakan Pakatan Rakyat...Apa lu orang dapat???  

Tapi cuba lu orang bandingkan dengan mereka di bawah ini bro...


Sumber: Berita Harian Khamis 6 Mac 2014

Lu fikirlah sendiri!
  

SOAL JAWAB SITI KASSIM MURTAD vs NURUL IZZAH

Posted: 05 Mar 2014 09:30 PM PST


Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.
Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.
Sebelum itu, Nurul Izzah turut ditanya soalan tentang hak-hak LGBT.
Soalan Siti Kasim :
Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Jawapan Nurul Izzah :
Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…
ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.

SURAT MURTAD SITI KASSIM PERLU DIDEDAHKAN

Posted: 05 Mar 2014 07:00 PM PST

Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, 'The Herald' dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis 'Allah sekelian alam.'
"Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
"Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
"Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia," kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.
Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) 'Seksualiti Merdeka' yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.

Anggota Comango
Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

TERESA COCK MAKIN KURUS & KETAKUTAN SETELAH DITAMPAR, 8 PERSOALAN LAGI

Posted: 05 Mar 2014 05:18 PM PST

Akhirnya Berjaya DiTampar

Tunaikan Janji Tampar Teresa Cock


Teresa Semakin Kurus Ketakutan

Siapakah Lelaki Yang Tampar Teresa Kock Itu
8 Persoalan :-

1. Adakah selepas ini Teresa Kock akan ditampar lagi di mana-mana?

2. Janji untuk bayar yang berjaya Tampar Teresa Cock mencecah RM60,000, diharap penampar yang berjaya itu diberi saguhati hadiah itu?

3. Kenapa Teresa Kock ketakutan?

4. Kenapa Teresa Cock lapor polis, bukankah Teres Cock tak percaya polis?

5. Tidak mungkinkah Teresa Cock meminta maaf kepada orang Islam dan orang Melayu selepas menghina mereka?

6. Berapa ramai lagi yang akan ke hadapan untuk menampar Teresa Cock di mana-mana tempat lagi?

7. Adakah Teresa Cock akan menyembunyikan dirinya di bawah ranjang?

8. Adakah Teresa Kock akan menyamar memakai tudung?






TU DIA RATU COMANGO...BIAR BETIK!

Posted: 05 Mar 2014 06:24 AM PST


Inilah wajah Siti Zabedah Kassim...si ratu COMANGO yang tegar memperjuangkan hak-hak LGBT. Pada pagi tadi ketika umat Islam berhimpun di perkarangan Mahkamah Putrajaya kerana mempertahankan kalimah Allah dari penyalahgunaan dan penyelewengan puak kafirin, si perempuan umpama retis ni menempelak umat Islam yang berkumpul sebagai lembu.

Penampilannya sungguh memalukan dengan rantai siong babi rasanya, beliau tak habis-habis menghina umat Islam yang berjihad mempertahankan kesucian agama Islam. 


Nasib baik polis sempat menghalau perempuan ini dari terus membuat provokasi. Jika tidak tentu dah lunyai minah pluralis ini. Mungkin perempuan ini juga seorang lesbian atau seorang free thinker tak pun seorang agen perosak yang diupah oleh puak kafirin dan musyrikin untuk menjahanamkan umat Islam.



Jika inilah gerangan manusia yang menyokong idea-idea songsang bawaan puak pembangkang. Maka jelaslah telahan kami bahawa melayu-melayu haprak PKR dan PAS telah hilang roh Islam dan Melayu mereka. 

Dan bertambah jelas lagi si Zabedah bedebah ahli bidaah ini adalah ahli Bar Council / Majlis Peguam yang diketahui mempunyai kecenderungan memihak kepada pembangkang. Itulah sifat manusia, belajar tinggi-tinggi tapi hidup tak de pedoman. Jadi peguam bila masuk kes mahkamah kira nak menang kes jer. Soal tipu dan bohong perkara kedua, janji menang. Halal haram tolak ketepi. 

Ketika dulu si Bedah ni juga yang bertanyakan soal kebebasan beragama pada Nurul Izzah anak perempuan Anwar di sebuah gereja di Damansara.

Apa pun kita saksikan kehebatan Ratu Comango pujaan ramai penganut ajaran songsang puak pembangkang Pakatan Rakyat.


Cantik bukan siap mengulum paip lagi...'W' for wow

Kata Zabedah ni kalau nak jumpa sila cari nombor kereta WPH 227 Celica warna merah. 
No I/C : 630510-04-5548 

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tolak Anwar di Kajang?

Posted: 05 Mar 2014 09:52 AM PST


Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam utama negara hari ini menggesa pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya itu.

Mereka membayangkan masalah besar akan timbul kepada rakyat Selangor dan juga negara ini, sekiranya Anwar menang dalam pilihan raya itu dan seterusnya melantik dirinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sehubungan itu, kumpulan itu yang terdiri daripada Jalur Tiga Malaysia (Jati), Yayasan Murni Aqidah, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa pengundi menolak Anwar, sekali gus menghalang hasratnya untuk menerajui Selangor.

NGO-NGO Islam berkenaan turut sepakat akan menggerakkan seluruh kekuatan kolektif yang ada untuk turun padang bagi memberikan penerangan kepada penduduk DUN Kajang mengenai kemungkinan langkah-langkah yang akan diambil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menang di DUN Kajang.

Jurucakap kumpulan tersebut, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, berdasarkan kenyataan-kenyataan Anwar yang dilaporkan sebelum ini, pihaknya bimbang beliau akan menggunakan kuasa Menteri Besar untuk menstruktur semula sistem perundangan dan pentadbiran negeri bagi disesuaikan dengan prinsip liberalisme, pluralisme serta tuntutan sosial yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia.

Selain itu, dakwanya, strategi turun ke jalan raya mungkin sekali lagi digunakan oleh Anwar untuk meruntuhkan sistem sedia ada dan keadaan itu dikhuatiri boleh mewujudkan pergolakan antara rakyat Selangor yang mungkin merebak ke seluruh negara.

"Pengundi DUN Kajang terutamanya umat Islam diminta tidak termakan dengan 'gula-gula' Anwar, sebaliknya menolak beliau atas nama akidah Islamiah," katanya dalam satu sidang akhbar di kediaman beliau di sini hari ini.

Yang turut serta, Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Pembela, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, Pengerusi Muslim UPRo, Azril Mohd. Amin dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner.

Menurut Hasan, pengkaji politik di kalangan NGO Islam juga mengenal pasti 20 alasan syarie mengapa pengundi perlu menolak Anwar dalam PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Katanya, antara alasan tersebut adalah berhubung pandangan Anwar dalam pluralisme agama, pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan konsep penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

"Itu hanya sebahagian sahaja daripada fakta-fakta pokok lain seperti persoalan moral dan akhlak termasuk integriti dan kredibiliti yang akan kami dedahkan menjelang PRK DUN Kajang nanti.

"Fakta-fakta ini jika dicantumkan akan menjadi hujah yang paling kental mengapa pengundi Kajang khasnya dan rakyat Malaysia umumnya mesti menolak hasrat Anwar untuk menerajui Selangor," katanya.

Suara Politik
Belantan

Panas...!!! Benarkah Mat Sabu pembekal pemuas nafsu di Muktamar?

Posted: 04 Mar 2014 11:36 PM PST


1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"

3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.

4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.

Cerita selanjutnya di sini:



Sumber :  Minaq Jinggo

Suara Politik
Belantan