Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PERBICARAAN PERAHAN SAWIT SERTING HILIR ESOK

Posted: 03 Mar 2014 08:01 AM PST

Gambar Hiasan 
Esok 4.5 & 6/3/14 Pembicaraan tuntutan perahan sawit peneroka serting hilir dan Rajs Alias dimahkamah tinggi Seremban (S'ban 2) 
Peguam peneroka DAIM & GAMANY iaitu Yb sivarasa, latifah koya,T.Kumar

"Kerugian yang kami tanggung bernilai hampir RM200 juta, jadi kami hanya mahu tuntut hak kami kerana ditipu selama ini," kata beliau pada sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau berkata sepatutnya peneroka menerima kira-kira 24 hingga 25 peratus hasil perahan minyak tetapi hanya 16 peratus hingga 19 peratus dibayar oleh pengurusan Felda..

"Hasil ujian makmal secara bebas mendapati kadar perahan gred (KPG) menunjukkan bahawa KPG jauh lebih tinggi iaitu antara 24 hingga 25 peratus.

"Tapi hasil yang kita (peneroka) peroleh adalah sebanyak 16 hingga 19 peratus sahaja, jadi mana lebih enam peratus lagi?

"Daripada hasil itu, kita dapati wujud penipuan yang dilakukan Felda dalam urusan jual beli hasil sawit," katanya.

Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan.

Antara komen di Facebook dalan isu ini.

Jumlah dahulu 766,sekarang telah berkurangan kerana ada pihak yg mengugut & menakutkan peneroka yg kita tahu tahap pemikiran mereka sangatlah.....Esok sebahagian dari pihak terkenal dgn membuat ugutan terhadap peneroka akan masuk kandang.Kita tengok samseng ni terkencing tak nanti bila masuk kandang mahkamah.
Termasuk ugutan dari macai2 umngok pengurusan & k/Blok GPW kita akan panggil mereka masuk kandang...maklumat dan bukti kukuh sedang dikumpul tunggguuuuuu.....
"Harus diingat bahawa peranan defendan pertama selaku badan berkanun adalah untuk membantu plaintif-plaintif dalam usaha menaikkan taraf hidup mereka. Malangnya, situasi yang wujud di sini menunjukkan defendan pertama telah menipu plaintif-plaintif. Memandangkan ia mempunyai kuasa berhubung pengagihan tanah di skim tersebut, defendan pertama telah, ekoran pemfailan guaman di sini, mengugut untuk mengusir plaintif-plaintif dari skim kerana mengambil tindakan undang-undang ini. Defendan pertama harus memikul akibat dari ugutan sedemikian. Maka, mengambilkira halkeadaan semua ini, award gantirugi teladan 10% dari RM7,146,291 seperti yang diberikan oleh hakim bicara adalah berjustifikasi dan tidak keterlaluan." LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) & ANOR v. AWANG SOH MAMAT & ORS COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA JAMES FOONG FCJ ABDULL HAMID EMBONG JCA ABDUL MALIK ISHAK JCA [CIVIL APPEAL NOS: D-01-21-2008 & D-01-22-2008] 26 JUNE 2009

Defendan pertama yg dirujuk itu adalah FELDA manakala plaintif di situ adalah peneroka kemahang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


GOSIP : Erra Fazira rapat dengan Ku Nan pula?2

Posted: 03 Mar 2014 11:43 PM PST


Aktres terkenal tanahair, Erra Fazira menafikan mengenali secara rapat Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terkejut dengan perkara itu, Erra menyifatkan desas desus yang mengatakan hubungannya dengan Tengku Adnan itu hanya gosip semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, bekas ratu cantik Malaysia menjelaskan beliau tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa apatah lagi untuk diri sendiri juga tidak mencukupi.

"Selalunya, Januari atau Febuari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti. Namun, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian.

"Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan untuk diri sendiri pun saya tidak cukup masa?," kata Erra yang baru bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Febuari lalu.

Laporan itu juga menyebut, sejak bercerai, ini kali pertama Erra dikaitkan dengan lelaki lain.

Berita Harian semalam melaporkan Tengku Adnan turut menafikan mempunyai hubungan dengan bintang filem Sembilu itu, bahkan menegaskan dirinya cukup bahagia dengan perkahwinan sekarang. mkini

GOSIP : Erra Fazira rapat dengan Ku Nan pula?

Posted: 03 Mar 2014 11:31 PM PST


Aktres terkenal tanahair, Erra Fazira menafikan mengenali secara rapat Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terkejut dengan perkara itu, Erra menyifatkan desas desus yang mengatakan hubungannya dengan Tengku Adnan itu hanya gosip semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, bekas ratu cantik Malaysia menjelaskan beliau tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa apatah lagi untuk diri sendiri juga tidak mencukupi.

"Selalunya, Januari atau Febuari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti. Namun, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian.

"Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan untuk diri sendiri pun saya tidak cukup masa?," kata Erra yang baru bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Febuari lalu.

Laporan itu juga menyebut, sejak bercerai, ini kali pertama Erra dikaitkan dengan lelaki lain.

Berita Harian semalam melaporkan Tengku Adnan turut menafikan mempunyai hubungan dengan bintang filem Sembilu itu, bahkan menegaskan dirinya cukup bahagia dengan perkahwinan sekarang. mkini

Saya ke Gereja doakan Nabi Isa - DSAI

Posted: 03 Mar 2014 09:49 PM PST

Saya ke gereja doakan Nabi Isa, kata Anwar
Walaupun dikritik hebat oleh kumpulan Melayu berhaluan kanan, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mempertahankan kehadirannya ke gereja pada pertengahan Februari lalu kerana berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama.
Ketua pembangkang itu berkata, kehadirannya ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia lagi.
"Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa," katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang, malam ini.
"Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit."
Anwar, semasa berucap di Gereja Holy Family di Kajang pada bulan lalu, berkata pihak tertentu sedang mengeruhkan lagi hubungan antara agama dan kaum berikutan beberapa insiden, tetapi penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.
Katanya, Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.
"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja, tidak ada yang ditangkap. Mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.
"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.
Anwar berkata semasa lawatannya ke gereja ada yang seakan tidak percaya umat Islam mendoakan kesejahteraan selepas menyebut nama Nabi Isa yang sekaligus dapat menjinakkan hati mereka.
"Kita dilatih. Mereka bertanya banyak kali. Mereka hairan. Ini menjinakkan mereka bahawa kita hormat mereka," katanya.
Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu turut menyifatkan media arus perdana memberi laporan yang salah berhubung kehadirannya ke gereja pada Februari lalu.
"Itu yang berlaku tapi apa yang dicerita Anwar dah mula jinak dengan gereja. Ini masalah tapi kita kena sabar," katanya di hadapan kira-kira 40 jemaah surau yang hadir.
Anwar semasa berucap pada perhimpunan di gereja yang dihadiri kira-kira 1,200 orang memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.
"Ungkapan Al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.
"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.
Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: "You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God's judgment seat."
"As surely as I live, says the Lord, every knee will bow before me; every tongue will acknowledge God," Anwar membacakannya.
Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain. -TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=127312:saya-ke-gereja-doakan-nabi-isa-kata-anwar&Itemid=2#ixzz2uyCyAa6F
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Lain sikap DAP untuk jambatan Pulau Pinang ke 2

Posted: 03 Mar 2014 11:25 PM PST


Wanita PKR cuba mempertikaikan nama baru jambatan kedua Penang. Baca SINI.

Ada blogger pro DAP dari Penang mula membakar dengan mengatakan nama Sultan Abdul Halim diberi pada jambatan kerana Kedah mahukan balik Penang. Baca Ktemoc SINI.



Isnin, 03 Mac 2014 17:05

Jambatan ke-2: 'Saya tak pernah rasa terkilan' - Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beliau terkilan dengan keputusan kerajaan persekutuan menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Saya tak pernah rasa terkilan...Ini adalah prerogatif kerajaan pusat dan kami tidak mempertikaikan prerogatif kerajaan pusat," katanya dalam sidang media, di sini.

Pada 1 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis perasmian jambatan itu.

Jambatan sepanjang 24 km itu - 17 km daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan - dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.

Dalam sidang media itu Lim mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam Wong Hon Wai sebagai setiausaha politik baharu kepada Ketua Menteri menggantikan Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik.

Lim berkata majlis angkat sumpah akan diadakan pada 10 Mac ini. - Bernama

**********

Baik betul. Padahal nama itu dicadangan oleh Gabungan NGO Islam Pulau PInang.  Adakah Lim Guan Eng sudah buang perasasaan rasisnya kepada Melayu?

Itu susah nak percaya kerana ada pihak dalam DAP menyebarkan fitnah kata UMNO akan boikot jambatan Pulau Pinang. Kononnya ada pihak yang dulu anti Pak Lah anggap ianya pembaziran dan hanya mengayakan cina Puai Pinang.

Tak betul langsung.

Semua turun meraikan jambatan ini dengan penuuh gemilang. Malah ianya bukti besar bahawa kerajaan pusat tak mendiskriminasi negeri yang diperintah pembangkang. Kalau pembangkang memerintah, mereka yang tak sabar nak diskriminasi UMNO atau orang Melayu.

Difahamkan DAP berusaaha bersungguh mempromosi dan mahu claim jambatan ini sebbagai kejayaan mereka. Seperti juga Penang ngaku pelaburan FDI tahun pertama DAP memerintah adalah usaha mereka padahal keputusan melabr oleh MNC adalah hasil usaha MITI sebelum itu.

Lain sekali sikap DAP untuk jambatan ke dua dari jambatan pertama. Ingin kami memetik rencana lama masa jambatan Penang pertama dibina dan DAP kata membazir...


New Sunday Times

Sun, Feb 28, 1993

Having courage to take the blame

By A. Kadir Jasin

THERE are many reasons for the infrastructure crunch that confronts the nation today. Rapid development, poor planning and adverse public reaction to privatisation are among them.

There have been instances of the implementation of privatised infrastructure projects being delayed due to public criticisms and allegations.

We are reminded of the DAP's attempt to block the awarding of the North- South Highway project to United Engineers Malaysia Berhad.

The DAP and its satellite bodies also protested against the construction of the Penang Bridge and the awarding of the contract to a Korean-led consortium.

There are also other forms of "hindrance". Among them are problems relating to legal and technical issues like land acquisitions, compensation, over-pricing of privatised services and environmental considerations.

Yet the trickiest of all are the objections based on business rivalry among interested parties. The late risers will invariably try to block the early birds by using political and other forms of pressure.....


Kenapa agaknya mereka begitu mahu jambatan ini hingga tak lagi menimbulkan bbising? Adakah kerana ada pelan mereka untuk buat terowong pula?

Khalid refute Rafizi's RM20 billion cheap cook-up figure trick

Posted: 03 Mar 2014 08:30 PM PST



Water deal will be made public soon, says Khalid, denying RM20 billion price tag


The RM20 billion cost of the water restructuring deal is based on assumption and not the actual figure stated in the memorandum of understanding (MoU), said Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim in response to his party colleague's claim that Selangor will get into debt to fund the deal.

Khalid, who is the Selangor menteri besar, said an open briefing about the details of the MoU will be held soon to allay fears that the deal will not benefit the people of Selangor.

"The figures stated by PKR strategy director Rafizi Ramli is based on speculation and assumption as the details of the deal have not been revealed," said Khalid who added he will be meeting with representatives from Putrajaya tomorrow to get their approval to make the details of the MoU public.

He said although Selangor has the Freedom of Information Enactment 2010, the MoU was a deal which was signed between Selangor and Putrajaya.

"That is why there are procedures to be adhered to before the MoU can be made public," Khalid told reporters today at the PKR operations room in Kajang.

"It is the intention of the Selangor state government to make the details of the MoU public as soon as possible.

"Ideally, we would like all documents to be made available for public consumption so that the people will know their interests are being looked after.

"The MoU contains all the figures and tariffs," Khalid said, adding that the reason for the water restructuring deal was to cancel Syabas water tariff increases.

Read on TMI HERE

Rafizi's is the most unrealiable a person. He face the prospect of being imprisoned for breaching BAFIA. Words are Nik Nazmi could be implicated and found guilty too.

Kini Khalid dituduh sudah dibeli UMNO ...kah kah kah ....

Posted: 03 Mar 2014 04:30 PM PST


Selangorkini menyiarkan berita Khalid menghadiri satu majlis silat dan berkata Selangor akan sokong usaha kekalkan warisan Melayu. Baca SINI

Cuma masaalahnya sokongan Khalid bersyarat. Asal jangan minta duit, dia boleh sokong air liur.

Kalau acara ini dikritik atau dibalun, reaksi penyokong PKR berbeza ikut masa. Jika dulu, mereka akan kata ianya bukti bahawa PKR tidak meninggalkan lagi jatidiri Melayu untuk jaga hati pengundi Melayu. Sekarang mungkin berbeza reaksi mereka pada kehadiran Khalid di majlis silat.

Setelah Khalid membuat MOU tanpa memberi tahu mana-mana pihak khususnya budah ijazah kelas dua lower si Rafizi dan ada usaha cuba mengatakan MOU itu tidak mengikat serta pengumuman Khalid untuk tentang Azmin bagi jawatan Timbalan presiden, maka Khalid disoalsiasat macam dia parti UMNO.

Khalid sudah jelaskan sebab musabab dia tidak mendedahkan MOU kepada sesiapa sebelum ianya di tandatangani. Baca di Malaysian Chronicles SINI

Khalid jelaskan ianya masih tertakluk kepada undang-undang pasaran saham yang tak benarkan sesiapa lakukan "insider trading" atau dagangan dalaman. Sebenarnya tak mengapa kerana mereka adalah pihak berkuasa.


Ianya bermakna pimpinan PKR dan ahli exco negeri tak boleh dipercayai. Kikiki ....Selain itu, Khalid tak mahu ambil peduli apa Anwar nak kata.... muahahaha.

Semalam rafizi memberi respons dan menyerang Khalid seolah-olah pembangkang menyerang BN. Dia cuba mempersoalkan kesahihan perjanjian itu kerana tidak dibawa ke majlis exco sebelum dipersetujui. Baca SINI

Rafizi turut mensensasikan serangan dengan mengatakan kos pengstrukturan air bakal menelan belanja RM20 billion dengan mengatakan pembinaan projek loji langat 2 bernilai RM8 billion.
Baca SINI.

Khalid menafikan jumlah salah Rafizi di TMI SINI

Heran Rafizi tidak menyetujui perjanjian yang dikatakan pihak tertentu sebagai kerajaan Selangor dapat apa yang mereka mahu dari zaman Dato Dr Khir Toyo lagi hingga kerjaan pimpinan PKR di bawah Khalid.

Perbelanjaan RM20 billion ini hanya helah kerana projek loji Langat 2 tersebut hanya dikatakan Khalid bernilai lebih sedikit dari RM6 billion (baca kenyataan Khalid SINI). Dalam kenyataanyang disairkan FB itu, Khalid berhelah kata boleh dapat air dari lombong bijeh timah dan kolam tangungan air ... kah kah kah ....


Manakala Mkini melaporkan SINI seorang wakil rakyat PKR kata hanya cecah RM14 billion. Hmmm .... seperti biasa Rafizi kantoi!!!

Dalam perjanjian ini Selangor dapat kuasai pengurusan air negeri dan dapat pembiayaan dari kerajaan pusat.

Rafizi harus sedar akiat kelewatan 6 tahun, kerajaan pusat harus membelanjakan RM606 juta untuk menyelesaikan masaalah air yang bbakal berlaku hingga Loji Langat2 siap pada tahun 2017. Baca MiM SINI.

Adakah Rafizi yang merupakan suara Anwar mahu Loji Langat 2 dibatalkan dan masaalah air berterusan? Pembinaan yang sudah lambat 6 tahun ini akan hanya dapat disiapkan dalam tahun 2017 dan masaalah kekurangan aiir dan catuan akan berterusan.

Rafizi ada lagi usu yang ditimbulkan di SINI.

Pasti majlis silat itu akan diinterpretasi PKR sebbagai Khalid masiih berjiwa UMNO dan sudah dibeli. Kah kah kah .... takde helah lain ke PKR?

Oh ye ... PAS Piss Pus yang takde modal bila berbicara kata ianya projek untuk kroni SINI. Hmmm betul-betul hujah takde modal dari orang pass sekolah darjah 5 saja...... kah kah kah

Pemimpin PKR cuba pow syarikat konsesi

Posted: 03 Mar 2014 05:29 AM PST


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin daripada PKR cuba untuk campur tangan terhadap penilaian aset air di negeri itu.

Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang menyifatkan penentuan harga aset air itu perlu ditetapkan dengan kadar yang lebih tinggi.

"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.

"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star semalam.

Baca seterusnya di Antara Pos SINI.

Setakat yang kami tahu Anwar Ibrahim ada pertemuan dan perbincangan dengan Tan Sri Rozali Ismail di bngunan MRCB Shah Alam suatu ketika.

Anwar ke yang cuba pow? Kalau tak tu, Azmin ke?

Sin Chew Daily balun Guan Eng sebagai cakap tak serupa bikin

Posted: 03 Mar 2014 01:30 AM PST


Pengurus Sinchew Daily Seberang Prai merangkap penulis column Ang Tong Kai dalam artikel di atas telah membidas dan menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mencampur tangan dalam hal elwal dalam urusan pejabat editor Sin Chew untuk memanipulasikan berita untk kepentingan dirinya.

Tahulah kita DAP Penang adalah bapak kepada tentera siber kurang ajar dan biadap Red Bean army.

Guan Eng dan DAP sering menuntut kebebasan macam-macam termasuk kebebasan media tapi kalau begini yang dilakukan, betullah label SIn Chew bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang cakap tak serupa bikin.

Masaalahnya sesetngah cina Malaysia sudah buang tamadun mereka yang sepatutnya kaya dengan kebudayaan, nilai baik dan sopan santun untuk menjadi ganas, biadap dan menyukai pergaduhan antara kaum.

Beranikah Sin Chew mengaja kaum cina menolak parti DAP yang kaki bohong, kaki gaduh dan korup tapi tuduh orag lain korup???

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAHSIA PERPADUAN ORANG MELAYU

Posted: 03 Mar 2014 08:30 PM PST

Bagaimanakah caranya untuk menyatukan orang Melayu 


Bab 1 
Untuk ditatapi dan direnungi……… 
Gurun dan Khatulistiwa 
Jika direnungkan bangsa Melayu adalah suku kaum manusia yang 
menghuni bumi nusantara yang beriklim khatuslistiwa. Tidak mungkin kita 
menterjemahkan budaya bangsa melayu sebagai kaum yang menghuni padang pasir atau beriklim gurun. Justeru itu tentulah budaya dan kehendak 
kehidupan amat berbeza di antara dua kawasan klimak ini. Keseluruhan badan atau golongan melayu memperjuangkan kesatuan bangsa mempunyai satu persamaan iaitu agama Islam. 

Walaupun persamaan itu jelas dalam setiap usaha dan perlaksaanaan, keputusanya adalah perbezaan pendapat yang sangat sukar difahami. Melayu gagal bersatu ! Telah berdekad lamanya kita mengunakan pendekatan islam menjadikan orang melayu bersatu, bersatukah kita ! berganding bahu demi kemajuan dan kemakmuran bangsa melayu. 

Ucapan salam Sejahtera 
Ingin saya sentuh sedikit berkenaan ucapan "Assalamualaikum" salam 
sejahtera ketika bersua sesama muslim. Ucapan yang diucapkan sesama kita 
jika dikira berkali-kali sehari. 

Selamat kah kita, Sejahtera kah kita ? 
Yang kita ucapkan ini adakah kita fahami sebabnya mengerti maksudnya. 
Sebab kita tidak mengerti ! Kebajikan di dalam Islam itu apa ? 
Ilmu dan Pengetahuan 
Orang Melayu sekarang masih dalam mimpi enak dan tidak sedar 
kenapa agama lain berjaya bersatu sebagai contoh orang yang berugama 
Hindu, Buddha dan Kristian. Penganut-penganut agama ini berjaya hidup 
dalam aman damai tiada masaalah. Mereka ini telah pun terbukti berjaya di 
dalam dan luar negara. Mengapakah ini terjadi ? 
Di Malaysia agama lain sukar mendampingi mesra orang Islam. Kenapa ?

Semakin ramai cendikiawan islam lulusan Al-Azhar dan juga lulusan lain institusi-institusi yag terkenal.Boleh dikatakan lulusan Al-Azhar menjadi tulang belakang kepada pembangunan Islam di Malaysia pasca kemerdekaan.Setelah bertahun-tahun usaha gigih kerajaan dan ngo islam melahirkan ramai individu berpengetahuan agama islam dari golongan orang Melayu itu sendiri.Tetapi malang sekali hingga ke hari ini belum ada tanda-tanda Melayu bersatu dan kembali gemilang di persada tanahair seterusnya dunia. 

Penyelesaian masaalah melayu tak bersatu, hendaknya janganlah diambil contoh yang jauh dari persekitaran Melayu. Masaalahnya timbul di bumi Malaysia maka sudah pasti jawapan perlu ada di bumi bertuah ini juga.

Persoalan pokoknya sekarang kita mengunakan agama islam sebagai 
wadah dan juga cendiakawan serta ulama melayu sebagai penyampai tetapi 
masih gagal menyatupadukan melayu. 

Kenapa orang melayu sehingga tidak boleh bersatu?Kenapa tak boleh bersatu, sukarkah orang melayu untuk mempraktikkan 
istilah bersatu…………. Apa puncanya ? Dimanakah punca ? 

Melayu Malaysia adalah dari pelbagai etnik Melayu nusantara yang 
majoritinya beragama islam. Jika melalui cara islam gagal menyatu padukan 
melayu, cerdik pandai melayu kena menkaji kenapa dahulu masa lampau 
sebelum islam perbezaan etnik ujud tetapi umat melayu menjadi bersatu 
dalam satu rumpun kaum melayu yang kuat dan terkenal. Mempunyai 
empayar Melayu dan memiliki struktur pemerintahan yang cekap dan di 
kagumi. 

Jika sejarah mengatakan Melayu dulu pernah memiliki empayar dan 
perdagangan dalam erti kata lain, dulu melayu itu bersatu. Dulu itu maksudnya sebelum kita mengunakan agama sebagai wadah untuk menyatu-padukan orang Melayu.

Cakram- syarat menyempurnakan diri sebagai manusia -

Apakah perbezaan antara Agama Islam dengan Islam? Sejak dulu lagi 
sebelum ada semua agama iaitu Hindu, Buddha, Kristian dan Islam, telah ujud Islam itulah Cakram iaitu kedamaian, ketenteraman dan kebaikan. 
Baikkah kita , Damaikah Kita , Tenteram kah Kita hari ini ? Sudah pasti 
tidak tenteram sebagai buktinya Islam dan bangsa melayu belum bersatu. 
Itulah buktinya. 

Cakram bermaksud: 
1. Hati 
 Sempurnakan hati kita jangan kita berbohong,dengki, khianat 
pada hati kita mesti jujur sabar iklas dan luhur 

2. Mulut 
 Kita bercakap hanya yang benar sahaja. Kebanyakkan bercakap 
yang bukan-bukan seperti syarahan agama walaupun bagus dalam 
agama tetapi berlebihan akhirnya orang tak suka dengar ataupun 
bosan kerana diulang-ulang berkali-kali, itulah penyebabnya 

3. Telinga 
 Kita hanya mendengar perkara yang benar. Jika kita gunakan 
pendengaran yang salah kita terikut-ikut dan akhirnya kita akan 
rosak sendiri. Seperti tunjuk perasaan, perhimpunan dan rapat 
umun , suka mendengar orang-orang yang berkepentingan dan 
akhirnya kita lebur sendiri. 

4. Mata 
 Penglihatan, Jangan kita menganggap orang yang berpakaian 
serban orang itu betul dan orang yang tidak berserban itu salah 
atau tidak tahu 

5. Hidung 
 Kalau kita mencium bau yang wangi kita cukup suka dan kalau kita 
mencium bau yang busuk kita akan menghina. Perlu diingatkan semua itu berasal dari mana. Siapakah yang mencipta kelima-lima di atas ini ?

Bersambung...

Artikel adalah sumbangan Encik Kamal, melalui emel.

AL-QURAN DIBUANG DI MANGKOK TANDAS, LAKNATULLAH MANUSIA ITU

Posted: 03 Mar 2014 06:36 PM PST

Sungguh Kurang Ajar
Kita tidak boleh lagi berdiam diri
Kita Mesti Bangun Pertahan Kalam Suci Al-Quran
Apakah Perasaan kita dihiris-hiris seperti ini
Penghinaan terhadap agama Islam dan kitab suci Al-Quran kalam Allah SWT sudah sampai ke kemuncaknya. Semalam, di Masjid Limbongan, Terengganu kira-kira pukul 1 pagi tadi, perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan dan mereka yang bertanggungjawab mesti dicari dan dihukum.

Kita umat Islam tidak lagi boleh bersabar dengan perkara ini dan ianya mesti ditangani dengan segera. Sudahlah Ambiga, Lim Kit Siang dan mereka yang sewaktu sudah berani mempertikai ayat-ayat Al-Quran dalam khutbah Jumaat, kini kesan-kesan buruk kepada kita umat Islam dan agama Islam semakin dicabar.

Sudah sampai masanya NGO-NGO Islam menubuhkan skuad Syariah sebagaimana di Acheh. Gerakan-gerakan mempertahankan agama Islam seperti Pertubuhan Selendang Merah dan sebagainya perlu diaktifkan. 

Kepada, pemimpin-pemimpin Islam DS Najib dan Hj Hadi bersatulah. Janganlah berpecah-belah kerana kesannya semakin hari semakin buruk. Lupakanlah persengketaan politik. Jika Anwar Ibrahim mahu terus bersama DAP dan Gereja biarlah dia.

*Gambar & Artikel adalah kiriman emel pembaca.







DAJJAL TELAH MUNCUL DI MALAYSIA?...

Posted: 03 Mar 2014 05:20 PM PST


KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tidak layak' dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac nanti.

Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua Umum PKR harus ditolak kerana ideologi yang dibawanya 'menyimpang dari ajaran Islam'.

"NGO Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang dia bawa jauh menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia kepada ajaran Islam pun tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia hendak mendokong syariat Islam dengan teguh," kata beliau dalam satu sidang media di kediaman Hasan Ali pada Isnin.

Katanya apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Anwar yang didakwanya mempunyai 'sifat-sifat kedajjalan', namun beliau menafikan menuduh Anwar seorang 'Dajjal'.

"Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir," katanya.

Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan Anwar:

1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.

2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.

3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata dengan agama lain.

4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.

5. Suka memutar belit kebenaran.

6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia berpengaruh.

7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.

8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.

9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.

10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.

"Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama tahun, sama keluar universiti dengan Anwar Ibrahim... bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?

"Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal bukan Hasan Ali seorang, penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar," katanya.


Kita fahami video diatas untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai asal usul Dajjal.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

PROF. UNIVERSITI MALAYA : SAYA TIDAK PERNAH JILAT ANWAR ATAU MANA-MANA LELAKI

Posted: 02 Mar 2014 11:40 PM PST

Saya merujuk kepada kenyataan Profesor Redzuan Othman dari UMCEDEL dalam The Malaysian Insider beberapa hari lalu yang berkata saya pernah menjilat Anwar, sedangkan dia tidak. Sebagai seorang Profesor yang sepatutnya tebal dengan integriti akademik dan profesionalisme, Profesor Redzuan tidak sepatutnya menunjukkan emosi dan kemarahan yang keterlaluan kepada saya semata-mata kerana tulisan saya. Malu nanti pelajar pelajar diuniversiti Malaya.
Dalam bidang psikologi ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme bernama "projection" iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada kita bagi mengelak orang tahu kita ada sifat itu.
Saya hairan kenapa Profesor Redzuan terlalu obsess dengan Anwar. Hampir semua kajian utama UMCEDEL akan difokus kepada Anwar seolah-olah politik Malaysia ini berkait dengan Anwar semata-mata.
Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?
Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:
Kajian UMCEDEL dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati 44 peratus responden yang percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding hanya 31 peratus responden yang percaya Najib lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013 mendapati hanya 18 peratus responden yang percaya video seks lelaki mirip Anwar adalah tulen dan 62 peratus responden tidak terpengaruh dengan video seks lelaki mirip Anwar.
Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang tidak bersetuju.
Tidakkah jelas perkaitan Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini? Sebelum PRU 13, kajian UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bila Anwar kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba baik pulih imej Anwar yang telah berjanji letak jawatan jika kalah dengan kata pula rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan.
Saya menulis dalam blog tentang kajian UMCEDEL sama ada orang Kajang boleh terima Anwar sebagai Menteri Besar atau tidak. Saya merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat begitu cepat tentang perkara yang orang ramai tidak pun mengetahui semasa kajian itu dibuat. Saya bayangkan kajian itu adalah memihak kepada Anwar dan bertujuan memberi justifikasi mengapa pilihan raya diperlukan, dan supaya orang terima Anwar sebagai Menteri Besar.
Profesor Redzuan berkata Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang; Anwar tahu tak tahu itu suatu yang tidak relevan. Soalan yang relevan ialah apakah Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum kajian dibuat? Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?
Kalau Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam (inner circle) Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak mengetahui rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.
Saya mengemukakan pendapat saya berasaskan pengetahuan saya. Kalau kajian itu dibuat mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain maka saya akur dengan keputusan survey itu. Tetapi bukan saya sahaja sangsi dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut pertikai keputusan survey itu. Ramai yang anggap terlalu "coincidental" keputusan survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di Kajang.
Bagaimana Profesor Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi kajian UMCEDEL sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi pula, Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya guna metodologi kualitatif saja? Profesor Redzuan bercakap tentang politik Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik Malaysia sedangkan PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak ada orang tahu pun apa tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?
Profesor Redzuan kata dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada tahun 1982 Anwar sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan rapat Anwar melalui perkaitan dalam ABIM. Tak usahlah Profesor Redzuan nafikan. Bila Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM antara perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak ditahan ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya. Rumah Profesor Redzuan di Sungai Ramal Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan adalah Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan sering dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu Pemimpin PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan adalah salah seorang penceramah utamanya.
Tentang perkataan jilat yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap itu adalah kesilapan besar. Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada macam-macam konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang kenalan rapat Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh Profesor ini perlu diperjelaskan. Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini sewenang-wenangnya. Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna perkataan bodoh begitu.
Saya memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan khidmat saya diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di negara ini. Malangnya saya tidak kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR ini hanya indah khabar dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun, tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian. Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan seorang homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat Anwar atau mana-mana lelaki lain.
Saya ingin sarankan kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah nama baik academia; jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang politik kerana ini akan membuat mereka hilang objectivity. Mereka tidak akan dihormati jika mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan. Jaga nama baik pelajar dan istitusi pendidIkan negara.
Zaid Ibrahim.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Isu Hadi kena saman : Tanya Anwar, kenapa?

Posted: 03 Mar 2014 09:54 PM PST

Bagi kumpulan Anwarinas dalam Pas, Haji Hadi hanya layak jadi nelayan

Orang Pas, sama ada 'Pas Rumi' atau 'Pas Jawi' sepatutnya boleh angkat kening terhadap Anwar Ibrahim.

Mengapa Anwar selaku Ketua Pembangkang pada tahun lepas tidak menahan atau mengarahkan sahaja bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan DUN Sungai Besi, Terengganu, Mohd. Shamsul Mat Amin supaya menarik balik saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Anwar Penasihat PKR, sebagai ketua dia boleh berbuat demikian. Tetapi kenapa dia tak buat?

Meskipun Mohd. Shamsul menyifatkan saman yang difailkannya ke atas pemimpin Pas itu tidak akan mengeruhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Pas, tetapi secara logik dan hukum-hakam perasaan sebagai manusia, kalau `bapa kita disaman sepupu-sepapat atau saudara terdekat', bagaimana? Apa perasaan kita?

Inikan pula seorang presiden parti, Presiden Pas yang ada ratusan ribu pengikut, yang kerusi parti itu di Selangor sahaja - yang mana juga terletaknya DUN Kajang - melebihi kerusi PKR dan sama hebat pula bilangan kerusi dengan DAP di negeri itu.

Mohd. Shamsul atau sesiapa sahaja daripada PKR boleh mengungkapkan, tidak ada kesan saman ke atas Abdul Hadi kepada orang Pas. Barangkali RM2 juta boleh dicari, tetapi maruah diri Abdul Hadi nak diletakkan di mana? Disaman pula oleh orang dalam parti sekutu sendiri. Tetapi Anwar berdiam diri, seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku melibatkan orang kuat parti sekutunya.

Dan kalau direnung-renungkan, memang ketika ini sedang berlaku pergolakan yang agak getir dalam pakatan atau pun dalam PKR sendiri.

Peguam Presiden Pas, Asmuni Awi (tengah) memberikan sidang media berhubung permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar bagi kes saman fitnah RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Mengapa pilihan raya kecil DUN Kajang perlu diadakan sehingga memaksa penyandangnya, Lee Chin Cheh yang muda sihat wal-afiat mengosongkan kerusinya. Kalau difikir-fikirkan jika benarlah Anwar begitu menggilai jawatan Menteri Besar Selangor, elok sahaja dia meminta menteri besar yang ada, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klangnya.

Atau setidak-tidaknya orang kepercayaannya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali meninggalkan kerusi DUN di Bukit Antarabangsa. Abdul Khalid dan Azmin tidak akan rugi apa-apa kerana kedua-duanya turut kekal status wakil rakyat masing-masing di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Gombak.

Malah, kalau Abdul Khalid memang akur mahu berundur sebagai Menteri Besar, dia semestinya juga secara sukarela akan memberikan kerusi Pelabuhan Klangnya kepada Anwar. Nampaknya memang sukar berunding atau mempengaruhi Abdul Khalid dan Azmin yang diketahui umum mempunyai hubungan dingin.

Hakikatnya, kalau direnung sekali lagi pun, kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang diketuai Abdul Khalid kelihatan jauh dari jangkauan pengaruh Anwar.

Anwar boleh berseloka dan bermain kata-kata ketika berucap di atas pentas beberapa minggu lalu di Kajang, dengan Abdul Khalid kelihatan tersengih-sengih berdiri bersama khalayak mendengar celoteh Ketua Pembangkang itu, tetapi mahukah menteri besar itu berundur?

Kalau diamati kenyataan Abdul Khalid dalam sidang akhbar baru-baru ini, jelas beliau menolak penemuan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (Umcedel) yang mengatakan kononnya rakyat Kajang bersedia mengangkat Anwar menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Tak ada, tak ada...itu tak ada isu. Saya ingat kita tak boleh gunakan maklumat itu (kajian Umcedel) untuk putar-belitkan keinginan rakyat (Selangor) sebab ada rakyat yang beri jawapan dan ada yang tidak beri jawapan...tapi itu status akademia yang sihat oleh Universiti Malaya," kata Abdul Khalid.

Tambah Abdul Khalid, pengundi Kajang tahu jasa dan sumbangan beliau kepada Selangor sejak beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar.


Bercerita pasal Anwar, mungkin sesiapapun termasuk Menteri Besar Selangor sendiri sukar membaca strategi yang sedang dicongakkannya.

Kalau ditanyakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, ini jawapannya kepada penulis baru-baru ini.

"Kalau kita lihat di Selangor banyak isu kontroversi yang timbul. Mula-mula dulu, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), kemudian pertentangan pandangan istana dengan kerajaan negeri. Isu kalimah Allah contohnya ada pula percanggahan antara keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri.

"Begitu juga dilihat daripada kenyataan Rafizi dan Anwar yang mendakwa UMNO Selangor agresif memainkan isu perkauman.

"Dilihat pada isu, seolah-olah ada satu agenda besar dengan kelak akan ada yang melihat seolah-olah Istana Selangor campur tangan dengan memberi pandangan berbeza. Di sini, akan ada kemungkinan berlaku pertembungan krisis perlembagaan antara kuasa istana dan `kuasa rakyat' kalau Anwar dicalonkan jawatan menteri besar oleh DUN Selangor. Adalah pada masa itu nanti sultan yang mempunyai kuasa melantik MB, akan dilihat yang mana satu yang lebih berkuasa. Adakah sultan ada kuasa memilih menteri besar atau baginda pula yang kena akur apa yang diputuskan oleh DUN.

"Saya lihat apabila berlaku ini, pada bila-bila masa sahaja kerajaan pakatan boleh panggil mesyuarat DUN khas. Kalau Abdul Khalid tidak mahu letak jawatan, usul tidak percaya akan diletakkan pada Abdul Khalid," kata Noh.

Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan oleh akhbar ini, percaya tindakan saman terhadap Abdul Hadi oleh Mohd. Shamsul ada kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej Presiden Pas.

"Saya percaya keperibadian beliau kental dan tidak tergugat dengan tekanan seperti ini.

"Namun saya menyarankan agar semua anggota parti mengadakan solat dan munajat memohon dimudahkan urusan agar Pas serta Presidennya terhindar daripada perancangan tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan sikap jahat mereka," katanya.

Anwar boleh berbuat sesuatu untuk 'menyelamatkan' Abdul Hadi sebelum ini tetapi dia tidak melakukannya.

Peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan sebelum ini memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik. Namun katanya, peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

Adakah pengikut Pas hanya sekadar melihat dari jauh kemelut yang sedang melanda Presidennya?

Atau parti itu sekadar melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang yang semakin diragui 'kesepakatannya'.

Suara Politik
Belantan

Mahkamah tolak permohonan Anwar kali ketiga?

Posted: 03 Mar 2014 08:07 AM PST


Mahkamah Rayuan menolak permohonan kali ketiga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi memutuskan demikian atas alasan permohonan tersebut merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Suara Politik
Belantan