Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tak maklum MoU kepada PKR kerana terikat undang-undang - Khalid?

Posted: 02 Mar 2014 09:47 PM PST


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakannya tidak memaklumkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor, terjejas di pasaran saham.

"Syarikat yang mengendalikan air di Selangor tersenarai di pasaran saham dan tidak boleh dibincang secara terbuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR bahawa beliau tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memeterai MoU dengan kerajaan pusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Pada 26 Feb lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.

MoU antara Kelantan dan Selangor ialah bagi kerjasama kepakaran membabitkan tujuh perkara iaitu Pendidikan, sistem gadaian Islam Ar Rahn, Pusat Makanan Halal, Perundangan, Pembangunan Siber, Pemasaran Produk dan Air.

Suara Politik
Belantan

PRK Kajang : Musuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR, kata Kit Siang?

Posted: 02 Mar 2014 07:57 AM PST


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini buat pertama kalinya mengaku wujud masalah dalaman dalam Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat dan membayangkan masalah itu sekiranya berterusan boleh membawa kepada kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Musuh sebenar Anwar dalam pilihan raya kecil Kajang bukannya calon bebas, MCA atau UMNO tetapi perselisihan dan masalah dalaman PR/PKR," kata Kit Siang dalam satu kenyataan media.

Katanya,ada "alasan untuk bimbang berhubung beberapa perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan PKR di Selangor kebelakangan ini."

"Dalam pilihan raya kecil Kajang, kita hanya boleh kalah dan terjejas kerana masalah kita sendiri."

Kit Siang menyeru sekutu dalam Pakatan Rakyat — dalam PKR, PAS dan DAP — untuk merapatkan barisan dan mengetepikan perbezaan.

Katanya, ini bagi memastikan Pakatan Rakyat tidak melakukan kesilapan sendiri sehingga "menafikan anak cucu peluang yang datang sekali dalam setengah abad untuk perubahan politik di Putrajaya."

"Marilah kita berdepan dengan realiti yang pahit bahawa kekalahan dalam pilihan raya DUN Kajang iaitu gagal mencapai kemenangan yang bersejarah, tidak boleh diketepikan.

"Kita tidak mesti lupa kata-kata Abraham Lincoln: Rumah yang berpecah belah tidak akan boleh tegak berdiri," katanya.

Kenyataan Kit Siang ini menyusul desas-desus mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Perkembangan ini dilihat kemuncak pergeseran antara dua pemimpin PKR di Selangor itu yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Pilihan raya kecil DUN Kajang ini diadakan susulan perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh daripada PKR yang dikatakan ada kaitan dengan krisis politik dalaman PKR Selangor itu dan usaha meredakan pergeseran antara Khalid dan Azmin.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hanya "Dog And Pig" letak kurang ajar sebagai ketua penerangan

Posted: 02 Mar 2014 10:30 PM PST





Sebelum pi;ihanraya Hew Kuan Yau terkenal sebagai tukang kempen DAP yang kurang ajar dan membakar sikap marah dan benci di kalangan hadirin.

Hairannya DAP boleh ambil orang perangai binatang seperti ini untuk jadi Ketua Penerangan dan Publisiti.



Dia telah menyiarkan gambar menghina Datin Seri Rosmah dengan mengatakan orang yang saiz besar ada risiko jika bermain badminton. Berisiko untuk kena serangan jantung mati hendap.

Hew meneruskan bahasa biadap dan low classnya supaya Rosmah terus main badminton supaya dia ditimpa kemalangan.

Inilah politik kurang ajar yang low class dan bberasaskan politik benci membenci. Beginikah parti yang mahu rakyat pilih mereka untuk memerintah negara?

Inilah DAP dengan politik perkauman, provokasi dan benci membenci mereka ...


Polis diprovok ... Sial, kurang ajar punya cina DAP!!!

Posted: 02 Mar 2014 08:30 PM PST



Bawah undang-undang ianya satu kesalahan sesiapa menahan pegawai awam menjalankan kerja mereka. Pukimak anak haram punya cina rasis. Ingat negara ini tempat asal usul mereka untuk bersikap seolah-olah ini negara mereka saja!!!

Pastikan bukan cina DAP tak tahu cakap Melayu diterima dengan mudah dalam polis. Mereka yang mahu berkhidmat dalam polis dari pelbagai kaum selama ini tak banyak cekadak.

Tak perlu nak beri carpet merah. 

Menteri Tin Kosong: Longgar syarat untuk cina masuk polis?

Posted: 02 Mar 2014 05:30 PM PST


PDRM akan memberi kelonggaran untuk hanya lulus saja Bahasa Melayu SPM untuk membolehkan lebih kaum cina menyertai polis. Dengan hanya lulus saja dalam bahasa Melayu, ini seolah-olah memberi kelonggaran untuk bahasa cina digunakan dalam PDRM.

Adakah logik sebuah agensi dalam kerajaan melanggar Perlembagaan artikel 152 tentang ahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Disamping itu, ada khaar mengatakan rektur baru dari kaum cina ini akan diberi skim gaji lebih tinggi dari kaum lain. Apa strategik sangat polisi dari Menteri Tin Kosong ini?

PDRM longgar syarat untuk tarik kaum Cina


March 1, 2014 

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.
"Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas," katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.
Beliau berkata bilangan kaum Cina berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.
Pasukan khas
Mohd Bakri berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menarik penyertaan kaum Cina, yang akan menjalankan program penerangan mengenai kerjaya dalam PDRM kepada kaum itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Bukit Aman ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata sesi pertama pengambilan konstabel baharu tahun ini akan dibuka mulai Isnin ini.
Katanya, kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
"Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia…jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina," katanya dalam sesi wawancara Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel bagi Mengalakkan Penyertaan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM Tahun 2014, di sini.
Menurut Saiful, kelonggaran itu harus dibuat kerana nisbah keanggotaan PDRM ketika ini tidak seimbang antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Dominasi kaum Melayu
"Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum," katanya.
Beliau berkata kekurangan kaum Cina dalam PDRM didorong beberapa sebab antaranya gaji dianggap masih rendah dan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka  menyertai PDRM.
"Diikutkan kajian, ramai daripada mereka tidak tahu gaji konstabel kini boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk semua elaun," katanya.

Bagi pengambilan bermula Isnin ini, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi dihantar ke balai-balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman. - Bernama

Menteri Tin Kosong: Garang masa pemilehan parti saja

Posted: 02 Mar 2014 07:36 AM PST





Cakap hanya hebat masa pemilehan parti saja ....

Anwar diliwat Khalid tinggal hanya ADUN jaga longkang

Posted: 02 Mar 2014 04:00 AM PST


Tindakan Khalid mengumumkan akan tentang Azmin betul-betul membingungkan Anwar.

Sudahlah Anwar dan PKR tak diambilpeduli oleh Khalid dalam hal MOU air dan kini Khalid kata MOU itu binding. Lawyer pun diperlecehkan Khalid. 

Bukan setakat itu, Khalid sudah kata dia lebih baik dari Azmin dan mendedahkan salahlaku Azmin. Pertembungan ini sudah lam amenunggu masa sejak Azmin anyak mempersoalkan pentadbiran Khalid dan sifat kedekut Khalid menjadi pemula.


Kempen Anwar mungkin terjejas
 

Oleh: Wartawan Sinar Harian
 

Tarikh: March 2, 2014

SHAH ALAM – Keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding merebut jawatan orang nombor dua parti bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana desas desus berhubung perkara itu telah berlegar sebelum ini.

Bagaimanapun, pengumuman itu dianggap terlalu awal di saat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Kelmarin, Khalid dalam satu majlis di kediaman rasminya telah mengumumkan untuk bertanding menentang Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.  Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," kata Menteri Besar Selangor itu.

Tindakan Khalid ini, sedikit sebanyak bakal menjejaskan kempen Anwar di Kajang apabila banyak pihak akan melihat yang kemelut antara Khalid dan Azmin gagal untuk diselesaikan.

Seperti mana telah diketahui umum, PRK Dun Kajang diadakan bagi meredakan kemelut antara Khalid dan Azmin yang dilihat semakin memuncak apabila Ahli Parlimen Gombak itu digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS 10 Januari lalu.

Tidak cukup dengan kontroversi yang ada, tindakan Khalid bakal dipersoal banyak pihak setelah beliau baru sahaja memeterai kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU)  penstrukturan industri air di Selangor.

Kontroversi ini bakal berpanjangan sehingga tempoh kempen PRK Dun Kajang berlangsung dan sudah pasti pihak lawan bakal menggunakan isu ini untuk menyerang Anwar apabila beliau selaku

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor tidak mengetahui akan keputusan Khalid, Rabu lalu.

Banyak pihak seakan terkejut dengan beberapa tindakan Khalid sejak kebelakangan ini, beliau seolah mendapat kekuatan 'luar biasa' apabila berani membuat keputusan besar tanpa merujuk kepimpinan parti.

Selaku Menteri Besar Selangor, Khalid sememangnya layak untuk bersuara, namun sebelum ini beliau dilihat agak pasif  dalam membuat keputusan.

Susulan daripada itu, terdapat beberapa pihak termasuk Azmin menganggap Khalid gagal mengurus tadbir kerajaan negeri Selangor dengan baik, sehingga  ada gerakan yang cuba untuk menggantikan kedudukannya itu.

Sebelum ini banyak suara yang mengatakan Anwar bakal menggantikan kedudukannya itu, dan perkara itu juga tidak dinafikan oleh umpunya diri.

Selain kemelut  Khalid dan Azmin, kempen Anwar di Kajang dilihat bakal terganggu apabila banyak isu timbul sebelum hari penamaan calon bermula.

Anwar akan menghadapi masalah untuk memastikan jentera pilihan raya bergerak dengan lancar kerana jentera ini dipimpin oleh Khalid selaku pengarah pilihan raya parti bagi PRK Dun Kajang.

Khalid dijangka akan menghadapi masalah bekerjasama dengan Azmin selaku Timbalan Presiden dan Anwar pula akan sukar untuk menjadi orang tengah kerana berhadapan dengan jadual kempen yang padat.

Jika PKR, khususnya Anwar gagal mengurus segala isu berbangkit dengan baik, beliau mungkin berdepan laluan sukar pada PRK kali ini.

Sedangkan sebelum ini, Anwar yakin yang beliau akan menang mudah di Kajang berikutan bekas Adunnya, Lee Chin Cheh mendapat majoriti selesa pada PRU13.

Kemenangan sahaja tidak mencukupi buat Anwar, selaku Ketua Pembangkang beliau perlu meraih majoriti yang lebih besar. - Sinar Harian



Khabar angin kini kuat mengatakan Penasihat Ekonomi Selangor akan hanya jadi ADUN jaga longkang di Kajang.

Khalid masih kekal pilihan Sultan dan pastinya DAP dan PAS tidak akan mahu masuk campur hal dalaman PKR.

Menurut House PK SINI, Anwar dah dapat sokongan ADUN Pakatan  dan Khalid dapat sokongan exco. Jangan hairan blok BN sokong Khalid... hehehe saja bakor.

Lim Kit Siang pula konon kata masaalah Anwar bukan dengan BN tapi dalaman PKR. Kit Siang, DAP dan Cina dipercayai mahu Anwar supaya boleh senang menyamun.... akhirnya cina juga kenyang.

Paper cina lapor Khalid tuduh Anwar dan Azmin nak menyamun?

Posted: 01 Mar 2014 11:44 PM PST



Sin Chew Daily halaman 03 dan Guang Ming Daily, halaman A7, bertarikh 1 MAC 2014 berbunyi:

Melaporkan Tan Sri Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor mendedahkan beliau terpaksa menyembunyikan kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan PR Selangor berhubung penstrukturan semula Industri bekalan Air Selangor dari orang orang tertentu dalam PKR. 

Katanya, pemimpin tertentu dalam PKR ingin campur tangan dalam perkara tersebut serta cuba mempengaruhinya supaya menaikkan kos pampasan RM9.65 bilion dalam pengambil alihan pengurusan 4 syarikat konsesi Air yg terlibat. 

Katanya, dalam PKR, terdapat orang yg tidak betul dan mereka bukan semata mata berjuang untuk parti.

Inilah jawapan Khalid pada persoalan yang ditimbulkan Rafizi, Azmin dan Anwar tentang kenapa dia sembunyikan deal air dari PKR. ntara helahnya adalah elakkan insider trading.

Khalid tela membuat presentation pada ahli PKR dan tak ramai muncul. Dengarnya Anwar dan Azmin frust...

KDEB akan jadi operator dari aset yang disewa dari PAAB, maka ramailah yang akan mahu kontrak out sourcing.

Azmin Rafizi dan Anwar terbayang kontrak tak dapat pada mereka untuk agh-agihkan pada kroni.

Namun begitu, ingat apa Unspinners tulis dulu. Khalid pun bukan malaikat .... hehehe.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


2 kali dijatuhi hukuman mati, 16 tahun direman sementara menunngu ke tali gantung. tiba-tiba .......

Posted: 02 Mar 2014 09:03 PM PST

OLEH V ANBALAGAN DAN LOOI SUE-CHERN
MARCH 03, 2014
Anak guamnya, Johari adalah orang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabitkan kesalahan, kata Karpal Singh. Gambar fail.Anak guamnya, Johari adalah orang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabitkan kesalahan, kata Karpal Singh. Gambar fail.Selama 16 tahun, Johari (bukan nama sebenar) meringkuk di dalam penjara sebagai banduan reman dan sementara menunggu hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya, atas tuduhan mengedar dadah di Malaysia.
Akhirnya, pada Selasa lalu (25 Februari), Mahkamah Rayuan membebaskannya selepas melalui proses perundangan panjang dan penuh berliku.
Peguamnya, Karpal Singh, berkata Johari kini dianggap orang yang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabit kesalahan.
Pada 4 Januari, 1998, Johari dan seorang lagi ditangkap polis di Gelugor, Pulau Pinang, kerana memiliki 35kg ganja, dan sejak itu dia direman kerana tuduhan ke atasnya tidak boleh diberikan jaminan.
Seorang lagi yang ditangkap bersamanya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Mei 2000.
Johari dijatuhkan hukuman mati sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2004 dan kedua pada Januari 2011, oleh Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.
Karpal berkata, selepas disabit kesalahan, Johari ditempatkan sebagai tahanan menunggu hukuman mati di antara 2004 dan 2010.
Hukuman ini diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2010, dan perbicaraan semula diarahkan.
Pada Januari 2010, sekali lagi, Johari dijatuhkan hukuman mati, tetapi minggu lalu, Mahkamah Rayuan membebaskannya atas alasan teknikal.
Karpal berkata, perbicaraan semula memerlukan anak guamnya dikenakan tuduhan di mahkamah majistret telebih dahulu sebelum perbicaraan tuduhan pengedaran dadah boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi.
"Mereka mengulangi semua prosedur dan membekalkan dokumen kepada si tertuduh seolah-olah Johari dihadapkan tuduhan baru," katanya.
Namun, katanya, pihak pendakwa memulakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Kini, Johari bebas, tetapi dia masih dihantui hari-harinya di penjara Perlis itu. Mana tidaknya, dia ditahan sebegitu lama.
"Mereka yang ditahan teruk menghadapi tekanan kerana menunggu hukuman mati. Ia mematahkan anda.
"Anda tidak akan keluar sebagai orang yang sama, walaupun didapati tidak bersalah atau diampunkan. Semuanya terlambat. Selagi belum kena, anda tidak akan tahu perasaan ini," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada The Malaysian Insider di Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Johari berkata, apa yang dilaluinya tidak boleh dibayangkan orang lain, dan dia kehilangan beberapa tahun daripada hayatnya, dikurung bersendirian di dalam sebuah bilik yang tiada kemudahan ketika berusaha untuk bebas daripada tuduhan yang membawa kepada hukuman mati mandatori.
"Tidak ada televisyen, tetapi ada masanya banduan diberi peluang baca akhbar. Teman saya hanyalah sebuah walkman yang dibelikan keluarga saya.
"Bila anggota keluarga menziarahi saya, kami diberikan masa 30 minit berbual, namun sentuhan fizikal dihalang oleh sebuah skrin. Ia tidak dibenarkan walaupun pada Hari Raya," katanya.
Johari kelihatan masih diselubungi pengalamannya di penjara, seolah-olah masih belum reda daripada kejutan kesan apa yang berlaku.
Tetapi beliau dengan tegas dan jelas mahu hukuman mati dimansuhkan, kerana setiap insan perlu diberi peluang kedua.
Dia masih ingat ketakutannya di dalam penjara, dan bagaimana beberapa rakan banduan akan dibawa keluar, tidak kembali lagi, dan hanya mampu berdoa.
"Tidak ada pengampunan jika dijatuhkan hukuman mati. Janganlah lakukannya. Manusia tidak boleh membuat undang-undang untuk membunuh manusia lain," katanya, dan menambah bahawa Lembaga Pengampunan lembap dalam memberikan satu lagi peluang hidup kepada banduan hukuman mati.
Adik Johari, yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, 39, berkata ibu bapa mereka amat terkesan dengan apa yang berlaku ke atas anak sulung mereka, dan beberapa kali menyerah kalah.
Mereka tidak arif tentang undang-undang, dan hanya bergantung kepada Karpal dan anaknya Jagdeep Singh Deo, sepanjang perbicaraan. Jagdeep, kini Exco kerajaan Pulau Pinang dan sudah berhenti menjadi peguam.
"Kami amat gembira Johari kembali ke pangkuan kami. Jika semua ini tidak berlaku, dia mungkin sudah berkahwin dan sudah ada dua anak.
"Keluarga kami mengharungi kesusahan ini bersama. Kami perlu menghadapi pandangan masyarakat. Manusia tidak cepat memaafkan atau memahami bila dapat tahu ada penjenayah di kalangan keluarga anda," kata Johan.
Mengenai masa depan Johari, Johan berkata, abangnya kini perlu menyesuaikan diri dengan dunia luar yang banyak berubah sepanjang 16 tahun.
"Saya akan mengambil selangkah demi selangkah. Mungkin saya boleh mulakan perniagaan. Dengan usia saya dan rekod saya yang dicemari, saya tidak fikir ada yang mahu ambil saya bekerja," kata Johari.
Karpal berkata, Johari mungkin menempa sejarah sebagai orang yang paling lama dipenjara sebelum dibebaskan daripada tuduhan.
Beliau terkilan dengan perjalanan kes Johari - ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan semula, dan dijatuhkan hukuman mati untuk kali kedua.
"Satu perbicaraan sudah memadai. Saya juga hairan," kata Karpal, yang menulis kepada peguam negara untuk meminda tuduhan ke atas Johari kepada tuduhan memiliki dadah, yang membawa kepada hukuman penjara, namun permohonannya ditolak.
Karpal, yang berjuang untuk memansuhkan hukuman mati, berkata hakim boleh menggunakan budi bicara di dalam kes tertentu.
"Hakim juga mendapat tekanan kerana hukuman mati mandatori," katanya, dan mencadangkan mahkamah diberi kuasa menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati atau tempoh penjara berdasarkan fakta kes. - 3 Mac, 2014.TMI

Ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik - Mizz Nina berhenti menyanyi

Posted: 02 Mar 2014 06:13 PM PST


Mizz Nina
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.
"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.
"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.
Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu.
Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh.
Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.
"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.
"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya.
Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan iaitu Madeena.
"Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor.
"Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," tuturnya.

‘Penghibur jalanan’ meriahkan Bukit Bintang

Posted: 02 Mar 2014 06:39 AM PST

 | March 2, 2014
Sentuhan Penghibur jalanan menjadi tarikan rakyat tempatan dan pelancong ke Bukit Bintang.
FMT FOCUS
Muzik Jalanan (2)PETALING JAYA: Bukit Bintang dI KuaLa Lumpur merupakan kawasan  tumpuan rakyat Malaysia mahupun pelancong untuk membeli belah atau  pun hiburan malam.
Banyak komplek membeli belah terkenal serta pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan bar.
Pelancong dari pelbagai negara, dari Asia, Timur Tengah hingga Amerika Latin memenuhi Bukit Bintang sejak awal petang hingga pagi terutama pada hujung minggu.
Namun, hiburan di Bukit Bintang bukan sahaja bar dan kelab malam tetapi juga penghibur jalanan yang bermain muzik atau lebih dikenali dengan panggilan baskers.
Pada 21 Febuari lalu, FMT telah menemubual sebuah kumpulan baskers yang melakukan persembahan di hadapan Bank CIMB di Jalan Bukit Bintang.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Sentuhan Baskers ini yang dibentuk hampir dua tahun lalu kini menjadi antara tarikan rakyat serta pelancong Bukit Bintang apabila mereka memulakan persembahan mereka bermula jam 10 malam.
Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh empat orang, namun adakalanya disertai juga oleh rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.
Menurut Izzat, 23 tahun, ketua kumpulan, penyanyi, pemain gitar kedua serta pengasas kepada Sentuhan Baskers ini, mereka memilih untuk berada di jalanan kerana minat yang mendalam kepada musik.
Menurutnya, sebelum tertubuhnya Sentuhan Baskers, dia hanya berbasking sendirian atau bersama seorang rakan di sini.
"Ini minat saya…sebab nak hiburkan orang awam dan pelancong-pelancong yang datang secara terbuka," katanya dalam suara serak basahnya itu.
Tambahnya lagi, mereka belajar erti keikhlasan dalam menghiburkan orang ramai melalui basking.
'Saya penghibur'
Muzik Jalanan (1)"Pada saya seorang penghibur, tugas (dan) niat saya untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Dari situ saya belajar erti keikhlasan bagaimana saya menghiburkan orang, saya memberi kepada orang.
"Sebenarnya bukan meminta, tapi kita memberi dan Alhamdulillah, apa yang diberi itu dapat hasil dengan wang ringgit. Basking ini kerjaya saya, sebelumnya asal itu memang bermain di kelab, (menjadi) back-up artis tapi sekarang saya memilih cara ini (basking) sebab ini minat saya," terangnya.
Tambah anak muda dari Pulau Pinang itu, Sentuhan Baskers memainkan lagu-lagu sedia ada dengan susunan muzik yang tersendiri.
"Saya lebih suka kita buat arrangement sendiri, apa muzik saja…lebih baik main muzik sendiri. Dalam masa yang sama kita gubahkan lagu orang sebab kita nak meningkat ,,,kita nak belajar. Untuk saya dalam muzik kita nak buat sesuatu berlainan," tambahnya lagi.
Menurut Izzat, mereka berada di sana hampir setiap malam kecuali jika ada urusan tertentu manakala barisan pemuzik adakalanya juga berubah bergantung kepada jadual masing-masing.
Apa yang paling menarik mengenai kumpulan ini pastilah kemampuan mereka untuk melibatkan penonton dalam persembahan mereka. Selama lebih dua jam kami di sana, dapat dilihat penonton bergelak tawa, menyanyi bersama malahan ada juga yang kelihatan menari.
Yang paling menarik perhatian ramai pastilah Ramli Abas, 63 tahun, ataupun lebih dikenali sebagai Papa Rock Bukit Bintang, mungkin kerana Ramli menggayakan rambutnya seperti Papa Rock Ramli Sarip.
Ramli, yang berkerusi roda sejak tahun 1990 kerana kemalangan yang menyebabkan tulang belakangnya patah, berkata dia sudah menceburi bidang basking sejak 20 tahun yang lalu untuk mencari rezeki tambahan.
Telatah Ramli ternyata mengusik hati para penonton terutama sekali apabila Ramli menyanyikan lagu Kamalia dendangan Sweet Charity.
Gayanya seperti rockers sejati itu pastinya mencuit hati sesiapa, tambahan pula dia sendiri sempat mengusik beberapa gadis yang hadir serta berkongsi mikrofon dengan penonton yang lain.
`Cari rezeki'
Muzik Jalanan (3)"Saya memang mencari rezeki melalui cara ini…saya menghambakan diri kedalam bidang baskers. Kerusi roda ini tak menghalang saya (basking) dan budak-budak baskers rata-ratanya sudah kenal saya.
"Kebiasaannya kalau saya ada di sini boleh katakan crowd (penonton) penuh, ramai peminat…boleh katakan semulajadi anugerah tuhan kepada saya," katanya lagi.
Selain dari Ramli, seorang lagi ahli yang menarik perhatian pastilah anggotanya yang bertudung, Fazilah Asmar.
Gadis berusia 28 tahun ini ternyata mempunyai suara yang lunak dan tidak gentar beraksi di hadapan penonton.
Menurutnya, dia memang cintakan muzik dan menyertai kumpulan ini menerusi  rakan-rakan, walaupun dia sendiri sebenarnya sudah bekerja sebagai pengurus butik pakaian terkenal.
"Penat tu pada saya tidak sebab ini minat, hobi saya jadi apa yang saya buat itu saya rasa puas. Jadi saya tidak rasa apa yang saya buat itu memenatkan atau membebankan saya, apa yang saya rasa ialah enjoy (senang)," katanya lagi.
Tambah Fazilah, yang lebih mesra dengan panggilan Zila, imej bertudung itu tidak menghalang dirinya dari berkecimpung dalam bidang hiburan ini.
Jika dilihat dari persembahan mereka, ternyata yang dapat dilihat ialah setiap ahli Sentuhan Baskers sendiri menikmati saat mereka menghiburkan orang ramai, senyuman tidak lekang dari bibir masing-masing malahan ada ketika mereka sendiri tertawa dengan telahan masing-masing ketika melakukan persembahan.
Adakalanya, mungkin muzik mereka sedikit 'lari' namun kemampuan mereka untuk kembali mencari rentak yang sama dan menghiburkan penonton tidak dapat dipertikaikan.
Menjelang jam satu pagi, Sentuhan Baskers menamatkan persembahan mereka dan penonton mula beransur namun 'kehangatan' persembahan mereka masih dapat dirasai.

Ali Tinju [senaman punggung] marah Malaysiakini kerana laporan mengenai Rosmah

Posted: 02 Mar 2014 04:34 AM PST

Radzi Razak | 4:32PM Mac 2 2014


  • NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

    Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (kanan, berbaju kuning) berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

    "Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

    "Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.

    'Datang dengan surat, bukan pistol'

    Ali yang turut mengetuai Sekretariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT) memberi tempoh 7 hari kepada Malaysiakini untuk memohon maaf atau berdepan dengan protes besar-besaran NGO itu.

    -Bagaimanapun Ali berkata beliau perlu meminta permit dari polis di bawah Akta Perhimpunan Aman terlebih dahulu sebelum mengadakan protes tersebut.

    Beliau turut berkata hanya akan membawa 20 hingga 30 orang kerana tidak mahu mengganggu lalu lintas dan perniagaan pada hari tersebut.

    "NGO ini ikut peraturan sedia ada, perlu ambil kelulusan polis dahulu... tak ada botol, kaca, pistol kita datang dengan surat sahaja, kita suarakan bantahan itu.

    "Bagi saya tak perlu bawa 1,000, 2,000, itu budaya songsang, budaya hura-hara rosakkan kedai orang lain," kata beliau. - malaysiakini

TERLATEST : Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid Hamidi


Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.

"Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.

Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).

Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.

Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ali yang lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.

Kerja separuh jalan

Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.

"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)

Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.

Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.

Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau. - malaysiakini



Budak Perempuan 9 Tahun Tinggal Bersama Anakonda

Posted: 02 Mar 2014 12:23 AM PST

Print Skrin dari YoutubePrint Skrin dari YoutubeWARREN (Michigan): Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang taksub terhadap haiwan reptilia menjadikan rumahnya di sini sebagai tempat tinggal 30 spesies tersebut, lapor akhbar Miror News kelmarin.
Kanak-kanak berkenaan, Charming Krista tinggal bersama spesies reptilia seperti anakonda dan ular sawa sepanjang 3.6 meter selain mempunyai hobi memberi makan aligator yang dibela di kediaman keluarganya.
Ayah Krista yang juga seorang pakar ular, Jamie, 33, mula memperkenalkan ular pada Krista semasa usianya dua tahun.
Anak sulung daripada tiga beradik itu turut memuat naik beberapa klip video berhubung minatnya di laman perkongsin video YouTube.
"Semua orang takut pada ular tetapi saya menganggap ular sebagai haiwan yang menakjubkan.
"Saya bercita-cita untuk membina sebuah zoo kecil apabila dewasa kelak," katanya.- Agensi

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Masihkah Kita Mahu Percaya Pada CINABENG Kajang...???

Posted: 02 Mar 2014 06:00 PM PST

Baca laporan akhbar kosmo 1 mac 2014...


Kemudian korang tengok pulak dua gambar di bawah...



Rasa-rasa korang boleh percaya ke apa yang cinabeng kajang cakap tu...?

Harap pemimpin umno/bn jangan percaya sangat dengan mereka tu sudah la...

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Betul ke @Zahid_Hamidi Iktiraf @Malaysiakini Wahai Ali Tinju ? #msmw2014 cc @NajibRazak

Posted: 02 Mar 2014 09:37 PM PST

Penjelasan penganjur MSMW 2014 sila klik sini :

Jelas semua kekeliruan sudah dijelaskan oleh penganjur program.

Sebelum itu :

Program Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Februari lalu telah menggegarkan alam maya apabila Menteri Kementerian Dalam Negeri telah memberikan anugerah kepada pemenang yang dipilih melalui undian atas talian  (online) antaranya kepada portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini.

Selepas itu Panglima sudah menjelaskan anugerah ini dibuat melalui undian atas Talian memandangkan ada pihak sudah keliru dan termakan propaganda murahan Malaysiakini selepas gagal mencari isu untuk hentam Menteri Dalam Negeri.


Artikel sebelum ini

Selain Malaysiakini, GLC seperti Maybank dan AirAsia juga turut menerima anugerah berdasarkan undian pembaca dan pelayar portal mereka.

Selepas itu Malaysiakini seperti kebiasaan memutarbelitkan keadaan demi membalas dendam kepada DS Zahid Hamidi dengan menggunakan perkataan 'Zahid akhirnya akur M'kini media sosial cemerlang.



Yang sekali pandang kita lihat seolah-olah anugerah ini dipilih oleh Zahid bukan pembaca yang mengundi. Sedangkan Menteri KDN hanya menyampaikan anugerah bukan memilih siapa yang akan menerimanya.

Paling lantang ialah NGO Pro Kerajaan PVTM diketuai Ali Tinju yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada Menteri dalam Negeri semalam.




Kita faham mungkin beliau ada agenda peribadi untuk seseorang namun perkataan terlalu celupar tidak sepatutnya dilemparkan kepada Zahid hanya kerana beliau menyampaikan anugerah kepada pemenang termasuk Malaysiakini.

Besar bezanya antara memberi anugerah dan menyampaikan anugerah. Pemilihan dibuat penganjur berdasarkan undian dan tidak ada isu bahawa Malaysiakini menjadi punca Menteri perlu dimaki sedemikian. 

Melagakan antara Zahid dengan Rosmah bukanlah satu sikap profesional namun dan paling memeranjatkan pemimpin persatuan bekas askar melakukan perbuatan biadap tersebut kepada pemimpin Kerajaan yang juga pernah berjasa kepada tentera semasa meneraju Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Adakah ini patut diterima atau patut dikecam oleh kita ?

Kalau nak bodek usahlah terlalu kuat sampai menghamburkan perkataan keji terhadap pemimpin kita. Jangan masalah peribadi dijadikan masalah nasional seperti ANWAR. Jangan terlalu ghairah sehingga menyakiti hati orang lain dan para penyokongnya.






Aksi Tonggeng punggung Ali Tinju yang memalukan penyokong Kerajaan yang dijadikan isu oleh pembangkang dan dikaitkan dengan isteri PM.


Sekali lagi, propaganda 'sampah' ini jangan mempengaruhi kita semua kerana ia hanya mahukan kita bergaduh sesama sendiri dan melagakan antara PM dengan Menteri secara tidak langsung.

Kebetulan pula Malaysiakini juga memberi promosi kepada Ali Tinju seperti anda dapat saksikan video di atas

Adalah ada agenda mereka berdua ? Wallahu A'lam

Hanya 'sampah' sahaja akan makan propaganda sampah seperti yang kita saksikan ketika ini !!!

Sent from my iPhone

Artikel Panas 'Jantankah Pas?' Serlah Kebodohan @Anwaribrahim - Sebarkan !!!

Posted: 02 Mar 2014 03:51 PM PST


SESEKALI menyelak Suara Keadilan, akan adalah momokan-momokan yang terpacul daripada laporannya.

Terbaharu, terbitan 25 Februari 2014 media rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melaporkan kenyataan oleh 'bakal Menteri Besar Selangor yang baharu', Anwar Ibrahim mengenai tujuh keutamaan Kajang.

Tujuh perkara itu adalah kononnya hasil dapatan utama daripada 'pengalaman' Anwar berinteraksi dengan penduduk Kajang yang katanya, menunjukkan perkara itu memerlukan perhatian.

Cuma, yang peliknya daripada tujuh perkara itu, tiga isu pokok iaitu pengurusan sampah dan kebersihan; pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil serta perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang, dibangkitkan oleh Anwar, bukannya di bawah kerajaan Pusat. Tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) kerajaan PKR Selangor.

Macam mana Anwar mahu menjadi Menteri Besar sekiranya bidang kuasa PBT pun dia sendiri tidak tahu? Masalah gerai penjaja, pengurusan sampah dan Majlis Perbandaran Kajang adalah masalah kerajaan negeri Selangor. Mengapa perlu menuding jari kepada kerajaan Pusat? Tidakkah ibarat 'meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri'?

Apakah Anwar layak menjadi Menteri Besar ketika penyandang jawatannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri menolak kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang kononnya mendapati rakyat Kajang mahu Anwar menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Bahkan, Abdul Khalid menyelar habis kajian itu sebagai satu cubaan mahu memutarbelitkan rakyat Selangor.

Dalam konteks kedudukan siapa Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini, Pas sepatutnya menjadi kuasa penentu yang dominan. Dengan penguasaan 15 kerusi DUN, lebih satu daripada PKR, Pas sudah boleh buat hiruk-pikuk soal ini.

Mengapa suara-suara yang datang daripada Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman kelihatan sudah senyap.

Sedangkan pada peringkat awal ketika kemuncak kalangan penyokong PKR mencanangkan Anwar sebagai Menteri Besar, Suhaizan tidak bersetuju! Katanya, perkara mengenai Menteri Besar patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi pakatan pembangkang.

"Tindakan ketua pembangkang itu membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kajang dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.

"(Malah) tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada," kata Suhaizan.

Mohd. Khairuddin juga senada Suhaizan. Kata Mohd. Khairuddin, Pas Selangor akan mengemukakan senarai calon sendiri untuk jawatan Menteri Besar jika Abdul Khalid berundur dan mengosongkan kerusinya. Malah, katanya, Exco negeri, Iskandar Samad merupakan calon utama selain beberapa nama yang difikirkan layak dan sesuai.

"Mengapa kita tidak hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," kata Mohd. Khairuddin.

Cuma, persoalannya, sejauh mana kejantanan Pas dalam mempertahankan hak-hak parti itu di Selangor?

Banyak insiden yang berlaku dalam hal-hal melibatkan di mana Pas sepatutnya mendapat lebih bahagiannya sebelum ini, tidak pula disuarakan oleh kepimpinannya.

Cuba tanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kenapa perlu Mursyidul Am Pas itu yang semua tahu tidak berapa sihat sanggup melalui perjalanan jauh dari Kelantan tahun lalu untuk menemui Bishop Sebastian Francis dan Karpal Singh di Pulau Pinang? Kenapa tidak dinyatakan bahawa dalam kedua-dua pertemuan itu, Nik Abdul Aziz telah menjelaskan kenapa Majlis Syura mengambil ketetapan menentang pendirian Karpal dan Bishop Sebastian yang mahukan kalimah Allah itu bebas digunakan dalam Bible Melayu?

Kenapa tidak digunakan kesempatan itu untuk memahamkan mereka? Cuma yang tampak ketara, pertemuan bersejarah itu diraikan dengan kek hari jadi.

Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga goyah dengan pendiriannya dalam mempertahankan isu membabitkan kalimah Allah sehingga terpaksa 'diperkukuhkan' dengan kenyataan Anwar.

Malahan, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali turut mengambil pendirian isu kalimah Allah yang ditentang penggunaannya dalam bible Melayu dan Majlis Syura Pas, tidak akan menjadi agenda kempen Pas dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tahun lepas.

Lebih pelik lagi, tidak ada komentar daripada siapapun blogger pro Pas yang meminta orang Pas supaya bersuara memberi sokongan kepada barisan peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dalam mempertahankan kalimah Allah. Di mana kejantanan Pas?

Cuma, kalau pun ada suara jantan Pas, mungkin ia datang daripada bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Allahyarham Datuk Harun Taib yang berani menyuarakan agar Pas mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR. Ini diluahkan dalam ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia di Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 13 September lalu tahun lalu.

Harun mengambil iktibar daripada kemerosotan prestasi Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, yang cuma menang 21 kerusi Parlimen tetapi hilang kerajaan negeri Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini, Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR. Namun, Allah lebih menyayangi orang yang tegas dan berprinsip seperti Allahyarham Harun. Apa yang dibangkitkan oleh arwah, tidak ada susulannya.

Pas semakin hilang pendayungnya. Pas perlu berdiri di atas kaki sendiri kalau pun mahu terus berada dalam platform pakatan pembangkang.

Sejak pemilihan Pas yang lalu sehingga hari ini, difahamkan, telah tiga kali mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat diadakan.

Dalam siri mesyuarat berkenaan, dikatakan Abdul Hadi menerima tekanan begitu hebat dalam isu tertentu yang dibangkitkan.

Ini sehinggakan acap kali terpacul daripada mulut seorang pemimpin kanan parti yang juga pendokong kuat Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK Pas Pusat itu terhadap Abdul Hadi: 'Kalau tak setuju, sila letak jawatan'.

Di mana penasihat guaman Abdul Hadi ketika Presiden Pas itu terkontang-kanting keseorangan tahun lalu, sehinggakan terpaksa berdepan dengan satu kes penghakiman ingkarnya baru-baru ini.

Terserlahkah kejantanan Pas dalam mempertahankan apa sahaja prinsip dan pendiriannya menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini?

Hal ini tentu sekali akan berlaku apabila melibatkan soal kedudukan Menteri Besar Selangor, tidak kira menang atau kalah Anwar. Adakah Pas kekal jantannya?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140303/re_05/Jantankah-Pas#ixzz2uquXNJLm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPhone