Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SPR DISARAN BAWA MASUK 50,000 ORANG BANGLADESH & MYANMAR DI KAJANG

Posted: 01 Mar 2014 07:45 PM PST

PRU13 isu pengundi Bangladesh, PRK Kajang isu pengundi Myanmar pula
Kemenangan DS Najib dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu pada mulanya tidak diterima khususnya oleh DS Anwar Ibrahim (Anwar) dengan alasan wujudnya pengundi asing khususnya disebut angka 40,000 orang Bangladesh. Demontrasi bantahan Black 505 hanya terhenti apabila hasil pertemuan eksklusif saya tempoh hari berjaya mematikan dan seterusnya menamatkan isu tersebut. 

Namun demikian, baru-baru ini ada lagi pemimpin PKR yang membuat tuduhan baharu kali ini kononnya terdapat pengundi dari negara Myanmar pula. Ianya sudah dinafikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Sementara itu, Pilihanraya Kecil Kajang terpaksa diadakan tanpa sebab yang munasabah kerana mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang tidak mengalami masalah kesihatan atau pun dihukum oleh mana-mana Mahkamah. Dia pun masih hidup. Oleh itu, sepatutnya tiada sebab dia meletak jawatan.

Satu perkara rakyat Malaysia tidak begitu jelas ialah rupa bentuk wajah orang Bangladesh. Sebab itulah semasa PRU13 terdapat rakyat Malaysia yang hitam gelap diheret dan dituduh sebagai orang Bangladesh. Walhal dia sebenarnya rakyat Malaysia berketurunan India. Seseorang yang berwajah hitam, pendek, rambut separuh berserabut dan sebagainya tidak semestinya merujuk kepada orang India. Janganlah kita menghina orang India. Terdapat ramai orang India yang kacak dan cantik di Malaysia.

Sekarang ini, timbul pula tuduhan pengundi Myanmar di Kajang. Orang Myanmar pun berkulit sawo matang kehitaman, kadang rambut lebat berbadan kecil, ada juga yang gempal sedikit. Kadangkala hampir-hampir sama juga dengan orang India dan orang Melayu.


Cadangan Bawa Masuk 50,000 Orang Bangladesh & Myanmar
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada SPR supaya membawa masuk 40,000 orang Bangladesh dan 10,000 orang Myanmar ke Kajang. Dengan jumlah kira-kira 50,000 orang Bangladesh dan Myanmar ini, maka bolehlah pihak media membuat rakaman wajah-wajah sebenar orang Bangladesh. 

Rakamlah bentuk tubuh mereka, suara mereka, bahasa pertuturan mereka, cara mereka menulis, cara mereka berdiri dan sebagainya. Kemudian tunjukkanlah kepada pihak PKR wajah-wajah sebenar orang Bangladesh dan Myanmar. Kemudian tanya kepada mereka pula, mana dia 40,000 orang Bangladesh yang disebut semasa PRU13 dahulu? 

Idea ini memang nampak berat, tidak mengapalah kerana inilah satu cara yang mudah boleh dibuktikan kepada PKR rupa bentuk orang Bangladesh yang sebenar. Saya bimbang apabila DS Anwar tewas di Kajang, dia akan menyalahkan pula kewujudan kononnya pengundi Myanmar. Maklumlah pemimpin mereka sudah pun menyebut hal ini.

Di samping itu, rakyat Malaysia keseluruhannya bolehlah meyaksikan dengan mata kepala sendiri wajah-wajah sebenar orang Bangladesh dan Myanmar. Bayangkanlah dalam minda anda wajah-wajah mereka kalaulah benar wujud semasa mengundi dalam PRU13 dan PRK Kajang nanti.

Kos penghantaran pergi-balik mereka sudah tentulah DS Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Tian Chua sudi mengusahakan pembayarannya kerana bukankah mereka yang menimbulkan isu pengundi Bangladesh dan Myanmar? Bukankah mereka yang hendak sangat melihat bukti-bukti orang Bangladesh dan orang Myanmar? Kumpulkanlah mereka di Stadium Kajang. Rakyat Malaysia pun mahu tahu bagaimana rupa bentuk orang-orang Bangladesh apabila dikumpulkan seramai 40,000 orang itu, dan bagaimana karakter pula 10,000 orang Myanmar apabila dikumpulkan.

Pihak SPR tidak perlu mengeluarkan satu sen pun kerana yang mahukan bukti nyata kewujudan orang Bangladesh dan Myanmar ini ialah mereka sendiri.

Bagaimana pandangan anda? Dengan cara ini, SPR tidak perlu lagi asyik menafikan tuduhan mereka, sebaliknya dengan cara ini ianya akan terjawab dengan sendirinya dan dapatlah memuaskan hati mereka yang asyik menimbulkan isu kewujudan pengundi Bangladesh dan pengundi Myanmar. Mereka yang mencipta isu, biarlah mereka pula yang menjawabnya sendiri.

Artikel ini bukan sindiran, dan tidak minta anda ketawa.

Selamat Berhari Minggu.
KLIA, 2/3/2014.

Sumber di SINI

JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG ....DAP TETAP TAK PUAS HATI!

Posted: 01 Mar 2014 06:07 AM PST


Tak lama lagi orang di Pulau Pinang bakal menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri malam ini. Jambatan ini sekaligus dapat memintas sejarah yang pernah ditempa oleh Jambatan Surabaya - Madura (Suramadu) yang terletak di Tanah Jawa, Indonesia yang sebelum ini memegang rekod jambatan paling panjang di Asia Tenggara.

Ketepikan dulu soal politik jika ada pihak yang mengatakan bahawa Jambatan ini hanya memanfaatkan penduduk Pulau Pinang yang majoritinya menyokong DAP. Kita utamakan dulu kepentingan negara dari sudut ekonomi dan prestij.  


Ketepikan juga suara-suara sumbang yang mengatakan kononnya kontrak pembinaan dan tol di Jambatan kedua ini diberikan pada kroni-kroni Barisan Nasional.

Hakikatnya golongan pembangkang chauvinist tetap tidak berpuas hati selagi mereka tak dapat menguasai dan memiliki segala-galanya. Memang itu sikap tamak dan materialistik yang akan merugikan mereka sendiri.


Mungkin lepas ini puak-puak individualistik materialistik chauvinist akan mengritik sepatutnya jambatan ini tidak dikenakan sebarang tol kerana kononnya mereka telah membayar begitu banyak cukai pada negara. Inilah sikap orang yang tamak lagi tak tahu berterima kasih. Walhal banyak juga wang yang mereka sorok dan tak declare pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam serta amat takut kepada GST.  

Kalau tak nak bayar tol di Jambatan Kedua ini, guna saja feri atau naik pengangkutan awam, tak pun berenang saja ke pulau. Sapa pun tak larang.

Kerajaan lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding segelintir pemimpin chauvinist rasis yang materialistik yang terus menerus mengkritik kerajaan walhal mereka tidak mampu berbuat apa-apa.


Terkenang ketika tahun 1982 dulu ketika mantan YAB PM Tun Mahathir hendak membina Jambatan Pulau Pinang pertama. Puak-puak chauvinist sosialis paling kuat menentang kononnya membazir, merosakkan alam sekitar dan merugikan syarikat feri. Namun semuanya auta belaka, mereka pula tanpa segan silu menggunakannya hasil titik peluh orang lain. Sekali lagi mereka habuk pun tadak. Cuma cuci kaki jer.

Ketika kos Jambatan Pulau Pinang berjaya ditebus dengan wang negara tanpa perlu berhutang lagi dengan mana-mana bank negara asing, si chauvinist tetap menyatakan kerajaan menipu soal kos dan meminjam dari negara ketiga untuk menebus jambatan itu. Sedikit pun tak berterima kasih dan bangga dengan kebijaksanaan Tun M. Memang mereka jenis habuk pun tarak. 


Ketika hendak menawan Pulau Pinang mereka terus berkempen hendak mempercumakan tol Jambatan Pulau Pinang. Namun setelah menang, janji itu tidak mampu dilaksanakan. Bahkan tol Sungai Pinang yang sempat didemo mereka juga gagal dipercumakan. Rakyat marah dan cuak dengan sikap pembohong mereka. Sekali lagi mereka ini sembang jer deras tapi habuk pun tarak.

Dulu bila kerajaan sibuk nak buat jambatan kedua ini, mereka sibuk mencanangkan untuk membina terowong Pulau Pinang dengan kos lebih murah cuma RM1 bilion saja. Namun akhirnya si Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ketamadunan Pulau Pinang itu menyalahkan sistem Microsof Excel dan silap taip. Sekali lagi habuk pun tarak...  

Kita saksikan saja apa lagi drama yang akan dimainkan oleh puak-puak kufur nikmat ini. Mungkin mereka mahu membina patung berhala mazu menghadap jambatan kedua ini? Perancangan DAP memang dah ada kan?

Namun kepada kerajaan Barisan Nasional kami tetap berterima kasih atas kejayaan pembinaan dan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang ini. Syabas!


SURAT TERBUKA KEPADA THE MALAYSIAN INSIDER : ANTARA RASUAH POLITIK & RASUAH POLIS

Posted: 01 Mar 2014 12:29 AM PST

SILAP TAIP AMAUN & SILAP KIRA CEC , BOLEH PERCAYA KAH? TMI ADA JAWAPAN GHAIB !
ANTARA RASUAH POLITIK & RASUAH POLIS
Saya membuka mata terbeliak kepada The Malaysian Insider (TMI) kerana mendedahkan kononnya 60 pegawai polis disyaki terlibat dalam rasuah dan kononnya seorang pegawai kanan polis mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun bank.
Walaupun Ketua Polis Negara telah menafikan perkara ini, namun sudah menjadi suatu kebiasaan media internet seperti TMI suka meniupkan khabar angin, hipotesis dan gembar-gembur untuk mendapat pot pembaca. 

Biasalah dalam kewartawanan, anda tidak akan menulis "Kereta Melanggar Anjing", sebaliknya anda akan menulis "Anjing Melanggar Kereta", baharulah orang akan terkejut membacanya kerana apabila tajuk berita Anjing melanggar kereta sudah tentulah orang akan terkejut dan bernafsu untuk membacanya.

Isu sebenarnya ialah, bagaimana TMI boleh menyimpulkan laporan seorang dua anggota polis yang membuat salah dihukum awal-awal oleh laporan berat sebelah tanpa pihak sebelah. Perbuatan ini sudah melanggar etika kewartawanan, dan Konvensyen Geneva tentang hak memberikan laporan yang adil. 

Sebaliknya mengapakah perkara yang senang seperti perusuh yang melompat-lompat dan menari-menari atas bonet kereta tidak berjaya dirungkai oleh TMI, bukankah TMI mengakui merekaah akhbar internet paling terberprestij. Di mana jurukamera TMI ketika itu? Saya pasti mereka ada jurukamera yang terlatih merakamkan adegan itu tetapi barangkali tidak mahu menyerahkannya kepada pihak polis. Atau barangkali mereka mahu setiap keping gambar itu dibayar supaya menjadi pendapatan sampingan mereka. 

Hakikatnya ialah pihak polis yang melakukan kesalahan dalam jumlah yang kecil tadi maka senanglah dikenalpasti. Sebaliknya perusuh-perusuh yang menterbalikkan kereta pula ramai dan tidak cukup bukti untuk dihukum. Dalam kes ini pihak polis menjadi mangsa keadaan.

Namun kepada TMI ianya menjadi terbalik. Jika ada soalan akademik, siapakah ahli politik yang sangat terkenal dengan kes Sodomi di Mahkamah Malaysia?. Sudah tentu satu dunia boleh menjawab dengan mudah orang itu ialah Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak hairan kalau TMI satu-satunya akan menjawab Haji Hadi Awang. Saya memang menyindir, awak marahkah?
Begitulah juga agensi keselamatan negara  seperti ATM, PDRM dan sebagainya semuanya difitnah supaya dapat memenuhi kehendak politik pihak pembangkang termasuklah yang terkini di atas. 


Falsafah Kewartawanan Anjing
Kita ambil contoh demonstrasi BERSIH yang merosakkan harta awam, TMI patut buat homework mengira berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Perusuh-perusuh itu tidak pernah menjadi bahan siasatan media-media seperti TMI kerana mereka "Anjing yang melaggar kereta". Apakah TMI juga mengamalkan ideologi kewartawan anjing itu. Baling ayam dia makan, baling itik dia makan, baling tahi pun dia makan. Itulah etika kewartawanan anjing tak kira apa barang diterima sahaja sama ada yang baik atau busuk.

Dalam pada itu, sebaliknya khidmat polis juga didamba untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang awam. Apabila Teresa Kok panik dan rasa keselamatan dirinya terancam, pihak polis juga yang dicari. 
Persoalan yang lebih besar ialah, mereka ini tidak pernah mahu menghormati amalan Demokrasi. Sepatutnya kalau sudah kalah mengaku kalahlah jangan heret institusi negara. Duduklah diam-diam selama 5 tahun, bersabarlah biarkan pihak polis meneruskan usaha menjaga keamanan publik. 

Oleh itu, janganlah apabila tiada ribut, tiada bukti kukuh, tiada kesahihan hanya berkhabar angin tiba-tiba melaporkan kononnya 60 pegawai kanan polis memiliki sekian juta dalam akaun bank mereka. Ianya bukan kebolehan mana-mana anggota polis untuk mengumpul harta berjuta-juta ringgit pun. Mereka bukan Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu yang terpapar dengan nyata penyelewengan dan amalan rasuah mereka.

Mengapa TMI ghairah sangat menaikkan isu-isu yang berunsur tuduhan dan fitnah sebaliknya kes-kes sebenar tidak disiasat. Ambil contoh depan mata sahaja, berkenaan kes terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km) yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam yang tiba-tiba meningkat dari harga asal sebanyak RM4 Bilion kepada RM6 Bilion. Lim Guan Eng hanya memberi alasan tersalah taip sehingga menyebabkan kos pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang berlebihan sebanyak RM2 bilion. Masuk akal kah? Silap taip amaun? Silap kira CEC DAP? Esok-esok apabila wartawan bertanya kenapa dahi ada plaster? Silap-silap dia jawab kena baling pinggan mangkuk kerana tersilap tidur dengan bini orang pula !

Mengapa TMI tidak membuat siasatan terperinci isu ini? Banyak persoalan boleh ditimbulkan, antaranya adakah lebihan RM2 Billion itu rasuah? Adakah ianya digunakan untuk PRU13? Mengapa asyik beri alasan budak sekolah tersalah taip begitu juga alasan Mesyuarat CEC DAP juga tersalah kira? Biasanya orang Cina kalau bab kira-mengira satu sen pun dia tidak mahu rugi! Siasatlah kerana ianya isu pelik! 


Homework Untuk Meraih Anugerah
TMI patut membuat homework supaya dapat memenangi Anugerah Media Siber Paling Berprestij barangkali tahun hadapan supaya dapat menyaingi Malaysiakini. Homework itu mudah sahaja. Buatlah satu siasatan kewartawanan mengapa Ronnie Liu tidak dicalonkan di dalam PRU13? Yang amat menghairankan mengapa Ronnie Liu tidak membantah pun bilamana dia tidak dicalonkan semasa PRU13? Apakah ada sesuatu yang disembunyikannya? Dan berapa Juta Ringgit berjaya dikumpulkan oleh Ronnie LIu sepanjang sesi 2008-2013 ketika dia menjawat Exco Kerajaan Negeri Selangor? Atau adakah TMI sendiri mempunyai sesuatu terhadap kekayaan luar biasa Ronnie Liu sampaikan tiada satu pun wartawan TMI gah untuk menyelidikinya?

Kajian ini sangat penting supaya TMI boleh menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat, barangkali temanya khusus bertajuk "Di Antara Rasuah Politik & Rasuah Polis". Buatlah perbandingan siasatan antara isu 60 pegawai polis itu dengan beberapa kerat orang di atas itu.

TMI juga perlu meneruskan siasatan kewartawannya terhadap Teresa Kok. Kita pun tidak mahu Teresa Kok tetiba mati terkejut sekiranya ditampar oleh NGO-NGO Melayu, Islam dan NGO Cina Buddha yang marah dengan video klip CNY nya. Bab Teresa Kok ini sungguh banyak kes rasuahnya sebagaimana didedahkan oleh bekas pembantunya antaranya salahguna dana PRU13 sebayak RM186,000. Begitu juga kes tanah di Dengkil, wang dari Yayasan Selangor dan pengeluaran cek-cek tidak mengikut peraturan sebagaimana didedahkan oleh bekas pembantunya sendiri. Tak kanlah perkara kecil seperti ini pun TMI tak boleh tulis? Memalukanlah?

Kesimpulan mudahnya, jika TMI tidak mampu membuat kajian di atas itu sebagaimana tuduhan wewenangnya terhadap pihak polis, maka berhentilah daripada menuduh, memfitnah dan merendahkan institusi kepolisian. Sudah tentu mereka lebih mulia berbanding ahli-ahli politik seperti di atas yang mengamalkan rasuah terang-terangan tetapi tiada sesiapa di dalam TMI yang berani mendedahkannya khususnya amaun-amaun itu.

Ronnie Liu, Lim Guan Eng, Teresa Kok dan mereka yang sewaktu dengannya bagaikan kera mendapat bunga bilamana mendapat sesuatu yang indah apabila jatuh ke tangan orang yang tidak betul maka rosaklah negeri Selangor sebagaimana terjadi sekarang ini. Lebih malang lagi, media seperti TMI tidak pernah mahu mengoreksi kes-kes rasuah dan penyelewengan mereka secara terperinci.  

Kita sering membaca ulasan sesetengah pihak bahawa akhbar Utusan Malaysia buta, malangnya TMI bukan setakat buta, tetapi tuli dan sengaja menutup mata terhadap isu-isu yang lebih besar seperti penyelewengan dan amalan rasuah oleh Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu dan terbaharu buatlah pula siasatan akhbar dakwaan berapa juta mantan ADUN Kajang dibayar oleh Anwar Ibrahim ketika dipaksa meletak jawatan? Itu tidak kira lagi penyelewengan berbillion ringgit dalam kes TALAM yang masih belum dirungkai! 

Saya cabar wartawan-wartawan di TMI supaya menyiasat dan seterusnya dedahkan kepada pembaca hasil siasatan mereka terhadap isu-isu rasuah dan penyelewengan yang melibatkan Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Ronnie Liu di atas. Jika kamu tidak mampu melakukannya, janganlah lagi menulis separuh jalan kerana ianya umpama Anjing yang menghidu-hidu tahinya sendiri lalu memakannya semula.

Nasehat saya, elakkanlah mengamalkan filosofi kewartawanan anjing!, kerana sudah tentu kamu bukannya anjing.

Wartwan Pencen,
Kota Bharu, Kelantan.

*Pandangan di atas adalah daripada kiriman emel oleh Wartawan Pencen, Kota Bharu, Kelantan. Pandangan di atas merupakan pandangan peribadi penulisnya sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak kami.

Nota: Bermula tahun 2014, pihak kami akan menerbitkan ulasan/artikel/pandangan yang bernas daripada pembaca untuk disiarkan di dalam blog ini. Ulasan di atas adalah yang pertama terpilih melalui sikap keterbukaan kami ini. Walaubagaimanapun, ulasan/pandangan/artikel yang disiarkan tidak semestinya mewakili pandangan pihak kami. Kepada yang belum mengetahui emel perhubungan kami, silalah hantar artikel/ulasan/pandangan anda di alamat emel mymassa@gmail.com . 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kassim Ahmad masuk Hospital ....

Posted: 01 Mar 2014 08:30 PM PST


Masa belasan tahun lari dari rumah, kini nak lari dari M'sia!!!!

Posted: 01 Mar 2014 05:15 PM PST


Eloklah tu ... jangan balik-balik!

Wardina adalah anak yang derhaka pada ibu bapanya ketika belasan lalu lari dari rumah menjadi artis dan pelakun serta menjalani khidupan yang liar.

Ketika muncul di TV3 dia menjaja dirinya seolah-olah dia seorang yang soleh dan ibu mithali. Hanya caranya saja mendidek anak yang elok.

Kalau berani, kami cabar Wardina bercakap benar dan akui dia pernah lari dari ibu bapanya.

Wardina baik dengan adik Nurul Izzah, Nurhana dan berjinak-jinak dalam program anjuran Nurul Izah atau Nik Nazmi.

Dia menafikan demi nak jaga periok nasi di TV3.

Namun begitu cara cakapnya dia adalah seorang liberal dan sudah terikut dengan pemikiran liberal PKR dan itulah seabnya dia dipilih memasuki Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional yang diatur untuk minoriti menguasai majoriti.

BUkan iu saja, MKPN adalah satu kumpulan yang mana agenda kumpulan pinggran dan sesat mahu mengubah perlembagaan negara dan mengenepikan kaum dominan negara ini serta ugama Islam, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu  dari arus perdana negara ini.

Eloklah benar Wardina ke Australia dna menetap di sana. Tukar sekai kewarganegaraan kerana bapanya pun berasal dari Australia.

BOLEH BELAH LAH WARDINA!!!!

Prof UMCEDEL risau akan disunat kali ke 2

Posted: 01 Mar 2014 06:30 AM PST


"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mampu mengembalikan kegemilangan BN di kerusi berkenaan.

Fuad yang merupakan pensyarah Sains Sosial (Geo-Politik) itu berkata, berbanding calon lelaki, calon wanita seolah-olah mampu 'mencairkan' pesaingnya sehingga mati akal untuk membuat serangan, di tambah dengan rasa ihsan lelaki terhadap wanita.

 


"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar.

"Ini kerana sebelum ini calon wanita pernah menang di kerusi tersebut, di samping 'track record' Mei Fun yang bersih sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Untuk rekod, kerusi Dun Kajang pernah disandang oleh Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA sebelum ditewaskan Lee Kim Sin dari PKR pada PRU12.



 Menurut Fuad lagi, calon wanita punya kelebihan kerana ia sukar "disentuh" pihak lawan.

"Berbanding calon lelaki, serangan terhadap calon tersebut mudah untuk dibuat kerana banyak isu boleh dijadikan senjata, manakala calon wanita kita kena berhati-hati untuk menyerang kerana banyak perkara yang sensitif tidak boleh disentuh, di samping hati wanita mampu untuk menyentuh hati masyarakat kerana mereka ini penuh dengan nilai kasih sayang, sebab itulah saya rasa Mei Fun mampu membuat kejutan nanti," ujarnya.

Sementara menyentuh mengenai calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim, Fuad yakin kehadiran Zaid hanya menjadi penambah perisa kepada PRK Dun Kajang sahaja.

"Saya rasa Zaid tidak mampu memberi tentangan, PRK Dun Kajang adalah pertembungan BN dan PR bukan untuk parti Bebas," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calon pada 11 Mac.


MyMassa

Ramai pemerhati biasa pasti anggap ini suatu kemungkinan yang susah untuk menjadi kenyataan.  

Namun sudah ada pemerhati veteran menganggap, Kajang bakal menjadi pemulaan kejatuhan Anwar Ibrahim.

Petandanya ...


Mahkamah sahkan Syed Azman pembohong PAS

Posted: 01 Mar 2014 04:00 AM PST


Semalam Februari 26hb, Mahkamh NCVC Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan dua pihak yang lain.

Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM30,000 perlu dibayar oleh defendenpdefenden kepada YAB MB Terengganu .

Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan-defenden dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan.

Oleh tu, boleh percayakah sebarang pendedahan Syed Azman...



Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Live Begins At 40 Tapi Kegemukan Juga Bermula Di Awal Usia 40

Posted: 01 Mar 2014 11:34 PM PST


Asalamualaikum dan salam bloger,
kata orang  live begins at 40 ertinya semua kemuncak kehidupan dan kejayaan bagi lelaki bermula usia 40 tapi sedar atau tidak lelaki-lelaki diluar sana yang kegemukan bagi lelaki juga bermula usia 40.

Maknanya jika anda menghampiri usia 40 pandai-pandailah jaga badan.Dibawah saya kongsikan sedikit tips yang  diambil dari internet ,petua diet sihat tanpa pengambilan ubat.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGASMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAMPengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGIAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHANNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECILKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tuan punya blog ni pandai nasihat orang je,diri sendiri tak ikutpun semua petua kat atas,hentam sajalah,janji tak kena penyakit merbahaya kira alhamdulillah :)

Bangsawan Samseng,Patutkah Di Hormati?

Posted: 01 Mar 2014 05:49 PM PST

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun 'kononnya mulia' dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.
Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.
Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi 'perompak berlesen'.Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja.
Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah.Kehendak mereka by hook or by crook mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.
Mengajar bangsawan SamsengDalam Kanz al-'Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn 'Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah 'Umar bin al-Khattab di Madinah.Lelaki itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman".Kata 'Umar: "Ya!"
Kata lelaki itu: "Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin 'Amr bin al-'As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: 'Aku anak golongan yang mulia'."Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir 'Amr bin al-'As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut.Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: "Pukul dia".
Dia pun memukul sambil Umar berkata: "Pukullah anak golongan yang mulia".Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: "Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti.

"Kemudian khalifah Umar berkata kepadanya: "Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala 'Amr bin al-'As)".Lelaki itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai."
Kemudian Umar berkata kepada 'Amr bin al-'As: "Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?"Jawab 'Amr bin al-'As: "Sesungguhnya aku tidak tahu kes ini".
Sama dsisi TuhanDemikian Khalifah 'Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal 'Amr bin al-'As seorang sahabat Nabi SAW.Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi.
Nabi SAW menyebut: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan Arab), atau 'ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).
Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan 'Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak.
Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan "kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!".Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap:"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361)

.Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.
PupusPerlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampuk kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. 
Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap.
Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.
Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.Inilah yang disebut oleh 'Amr bin al-'As ketika mengulas hadis Nabi SAW mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rom paling banyak rakyatnya.Kata 'Amr: "Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya.
"Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka."Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja."
Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.
Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.
"Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempatlan di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam 'samseng'.
-PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
--------------------------------------------------------------
Saya kira ini satu ulasan yang terbaik dari seorang bekas mufti yang benar-benar datang dari lubuk hati yang ikhlas bukannya nak membodek atau memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Dalam kisah Hang Tuah juga terselit satu kisah yang boleh di jadikan iktibar,bagaimana sikap orang melayu dulu yang terlalu mengagungkan keturunan raja.Raja diangkat seolah sama taraf dengan Rasul,segala titah perintah raja tak boleh dibantah walaupun bercanggah dengan agama .Sesiapa yang membantah dianggap sebagai penderhaka kerana Raja dianggap sebagai Khalifah mewakili Tuhan dimuka bumi.
Itu yang berlaku di tanah melayu di zaman jahiliah dulu boleh diterima tapi amat malang jika orang melayu di zaman ini masih lagi mendewa-dewakan golengan bangsawan atas dasar keturunan semata-mata.Jika peristiwa pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku di zaman ini,saya percaya majoriti masyarakat akan berpihak kepada Hang Jebat.

Perempuan Melayu Bertudung "Di Murtadkan" Oleh Bloger Tak Bertanggungjawab

Posted: 01 Mar 2014 08:59 AM PST



Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber 

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian. 

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO

-Laporan penuh di blog GB -

-ijoks2009-
Bloger-bloger upahan yang tak beretika macam ni kalau buat kerja hanya fikirkan Fulus sahaja dan tak fikir dosa pahala,makhluk-makhluk macam nilah yang dikatakan Al-fulus fiddunia wal mampus fil akhirah

Petua Mudah Dapat Anak Dari Hasan Al-Basri

Posted: 01 Mar 2014 07:20 AM PST

Al-Qurtubi meriwayatkan cerita dari Ibni Shabih.
Pada suatau hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri tentang masa kemarau yang menimpanya.
Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya:
"Beristighfarlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala "
istighfar mohon ampun
 Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya.
Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:
"Beristighfarlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala"
 Ada pula lelaki lain berkata :
"Wahai tuan, doakanlah aku supaya ALLAH subhanahu wata'alamengurniakan kepadaku anak."
Hasan al-Basri kemudian berkata kepadanya:
"Beristighfarlah kepada Allah ALLAH subhanahu wata'ala."
 Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan.
Hasan al-Basri pun berkata kepadanya:
"Beristighfarlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala."
 Ar-Rabi lantas berkata kepadanya:
"Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu tetap menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"
 Hasan al-Basri menjawab:
"Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri."
Sesungguhnya ALLAH subhanahu wata'ala berfirman:
"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun nescaya DIA akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat,
 Danmembanyakkan harta dan anak-anakmu
dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: ayat 10-12)
 Ada seorang lelaki bertanya kepada Hasan al-Basri :
"Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya?Bukankah dia melakukan perbuatan dosa, kemudian memohon keampunan, kemudian mengulangi perbuatan dosa lagi, kemudian memohon keampunan lagi, dan ianya berterusan…?"
Hasan al-Basri lantas menjawab:
"Syaitan sangat berharap jika dia berjaya menggoda kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu meninggalkan istighfar selama-lamanya."-Sumber-