Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Hati-hati Para Isteri ,Jangan Sampai Jadi Nusyuz Tanpa Sedar

Posted: 28 Feb 2014 10:51 PM PST

Sekadar hiasan
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud : "Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi'eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Terdapat tujuh perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah seperti berikut:

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

Ketiga : Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Ketujuh : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya. 

Sahabat yang dimuliakan,

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

-Sumber

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


VIDEO: Mahukah Kajang DUN kuat membohong?

Posted: 28 Feb 2014 09:00 PM PST



Rakyat disusahkan sebab kerajaan PKR lengahkan Loji Langat 2

Posted: 28 Feb 2014 05:00 PM PST


Apa sekali yang akan diperkatakan kerajaan PKR Selangor tentang kejayaan mendapat apa yang konon mereka mahu, Loji Langat 2 dan terowong air dari Sg Semantan Pahang tergendala akibat dilengahkan kerajaan Selangor.


 Loji Langat 2 dan terowong akan hanya siap pada tahun 2017.

Dengan kesediaan kerajaan persekutuan melayani kehendak kerajaan PKR Selangor, ia menunjukkan kepimpinan Najib lebih sedia menyelesaikan masaalah air yang menyusahkan rakyat.


Kerajaan PKR lebih sedia bermain politik dan sedia mengorbankan keselesaan rakyat.

Itu pun ....


PKR tak bertanggungjawab.

Salah kerajaan Selangor pimpinan PKR yang menahan pembinaan Loji Langat 2 dan terowong sumber air mentah dari Pahang. Bila berlaku kemarau, sumber air sudah sampai tahap kecemasan tanpa keupayaan untuk dapatkan sumber lain.

Rakyat akan berhadapan dengan masaalah ini hingga 3-4 tahun siapnya Loji tersebut. Dari menyelesesaikan masaalah ini, PKR hanya mahu bermain politik dengan menyalahkan pihak lain di atas tindakan salah mereka.

Baik sembahyang hajat dari ikut mereka berarak untuk membodoh-bodohkan rakyat dengan menyalahkan orang lain padahal ianya salah mereka sendiri.

Patutkah PKR terus dibiarkan menjadi kerajaan jika tidak tahu bertanggungjawab dan hanya menyusahkan dan membodoh-bodohkan rakyat.

Menyalahkan Daim tapi terpalit balik ke Anwar

Posted: 28 Feb 2014 07:05 AM PST


Demikianlah kenyataan Saifuddin yang mahu merendahkan kekayaan Anwar dengan membandingkan dengan bekas Menteri Tun Daim yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya.

Hairannya sebagai orang yang bukan ahli perniagaan dan bukan pula bberjaya sebbagai ahli perniagaan, bagaimana dia boleh mampu punya rumah yang macam kompleks bernilai RM7 juta dengan keselamatan yang sofistikated????

Sebagaimana gambar di atas menjawab balik, Tun Daim tidak pernah mengkayakan adik beradiknya tetapi Anwar mengkayakan Azmin Ali dengan saham-saham berjuta ringgit padahal gajinya sebagai pegawai hanya beberapa ribu.

Hal ini ada laporan polis dan masih tak kedengaran perkembangannya.

Keluarga Anwar seperti Rani kaya raya. Malah boleh baca blog tulisan berikut:



Kroni Anwar adalah individu ke-3 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Aset beliau bernilai AS$3.2 bilion. IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.

Berita Harian, 8 Disember 1998 melaporkan bapa Anwar miliki saham dalam 20 syarikat. Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi. Anwar membisu bila didedahkan terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

BAca sepenuh di SINI

Pedulikah Anwar hal kecil tapi penting seperti dengue?

Posted: 28 Feb 2014 04:30 AM PST


Janji hebat!!! Nak kasi air percuma, Akhirnya ......

Posted: 28 Feb 2014 12:30 AM PST


Air bercatu ...




Mana cerita air dari lombong?


Apa erti berjanji negeri termaju tapi hal asas pun PKR tak boleh berikan buat rakyat?

Apa erti air percuma bila air pun takde?







Kalau Loji Langat2 dibina dan air dari Sungai Semantan Pahang dapat dibawa dengan kelulusan-kelulusan diberi dari tahun 2009, tak adalah rakyat akan berhadapan masaalah hingga 2017 ketika Loji Langat 2 siap?






MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


TS Khalid akui musuh politik daripada kalangan PKR, tetapi ia ‘perkara biasa’

Posted: 28 Feb 2014 10:58 PM PST



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri.
Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini.

"Saya juga ramai musuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai pergelutan dalaman.

"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.

Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.

Semalam, Lim, merujuk kepada perbalahan di kalangan pemimpin PKR, mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

"Musuh sebenar di Kajang bukanlah daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalam PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. - TMI

Pengawal keselamatan rogol adik dipenjara 16 tahun

Posted: 28 Feb 2014 06:45 PM PST

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik kandungnya, awal bulan lalu.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan 10 sebatan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu bagi setiap tuduhan, serta memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturutan.

Dia didakwa merogol adiknya yang berusia 20 tahun sebanyak dua kali di rumah mereka di Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 8 pagi pada 14 dan 16 Februari.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Manira berkata, sebagai abang sulung, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada adiknya, bukan alat pemuas nafsu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi berkata, tindakan tertuduh merogol mangsa diibaratkan seperti 'harapkan pegar, pegar makan padi'.

Dalam kejadian pertama, pengawal keselamatan itu menarik mangsa ke dalam bilik sebelum memaksanya membuka tuala dan mangsa dipukul di perut.

Dua hari selepas itu, dia masuk ke bilik adiknya dan merogol mangsa sekali lagi.

Kali ini gadis berkenaan dipukul di muka dan kepala ketika cuba menjerit meminta tolong.- SH 1/3/14

Pemilihan PKR : Khalid akan tentang Azmin

Posted: 28 Feb 2014 07:14 AM PST

  • khalid ibrahim dan azmin ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti sekaligus menentang Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.

"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan pre Ksiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," katanya pada Majlis Kasih Bertaut, di kediaman rasminya, malam ini.

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.


Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

Selain itu, Abdul Khalid juga menyatakan keputusan yang dilakukannya tidak melibatkan spekulasi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Saya tak tahu pun Nurul Izzah nak bertanding atau menarik diri," katanya. - SH

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MoU Air, Khalid Mula Menerima Tekanan Dan Serangan Dari ‘Dalam’?

Posted: 28 Feb 2014 07:51 AM PST


Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.

Terbaru bekas ahli parlimen Pas dari kumpulan 'Anwarista', Dzulkefly Ahmad mempersoalkan keputusan mengejut itu dan meminta Khalid untuk tampil memberikan penjelasan.

Sehubungan dengan itu, dia meminta Kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani itu dan meminta agar semua terma tersebut dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dia yang juga merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat, seolah-olah tidak berpuas hati dan mempertikaikan rational di sebalik langkah itu sambil menyifatkan ia berkemungkinan akan dibatalkan sejurus selepas pilihan raya (PRK) Kajang tamat.

Terdahulu apabila diasak berulang kali oleh pihak media, terpaksa menjelaskan, dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Khalid. Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi, dia masih mengkaji tindakan tersebut dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya.


Selain Anwar Timbalan Presiden PKR, Azmin turut dilihat seperti mempertikaikan keputusan tersebut apabila 'bersetuju' dengan pandangan bekas Presiden, Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan yang meminta agar keseluruhan terma MoU itu didedahkan.

Azmin melalui laman twitternya semalam, menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ambiga itu.

Bercakap kepada pemberita semalam, Khalid menjelaskan dia tidak memberitahu Anwar dan partinya berikutan beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.

Khalid berkata, terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan, keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah. Menurutnya lagi, dia mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu atas kapasiti sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.

Persoalannya, mengapakah Anwar dan para 'pengikutnya' begitu marah dengan tindakan Khalid itu? Sedangkan mereka sebelum ini sering menggunakan isu ini untuk menekan Khalid dan menyalahkan kerajaan bagi menimbulkan kemarahan rakyat.

Kesimpulannya mudah, Anwar sebenarnya sedar tindakan Khalid yang 'terburu-buru' ingin menyelesaikan masalah rakyat Selangor itu telah menyebabkan dia kehabisan modal untuk terus menghasut masyarakat khususnya pengundi di Kajang agar membenci kerajaan.

Di masa yang sama, tindakan populis Khalid ini bakal 'merosakkan' peluangnya untuk memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan sekiranya dia berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.

Sedangkan sebagai seorang pemimpin yang kononnya 'suci', Anwar sepatutnya bersetuju dengan keputusan Khalid yang mahu isu air diselesaikan dengan segera. Bukankah ini membuktikan, Anwar sebenarnya hanya mementingkan kepentingan politiknya semata-mata, dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat seperti yang sering di dakwa sebelum ini.

Fikir dan renongkan lah...!!!

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRK KAJANG: EKSKLUSIF - SEMBANG SEORANG PKR DENGAN PAKCIK @KAJANG

Posted: 28 Feb 2014 10:20 PM PST


IKUTILAH SATU PERBUALAN YANG SEMPAT DIRAKAM DI SEBUAH RUMAH DI KAJANG.

MAMAT: Saya cukup tak puas hati kat kerajaan sekarang semuanya mahal, tengok harga rokok...RM12.00 sekotak dulu 5 hinggit jer. Apa ni pakcik kerajaan zalim!

PAK ALI: Lantaklah, pak cik orang miskin, tak merokok. Lagi pun rokok haram disisi Islam. Boleh penyebab kanser dan cepat mati pucuk. Ko tu yang sedang menzalimi diri dan anak bini ko. Sembang dengan aku pun mulut ko busuk...gigi karat.

MAMAT: Pak Cik tengok sekarang ni bil eletrik pun dah naik.

PAK ALI: Lantaklah nak naik sekalipun, bil rumah aku tak sampai RM50 hinggit jadi tak terlibat dengan apa-apa kenaikan.

MAMAT: Astro pun naik, tapi perkhidmatan macam tu jugak, rancangan ulang-ulang bila hujan tak de siaran. Yang kaya kroni

PAK ALI: Kroni kejadahnya, ko tak nak bayar Astro ko terminate jer, pasang ariel...tak pun pasang TM Unify internet dapat, telefon dapat... siaran TV pun dapat.

MAMAT: Tapi bil dia naik setiap tahun membebankan pengguna macam kita!

PAK ALI: Ko aje yang terbeban, aku tak pakai Astro pun. Kalau tak nak bayar service, ko jangan pakai. Kalau nak pakai ASTRO juga ko kenalah tanggung bil sendiri. Jangan salahkan orang lain. Lagi pun aku tengok TV sekejap jer. Banyak kerja lain aku boleh buat

MAMAT: Kerajaan memang tak patut, tol pun dah naik.

PAK ALI: Ko ni biar betul. Sejak bila tol naik? Bajet tahun ni kerajaan dah bayar pampasan RM400 juta supaya tol tak naik. Kalau naik pun kebanyakkannya di Kolumpo dan Selangor. Saham diorang sapa punya? Takkan orang di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu nak tanggung subsidi tol diorang. Mana adil!


MAMAT: Kerajaan memang zalim pada rakyat, harga gula pun dah naik!

PAK ALI: Tak pernah ada manusia mati tak makan gula. Sebaliknya ramai yang mati dan kena potong sana sini sebab kencing manis. Lagipun naik setakat 34 sen jer. Takat sebulan pak cik lima beranak guna cuma 2 kilo jer baru 68 sen. Tapi kerajaan jimat setengah bilion hinggit. Boleh bagi BR1M kat orang miskin macam kita ni.

MAMAT: Tapi Pak Cik BR1M setakat RM 650 mana cukup. Saya ni setakat RM450 jer.

PAK ALI: Manusia ni kalau bagi 10,000 hinggit sehari pun boleh habis. Sekurang-kurangnya ada juga inisiatif dari kerajaan berbanding pembangkang yang hanya pandai janji air liur je. Hujung-hujung masa depa ceramah duit kita juga depa mintak kononnya untuk perjuangan. Yang kaya pemimpin atasan mereka. Kita ni dok tunggu habuk pun tak dak.

MAMAT: Harga minyak macamana plak pak cik? Asyik naik tak pernah turun. Kerajaan tak pandai urus ekonomi!

PAK ALI: Harga minyak diniagakan ikut pasaran antarabangsa. Kalau berlaku krisis harga lagi mahal sebab semua bersaing berebut nak minyak. Kerajaan terpaksa belanja banyak untuk subsidi. Bila bersubsidi bertambah banyak sektor pembangunan lain tergendala. Lagi pun subsidi ni banyak dinikmati oleh golongan kaya bukan golongan miskin macam kita. Kita bukan macam negara Arab pengeluar minyak tapi mereka belanja banyak duit untuk import segala barang. Tu pun harga barang depa mahal tak da subsidi langsung.  

MAMAT: Bukankah subsidi tu tanggungjawab kerajaan? Ambik saja duit cukai yang dibayar rakyat. 

PAK ALI: Kalau semua nak disubsidi boleh bangkrap negara, kita kurang daya saing. Lagipun jika ada golongan tak jujur minyak subsidi pun depa jual di sempadan atau di tengah laut. Yang kaya satu golongan ni jer, tapi golongan inilah yang selalu dakwa kerajaan zalim untuk menutup kejahatan mereka

MAMAT: Tapi kita semua merana. 

PAK ALI: Ko aje yang merana, aku sekeluarga ok jer. Aku sentiasa redho dan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Kalau nak bandingkan dengan negara lain, negara kita lebih bertuah... tak de yang mati kebuluran atau duduk mengemis di bawah kolong jambatan. Setiap hari pasar penuh jer. Makan pulak berlebih-lebih.

Tokey Menipu...Rakyat Haru Biru, Tokey Kaya...Rakyat Merana!

MAMAT: Tapi Pak Ali... harga barang sekarang mahal mana rakyat mampu nak beli.

PAK ALI: Ko janganlah beli kat kedai mahal. Jika ada kedai yang menipu pengguna dan jual mahal ko boikot atau ko lapor kat pihak berkuasa. Sekarang ni dengan adanya SMS, Whatsapp, Facebook lagi mudah kerja kita melapor penipuan tokey-tokey ni. Diam saja tak dapat ubah keadaan. Sebaliknya ko dapat dosa kering bersubahat melihat kemungkaran yang berlaku. Apa yang boleh berjimat ko berjimatlah... disiplin dan berhemahlah dalam berbelanja. Bukan susah.

MAMAT: Sekarang ni budak U keluar universiti pun tak da kerja kena bayar hutang PTPTN pulak. Mana adil!

PAK ALI: Adil itu biarlah pada tempatnya. Bukan adil namanya kalau semua dapat hak sama rata tapi adil itu ikut siapa yang berhak menerimanya. Tapi aku setuju kalau PTPTN tu tak perlu dibayar sesen pun kasi bangkrap kerajaan!

MAMAT: Nampaknya Pak Ali akhirnya setujulah dengan manifesto Pakatan Rakyat?

PAK ALI: Aku setuju dengan syarat pelajar tu tadi belajar rajin-rajin sampai graduate dapat keputusan cemerlang jadi tak perlulah bayar sesen pun. Bila semua pelajar cemerlang tak perlu bayar maka secara automatik tutuplah PTPTN tu. Bila duk kat U belajar jangan asyik nak berdemo dan berdating jer. Tiga orang anak aku semuanya graduate cemerlang tak perlu bayar sesen pun. Ko ade?

MAMAT: Adus... bodohnya aku dok percaya cakap Nuar jer selama ni. 

PAK ALI: Ha...ko nak ke mana pulak Mamat...panas ke?

MAMAT: Saya nak balik bertobat nasuha... menyesal dok terpedaya selama ni. Banyak dosa dok hasut orang ni.


#PRK KAJANG: PKR SELANGOR SOKONG SAMAN TERHADAP HADI!

Posted: 28 Feb 2014 12:53 AM PST


Memang patut pun kena saman. Apabila ada orang cuba kurang ajar menfitnah tanpa bukti maka dia patut diajar supaya lebih beradap dan menghormati hak orang lain. 

Jangan ingat kamu tu pak haji kamu maksum dari dosa-dosa. Belum tentu yang berkepiah dan berserban itu gerenti masuk syurga. Apatah lagi yang bermulut longkang! Fitnah sana sini.

Sumber dari blog AIDC bertarikh 28 Februari 2014

Tahniah kepada YB Suhaimi Shafei. Ini betul-betul tindakan anak jantan yang berani menongkah arus. Pemimpin muda berani beginilah yang dimahukan oleh rakyat. Berani bercakap benar. 

Kepada Haji Hadi bayar sajalah saman RM2 juta itu jika kamu anak jantan. Kalau tak puas hati moh PAS dan PKR jumpa depan-depan. Settle secara anak jantan! 

Kita lihat antara AMK dan Unit Amal PAS siapa yang lebih kuat !!!


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Muka Tidak Malu PKR, Dulu Boikot, Sekarang Apa Dah Jadi? #PRKkajang

Posted: 28 Feb 2014 05:48 PM PST



Usaha Berterusan Pertikai Khutbah Jumaat, Malaysian Insider Sewajarnya Dikenakan Tindakan Tegas

Posted: 28 Feb 2014 06:30 AM PST


Tweet Biadap & Rasis Dari Guan Eng

Posted: 28 Feb 2014 03:30 AM PST

Mengapa perlu dihina wang sejumlah RM650 yang diberi kepada mereka yang layak mendapatnya. Lebih lebih lagi memuat naik gambar orang Melayu yang mendapat bantuan tersebut. Guan Eng memang rasis.

Anwar Ibrahim Terkantoi Dengan Doremon Di Jepun #PRKkajang

Posted: 28 Feb 2014 12:58 AM PST


Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


PSA - Korek Telinga Memang Sedap Tapi....

Posted: 28 Feb 2014 01:35 AM PST

Aku sibuk hari ni. Jadi aku nak sampaikan satu benda aje. Pagi ni, aku tengok TV, muncul seorang pakar ENT dekat TV9 dalam Nasi Lemak Kopi O. Dia mintak lah tolong pesan dekat orang ramai....

"Tolong jangan korek telinga anda pakai cotton buds."

Sebab benda tu hanya merosakkan telinga anda. Kenapa tak perlu korek?

Sebab telinga kita dah ada "penyapu" sendiri yang akan buang tahi telinga keluar.  Bila kau korek, kau sebenarnya tolak tahi telinga tu ke dalam dan ini boleh menyebabkan gangguan pada ENT kau. Lagipun, tahi telinga tu perlu ada dalam salur telinga kau. Badan kau sendiri paham bila masa tahi telinga tu perlu dikeluarkan jadi kita tak payah "tolong" sistem badan kita keluarkan tahi telinga.  Tahi telinga ada sebabnya kenapa ia terbentuk..ia adalah filter dan lubricant untuk telinga.

Manusia dah dicipta perfect sistem badan dia.
Dia Maha Besar, bro!

Gunakanlah cotton buds kau tu untuk sapu tahi telinga yang dah terkeluar. Jangan jolok dalam lubang telinga. Tapi kalau dah keluar tapi kau biarkan terjuntai..buruk benor kelakuannya. Jadi at least sapu la dengan tisu.

Ini specialist cakap lah. Aku tolong sampaikan. Tak nak percaya, terpulanglah. Nama specialist tu Dr.Vincent Tan Eng Eik tak silap aku. Kalau dia menipu, dia akan suruh kau korek telinga kau, supaya dia dapat lagi ramai customer, kan?

Sapa2 yang pegi ear candling tu pun samalah.

Kenapa nak bina pressure dalam telinga sedangkan tak perlu pun kau buat apa2? Kita ni mudah benar buat sesuatu yang pelik yang kononnya beneficial. Asal pelik aje mesti ramai pelanggannya.

Bacaan Lanjut
You shouldn't use contton bud to korek your telinga bro!

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Ha ha ha,, kalau betul.. Aku akan sokong Tan Sri Khalid lawan Azmin..

Posted: 27 Feb 2014 11:53 PM PST

Walau pun aku bukan ahli PKR,, tetapi sebagai rakan sesama dalam Pakatan Rakyat, apa yang berlaku dalam parti tersebut, terutama tampok kepimpinan,, aku kena ambik tau juga..


Bila terbaca berita ni, aku harap ia benar berlaku... bukan aku nak menyibuk hal parti mereka,, tetapi kerana dua tiga orang yang buat mangkaq,,, memang aku tak berkenan..

 Nasional   

Pemilihan PKR: Khalid umum lawan Azmin malam ini?
pada 28-02-2014 12:02 

Post Pic

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei depan dalam satu majlis malam ini, menurut sumber parti. 
 
Sumber itu berkata Khalid telah mengatur sebuah majlis makan malam dengan pemimpin akar umbi parti di kediamannya. 
 
Majlis itu dinamakan "Malam Kasih Bertaut" dan dijangka membariskan penyokong tegar Menteri Besar itu di dalam PKR dan kerajaan negeri.  
 
"Khalid dijangka mengumumkan beliau akan bertanding sebagai timbalan presiden parti manakala Exco kerajaan negeri Rodziah Ismail akan bersaing untuk jawatan ketua wanita PKR.
 
"Seorang lagi calon dari kem Khalid yang akan ditampilkan ialah Nazri Yunus untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan," kata sumber itu.  
 
Rodziah akan mencabar ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin manakala Nazri akan berdepan dengan timbalan speaker Dewan Undangan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. 
 
Desas-desus bahawa Khalid akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden semakin lantang susulan pertikaian yang semakin memburuk di antara mereka sejak lewat tahun lalu. 
 
Azmin menjadi timbalan presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian menjadi  Pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid. 
 
Beliau sering menegur Khalid kerana tidak melaksanakan dasar-dasar parti dalam menguruskan kerajaan negeri. 
 
Pertikaian berpanjangan itu dikatakan membawa kepada keputusan PKR untuk "memaksa" pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai keadah meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid. 
 
Menurut sumber, Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB secara sukarela, malah mahu menguatkan kedudukannya di dalam PKR, justeru mengambil keputusan untuk melawan Azmin bagi jawatan No. 2 parti. 
 
"Jika Khalid berundur atau dipaksa berundur sebagai MB, pemilihan PKR adalah  satu-satu opsyen yang tinggal kepada Khalid untuk memastikan beliau masih relevan kepada PKR," kata sumber itu lagi.  

Memang pada jangkaan aku, TSKI memang susah nak menang,,, bukan senang nak tewaskan orang lama macam Azmin yang banyak pengaruhnya,, dan pandai putar alam,,, biasalah bekas umno juga... 
Tetapi sebelum beliau akan dipingggirkan oleh parti itu sendiri,, setelah beliau begitu banyak berkorban untuk partinya, adalah lebih baik ia berjuang sebelum menyerah kalah....