Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dah panik, catuan Khalid bakal bawa pelbagai masaalah lain

Posted: 25 Feb 2014 08:30 PM PST


                                  
Khalid mengumumkan bahwa air akan dicatu dengan satu hari paip ada air dan diikuti oleh dua hari paip tidak berair. Maknanya pada hari yang air dibuka, kenalah takung air banyak-banyak untuk diguna dua hari.

Menurut seorang jurutera air yang pernah berkhidmat di JKR selama 14 tahun, catuan hari sedemikian tidak praktikal kerana tekanan air memerlukan masa untuk terbina.

Ditambah lagi, operasi dan kawalan air melibatkan membuka dan menutup valve, pemerikasaan sistem pengedaran, melepaskan air lock dan lain-lain.  Melainkan operasi ini boeh dilakukan secara otomatik atau penggunaan remote kontrol, ia memerlukan sumber untuk menjalankan.

Khalid ingat tutup bukak paip besar ini macam paip di rumah. Silap-silap tiindakan boot reboot paip pecah akibat air lock.

Kualiti air mudah berkeladak kerana mengacau perjalanan dalaman paip. Pengguna bakal membayar angin dari air.

Nampak gaya langkah yang dibuat Khalid menunjukkan dia sudah panik kerana dia yang tidak endahkan amaran dari Kementeriaaan dan pakar malah membuat pelbagai helah menggunakan hujah tanpa bukti dari pakar-pakar palsu.

21 dalil Anwar tak layak jadi MB S'ngor

Posted: 25 Feb 2014 04:30 PM PST


1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tak ada rekod jenayah..Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir.Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya.
- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.
20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

Isu air: Apa benda Khalid merepek?

Posted: 25 Feb 2014 12:00 AM PST


Kalau water tu enough, kenapa kena ration?


Kenapa PAS buat sembahyang hajat!!!???

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Jom Kita Sebarkan Kebodohan Hannah Yeoh

Posted: 25 Feb 2014 02:26 AM PST

Tersepit dengan kebodohan sendiri. Hannah yeoh terpaksa cari satu alasan yang paling bodoh untuk menutup kegagalan kerajaan pakatan haram jadah.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Projek Loji Langat 2 : Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat?

Posted: 25 Feb 2014 09:56 AM PST


Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

Kita tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor).

Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.


Tidak perlu lagi ditulis sebahagian dari latar belakang industri air Selangor. Tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang kita perlu fikir ialah rakyat lihat dan perhatikan tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini adalah kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.

Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang. Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri.

Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini. Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.


Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.

Hakikatnya, pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.

Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2. Namun realitinya, sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.


Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 ini jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara. Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing. Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian.

Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada.

Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.


Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja". Selama lebih lima tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina.

Sekarang, mereka masih mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang. Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN.

Tapi adakah ini yang rakyat mahu pilih, Kerajaan propaganda dan papan tanda dengan bekas penasihat ekonominya yang bergaji seringgit sebulan? Malah akibat tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid, bekas penasihat ekonomi ini pula mahu bertanding dalam PRK Kajang tidak lama lagi untuk merebut kerusi Menteri Besar?

Suara Politik
Belantan

Mana perginya suara Islam Pas?

Posted: 25 Feb 2014 03:53 AM PST

Suasana Malam Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah anjuran kerajaan negeri baru-baru ini yang dipertikaikan oleh pemimpin Pas negeri itu.

"Kalau tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, mengapa buat komen pasal Islam? Kalau ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan kita berpecah belah. Negara kita belum cukup kukuh, itu patut menjadi matlamat kita sebagai bangsa Malaysia. Dahulu kalau ulama mengeluarkan fatwa, bangsa lain tak sentuh kerana itu adalah fatwa untuk orang Islam. Jadi mengapa pula ada orang bukan Islam nak komen pasal agama Islam.''

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar di Muar, kelmarin yang menunjukkan betapa kecewanya beliau dengan perkembangan berkaitan tindakan pihak-pihak tertentu termasuklah ahli politik bukan Islam mencampuri urusan hal ehwal Islam.

Haniff bukanlah individu pertama yang melahirkan kekesalan tersebut, sebelum ini sudah banyak pihak mempunyai pandangan serupa dan tertanya-tanya kenapakah wujud keberanian luar biasa dalam kalangan pihak tertentu termasuklah ahli politik pembangkang.

Apa yang dikesalkan, biar pun wujudnya parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu Pas tetapi parti itu lebih banyak mendiamkan diri. Suara Islam Pas seolah-olah tenggelam atau ditenggelamkan sejak menjalin tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas langsung tidak tampil mempertahankan institusi ulama mahu pun Majlis Fatwa Kebangsaan apabila sekutu mereka mengkritik pihak tersebut.

Keadaan itulah yang menyebabkan sesetengah pemimpin pembangkang khususnya DAP begitu biadab seperti mana dilakukan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam.

Sejak tercetusnya kenyataan kontroversi itu, tiada seorang pun pemimpin Pas yang bersuara, biar pun Tony mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh sebuah badan yang cukup tinggi dalam institusi Islam di Malaysia. Sama ada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas Pusat mahupun pemimpin-pemimpin Pas di semua peringkat, tiada suara bantahan bagi mengecam kebiadaban Tony.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga `membisu' apabila seorang pemimpin kanan DAP mempertikaikan khutbah Jumaat yang mengandungi firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 111. Walaupun perbuatan ini sudah dilihat keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara, namun Pas tidak memprotes kenyataan biadab tersebut. Pas mengamalkan sikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sedangkan tindakan pemimpin kanan DAP itu menunjukkan mereka semakin hilang perasaan gerun untuk menghormati agama Islam.

Sebelum ini Pas juga dilihat 'menikus' dalam isu penggunaan kalimah Allah, biarpun wujudnya bantahan keras daripada umat Islam di seluruh negara. Pas terus berpegang dengan perjanjian awal dengan sekutunya bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalah gunakan.

Tetapi bagi isu di Selangor, Sultan Selangor sudah mengeluarkan titah bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah namun Pas tidak berkongsi sentimen yang sama biar pun mereka mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Lebih mengecewakan, sejak awal isu kalimah Allah ini tercetus termasuklah apabila ia diputuskan di mahkamah, Pas tidak memberikan sebarang reaksi, biar pun ketika itu ada seruan supaya seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu mempertahankan kalimah suci itu.

Hakikatnya, kalau mahu disenaraikan terlalu banyak bukti yang menunjukkan Pas semakin hilang suara Islamnya, biar pun sering mendabik dada mereka memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada UMNO.

Bagaimanapun apa yang kita saksikan suara dan perjuangan Islam setakat ini hanyalah retorik akibat terlalu menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan perjuangan Islam Pas hanya sekadar untuk meraih sokongan politik khususnya dalam memancing undi daripada kalangan umat Islam.

Ini jelas apabila dalam bab-bab berkaitan politik Pas paling ke hadapan. Mereka bersedia mengadakan solat hajat bagi mengekalkan pemerintahan parti itu di Kelantan tetapi tidak bersedia mengadakan solat hajat bagi mempertahankan kalimah Allah.

Pas juga paling ghairah mengerahkan penyokong-penyokongnya turun ke jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya atau menuntut pilihan raya bersih dan adil tetapi tiada seruan meminta mereka turun mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan kesucian Islam.

Selain itu, pemimpin-pemimpin Pas juga begitu lantang mengkritik kepimpinan UMNO termasuklah dalam hal ehwal Islam tetapi apabila pemimpin DAP dan PKR membuat kenyataan bertentangan dengan Islam, Pas `kecut perut'.

Dalam soal sikap Pas ini, penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin apabila pemimpin Pas negeri itu mempertikaikan majlis selawat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dihadiri oleh 40,000 orang.

"Majlis selawat ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk mendidik umat Islam khususnya di Kedah dengan nilai-nilai murni yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW malahan program sebegini jauh lebih baik daripada Pas yang menganjurkan solat hajat bagi tujuan politik dan lebih teruk lagi mendoakan kehancuran sesama umat Islam,'' katanya ketika dihubungi.

Sememangnya itulah sikap Pas, mereka sentiasa sahaja memperkecil dan memperlekehkan apa juga program Islam yang dianjurkan oleh UMNO seolah-olah program berlandaskan Islam itu hanya eksklusif untuk Pas.

Tidak cukup dengan itu, sehingga ke hari ini Pas terus menjaja kononnya UMNO tidak mempertahan atau memperjuangkan Islam dan dalam soal ini, Shaiful Hazizy menegaskan, tuduhan itu sangat dangkal.

"Ini kerana mereka buta mata hati untuk melihat bahawa UMNO meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, seperti tercatat dalam Perlembagaan, yang jauh lebih tinggi kedudukannya daripada sekadar sebagai agama rasmi. Wajar dilihat satu persatu usaha UMNO mempertahan Islam secara berterusan sejak merdeka selama 55 tahun dahulu, dan bukannya hanya baru-baru ini sahaja,'' tegasnya.

Tetapi apakah fakta ini dikaji dan dinilai oleh Pas secara ikhlas sebagai pihak yang kononnya mahu melihat pemerintahan Islam dimartabatkan di negara ini, sudah pasti tidak. Apa yang berlaku seperti mana kata Shaiful Hazizy, setiap kali pilihan raya Pas tidak pernah melepaskan peluang menggunakan agama sebagai alat untuk meraih undi.

Bagaimanapun kita yakin perjuangan Pas tidak akan ke mana selagi mereka terus bersekongkol dengan PKR dan DAP. Semoga pemimpin dan pengikut Pas akan diberi hidayah bagi memahami fakta ini.

Oleh : Zulkifli Bakar

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Daim terus serang Anwar, jika Kajang kalah, UMNO hilang Putrajaya

Posted: 25 Feb 2014 11:40 PM PST


Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi "angsa emas".  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk "berperang" dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan "Langkah Kajang" sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.

Khalid Ibrahim jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?

Posted: 25 Feb 2014 08:13 PM PST


OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2014
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain 'tarik tali' dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini, kata satu sumber.
Sumber dalaman PKR memberitahu, perkara itu mungkin berlaku sebagai ganjaran Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor kepada Anwar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider yang enggan namanya didedahkan.
"Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan."
Anwar dikatakan akan menggantikan menteri besar penggal kedua itu bagi meredakan ketegangan Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Dengan jawatan presiden semakin hampir menjadi milik Anwar, jawatan kedua tertinggi timbalan presiden akan menjadi rebutan untuk bergandingan bersama-sama ketua pembangkang tersebut.
Ketika ini masih ada belum calon secara terbuka mengumumkan untuk mencabar Azmin. Bagaimanapun sumber memberitahu dua nama ketika ini menjadi sebutan.
Antaranya Khalid dan anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini naib presiden PKR.
"Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding... tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri," kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
"Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor... jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti," kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya," kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia," katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini. – 26 Februari, 2014. - TMI

Kerajaan lemah - Apa kata Daim

Posted: 25 Feb 2014 03:57 AM PST


Masalah inflasi, yang diperkatakan orang ramai, antara kelemahan kerajaan di mata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Banyak. Nombor satu tentunya hari ini orang ramai kata inflasi meningkat," katanya ketika ditanya ruang di mana kerajaan masih tidak kuat.

Tokoh korporat itu juga berkata, orang ramai mahu tahu kenapa kerajaan membuat semua pengumuman yang mendorong inflasi pada masa yang sama.

"Orang ramai mula mengkritik dasar-dasar dan bertanya kenapa pemilihan waktunya begini.

"Kenapa pengumuman pada Disember ketika keluarga memerlukan wang untuk keperluan sekolah anak dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau fikir kepimpinan negara lemah, Daim menjawab ringkas "saya penyokong kuat kerajaan".

Beliau kemudiannya ketawa dan menambah:

"Apa yang kita mahu pastikan, kerajaan menuju ke arah yang betul, bahawa orang ramai mempunyai keyakinan kepada kerajaan dan menyokong kerajaan.

"Tetapi orang ramai mahu melihat, mereka mahu selesa dengan kerajaan. Dan saya fikir majoriti—jika kamu turun ke bawah—rasa ada sesuatu tidak betul di mana-mana.

"Tetapi terpulanglah kepada kerajaan untuk menilainya, bukan saya." malaysiakini

Depa ni dah meluat kat UMNO... 174 tinggalkan UMNO sertai PKR

Posted: 25 Feb 2014 12:50 AM PST





Majlis penyerahan borang keahlian PKR pada perasmian Pejabat PKR Cabang Maran. di sini.

MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.

Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.



Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.

"Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.

"Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.

"Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.

Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.

"Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.

"Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.

"Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GARA-GARA ANWAR PKR, HJ HADI DIHINA SEDEMIKIAN RUPA

Posted: 25 Feb 2014 11:00 PM PST

PKR ANWAR & RAFIZI KATA ITU LU PUNYA PASAL PERIBADI, KITA TAK CAMPUR
GARA-GARA ANWAR PKR, HJ HADI DIHINA SEDEMIKIAN RUPA
HADI, KALAU MUNG DAN AHLI MUNG TAK NAK SOKONG SAYA, SAYA TAK KISAH, PENGANUT KRISTIAN SOKONG SAYA!!!


ISU SAMAN RM2 JUTA : PKR KATA ITU URUSAN PERIBADI HADI

Posted: 25 Feb 2014 08:58 PM PST

ANWAR MELALUI RAFIZI KATA ITU URUSAN PERIBADI HADI
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan tindakan calon bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang menyarankan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu sebagai cubaan menangguk di air yang keruh.
Menurutnya, Zaid tidak perlu masuk campur dalam urusan PKR, dan saranan tersebut merupakan tindakan nakal Zaid dalam mencetuskan polemik baru menjelang PRK Dun Kajang.
"…bagi saya ini merupakan satu tindakan nakal Zaid.
"…kalau dia (Zaid) benar-benar ikhlas kenapa beliau tidak masuk campur tangan dalam urusan kes petisyen pilihan raya yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
"…kenapa bila melibatkan PKR, dia hendak masuk campur," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sementara menyentuh mengenai kes saman tersebut, Rafizi menjelaskan biarlah perkara itu diselesaikan di mahkamah secara indivindu tanpa melibatkan parti.
"…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman," katanya.
"…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman," katanya.
"…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman," katanya.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan -Sinar Harian

YDP PAS GOMBAK: MASALAH RM2 JUTA BOLEH SETTLE, ISUNYA ANWAR TAK SETIAKAWAN

Posted: 25 Feb 2014 07:00 PM PST

YDP PAS GOMBAK YANG JUGA AKTIF MUTAWWIF JEMAAH HAJI
Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.
Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.
"Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah duit datang.
"Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak ke Kajang kepas ni," katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS Gombak itu.
"Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
"Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?," katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
"Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan," katanya dalam satu kenyataan semalam, dilaporkan Utusan Malaysia.

VIDEO KEMPEN JESUS LOVE U : ANWAR BERI RUANG DI MALAYSIA

Posted: 25 Feb 2014 05:00 PM PST

Benar kata-kata Dr. Riduan Tee Abdullah, Ustaz Ahmad Dusuki, mahupun oleh YDP PAS Gombak Ustaz Sallehuddin Nasir bahawa apa yang berlaku di Kajang adalah tiada mood Islam, kebodohan, tiada guna dan menunjukkan kejalangan Anwar.

Anwar sanggup membiar seorang Presiden parti Islam terhina, dijatuhkan maruah dan disaman gara-gara memfitnah. Pendek kata, Mahkamah mengiyakan Hj Hadi seorang Pemfitnah dan awal-awal lagi di dunia dijatuhkan hukuman. Dan Anwar membiarkan perkara ini terjadi, walhal awal-awal dulu ianya boleh dirunding di luar mahkamah. Memang Anwar sengaja nak Hj Hadi disaman dan dimalukan kata blog pro PAS di Cenangau dan di Lusuka.com .

Kini, Anwar membuka pintu luas kempen "Jesus Love U". Lihatlah betapa bangganya ANwar di bawah.
Bangganya Sang Anwar. Apakah Anwar berkempen menyeru orang Kristian mengakui keRasulan Nabi Muhammad SAW dan KeEsaan Allah SWT di dalam gereja? Rupa-rupanya Anwar menjual kalimah Allah SWT untuk mendapat undi.


KALIMAH ALLAH: 14 DALIL AGENDA LICIK KRISTIANISASI TERBONGKAR!!!

Posted: 25 Feb 2014 01:30 PM PST



Hanya tinggal seminggu lagi iaitu Rabu 5.3.2014 isu hak esklusif penggunaan kalimah Allah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.  Polemik dan kontroversi Allah telah menimbulkan keadaan tidak harmoni di kalangan rakyat pelbagai agama di Malaysia yang selama ini hidup bekerjasama dan aman damai.

Konflik mula tercetus apabila pihak Gereja Kristian Roman Khatolik berhasrat menggunakan kalimah 'Allah' bagi menggantikan istilah 'God' dalam penerbitan majalah Herald - The Catholic Weekly bagi versi Bahasa Melayu. Sedangkan istilah God (Tuhan) dikekalkan dalam versi-versi bahasa lain.

Persolannya mengapa Kristian Roman Katholik begitu kemaruk mahu menggunakan kalimah Allah? Kenapa ia ditentang hebat dan menjadi kesalahan di mata majoriti umat Islam? 

Terdapat 14 dalil utama yang menjadi kesalahan pihak gereja Roman Khatolik yang tujuan utama mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam sebagai dakyah halus memurtadkan lebih ramai umat Islam. 

Keadaan ini pasti menimbulkan huru-hara di dalam masyarakat kita. Dalil-dalil ini wajib kita fahami. 


Penyalahgunaan dan kesalahan pihak gereja!

1. Penyalahgunaan terma, konsep dan tafsiran Allah di sudut teologi/ ketuhanan iaitu bagi umat Islam, Allah merujuk kepada Tuhan yang Satu dan bersifat Tunggal. Sebaliknya, Kristian mengaitkan Allah dengan konsep Trinity (tiga kuasa bersatu); Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Suci. Justeru, umat Islam amat marah jika tafsiran trinity ini cuba dikembangkan kepada mereka.

2. Menyalahgunakan tafsiran hak kebebasan beragama sebagai hak asasi mutlak pihak Kristian untuk mengembang dan menyebarkan Kristian terhadap umat Islam. Penyalahtafsiran Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama tidak dibaca secara menyeluruh dengan Artikel 11 Perkara 4 yang melarang umat agama lain menyebarkan ajaran agama mereka terhadap umat Islam. Malah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan) 1988 turut melarang pihak bukan Islam mengembangkan ajaran mereka ke atas umat Islam. Larangan dalam Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perkara 11(4) tersebut.

3. Salahguna dari segi perundangan apabila pihak gereja Khatolik berdegil untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2014 sebelumnya melarang. Penganut-penganut Khatolik turut melakukan pelbagai provokasi menghina Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac 2014. Isu The Herald adalah berkaitan langsung dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu. 

4. Menyalahgunakan hak sebagai rakyat dan anak negeri Selangor yang mengundi di Selangor untuk menyanggah dan menderhakai titah perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Tertinggi Negeri yang tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian bagi maksud mengelirukan rakyat sehingga timbul huru-hara. 

5. Salahguna hak kebebasan bersuara untuk bersikap biadap mempertikaikan kuasa dan titah perintah Yang Di Pertuan Agong sebagai Kuasa Eksekutif Tertinggi Negara dan Persekutuan yang melarang penyalahgunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam penerbitan dan dakwah mereka. Ini kerana kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam bagi merujuk kepada Tuhan yang Satu bukannya trinity. Ini kononnya bertentangan dengan hak mereka sebagai pembayar cukai kepada negara.

6. Menyalahi ketetapan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1986 yang menegaskan bahawa kalimah Allah adalah persoalan akidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan umat Islam merujuk nama Tuhan yang Esa, ini bercanggah dengan kepercayaan Kristian – Trinity. Pada 7 Mei 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi tegas melarang mana-mana pihak untuk tidak menyalahgunakan kalimah Allah atau mengembangkan apa-apa fahaman yang bertentangan dengan Islam kepada umat Islam.

7. Menyalahi ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 dibuat oleh Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS yang telah menetapkan kalimah Allah adalah persoalan akidah dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam. Namun kebanyakkan golongan pro kristian adalah pengikut dan penyokong tegar Pakatan Rakyat nyata menentang ketetapan PAS sendiri. 

8. Bersalahan dengan prinsip UMNO yang mewakili majoriti umat Melayu-Islam di Malaysia. Terdapat usul agama dan resolusi Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember 2013 yang tegas menyeru umat Islam supaya bersatu menentang sebarang usaha menyalahgunakan kalimah Allah yang tujuan memurtadkan ummah. Majlis Tertinggi UMNO turut menegaskan hal yang sama pada 24 Januari 2014. Sebelum itu UMNO sebagai tulang belakang kerajaan dan kabinet Persekutuan melarang pihak gereja memakai kalimah Allah pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006.

9. Pihak gereja memberi kefahaman salah dan menyeleweng kepada penganut-penganutnya kononnya Kerajaan Malaysia turut membenarkan penggunaan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia seperti mana di Sabah dan Sarawak. Hakikatnya dalam Resolusi 10 Perkara Penyelesaian Isu Bible tidak ada pun menyebut tentang keizinan telah diberikan kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung.

10. Penggunaan kalimah Allah juga bertentangan dengan kefahaman dan pegangan mazhab-mazhab kristian yang lain seperti Orthodok, Protestant, Lutheran, Anglican, Methodist, Pentecostal, Presbyterian, Charismatic, Adventist, Evangelical, Baptist, Bethany, Jehovah, Reformed, Calvinist, Marmon dan 200 lagi mazhab Kristian di seluruh dunia yang menolak penggunaan istilah Allah bagi merujuk kepada Ketuhanan Trinity yang dipunyai Father God, Jesus God dan Holy Spirit. 

11. Pihak gereja Roman Khatolik telah menyalahi kefahaman di sudut sebutan dan gelaran tuhan yang selama ini mereka sering gunakan untuk merujuk kepada Tuhan iaitu God atau Lord (Bahasa Inggeris) atau, Ela, Eloi, Elai, Elohim, Eloah, Yahweh (Bahasa Latin dan Hebrew) dan bukannya Allah. Sedangkan penggunaan kalimah 'Allah' adalah merujuk kepada Tuhan yang Satu di dalam bahasa Arab dan tradisi Islam. Bahasa Arab pula adalah bahasa Al Quran, bahasa ibadah dan bahasa akidah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

12. Niat Kristian juga salah apabila mempunyai agenda tersembunyi untuk mengguna pakai kalimah Allah bagi tujuan memurtadkan umat Islam apabila mahu menyamakan Islam dan Kristian sebagai agama wahyu dari langit, serumpun dan sama kerana menyembah Allah sebagai Tuhan (kalimatunsawa) selain berasal dari agama keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abrahamic Faith). Bagi Islam ini adalah fahaman pluralis yang menyesatkan.

13. Kesalahan juga dilakukan oleh pihak dan penyokong gereja Kristian Roman Khatolik dari sudut jenayah perundangan dengan memprovokasi, menghina, menderhaka selain tindakan-tindakan mengganggu emosi, mental atau fizikal terhadap institusi beraja, agama Islam dan bangsa Melayu melalui pelbagai media sosial dan massa. 

14. Pihak minoriti Kristian Roman Khatolik nyata tidak menghormati Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia dengan cuba memaksakan fahaman dan pemikiran mereka ke atas majoriti umat Islam. Ia merupakan kesalahan-kesalahan penyalahgunaan hak sebagai rakyat Malaysia dengan tidak menghormati hak penganut agama lain. Perbuatan keji mereka berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negara ini.



Kesimpulan yang boleh kami buat;

Tidak salah kalimah Allah digunakan oleh sesiapa saja di dunia jika kalimah tersebut dirujuk kepada Tuhan yang Satu, Esa, Tunggal, Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan serta tidak disamakan dengan mana-mana bentuk atau entiti lain. 

Umat Islam akan terus menentang kemahuan pihak-pihak tertentu yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam sebarang penerbitan seperti dalam majalah The Herald, Bible dan sebagainya kerana nyata ia akan disalahgunakan dan dipaksa secara halus atau terang-terangan kepada umat Islam bagi tujuan pemurtadan. 

Sesungguhnya Allah adalah Pencipta sekalian makhluk di langit dan dibumi. Umat Islam menggunakan kalimah Allah setiap kali azan diseru untuk mereka mengerjakan sembahyang 5 waktu. Umat Islam juga menggunakan kalimah Allah dalam setiap ibadah mereka. 

Allah mempunyai 20 Sifat Kesempurnaan dan 99 Nama-Nama Suci (Asma'ul Husna) yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. Mustahil sama sekali jika keimanan itu boleh digantikan dengan kefahaman Trinity!


FIRST TIME ANWAR TAKUT BERDEBAT

Posted: 25 Feb 2014 05:00 AM PST


ANWAR TAKUT BERDEBAT
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melayan cabaran bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu berdebat dengannya.
"Ia bukan dalam program saya, "kata Anwar ketika diajukan pertanyaan oleh FMT, selepas Anwar melancarkan jentera pilihan raya sayap Pemuda PKR di Taman Delima, Kajang, 21 Feb.
Zaid mencabar Anwar berdebat di Kajang. Beliau mahu tahu mengapa Anwar mendakwa dirinya lebih baik untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim.
"Saya mahu berdebat untuk menutup segala-galanya. Personaliti. Dasar. Konsisten. Integriti. Mari kita meneliti. Supaya kita boleh selesaikan perkara ini, " cabar Zaid.
Ekoran ketidaksedian Anwar untuk berdebat dengannya itu, Zaid dilaporkan Agendadaily menganggap Ketua Umum PKR itu tidak layak dianggap pemimpin bertaraf dunia.
"Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.
"Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?
"Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat)," katanya.

USTAZ PAS SOKONG KERAJAAN NAJIB, AKAN MASUK KDN BULAN APRIL

Posted: 25 Feb 2014 03:00 AM PST


Bersyukur Kepada Allah SWT, Berterimakasih Kepada Kepimpinan Kerajaan Yang Memberi Inisiatif BR1M (DS Najib)

SESUNGGUHNYA Allah SWT membuka hati-hati yang dahulunya disempitkan, kini aakan bersama-sama dengan kerajaan persekutuan membantu kepimpinan DS Najib melalui Kementerian Dalam Negeri pada bulan April ini. 

Begitulah kesabaran yang dimiliki oleh DS Najib ketika difitnah dan dihina, namun kepada Allah SWT telah mengatur segalanya. Kerajaan DS Najib tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa pun rakyat Malaysia untuk bersama-sama menabur bakti dan memberi sumbangan. 

Mudah-mudahan rezeki yang beliau dapat melalui KDN nanti, bolehlah meringankan beban pengajian anak beliau di Yaman.