Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kassim Ahmad tak sesat ...

Posted: 22 Feb 2014 10:27 PM PST

Orang tua yang muka macam syaitan penyesat alam

... tapi dah serupa keluar dari Islam!!!

Tullisan Unspinners lepas di SINI menarik juga komentar yang simpati pada Kassim Ahmad.

Buku Kassim Ahmad penilaian semula memang ada dalam simpanan Unspinners. Memang secara rambang buku itu hanya mahu kita menilai kembali ajaran Islam yang ada. Kononnya dia mahu kita nilai semula hadith.

Namun jika diketahui pendirian dan latarbelakang sosialis Kassim Ahmad, ia mungkin agak renggang dan liberal pemhaman Islamnya. 

Dia pun seorang yang agak sensasionalis dalam meluahkan pandangannya di masa lepas. Ia membantu melakukan buku-buku tulisannya. Suatu masa Kassim AHmad yang dari Pulau Pinang kuat ngampu editor akhbar dan publisher untk dapat tulis buku dan jual sebagai cari makan.

Walaupun Tun Dr Mahathir pun menyatakan bukunya dulu itu bukan anti hadis namun nawaitu disebalik bbuku itu adalah mahu semua nilai dan bincang supaya dia boleh banyakkan lagi pengikutnya. 

Dengn ada Internet, blog dan media sosial banyak kumpulan anti hadith atau menggelar diri mereka Quranic sudah muncul. Maka lagi beranilah mereka kini bersuara.

Pandangan Tun M hanya berdasarkan buku dan dia merasmikan ppada hari pertama. Kassim Ahmad memberi pandangan sesatnya esok harinya. Nurul Izzah pun takut nak ada di situ sebagai panel kerana menjangka namanya akan lagi butuk dari terpalit dengan kontroversi baru bakal dilakukan Kassim Ahmad.

Apa ucapan Kassim Ahmad? Bigdogdotcom ada menyiarkan sepenuhnya ucapannya SINI

Dia menghina ulamak dengan menyamakan ulamak dengan sistem paderi:

(1) Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

Mahu komunis seperti dia pun berhak interpretasi ISlam walaupun  bukan ilmunya:

(a) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan 'penutupan pintu ijtihad'. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi'e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.



Menghina perbuatan syahadah dan selawat:

(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan 'Allah' dan 'Muhammad' ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa 'sa'al-Lallahu 'alaihi wasallam' (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut 'alihissalam'. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan 'salla/yusalli' bermakna 'restu', 'bantu' dan 'sokong', bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.

Kassim menyatakan dengan jelas untuk bersyahadah tak perlu menyebut Muhammad itu pesuruh Allah. Sahlah Kassim Ahmad berpandangan orientalis dari belajar dari School of Orientalist sudies bbegitu jelas.

Mengunakan akal semata-mata tanpa kepercayaan. Kalau nak saintifik betul, atheis lah akhirnya!!! 

Anihnya sebagai seorang yang kononnya akademik atau ilmuwan dia  mempertikaikan usaha baik untuk mengumpul hadith dan kata-kata Nabbi Muhammad:

Siapakah yang mewajibkan hadis sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya, Imam Shafi'e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran. [11] Sebelum beliau, apa yang dikatakan hadis sudah muncul, tetapi bilangannya sedikit sekali dan tidak diwajibkan diikut oleh umat Islam. Sejarah mencatat khalifah-khalifah Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Thalib memiliki buku-buku nota yang mereka tulis perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Nabi. Catitan-catitan ini tidak banyak dan hanya menjadi ikutan, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan.

Setelah doktrin baru oleh Imam Shafi'e ini diterima oleh masyarakat Islam, timbullah pengumpul-pengumpul hadis seperti Imam Bukhari (m. 870), Imam Muslim (m. 875) dan lain-lain. Imam Bukhari dilaporkan telah mengumpul 600,000 hadis dan beliau menapis hadis-hadis ini sehingga akhirnya tinggal 7,275 hadis yang beliau isytiharkan sebagai hadis sahih. [12]

Ada pihak perlekehkan seolah-olah nabi mengeluarkan hadith setiap hari. Nyata orang ini tidak ada langsung ilmu berkenaan ilmu hadis. Ada banyak hadis yang diriwayat berbeza-beza sedikit dari seorang ke seorang yang lain tapi mesej yang sama dna tak bercanggah dengan Quran.

Proses authetication pun dijalankan oleh orang yang alim, berilmu dan pengamalkan Islam dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan hadith itu tidak bercanggah.

Ada hadith yang tidak dapat difahami maka terpulang pada pembangunan ilmu semasa untuk lebih memahami.

Satu saja Unspinners kata Kassim Ahmad dah menyerupa orang yang sudah tak percaya pada Islam dan ilmu ugama yang terbina beribu tahun.

Pandangan Kassim ahmad hanya pandangan seorang iilmuwan sosiologis atau ilmu kemasyarakatan dan bukan ilmu ugama. 

Boleh murtad akhirnya sesiapa yang ikut Kassim Ahmad.

Perang dalaman PKR bertambah sengit

Posted: 22 Feb 2014 04:04 PM PST


Menurut teori ABITW di SINI, Azmin akan dipancung lepas PRK kajang ketika pemilehan PKR. Orang yang dikedepan untuk pancung Azmin adalah Saifuddin Nasution.

Dari perkembangan terkini, Khalid nampaknya akan dikerjakan di SELCAT dan menuju ke PRK Kajang dan SELCAT, nama Khalid sedang didedah dan dicaci.

Malaysian Chronicles milik Tian Chua dan Malaysiakini sedang persoalkan mana Khalid dapat duit untuk bayar out-of-court settlement dengan Bank Islam sebanyak RM80 juta.

Mat Taib ke bayarkan hutang Khalid?

Tak tentu pasal Tun Daim, yang dituduh sesetengah blogger pro UMNO yang buah kurang masak mahu jatuhkan Najib, boleh pula dipertanggungjawabkan untuk membuat deal menyelesaikan isu air. Kononnya Khalid dah jual diri kepada Daim..

Malangnya teori yang di mainkan Tian chua hanya terpalit nama mantan MB Selangor yang masuk PAS.


Ada juga usaha nak dedahkan bahawa Khalid yang lebih diterima awam dari Anwar untuk duduk kerusi MB tidaklah seperti gambaran Mr Clean yang mereka percayai. Pelbagai cerita mengenai "urusniaga" Khalid didedahkan oleh ABITW di SINI.

ABITW telah mengupas habis-habisan isu PKNS hinggadah sampai siri ke 6.

Nampaknya Khalid tidak berdiam diri.


Zaid Ibrahim, yang diketahui ramai adalah calun kumpulan faction Wan Azizah-Nurul-Khalid masa dia dalam PKR dan telah menentang Azmin untuk Timbalan Presiden, kini telah umumkan pencalunan.

Dipercayai ramai bahawa Zaid Ibrahim jadi calun untuk membalas dendam pada Anwar-Azmin yang menang secara tipu pada pemilehan PKR yang lepas. Biasalah anak mamak estet dari Kuala Krai yang perasan dirinya juga Melayu dan lebih-lebih mahukan perhatian.

Tak hairan Khalid sudah parking Zaid untuk lemahkan Anwar. Padahal dia adalah Pengarah Pilihanraya Kecil Kajang ... sekurang-kurangnya pada nama.

Nampaknya usaha untuk kerjakan Azmin pun dah mula apabila Hishamuddin rais mula menggelarkan Azmin sebagai berjiwa UMNO atau Ketuanan Melayu. Baca petikan Selagor Chronicle berikut:

Azmin Ali Akan Saman Keadilan Daily Sebab Tuduh Dia Agen UMNO!

Sungguh aneh dan sungguh menakjubkan apabila seorang Timbalan Presiden parti mahu menyaman surat khabar parti sendiri!
Itulah yang berlaku apabila Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR diramalkan akan mengambil prosiding fitnah terhadap akhbar parti itu, Suara Keadilan.

Tindakan Azmin Ali itu mungkin terdorong daripada sebuah artikel yang disiarkan oleh tablois mingguan tersebut pada minggu lepas. Suara-suara dari kem Azmin Ali mengesahkan bahawa Azmin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tabloid terbabit.

Difahamkan, editor tabloid tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyiaran artikel itu di hadapan beberapa orang pemimpin tertinggi PKR baru-baru ini. Artikel tersebut telah disiarkan pada 11 Februari dan ditulis oleh penulis pojok tetap, Hishamuddin Rais.

Hishamuddin Rais yang juga merupakan aktivis tegar PKR dan penyokong kuat Anwar Ibrahim, telah melabelkan Azmin Ali sebagai berotakkan KETUANAN MELAYU versi UMNO dan turut mengulangi dakwaan tersebut menerusi temubual di radio. Kata Hishamuddin Rais lagi, Azmin Ali tidak seharusnya malu kerana DNAnya sendiri mengesahkan dia memang memiliki mentaliti UMNO.

Beberapa orang pemimpin PKR lain turut dinamakan oleh Hishamuddin Rais sebagai HANTU UMNO DLAM PKR termasuklah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Menurutnya lagi, Khalid Ibrahim juga memiliki DNA 'Budak Ekonomi UMNO' yang membolehkan Khalid Ibrahim menjadi sangat kaya-raya. 

Baca sepenuh SINI


Hishamuddin Rais yang penyokong kuat Anwar dah bantai Azmin. Turut kena balun adalah Saifuddin Nasution yang bakal lawan Azmin.

Menarik bila Azmin akan saman Suara Keadilan...

Nampakya Hishamuddin Rais dah fed-up dengan perang dalaman PKR tapi tak pula dia salahkan Anwar dan Rafizi AP Pondan.

Inilah dia parti dan kerajaan yang muncul dari aktiviti jalanan.

Akhirnya tingkah laku pun macam budak kutu berahak tepi jalan. Semua tak ada totokromo dan main suka hati mereka. Apa dalam ota semua diluahkan tanpa tahan-tahan dan tanpa fikir panjang .....Kah kah kah ....


Cina mudah lupa (pasal Anwar) rupanya

Posted: 22 Feb 2014 03:09 AM PST


Juhaidi Yean Abdullah – Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

Krisis berterusan hingga 1980-an
 
'Krisis' Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan 'Operasi Lalang' pada 1987 bagi meredakan suasana.

Baca sepenuhnya di AIDC SINI

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MAZLAN DITAHAN DILAPANGAN TERBANG SIBU

Posted: 22 Feb 2014 02:10 AM PST


Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman sekali lagi ditahan dari memasuki Sarawak. Kali ini beliau ditahan Lapangan Terbang Sibu. 

Dalam FB peribadinya Mazlan menulis bahawa;

"Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak."

"Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak," kata pegawai Imigresen.

"Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang akan dirasmikan Presiden PAS di Beting Maro esok."

Sebelum ini beliau telah ditahan atas alasan yang sama.
-Harakahdaily

Sdr Naraza semasa buat laporan polis
gambar buat laporan polis
KENYATAAN AKHBAR BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SARAWAK

22 Februari 2014 / 22 Rabiul akhir 1435M

Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Penangkapan ini amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit.

Jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak. Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanaj yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan.

Badan Perhubungan PAS Sarawak menggesa Pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka. Amat merbahaya jika Jabatan Penguatkuasa seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.

Sementara itu kami juga kesal dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok. Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok.

Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Tindakan ini adalah suatu tindakan primitif dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah.

Andri Zulkarnaen Hamden @abusiraj Almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sayuti Omar Kecam Dasar Pakatan Rakyat #PRKkajang

Posted: 22 Feb 2014 05:51 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Posted: 22 Feb 2014 08:57 PM PST

Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.

Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.

Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.

Seorang pelajar Malaysia yang kini menyambung pelajaran di Amerika Syarikat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau boleh melayari laman sosial yang disebutkan, dari negara itu.

PRK Dun Kajang ujian litmus untuk lihat MCA masih relevan, kata Liow

Posted: 22 Feb 2014 08:50 PM PST


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini adalah ujian litmus untuk melihat sama ada MCA masih relevan dalam politik atau tidak selepas ditolak rakyat, khususnya masyarakat Cina.
Namun, presiden barunya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) mengakui cabaran yang bakal dihadapi partinya dalam PRK kali ketiga sejak berakhir pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.
Liow berkata, MCA akan berjuang untuk mengembalikan pengaruhnya di kerusi kawasan bandar yang pernah dikuasainya suatu ketika dahulu.
"MCA perlu menjadi lebih kuat untuk hadapi cabaran masa depan.
"Hari ini, pilihan raya kecil Kajang adalah ujian kepada status politik MCA," kata Liow dalam ucapan sempena ulang tahun MCA ke-65 hari ini.
Dilihat sebagai sebuah parti lemah berikutan masalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya ketidakupayaan menandingi dominan Umno dalam Barisan Nasional (BN), menyaksikan MCA hanya memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008.
Kemudiaan, MCA sekali lagi berdepan dengan malu apabila gagal meraih sokongan dalam pilihan raya umum tahun lalu, hanya sekadar memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.
Liow menyedari kelebihan tidak memihak kepada MCA ketika ini tetapi akan cuba berusaha menjelaskan kepada pengundi mengenai pilihan raya yang sengaja diadakan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti PKR.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada parti PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Aziz: K'jaan BN tiada pendirian moral tuduh Karpal hasut

Posted: 22 Feb 2014 08:48 PM PST


Kerajaan perlu mempunyai pendirian moral yang tinggi terlebih dahulu sebelum menuduh Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menghasut.

Memetik peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan sisi undang-undang, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat lebih provokatif dan kenyataan 'menghasut' semasa krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993.

"(Oleh itu) kerajaan Umno-BN harus mempunyai alasan moral sebelum mereka memberi lampu hijau kepada Jabatan Peguam Negara meneruskan dengan pertuduhan terhadap Karpal.

"Adalah sukar untuk mengatakan bahawa (tuduhan hasutan terhadap) Karpal adalah semata-mata undang-undang dan tidak bersifat politik.

"Karpal mempunyai hak untuk diberi layanan yang sama seperti Mahathir dan rakan Umno beliau," kata Aziz Bari kepada Malaysiakini semalam, yang memetik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan .

Karpal yang juga peguam dan MP Bukit Gelugor didapati bersalah bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kerana membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Anti-Hadith: Kassim sedia berdialog dengan Jakim

Posted: 22 Feb 2014 08:46 PM PST

Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad sedia memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kenyataan dalam satu seminar pemikirannya yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kassim berkata pelawaan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha supaya beliau dan penganjur memberi penjelasan berhubung perkara itu disifatkannya satu jemputan ikhlas dalam semangat ukhuwah, lapor Mingguan Malaysia hari ini yang memetik kenyataannya.

"Saya serta Jawatankuasa Penganjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari lalu di Putrajaya, menyambut baik hasrat Othman.

"Kami juga berharap dapat menjelaskan beberapa aspek kekeliruan dan salah tafsir berkaitan seminar berkenaan," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Minggu lalu, Othman berkata Jakim mahu berdialog dengan Kassim Ahmad serta penganjur "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" kerana menganggap idea Kassim "salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Kassim antaranya menganggap syahadah kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad, mempertikai rambut sebagai aurat wanita dan menyamakan ulama sebagai 'kasta paderi' dalam Islam.

Sehubungan itu, Othman juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara itu dan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian mengenainya.

Pendakwaan selektif kerana SPRM perlu bukti kuat, kata Abu Kassim

Posted: 22 Feb 2014 08:44 PM PST


Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar) mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan selektif kerana perlukan bukti dan keterangan serta bukti yang kuat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, kedua-dua kriteria tersebut diperlukan untuk agensi pencegahan rasuah tersebut mengambil tindakan ke atas tertuduh.
"Memang SPRM melakukan pendakwaan selektif iaitu mendakwa orang yang mempunyai bukti dan keterangan yang kuat.
"Kalau keterangan tidak kuat, kita tidak tuduh, jadi kita (timbalan pendakwa raya) mesti buat pertimbangan yang teliti," kata Abu Kassim yang dipetik dalam wawancara ekslusif Mingguan Malaysia hari ini.
Abu Kassim menolak tuduhan mengatakan SPRM hanya membuat dakwaan ke atas kes kecil tetapi tidak kes besar.
"Pertamanya jangan tanya kita mengenai pertuduhan kerana kerja SPRM ialah menyiasat, itu perlu jelas.
"Pendakwaan diputuskan oleh timbalan pendakwa raya," katanya.
Desakan SPRM diberikan kuasa pendakwaan kes rasuah beberapa kali dibangkitkan, saranan sama juga dibuat oleh Jawatankuasa Khas dalam Laporan SPRM 2009.
Malah, badan pemantau pencegahan rasuah antarabangsa, Transparency International (TI-M) juga menggesa agar SPRM diberikan autonomi yang lebih untuk melakukan pendakwaan.
Read More / Baca Lagi >>

Anti-Hadith: Kassim Ahmad hanya bersama Dr Mahathir kali ini

Posted: 22 Feb 2014 08:43 PM PST


Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Sebut apa sahaja pertubuhan Islam sekalipun, sama ada yang pro Barisan Nasional atau pro Pakatan Rakyat, semua menolak pemikiran Kassim Ahmad kali ini.
Turut menyertai penolakan ini adalah mufti dan badan agama kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Bahkan, pertubuhan Islam seperti Isma yang selama ini selalu sahaja mempunyai pandangan berbeza dan pro Umno juga menolak Kassim.
Namun, Isma meringankan serangan terhadap Kassim dengan mengaitkan juga tokoh-tokoh lain ketika menyerang Kassim dengan berkata apa bezanya mereka ini dengan Kassim.
Ia termasuk Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar yang pernah sedekah surah al-Fatihah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
Isma juga menyerang Khalid Ismath yang pernah menyindir bahawa Nabi Muhammad melakukan israk dari rumahnya dan menyindir bahawa Ustaz Harun Taib adalah seorang nabi.
Isma juga marah kepada Ahmad Farouq Musa dan Fuad Rahmat dari IRF. Mereka secara halus mempromosikan penafsiran Al-Quran secara hermenutika.
Isma juga menyerang Zainah Anwar daripada Sister in Islam kerana beliau pernah menolak hudud secara terang-terangan.
Namun, kumpulan Islam lain memberikan fokus sepenuhnya kepada sikap Kassim yang disokong pula oleh pihak yang berpengaruh dalam Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS dan Abim serta beberapa NGO lagi berpadu tenaga dalam perhimpunan membantah Kassim.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat  sendiri bangun menentang kenyataan Kassim.
Jawi mengadakan siasatan khas bagi menyiasat laporan mengenai kenyataan Kassim yang dikatakan anti hadis itu.
Read More / Baca Lagi >>

MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Posted: 22 Feb 2014 06:50 PM PST

Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Pada tahun 1970-an, Malaysia lebih maju dari negara Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ini kerana Korea Selatan baru selesai perangnya dengan Korea Utara, Taiwan pula sering diancam oleh kuasa China dan Singapura pula sekadar sebuah pulau kecil yang baru berpisah dari Malaysia.

Pada tahun 1980, pendapatan perkapita Korea Selatan ialah US$1845.66 dan Malaysia $1804.12, iaitu lebih kurang sama sahaja dengan negara kita. Dan begitulah juga Taiwan dan Singapura.

Tetapi pada tahun 2012, pencapaian ekonomi kita jauh berbeza dengan tiga buah negara tadi. Pendapatan perkapita nominal Singapura ialah US$50,323, Korea Selatan US$25,189, Taiwan US$22,022, dan Malaysia US$12,243.

Apa Bezanya kita dengan Korea, Taiwan dan Singapura?

Memang banyak bezanya. Kita ada sumber alam yang banyak, tetapi mereka tiada. Kita semakin terkebelakang dan mereka semakin ke depan dari kita.

Lihat sahaja pencapaian di Sukan Olimpik musim panas. Korea Selatan juara dalam sukan memanah dan menembak. Kita paling jauh boleh pergi pun dalam sukan badminton sahaja. Sukan Olimpik musim sejuk di Sochi sekarang, Korea Selatan hebat dalam acara speed skating dan figure skating. Kita tidak menyertai pun sukan Olimpik musim sejuk.

Dari segi bola sepak, pada tahun 1970-an dahulu, kita sering berebut untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka dengan Korea Selatan, tetapi sekarang ini usahkan untuk menjadi juara, Pesta Bola Merdeka pun sudah tidak ada lagi, sedangkan dahulunya Pesta Bola inilah dianggap sebagai antara kejohanan paling berprestij di Asia.

Tengok bidang automobil dan kejuruteraan teknologi lain. Kita ada Proton lengkap dengan sistem perlindungannya sekali sehingga harga kereta menjadi mahal, tetapi di luar negara Proton kita bukan pesaing. Bandingkan dengan Hyundai atau jenama elektronik Korea Selatan seperti Samsung dan LG. Kehebatan mereka di luar keupayaan tandingan kita.

Lihat industri hiburan kita, filem Korea dan Taiwan jauh lebih maju. Ada Winter Sonata, muzik ada K-Pop. Tapi kita ada Melodi setiap Hari Minggu yang melaga-lagakan artis kita. Aduhai!

Lihat dari segi industri perkhidmatan. Bandingkan mutu syarikat penerbangan Singapura dengan MAS atau Airasia. Lihat keinginan syarikat perkapalan, sama ada mereka lebih senang berlabuh di Jurong atau di pelabuhan kita?

Read More / Baca Lagi >>

Boleh kah BN atau PR mendapat sokongan 'legitimacy' 2/3 di hari mendatang?

Posted: 22 Feb 2014 06:46 PM PST

Aspan Alias

Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?
Inovasi tindakan politik pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka ke Putrajaya.
Apa sahaja yang terfikir oleh kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam parti mereka.
Apabila terlihat bibit perpecahan itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting yang lepas.
Jika BN masih kekal dalam beberapa tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.
Maksud saya UMNO akan tetap kekal sebagai parti 'singularly' sebagai parti yang paling banyak representasinya dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah kerusi secara individu parti dalam PR itu.
Pendeknya, Jika PR mendapat mandat ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, 'the winner takes all, and the loser looses all' Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada semua pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa hidupkan anti-hadis yang dah lama mati?

Posted: 22 Feb 2014 06:43 PM PST

KAJANG: Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan kepada pelopor gerakan antihadis di negara ini, Dr Kassim Ahmad menghairankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gerakan tersebut telah lama mati.
Di Putrajaya di bawah naungan Yayasan Kepimpinan Perdana ada perbincangan untuk ketengahkan (idea) Kassim Ahmad, pelopor (pemikiran) antihadis. Apa dah jadi ni"soal Anwar.
Anwar yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang turut mempersoalkan keperluan menghidupkan gerakan antihadis yang telah lama berkubur.
 Di mana ulama Umno?" soal beliau.
Menurut beliau, hadis adalah sumber kedua terpenting dalam Islam dan antara peranannya adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran.
"Perkara ini berkaitan dengan akidah," jelas beliau ketika berucap dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Pada seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula" anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim (gambar) mempersoalkan peranan hadis sebagai sumber hukum, memperlekehkan ulama dan mempertikaikan kewajipan menutup aurat bagi perempuan muslim.
Anwar yang bakal mewakili PKR pada PRK Kajang 23 Mac ini bakal menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.
BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun Jumaat lalu manakala beberapa individu seperti Zaid Ibrahim dan penyanyi Herman Tino turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Dun Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar dengan 48% Melayu, China (41%), India (10%) dan lain-lain kaum (1%).

Mereka berjalan untuk keamaman dan dipimpin rakyat biasa

Posted: 22 Feb 2014 06:42 PM PST


Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Berjalan kaki untuk kebebasan di Kuala Lumpur bulan lalu membawa makna tersendiri, dengan rakyat biasa mendahuluinya untuk kepentingan nasional.
Suri rumah, pelajar, profesional dan aktivis datang secara sukarela untuk menyertai jalan kaki untuk kebebasan itu bermula 5 Januari di gereja Our Lady of Lourdes di Klang dan di Pulau Pinang Ahad lalu, dengan dua lagi dijangka bulan depan.
Kumpulan Malaysian untuk Malaysia patut diberikan pujian kerana memulakan momentum ini.
Dipimpin oleh aktivis, Azrul Mohd Khalib, kumpulan ini memulakan perhimpunan 5 Januari di gereja itu yang turut disertai oleh Datin Paduka Marina Mahathir yang menyerahkan bunga kepada penganut Kristian bagi melahirkan solidariti bersama mereka berikutan isu kalimah Allah.
"Kumpulan ini terdiri daripada rakyat biasa yang sangat mengambil berat tetang Malaysia. Adalah penting untuk menunjukkan bahawa anda bukanlah sebahagian daripada mana-mana NGO atau parti politik untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.
"Jenis program bergantung kepada koordinator yang juga seorang sukarelawan, yang boleh membawa orang ramai bersama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

My Southeast Asia with Dr Farish: Culture Shared and Threatened

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: Batik

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: Borders & Beyond

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: ASEAN and Our Future

Posted: 22 Feb 2014 06:30 PM PST

Analysis: The fall of El Chapo

Posted: 22 Feb 2014 06:29 PM PST

Analysis: The fall of Yanukovich

Posted: 22 Feb 2014 06:29 PM PST

Clashes in Venezuela

Posted: 22 Feb 2014 06:28 PM PST

Kuda Kepang: Antara agama dan budaya

Posted: 22 Feb 2014 06:26 PM PST

PERKASA: Melayu liberal, termasuk di JPM ancam Islam

Posted: 22 Feb 2014 06:23 PM PST

Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir – Anwar Ibrahim

Posted: 22 Feb 2014 05:33 PM PST

Amin Iskandar@Black

Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari untuk terus berada di Putrajaya.
Sejak akhir-akhir ini, apa sahaja yang dilakukannya seperti tidak kena. Rakan-rakan Kabinet yang seharusnya bersamanya seolah-olah cuba menjarakkan diri sekarang.
Terbaru apabila Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beberapa hari selepas itu, Waytha Moorthy menuntut Najib supaya berhenti kerana dikatakan gagal menunaikan janjinya untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat India dan tiada pembelaan kuat terhadap Najib daripada anggota Kabinet.
Tidak kedengaran suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membela Najib. Tiada juga suara pemimpin paling popular Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tampil ke depan "membelasah" Waytha Moorthy.
Diikuti dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga merupakan sepupu Najib. Tidak ketinggalan juga timbalan menteri dari MIC, P Kamalanathan.
Majoriti anggota Kabinet seperti menunggu sesuatu yang bakal berlaku tidak lama lagi dan sebab itu mereka mengambil sikap "tunggu dan lihat".
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula semakin rancak berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac akan datang.
Kerusi menteri besar Selangor semakin hampir dalam genggamannya, beliau tidak menghiraukan pergolakan di Putrajaya dan memberikan tumpuan kepada Kajang.
Walaupun Kajang hampir pasti milik Anwar, beliau berkempen ibarat pertama kali Barack Obama bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat.
Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap "Rancangan Kajang" termasuk daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri, namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti akan mengemas beg daripada pejabatnya selepas 23 Mac.
Kelewatan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon menyebabkan Anwar merobek sedikit demi sedikit kubu kuat Umno di Kajang.
Read More / Baca Lagi >>

Anti hadis: Umat Islam jangan terkeliru - MB Kelantan

Posted: 22 Feb 2014 05:30 PM PST

TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyeru umat Islam supaya jangan terpengaruh dengan golongan anti hadis kerana golongan itu juga cenderung ke arah anti al-Quran.

Menurutnya, di dalam al-Quran jelas ada hujah padat bahawa sebagai umat Islam perlu patuh pada ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh ALLAH SWT .

"Amat kesal apa yang berlaku hari ini, mana-mana yang terpesong dan terpengaruh dengan golongan anti hadis diminta bertaubat dan kembali pada jalan yang benar.

"Umat Islam jangan terkeliru dengan golongan ini kerana ia merosakkan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat kepada seorang warga emas, Minah Salleh di Kampung Hutan Jambu di Kok Pasir, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.

Baru-baru ini, Kassim Ahmad merupakan seorang karyawan dan bekas aktivis politik mencetuskan kontroversi apabila mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Dalam pada itu, Ahmad menyeru agar jangan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerana agama Islam adalah agama rasmi negara.

"Menghina Nabi Muhammad, menghina al-Quran, itu boleh menyentuh sensitiviti umat Islam, elakkan perkara itu terjadi," katanya.

"Langkah Kajang" buat Umno panik, kata Anwar

Posted: 22 Feb 2014 05:26 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional (BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.
"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.
"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.
"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? Anak dialah," katanya.
BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.
Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.
"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.
"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dikatakan cubaan Anwar untuk meredakan kemelut dalaman parti yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Lee Ta'arafu : APA LAGI CINA MAU???

Posted: 22 Feb 2014 03:30 PM PST

Malaysia Kita: Kambing ganjil bermata satu

Posted: 22 Feb 2014 03:23 PM PST


MOHD.ISMAIL menunjukkan anak kambing bermata satu miliknya di Kampung Busul, Lahad Datu, Sabah semalam.

LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu.
Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram.
Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan.
"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.
"Ketika membersihkannya, saya terkejut apabila mendapati anak kambing ini hanya ada satu mata yang terletak di bahagian tengah muka," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Malaysia Kita: Medan selera tawar tarian ghairah

Posted: 22 Feb 2014 03:16 PM PST



SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dibawa turun dari pentas di sebuah medan selera di Serdang, Selangor malam kelmarin.



SERDANG – Sebuah medan selera di Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini bukan sahaja menawarkan makanan dan minuman tetapi turut menyajikan tarian ghairah yang dilakukan gadis pelayan pelanggan (GRO).
Perkhidmatan yang ditawarkan secara terbuka sejak hujung tahun lalu itu menempatkan beberapa GRO berpakaian seksi menari di atas pentas untuk menarik pelanggan.
Difahamkan, tarian itu dianjurkan salah sebuah permis yang terdapat di medan selera tersebut untuk menghiburkan pelanggan selain mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga dan perhiasan kepala kepada pelanggan di situ.

FotoPENARI separuh bogel ditahan di Medan Selera Serdang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Teresa Kok Onederful Malaysia CNY 2014 sarikata BM

Posted: 22 Feb 2014 07:51 PM PST


Anwar Ibrahim: Kita Lawan Bukan MCA, Kita Lawan UMNO

Posted: 22 Feb 2014 05:58 PM PST






Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:08 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Dah jumpa! Untuk projek menteri Isa Samad..

Posted: 22 Feb 2014 03:46 PM PST

Hari Isnin yang lepas, Menteri umno korup Isa Samad sibuk nak cari wanita felda untuk dijadikan ahli tinju,, aku rasa tak payah pergi felda,,, aku dah jumpa dah...


Inilah hasil umno diberi kuasa terlalu lama?..


    Dimanakah cikgu-cikgu ni.... Ha ha ha,, cikgu duk sibuk dengan PBS ... anak murid inilah jadinya...





    Tak faham bahasa Cina - Ha ha ha,, skrg dah ada sarikata melayu...

    Posted: 22 Feb 2014 02:25 AM PST

    Buat geng-geng sembelih ayam dan yang seangkatan dengannya,, sila tengok cerita sebenar, lepas ni jangan duk meroyan tak tentu pasal...




    Atau pun hangpa marah sebab nyonya gemuk tu pakai cincin permata lebih dari Rosmah kut.... Beul tak Wak Juragan 69...