Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Subahanallah,Guru Pondok Meninggal Ketika Solat Dengan Tersenyum

Posted: 20 Feb 2014 11:30 PM PST

Pasir Mas: "Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

"Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum," kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.FotoJEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.
-hmetro-

Kisah Misteri Yang Dialami Seorang Pesakit Ketika Koma

Posted: 20 Feb 2014 07:10 PM PST

Sekadar Hiasan
Kisah Misteri Yang Dilalui  Oleh Pesakit Koma | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni kami nak share satu kisah pengalaman misteri seorang lelaki sepanjang beliau koma.

Memang misteri kisah ni. Jom sama-sama kita baca. Wallahua'lam..TIDAK berapa lama dulu, seorang rakan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.


Beliau koma beberapa hari tetapi pembedahan berjaya dilakukan. Dia kembali sihat, cuma ada kesan parut di dada. Namun, misteri masih timbul dan sehingga sekarang sukar dijawab mengenai 'kehadiran' orang yang sudah lama meninggal dunia di sisinya ketika koma.


"Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya 'dijaga' oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan 'pelawat' yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia," ceritanya.


Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan 'antara hidup dan mati' – koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).


Sambungnya lagi: "Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: 'Tak apa, ayah ada untuk bantu', 'sabar, lepas ini baiklah tu'. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang." Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.



"Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan 'mengikutnya ke dunia lain' juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya," katanya.


Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia. Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.


"Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah)," kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan. Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia.


Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia. Cerita pula seorang rakan bernama Osman: "Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. 'Si anu' mengajak saya mengikutnya….. Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia.


Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk." Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad. 


Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya. "Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105). 


Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.

"Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat. 


"Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur.

Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh 'ngam'. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia," jelasnya. Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: 


Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka.Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya. 

Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.
Sumber Asal :Disini

Di Hukum Rejam hanya Kerana Miliki Akaun FB,Atau Hanya Propaganda Untuk Burukkan Islam

Posted: 20 Feb 2014 06:00 PM PST


Dua hari yang lalu seorang sahabat yang bukan beragama Islam telah menunjukkan kepada aku satu laporan dari Kwong Wah Yit Poh versi on-line tentang berita kononnya seorang gadis Syria telah dihukum rejam sampai mati kerana memiliki akaun Facebook.

Tiada sebarang caption diletakkan pada gambar itu, dan ini menyebabkan sahabat aku menganggap ianya adalah gambar dari tempat kejadian..
Dalam masa yang sama berdasarkan gambar tersebut beliau mengatakan undang-undang Islam yang diguna pakai ini amat kejam dan zalim..
Yang aku boleh nafikan ialah ini bukanlah apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam melalui hukum Hudud, ianya kalau benar telah dijalankan oleh puak ektrimis dalam Islam..

Tentang berita itu pula samada ianya benar atau tidak, aku tak pasti sebabnya ia datang dari sebuah negara yang sedang bergolak..
Dan hari ini laporan mengenai insiden tersebut telah disiarkan oleh Sinar Harian diSINI , aku copy n paste kat bawah ni..

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook. Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral. Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut. 

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu.
Ada yang mendakwa ini adalah satu propaganda pihak Syiah untuk memburuk-burukkan pihak lain dalam Islam kerana berita asal telah disiarkan oleh media Iran iaitu The Iranian FARS News Agency.
Ini apa yang dilaporkan oleh Iranian Fars News..
Ini apa yang dilaporkan oleh Iranian Fars News..
The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) stoned to death a young Syrian girl for membership in Facebook social network.  
The ISIL militants took the Syrian girl, Fatoum Al-Jassem, to Al-Reqqa religious court and the judge ruled that membership in Facebook is tantamount to adultery and sentenced her to death by stoning, the Arabic-language Al-Rai Al-Youm reported.  

Also in the past 24 hours, the Popular Front for the Liberation of Palestine-General Command (PFLP-GC) announced that all foreign-backed militants who were stationed in Yarmouk Palestinian refugee camp in Southern Damascus have withdrawn from the camp. 


"The terrorists groups of Al-Nusra Front and Ibn Timieh and Al-Sahaba Battalion have withdrawn from Al-Salasin Street which was their last bastion in Yarmouk camp," PFLP-GC's Politbureau Chief Hessam Arafat said. .. more HERE


Siapa atau kumpulan mana yang disasarkan oleh mereka hanya mereka yang tahu..

Walau siapapun yang mereka sasarkan dalam laporan ini, ianya sebenarnya telah menjadikan bukan Islam yang percaya akan laporan ini semakin takut dan menjauhkan diri dari Islam...

Islam sekali lagi dilabel sebagai kejam oleh mereka.. macam yang kawan aku kat atas tu kata sebelum dijelaskan keadaan sebenar..

Tentang gambar yang disiarkan oleh kebanyakkan media itu pula, ianya adalah salah satu babak filem 'The Stoning Of Soraya M.'
-darisungaiderhaka-


 Ni thriller dari YouTube..



Jom Berzikir Di Pagi Jumaat,Di bawah Bimbingan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Posted: 20 Feb 2014 05:19 PM PST

Di Pagi yang mulia ini,ada baiknya kita mulakan hari dengan berzikir,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan murahkan rezeki kita semua,..

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


MUKHRIZ - IMPAK KRISIS TIMUR TENGAH KEPADA MALAYSIA

Posted: 24 Sep 2013 08:21 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


#PRKKajang - Kalimah Allah : Islam VS Kristian

Posted: 20 Feb 2014 08:57 PM PST

Islam VS Kristian Siapa Yang Anwar Tipu?

 

Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRKKajang yang menyentuh isu kalimah 'Allah' dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yangberbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramahberkenaan. 

 

Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwarmemberitahu penganut Kristian bahawa 'Allah' adalah namaTuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagisesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yangsama bagi merujuk kepada Tuhan mereka

 

Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayudi Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan 'tidakmungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakannama 'Allah' sewenang-wenangnya'. 

 

Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yangbertentangan kerana beliau sudah mendapat 'pengiktirafan' diperingkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yangbermuka-muka.    

 

Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis danberdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yangsama Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak danmembela LGBT dalam masa yang sama juga

 

Justerukita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankankalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama

 

Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliaubelum lagi menang pilihanraya Anwar boleh berjanji akanmenghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapanorang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belumlagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa

 

Bagaimanapunkita tidak boleh mengenepikan kemungkinanyang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadiMenteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuatsesuatu  

 

Oleh itudengan kenyataan Anwar yang bertentanganberbeza,berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah,bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwarsebenarnya

 

Perlu diingatkanbahawa sekiranya beliau benar-benar berjayamenjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapatmeneruskan hujah bertentanganberbezaberbelit dan samarmengenai isu ini Mahu tidak mahulambat laun, Anwar perlumembuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristianakur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islammeredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian

 

Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua mukasekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlumenunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorangliberalis-pluralis atau Islamis-moderat

 

Apa yang pastiIslamis-moderat tidak mungkin dapat menerimaidea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya

 

Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralismaka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkanmereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilihuntuk menonjolkan imej Islam-moderatmaka beliau perlumempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagaialat untuk menyebar agama Kristian. 

 

Sehingga kininampaknya penganut Kristian dan masyarakatbukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwarmenyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina jugamelalui DAP, memberi'kelulusankepada Anwar untuk menjadi Menteri BesarSelangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arahperpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia. 

 

Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah'dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian

 

Sebaliknyapenyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama 'Allah'dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politikUMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apayang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwartelah diputarbelitkan oleh UMNO. 

 

Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah'Allah' dengan mempertahankannya dari digunapakai olehKristian

 

Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayaiAnwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalantengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambiljalan selamat.  Anwar tidak boleh tidakperlu berpihakdanakhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipupihak yang satu lagi   

 

Soalnyapihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atauKristian? 

 

Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwarberkuasa.  Dan pada waktu itusiapa pun yang tertipu akanmendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalangAnwar. 

 

Kiriman Email.



Sent from my iPhone

Kenyataan penuh Jakim berhubung isu Seminar Pemikiran Kassim Ahmad

Posted: 20 Feb 2014 05:44 AM PST

KENYATAAN MEDIA DATO' KP JAKIM BERKAITAN " SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN "

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam" SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN " pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi'e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur'an

v. Mentafsirkan semula al-Qur'an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur'an bagi menggantikan hadith

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv. adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur'an berdasarkan ijma' ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur'an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori "Kod 19" oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur'an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasank terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.
7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.
'Saya Yang Menurut Perintah'

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA 19 Februari 2014


http://ping.busuk.org/v/551535/kenyataan-penuh-jakim-berhubung-isu-kassim-ahmad.html


Sent from my iPhone

Video Punca Krisis Air Di Selangor

Posted: 20 Feb 2014 12:52 AM PST

Klik

http://www.youtube.com/watch?v=o6IiR96vjs4&sns=em


Sent from my iPhone