Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bengong Rafizi AP Pondan ... Isu PKR untuk Kajang memalit muka sendiri

Posted: 18 Feb 2014 07:30 PM PST


Anwar mengadakan sidang akhbar di pejabat PKR pagi semalam berkenaan isu muflis dan tujuh isu tempatan Kajang. Bersamanya adalah Pengarah Strategik PKR merangkap Ahli Parlimen POndan cabut lari, Rafizi Ramli.

Sebelum Unspinners beri komen, kita beri peluang untuk point Anwar yang pastinya hasil usaha Rafizi diketahui kerana berusaha mereka mengumpul maklumat.

Menurut Anwar, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan sejak bulan Jan hingga Sept 2013 seramai 16,306 org diisytiharkan muflis dengan purata 1,812 sebulan. Turut dinyatakan sepanjang tempoh tersebut juga 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah.


Pasti pandangan pertama mengejutkan. Sukalah Anwar main gempaq gempaq ni...

Bagi tahun 2012, sejumlah 19,575 telah diisytiharkan muflis dengan purata 1, 631 setiap bulan. Jika dibandingkan dengan bulan Jan hingga Sept 2013 ialah sebanyak 1,812 adalah 11% lebih tinggi berbanding kadar bulanan 2012 iaitu 1,631.

Menjangkakan jika data keseluruhan bagi tahun 2013 dikeluarkan, kes muflis akan lebih daripada 20,000 kes.

Peh ... hebat ... pandai Anwar Matematik untuk buat projeksi.

Berdasarkan point pertama, Anwar kata kenaikkan muflis itu adalah akibat kenaikan harga barang, kos sara hidup dan kesan daripada pengurangan subsidi.

Hmm ... statistik anwar ada ke kasi profil akan mereka yang muflis ini? Muda ke atau tua?


Adakah muflis sebab harga barang naik atau berbelanja boros? Apa yang dibelanjakan hingga sampai muflis?

Orang kalau nak muflis ada kemungkinan akibat berniaga. Mana data Anwar? Ada mungkin sebab kredit kad... mana data kredit kad???? Patut tunjuk sekali data.

Sambung lagi ...


Anwar menyatakan fenomena muflis bukan hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan bandar. Dia merujuk pada kenyataan  Dato Nancy Shukri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di Kuching ada 6,925 kes, Miri ada 4,058 kes dan Sibu 2,557 kes.


Adakah ia menjawab isu yang ditmbulkan Unspinners di atas?

Kata Anwar lagi, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2012, pecahan bagi kaum adalah Melayu - 48.8% , Cina - 33.2% dan India - 14.1%.

Yang mengejutkan Anwar pula adalah sebanyak 4,100 iaitu 21% adalah yang berumur bawah 34 tahun. Antara penyebab muflis adalah kegagalan membayar pinjaman kenderaan,  perumahan dan kad kredit.

Cuba fikir macam mana orang berumur bawah 34 tahun paling banyak bankrup degan tanggungjawab kurang dan masih mulakan hidup boleh bankrup? Apa sebabnya???

Dari faktor utama muflis, mana dia yang kata disebabkan "kenaikan harga barang, kos sara hidup dan kesan daripada pengurangan subsidi"?

Mudah dijawab kan???

Tambah lagi Anwar, kenyataan Bank Negara Malaysia pada tahun 2013, bank bank di Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi sejak tahun 2006 untuk pinjaman peribadi iaitu RM 139 Billion dan kad kredit RM 124 Billion berbanding dengan tahun 2012 iaitu RM 124 Billion bagi pinjaman peribadi dan RM 67 Billion utk kad kredit.



Salah Bank dan polisi kerajaanlah maksud Anwar. 

Bank menawarkan tapi kenapa pergi ambil pinjaman tapi tak bayar dan kad kredit banyak-banyak. Tambah lagi banyak pekerjaan dah tak tetap tapi dok on contract basis.

Dari situ semua, pelik dan hairan tapi Anwar boleh rumuskan bahawa rakyat Malaysia terutama kaum Melayu berhadapan dgn kesempitan kewangan.




Kata tak main isu-isu Melayu, tapi kenapa untuk Kajang tiimbul isu Melayu?



Dah tahu Melayu ada banyak masaalah tappi Anwar juga yang kata "Anak CIna anak saya, Anak India anak saya ... " dan anak Melayu last sekali. Dia juga yang biar saja DAP balun kerajaan pusat setiap kali buat program untuk bantu Melayu dan Bumiputera serta India. 

Sebab Anwar lah DAP Cina dibiar memonopoli ekonomi saja hingga bangsa lain merana dan melarat.

Kenapa Anwar timbulkan masaalah Melayu jika tidak untuk memenangi undi 48% Melayu di Kajang?
 
Akibat kenaikkan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kadar pendapatan mengakibatkan rakyat terpaksa menampung perbelanjaan harian melalui pinjaman peribadi atau kad kredit yg mendedahkan kepada risiko muflis kerana terdedah kepada kadar faedah yg tinggi.

Anwar kata penambahan pinjaman adalah disebabkan penyusutan pendapatan lebihan akibat kenaikan kos sara hidup dan bukannya disebabkan kegagalan rakyat menguruskan kewangan peribadi.


 La ... ke situ pulak konar dia ... bukanlah sebab langsung tapi sebab musabab hasiil pandai spin ... hehehe

Akibat politik drujana Anwar Cina tak beri Melayu kerja. Cina diskriminasi kaum-kaum lain tapi Anwar kata biarkan biarkan biarkan ... pasal nak sokongan penuh Cina!!!

Kes muflis Anwar blame kenaikan harga barang tapi dia lupa sikap boros dan berbelanja besar melampaui income juga boleh menyebabkan seseorang itu muflis.

Inilah Penasihat Ekonomi Selangor yang pass Pengajian Melayu lepas repeat berapa kali. Buat pengajian Meayu pun repeat keh keh keh  ....

 Punahsihat Selangor yang inginkan jawatan MB Selangor turut menyeut tujuh kutamaan setempat Kajang yang bakal diberi perhatian khusus lepas dia mendengar sendiri permasalahan penduduk Kajang hasil kajiselidik dengan pengundi berdaftar di Kajang bagi kenal pasti isu isu setempat.

Katanya tiga isu utama yang memerlukan perhatian di Kajang adalah isu keselamatan penduduk akibat jenayah yang semakin meningkat, isu masalah kesesakan trafik dan isu soal kebersihan setempat dan kesihatan.



Macam mana nak banteras jenayah jika lawyer PKR dan Hindraf dok pertahan dan bela melebih-lebih penjenayah? Pakarnya adalah lawyer PKR Latheefa Koya dan Naib Presiden PKR N Surendran.


Isu masaalah trafik? Nak berapa banyak lagi highway kerajaan nak bina untuk larikan trafik dari Kajang? 


Bandar Kajang terlalu kecil dan tidak ada kawasan. Pembangunan luar pekan dah pesat tapi kalau pekan diroboh nanti marah tak DAP CIna? Cuba Anwar beri solution...

Masuk akal tak solution bakal MB????

Soal kebersihan tempatan dan kesihatan? Mana majlis tempatan bawah kerajaan negeri??? Macam mana nak selesai jika kerajaan negeri tak mahu keluarkan duit dan nak rizab sampai RM4 billion? 

Belum cerita jalan teruk lagi akibat negeri tak keluarkan duit yang dah diperuntukan untuk baiki jalan?????eri

Senarai tujuh adalah:

(a) Keselamatan dan Jenayah - 42%.
(b) Kesesakan trafik - 38%
(c) Pengurusan sampah dan kebersihan - 30%
(d) Masalah Sosial -20 %
(e) Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah -16 %
(f) Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil - 12 %.
(g) Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang - 11 %.

Hampir semua melibatkan kerajaan negeri. Anwar tibai Khalid ke kerajaan pusat??? Kah kah kah ....

Apa punya bengong si Penasihat Rafizi? Cara Rafizi ini semua ...Akhirnya Anwar kelihatan bodoh, Khalid dipersalahkan ... hanya memalitkan muka anwar dan kerajaan negeri.

Darah keringat rakyat Kajang diperah kerajaan yang patut membela

Posted: 18 Feb 2014 04:30 PM PST


Menang saja Pakatan Rakyat lesen perniagaan MP kajang naik dari RM290 ke RM690.

Tapi peniaga cina dap dan pemborong orang tengah naikkan harga barang disalahkan kerajaan pusat. Dato Najib dikangkungkan.

Sebenarnya mereka yaang susahkan rakyat. Dalam hal ini penjaja .... diwarwarkan air free yang tak semana.

Sapa nak caya, Syed Azman dan Nurul?

Posted: 18 Feb 2014 07:30 AM PST

Rakyat berdepan masaalah air sebab MB degil dan Penasihat main politik

Posted: 18 Feb 2014 02:05 AM PST


Dah berkali-kali diberitahu Selangor bakal berhadapan dengan masaalah air tapi kerajaan Selangor pmpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang asyik dok simpan duiit tak mahu belanja untuk keselesaan rakyat dan Penasihat yang sanggup menyusahkan rakyat mahu main politik.




Ditahan pembinaan loji sungai langat 2 dan dibuat macam-macam helah untuk mainkan isu air dan ukan untuk selesaikan masaalah air. Pakar kata Selangor akan berahdapan dengan masaalah air jika loji langat tak dibina dua tahun lepas.

Tapi mereka buat macam-macam helah politik. Tersirat niat agar kroni mereka yang dapat kontrak pembinaan.


Kalau pemimpin kerajaan persekutuan dikatakan bohong dan pegawai kerajaan dan pakar dari kementeriaan diperlekehkan dengan pakar-pakar palsu yang andaian dan penafian tanpa punya maklumat lengkap, kini pakar jurutera yang profesyenal dan tidak berparti politik berkata.

Baik Khalid baik Anwar ... sama saja tak boleh diharapkan untuk selesai masaalah negeri pasal POLITIK DIUTAMAKAN RAKYAT DIPERBODOHKAN


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Majlis Fatwa berani tegur Tony Pua, tapi tak berani tegur Nazri

Posted: 18 Feb 2014 10:26 PM PST

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoal tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berani membidas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tetapi tidak berani membidas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih.
Katanya, tindakan double standard pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menunjukkan bahawa Majlis Fatwa bersikap pilih kasih.
"Bagaimana orang bukan Islam nak hormati Majlis Fatwa kalau majlis itu hanya berani menegur orang bukan Islam sedangkan orang Islam yang membuat kenyataan yang sama terlepas," katanya kepada FMT.
Dalam akhbar harian hari ini, Dr Shukor menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam.
Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan.
"Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak.
"Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," kata Dr Shukor ketika dihubungi di sini hari ini.
Tony melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.
Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor menegaskan, sebagai pemimpin bertaraf wakil rakyat, Tony sepatutnya mempunyai kesedaran sivik, saling menghormati dan bertanggungjawab terhadap segala kenyataannya.
"Saya fikir semua rakyat terutama yang berada di bandar mengetahui berhubung sensitiviti ini. Saya percaya umat Islam tidak akan sampai ke tahap itu untuk membuat provokasi agama," tegasnya.
Syed Rosli hairan kenapa Pengerusi Majlis itu tidak berani menegur Nazri.
"Adakah takut jawatannya terlucut?" soal beliau.
Nazri sebelum ini mempersoalkan mengapa orang Islam tidak dibenarkan meraikan Valentine's Day, selain berpandangan sambutan itu bukan sebagai satu bentuk sembahyang.
Nazri turut mengecam PAS atas tindakan parti itu melancarkan kempen menentang Valentine's Day dan menyifatkannya sebagai 'mengarut'.
Nazri dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melancarkan penguatkuasaan pencegahan secara besar-besaran di seluruh negara pada malam 14 Feb lalu.
Pada 22 hingga 24 Nov 2005, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Putrajaya hanyut, dorong menteri cari jalan keluar

Posted: 18 Feb 2014 07:45 PM PST



Dua menteri Umno sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti.
Ia sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim.
"Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib," kata seorang ahli politik Umno kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat. Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan," katanya.
Pasukan ekonomi Najib merangkumi dirinya sendiri sebagai menteri kewangan 1; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai menteri kewangan II; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; penasihat ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad Husni dan Abdul Wahid mendiamkan diri sejak kebelakangan ini selepas Putrajaya membuat keputusan menarik balik kenaikan kadar tol yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau berkata kerajaan akan membayar RM400 juta kepada pemegang konsesi tol sebagai ganti rugi.
Mustapa dan kementeriannya menjadi perhatian kerana masih belum lagi memuktamadkan sistem Permit Import (AP) untuk kenderaan, yang semakin meningkatkan harga, dan kerana masih berbincang dengan rakan kongsi dalam Pacific Rim untuk membentuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Perdana menteri masih boleh menambah seorang lagi timbalan  menteri dalam Kementerian Kewangan, ruang yang disimpan untuk MCA kerana parti komponen senior Barisan Nasional (BN) itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berikutan kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun lalu.
Seorang pakar strategi Umno berkata, kemasukan MCA tidak akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Najib, yang berdepan dengan perang prasangka lebih besar selepas pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan secara mengejut sebagai timbalan menteri, minggu lalu.
"Kabinet seperti sudah tidak ada calon dan MCA tidak terlalu menonjol, maka kemasukan mereka nanti tidak akan mengubah apa-apa.
"Kerajaan perlu cepat keluar daripada kesuraman ini dan bekerja kuat. Mereka tidak akan kehilangan apa-apa sehingga pilihan raya akan datang," katanya.
Pengkritik berkata, pentadbiran Najib gagal meredakan peningkatan ketegangan perkauman dan agama dalam negara, terutama di Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir oleh pembangkang.
Katanya, polis berjanji untuk bertindak tetapi setakat ini, hanya pemimpin pembangkang yang berdepan dengan cabaran besar.
Najib juga berdepan dengan kritikan daripada parti Umno sendiri, terutama golongan veterannya, yang percaya bahawa perdana menteri perlu melakukan lebih lagi untuk memotong perbelanjaan, bukan semata-mata potong subsidi.
"Kerajaan memerlukan kepimpinan lebih tegas dan lebih memahami apa yang berlaku dalam Malaysia. Mereka kelihatan seperti tidak tahu dan kadang-kadang, nampak tidak peduli.
"Mungkin itu sebabnya mereka mereka berperasaan muram. Mereka tiada arah, tiada petunjuk dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Putrajaya terus berkuasa," kata seorang ahli Umno. – 19 Februari, 2014.- TMI

Sarang Seks Siber Kanak2

Posted: 18 Feb 2014 05:06 AM PST

Rasanya tidak salah untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet apabila memilih pusat jagaan harian. Selepas beberapa laporan kematian bayi tersedak susu, ada pula ibu yang membuat intipan cara moden dan terkejut apabila mendapati pengasuh memukul anak mereka.
Itu mungkin kes terpencil, tetapi tidak salah untuk kita lebih berhati-hati. Kita tidak mahu anak kecil ini 'diperdagangkan' secara sulit seperti yang berlaku di sebuah kampung pedalaman di Filipina. 
Ketika kanak-kanak kecil di sebuah pusat jagaan harian leka bermain, tiga kanak-kanak di rumah sebelah dipaksa menjadi pelakon untuk melakukan aksi seks yang ditayangkan secara langsung melalui Internet dan dapat disaksikan di seluruh dunia.


Aksi menjijikkan yang berlaku di rumah banglo itu turut diulang berkali-kali secara rahsia di kebanyakan rumah di Ibabao, kampung terpencil di Pulau Cebu di mana pornografi Internet kanak-kanak sudah memasuki 5,000 rumah penduduk dan dianggap aktiviti lebih menguntungkan berbanding menangkap ikan atau bekerja di kilang.
Foto
KANAK-KANAK daripada keluarga miskin sering jadi mangsa penderaan seks siber.

"Pada mulanya saya amat terkejut, tidak percaya perkara ini berlaku di bandar saya," kata Datuk Bandar, Adelino Sitoy, sejurus selepas polis mengumumkan mereka berjaya menjejaki rantaian pedofilia (keinginan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak atau ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak) yang ditayangkan secara langsung. Paling mengejutkan, Ibabao menjadi penyumbang atau sumber pornografi kanak-kanak.

Ketika kampung terpencil itu mendapat perhatian, pihak berkuasa dan badan yang memperjuangkan hak kanak-kanak berkata, industri lucah itu berjangkit dan merebak dengan pantas di kebanyakan kawasan di Filipina khususnya membabitkan keluarga miskin apabila ribuan kanak-kanak sudah menjadi mangsa penderaan seksual.

Sekali imbas, Ibabao adalah kampung nelayan yang terletak 550 kilometer di selatan Manila. Penduduknya amat akrab kerana kebanyakannya ada pertalian persaudaraan atau mempunyai hubungan baik sejak dulu lagi dengan jiran. Mereka juga dilihat sering ke gereja.

Namun polis dan pihak berkuasa berkata, di dalam rumah separa kayu yang kecil, ramai ibu bapa mengarahkan anak mereka melakukan aksi seks di depan kamera web yang disambungkan ke Internet dan dijual kepada kaki pedofilia luar negara. Ada juga kanak-kanak yang diperdaya masuk ke rumah jiran dan akhirnya dipaksa melakukan aksi lucah itu, kata mereka.

Sitoy berkata, ada banyak faktor yang membuatkan perdagangan seks secara dalam talian itu berkembang dengan pesat antaranya kanak-kanak dikurung secara rahsia di rumah, kedudukan Ibabao yang terpencil dan sikap tidak peduli ketua kampung, apatah lagi jika mereka mempunyai saudara-mara yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

Pemburuan besar-besaran hanya dilakukan apabila sesetengah daripada rakaman video itu sampai ke rumah warga Britain yang sememangnya terkenal sebagai kaki pedofilia. Pada Mac lalu, lelaki ini dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Sejurus selepas itu, polis Filipina mengadakan serbuan di Ibabao dan kawasan berhampiran dengan bantuan pihak berkuasa Britain, Australia dan Amerika Syarikat. Dalam satu serbuan pada September tahun lalu, polis dan pekerja sosial memasuki rumah banglo di sebelah pusat jagaan harian berkenaan dan menahan sepasang suami isteri serta menyelamatkan tiga anak mereka yang berumur tiga, sembilan dan 11 tahun. Dua hari kemudian, 13 lagi kanak-kanak diselamatkan daripada beberapa rumah lain.

Penduduk Ibabao kini amat curiga dengan kemasukan orang luar, tetapi ada yang bersetuju untuk membuka mulut dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.

Mereka memberitahu 'sarang seks siber' masih terus beroperasi di kampung itu, tetapi tiada penduduk yang melaporkannya atas faktor keselamatan. Selain itu, budaya penduduk Filipina yang tidak suka menjaga tepi kain orang turut membantu jenayah itu terus dilakukan.

Seorang suri rumah, Jennifer Canete, 38, yang bersedia bercakap mengenai jenayah itu secara terbuka mengesahkan ramai penduduk yang terbabit dan dia bimbangkan keselamatan empat anaknya yang masih kecil, takut mereka juga menjadi mangsa. Ini kerana dia menghantar salah seorang anaknya di pusat jagaan bersebelahan banglo sarang seks siber itu.

"Kami berasa amat marah apabila mengetahui perkara ini. Macam mana mereka boleh lakukan jenayah di sebelah pusat jagaan harian? Kini kami mula bimbang, kami tidak tahu apa akan jadi pada anak-anak kami apabila mereka pergi ke sekolah kerana di sini ramai orang yang terbabit dalam jenayah ini," katanya.

Pihak berkuasa juga tidak pasti bila perdagangan seks kanak-kanak itu memasuki Ibabao. Namun menurut pekerja sosial, seorang wanita Filipina yang dipercayai menganggotai kumpulan penjenayah datang ke kampung berkenaan beberapa tahun lalu dan memperkenalkan skim cepat kaya kepada penduduk di situ.

Wanita itu juga mengajar penduduk cara mencari pelanggan daripada laman sembang pornografi dan menerima bayaran melalui pemindahan wang antarabangsa, kata salah seorang pekerja sosial yang meminta identitinya dirahsiakan demi keselamatannya.

Sesetengah operator memujuk kawan anak mereka untuk datang ke rumah dan menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa. Mangsa diugut supaya menutup mulut jika tidak mahu ibu bapa mereka dicederakan.

Seorang ibu berkata, jirannya pernah mengajaknya untuk turut serta dalam jenayah berkenaan dan menawarkan RM320 untuk satu sesi - jumlah yang amat lumayan bagi penduduk yang kebanyakannya mempunyai pendapatan kira-kira RM22 sehari. Jirannya memujuk dengan mengatakan mereka tidak perlu mengadakan sebarang sentuhan fizikal.

"Saya berasa amat marah. Sejak dulu kami diajar untuk melindungi dan me-nyayangi anak kami. Kami memang bukan orang kaya, tetapi kami juga bukanlah terlalu miskin atau terdesak. Ini perbuatan terkutuk," katanya.

Bagaimanapun, seperti penduduk lain yang bimbangkan keselamatan mereka, dia juga tidak membuat laporan polis. Namun dia cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada mereka yang diketahui terbabit dalam jenayah itu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ketika mengumumkan kehancuran rangkaian pedofilia, Agensi Jenayah Nasional Britain berkata, 11 orang sudah ditangkap di Filipina pada pertengahan Januari lalu dan 18 lagi tangkapan dibuat di negara lain di seluruh dunia manakala 733 suspek masih ditahan untuk siasatan.

Andrey Sawchenko, Ketua Misi Keamanan Filipina (IJM) yang membantu dalam penangkapan berkenaan berkata, 39 kanak-kanak diselamatkan di Ibabao dan kawasan lain di negara itu.

Tetapi dia percaya, masalah sebenar jauh lebih besar dan serius. Masih ramai penjenayah yang bebas dan aktif menjalankan perdagangan seks siber membabitkan kanak-kanak. Agensi Jenayah Nasional Britain juga menyifatkan penderaan seksual kanak-kanak secara dalam talian itu sebagai 'ancaman yang semakin membimbangkan.'

Dalam satu kenyataannya berbunyi: kedaifan hidup, kewujudan perkhidmatan Internet yang semakin pantas dan adanya pelanggan kaya dari luar negara mendorong kumpulan penjenayah mengeksploitasi kanak-kanak demi mengaut keuntungan.

Kumpulan pejuang hak kanak-kanak Belanda, Terre des Hommes menganggarkan di Filipina saja 'berpuluh-puluh ribu' kanak-kanak dianiaya dalam industri seks siber ini. Tahun lalu kumpulan ini mencipta kanak-kanak perempuan warga Filipina berumur 10 tahun secara maya dan dia 'dihantar' ke laman sembang bagi menarik minat kaki pedofilia.

Dalam tempoh 10 minggu, 20,000 orang daripada 71 negara cuba berkenalan dengan gadis maya ini dan memintanya melakukan aksi atau persembahan seks. Maklumat kaki pedofilia itu dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mungkin jenayah seperti ini tidak berlaku di negara kita, tetapi tidak rugi jika ibu bapa meluangkan lebih masa dan memantau pergerakan anak-anak kita demi keselamatan mereka. - myMetro

Surat terbuka kepada Dr Kassim Ahmad

Posted: 18 Feb 2014 03:01 AM PST


Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.
Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.
Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya. 
Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.
Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.
Betapa saya sangat menghargai keintelektualan Tuan dalam bidang kesusasteraan dan politik tidaklah saya berani pada bidang keagamaan khususnya yang melibatkan persoalan aqidah dan syariah.
Meski kita mempunyai jalur yang sama dalam sastera namun persoalan agama yang Tuan nyatakan adalah suatu yang sukar dan saya memilih tidak bersama Tuan.
Saat orang Melayu mendewa-dewakan Hang Tuah bagai wira mereka, tiba-tiba Tuan dengan berani menongkah arus dan menukilkan bahawa lelaki tampan itu sebenarnya pengkhianat dan tidak layak dianggap sebagai wira.
Wira yang menegakkan keadilan adalah Hang Jebat yang beratus tahun mati sebagai penderhaka. Mati penuh kehinaan.
Hidup Tuan penuh pemberontakan seperti hidupnya Hang Jebat. Malangnya Tuan lupa akan adab susila orang Melayu yang penuh berbudi. Melayu tidak akan hidup dengan nafas revolusi Bolshevik atau amuk Jebat derhaka. Melayu ada caranya yang tersendiri.
Saya bukanlah ulama yang boleh mengatur ayat al Quran dan hadis (yang tentunya yang shahih) untuk menentang hujah Tuan. Saya hanya orang Melayu yang ingin hidup pada lingkungan Islam yang indah dan harmoni.
Jika kelompok ulama seperti kasta paderi, tentu kelompok pemikir seperti Tuan berkeinginan membina kasta tersendiri yang belum tahu apa istilahnya.
Bukan semua ulama akan menjurus kepada kebaikan. Sebab itu Imam Ghazali membahagikan ulama kepada dua; ulama baik dan ulama jahat. Sewaktu dulupun, Tuan pernah menjadi pejuang kelas bawahan.
Tetapi tidak wajar untuk Tuan menghukum kelas bourjuis semua sebagai "mustakbirin" dan kelas proletariat sebagai "mustaafin". Kejahatan itu bukan terletak pada kelas atau ilmunya. Memang ada ulama tinggi ilmunya tetapi hidungnya panjang seperti Pinocchio atau "musang berjanggut" dalam filem P. Ramlee.
Bagaimanapun, menganggap ulama sebagai suatu kelompok elit dalam agama merupakan kekeliruan yang nyata.
Tuan akan menjadi menjadi fokus nasional. Nama Tuan semakin kerap dalam media massa hingga memungkinkan orang kita lupa tentang kenaikan harga barangan, ketegangan antara agama dan kaum dan timbunan permasalahan nasional, rasuah, hutang negara yang membimbangkan, ketirisan dan kegagalan kerajaan memerintah.
Orang Melayu akan mengamuk semacam Jebat bila agama dan bangsa mereka dilihat dihina. Barangkali elok saya peringatkan kembali puisi Usman Awang, "maruah dan agama dihina jangan, hebat amuknya tak kenal lawan".
Pada umumnya,kenyataan Tuan itu satu penghinaan. Kebijaksanaan orang Melayu akan tenggelam. Orang Melayu akan turun berdemonstrasi, mengecam dan menghukum Tuan hingga stamina orang Melayu lemah untuk menentang syaitan besar yang sedang bertakhta menyusun skrip buat sandiwara yang tidak berkesudahan.
Kerana itu, saya mencadangkan pada rakan-rakan saya yang marah pada Tuan; jalan yang paling mulia menentang Dr Kasim Ahmad, jangan dirampas saxophone dari mulutnya tapi bawalah tali gambus keramat kalian!
Harap Tuan memahaminya dan kembali ke pangkuan jalan al Rahman. Amin. – 18 Februari, 2014.

Erra Fazira & Engku Emran Cerai Talak Satu

Posted: 17 Feb 2014 11:20 PM PST


Erran dan Emran akhirnya bercerai talak satu.
SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan pertama itu mereka tidak mempunyai cahaya mata. - 18/2/14 mStar

NURUL IZZAH  &  RAJA AHMAD

KUALA LUMPUR: Tarikh sebutan kes perceraian yang melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang difailkan terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar ditetapkan pada 11 Mac ini.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syariah Ab Malek Awang selepas bertemu peguam itu di ruang Mahkamah Syariah Rendah, Jalan Sri Hartamas Selasa.
Peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memberitahu pemberita bahawa mereka sedang membincangkan perkara itu dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik, tetapi prosiding perceraian bersama masih berterusan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) .
Suami Nurul, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba sendirian pada 10.30 pagi.
Nurul Izzah, 33, memohon untuk bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar,35, dalam petisyen yang difailkan pada bulan Disember.
Rendah Syariah Mahkamah di Jalan Sri Hartamas telah mengesahkan bahawa Nurul Izzah, anak perempuan sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan petisyen di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kes tersebut 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Jan.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan anak lelaki berusia lima tahun.
Laporan awal berkata keluarga pasangan itu telah memujuk mereka untuk berdamai.
Pada tarikh tersebut merupakan hari penamaan calon bagi Kajang pilihan raya kecil di mana bapanya bertanding di situ.- mtar 18/2/14

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


HEBAT SANGATKAH SEORANG HABIB ?

Posted: 18 Feb 2014 10:28 AM PST

Video ini tersebar seluruh dunia kehebatan seorang habib dan pendakwah apabila iblis menguasai diri tidak ada yang berani melawan...

Aku teringat kata-kata rakan facebook "ahli sufi berasal dari celah kangkang syiah"... harap sangat-sangat dua hamba Allah ini bukan tergolong dalam sufi yang sesat...hanya seorang insan yang tidak terkawal kemarahanya sahaja... Iblis ada dimana-mana sahaja semangkin tua dunia ini ...semangkin banyak masaalah pada manusia  dan agamanya...



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Antara sebab mengapa Waythamoorthy letak jawatan - 'Mahu kawal bajet kaum India'?

Posted: 18 Feb 2014 09:34 PM PST


Pengerusi Barisan Bertindak Hak- Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas berikutan tindakannya menuding jari kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.

Khairy mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.

"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.

Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, semua perkara yang dikemukakan Waythamoorthy kepada Perdana Menteri selama ini telah diselesaikan termasuk isu perumahan masyarakat India.

Beliau menambah, walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap komited dalam memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu-isu kaum tersebut termasuk pendidikan dan kemiskinan.

"Saya tahu Waythamoorthy tidak mahu perkara ini didedahkan tetapi apabila dia menyalahkan Perdana Menteri secara tidak adil, saya tiada pilihan. Ini adalah tanggungjawab bersama Kabinet," katanya.

Dalam sidang akhbar di sini, Waythamoorthy terus memainkan sentimen kononnya Najib enggan bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan kebajikan kaum India, namun pada masa sama mengakui Perdana Menteri memberi peluang kepadanya mengutarakan cadangan sejak lapan bulan lalu melalui lebih 16 siri pertemuan.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, Waythamoorthy seolah-olah 'baling batu sembunyi tangan' apabila menegah pemberita daripada bertanya sebarang soalan menyebabkan sidang akhbar itu menjadi berat sebelah dan 'syok sendiri'.

Tindakan yang tidak demokratik itu memaksa beberapa pemberita mendapatkan beliau selepas sidang akhbar tersebut namun kecewa apabila Waythamoorthy tetap enggan menjawab sebarang soalan.

Suara Politik
Belantan

Benarkah Dr M 'takut' Anwar jadi MB?

Posted: 18 Feb 2014 08:25 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Anwar yang mengumumkan bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini - dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor jika memenangi PRK itu.

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau bersifat anti-hadis hanya kerana beliau merasmikan sebuah seminar berkaitan karyawan dan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, yang sering dilabel sebagai orang yang tidak percaya kepada hadis.

"Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis dan macam-macam walaupun saya berkata perkara yang benar. Jadi inilah apa yang dialami Kassim, apa saja dia perjelas pun (dianggap) anti-hadis.

"Saya tak fikir Kassim anti-hadis, dia macam orang Islam lain," katanya.

Ditanya tentang permintaan kerajaan negeri Johor supaya kerajaan Pusat membincangkan tentang harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan, Dr Mahathir berkata harga air mentah itu patut dinaikkan.

"Jika mereka tidak menaikkan harga air, maka mereka sudah tentu begitu rugi sekali, sebab mereka tidak memperoleh apa-apa pun," katanya.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Terdahulu, Rais yang melancarkan Kursi Keamanan Global Tun Mahathir, berkata Kursi itu akan menyediakan wadah untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman amali dan kecekapan bagi cendekiawan serta pengamal, yang terlibat dalam pembinaan keamanan dan bantuan kemanusiaan.

"Kursi itu akan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan khusus ke atas keamanan global merangkumi aspek dasar dan perundangan, selain isu berkaitan jenayah perang," katanya.

Profesor Johan Galtung, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai 'bapa Kajian Keamanan' diumumkan sebagai penyandang pertama Kursi itu pada majlis berkenaan. - Bernama

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


PRK Kajang: Istana Selangor keluar amaran?

Posted: 18 Feb 2014 09:01 AM PST


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam PRK Dun Kajang.

Menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.

"Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.

"Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan," ujarnya.

Baginda tambahnya turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.

PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac depan ekoran pengosongan jawatan itu oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, bulan lalu.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Akan Akurkah Najib Pada Tuntutan Terbaru Dong Zhong

Posted: 18 Feb 2014 06:00 PM PST


Kajang adalah markas dong jio zong dan dong zhong, kolej new era adalah tempat mereka mengkaderkan anak-anak muda cina supaya membeci kerajaan melayu umno/bn...

Ingat lagi tak 83 perkara tuntutan suqiu? tidak satu pun dalam 83 tuntutan itu menguntungkan umat Islam dan orang melayu, dikatakan di kolej itulah tuntutan itu di meterai bersama-sama dengan 11 pertubuhan cina yang lain...

Mereka juga pernah menuntut supaya kerajaan melalui kementerian pelajaran mengiktiraf peperiksaan UEC yang mereka reka sendiri, dengan memberikan laluan terus kepada pelajar yang memiliki sijil itu masuk ke ipta walaupun ada di antara pelajar itu
tidak fasih dan tahu menulis dalam bahasa kebangsaan...

Kolej new era di jalan bukit, kajang..
Kini sempena prk kajang, mereka membuat tuntutan lagi kepada kerajaan, 100 ekar tanah di sepang untuk di bangunkan kampus baru kolej new era...

Apa istimewanya kampus itu kepada rakyat? 

Apa menafaatnya kolej itu kepada orang melayu?

Apa hebatkah sangat mereka menuntut tanah sebesar itu dari kerajaan untuk membina sebuah kolej yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja?

Adakah demi undi orang cina kepada bn di prk kajang, najib akan menunaikan tuntutan dong zhong?

Kita tunggu dan lihat...

Ingatlah... najib nyaris-nyaris menjadi ketua pembangkang kerana tsunami CINA...



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Pengetua Pusat Tahfiz Amal perguna kanak-kanak jual obat? macam kenal je puak-puak ni

Posted: 18 Feb 2014 05:18 PM PST

This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.

Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?

Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.

Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.

Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.

Gambar Mazidul

Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.

Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal". Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.

Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people. SUMBER

YOU FILE DIVORCE, I WILL DESTROY YOU !

Posted: 18 Feb 2014 04:51 AM PST

Gambar Hiasan : Kenangan
Semua pasti terkejut dengan cerita hangat seorang isteri yang sebelum ini sering digambarkan bersama keluarga bahagia dan gembira, secara tiba-tiba memohon cerai. Tapi iniah hakikatnya, setakat ini belum ada cerita yang paling tepat dengan keadaan yang sebenar menurut sumber langsung dari istana bukit segambut ini;
Apabila seorang isteri yang sudah nekad untuk memohon cerai melalui sistem mahkamah, pastinya keinginan untuk bercerai telah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Tambahan pula, jika isteri tersebut mempunyai banyak risiko untuk digadaikan. Isteri ini bukan calang-calang wanita dan ibu, tetapi bakal hilang karier politiknya, malah bakal mengganggu gugat perjuangan keluarganya. Menurut khabar dan sumber rapat si isteri ini, dia telah merayu dengan baik untuk dilepaskan sebelum anak pertama mereka lagi. Tetapi ego si suami terus mahu memenjara ibu ini ke dalam belenggu yang tiada kesudahan.Malah selepas dikurniakan anak pertama dan kedua si isteri masih memohon dilepaskan. Kisah ini juga disahkan daripada kawan-kawan sekerja si suami. Benarlah, hati tidak boleh dipaksa.
Apabila si isteri di tuduh dengan pensyarah, si suami tidur, membisu tidak melakukan apa-apa tindakan untuk melindunginya. Di manakah si suami ketika isterinya memerlukan pembelaan? Mungkin kerana saiz suami yang kecil membuatkan keberaniaannya tidak cukup jantan. Bagaimana tidaknya, selepas 10 tahun berumah tangga mereka masih duduk di rumah bapa mertua. Kos hidup percuma. Tidak perlu fikirkan bil apa-apa pun. Ceritanya, semuanya di tanggung samada oleh si isteri atau pun bapa mertua. Si isteri menggunakan duit sendiri untuk menanggung semua kos membesarkan anak. Suami manapun pasti tidak akan melepaskan isteri dengan faedah sebegini. Malah, si isteri banyak ke luar negara urusan kerja, si suami dapat melancung percuma, dapat makan dengan pembesar-pembesar. Manusia mana yang mahu melepaskan nikmat percuma seperti ini?
Gambar Hiasan : Che Gu Bard dan Rakannya
Paling sedih dan menyayat hati ada sumber rapat istana bukit segambut mengatakan si suami mengugut si isteri dan berjanji akan memastikan nama isteri tercemar jika tuntutan cerai terus dibuat. Malah, si suami khabarnya akan pastikan hak penjagaan anak tidak akan diberikan kepada isteri. Pastilah si isteri takut. Si suami menggunakan kaedah ini untuk memastikan si isteri terus akur dan tetap dalam perkahwinan. Si isteri tidak sanggup lagi terperangkap dengan ugutan dan mengorak langkah, mengambil risiko kehilangan karier politik serta risiko kehilangan hak penjagaan anak. Dengar nya ayat dari si suami kepada si isteri, "You file divorce, I will destroy you." Kejam!
Isteri jika sudah sampai ke mahkamah tuntut cerai, jika mereka yang faham agama pasti mengerti bahawa adalah haram bagi suami tidak membenarkannya. Mengapa perlu sampai ke mahkamah? Suami sepatutnya memberikan lafaz dengan cara baik, tidak perlukan media dan sensasi serta selesaikan di luar sahaja. Cukuplah malukan isteri. Si isteri harapan rakyat untuk negara, berikanlah ketenteraman peribadi kepadanya. Cukuplah seumur hidupnya berjuang untuk bapa nya. Masa kamu sudah tamat. Lepaskanlah isteri dengan cara baik. Jangan seksa mentalnya lagi.
Jika tak sanggup kehilangan semua, pasti ramai di luar boleh menjamin kehidupan kamu. Tetapi itulah, sumbernya si suami bekerja lumayan dengan gaji yang besar sebagai profesional di tengah pusat Kuala Lumpur. Apalah susahnya sangat, muka tampan, pasti ramai gadis lain yang lebih sesuai dengan si suami yang boleh dijadikan hambanya.

ISU TIPU PAS : PKR DIDESAK DEDAH BUTIR-BUTIR PERTEMUAN RAHSIA DI LONDON

Posted: 18 Feb 2014 12:51 AM PST

PKR Patut Dedahkan Butir-butir Pertemuan Mereka Dengan UMNO Di London

Pada 12 Februari 2014, Ulama tersohor dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat penghargaan kepada DS Najib atas sumbangan kepada kesejahteraan dunia Islam khususnya di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, masalah Rohingya serta isu-isu berkaitan kesejahteraan umat Islam di negara Syria dan Mesir.
Kemudian pada 13 Februari 2014, DS Najib meluangkan masa kira-kira 3 jam di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan penuh rendah diri dan penyerahan yang tulus kepada Allah SWT, orang ramai bersama-sama beliau membaca surah Yasin, bersolat jamaah, mendengar ceramah agama dan seterusnya merapatkan silaturrahim.
Manakala pada 16 Februari 2014, DS Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang dalam Pilihanraya Kecil telah membuat lawatan dan ucapan di Gereja Holy Family untuk tujuan meraih sokongan masyarakat penganut Kristian di Kajang.
Kita harus faham, persaingan politik mereka di atas bukanlah suatu pergaduhan peribadi. DS Najib dan DS Anwar tidak ada permusuhan peribadi, malah mereka berdua boleh sahaja duduk bersama, minum bersama, berborak berdua dan bergambar bersama-sama.
Dalam hal yang lain, Ketua Pemuda PAS (YB Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi) menulis dalam statusnya baru-baru ini, "Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan olehTMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato' Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati – hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu Unity Government sebelum ini".
Selanjutnya Ketua Pemuda PAS menambah,"Saya tidak mahu ianya ditolak mentah – mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat – bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti – parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu" .
Bagi saya, PKR perlu mendedahkan butir-butir perjanjian (penawaran dan permintaan) jika ada, atau konsensus yang dibicarakan ketika perjumpaan di London itu, memandangkan Presiden PAS Tuan Guru HJ. Hadi Awang telah menyuarakan dengan ikhlas supaya terma-terma konsensus nasional itu diperincikan.
Pertemuan di London itu adalah sangat penting kerana di pihak PAS idea "Unity Goverment" yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah ditolak awal. Kini atas nama 'konsensus nasional' pula didatangkan oleh DS Anwar Ibrahim dengan matlamat yang hampir-hampir serupa.
Manakala di pihak DS Najib telah menyatakan dengan jelas maksud 'National Reconciliation' di sini.
Sama ada "Unity Government", "Konsensus Nasional" atau pun  "National Reconciliation" semua pihak hendaklah ikhlas dan jujur.
Rakyat tidak boleh dijadikan bahan ujikaji, kerana kesannya akan diterima oleh rakyat juga. Pertemuan di London bukanlah rahsia lagi kerana sudah banyak didedahkan oleh portal dan blog, cuma ianya samar-samar dan tidak jelas.
Oleh kerana DS Anwar akan bertanding di Kajang, seeloknya pihak PKR menjelaskan butir-butir pertemuan itu. Saya pasti pihak DAP pun mahu tahu, dan sudah tentu ahli-ahli PAS dan UMNO juga mahu tahu.
Baca lengkap di http://merdeka-online.com/home/pkr-patut-dedahkan-butir-butir-pertemuan-mereka-dengan-umno-di-london/