Followers

Nuffnang

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Bagaimana janji umno di PRK Kajang pasal turunkan harga kereta ??

Posted: 17 Feb 2014 04:37 AM PST

SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
 

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
 

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
 

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
 

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
 
Harga Proton murah kerana perlu bersaing
 

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.
 

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.
 

"Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
 

"Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.
 

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.
 
Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung
 

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
 

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.
 

"Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.
 

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.
 

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.
 

"Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.


sumber di sini

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


PRK Kajang : Jangan terkejut ahli PAS akan undi BN?

Posted: 17 Feb 2014 07:12 PM PST


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal memperlihatkan senario luar biasa sekiranya ahli atau penyokong Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, keadaan itu tidak mustahil bakal berlaku bagi menunjukkan mereka hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah, menurut beliau, sebahagian ahli dan penyokong pakatan pembangkang mungkin mengundi calon BN sebagai tanda protes terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari lalu.

"Ahli Pas terutama berpendirian sederhana kini dalam keadaan berbelah-bahagi, mereka hilang kepercayaan terhadap Anwar.

"Mereka akan mengundi calon Bebas atau dalam keadaan luar biasa, mereka akan mengundi calon BN," katanya di sini hari ini.


Samsul Adabi mengulas tentang peluang Anwar untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut dalam situasi Penasihat PKR itu mungkin terpaksa menghadapi tentangan empat calon bertanding atas tiket BN dan Bebas.

Setakat ini, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan; bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar menawarkan diri untuk bertanding menentang Anwar.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon merupakan antara nama yang diramalkan sebagai calon BN.

Dalam perkembangan sama, Samsul Adabi menambah, Anwar boleh ditewaskan sekiranya BN menggunakan strategi yang betul dalam mendekati kira-kira 6,000 pengundi atas pagar di kawasan berkenaan.

Beliau memberitahu, secara rasional, terdapat kemungkinan kumpulan pengundi terbabit memihak kepada BN kerana membantah tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

"Saya menjangkakan DUN Kajang bakal menjadi medan pertarungan yang sengit antara BN dan pakatan pembangkang seperti yang lazimnya berlaku dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum di negara ini," ujarnya.

Jelas beliau, walaupun terdapat tokoh yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas, peluang mereka menang agak tipis.

Suara Politik
Belantan

MB Selangor bukan milik eksklusif PKR?

Posted: 17 Feb 2014 06:39 AM PST


Pas seolah-olah memberi isyarat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia terbukti apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang rancangan pemilihan atau pertukaran bagi jawatan Menteri Besar Selangor hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan semua parti dalam pakatan pembangkang.

Oleh itu beliau menegaskan, jawatan itu bukan hak eksklusif atau menjadi milik automatik mana-mana parti sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.

"Soal Menteri Besar perlu kepada muafakat, bukan hak eksklusif," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas turut enggan menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung ura-ura PKR mahu menggantikan Tan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


Kedudukan Abdul Khalid dikatakan tergugat berikutan langkah PKR meminta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Anwar turut membayangkan beliau akan menggantikan Abdul Khalid walaupun Pas dikatakan lebih berhak memandangkan menguasai 15 kerusi di DUN Selangor berbanding PKR (14 kerusi).

Pendirian Pas yang dilihat seolah-olah tidak merestui Anwar menggantikan Abdul Khalid semakin jelas apabila pada Isnin lalu, Pas Selangor menegaskan belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, Pas Selangor masih berpegang pada keputusan Pas Pusat sebelum ini iaitu isu perubahan jawatan Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor selain menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


#Repost : Kassim Ahmad Masuk Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Mahathir Untuk Elak Ditahan ???

Posted: 17 Feb 2014 07:24 AM PST

Sebelum ini saya ada menulis tentang seorang Blogger Outsyedthebox yang menyiar tulisan tokoh anti hadis nama Dr Kassim Ahmad sebelum dipadamkan oleh beliau kemudiannya.

Dalam tulisan itu saya suarakan kerisauan saya jika golongan Anti Hadis sudah lama mendekati Negarawan seperti Tun M.  dan kerana itu banyak kesilapan dilakukan akibat info disampaikan tidak tepat dan jauh sekali dari kena masanya semasa menjawab isu.


Artikel Outsyedthebox promo anti hadis Kassim Ahmad yang asal sebelum dipadam :

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/02/dr-kassim-ahmad-menulis-berkenaan-hadis.html?m=1

Jawapan balas  yang saya buat anda boleh rujuk kembali di sini :

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/apa-motif-blog-outsyed-box-siar-tulisan.html?m=0

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/bukti-golongan-anti-hadis-kassim-ahmad.html?m=1

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/syed-akbar-ali-nafi-hukum-tutup-aurat.html?m=1

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/blog-outsyedthebox-presiden-blog-house.html?m=1

Blogger tersebut penyokong kuat Tun Mahathir ( mungkin untuk tujuan sebar fahaman dibawa Kassim Ahmad? ) dengan menggunakan nama mantan PM sebagai topeng menutupnya.

Bahkan ia turut disiar di blog beliau program tersebut. Namun atas tajuk jauh berbeza dengan laporan media.

Rujuk gambar di bawa:






Yang merisaukan kita ialah imej buruk kepada BN apabila Kassim Ahmad dibenar menggunakan Yayasan Kepimpinan Perdana untuk tujuan ilmiah pro anti hadis dan juga anti ajaran-ajaran yang sudah lama diterima majoriti ulama dunia seperti isu mazhab, hadis sahih dll.

Lihat laporan ini :




Sebenarnya sudah lama Kassim Ahmad ditolak dan difatwakan menyeleweng.



Lihat tulisan beliau yang pelik dari apa diajar oleh ulama dan tidak perlulah disenaraikan nama nama ulama menolak fahaman songsang beliau selama ini.

Bacalah dan alangkah baik jika JAKIM dapat menahan dengan segera puak anti hadis ini samada di mana sahaja mereka berada dan beroperasi.

Sedikit sedutan tulisan beliau tidak dapat diterima ASWJ selama ini.





Jika dilihat soal Allah bezakan antara Nabi dan Rasul disebutkan oleh Kassim ahmad atas dakwaan ia bercanggah dengan Quran, turut di ladang.

Sedangkan dalam Al Quran sendiri menjelaskan Nabi dan Rasul di lebihkan antara mereka. Ada digelar Rasul Ulul Azmi dan ada digelar Nabi sahaja.

Buka awal juzuk 3 dan bacalah terjemahannya.

Yang lain :

FA86E092-2CAB-4250-B64D-EBAFF93BF77D



Jika mahu diulas memang sangat panjang namun anda boleh menganalisisnya sendiri di blog beliau.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari akidah yang rosak dan merosakkan umat islam akhir zaman ini. 

Amin Amin Amin 6666x.

Sent from my iPhone

BLOG MAZIDUL DEDAH KETUA PEMUDA PAS KELANTAN TULIS MIMPI GANJARAN RM500 JIKA TEMBAK PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK

Posted: 17 Feb 2014 05:31 AM PST


Dia menggelar dirinya 'USTAZ'.

Lazimnya, kenyataan USTAZ dipercayai oleh masyarakat kerana USTAZ penuh ilmu ugama di dada.


[ Sumber : Klik di sini ]

Jadi, mereka membaca status Facebook Ahmad Fadhli Shaari, klik di sini pastinya percaya dia memang telah bermimpi. Bermimpi menerima panggilan telefon meminta dia menghebahkan ganjaran RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri.

Saya berharap status di atas bukan sekadar rekaan penceramah PAS akibat didorong tujuan tertentu, tersirat bukan tersurat.


Berikutan status itu, Fadhli telah mengundang kemarahan ramai pelayar di alam maya. Barangkali USTAZ Fadhli memang menantikan respon seperti di bawah.


Tidakkah USTAZ terfikir, kenyataan dicatatkan sebagai status itu, berpeluang ditatap lebih 10,000 pengikut setia, bakal mencetuskan kontroversi tidak diperlukan?



Jangan kerana emosi, kelak menyusahkan diri. USTAZ tolong gunakan otak bukan kepala lutut untuk berfikir buah fikiran di laman sosial.


Apapun, jangan kita menghina USTAZ itu, biar dia sendiri menghina dirinya. 



Panglima : adakah sama tampar dengan tembak? Jauh dan dan tidak sama sedikitpun. 

Sent from my iPhone

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Blog salah guna gambar sebagai tertuduh yang dirogol - Sharifah Zarina

Posted: 17 Feb 2014 08:28 PM PST


SHARIFAH ZARINA berharap agar pengendali blog lebih beretika dalam setiap laporan yang disiarkan.


LAMA sudah tidak bersua, namun khabar terkini mengenai penyanyi Sharifah Zarina di sebuah blog hiburan cukup mengejutkan peminat-peminatnya.
Pelantun lagu popular Langit Ketujuh itu dikatakan dipenjara atas kesalahan membunuh lelaki yang cuba merogolnya.
Bagaimanapun, setelah dihubungi Kosmo!, dia menjelaskan blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya ke atas artikel yang tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Artikel tersebut telah disiarkan sekitar bulan Januari lalu, namun Zarina hanya mula mengambil tindakan pada minggu lalu.
Penyanyi berusia 32 tahun itu terpaksa mengambil tindakan ke atas blog hiburan berkenaan kerana perkara itu telah memalukan dirinya.
Apakah tindakan yang dikenakan Zarina ke atas penulis blog berkenaan? Penyanyi itu turut bercerita mengenai perkembangan terbaharunya yang kini sudah berhijab.
Kosmo!: Bagaimanakah Zarina mengetahui artikel yang menyalahgunakan gambar anda itu?
SHARIFAH ZARINA: Saya diberitahu oleh anak saudara dan kemudiannya ada beberapa rakan juga memaklumkan perkara itu. Kata mereka, cerita berkenaan sudah meluas di dalam laman Facebook.
Apakah perasaan anda apabila mengetahui perkara itu?
Sudah tentu saya berasa sakit hati dan malu. Saya paling risaukan anak saya, Athilia Deena yang kini berusia 11 tahun. Apakah perasaannya apabila dia melihat gambar ibunya dan membaca artikel tersebut. Bagaimana juga kalau rakan-rakannya pula membacanya? Saya juga risau kalau keluarga membacanya. Dia tidak beretika kerana menggunakan gambar untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.
Jadi apakah tindakan anda mengenai perkara itu?
Saya berbincang dengan peguam. Dia menasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu. Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Subang. Selepas itu, saya berjumpa pula dengan pakar IT untuk mengenalpasti penulis blog berkenaan. Saya tahu menyeluruh mengenai blog berkenaan. Tetapi, saya terpaksa menggunakan medium media untuk memberi pengajaran kepada blog berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Saya beri tempoh selama 14 hari kepada blog berkenaan untuk menarik keluar gambar saya dan tampil membuat permohonan maaf.
Bilakah tempoh 14 hari itu berkuat kuasa?
Ia telah berkuat kuasa sejak semalam.
Apakah tindakan lanjut anda jika blog berkenaan tidak melakukan apa yang diminta oleh anda?
Saya akan bawa kes ini ke mahkamah dan segala kos akan ditanggung oleh blog berkenaan.
Terkini anda tampil cantik bertudung. Bilakah terbuka hati untuk mengenakan tudung?
Sekitar bulan Disember pada cuti sekolah, saya berjalan-jalan dengan keluarga. Saya ada beli beberapa helai tudung. Selepas cuba memakai tudung, saya tidak berasa untuk membukanya. Alhamdulillah, sejak tiga bulan lepas saya mula memakai tudung sepenuhnya.
Apakah perasaan anda selepas memakai tudung?
Saya rasa lebih tenang. Sebelum ini, saya mengerjakan solat dan juga puasa, tetapi selepas memakai tudung, saya rasa lebih sempurna ibadah saya. Tetapi, saya masih belajar secara perlahan untuk memperbetulkan pemakaian baju saya. Saya kini mula membeli dan mengumpul baju-baju yang lebih menutup aurat.
Setelah bertudung, bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian anda?
Saya masih meneruskan nyanyian kerana ia adalah minat saya. Malah, saya juga sedang sibuk dengan single terbaharu iaitu Mengharap Cinta. Saya juga merancang untuk menghasilkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaharu saya.
Selain itu, apakah perkembangan terbaharu yang ingin dikongsikan kepada peminat?
Saya sekarang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya tertarik dengan jurusan itu kerana ia berkaitan kanak-kanak dan saya juga mempunyai anak. Idea sentiasa mencurah-curah setiap kali saya melakukan tugasan untuk jurusan tersebut. Bagaimanapun, saya hanya mengikuti kelas pengajian pada hari Sabtu sahaja.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2tdEb5cN4 
Hakcipta terpelihara 

PRK Kajang : Herman Tino berhasrat bertanding di Kajang

Posted: 17 Feb 2014 06:18 PM PST

Herman Tino
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.
"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.
Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR telah mencalonkan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.
Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.
"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," kata Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi.
Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik.
"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.
Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.
Herman telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum dan disingkirkan dari Umno tahun lepas. - mStar

PRK Kajang : PKR Pelik Khairy Sokong Zaid ... Cabar Umno Hantar Calon

Posted: 17 Feb 2014 05:27 PM PST

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?


"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.


Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.

Menurut beliau, adalah lebih baik jika Umno sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat.

"Saya suka mencabar Ketua Pemuda Umno ini supaya Umno sendiri turun bertanding seperti mana Umno mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya.

Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah pada Ahad.

"Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah.

"Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.  - mStar

Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor

Posted: 17 Feb 2014 04:24 PM PST

dsai_kajang_sg_kantanKAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.
"Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,
"(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor," kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi
Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
"Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.
"Tuduh saya ejen Amerika, dalang 'Ops Lalang'. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero," kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.
"Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu," ujar Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59391

Abdul Khalid nafi pengaruhi Zaid Ibrahim bertanding di Kajang

Posted: 17 Feb 2014 02:41 AM PST

LEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 17, 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menafikan beliau mempengaruhi bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim supaya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk mengekalkan kuasanya sebagai menteri besar.
Spekulasi mengatakan Abdul Khalid mempengaruhi Zaid yang merupakan bekas anggota PKR bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.
"Tidak," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.
Zaid yang juga bekas ahli PKR semalam berkata, tujuan beliau bertanding sebagai calon bebas di DUN Kajang adalah untuk menyekat "Langkah Kajang" Ketua Pembangkang dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar negeri itu.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kenyataan Zaid itu adalah kebebasan politik demokrasi yang mana memperuntukkan kebebasan dalam memberikan pandangan dan pendapat mana-mana individu.
"Inilah kita lihat bagaimana politik ini perkara yang memberi kebebasan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan juga penglibatan mereka.
"Saya baru tahu bahawa politik ini, kita tidak dapat tentukan tindakan kumpulan atau seseorang dari segi untuk bersama dalam pergolakan demokrasi dan politik Malaysia," katanya.
Zaid ketika pengumuman berkenaan berkata, dengan menewaskan Anwar dalam PRK Kajang yang dijadualkan 23 Mac depan, masa depan Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan dapat diselamatkan.
"Kalau saya menang, Anwar kalah. Maka amanlah PR di Selangor," katanya.
"Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya lagi.
Beliau berkata, rancangan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan adalah untuk menggantikan Abdul Khalid adalah tindakan politik liar dan tidak wajar direstui.
"Jika Abdul Khalid dan kepimpinan beliau perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," kata Zaid kepada pemberita semalam.
Tindakan Anwar itu jelasnya akan membawa perpecahan besar kepada PR.
"Jika Anwar menang di Kajang dan Abdul Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran yang buruk di Selangor.
"Malah, jika Anwar menang di Kajang, belum tentu beliau akan diterima menjadi menteri besar oleh Sultan Selangor," katanya, dan menambah rakan komponen PR dari PAS juga belum tentu akan menyokong rancangan Anwar menjadi menteri besar.
"Ia boleh selesai jika saya menang kerusi DUN Kajang," katanya. – 17 Februari, 2014. TMI

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Khalid tak beri laluan ... Anwar nak lantik Azmin Timbalan MB?

Posted: 17 Feb 2014 08:14 PM PST



MB Selangor: Tiada surat peletakan jawatan
17 Februari 2014
SInar Harian

KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan laporan berita bahawa beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan bertarikh tunda sebagai Menteri Besar Selangor untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.

Abdul Khalid berkata tidak ada surat seperti itu dan laporan itu tidak berasas.

"Saya tidak mahu komen isu-isu bersifat spekulasi kerana saya kini memberi tumpuan semata-mata pada pilihan raya kecil Dun Kajang," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran PBT.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lepas bahawa beliau menghalang usaha itu apabila enggan menandatangani surat peletakan jawatan.

Beliau dilaporkan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan kepimpinan PKR tetapi beliau enggan berbuat demikian.  

Surat itu dilaporkan bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari mengundi bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Sementara itu, Abdul Khalid berpendapat keputusan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dun Kajang sebagai calon bebas tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata lebih 400 CCTV telah dipasang di 11 kawasan PBT di Selangor dan kerajaan negeri membelanjakan hampir RM500,000 sebulan bagi kos menyewa dan menyelenggaranya.

Beliau juga berkata kerajaan Selangor sedang mengkaji kemungkinan untuk menjalankan pembenihan awan minggu ini bagi mengatasi masalah penurunan paras air di beberapa empangan di negeri itu.

Menurut beliau, sekitar RM300,000 hingga RM500,000 diperlukan untuk tujuan itu. - Bernama



*************

Sinar Harian turut memberi laporan bertajuk:
  • Surat letak jawatan tidak wujud
  • Dakwaan tidak berasa
  • Tunggu 228 Februari ini: Tengku Adnan
  • Masaalah dalaman PKR senjata utama B
  • Anwar ada senjata tersendiri

Semua menafikan kenyataan Dato Zul Nordin yang betul menekankan Khalid.


Helahnya adalah mahu fokus menang PRK Kajang untuk Anwar.

Anwar menyedari bahawa yang kritikal adalah undi Melayu maka dia pun turut sama hingga dah balik zaman ke Pak Sheikh ... nampak macam lebai takdelah diharap orang percaya kehidupan seks songsang dan mora rendah Anwar.

Tengok gambar terkini




Anwar pun akan condong kezaman islamist kononnya...


Baca Sg Rapat Online SINI


Tapi Masjid pun dia pergi, lain rumah ibadat pun dia pergi juga


Masaalah dalaman PKR pun suatu yang real dan boleh diguna BN.


Khalid belum letak jawatan MB lagi dan kenapa dia tak mahu letak jawatan sedangkan Anwar dah berkali-kali kelentong dan akhirnya ngaku mahu ambilalih jawatan BM Selangor.

ANtara perkara yang mungkin berlaku adalah Khalid ttak turun dan Anwar hanya jadi exco kerajaan negeri saja atau ADUN saja. Itulah disebalik kenyataan naal Zul Nordin.



Khalid mungkin tak mahu undur kerana dia sudah dengar akan rancangan Anwar untuk jadikan Azmin Timbalan MB.


Masaalahnya adalah tak akan Sultan terima MB dari Penang dan Timbalan MB lahir Singapoura?

Dayak Kristian bantah bawa politik masuk gereja

Posted: 17 Feb 2014 05:26 AM PST




Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YA ALLAH JAUHILAH IBLIS & SYAITAN DI KIRI KANAN MEREKA

Posted: 17 Feb 2014 08:26 PM PST

Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar untuk berpisah.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Laporan itu mendakwa, suaminya, Raja Ahmad Shahrir dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun.


Doa : "Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Selawat Kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Kami Memohon Padamu Ya Allah, Jauhkanlah Iblis dan Syaitan Daripada Merosakkan Rumahtangga Umat Islam Di Dunia Ini". Amin Ya Rabbal Alamin.

TATKALA NAJIB DI MASJID, ANWAR DI GEREJA

Posted: 17 Feb 2014 05:28 PM PST

Dengan bangganya Anwar Ibrahim berhujah di dalam gereja berlatar lambang Jesus untuk menarik sokongan pengundi Kristian di Kajang supaya menyokongnya. Anwar tidak lagi peduli perasaan Ulama Islam sama ada dari PAS , Anwar tidak lagi peduli sensitiviti anak-anak Islam dan orang kampung yang beragama Islam.

Marah, benci dan air mata orang Islam jatuh berderai melihat ada orang Islam sanggup menjual agama Islam semata-mata mahu undi. Bagaimana perasaan kamu melihat gambar atas dan gambar bawah.


Manakala, DS Najib yang dihina dan difitnah kiri kanan atas bawah depan belakang setiap saat setiap detik tanpa sempat bernafas lega, di masa yang sama tawadduk dan merendahkan dirinya kepada Allah SWT. Kamulah yang komen dengan penuh perasaan kamu...





Penganut Agama Songsang?

Posted: 17 Feb 2014 05:00 PM PST


Adakah kita mahu mempercayai mereka ini menjadi pemimpin dan pembela terbaik kepada negara ini. Lihatlah pegangan agama sendiri pun tonggang terbalik. Rumah tangga sendiri pun haru-biru...

Tuntutan fasakh, cerai, kecewa, tidak mempercayai, bermuka-muka, rungsing dan kacau...adalah antara balasan-balasan yang diterima oleh keluarga ini akibat kerja-kerja kotor mereka menghuru-harakan negara.

Parti sendiri pun semakin kelam kabut. Apakah ada jaminan bahawa negara kita akan lebih baik dan dirahmati Allah s.w.t jika ia dipimpin oleh manusia-manusia bejat sebegini?

Semoga umur kita dipanjangkan Allah s.w.t untuk melihat bagaimana akhirnya sebuah keluarga perosak bangsa dan agama ini. 

Biarlah Anwar dipuja dan disanjung oleh kaum-kaum musyirikin, tetapi ia akan dilaknat selamanya oleh kaum muslimin sepertimana yang diterima oleh mendiang Gus Dur di Indonesia lantaran fahaman pluralisme melampaunya hingga dibenci umat Islam di sana. Nauzubillah!

Upacara menyembah roh Gus Dur oleh sebuah ajaran di Indonesia.


Kedua-dua berperangai sama...merosakkan bangsa dan agama demi kuasa

ANWAR KEMPEN MELAYU & ISLAM MASUK GEREJA, ORANG PAS AMACAM SETUJU?

Posted: 17 Feb 2014 05:23 AM PST

Jika sebelum Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) pintu pagar utama Gereja Holy Family, gereja terbesar di Kajang sentiasa tertutup, kecuali pada Ahad sebelah pagi, namun ia berubah pasca PRU 12.
Sejak itu, bukan sekadar hari Ahad, waktu pagi, malah pintu gereja utama Kajang dibuka seluas-luasnya pada hari lain.
Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Gereja Holy Family meletakkan dua kain rentang besar, di dinding bangunan mereka kempen terbuka berbentuk doa menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan memberi 'harapan baru,'kepada agama itu.
Inilah pertama kali Gereja Holy Family membuat pengisytiharan terbuka berkempen melalui kain rentang supaya dapat dibaca oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.
Gereja Holy Family terletak di salah satu jalan utama ke bandar Kajang. Jika anda dari lebuhraya Kajang Silk, anda perlu susur kiri ke Jalan Bukit akan jumpa stesen komuter (Kajang) dan sebelum masuk ke bandar Kajang, anda akan jumpa dua bangunan penting iaitu bangunan Dong Zong (kanan) dan bangunan Gereja Holy Family (kiri).
Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Gereja Holy Family pada Ahad lalu, bukan sesuatu yang mengejutkan, kerana gereja itu sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa tanpa mengira kaum memasuki gereja itu pasa PRU 13.
Malah, kehadiran Anwar itu boleh disimbolikkan bahawa gereja sentiasa mengalu-alukan kehadiran Melayu-Islam mengunjungi rumah ibadat mereka.
Manakala bagi pihak Anwar pula, beliau mahu memberi mesej tersirat bahawa Melayu-Islam tidak perlu rasa takut untuk mengunjungi dan masuk ke dalam gereja.
Pada tahun 2009, penganut agama Kristian mengecam seorang wartawan dari Majalah Al Islam memasuki gereja berhampiran Puduraya.
Wartawan bernama Muhd Ridwan Abdul Jalil masuk gereja bertujuan untuk meninjau kebenaran gadis Melayu yang telah dimurtadkan dan sejauh mana kalimah Allah digunakan dalam gereja.
Ketika itu, paderi Besar Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam melahirkan rasa kecewa dengan kehadiran wartawan itu, kerana ia dianggap satu pengintipan dan "pencerobohan" dalam majlis keagamaan di gereja.