Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Melayu PAS sepatutnya malu dengan Kumpulan Profesional Cina ini?

Posted: 16 Feb 2014 10:12 AM PST


Sekumpulan lima individu yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Profesional Cina hari ini membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di sini, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya meminta Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertanggungjawab atas pelbagai kesan buruk kepada masyarakat ekoran penghasilan video tersebut, walaupun video itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.

Mereka juga kesal kerana video tersebut memberikan gambaran negatif kepada kaum-kaum lain bahawa perbuatan memburuk-burukkan dan menghina orang adalah sebahagian daripada tradisi sambutan Tahun Baharu Cina sedangkan ia tidak benar sama sekali.



Ahli Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Wong Kok Fye berkata, kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan 'keganasan halus' yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.

"Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu," katanya.

Seorang peguam, Ryan Ng Chun Yie pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Teresa dalam klip video yang jelas 'menghentam' seteru politiknya.

Beliau berkata, daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik Ahli Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.


"Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Seorang pekerja sosial, Alex Lee Keat Woon yang telah membantu lebih 100 pesakit buah pinggang dan kanser di negara ini meminta Teresa mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Bak kata peribahasa, jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Jangan hanya berani bercakap kuat di belakang tetapi takut untuk mengaku.

"Tindakan mengkritik pemimpin dan negara, kalau dibiarkan akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata, tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina bukan sebahagian budaya kaum Cina.

Beliau berkata, tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Teresa demi kepentingan politiknya.

Guan Eng meminta Unit Amal PAS melalui Mat Sabu supaya mempertahankan Teresa

"Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan," katanya.

Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.

Sebagai jurulatih, Phoenix berkata, beliau sering menggalakkan orang ramai berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.

"Teresa sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain," katanya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah dimana tindakan pemimpin PAS yang mempertahankan tindakan Teresa tersebut?


Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


#Bandingkan : Lulusan Al Azhar BN / PAS Jawatan Tinggi Negeri dan Persekutuan

Posted: 16 Feb 2014 05:13 PM PST

Sudah lama agamawan diangkat dalam pemerintahan Persekutuan di bawah Barisan Nasional namun ramai tidak sedar kehadiran mereka.

Hingga hari ini dan selepas ini Umno selaku tulang belakang BN akan kekal memartabatkan ahli agama. Terutama berkaitan masa depan mereka serta kedudukan Agama Islam itu sendiri.

Walau ada juga sebilangan kecil pro Wahabi namun kehadiran mereka tetap dialukan untuk bantu Kerajaan walau dikhuatiri ada fahaman tertentu selain ASWJ cuba disebarkan.

Zaman moden segalanya mudah dibaca tetapi bukan semua buka pintu hati untuk terima.

Idris Ahmad

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Idris Ahmad


Posted: 16 Feb 2014 11:16 PM PST

1.kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas.
2.’molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar.
3. Daging babi di perkarangan masjid.
KOMEN! Kenapa d Pulau Pinang. Pelik ye!. Kita harapkan pihak polis dpt tangkap siapa yg punya angkara. PDRM memang hebat. Mesti boleh tangkap punya. Cegah sebelum parah. Islam Rahmat untuk Semua.


Filed under: Politik

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Nak Bodek Cina, Anwar Sanggup Serang, Hina & Fitnah Syed Mokhtar

Posted: 16 Feb 2014 06:00 PM PST


Dari malaysianinsider,

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.

"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar," katanya.

Pelik kenapa anwar tak dedahkan cerita pasal robert kwok (tepung cap sauh, roti massimo, minyak masak seri murni, golden screen cinemas, kilang tepung FFM), vincent tan
(u-mobile, 7 eleven, singer, cosway, berjaya air)  francis yeoh (ytl simen, bintang walk, yess ytl communication)

Kenapa bila orang Islam berjaya, anwar nak palam, sedangkan bila orang cina monopoli pelbagai perniagaan di malaysia nie anwar senyap...???

Setahu aku, kilang gula milik syed mokhtar hanyalah CSR, takan hanya syarikat CSR sahaja yang monopoli gula di dalam negara ini, ada banyak lagi syarikat gula di malaysia contoh, MSM pengedar gula perai, milik felda, Tradewinds pengedar gula padang terap dan ada beberapa lagi...

Aduh benda simple macam nie pun anwar tak boleh buat research, macam mana nak jadi menteri besar selangor nie? alamatnya terlingkup lah selangor ada mb bodoh macam anwar...

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kisah Orang Yang Zalim Dan Yang Kena Zalim Berdamai Di Hadapan Allah

Posted: 16 Feb 2014 03:01 AM PST

Anas radhiyallahu 'anhu meriwayatkan,
"Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk, tiba-tiba kami melihat beliau tersenyum sehingga gigi seri beliau terlihat. Lantas Umar radhiyallahu 'anhu bertanya kepada beliau, 'Apakah gerangan yang membuat Anda tersenyum wahai Rasulullah?" 
Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, 'Ada dua laki-laki di kalangan umatku yang berlutut di hadapan Rabbul Izzah. Salah satunya berkata, 'Ya Rabb! Ambilkan (pahala) untukku atas kezhaliman yang dilakukan oleh saudaraku pada diriku.' Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, 'Bagaimana engkau akan lakukan hal tersebut terhadap saudaramu, padahal tidak ada sedikit pun amal kebaikan yang masih tersisa pada dirinya.' 
Dia berkata, 'Hari itu adalah hari yang agung, hari-hari ketika orang-orang butuh agar dosa-dosanya dipikulkan.' Kemudian AllahSubhanahu wa Ta'ala berfirman kepada lelaki yang memohon tersebut, 'Angkatlah pandangan matamu dan lihatlah!' Dia pun mengangkat pandangan matanya. Dia berkata, 'Ya Rabb! saya melihat beberapa kota dari emas dan gedung-gedung dari emas yang bermahkotakan mutiara. 
Untuk nabi siapakah ini semua, atau untuk orang jujur yang manakah ini semua, atau untuk orang yang mati syahid mana ini semua?' AllahSubhanahu wa Ta'ala menjawab, 'Bagi orang yang memberikan tiketnya.' Dia bertanya lagi, 'Ya Rabb! Siapa yang dapat memiliki tiketnya?'

Allah Subhanahu wa Ta'alamenjawab, 'Kamu dapat memilikinya.' 'Dengan apa?' lanjutnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, 'Dengan memaafkan saudaramu.' Dia berkata, 'Sungguh, saya memaafkan saudaraku.' Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, 'Peganglah tangan saudaramu! Bawalah dia masuk ke dalam surga!'
Lantas Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berpesan ketika itu, 'Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'alamendamaikan di antara kaum muslimin'."
(HR. al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam al-Ba'ts dan dia berkata bahwa hadits ini sanadnya shahih).

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Al Fatihah buat Mesin Taip Buruk

Posted: 16 Feb 2014 08:26 PM PST



Bekas wartawan Berita Harian, Kajai Karim Sulaiman aka Blogger Mesin Taip Burok meninggal dunia jam 4 pagi tadi.


Al-Fatihah

Ibrahim Ali minta UMNO fikir: Sediakah ketepikan Perkasa?

Posted: 16 Feb 2014 04:30 PM PST


The Star memberi interbiu dengan Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali semalam. Ada sebahagian ahli UMNO memperkecilkan dan memperlecehkan sumbangan Perkasa membantu UMNO dalam kempen pilihanraya.

Padahal Perkasa dan bekas-bekas PKR dan Keadilan begitu aktif membantu UMNO berkempen membantu mengubah pemikiran rakyat Melayu dan Islam yang dirosakkan oleh PKR dan PAS. Disamping gerak kerja dan strategi kempen dan komunikasi UMNO banyak kelemahan.

Sikap ahli UMNO pula tidak bergerak jika tidak ada pelicin kepala Agong. Yang buat kerja selalunya slow dan tak tahu buat kerja. Mana yang sikap angkuh dan berlagak pula.

Ibrahim Ali menjawab kritikan tersebut:

UMNO & MALAY UNITY
Q: Umno says if indeed Perkasa helped Umno win more Malay seats, then surely you and (Perkasa vice president) Zulkifli Nordin would have won in the 2013 general election but both of you didn't?

I contested as an independent. (Barisan did not field a candidate in the Pasir Mas seat because their chosen candidate, Che Johan Che Pa, a protege of Ibahim did not file his nomination papers, resulting in a straight fight between Ibrahim and the PAS candidate for that seat)

Zulkifli Nordin contested as a Barisan independent candidate but his candidacy was announced one day before the elections. That did not give enough time to prepare.

Zulkifli or I are not the yardstick to use to measure if Perkasa is great. Maybe if Zulkifli didn't contest in Shah Alam, then Barisan would have have lost by a bigger margin.

In some areas, Perkasa might have 500 votes and in others maybe 100, 200 or maybe 2000. There are constituencies that Barisan won only by a slim majority and those are the places we contributed. How is it that Barisan managed to wrest Kedah? Have they been strong all this while?

Q: But surely that is not because of Perkasa 'power'?

A: We were the ones preparing the ground and changing the mindset of the people.  We did programmes on illegal logging in Kedah and brought up 257 buses with 50,000 people to show the affected areas. We did a motorcycle convoy. I went there myself and held many ceramah and I think that is why Barisan can rule Kedah today.

In Perak, after the 2008 general election, three Pakatan assemblymen crossed and became independent. For the 2013 election Barisan lost in those three areas but it won in another three. Why? Because we did a a 'Perpaduan Melayu' gathering in Bagan Serai and Dr Mahathir went there to speak. We did this one month before the general election and Barisan won the Bagan Serai parliament and the three state seats in it. This is what saved the Barisan government (in Perak).

Q: But that is not Perkasa power but rather Dr Mahathir's power?

A: No. Since Dr Mahathir retired, where is there a crowd of more than 5,000 or 10,000 coming to hear him speak? If it's an Umno function at the HQ then yes. There would be the Umno people but it's different in the states. Is the crowd as big as at Perkasa's functions? That's why Dr Mahathir never turns down Perkasa's invitations.

Q: Is Perkasa trying to steal the credit from Umno now that Umno has become strong again?

A: No. We are not claiming or seeking credit. What I know is that Perkasa members worked really hard to make  Barisan candidates win. If Umno doesn't want to give us credit, we too don't want it. Let's wait and see in the next general election. If Perkasa doesn't do its work then we will see what happens to Barisan! I dare to challenge Umno on this.


Baca SINI sepenuhnya


Pihak pembangkang bekerja keras untuk 'engage' dengan pelbagai NGO dan kumpulan aktivis untuk menyokong tapi UMNO sendiri dengan angkuh nak tolak NGO seperti Perkasa yang menyokong mereka. 

Antara sebab adalah buruk sangka terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa, cemburu konon Perkasa dan pemimpin dapat sumbangan dan kontrak, dan ikutkan sangat prejudis Kelantan masing-masing terhadap Ibrahim Ali. 

Ada puak liberal dalam UMNO yan tak mahu agenda Melayu dan Islam berterusan.
 
Kalau ahli-ahli UMNO nak buat sendiri seorang diri, elok juga. Warlord dalam UMNO ni susah berurusan. Tak jelas tujuan dan keikhlasan. Masing-masing mahu kaki bodek dan bukan oorang cerdik yang buat kerja.

Hmmm ... banyak-banyaklah keluar duit ....

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YUSUF KALLA DI KUALA LUMPUR BICARA SOAL PERDAMAIAN

Posted: 16 Feb 2014 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR - Mantan Wakil Presiden, Muhammad Jusuf Kalla, menjadi pembicara pada seminar internasional bertema "Perdamaian Dunia dan Penyelesaian Konflik" di Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia, Kuala Lumpur, Senin.

Seminar lima hari, pada 17-21 Februari tersebut, dibuka mantan Perdana Menteri Malaysia sekaligus penggagas Mahathir Global Peace School, Mahathir Muhammad, yang juga menjadi pembicara kunci.

Hadir pada pembukaan seminar, antara lain, Tan Sri Abuzahar Ujang, Husen Nayan, dan Ketua Umum PP Muhammadiyah, Din Syamsuddin, serta Rektor Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Bambang R Cipto.

Nayan mengatakan, seminar diselenggarakan untuk mencari masukan soal gagasan menciptakan perdamaian dunia dan penyelesaian konflik.

Diharapkan melalui seminar, kata dia, ini bisa mendapatkan masukan sekaligus menjadi kekuatan menciptakan perdamaian dunia dan penyelesaian konflik.

Sementara itu, Kalla menjelaskan soal penyebab mengapa terjadi konflik, baik antarnegara di dunia, di Asia, maupun konflik lokal di satu negara. Indonesia berkali-kali menempuh fase sejarah perjalanan bangsa ini. 

Mulai dari pergolakan segera setelah Indonesia merdeka, gerakan separatis, hingga pelepasan Provinsi Timor Timur, dan proses rekonsiliasi permanen separatis bekas GAM dengan pemerintahan pusat. 

Kalla menilai ada beberapa penyebab konflik, antara lain karena faktor, perbedaan idelologi, ekonomi, maupun kepemimpinan.

Pada kesempatan tersebut, Kalla juga menegaskan, upaya menyelesaikan konflik melalui musyawarah dengan jalan dialog.

Menurut dia, konflik lokal di Indonesia juga selesaikan secara musyawarah melalui dialog.


http://www.antaranews.com/berita/419415/jusuf-kalla-bicara-perdamaian-di-malaysia

BILA PUAK MUSYRIKUN KANTOI MENIPU LAGI...

Posted: 16 Feb 2014 08:58 PM PST


Kalau hati dah busuk maka segala fitnah, tohmah dan bohong menjadi santapan harian yang sukar dipisahkan. 

Segala fitnah dibuat semata-mata menutup kemaluan besar puak-puak ini. Biarpun terpaksa menipu dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat tercapai.

Gamaknya Anwar dan juak-juaknya merasakan diri mereka terlalu hebat dan tak tercapai kuasa Allah untuk menghukum mereka di atas segala kejahatan dan kelancangan mulut dan tangan-tangan mereka.

Superimpose foto Perdana Menteri.
Mungkin selepas berbuat dosa mereka hanya perlu membuat pengakuan dosa kepada paderi-paderi besar mereka dengan sedikit upah atau menemui ulamak-ulamak tertentu sambil-sambil menghina UMNO maka terhapuslah dosa-dosa maksiat mereka.

Jika inilah ajaran songsang yang kian meluas, tidak hairan pelbagai bala Allah akan diturunkan ke atas muka bumi Malaysia ini. 

Kita sudah melihat sekarang ini semenjak Anwar menyatakan hasrat dan giat berkempen untuk menawan Kajang dan menjadi MB, pelbagai bala bencana menimpa Malaysia. Kemarau panjang, kering berjerebu, hutan terbakar, empangan kering, penyakit merebak... Adakah ini kebetulan atau amaran dan bala dari Allah?

Kalau tak fitnah bukan Fuckatan namanya


Anwar berkempen politik mempromosikan pluralisme agama di gereja Khatolik Holy Family di Kajang. 

Inilah contoh manusia kemaruk kuasa. Sanggup berbuat apa saja demi kuasa. Semoga umur kita panjang untuk melihat bagaimana akhirnya nyawa seorang pengkhianat bernama Anwar Ibrahim...


Semoga nasib kematian Anwar sama seperti mentornya mendiang Gus Dur di Indonesia - disembah dan dianggap dewa oleh pengikut-pengikutnya yang taksub.

Halleluyah Anwar...jumpa nanti di sorga Bapa

DUN SELANGOR BAKAL DIBUBAR SELEPAS MB KHALID MENGADAP SULTAN

Posted: 16 Feb 2014 03:57 PM PST


Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor bakal berubah apabila pada masa yang sesuai MB khalid mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ianya berkaitan Keresahan rakyat Selangor dengan politiking yang keterlaluan dan bodoh-bodoh mengosongkan Dun Kajang tanpa sebab.

Jika DYMM Sultan Selangor memperkenan pembubaran DUN Selangor maka Pilihanraya Negeri khas untuk Selangor bakal diadakan.

Keresahan dan kemarahan rakyat Selangor menjadi semakin membara kerana DUN Kajang tidak ada kematian, tidak ada masalah Mahkamah tetapi dikosongkan dengan sengaja tanpa sebab.

Negeri Selangor yang makmur kini ditimpa pelbagai musibah antaranya Kebakaran Besar semalam, Sampah di Kajang tidak mampu diurus, bekalan air di beberapa kawasan sudah hampir dua minggu tiada air, malah pasukan bolasepak yang dibiayai dengan wang yang banyak juga kalah Besar baru-baru ini kepada JDT.

Beberapa NGO dan ahli-ahli akademik, profesional dan individu di Shah Alam dan Klang akan merafak sembah untuk bertemu DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat. Sama ada DYMM Sultan Selangor menitah pembubaran atau MB Khalid mengadap memohon pembubaran ianya akan terjawab dalam pertemuan tersebut.

*Sent by Ipad.

SALAM TERAKHIR KEPADA BAKAL MANTAN MB KHALID IBRAHIM

Posted: 16 Feb 2014 04:00 AM PST

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim !

Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!
Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!
Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.
Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!
Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!
Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.
Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.
Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.
Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.
Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!
Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).
Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.
Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!
Mereka tiada pilihan – Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!
Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!
Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.
Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu – satu untuk engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;
Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?
Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!
Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?
Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.
Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!
Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?
Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!
Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 – Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!
Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!
Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!
Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!
Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.
Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.
Addeenul nasihah – Islam itu nasihat.
Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.
You know your days as MB are numbered. It's either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.
Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios Tan Sri, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Akhir 1435
15 Februari 2014

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MIRIP AL-QURAN ?

Posted: 16 Feb 2014 11:09 PM PST

Taknak komen lebih-lebih dalam bab ini ...Cumanya jangan la meniru ..kamu ugama kamu ...kami ugama kami ..

Yg dibaca tu bukan Quran tapi injil dlm bahasa arab. ini semua bende dia tiru islam

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar?

Posted: 16 Feb 2014 04:20 PM PST


Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.

"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.

"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya di sini hari ini.


Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.

Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.

Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.

Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.

"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Hidup mati Anwar di Kajang

Posted: 16 Feb 2014 10:04 PM PST


SHAH ALAM - PKR begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang mudah PRK Dun Kajang namun bagi penganalisis politik, kekalahan pemimpin nombor satu pembangkang itu bukan mustahil.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, pada awalnya Anwar yakin Kajang kawasan mudah untuk beliau meraih majoriti besar.

Namun kini situasi  sudah tidak sama lagi, apabila strategi yang diguna pakai dalam kempennya mulai berubah-ubah apabila rakyat Kajang dilihat mulai sedar akan matlamat sebenar Anwar.

"Bukan sahaja BN berusaha untuk menewaskan Anwar, tetapi bekas rakan-rakannya juga tampil menawarkan diri untuk mencabar beliau dalam PRK kali ini.

"Malah, ada juga pemimpin dalam PR sendiri kurang senang dengan percaturan yang dibuat beliau di Kajang. Kerana justifikasinya bukan untuk kepentingan PR tapi lebih kepada PKR dan agenda peribadi," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Azmi, kemungkinan untuk Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu tewas lebih besar apabila beliau mendapat calon lawan yang mempunyai personaliti berlawanan dengannya.

"Pengumuman (Datuk) Zaid Ibrahim bertanding sebagai calon bebas sedikit sebanyak memberi saingan sengit pada Anwar. Zaid mempunyai personaliti dan prinsip berlawanan dengan Anwar," katanya.

Beliau berkata, rakyat juga akan terfikir apakah punca orang yang dianggap rapat dengan PR tampil untuk menentang calon mereka.

"Permainan politik yang digunakan Anwar ini ditolak oleh ramai pihak. Maka beliau perlu lebih berhati-hati dalam siri kempennya," kata Azmi.

Menurutnya lagi,  karier politik Anwar boleh terkubur jika ketua pembangkang itu kalah dalam PRK kali ini.

"PRK ini umpama hidup mati Anwar. Kalaulah di kawasan PR kuat juga beliau boleh tewas, sudah pasti akan beri kesan besar.

"Implikasinya bukan sahaja pada PKR malah pada beliau sendiri, harapan untuk menjadi menteri besar akan lenyap malah kredibiliti untuk beliau diangkat sebagai perdana menteri juga akan hilang," katanya.

Semalam, Zaid mengesahkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Kajang.

Sebelum itu, bekas rakan karib Anwar, Datuk S Nallakaruppan turut menawarkan diri untuk mencabar ketua pembangkang itu.

Sementara itu, kemelut isu Selangor belum berakhir apabila beberapa pemimpin PKR didakwa berusaha untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor dengan menggantikan Anwar.

Bagaimanapun, Pas beberapa kali menegaskan pihaknya tidak akan menyokong pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor, dan hanya menyokong Anwar sebagai calon PR di Dun Kajang. - SH 17/2/14

/


Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar

Posted: 16 Feb 2014 08:23 PM PST

OLEH JENNIFER GOMEZ
FEBRUARY 16, 2014
Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014. Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.
Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara  yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.
"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎
"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.
Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.
Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.
Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.
"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎
"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎
Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎
Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: "You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God's judgment seat"‎
"As surely as I live,' says the Lord, 'every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .
Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.
Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.
"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎
Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.
Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.
"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎
Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .
"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir;  kita berurusan dengan kebajikan rakyat.
"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain,  silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya. - 16 Februari, 2014. - TMI

Kebakaran di Ukay Perdana menakutkan

Posted: 16 Feb 2014 08:53 AM PST




Kebakaran di Ukay Perdana Ampang amat menakutkan. Api semakin marak sejak jam 9.30 malam tadi. Penduduk disekitar bimbang dengan kejadian ini 


KUALA LUMPUR: A bush fire at a four hectare land tonight caused momentary fear among owners of nearby homes.

The fire at Taman Sering Ukay, Ukay Perdana in Ampang  was sparked at 9.20pm.
Witnesses claimed that it was sparked by embers from fire  crackers.
The fire fueled by dry leaves and branches quickly spread  as strong winds fanned it, near a hilly area.
Local residents tried to extinguish the fire initially but were  unsuccessful.
The quick intervention by Fire and Rescue personnel  prevented the fire from spreading to larger areas.
Fire and Rescue Department teams with 20 personnel  from the Pandan, Ampang and Wangsa Maju fire stations  arrived at the scene at 9.51pm, half an hour after receiving  the distress call.
Firemen, with the help of local residents tackled the fire  from four different areas.
Fire and Rescue Department Operations Commander Ma zlan Salleh said the cause of the fire is yet to be as certained.
Bush fires is an usual occurrence during dry-spells, so we  can't conform the cause of the fire yet," he said.
By about 12.40am, the situation was brought under control



Kebakaran hutan di Jalan Ukay Perdana Ampang Selangor berjaya dikawal. Penghargaan kepada anggota bomba.[12.58 m/night]