Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Grand design Guan Eng halau Melayu

Posted: 14 Feb 2014 09:30 PM PST


Seorang rakyat berbangsa Melayu menyembah mintak janganlah dia dizalimi apabila rumah yang patut dibeli pada harga lebih sedikit dari RM70 ribu tiba-tiba dinaikkan lebih sedikitnya begitu mendadak hingga RM172 ribu.

Dalam keadaan terdesak tanpa rumah jadi tempat berlindung, anak muda ini merendahkan dirinya merayu usahlah pemerintah cina Pulau Pinang meneruskan kezaliman.

Kata Utrara news ...


Jawab Guan Eng hanya menyalahkan UMNO...


Adakah kerajaan UMNO yang memerintah di Pulau Pinang?

Adakah kerajaan UMNO yang membiarkan semua pembinaan perumahan kepada swasta dan kerajaan negeri tidak lagi mahu bina rumah untuk rakyat?

Bukankah kerajaan DAP Pulau Pinang yang menentukan allocation tanah untuk perumahan?

Bukankah kerajaan negeri yang kenakan surcaj tambahaan 20-30% ada harga rumah hingga menyebabkan pemaju terpaksa tambah 20-30% pada harga jualan asal?

Bukankah ini semua sudah dirancang ...


Tak kasi Melayu berniaga dan cari makan. Sekarang tak kasi Melayu ada rumah dan mengundi di Pulau Pinang.

Akhirnya buang semua Melayu dari Pulau Pinang dan jadikan negeri itu negeri untuk Cina saja. INi adalah agenda dominasi Cina di Pulau Pinang!!!






Setakat ini, Azmin dan Anwar paling tak diterima jadi MB

Posted: 14 Feb 2014 05:24 PM PST


Selepas 24 jam pertama survey ini dimulakan, 40% pengundi anggap pilihan antara Khalid Ibrahim, Azmin, Anwar, Dr Rani dan Iskandar Samad. Perkara itu dijangka berlaku kerana mungkin kerana blog ini adalah blog yang banyak menyerang pembangkang.

Namun begitu masih ada 60% pengundi yang memberi pilihan. Setakat hampir 24 jam pertama, Azmin terletak dalam kedudukan paling corot. Punya sikit sampai peratusan tak kelihatan angka 3% dan undi diterima sebanyak 18.

Manakala, Anwar Ibrahim pula adalah kedua tercorot dengan undi 32 dan peratusan 6%. Atas Anwar, Tuan ISkandar Samad dari PAS yang tak dikenali seramai Anwar pun berjaya mendapat undi 37 dan peratusan 7%.

Tan Sri Khalid Irahim terletak paling tinggi dengan undi 142 dan peratusan 28%. Manakala Dr Rani Pesuruhjaya PAS negeri terima 64 undi dan 12%.

Boleh lah kata macam-macam mengenai ketepatan banci ini sebagai mencerminakan keadaan sebbenar. Itu diakui. Namun begitu tiada banci yang sempurna melainkan dibanci semua population dalam sampel yang dituju.

Yang penting, ini adalah petunjuk. Mungkin lebih rendah atau lebih tinggi dari yang sebenar. Namun apa yang sebenar tidak akan dapat diketahui walaupun lepas pilihanraya atau referendum. Ada sebbab yang boleh sabotajkan angka sebenar.

Angka ini adalah petunjuk akan sampel blog ini akan penerimaan rakyat. Blog ini dikunjungi juga oleh pembangkang... maka ada dalam 60% yang mengundi. Dalam itu juga mungkin ada orang BN yang merupakan rakyat Selangor yang faham PR sedang memerintah maka pilihan ooastilah dari apa yang ada.

Walaubagaimana pun, ini masih lagi baru dan kita sedang menunggu lagi undi masuk. Sistem ini tidak ada boleh dikacau melainkan oleh sekerat dua yang hacker. Kami pun tak pandai hal hacking dan manipulasi survey pasal ini kali pertama buat.

Ada 6 hari lagi, takkan penyokong Anwar dan Azmin mahu berdiam saja persepsi buruk membayangi mereka.




Jual nama Teresa Kok, 14 hari dari meeting pertama dapat LOI

Posted: 14 Feb 2014 04:21 AM PST


Pendedahan terbaru DAP Insider SINI begitu menarik sekali. Pihak Goldsino Investment China berjumpa pada December 14hb 2011 dalam satu mesyuarat pertama. Mereka minta nak sign MOU delum alam bulan itu juga.

The first meeting was agreed to be held on 14th December 2011.

14 December 2011 (1000 hrs)   
Meeting was held at Yayasan Selangor 16th floor in a meeting room for Asset and Development division. Two reps from Goldsino and three reps from Yayasan Selangor, Development Manager, Sr. Executive of Development and Development Supervisor.

Goldsino started the presenting their paperwork on Solar Photovaltaic Power Plant project. Goldsino repeatedly mentioned that they knew Teresa KOK. Development Manager given order to Legal Executives to run through this company background as this company is an international company.
 
Goldsino representative urged Yayasan Selangor to come out with MOU so that the signing ceremony would be held on December 2011 as the company president were around in KL during that time. Meeting ended with legal department to clarify and scan through the company profile. Development Manager demanded few documents for Goldsino to submit. 
 
A second meeting was set on 27thDecember 2011 at 0900hrs with the top management of Yayasan Selangor. Goldsino reps handed over the demanded documents after lunch on the same day.

Dengan hanya menjual nama Teresa Kok, pihak Yayasan Selangor sedia sign LOI pada Disember 28hb. Hmmm ... kalau Melayu nak pintak appointment dengan orang top dalam Yayasan Selangor ni, 14 bulan belum tahu dapat.

Padahal kompeni cina dari China ni tak ada dibuat background check langsung. Sangat mengesyaki...

According to Goldsino, Yayasan Selangor have to come out with an offer letter to Goldsino for application and approval to develop Solar Energy from TNB. TNB required documents for the particular land before application being made.

Chairman of the meeting stated that international company having difficulty on the application process due to terms and condition. Yayasan Selangor proposed that Goldsino to submit their documents using local registered company to ease the application process before Yayasan Selangor can issue out any letter. 

 Goldsino macam business atas angin saja.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Fuyo, Baru Dua Tahun Dah Macam Pro

Posted: 14 Feb 2014 09:58 AM PST

Adakah Benar Anak-Anak Mereka Di Dera

Posted: 14 Feb 2014 12:38 AM PST

Assalamualaikum dan salam bloger,..
Di bawah adalah petikan kenyataan seorang pelajar malaysia yang rapat dengan keluarga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal
yang di tahan oleh pihak berkuasa sweden atas tuduhan mendera anak mereka.
Benarkah mereka mendera anak mereka seperti khabar angin yang berlegar di internet?
Jom ikuti kenyataan pelajar malaysia ini>>
----------------
Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. 

Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..

Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. 

Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. 


Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Bersama warga Malaysia yang lain padaHari Raya Aidilfitri @Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..

Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden
Mereka selalu ceriauntuk ke sekolah :D
Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. 

Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..
Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."

Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..
Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. 

Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..
-Berita penuh disini>>
http://abusyahirah.blogspot.com/2014/02/rakan-akrab-pasangan-pukul-anak-tak.html

Pesanan Berguna Untuk Bakal Pengantin

Posted: 14 Feb 2014 12:18 AM PST

Gambar hiasan.Perkahwinan ust,Don
Umamah Taghlubiyah, seorang wanita Arab terpandang menasehati anaknya Ummu Iyas binti Auf. Nasehat ini dia sampaikan ketika melepas putrinya itu menuju rumah suaminya saat dia dinikahkan.
Dia berkata, "Wahai anakku, Kalaulah nasehat boleh ditinggalkan karena kemuliaan budi dan ketinggian nasab keturunan, maka aku tidak akan menyampaikannya padamu. Namun ia perlu disampaikan untuk mengingatkan orang baik dan menyadarkan yang lalai.

Wahai anakku, jika seorang perempuan bisa melepaskan diri dari laki-laki dengan harta orang tuanya maka aku adalah orang yang paling bisa untuk itu. Tapi, itu tidak mungkin, anakku. Karena perempuan diciptakan untuk laki-laki. Dan sebaliknya, laki-laki diciptakan untuk perempuan.

Wahai anakku, saat ini engkau akan melangkah dari rumah ini, dimana kamu hidup dan dibesarkan. Kamu akan berangkat ke lembah yang belum kamu ketahui sama sekali dan akan ditemani seorang yang tidak pernah kau kenal selama ini. Makanya, dengarlah pesan-pesanku. . Jadilah engkau bagaikan budak baginya, maka dia akan berlaku seperti itu pula untukmu.

Anakku, dengarkanlah, aku akan menyampaikan SEPULUH wasiat untukmu. Jagalah wasiat ini. Ia akan menjadi penerang dan bekal bagimu dalam hidup.

Pertama, setia dan patuhlah padanya. Kepatuhanmu padanya akan melahirkan keridhaan Allah SWT.

Kedua, qana'ahlah dengan apa yang diberinya. Sikap itu akan melahirkan ketenangan dalam jiwamu.

Ketiga, peliharalah pandangannya padamu. Jangan sampai dia melihat padamu sesuatu yang tidak disenanginya.

Keempat, pelihara penciumannya terhadapmu. Jangan sampai dia mencium darimu sesuatu yang tidak mengenakkan hidungnya.

Kelima, Jagalah waktu makannya (bermakna kebutuhan biologis). Sesungguhnya rasa lapar itu bagaikan bara yang bisa membakar kapan saja.

Keenam, jagalah waktu tidurnya. Sesungguhnya gangguan pada waktu tidur bisa menyulut amarah.

Ketujuh, jagalah harta dan rumahnya. Sesungguhnya yang demikian membuatnya menghargaimu.

Kedelapan, pelihara dan hormatilah anak dan keluarganya. Sesungguhnya hal itu melatihmu mengatur segala Sesuatu dengan baik.

Kesembilan, janganlah kamu buka rahasianya. Jika kamu melakukan itu, maka tidak bisa dijamin dia akan menjaga janjinya padamu.

Kesepuluh, janganlah kau melanggar perintahnya. Sesungguhnya yang demikian itu menyulut rasa cemburu dalam hatinya.

Dan perhatikanlah dua perkara. Janganlah kamu menampakkan kebahagiaan padanya jika dia sedang dirundung sedih. Jangan pula engkau menampakkan kesedihan di kala dia berbahagia.

Ketahuilah wahai anakku, sebesar apa penghormatanmu padanya sebesar itu dia akan menyanjungmu. . . Sejauh mana kamu bisa menyesuaikan pandanganmu dengannya seperti itu pula dia akan setia padamu.

Anak gadisku, sesungguhnya kamu tidak akan mampu melakukan itu semua kecuali jika kamu mampu mendahulukan kerihdaannya atas keinginan pribadimu, dan jika kamu mampu mengedepankan hasratnya atas hasratmu. Semoga Allah melimpahkan kebaikan padamu. Selamat jalan.

Nasehat yang sangat berharga dari seorang ibu yang baik. Semoga negeri kita juga punya ibu-ibu yang seperti ini.

NASIHAT RASUL PADAMU WAHAI LELAKI
Dalam khutbah haji wada' Rasulullah berpesan kepada umatnya tentang banyak hal. Salah satunya adalah mengenai hidup berumah tangga. Rasulullah saw berpesan:

"Ingatlah, berilah pesan yang baik terhadap istri kalian. Sesungguhnya mereka memerlukan perlindunganmu. Sedikitpun kamu jangan berbuat kejam kepada mereka. Janganlah berbuat sesuatu yang melampaui batas kepada mereka, kecuali telah nyata bahwa mereka melakukan kejahatan. Jika memang mereka melakukan kejahatan, janganlah kamu menemui mereka di tempat tidur. Jika engkau telah memisahkan mereka dari tempat tidurmu, mereka masih tidak merasa bersalah, maka pukullah mereka dengan pukulan yang ringan yang tidak melukai. Bila mereka taat, janganlah berlaku keras terhadap mereka."

Ingatlah, sesungguhnya istrimu mempunyai hak terhadap kalian para suami. Hak kalian terhadap istrinya adalah melarang mereka mengizinkan masuk seseorang yang tidak kamu sukai kedalam kamarmu dan tidak mengizinkan masuk orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumahmu. Hak mereka atas kamu adalah kamu pergauli mereka dengan cara yang baik, tidak memukul mukanya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan memenuhi segala kebutuhan mereka terutama makanan dan pakaian serta tidak boleh mendiamkannya kecuali di dalam rumah." (HR Abu Daud dan At Tirmidzi)

Dalam kesempatan lain Rasulullah saw bersabda, "Ingatlah, orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Orang yang paling baik budi pekertinya adalah yang paling baik perlakuannya terhadap istrinya" (HR At Tirmidzi)

"Janganlah seorang mukmin memarahi istrinya ataupun seorang wanita beriman. Jika tidak suka terhadap salah satu sifatnya, maka pasti ada sifat lainnya yang menyenangkan. Dunia ini adalah suatu kesenangan yang sementara, dan sebaik-baik kesenangan di dunia adalah wanita yang shaleh" (HR Muslim).

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KSN & KPPA TUNJUK CONTOH MULIA

Posted: 14 Feb 2014 07:11 PM PST



KETUA SETIAUSAHA NEGARA, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Bin Zainal semalam menaiki kapal terbang kelas ekonomi semasa menjalankan tugas rasmi.

Ianya sesuatu yang mengejutkan tetapi menghibahkan tatkala negara kita memerlukan sokongan rakyat dan penjawat awam, KSN dan KPPA menunjuk contoh teladan yang murni, walk the talk dan sangat menyentuh perasaan.

Sekeping gambar benar-benar memberi seribu makna. Tahniah kepada KSN dan KPPA atas kerendahan hati, kesanggupan dan amalan berhemah. Ianya menjadi kekuatan dan membakar semangat kakitangan awam untuk istiqamah, jujur dan bertanggungjawab kepada negara Malaysia.

Tahniah KSN dan KPPA. Proud of you both...

-Jentayuabaka

POSTER JIHAD EKONOMI UNTUK RAKYAT

Posted: 14 Feb 2014 01:23 AM PST





Setiap kebaikan perlu disebar-sebarkan.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim dan Asri Zainal Abidin ! | Karim's Blog

Posted: 14 Feb 2014 05:10 PM PST

Dalam satu temuramah dengan portal berita pro-Pakatan, The Malaysian Insider, berhubung rancangan PRK DUN Kajangnya yang disiarkan 4 Februari 2014, ketika merujuk kepada isu kalimah Allah, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa

"I was in Penang speaking to religious scholars when I told them how do you explain a resident on Jalan Masjid who uses Jalan Masjid on his or her address?"

Anwar-kalimahAllah-masjidKenyataan beliau di atas bahawa bagaimanakah seorang yang beragama Kristian yang tinggal di Jalan Masjid menyebut alamat kediamannya adalah merujuk kepada istilah Masjid yang termasuk di antara 35 istilah larangan dalam Seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri Selangor.

Apakah begitu bodoh Anwar hingga tidak tidak mampu untuk faham maksud larangan tersebut?

Jikalau seorang penganut Kristian mempunyai kawan yang bernama Abdullah. Dia akan tetap panggil nama kawannya Abdullah. Enakmen yang melarang tersebut tidak mengatakan bahawa kini penganut Kristian dilarang memanggil kawan mereka yang bernama Abdullah dan dibenarkan hanya memanggil mereka dengan nama "ABDUL GOD" atau "ABDUL TUHAN".

Inilah kebahlolan berhujah di luar konteks namanya. Kononnya ingin menunjukkan kepandaian berhujah untuk orang-orang Kristian maka memberi contoh yang tidak kena dan kiasan yang salah.

AsriMAZA-nyanyilagunegeriTeringat saya akan seorang lagi yang kononnya bijak berhujah dan selalu sahaja menganggap orang lain yang salah dan hanya dia dan kumpulannya sahaja yang mengikut sunnah. Hujah yang diguna mantan mufti ini pun sama dengan Anwar yang behujah di luar konteks dengan kiasan yang langsung tidak ada kena mengena dengan topik perbincangan. Asri MAZA mengatakan bagaimana orang Kristian hendak menyanyi lagu negeri Selangor jika dilarang menyebut Allah.

Kononnya hendak menunjuk pandai ini rupanya adalah hujah yang sama diguna oleh puak evangelis yang sentiasa menipu dan tidak redha dengan umat Islam seperti mana yang telah disebut dalam surah Al Baqarah ayat 120. Paderi Eu Hong Seng cuba berhelah kononnya:

How does one sing the state anthems of Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Johor, Kelantan and Trengganu now, since there are references to "Allah" in these songs, as it is now implied to refer to the Muslim God only?

Apakah dia berpura tidak tahu bahawa sememangnya Allah yang dinyanyikan dalam lagu-lagu rasmi negeri-negeri Tanah Melayu adalah Allah Yang Maha Esa bukannya seorang manusia yang terpaku di tiang.

Sememangnya Islam adalah agama negeri-negeri Tanah Melayu yang berdaulat sebelum penganas penjajah Kristian yang mula membawa misi dari perjanjian Tordesillas untuk merompak kekayaan bumi yang dijajah, sambil berusaha memaksakan kesesatan fahaman mereka ke atas manusia sejagat demi membalas dendam perang salib – atau tema yang sering disebut sebagai "Gold, Glory and The Gospel" (sila baca buku atas tajuk tersebut karangan Louis Wright yang mencerita segala kekejaman tentera-tentera Kristian Eropah).

Maka tidak pernah kita mempunyai masalah dengan lagu rasmi negeri dan nama suci Allah Yang Maha Eso yang dinyanyikan. Tidak perlulah hati busuk paderi Eu Hong Seng cuba mencari helah untuk mempolemikkan.

Tidak ada salahnya untuk mereka menyebut nama suci Allah Yang Maha Esa asalkan jangan dia ertikan Allah itu untuk manusia yang dibunuh terpaku pada tiang itu. Itu yang ditegaskan dalam enakmen-enakmen negeri yang melarang penggunaan beberapa istilah tersebut untuk pengertian dalam agama mereka.

Cukuplah dengan kesesatan Kristian berhujah di luar konteks, tidak perlulah Anwar dan Asri menumpang sama dalam kesilapan sebegini. Ianya hanya menunjukkan betapa bodohnya kerana tidak faham isu yang dibicara.

***************************************************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:




Sent from my iPhone

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Sarikata penuh video kontroversi Teresa Kok ONEderful-Malaysia

Posted: 14 Feb 2014 11:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Suara rasmi DAP, Roketkini.com sejak semalam meyiarkan sarikata penuh, video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Menurut laporan di web itu, tindakan tersebut bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap isi kandungannya yang didakwa disiar tidak lengkap oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Menurut mereka, Utusan telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi sebahagian video ONEderful-Malaysia tersebut.

"Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit.

"Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum.

"Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia," lapor portal itu.

Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.

Berikut terjemahan sarikata penuh versi Bahasa Melayu, menurut laporan portal itu.


TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!

Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.

Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Anda semua ada sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ""Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!

PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ""Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.

ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.

MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.

Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya?

PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!

SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.

ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini "Steady, jangan lembik"

PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.

MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!

TERESA: Ya, penonton ini.

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ""Jual Cina!"

TERESA: ""Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin ""Jual Cina", anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi ""pengkhianat".

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ""pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ""Menjual Cina"?

TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?

PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?

PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)

PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)

MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!

PENONTON: No No No!

ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.

PUAN JIT: Diamlah kau!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang "ONEderful"!

Video penuh boleh ditonton di sini.

Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas

Posted: 14 Feb 2014 10:19 PM PST


Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas. 

Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul.



"Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

"Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK)," katanya.

Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang".

Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.

Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang.

"Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu.

Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP.

Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian.

Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI

Cita-cita DSAI jadi MB Selangor mungkin tak kesampaian, Khalid enggan letak jawatan

Posted: 14 Feb 2014 08:49 PM PST

Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR.

Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.


Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.

Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.

Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.

Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.

Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.

Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.

Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.

Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.

Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.

Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu.

Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.

Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan UMNO-15/2/2014 - mStar

Maksiat malam Hari Kekasih

Posted: 14 Feb 2014 07:51 PM PST

ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.


Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

"Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.

"Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka  tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah," katanya

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.

Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan.

Pasang terbabit turut memberi alasan akan berkahwin dalam masa terdekat bagi mengelak daripada ditahan.

Wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta dan pasangannya itu, bagaimanapun akur dan menurut perintah penguat kuasa.

Mereka dipercayai mendaftar masuk hotel berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Kekasih pasar raya dicekup

Dalam serbuan berlainan, seorang lelaki memberi alasan untuk menumpang tandas di rumah kekasihnya ketika diserbu penguatkuasa Jaik di sebuah rumah flat, Jalan Kuala Sungai, dekat sini.

Pasangan itu yang juga pekerja sebuah pasar raya besar ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila pihak berkuasa mendapati pintu gril dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan berkunci.

Selepas pintu rumah diketuk kira-kira lima minit, seorang wanita berusia awal 20-an membuka pintu. Manakala pasangannya keluar daripada bilik air dalam berseluar jeans tanpa memakai baju.

Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.


Operasi kurangkan gejala maksiat

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu, Jaik berjaya menahan empat pasangan yang masing-masing tidak mempunyai hubungan yang sah.

Operasi yang dianggotai 38 penguatkuasa termasuk anggota Rela Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) memperlihatkan usaha membanteras gejala maksiat pada malam perayaan tertentu berhasil.

Sheikh Mohd Roshidi berkata, selain serbuan di hotel-hotel bajet yang menjadi sarang maksiat, pihaknya turut menerima aduan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti tidak bermoral di rumah kediaman.

"Hasil operasi malam ini kita mendapati gejala maksiat di sekitar bandar raya ini semakin berkurangan berbanding tahun-tahun lalu.

"Ini adalah kesan daripada pemantauan dan serbuan yang dilakukan pihak kami dari semasa ke semasa. Bagaimanapun kita akan terus membuat pemantauan supaya kegiatan tidak bermoral diperangi habis-habisan," katanya.

Menurut beliau, pada operasi yang sama tahun lalu pihaknya berjaya menahan 10 pasangan yang turut membabitkan operasi di hotel-hotel bajet.

Beliau berkata, kesemua empat pasangan yang ditahan dalam Ops Kekasih itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Setar untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah," katanya.lam

Langkah Kajang.....Ketakutan Sangat Umno Terhadap DSAI ..!!!

Posted: 14 Feb 2014 06:02 AM PST


Amaran Ketua Pengarah psychiatry. Mereka yang lemah fikiran, dan pening bila baca artikel seperti ini dinasihatkan makan panadol banyak2 atau untuk segera selesai segala macam penyakit- disarankan minum paraquat. 


Terutamanya kepada orang Melayu: kenapa UMNO takut sangat Anwar jadi MB Selangor? Anwar itu bangsanya Melayu dan agama nya Islam. Jika dia jadi MB pemimpin negeri Selangor ialah Melayu. Oh—Anwar nanti akan jadi boneka DAP. Ini satu kenyataan yang tak boleh disokong oleh akal. Kurang kah keMelayuan Anwar dengan keMelayuan pemimpin UMNO yang semua nya ada rakan konsgi Cina dan bukan Melayu dalam perniagaan mereka?



UMNO tidak dpat terima bahawa orang Melayu semakin ramai menolak UMNO sebab mereka tahu, menolak UMNO tidak bererti mereka menghilangkan keMelayuan mereka.
Jika Anwar jadi MB apa masaalah nya? jika Anwar tidak berguna bukankah itu menguntungkan UMNO dan BN? Jika Anwar itu laknatullah seperti yang disebut oleh Adnan Mansor, bukankah ini untung kepada UMNO? Bayangkan ini- seorang seperti Adnan Mansor yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan boleh melaknattullah kan Anwar!. Adnan Mansor sepatutnya bersyukur kerana mencapai kejayaan yang tinggi sejak bermula sebagai tukang jual carpet.



Tentunya Anwar tidak jadi ancaman kepada kesejahteraan dan hayat UMNO.
Lagipun, jika kita boleh meletakkan masa depan kita lama dalam tangan BN, apa yang hendak kita takut meletakkan masa depan selama 5 tahun dalam tangan Anwar dan PR?
Kalau kita hendak main politik, kita mainlah sebaiknya. Anwar ada political skills untuk mengimbangi komplot jahat yang sentiasa berligar dalam kepala BN. Kita hendak bermain a game of power- jadi lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kuasa yang ada. Itu pun matlamat politik- mendapatkan kuasa memerintah. BN melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang mereka ada. Kebebasan yang sama mesti diberikan kepada Pakatan rakyat. Anwar melakukan langkah Kajang ini, makna dia tahu bagaimana main power game ini.



Menjadikan Selangor model pengurusan PR- mungkin bukan suatu penerangan yang menarik sangat. Ianya akan menjadi kenyataan jika pemimpin negeri menanam etika kerja yang baru dan nilai2 pro kemajuan. Yang paling penting, ia memerlukan pemimpin yang tegas dan berani serta tidak takut melakukan perubahan.



Cabaran untuk rakyat Selangor ialah membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang ditadbir dengan baik. Ini tugas suatu creative minority yang membentuk cabaran tersebut dan memikirkan respon2 untuk menyahut cabaran tersebut.



Cabaran untuk Anwar bila dia jadi MB ialah menyediakan alat kelengakapan untuk menjawab cabaran dan agenda menjadikan Selangor model sebuah negeri yang ditadbir lebih baik dari negeri2 yang ditadbir oleh BN. Ini memerlukan antara nya kerajaan negeri yang baik yang dianggotai oleh barisan pemimpin yang berkualiti tinggi. Bukan nya rahsia bahawa rahsia sebuah kerajaan yang baik ialah anggota kerajaan yang baik- pimpinan politik klas satu, jentera pengkerajaan klas pertama, dan rakyat yang disedarkan. Kerana itu, saya tidak nyata, motif membawa kembali pemimpin2 seperti Mat Taib dan yang sewaktu dengan nya, merupakan suatu stateji yang baik.



Untungnya, hendak menjadikan Selangor model bagaimana pengkerajaan yang baik boleh berjaya, tidak lah sukar sangat. hanya perlu lakukan yang berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.



Model BN ialah sebuah bad model- kepimpinan politik yang opportunis, rasuah, yang menjalankan dasar2 yang kabur meguntungkan sebahagian masyarakat. Negara ini sedang menuju kepada kehancuran kerana kita ada leadership yang disebut dalam istilah Perancis- fainéant leadership. Fainéant tidak sama dengan elegant silence. Fainéant erti nya- do nothing.



Itu yang sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada dibawah Najib. Negara musnah dibawah fainéant leadership Najib. Kita ada a-do-nothing Leadership. Apa Najib buat mengenai perkelahian agama? Tidak ada apa2. Apa dia buat untuk menyekat ketegangan kaum? Do nothing. Apa dia buat untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir? Do nothing. Apa dia buat untuk memerangi rasuah? Do nothing. Jadi leadership dia boleh dideskripsi sebagai fainéant (fay-nay-yon) leadership- do nothing leadership.

Jika BN menyediakan pimpinan yang koro, Anwar mesti menyediakan bakat yang terbaik untuk mengurus Selangor. Jika kualiti jentera pentadbiran dalam negeri perintah BN hanya setakat boleh-lah, Anwar dan PR mesti menyediakan jentera pentadbiran yang kelas 1.



Yang menyebabkan UMNO dan BN cemas dan ketakutan, ialah cabaran2 ini semua adalah keberangkalian yang boleh dicapai diberi pimpinan politik yang inginkan itu semua. Sekali gus, ia akan menjadi penanda perbandingan dan rakyat akan melihat bahawa ada masa depan yang lebih baik bukan dibawah BN. peningkatan kesedaran rakyat inilah yang amat ditakuti oleh UMNO dan BN.



sakmongkol AK47

PRK Kajang : Zaid Ibrahim akan tentang Anwar Ibrahim di Kajang

Posted: 14 Feb 2014 02:19 AM PST

Zaid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas.
Zaid berkata mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.
"Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi ia lebih baik untuk bercakap dengan individu sebenar secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka.
"Berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea saya, seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar," katanya dalam blognya. (www.zaid.my).
Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan parti Kita. - mStar 14/2/14

Nasi Lemak MAS masih "telanjang" .... MAS tolong jawab sat

Posted: 14 Feb 2014 01:42 AM PST


Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?

Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini [14/2/14] dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.


"Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.

Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya. - malaysiakini"

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

1/2/2014
Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.

Nasi Lemak
Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58

MS- Pihak MAS telah menjawab rungutan Chef Wan pada 1 Feb lalu. Kata mereka akan mengambil tindakan segera. Tapi hari ni dah 14 Feb nasi lemak mereka masih bertelanjang. Susah sangat ke MAS mendapatkan kacang tanah, ikan bilis dan timun? Ada siapa-siapa yang boleh tolong supply ketiga2 bahan tersebut.
Datuk Muzamir macamana ni?

MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan

Posted: 13 Feb 2014 11:19 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 14, 2014
Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron  berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka  berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. - 14 Febuari, 2014. -TMI