Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Bukti Manhaj Usrah PAS Guna Tauhid Wahabiyyah (Uluhiyyah Rububiyyah)

Posted: 13 Feb 2014 05:27 PM PST










Kerana itu Tokoh Wahabi seperti Rasul Dahri mengupas tauhid ini bukti persamaan akidah mereka seperti kita ulas sebelum ini yang mengaitkan pemimpin PAS seperti Hj Hadi dan Nik Aziz sebagai pro Wahabi melalui bukti bukti yang banyak disebar di alam maya.






Pandangan ulama ASWJ tentang tauhid Uluhiyyah sila baca di sini



Yang lain ditulis oleh Panel penyelidikan Yayasan Sofa antaranya :



Sepenuhnya anda boleh baca di sini :


Semoga Allah memberi hidayat kepada kita dan membersihkan akidah kita dari kotoran syirik dan sesat. Dengan berkat ilmu para Ulama Pewaris Nabi saw yang masih ada hingga kini.


Sent from my iPhone

Mesti Baca : berita @TeresaKok (Yahudi?) enggan mohon maaf #VideoFitnah Malaysia

Posted: 13 Feb 2014 02:33 PM PST



Teresa Kok

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkeras tidak akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia meskipun terdapat pihak yang mungkin tersinggung dengan penerbitan klip video ONEderfull Malaysia CNY 2014.

"Buat apa saya nak minta maaf? Saya nak minta maaf pada siapa? Video saya telah diputar-belit oleh pihak tertentu, jadi mereka yang patut minta maaf pada saya.

"Saya rasa tiada apa-apa masalah dengan klip video itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Teresa ditanya sama ada akan memohon maaf secara terbuka atas tindakannya menerbitkan klip video itu yang mencetuskan kemarahan rakyat, selain menyinggung perasaan pihak tertentu.

Walaupun jelas klip video itu mempersendakan pemimpin tertinggi negara dan kerajaan serta menyindir mengenai isu keselamatan di Sabah, Teresa sekali lagi menegaskan, ia dihasilkan hanya untuk 'bergurau.'

"Memanglah saya bergurau. Ini adalah sejenis satira politik dan tidak ditujukan pada sesiapa. Satira politik dipentaskan oleh pelakon-pelakon komedi di banyak tempat.

"Selagi kita merupakan tokoh yang dikenali (public figure), kita perlulah bersedia untuk dikritik dan di tertawa," katanya lagi.

Teresa bersama peguamnya, S. Nair, sebelum itu, hadir ke IPK kira-kira pukul 3 petang kerana dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 504 (c) Kanun Keseksaan berhubung kandungan video tersebut yang mungkin boleh memecah belahkan kaum.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi di sini hari ini berkata, proses mengambil keterangan itu berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira sejam.

Kata beliau, siasatan kes itu sudah lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

Setakat ini, polis menerima hampir 500 laporan polis di seluruh negara terhadap pemimpin DAP itu bagi menggesa siasatan disegerakan ke atas beliau.

Laporan turut dibuat bagi menuntut permohonan maaf Teresa kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang disindir di dalam video tersebut.


Panglima : kenapa perlu minta maaf sedangkan perbuatannya menggambarkan Malaysia sangat teruk dan bahaya ekoran kejadian jenayah tinggi merupakan satu pembohongan sangat besar.


Maka sepatutnya tindakan beliau menerbitkan video tersebut sudah tentu tidak selesai dengan minta maaf kerana sudah melakukan kesalahan besar dengan menggambarkan Malaysia sebagai negara sangat teruk dan berbahaya.


Ancaman video ini sangat besar jika ia menjadi punca pelabur tidak mahu melabur ke negara kita, selain menutup hasrat pelancong melawat negara terutama ketika Tahun Melawat Malaysia sedang berlangsung ketika ini.

Bayangkan maruah Malaysia apabila penipuan ini tersebar mempengaruhi fikiran diplomat sehingga menyebabkan mereka melaporkan malaysia bukan negara selamat untuk menjadi tempat dikunjungi dan dibuat rakan perdagangan ?

Kita tidak terasa sangat lawak beliau terhadap isteri PM isu cincin tetapi apabila melibatkan isu negara maka ia sangat memalukan dan mengguris perasaan majoriti rakyat Malaysia.


Maka penyelesaian ialah dengan melakukan tindakan menahan beliau dan mengenakan tindakan keras atas tindakan lawak bodoh yang dilakukan dalam video ONEderfull Malaysia tersebut. 


Ini bukan kali pertama Teresa buat kecoh seperti isu ketuk ketampi yang dituduh perempuan Cina walhal perempuan Melayu. Termasuk isu azan dan tulisan jawi.


Adakah semua ini berkaitan kerana beliau didakwa keturunan Cina Yahudi ???

Wallahu A'lam.








Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140214/po_02/Teresa-enggan-mohon-maaf#ixzz2tF74AvDp 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isu Tampar @TeresaKok vs @Zahid_Hamidi : Tampar Memang Kesalahan Tetapi Bukan Seperti Ancaman Bunuh

Posted: 12 Feb 2014 11:35 PM PST

Kenyataan asal YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

"Tawaran melempang bukanlah satu ancaman, ia bukan seperti ugutan bunuh. Kita serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang".

Pencacai Pakatan memanipulusi jawapan MDN kononnya melempang bukanlah satu kesalahan !

Saya berpandangan ia bukan ancaman bukanlah bermaksud bukan kesilapan. Kemungkinan besar ia adalah kesalahan tetapi ia tidak mengancam. 

Berdasarkan lunas undang-undang Pencacai Pakatan perlu faham ugutan bunuh disabitkan apabila ada niat attention utk membunuh "mens-rea" dan bukti membunuh "actus reus" manakala tawaran melempang hanya "publisiti stunt".

Macai Pakatan jangan putar belit demi menyembunyikan kebenaran.

Harap implikasi video Teresa kok yang menampilkan fitnah palsu terhadap malaysia perlu dipandang dengan mata terbuka luas kerana ia mengancam maruah negara dan sukar dibaiki kembali dalam masa yang singkat.

Dunia hari ini memang kejam bila perbuatan memutar belitkan kenyataan Menteri Dalam Negeri digunakan untuk menutup kesalahan sangat besar Teresa kok yang bukan pertama kali mengancam negara dengan fitnah palsu beliau seperti kes ketuk ketampi yang didakwa wanita Cina namun Melayu sebenarnya.

Juga ancaman kepada agama seperti meminta azan diperlahan kan dan menghina tulisan jawi.


Baca kenyataan terbaru polis mahu siasat isu ini seperti di bawah :




Sent from my iPhone

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


JOM SURVEY: Siapakah MB Selangor pilihan rakyat sebenar?

Posted: 13 Feb 2014 03:54 PM PST


Menjelang PRK Kajang ni, timbul macam-macam desas desus rakyat tentang siapa patut dan lebih layak jadi MB.

Khalid Ibrahim seorang ahli korporat dan sudah satu penggal sebagai MB Selangor. Ada golongan suka pada Khalid dan ada golongan tidak. Dia membawa cara korporat dalam pentadbiran awam. Sebagai pemimpin politik, Khalid tidak punya pengaruh sangat.

Azmin Ali adalah pengikut setia Anwar Ibrahim. Orang muda bercita-cita ini kini Timbalan Presiden PKR. Lama inginkan jawatan MB. Pernah jadi exco dan kini tidak mahu jadi exco.

Namun Azmin tiada pengalaman korporat atau sebagai pentadbiran awam. Hanya kerja sebagai budak bancuh kopi Anwar Ibrahim di Kementeriaan Kewangan lepas diambil dari pejabat Dr Mahathir.

Jika PKR tidak mahu atau tidak boleh jadi MB, hanya PAS saja yang layak memegang jawatan MB. Masaalah cuma DAP tidak mahu beri sokongan dna pilihan mereka lebih pada PKR.

PAS mempunyai jumlah kerusi paling banyak, oleh itu mereka rasa mereka layak untu pegang jawatan MB. Pilihan mereka mungkin sekali antara dua ahli exco iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani atau Iskandar Abdul Samad.

Kalau menang PRK Kajang, Anwar Ibrahim dijangka mahu dijadikan MB Selangor. Ada pengalaman sebagai Menteri hingga sampai ke Timbalan PM.

Adalah kebolehan sikit sebanyak sebagai pemimpin politik dan pendedahan tentang perkhidmatan awam. Secara technical, dia tak cekap dan amat memerlukan orang lain.

Adakah dia pilihan orang ramai?

Kalau bukan ditentukan oleh orang ramai, siapa antara mereka ini adalah pilihan ramai? Atau pilihannya bukan dari yang atas?

SILA NYATAKAN PILIHAN ANDA DALAM BANCI DI ATAS. BANCI DI ATAS ADALAH UNTUK SEMINGGU HINGGA JUMAAT HADAPAN 21 FEBRUARI PUKUL 12 TENGAHHARI

Jika anda mahu beri sebab musabab pilihan anda, sila nyatakan dalam komentari posting ini.

Tiada komen carut marut, maki hamun dan bahasa terlampau kasar akan disiarkan. Sila maklum.

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Bunyi Pelik Dari Langit,Dan Peringatan Dari AlQuran

Posted: 13 Feb 2014 04:14 PM PST


Asalamualaikum dan salam bloger,
Selepas subuh pagi tadi kebetulan saya mengambil terjemahan alquran dan secara kebetulan membaca surah Al-anbia'.
(Surah yang ke 21 dalam juzuk ke 17,mengandungi 112 ayat)Perhatikan angka-angka itu
----------
1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya(hari kiamat),sedang mereka dalam keadaan kelalaian,tidak hiraukan persediaan baginya

2.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan merekalepas satu-satu melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya
----------------------
Pembacaan saya terhenti di ayat kedua,Saya tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba ketika membaca terjemahan ayat itu hati saya jadi teringat kepada peristiwa yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dudu dan pernah juga di dengari di beberapa tempat di Malaysia

Info dari internet,rupanya bunyi-bunyi pelik dari langit ini berlaku seawal tahun 2000 lagi  atau mulai awal abad ke 21(ingat tak surah Al anbia' adalah surah yang ke 21)
Bunyi ini juga pernah di dengari di Sabah pada 11 dan 12 januari 2012(Rujuk laporan Sinar Harian)

Sila lihat video di bawah




-ijoks2009-
Berkenaan dengan tiupan sangkakala sebelum kiamat,terdapat perbagai pandangan ulamak berkenaan perkara tersebut.
Kebanyakan ulama' mengatakan tiupan sangkakala itu hanya dua kali,tiupan pertama mematikan dan tiupan kedua ,enghidupkan kembali.

Namun ada segelintir dari ulama' islam yang mengatakan tiupan itu tiga kali ,tiupan yang pertama belum lagi mematikan dan memusnahkan langit dan bumi .tiupan pertama akan menakut-nakut dan membingungkan manusia.

Berkenaan dengan jarak masa antara satu tiupan dengan tiupan yang seterusnya juga ada pelbagai perbincangan ulama'.saya tidak berniat membicarakan hal ini dengan panjang lebar,sekadar renungan bersama.wallahua'lam..

Gadis Muslim Dirogol Kerana Mempertahankan Keislamannya

Posted: 13 Feb 2014 03:11 PM PST

Seorang gadis Rohingya yang baru berusia 16 tahun mengungkap kepada Pejabat Berita Turki, Anadolu Agency (AA), bahwa dia diperkosa oleh sekelompok polis dan penduduk Rakhine tempatan. AA menulis pemerkosaan terjadi selesai pembantaian etnik yang dilakukan di Desa Du Chee Yar Tan, negara bahagian Rakhine, Myanmar.

Sumber AA menyebutkan, sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh bulan lalu ketika sekelompok oknum dari ekstremis Buddha setempat yang didukung oleh polis, mengamuk di desa itu. Mereka membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak. Setelah kekerasan, sisi barat saluran desa dibakar. Sumber menyatakan bahwa polis turut terlibat dalam insiden ini.

Mangsa meminta AA untuk tidak menyebutkan namanya. Alasannya, remaja Muslimah itu takut kepada pihak berkuasa Myanmar tempatan. Dia menyatakan, polis dan Warga Desa Rakhine mulai menyulut api di barat desa. Setelah beberapa warga Desa Rohingya mencoba memadamkan api, polis pun menembak mereka.

Warga memaksa mereka untuk mengungsi ke ladang. Dia melarikan diri dengan ibu dan makciknya ketika polis menangkapnya dan menempatkannya dalam tahanan. Namun, gadis itu tidak dibawa ke pejabat polis.
"Polis membawa saya ke tempat pasar antara Du Chee Yar Tan dan desa Rakhine Khayae Myuing," katanya . "Mereka menempatkan saya di sebuah kedai runcit. Semuanya terkunci, " tambahnya.

Pada awalnya, dia menyatakan bahawa polis berbicara dengannya dan memintanya meninggalkan Islam. Gadis itu diminta untuk pindah ke agama Buddha.
"Saya katakan tidak, saya menolak untuk murtad," katanya kepada AA. " Mereka kemudian memukul saya. Saya ditampar, dipukul dengan tongkat," kenangnya. Pada titik ini, suaranya mulai serak. Dia kemudian mulai menangis .

"Saya mengingatnya dengan jelas. Tepat sebelum fajar, orang Rakhine pertama masuk. Dia memperkosa saya. Kemudian yang lain datang, satu per satu. Itu empat orang Rakhine, dan tiga petugas polis," ujar korban sambil terisak. "Satu demi satu," ulangnya.

Kisah tentang penculikan itu disahkan oleh anggota keluarga gadis tersebut. Keluarga saat ini sedang dalam persembunyian. Keluarganya mengatakan kepada AA, gadis itu belum pernah melihat dokter atau pergi ke rumah sakit karena takut apa yang mungkin terjadi pada mereka.

Makcik gadis itu mengatakan bahwa mereka telah memberinya ubat untuk memastikan bahawa dia tidak akan hamil. Makciknya tak mengetahui apa nama pil itu. Kepada AA, dia hanya saja menyatakan, mereka membelinya dari farmasi tempatan. 

Ya allah selamatkanlah saudara-saudara kami yang dizalimi.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w umat islam akhir zaman seperti buih.walaupun banyak tapi tak berkualiti.
Nampak macam bersatu tapi sebenarnya masing-masing dengan gelembung masing-masing.Ketika umat islam menderita diseluruh dunia tengoklah apa yang dibuat oleh jutawan-jutawan arab ini>>
Ni jamuan untuk manusia atau Jin Ifrit
Alangkah lebih elok jika wang yang banyak itu didermakan untuk membantu saudara seislam daripada dibazirkan ketempat-tempat yang tidak sepatutnya


Indonesia Mendakwa Filter Rokok Mengandungi Darah Babi

Posted: 13 Feb 2014 05:30 AM PST


Ternyata Benar Filter Rokok Mengandungi Darah Babi | Ketua Komisi Nasional Pengendalian Tembakau (Komnas PT), DR Hakim Sarimuda Pohan, mengungkapkan bahwa dalam filter rokok yang banyak digunakan di Indonesia terkandung bahan yang berasal dari darah babi.

Hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam filter rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok, kata Hakim saat menjadi pembicara dalam dialog bahaya merokok bagi kehidupan berbangsa di Balaikota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Rabu.

Ia meyakini bahwa filter yang digunakan untuk rokok yang beredar di Indonesia merupakan filter impor yang mengandung komponen dari darah babi. Menurutnya, semua itu diketahui setelah adanya pernyataan yang diungkapkan ahli dari Australia atau Profesor Kesehatan Masyarakat dari Universitas Sydney, Simon Chapman.

Profesor di Australia memperingatkan kelompok agama tertentu terkait dugaan adanya kandungan sel darah babi pada filter rokok. Profesor Simon Chapman menyatakan itu merujuk pada penelitian di Belanda yang mengungkap bahwa 185 perusahaan berbeda menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan pembuat filter rokok.

Menurut Hakim, sudah selayaknya umat Muslim yang majotitinya di Indonesia ini menjauhi barang yang terang-terang dilarang agama tersebut. Bukan hanya kaum Muslim, tetapi kaum Yahudi juga melarang pemanfaatan babi untuk keperluan seperti itu, tambahnya dalam dialog dalam rangkaian sosialisasi peraturan daerah (Perda) yang melarang merokok di tempat tertentu.

Dalam dialog yang dihadiri ratusan peserta dari kalangan PNS, pengelola hotel, restoran, dan pengelola tempat-tempat umum tersebut juga dihadiri Wali Kota Banjarmasin Haji Muhidin dengan moderator Kepala Dinas Kesehatan setempat, drg Diah R Praswasti.
Dalam dialog tersebut dilangsungkan dengan tanya jawab yang antara lain disarankan perlunya Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan merokok.

Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasulullah s.a.w

Posted: 13 Feb 2014 02:57 AM PST


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".

Kemudian aku bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:" Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? 

Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?"Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:"Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

2. Menyakiti hati suami Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:" Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."(Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:"Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami "Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga."(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
Posted by : Syakiran

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Islam DiUtama Negara Sejahtera Umat Sentosa Khutbah Terkini

Posted: 13 Feb 2014 05:27 PM PST

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 – 153 surah al-Baqarah :
فَاذْكُرُ‌ونِي أَذْكُرْ‌كُمْ وَاشْكُرُ‌وا لِي وَلَا تَكْفُرُ‌ونِ ﴿١٥٢ ﴾يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ‌ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٣ ﴾
Maksudnya :Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi syariatKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Seruan taqwa kepada Allah sentiasa berkumandang dalam mengingatkan kita semua agar tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah samada dari sudut Aqidah, Syariat, Mua'malat dan akhlak. Melalui ibadat khusus umpama solat 5 waktu paling kurang kita akan mengucap secara berulangkali kalimah "Allahu Akbar" yang bererti Allah Maha Besar. Antara hikmat sebutan yang diulang-ulang ini bagi memastikan ia benar-benar meresap ke dalam sanubari kita bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain serba kekurangan dan kelemahan yang tidak mampu mendatangkan sebarang manfaat atau mudharat kepada kita. Bila perasaan takut kepada Allah hilang maka kita pasti akan takut sesama makhluk.Ucapan kalimah "Allahu Akbar" secara berulangkali juga mendidik jiwa kita supaya sentiasa mengingati Allah bukan sahaja dalam solat malah di luar solat kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja hati kita menjadi tenang serta dapat mencegah kita daripada melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah samada dalam keadaan terang-terangan atau sembunyi.
Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra'adu :
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨ ﴾
Maksudnya :"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 212 surah al-Baqarah :
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُ‌وا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُ‌ونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا ۘ وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَاللَّـهُ يَرْ‌زُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ‌ حِسَابٍ
Maksudnya :Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira
Bila kita semua telah menjadi umat Islam yang sentiasa menjaga solat maka sepatutnya telah terhakis daripada diri kita sikap terlalu membesarkan kehidupan dunia dengan mengecilkan masalah bekalan akhirat.Apabila dunia menjadi matlamat sehingga persiapan untuk menuju ke akhirat tempat balasan Syurga dan Neraka dipandang remeh temeh menyebabkan kita menjadi umat yang rugi dan menyesal yang tidak berguna lagi.Sebelum kita hanyut lebih jauh maka tanyalah diri kita tentang tujuan utama kita dilahirkan di dunia ini.Jika sekadar untuk makan maka binatang pun makan juga.Jika untuk sekadar mencari rezeki maka binatang pun pandai cari rezeki seumpama burung yang terbang jauh pada pagi hari dengan perut yang kosong tetapi bila pulang petang penuh dengan makanan.Oleh itu ingatlah kembali tujuan kita lahir ke dunia untuk beribadat sebagai hamba Allah.
Renungi kepada maksud suatu hadis hasan sohih yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi di manaDunia ini hanya untuk 4 jenis manusia.[1], orang yang Allah SWT beri rezeki dalam bentuk harta dan ilmu pengetahuan, kemudian dia bertakwa kepada Tuhan, merapatkan hubungan tali kekeluargaan dan tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, itu adalah tingkatan manusia yang paling utama.
[2], orang yang diberi Allah SWT ilmu pengetahuan tetapi tidak diberi harta, dan dia menyimpan niat yang benar, dan dia berkata: Jika saya mempunyai harta, saya lakukan kebaikan seperti yang dilakukan oleh si fulan. Disebabkan niatnya yang benar itu, dia diberi pahala yang sama banyak dengan pahala orang yang dijadikan contoh olehnya.[3], orang yang diberi harta oleh Allah SWT tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan, kemudian dia menggunakan hartanya untuk perkara yang tidak diketahuinya, dan dia tidak pula bertakwa kepada Tuhannya, dan dia tidak suka merapatkan hubungan tali kekeluargaan, bahkan dia juga tidak tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, orang begini berada dalam kedudukan paling buruk.
[4], orang yang tidak diberi harta atau ilmu pengetahuan, dan dia berkata: Andai kata saya mempunyai harta, saya melakukan perkara buruk macam si fulan. Disebabkan niat buruknya itu, dia diberi dosa yang sama banyak dengan dosa orang yang dijadikan contoh."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali 'Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Selain disuruh sentiasa menyebut dan mengingati Allahmaka kita juga dituntut supaya banyak berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan mengikuti jejak langkah baginda dalam setiap aspek kehidupan.Amalan selawat dan ingat kepada nabi bukan hanya bermusim seperti pada bulan Rabiul Awwal sahaja malah sepanjang masa. Imam al-Ghazali pernah mengingatkan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang tertipu dengan amalan yang kecil sehingga mengabaikan kewajipan yang lebih besar seumpama umat yang hanya rasa cukup sekadar berselawat kepada nabi tetapi begitu benci kepada sunnah nabi terutama yang tidak sesuai dengan selera hawa nafsunya.
Ketika berbicara tentang sunnah nabi maka kita terpanggil untuk sama-sama berusaha terutama melalui doa agar pasangan rakyat Malaysia yang sedang ditahan di Sweden atas alasan memukul tangan anak mereka kerana tak mahu solat supaya dapat dibebaskan segera. Peristiwa ini sebenarnya turut mengetuk hati ibubapa di Negara ini tentang berapa ramai yang sanggup pukul anak secara hikmat kerana tidak solat berbanding perkara duniawi yang lain. Begitu juga isu murid yang didenda makan rumput kerana tidak menyiapkan kerja sekolah mendedahkan beberapa kelemahan samada dari segi tindakan yang dikira melampau mahu pun hak warga pendidik yang agak tertekan bila guru bagaikan tiada ruang untuk membela diri apabila berdepan dengan sebarang tindak balas termasuk saman daripada ibubapa.Kita tidak mahu selepas ini sekolah hanya menjadi tempat belajar semata-mata bukan lagi tempat untuk mendidik akibat kekangan terhadap guru. Ambillah cara pendidikan yang telah digariskan oleh Islam dalam melahirkan guru yang baik dalam melahirkan generasi yang cemerlang dunia akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58 surah al-A'araf :
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُ‌جُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَ‌بِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُ‌جُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّ‌فُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُ‌ونَ
Maksudnya :Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
Jika ajaran guru banyak mencorakkan cara berfikir dan bertindak pelajarnya begitu juga hal keadaan pemimpin banyak mempengaruhi cara kehidupan rakyat jelata. Oleh itu Islam sentiasa memandang berat berkaitan kepimpinan Negara agar corak pemerintahan dan arah tuju selari dengan kehendak Islam. Ketika kita mahu meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan nabi Muhammad s.a.w maka kita jangan lupa bahawa pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah menyaksikan bagaimana tarikh kewafatan nabi s.a.w. Kewafatan nabi s.a.w telah menyaksikan bagaimana cabaran kepada aqidah umat Islam pada masa itu begitu kuat sehingga ada yang kembali murtad. Sayyidina Abu Bakar bersama Sayyidina Umar segera menyelesaikan masalah perlantikan khalifah bertujuan untuk memastikan urusan umat Islam dan Negara dapat diselesaikan dengan segera.Kepimpinan berdasarkan Islam dapat memastikan masalah Aqidah, syariat, mua'amalat dan akhlak dalam Negara dapat dijaga. Sedangkan kepimpinan yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup akan menyebabkan masalah Aqidah semakin goyah, syariat Islam dipersenda seperti kes guru muallaf yang dipecat kerana tidak mahu buka tudung ke sekolah, artis yang dipersenda kerana bertudung, ada syarikat yang tidak membenarkan pekerja Islam solat dan sebagainya. Itu tidak dikira dengan kes jenayah yang terus meningkat. Masalah kos sara hidup yang semakin tinggi rentetan daripada kenaikan harga barang kerana pemimpin mengamalkan 4B iaitu boros, bazir, bocor dan berhutang dalam mengurus harta Negara. Akhirnya lahir golongan kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Sudahlah subsidi ditarik satu demi satu diikuti dengan cukai yang menghisap darah rakyat.Ibnu Khaldun telah mengingatkan bagaimana adanya 2 buah kerajaan yang Berjaya dan gagal iaitu [1] kerajaan yang mengenakan cukai yang rendah tetapi mampu memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat kerana amanah dan cermat dalam mengurus harta Negara sehingga Negara maju dan Berjaya.[2]Kerajaanyang mengenakan cukai yang tinggi tetapi kebajikan terhadap rakyat diabaikan akibat wang Negara dihabiskan untuk kemewahan pemimpin dan projek mega yang tidak bermanfaat yang akhirnya Negara ini akan hancur dan musnah. Perkara ini dibimbangi akan berlaku pada Negara kita jika terus suka ditipu. Oleh itu sedarlah kita daripada mimpi kerana amukan kenaikan harga barang sedang berlaku setiap hari.Sedar sebelum semuanya tergadai, bangkit sebelum kita semakin tersepit. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

http://ekhutbah.wordpress.com/khutbah-terkini/

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Gadis UIA jurusan Usulludin mengaku imam mahadi mati ditembak?

Posted: 13 Feb 2014 07:51 PM PST


Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini semalam bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah 'Imam Mahadi'.

Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh 'Imam Mahadi' kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.

"Saya benar-benar percaya beliau adalah 'Imam Mahadi' dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia," jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kira-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012.


Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.

Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog 'Abu Bakar' yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.

Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog 'Arif Effendi' dan kemudiannya dalam 'Jaya Negara'.


Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.

Katanya dia berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.

"Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.

"Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak," katanya.


Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.

Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Wanita mengamuk selepas kekasih enggan lakukan sex

Posted: 13 Feb 2014 06:03 PM PST

PRENOVOST


GLENDALE, Arizona - Seorang wanita, Ashley Marie Prenovost mengamuk selepas kekasihnya enggan berasmara dengannya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Prenovost yang berusia 24 tahun itu menumbuk dinding dan cermin selepas kekasihnya enggan menjalin hubungan seks dengannya.
Dia juga dituduh membawa anak perempuannya yang berusia empat bulan keluar dari rumahnya di sini dan menjerit-jerit dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Polis Glendale berkata, ketika tiba di tempat kejadian, wanita itu kelihatan berbogel dan tubuhnya berlumuran darah.
Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan mabuk.
Prenovost ditangkap di sebuah kedai pakaian dan didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dan menyerang seorang budak di bawah umur. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2tG1koY6o 

TGNA terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahi

Posted: 13 Feb 2014 04:40 PM PST


  • Nik Aziz terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahifoto ihsan FB Zahiruddin Zabidi
 1 / 1 
SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

"Hajat kami bagi hadiah al-Quran dan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar serta serahkan cek royalti bernilai belasan ribu ringgit (tiga bulan sebelumnya puluhan ribu).

"Kemudian segera beliau minta serahkan kepada Maahad Darul Anwar yang ditadbir oleh anak-anak beliau. Subhana-ALLAH," katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Berkongsi keadaan Nik Aziz yang terkini, beliau akui Musryidul Am Pas itu semakin uzur namun tidak berkompromi dalam menunaikan solat berjemaah.

"Beliau uzur sangat namun solat jemaah tidak di kompromi," katanya.

Beberapa pengisian menarik dalam buku tersebut ialah Izinkan Aku Berbicara, Bicara Ini Demi DIA, Bicara, Ini Demi Nurani, Bicara Ini Demi Akhlak, Bicara Ini Demi Anak Kita, Bicara Ini Demi Hari Pengadilan dan Andai Mampu Lagi Aku Bicara.

Buku ini sudah diterbitkan sejak 31 Mac tahun lalu.-  SH  14/2/2014

EDISI MLM JUMAAT - Untuk suami-suami yang teringin nak menikah 2 di Thailand . . . ini caranya

Posted: 13 Feb 2014 04:34 AM PST

Mudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniMudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniBERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.
Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.
Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.
Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.
Namun, ramai yang tidak sedar betapa senangnya untuk menguruskan perkahwinan di Negara jiran itu.
Gambar hiasan.Gambar hiasan.Siasatan Malaysian Digest mendapati terdapat lebih 10 laman web yang menawarkan khidmat pengurusan berkahwin di selatan Thailand dan syarikat-syarikat ini aktif beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.
Antara pakej yang diiklankan di laman sesawang mereka dinamakan sebagai 'Urusan Khidmat Pernikahan', 'Nikah Siam', 'Kahwin Lari' dan'Pakej Poligami dengan menggunakan Kadi Wali Hakim Di Thailand'.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan syarikat-syarikat ini, penulis bersama teman sekerja lelaki yang berlakon sebagai pasangan yang mahu berkahwin, cuba menelefon beberapa nombor yang tertera di Internet. Apabila dihubungi, kebanyakan laman web yang menawarkan pakej berkahwin di Thailand itu mendakwa operasi mereka adalah sah.
Namun tidak ada satu pun laman web yang mendedahkan nombor pendaftaran syarikat mereka. Kredibiliti mereka hanya disahkan melalui slogan 'Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia' yang dipaparkan di muka web mereka.
Malah ada juga yang mempromosikan khidmat mereka menerusi laman sosial Facebook tanpa berselindung.
Pakej Murah
Sebanyak lima laman web cuba dihubungi penulis. Penulis terpaksa menunggu agak lama untuk panggilan penulis dijawab 'pegawai' syarikat-syarikat tersebut. Setelah membuat cubaan berkali-kali, hanya satu panggilan sahaja yang mendapat respon.
Panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Ridwan. Dengan bersahaja, beliau menerangkan segala prosedur dalam pakej tawarannya tanpa teragak agak dan dalam nada yang bersemangat. Beliau kedengaran seperti seorang yang amat berpengalaman dalam pengurusan khidmat ini.
Malah katanya harga yang ditawarkan beliau amat rendah berbanding dengan agen nikah lain. Malahan beliau cuba meyakinkan penulis bahawa perkhidmatan yang disediakannya adalah serba lengkap sehingga syarikatnya mendapat surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia. Reputasi yang diraih ini digunakan sebagai justifikasi populariti syarikatnya di kalangan pasangan Malaysia.
"Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran boleh dibuat pada hari akad nikah.
"Anda cuma perlu bayar RM1,700 apabila tiba di Bukit Kayu Hitam, Kedah (bandar di sempadan Malaysia-Thailand). Bila encik sampai disana kami akan uruskan semuanya, termasuk hal-hal visa dan dokumen lain," jelasnya kepada penulis dan 'pasangan'.
Ditanya mengenai mengapa kami perlu berkumpul di Kedah, Ridwan memberi jawapan ini adalah kerana ramai pelanggannya dari seluruh Malaysia yang memang menggunakan Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi untuk berkumpul.
"Semalam ada tiga pasangan dan bilangan ini akan meningkat apabila tiba hujung minggu nanti," katanya dengan penuh yakin.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.Salah satu laman web yang menyediakan khidmat pakej perkahwinan di Thailand.
Tidak berakhir disitu, penulis membuat panggilan seterusnya dengan harapan dapat menyelongkar isu ini dengan lebih lanjut lagi. Kali ini penulis menghubungi laman web yang berbeza.
Pada mulanya, penulis gagal untuk mendapat sebarang jawapan daripada agen tersebut sebaliknya telah menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (SMS). Si agen memberitahu yang beliau berada di dalam sebuah seminar dan memohon maklum balas melalui SMS sahaja.
Tanpa membuang masa penulis terus menyatakan hasrat untuk menggunakan pakej yang ditawarkan oleh 'syarikat' tersebut dan berhasrat untuk bercakap secara langsung dengan agen tersebut.
Apa yang berlaku selepas itu amat mengejutkan. Agen tersebut rupa-rupanya adalah individu yang sama dihubungi sebelum ini. Setelah diteliti,individu ini menggunakan modus operandi menggunakan laman sesawang yang berbeza untuk mengiklankan pakej perkahwinan yang sama.
Dengan menggunakan gelaran yang sama, Ridwan pada awalnya teragak-agak untuk menjawab pertanyaan penulis. Di saat ini, beliau sudah mula mengesyaki sesuatu yang agak janggal, mungkin kerana beliau mengenali nombor telefon penulis.
Namun setelah dijelasnya niat untuk menyertai pakej yang ditawarkan, beliau terus rancak bercerita mengenai pakej syarikatnya.
Pakej kali ini merangkumi pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, paspot, penginapan hotel dan penyediaan makan dan minum sehingga ke lokasi di Narathiwat, Songkhla.
Jelasnya, dari Songkhla, pasangan akan dibawa untuk berkahwin di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau di Majlis Agama Islam Phatthalung, Thailand. Ridwan berkata, kedua-dua majlis agama ini diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lebih menarik, Ridwan turut berkata sijil nikah yang dikeluarkan oleh MAIS akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla.
"Konsulat Malaysia di Songkla adalah satu-satunya konsulat di Selatan Thai. Konsulat inilah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kahwin lari dan bernikah di Siam," jelasnya.
Rakan Kongsi
Jika ada jodoh tidak ke mana.Jika ada jodoh tidak ke mana.Setelah ditanya dengan lebih mendalam, Ridwan mula kedengaran seperti tidak mahu meneruskan perbualan. Beliau seterusnya mempelawa penulis untuk berkunjung ke pejabatnya yang terletak di Subang bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Beliau juga menyatakan segala maklumat boleh didapati di laman sesawangnya.
Menurutnya, selepas semua persetujuan dilakukan, pasangan yang ingin berkahwin di Thailand dikehendaki untuk bergerak ke Bukit Kayu Hitam tanpa membawa mana-mana individu atau pihak lain untuk menemani mereka.
"Pasangan boleh pergi menggunakan bas terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun memandu sendiri ke sana kerana kemudahan untuk memakir kereta memang terdapat di situ.
"Namun, pasangan yang terlibat akan diuruskan oleh individu lain di sana dan namanya Salleh. Saya tidak akan ke sana," katanya yang mendakwa segala masalah di sana akan dapat diselesaikan 'Salleh'.
Tambahnya, segala persiapan dan urusan di sana akan diatur dan dikendalikan oleh Salleh termasuklah membawa pasangan yang ingin berkahwin ke MAIS.
Khidmat untuk semua
Setelah difikirkan, penulis cuba meletakkan diri sebagai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendirikan rumahtangga di sini. Mungkin pasangan yang terlibat terpaksa berkahwin di Thailand ekoran tentangan daripada ahli keluarga dan pakej sebegini adalah jawapan terbaik buat mereka dalam mencari jalan penyelesaian.
Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah pakej perkahwinan yang ditawarkan untuk pasangan yang masih menuntut.
Menurut laman web Ridwan, Thailand ialah lokasi untuk menjalankan nikah gantung atau nikah khitbah bagi pasangan pelajar. Kebanyakan pasangan begini adalah mereka yang sudah bercinta lama tetapi mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin.
Pasangan juga dinasihatkan untuk membawa video kamera untuk merakamkan akad nikah mereka di Thailand. Video yang terhasil boleh ditunjukkan kepada hakim mahkamah syariah semasa pengesahan nikah di Malaysia kelak.
Penulis cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tentang kesahihan pakej-pakej perkahwinan di Thailand ini namun tidak ada pegawai yang membalas panggilan penulis.
Namun, menurut JAKIM, hukum nikah di luar negara adalah sah dengan syarat pernikahan itu mengikut rukun nikah dan melebihi dua marhalah (89km)
Malah ianya juga sah sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim -. MD

Pelobi Swiss mahu 'RM56j aset Taib' dibeku

Posted: 13 Feb 2014 01:00 AM PST


Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Ia berkata AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.

Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.


"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.

Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.

Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor. - malaysiakini