Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Kenapa Melayu Terhegeh-Hegeh (Artikel Ridhuan Tee Abdullah)

Posted: 12 Feb 2014 05:00 AM PST


MENGIKUT sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh.

Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.

Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan.

Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa
tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri.

Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan.

Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu 'berbunuhan' sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan.  Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa.

Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa.

Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku?

Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi.

Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang.

Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina.

Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi?

Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut.

Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai pakaian India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati.

Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa.


Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi?

Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya.

Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain.

Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka.

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


KASSIM AHMAD : SUATU PENILAIAN

Posted: 12 Feb 2014 03:25 PM PST


KASSIM AHMAD : SUATU PENILAIAN
15 - 16 Februari 2014
Perdana Leadership Foundation
No.1, Jalan P8H, Presint 8, Putrajaya

Perasmian Oleh Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad

15/2/2014 (Sabtu)
8.00 AM Ketibaan & pendaftaran para jemputan dan para peserta
8.45 AM Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad
9.00 AM Ucapan oleh Pengerusi Majlis
9.10 AM Perasmian oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad
10.30 AM Jamuan Teh
10.45 AM Kertas kerja ' Kassim dan Sastera' (Dr Zakaria Ali)
11.15 AM Kertas Kerja ' Kassim dan Politik' (Dr Chandra Muzaffar)
11.45 AM Kertas Kerja ' Kassim, Agama dan Falsafah' (Dr M. Syafii Anwar)
12.15 PM Diskusi Terbuka
1.00 PM Makan Tengahari/Solat Zuhur
2.00 PM Bengkel I - Sastera (Pengerusi : Dato Baha Zain)
Bengkel II – Politik ( Pengerusi : Prof Halim Ali)
Bengkel III- Agama dan Falsafah (Pengerusi: Nik Abdul Aziz Nik Hassan)
4.00 PM Jamuan The dan Majlis Deklamasi Sajak-sajak Kassim (Pengelola : Prof Dr Rahman Shaari)
5.00 PM – Tamat Hari Pertama

16/2/2014 (AHAD)
9.00 AM Pembentangan kertas kerja 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' ((Dr) Kasim Ahmad )
9.45 AM Jamuan Teh
10.00 AM Ulasan oleh YM Raja Ahmad Aminullah
10.20 AM Ulasan oleh YB Nurul Izzah Anwar
10.40 AM Ulasan oleh Astora Jabat
11.00 AM Diskusi Terbuka
1.00 PM Makan Tengahari/Solat Zuhur
2.00 PM Pandangan dari Mr. Michael Bilington
2.20 PM Respon Kassim Ahmad
2.50 PM Pembentangan Kesimpulan Bengkel
3.20 PM Rumusan Pemikiran (Dr) Kassim Ahmad
 
Biografi Ringkas Kassim Ahmad
Kassim Ahmad, terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik malah sebagai ahli pemikir, sasterawan dan penulis yang terkenal di Malaysia, Lahir di sebuah kampung pedalaman di Kedah, beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura pada tahun 50-an dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies di Universiti London pada 1962-1966.

Penglibatannya dalam politik menyaksikan beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun (1966 – 1984) sehingga beliau mengambil keputusan untuk berundur.

Kassim banyak menulis pelbagai artikel dan buku. Satu karya beliau yang mencetuskan kontroversi ialah 'Hadis- Satu Penilaian Semula'. Memoir 'Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialisme kepada Islam' dan 'Islamic Renaissanc' adalah antara buku-buku terbaharu beliau.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JENAKA SI THERESA COCK

Posted: 12 Feb 2014 10:19 PM PST

SIAPA TAMPAR THERESA COCK? JENAKA?
JENAKA THERESA COCK
Bagi orang Cina sambutan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Apabila saya menonton video Chinese New Year Theresa Cock, saya melihat Theresa Cock berjenaka sahaja kononnya Tahun Kuda 2014 tidak bagus kerana semua barang naik, hina negara Malaysia paling tidak selamat, lakonan filem pertandingan tembak-menembak di Sabah, rakyat Johor ketakutan kononnya perompak berkeliaran dan ramai rakyat Malaysia bodoh disebabkan kerana pendidikan yang tidak berkualiti. Saya ingatkan semuanya itu jenaka sahaja, tapi dah jadi seperti cerita dalam "Drunken Monkey". 

Jenaka jadi parah apabila banyak respon masyarakat dan NGO marah dan membuat report polis. Theresa Cock pun jadi tidak keruan buat report polis. Kenapa jenaka perlu buat report polis? Theresa Cock perlu tonton filem "Labu dan Labi" dalam cerita P. Ramlee.

Saya melihat mereka membuat demo dan memijak-mijak gambar Teresa Cock dan melumurkan darah ayam di atas wajah Teresa Cock samalah seperti filem "Labu dan Labi" itu. Saya jadi terkedu, mengapa Theresa Cock marah, ianya hanya jenaka sahaja.

Teresa Cock membuat explainationbahawa apa yang diprovokasinya itu hanyalah sebagai jenaka sahaja. Samalah dengan filem "Labu dan Labi". Saya pun berfikir semula, kalau kelakar, kelakar lah. Kenapa perlu serius?
THERESA COCK'S AND THE HEAD DICK? JENAKA?
So, apabila orang ramai dan NGO buat lagi kelakar dengan meletak kemaluan lelaki (Big Cock) di atas kepala Teresa Cock, melumur darah ayam ke atas gambar Teresa Cock, memijak-mijak gambar Teresa Cock, menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Cock, saya fikir itu pun jenaka juga. Benda ni memang kelakar.

Kalau Theresa Cock kata video CNY tu satu jenaka, tindakan orang dan NGO pun jenaka juga. Tak nampak pun "Cock" atas kepala Theresa Cock semasa buat report Polis? Kalau ada, sudah tentu Polis Wanita lari bertempiaran!
Kau orang memang suka buat kelakar rasis lah. Bila orang lain buat kelakar kat engkau, marah pula. Kau orang memang pandai baling batu sembunyi tangan!

Ooops, terlupa pulak saya, nama Teresa Cock pun jenaka juga tau…
Maybe Teresa Cock sendiri tidak faham, bukankah pepatah orang Cina ada berkata, 'Bunuhlah seekor ayam untuk menakuti seribu ekor kera"! So, bunuh ayam dan lumur darah ayam atas kepala Cock Teresa pun jenaka juga lah, kenapa Teresa Cock menggigil dan buat report polis.

Apabila Teresa Cock membuat report polis, saya berfikir secara rasional, adakah membuat report polis itu satu jenaka taraf dunia? Persoalannya, Teresa Cock tidak percaya kepada Polis? Ini lagi jenaka! Kamu tidak percaya kepada Polis tapi kamu membuat laporan kepada Polis…Bukankah itu satu jenaka?
PIJAK DENGAN DARAH AYAM KEPALA THERESA COCK'C. JENAKA?
Sekarang baru Teresa Cock terfikir batas-batas jenaka. Kalau ikut pepatah melayu, sudah terhantuk baru terngadah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nak kata Theresa Cock bodoh, dia pandai. Jadi Ahli Parlimen. Agaknya dia jadi Ahli Parlimen orang Cina sahaja. Sebab tu dia tak paham prinsip bernegara di Malaysia.

Jangan sampai nanti jadi seperti Salman Rushdie yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Isteri Rasulullah SAW. Ulama dan Imam Khomeini mengeluarkan fatwa Salman Rushdie mesti dibunuh kerana menghina Islam dan orang Islam. Adakah Teresa Cock melihat ini juga suatu jenaka? Salman Rushdie bersembunyi kerana takut dibunuh, adakah bersembunyi berpuluh-puluh tahun juga satu jenaka!

Apa sudah jadi kepada negara kita ini? Semuanya sudah menjadi bahan jenaka. Agama dijenakakan, keselamatan negara dijenakakan, apakah kita patut terus berjenaka lagi? Apa jenis Ahli Parlimen seperti ini meletak kepentingan diri lebih penting daripada kepentingan negara?
HADIAH TAMPAR THERESA COCK'C MENCECAH RM50,000! JENAKA?
Anyway, sorry to say saya terlupa wanita Cina tidak kahwin dalam umur mencecah 50 tahun adakah satu jenaka? Macamana dia nak lempiaskan nafsunya? Patutlah bernama Cock, patutlah ada orang letak Big Cock atas kepala dia! Opps jangan marah semua ini jenaka saja.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dengan tentangan, jangan jenaka sebarangan.

DEBAT ORANG KRISTIAN vs ORANG PAS MEMALUKAN, KURANG CERDIK ATAU KURANG ILMU?

Posted: 12 Feb 2014 06:44 PM PST


Sumber: Harakah.
Anda nilai sendiri...








SABAH NAK HILANG, LAHAD DATU DIKENANG...

Posted: 12 Feb 2014 04:16 PM PST


Setahun sudah berlalu. Insiden Lahad Datu mengungkap pelbagai rahsia dan misteri, dalang dan konspirasi pihak-pihak tertentu yang ingin mencetuskan keadaan huru-hara bagi melemahkan kerajaan sedia ada. Semuanya kerana kemarukkan kuasa dan pangkat, manusia hilang kewarasan hingga tergamak menjadi pengkhianat kepada negaranya sendiri.

Pihak yang sama mendakwa tragedi berdarah ini adalah sandiwara kerajaan untuk meraih sokongan rakyat. 

Pihak yang sama mengatakan semua pejuang syahid yang gugur di medan Lahad Datu adalah mati katak. 

Pihak yang sama sebelum itu menentang habis-habisan AKTA SOSMA 2012 setelah ISA dimansuhkan.



Pihak yang sama menghantar delegasi rahsia ke Manila, Filipina bertemu pemimpin pengganas MNLF dan dan berjanji akan menyerahkan bumi Sabah kepada pengganas Kiram asalkan kerajaan dapat ditumbangkan.

Pihak yang sama juga syok mendendangkan lagu "Sabah Nak Hilang" berkali-kali dalam kempen politiknya seolah-olah sudah tahu akan ada pencerobohan pengganas dan perampasan bumi Sabah.

Pihak yang sama mengutuk pembelian dan permodenan senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tohmah.


Pihak yang sama mengutuk pihak polis menjadi "anjing kerajaan" dan mendesak anggota keselamatan seperti polis dikurangkan kerana banyak membuat kerja-kerja siasatan dan perisikan.

Pihak yang sama juga ketika insiden Lahad Datu lari ke luar daerah bersembunyi di hotel-hotel mewah dan senyap seribu bahasa, namun hanya berani bersuara di laman sosial mengkritik usaha kerajaan memerangi pengganas.    

Kini dalang pencerobohan dan pengkhianat negara masih lagi bebas bergentayangan menimbulkan huru-hara seluruh negara kerana mengejar cita-citanya yang tak pernah padam.

Biarpun menipu sana sini, dalih ke sana ke mari namun dalang tersebut masih lagi dipuja-puji oleh puak-puaknya yang buta hati dan buta mata.

Semuanya sudah dirancang begitu rapi oleh puak-puak perosak ini. Namun sehebat-hebat mereka merancang kejahatan, ada lagi manusia yang hebat mengetahui segala rancangan jahat dan menggagalkan kejahatan tersebut. Sesungguhnya setiap yang jahat takkan berkat. 


Mungkin ini ujian Allah ke atas kita agar kita terus berjihad menentang Dajjal-Dajjal kecil sebelum tibanya Dajjal Besar...Hanya Allah jua yang tahu bila akan tiba balasan ke atas dalang@pengkhianat itu.

Al Fatihah untuk pejuang-pejuang kita yang gugur di medan Lahad datu setahun lalu. Amin


PEMIMPIN PELAJAR UNISEL MENGADU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT JANJI OMONG KOSONG SAHAJA

Posted: 12 Feb 2014 05:56 AM PST

Sejak kepimpinan Selangor beralih kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pelbagai rancangan dirangka untuk menambah baik institusi di bawah kerajaan negeri. Penambahbaikan dilakukan supaya selari dengan hasrat kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Salah satu institusi yang paling menjadi perhatian rakyat Selangor adalah Universiti Selangor bertempat di Shah Alam dan Bestari Jaya.

            
(A) PELBAGAI MASALAH DI UNISEL MEMENINGKAN
Enam tahun berlalu namun prestasi UNISEL dilihat belum mencapai tahap yang membanggakan. Pelbagai masalah yang timbul terutamanya melibatkan kebajikan mahasiswa UNISEL. Kemudahan asrama yang sepatutnya dinikmati oleh mahasiswa tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah kontraktor. Akibatnya pentadbiran UNISEL terpaksa menyewa kediaman di luar sebagai asrama. Masalah ini hanya menyusahkan pelajar dan membuang masa mereka yang terpaksa berulang-alik antara fakulti dan asrama.
            
(B) UNISEL MEMINGGIRKAN PELAJAR
Yang lebih menyedihkan adalah pentadbiran UNISEL kurang berkomunikasi dengan perwakilan pelajar. Banyak maklumat tidak didedahkan dan keputusan yang dibuat tidak dibawa berbincang dengan mahasiswa terlebih dahulu. Tindakan peminggiran ini adalah usaha menafikan suara mahasiswa dan menganggap bahawa mahasiswa hanya belajar di kelas dan tidak mampu untuk berfikir dan mengurus aktiviti sendiri.
            
(C) JANJI PAKATAN RAKYAT OMONG KOSONG
Perkara ini sangat bertentangan dengan janji Pakatan Rakyat yang mahu universiti diberi kuasa autonomi dan mahasiswa diberi kebebasan mengurus aktiviti sendiri daripada terus dikongkong oleh pentadbiran universiti. Kerajaan Selangor perlu menunjukkan UNISEL sebagai model IPT yang terbaik untuk meyakinkan mahasiswa Kerajaan Selangor kali ini betul-betul meraikan anak muda.
            
(D) KEISTIMEWAAN HANYA KEPADA GOLONGAN TERTENTU SAHAJA
Oleh itu, sempena Pilihanraya Kampus Unisel yang akan diadakan pada 11 Febuari ini, PKPIM menggesa pemilihan ini dilakukan dengan semangat meraikan kebebasan bersuara dan berfikir serta menghayati amalan syura baik di peringkat mahasiswa dengan pentadbiran universiti atau antara mahasiswa sendiri. Semua kelompok perlulah diraikan dan bukan memberi keistimewaan kepada golongan tertentu sahaja.
            
Kami juga meminta exco pendidikan negeri, Dr Halimah Ali untuk melibatkan semua kelompok mahasiswa dalam perancangan membina model mahasiswa yang terbaik daripada UNISEL. Ini supaya mahasiswa UNISEL menjadi ikutan dan harapan kepada mahasiswa lain di seluruh Malaysia. Kami juga mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh mahasiswa UNISEL dalam PRK kali ini. Hidup Biar Berjasa!

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Naib Presiden PKPIM 

ANWAR SEMAKIN KESEORANGAN WALAUPUN MERAYU PENYOKONGNYA DATANG

Posted: 12 Feb 2014 04:28 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai pemimpin bertaraf dunia menghadiri perbicaraan Kes Liwat II tanpa sokongan seperti kes beliau sebelum ini, lapor bnbbc.my
Ketua Pembangkang itu tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.15 pagi ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Tidak ada kelibat penyokong-penyokong beliau malah anaknya Nurul Izzah, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan lain-lain pemimpin utama pembangkang juga tiada.
Ketiadaan penyokong -penyokong tegas Anwar mungkin mnunjukkan mereka sudah bosan dengan kes membabitkan Anwar ataupun membayangkan beliau semakin hilang pengaruh dalam parti mahupuan dalam Pakatan Rakyat.
Portal itu juga turut menyiarkan luahan Anwar di twitter berkaitan dengan isunya di mahkamah.
"Sementara itu Anwar yang mungkin resah dan tidak lena tidur sepanjang malam tadi dilihat "meluahkan perasaan" melalui akaun Twitternya.
"Seolah tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya mengetepikan Shafee Anwar membuat tiga komen mengenai peguam kanan itu di laman Twitternya.
"Antara lain Anwar menuduh Shafee mempunyai kepentingan kerana beliau antara individu yang hadir ketika Saiful bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mendakwa Shafee adalah penasihat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dipecat pada 1998, yang juga antara lain berkaitan kes liwat.
"Selain itu, Anwar juga melalui siri posting Twitternya antara tengah malam sehingga awal pagi Rabu turut meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK), menantunya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim serta beberapa pihak lain agar hadir beramai-ramai di Mahkamah Rayuan pagi ini bagi memberi sokongan moral terhadap beliau,"lapornya.
Shafee dalam kenyataannya kepada media semalam berkata beliau lebih mengenali Anwar berbanding tokoh lain.
"Bahkan saya lebih mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Najib, Abdullah Badawi.
"Saya mengenali Anwar daripada tingkatan enam," katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela, R. Sivarasa Rasiah yang mendakwa Shafee pernah menjadi penasihat undang-undang ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Barisan Nasional.
Shafee bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali.
"Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes Umno, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah…Saya tiada kepentingan Umno, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.
"Saya sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan macam mana yang mereka katakan," katanya.
Kata-kata Shafee itu turut disebarkan oleh Tun Faisal di twitternya dengan menulis
"Bila tak sokong dia, tiba-tiba @anwaribrahim kata Shafee peguam UMNO.."

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Drama kesian Juburi, Mahkamah Rayuan takde bicara dan saksi?

Posted: 12 Feb 2014 06:30 PM PST


MI siarkan laporan Anwar kata mahkamah rayuan tolak permohonan untuk membawa saksi di SINI. Barang siapa terjumpa penyoong Anwar menggunakan hujah ini, panteqkan saja atau panggil saja bahalol!!!

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil pegawai penyiasat menjadi saksi dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Aziah Ali yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Anwar gagal memenuhi permintaan mengikut undang-undang untuk memanggil saksi.

Peguam, Karpal Singh kemudian memohon mahkamah menangguhkan kes rayuan liwat Anwar berikutan ketua pembangkang itu berniat membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Baca sepenuh laporan MI SINI.

Sebabnya senang saja .... Mahkamah Rayuan bukan tempat untuk bicara dan bawa fakta undang-undang baru tapi hanya mengenai "point of law". 

Laporan ini hanya bertujuan untuk mendapat simpati penyokong yang ada dan baru seolah-olah Anwar adalah "MANGSA SISTEM KEHAKIMAN YANG TUDAK ADIL".

Kalau dia mangsa, mahkamah tak akan layan da lambat-lambatkan mahkamah.

Sebelum ini, Anwar membina permainan persepsi mahkamah tidak berlaku adil bila membolehkan Tan Sri Shafee Abdullah meneruskan peranan sebagai Pendakwa. Baca SINI.

Bahalol PKR pasti tak baca dan faham bahawa hujah memohon menolak Shafee adalah berdasarkan kenyataan seorang bekas pegawai tinggi polis yang kuat menipu.

Kenyataannya bukan SD atau kenyataan dalam mahkamah... tak ada nilai di peringkat mahkamah rayuan atau persekutuan.




Nurul makeover di mukadepan majallah Nona

Posted: 12 Feb 2014 04:00 PM PST


Majallah Nona menggunakan gamar Nurul Izzah yang sudah buat makeover. Malah di masa harian oun mata dia bukan lagi bulat tapi ada alis mata.

Tak lagi seperti mata asalnya yang bulan tergantung.

Entahlah apa perlu lagi makeover jika dah ada yang nak masuk...



Cik Abang takut nak masuk meminang ke Nurul?

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PANDANGAN IKHLAS SUBKY LATIF MENGAPA BELIAU TIDAK MAU BERBALAH DENGAN DSAI .

Posted: 12 Feb 2014 08:37 AM PST


Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu.

Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?

Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita.

Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri.

Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah Pas pernah pujuk Khalid keluar PKR?

Posted: 12 Feb 2014 09:29 PM PST


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa pernah dipujuk oleh beberapa pemimpin Pas untuk menyertai parti itu sekali gus keluar daripada parti yang diwakilinya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut sumber, perkara itu dikatakan pernah dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara pemimpin tertinggi Pas dengan Abdul Khalid sebelum ini susulan daripada kemelut dalaman PKR Selangor termasuk perebutan jawatan Menteri Besar.

"Memang ada pertemuan itu sebelum ini yang membincangkan kedudukan Abdul Khalid di Selangor ekoran daripada masalah politik yang dihadapi dalam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak memberikan sebarang persetujuan mengenai perkara itu kerana dikatakan tidak mahu dianggap sebagai 'mengejar jawatan Menteri Besar' sekiranya bertindak keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Pas mahupun wakil rakyat bebas," kata sumber itu di sini baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan tidak menyatakan tarikh sebenar dan lokasi pertemuan tersebut diadakan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai pergolakan PKR di Selangor ekoran tindakan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali mengkritik pentadbiran Abdul Khalid membabitkan isu-isu tertentu termasuk pemecatan 23 kakitangan PKNS Holdings Berhad (PNHB) pada 4 Februari lalu.

Malah Azmin juga dilaporkan pada 7 Februari lalu secara terbuka mengecam tindakan pemecatan kakitangan PHSB itu selain mendakwa Abdul Khalid menggunakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.


Selain kritikan serta kecaman terhadap pentadbirannya, Abdul Khalid turut dikaitkan dengan desakan kuat daripada PKR sendiri yang mahu beliau berundur dan jawatan Menteri Besar digantikan dengan individu lain daripada kalangan pemimpin PKR.

Berdasarkan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid pada 5 Februari lalu, Ahli Parlimen Kuala Langat itu sendiri mengakui PKR telah menetapkan pendirian supaya Abdul Khalid perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan pemimpin lain dalam kalangan parti berkenaan.

Menurut Abdullah Sani, pendirian itu adalah satu keputusan yang telah diperakui oleh semua kepimpinan PKR sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam satu laporan akhbar pada 8 Februari lalu membayangkan Abdul Khalid akan mengambil alih jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Penasihat PKR itu menjadi Menteri Besar negeri ini.

Anwar dilaporkan membuat kenyataan sedemikian menerusi temuramah dengan saluran televisyen Australia, Newsline pada Khamis lalu yang mana Ketua Pembangkang itu turut menyatakan perkara tersebut sedang dibincangkan dengan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kenyataan Anwar itu dilihat mendapat reaksi 'kurang selesa' Pas Selangor apabila Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu laporan sebuah portal berita, mstar.com.my hari ini mengingatkan PKR supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac depan.

Menurut Khairuddin, pihaknya menyifatkan PRK DUN Kajang dan jawatan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kaitan langsung selain meminta PKR tidak membangkitkan perkara itu di saat Pas telah menggerakkan jentera membantu PKR di DUN berkenaan.

Suara Politik
Belantan

Nampaknya Anwar gagal sekali lagi?

Posted: 12 Feb 2014 01:36 AM PST



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat akan diteruskan di Mahkamah Rayuan esok setelah beliau gagal dalam usaha terakhirnya untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Rayuan tersebut dijadualkan didengar selama dua hari sehingga Khamis ini setelah Mahkamah Persekutuan hari ini buat kali kedua menolak rayuan Anwar berhubung pelantikan Muhammad Shafee itu.

Bagaimanapun, sebelum rayuan pihak pendakwaan didengar, Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan tersebut akan berdepan permohonan terbaharu Anwar untuk mendapatkan kebenaran memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes itu, Supritendan Jude Blacious Pereira memberi keterangan.

Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.

Pada prosiding hari ini, panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak rayuan Anwar selepas mendapati segala dakwaan salah laku yang dikatakan dilakukan oleh Muhammad Shafee seperti dalam akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tidak boleh dibuktikan.


Ujar beliau, persoalan utama yang perlu dibuktikan ialah sama ada terdapat prima facie atau kesahihan terhadap dakwaan salah laku yang kononnya dilakukan oleh peguam senior itu.

"Kami mendapati bahawa SD tersebut merupakan keterangan yang dibuat di luar mahkamah dan kami tidak boleh menerima isi kandungan akuan tersebut.

"Tanpa akuan bersumpah itu, lain-lain dakwaan terhadap Muhammad Shafee boleh dipertikaikan.

"Selain itu, tiada sebarang bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan-dakwaan tersebut. Oleh itu, rayuan perayu (Anwar) ditolak," kata Hakim Zulkefli.

Yang turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Seri Zaleha Zahari serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.


Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Percubaan kali kedua Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee dibuat setelah beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan itu yang bersandarkan kepada SD Mat Zain yang kemudiannya diputuskan sebagai keterangan dengar cakap (hearsay).

Sebelum itu, cubaan kali pertamanya untuk menyingkirkan Muhammad Shafee ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Suara Politik
Belantan

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Subahanallah,Kejadian Air Laut Surut Selama 3 Hari Berlaku Di Indonesia

Posted: 12 Feb 2014 03:00 PM PST

PENDUDUK panik dengan fenomena pelik ini.
JAKARTA - Air laut di sepanjang perairan utara Banten semenjak hari Selasa (4-2-2014) hingga hari Jumaat (7-2-2014) tiba-tiba surut selam 3 hari berturut-turut hingga mencapai sejauh satu kilometer jauhnya.

Penduduk setempat, Tio Salim, mengatakan fenomena aneh ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Apa yang pelik katanya lagi, di tengah-tengah laut muncul pulau seperti jalan berliku yang menghubungkan antara wilayah Karang Antu dengan pulau-pulau
kecil di perairan tersebut.

Fenomena ini membuat penduduk setempat kebingungan sekaligus takut kerana khuatir fenomena tersebut petanda kemunculan tsunami. Sehingga kini, belum diketahui lagi kenapa fenomena surutnya air laut itu boleh terjadi. Pehak berwajib (BMKG) dikatakan telah memeriksa lokasi untuk melihat keadaan dan melakukan pemantauan.

Akhirnya keanehan itu terjawab
FENOMENA  air laut surut secara tiba-tiba di Pantai Karangantu, utara Banten yang terjadi selama 3 hari disebabkan daya tarikkan bulan dan matahari.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul dari laman web Meteorologi (BMKG) di Jakarta pada Sabtu lalu, fenomena tersebut terjadi akibat kedudukan bulan dan matahari terhadap bumi.

Biasanya fenomena air laut surut boleh terjadi akibat beberapa kemungkinan seperti gempa bumi kuat yang mengakibatkan dasar laut bergerak naik di sebabkan lantai laut patah atau pecah. Fenomena air laut yang disebabkan patahan tersebut akan menimbulkan tsunami beberapa minit setelah gempa bumi berlaku.

Menurut sumber tiada sebarang pergerakkan gempa bumi di rekodkan setakat berita ini di tulis.


Subahanallah,Petir Yang Tak Pernah Berhenti Sejak Ribuan Tahun

Posted: 12 Feb 2014 09:08 AM PST





Tahukah anda ada satu kawasan yang unik di dunia ini yang mana di kawasan tersebut kejadian petir yang luar biasa terjadi.
Fenomena misteri itu adalah, berlakunya petir dan kilat sabung-menyabung yang sangat dahsyat dan bunyinya yang mengegarkan jantung sesiapa saja yang mendengar dan melihatnya. 

Fenomena inilah yang dinamakan 'Catatumbo Lightning'. Kejadian misteri ini berlaku setiap hari sejak ribuan tahun dahulu tanpa pernah berhenti sehingga sekarang.

INILAH satu fenomena keajaiban alam yang berlaku di bumi, yang masih menjadi misteri sejak ribuan tahun sehinggalah sekarang. Terletak di muara sungai Catatumbo berhampiran Tasik Maracaibo (Venezuela). 

Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.



KEJADIAN PETIR DAN GURUH ADA DI SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN:
Surah An Nur, Ayat 43:

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya;


 lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. 
Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah Ar Ra'd:

Adalah surah ke-13 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT.


Sejak ribuan tahun para pelaut telah menggunakan 'Catatumbo Lightning' sebagai arah panduan agar mereka tidak tersesat di lautan. Kerana 'Catatumbo Lightning' boleh dilihat dari jarak sehingga 400km atau 250 batu jauhnya. 

Walaupun saintis telah membuat banyak kajian dan teori mengenai fenomena misteri ini, tetapi apa yang menyebabkannya terjadi begitu masih tidak dapat di rungkai sehingga kini.
-alamcyber.blogspot.com

Tiga Perkara Yang Jangan Sesekali Tunjukkan Pada Isteri Anda

Posted: 12 Feb 2014 05:29 AM PST

Asalamualaikum dan salam bloger,entri kali ini hanyalah entry santai dan hanya sekadar mengajak korang melapangkan fikiran sekejab dari kesibukan kerja dan tangungjawab sebagai ketua rumahtangga,jadi jangan anggap serius sangat dengan apa yang akan aku perkatakan di bawah.

Ok berbalik pada tajuk diatas.- Perkara yang jangan sesekali ditunjukkan pada isteri anda;


1)Jangan tunjukkan wajah kemurungan didepannya walau bagaimana berserabut sekalipun kepala otak korang,sebabnya: Rasulullah s.a.w sentiasa tersenyum di hadapan keluarga baginda dan seboleh mungkin menyembunyikan segala masalah yang dihadapi.

Kerana Isteri anda bertangungjawab mengembirakan hati suami,bagaimana diaorang nak menggembirakan kita jika setiapkali balik kerja kita bermuka masam.bagaimana rumahtangga nak ceria

2)Jangan sesekali tunjukkan isi kandungan dompet anda kepadanya,kerana bila dia tahu isi dompet korang penuh ,biasanya dia punya permintaan akan lebih dari biasa(wakaka..) dan kalau dia tahu isi kandungan dompet korang ciput ini mungkin akan mengundang bala bencana yang lain.

Bencana pertama ,dia akan pot-pet pot- pet bersyarah kepada anda kerana kononnya kita suamilah yang berbelanja boros sehinggakan kering kontang isi dompet padahal dialah yang menghabiskan duit kita(yang ini kerap berlaku,wakaka..)

Bencana kedua jarang berlaku,dia mungkin akan lari meninggalkan anda kerana baginya anda sudah tidak mampu lagi menampung keperluan hidupnya(ini biasa berlaku kepada perempuan mata duitan)Biasalah perempuan jenis ini,ada duit abang sayang,tak ada duit abang melayang

3)Yang terakhir dan paling penting sekali,jangan sesekali tunjukkan no pin kad ATM anda,kalau dia dapat alamat kiamatlah dunia anda,hehe..



p/s: Orang perempuan dilarang baca N3 ini,kalau terbaca juga harap jangan terasa,bukan nak perli saja nak nasihat,wakaka..

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Posted: 12 Feb 2014 02:29 AM PST



Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari Malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. 

Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana.Pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni.Aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. 

Jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. 
kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani.

"ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.Ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh.

Kapal Columbus Muncul depan Mata
Dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju "weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. "mana taka ada apa2 pon" pintas ramzul. "ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. "apa yang kamu nampak" kata ku. "aku nmpak kapal" jawab bahtiar. 

"Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini" pintas ramzul lagi. " takk.. aku nampak kapal zaman portugis" yakin bahtiar lagi. "biar betul kamu ni bahtiar"? tanya ku dengan penuh kepastian.Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam.


Tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. "Ramzulll.. minorrr" jerit aku meminta ramzul teropong. Ramzul segera memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut.

Aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. 

Mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. Sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.

Kelibat dinasor
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. "apa yang terjadi kapten"? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri" kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. 

Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. " apa yang kita nak buat ni?" kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan "ahh kapal ni tak bergerak ni.. 

Kabus itu yang datang menghampiri" kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. "ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". Dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. 

Memohon Pertolongan Allah
Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. 

Selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja 'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "
diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. 

Pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. 

Lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi.

Yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…