Followers

Nuffnang

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Ketika Saudara-Saudara Kita DiBunuh Kejam ,Kita Masih Boleh BerYahanana Di sini

Posted: 11 Feb 2014 04:51 PM PST

Asalamualaikum dan salam bloger,
Kadang-kadang saya pelik dengan fenomena "yahanana" ni.seolah olah mereka hidup dalam dunia khayalan mereka sendiri.Berkumpul ramai-ramai sambil berkasidah dan berselawat kerana katanya ingin menyatakan cinta kepada Rasulullah.
Jika tersalah tegur mereka melenting,takkanlah berselawat pun salah kata mereka.
Adakah  jumlah pengunjung akan seramai ini juga jika majlis solat tahajut diadakan di tempat yang sama

Berselawat itu tidak salah,tapi adakah dengan berselawat itu boleh membantu saudara-saudara seislam kita yang sedang ditindas dan tertindas dengan kejam di seluruh dunia pada ketika ini.

Adakah hanya dengan berdoa dan berselawat kemudian balik kerumah masing-masing dengan urusan masing-masing mengharapkan Allah membantu saudara-saudara kita seluruh dunia.Kemudian minggu depan atau bulan depan hadir lagi beryahanana dengan habibnya.Adakah begitu kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Jika benar kita cinta Rasul,amalkan setakat mampu sunnah-sunnahnya dan laksanakan segala perintahnya.Beryahanana itu tidak salah tapi alangkah baiknya jika setiap program itu disertakan bersama dengan menceritakan tentang masaalah-masaalah ummat pada hari ini.Kemudiannya selepas program diadakan solat hajat untuk kesejahteraan saudara-saudara kita seluruh dunia.

"Orang beriman dengan orang beriman yang lain itu adalah seperti jasad yang satu. Sekiranya salah satu anggota mengalami kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam, merasa panas dan gusar." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).




Korban Homs, Syiria pada 9-2-2012.

Lagi rakyat Syria yang terkorban.




 
Disamping membaca sirah-sirah nabi selitkan juga video-video kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin,di syiria,afghanistan,di kemboja dan sebagainya.kemudian buat pungutan derma untuk membantu saudara-saudara kita ini.

Umat islam harus menjadi umat yang melihat kedepan bukannya umat yang hanya berbangga dengan kegemilangan masa lalu.

Jika benar kita bersaudara,apakah tindakan kita untuk membantu saudara-saudara kita yang dizalimi.

" Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk dari kalangan mereka". (Hadis riwayat Abu Daud) 

Pengajaran dari pengalaman.

Posted: 11 Feb 2014 10:51 AM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Beberapa tahun dahulu Dahlan menghadapi masalah besar dalam hidupnya. Kira dia dalam keadaan hampir terputus sumber pendapatan.

Dahlan cuba meminta bantuan di kalangan 13 rakan sekerjanya termasuk ketua pejabatnya. Bukannya banyak sekadar RM10 atau RM50. Namun jawapannya cukup menghampakan, sementara menantikan adanya sumber keewangan terkini. Dahlan juga menghadapi kerani penipu di tempat kerjanya. Cuma empat orang yang Dahlan kenang, cukup membantu. Dari mereka Dahlan beroleh sokongan moral dan juga kewangan.

Ketua pejabat beri hutang RM100 tetapi kena tanda tangan akuan berhutang. Tidak mengapalah Dahlan akur. Tidak sampai beberapa hari ketua pejabatnya datang menuntut. Dahlan bersyukur kepada Pencipta-Nya Allah SWT kerana dapat memenuhi kehendak ketua pejabatnya.

Akhirnya masalah kewangan Dahlan selesai dua bulan kemudian. Dahlan memperuntukkan sedikit dengan mengadakan jamuan kesyukuran. Semua rakan sepejabat Dahlan hadir dan menikmati jamuan yang disediakan siap dengan oleh-oleh mulut berupa seguni buah durian.

Dahlan bukan mengungkit tetapi peristiwa itu menyebar luaskan lagi keupayaannya untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya bermuhasabah diri keranaNya.
vmct7.

Tak Ada Duit,Lelakipun Boleh Menangis Tapi lelaki Ini Slamber Jer

Posted: 11 Feb 2014 08:55 AM PST

lelaki+hidup+tanpa+duitMark Boyle, lelaki berbangsa irish ini hidup Tanpa duit. Beliau tiada pendapatan, tiada duit di bank dan tiada perbelanjaan. Lelaki ini langsung tak rasa risau bila tak ada duit dalam poketnya.
Jauh berbeza dengan manusia lain, yang akan mula serabut bila poket mulai kering. Ya betul duit bukan syarat utama untuk bahagia, tapi dunia sekarang segalanya memerlukan duit. Kita akan mula gelisah bila akuan bank mulai surut, apatah lagi jika kita tidak ada kerja.

lelaki+hidup+tanpa+duit+2
Biar papa asal gua bahagia.
lelaki+hidup+tanpa+duit+3
Daun apa dia kutip ni.
Mengapa kita selalu rasa duit kita tidak cukup, sebab kita berbelanja melebih dari had kemampuan kita. Masyuk RM30 sehari tapi belanja RM50 sehari, mau tak pokai, tokey kayu balak pun boleh bankrup macam ni.-bloggerlelaki.com

Rumah Saiyditina Khadijah Di Jadikan Jamban,Ini Memang kurang Ajar Punya Kerajaan !!

Posted: 11 Feb 2014 02:17 AM PST



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"


Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.


Sumber link

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tamrin pergi ceramah tentang rasuah pakai kereta mewah? Kah kah kah ...

Posted: 11 Feb 2014 09:34 PM PST


Tengok kereta Tamrin....lepas beri ceramah di Kajang.

Kereta macam gini nak cakap pasal memperjuangan rakyat? Pasal rasuah? Cerita sekali Kelab Rahman Putra yang dia beli mahal-mahal masa Chairman MARA...

Sudahlah Tamrin ... kamu ni opportunist saja. Kamu baca UMNO nak jatuh dan ingat PR naik. Jadi kamu lompat untuk cari peluang pula.

Dia marah UMNO pasal peluang dah tak semewah dahulu. Kerajaan mutakhir tak lagi kasi peluang pada dia. Dah kenyang.

Duit tak pernah cukup. Orang macam kamu yang jahanamkan UMNO.

Eloklah kamu masuk PAS. Boleh bantu jahanamkan PAS.






Ini pun sama ...

Rahman Maidin dulu banyak masyukk zaman Anwar TPM dna Ketua Perhubungan UMNO PUlau PInang. Masa tu Anwar kunun tubuh Yayasan Bumiputera Pulau Pinang tapi mamak macam ni yang dok sapu.

Satu masa dia Chairman MRCB... masa Realmild diambilalih dari kumpulan 4 budak Melayu yang mana 3 dari 4 adalah orang Anwar Ibrahim.

Bila dah terlepas jawatan Pengerusi, tu yang dok meroyan....


Trick MC tak boleh guna, permohonan apa pula hari ini?

Posted: 11 Feb 2014 05:34 PM PST


Permohonan untuk mengetepikan Dato Shafee Abdullah ditolak kali kedua kali semalam. Itu pun macammacam Anwar twit masih nak mempertahankan benang basahnya.

Padahal mahkamah dah jelaskan hujah pihak Anwar tak berasas dan tak boleh diambil kira langsung tanpa Dato Mat Zain buat keterangan mahkamah dan bukan hanya hearsay.






Akhirnya menantu yang bakal di mantankan Nurul kata Anwar akan hadhir perbicaraan mahkamah rayuan hari ini dan besuk.

Tak adalah ura-ura kata anwar akan lambatkan lagi dengan mintak MC di Pantai Hospital. Namun apa pula permohonan akan dibuatnya pagi ini?

Anwar Anwar ....

Dah masuk keluar mahkamah pasal bberjubr ni pun masih tak buang perangai...




Gini saja cara jawab orang bodoh

Posted: 11 Feb 2014 04:30 PM PST



Amiruddin nafi fitnah, tapi apa Dewan Ulamak Kedah dah kata?

Posted: 11 Feb 2014 07:30 AM PST


Nama saja parti Islam tapi hidup dengan memfitnah orang..Itulah Pas mereka fitnah tapi tak mengaku bila dah kantoi..

Hari ini Ketua Pembangkang Amiruddin Hamzah nafi Pas memfitnah kerajaan BN Kedah dalam penganjuran Mahabattur Rasul Kedah Berselawat.

Katanya Pas tidak terlibat sabotaj program anjuran Yayasan Islam Kedah berkenaan..Tapi adakah Amiruddin tak ingat kenyataan media Adun Alor Mengkudu yang gila publisiti  mendakwa program berkenaan bermotifkan politik?



Cuba baca kenyataan Ahmad Yahaya dibawah


Adakah ini bukan fitnah? 

Baca seterusnya di Medan Tempur Kedah di SINI

Si peliwat dan sesat terluah hasrat untuk dakwa Dr M

Posted: 11 Feb 2014 04:30 AM PST


Anwar terkeluar hasrat dendam di hati untuk menghukum Tun Dr Mahathir apabila dia tersebut kata-kata "pendakwaan terhadap Tun Dr Mahathir" jika "seandainya kita Pakatan Rakyat berkuasa."


Kalau tak pasal Dr Mahathir, Anwar hanya melalak dalam PAS. He is no where? Dia tak technically, adminstratively capable. 


Lainlah Dr Mahathiir yang kasi nasihat yang diminta pemimpin-pmimpin dunia.

Ikuti laporan Rakyat News berikut:
PUTRAJAYA 11 Feb - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita beliau apabila gagal dalam permohonan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
Menurut Anwar, keputusan sedemikian pasti tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah.
"Mahkamah persekutuan telah membuat keputusan walaupun saya berdukacita dengan keputusan itu kerana ini bermakna sukar untuk kita mencabar peguam UMNO,"
"Seandainya kita Pakatan Rakyat (PR) berkuasa, apakah munasabah kita lantik Karpal Singh untuk mengetuai pendakwaan terhadap Tun Dr Mahathir, kita tidak akan lakukankanya kerana kesan dan implikasinya adalah seperti ini," katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan permohonan rayuannya di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menerusi lima panel hakim membuat keputusan diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak permohonan rayuan kali kedua Anwar itu.
Sebelum itu Muhammad Shafee menjelaskan bahawa beliau bersikap profesional dalam urusan kerjaya sekaligus menafikan dirinya mempunyai hubungkait dengan kerajaan pemerintah sebagaimana dakwaan peguambela Anwar, R. Sivarasa.
"Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes UMNO, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah...Saya tiada kepentingan UMNO, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.
Baca sepenuh Rakyat News SINI

Nampak sangat Anwar bukan nak mentadbir negara dengan baik tapi hanya mahu berdendam. "Anwar Ibrahim has done enough damage to the country" kata Karpal Singh. Kita perlu pastikan dia disumbat dn disula dalam Sg Buluh prison.

Negara selamat dan hukum dunia harap boleh kurangkan dosa dari hukum kubur atau akhirat yang dahsyat. Tu pun kalau dia bertaubat.

Hmmm ... bila trial mula apa pula helah dia nak melambatkan proses mahkamah? Sakit perut? Jam Omega tak rewind malam? Kucing dia beranak? Shamsidar rindu? Chinadoll mengandung? .... :)

Takkan syok sangat Sultan Melaka sampai fitnah bekas suami?

Posted: 11 Feb 2014 03:09 AM PST


Bab kahwin kami tak doakan yang buruk buat Nurul. Namun begitu khaarnya perceraian sudah tak dapat dielakkan lagi. Tak tahulah sebabnya. Takkan Nurul dah nak sangat dengan DYMM SUltan Melaka?

Luar nampak perceraian Nurul atas cara baik dan tiada lagi pergaduhan tapi hairan bagaimana cerita berikut boleh tersebar:

KUPASAN ISTANA SEGAMBUT

Semua pasti terkejut dengan cerita hangat seorang isteri yang sebelum ini sering digambarkan dengan keluarga bahagia dan sempurna tiba-tiba memohon cerai. Tapi itulah, setakat ini belum ada cerita yang paling tepat dengan keadaan yang sebenar. Jika nak tahu, sumber langsung dari istana bukit segambut ini, bolehlah mulai baca. Jeng jeng jeng

Apabila seorang isteri gigih untuk memohon cerai melalui sistem mahkamah, pastinya keinginan untuk bercerai telah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Tambahan pula, jika isteri tersebut mempunyai banyak risiko untuk digadaikan. Isteri ini bukan calang-calang isteri tetapi bakal hilang karier politiknya, malah bakal mengganggu gugat perjuangan keluarganya. Menurut khabar dan sumber rapat si isteri ini, dia telah merayu dengan baik untuk dilepaskan sebelum anak pertama mereka lagi. Tetapi ego si suami terus mengikat perkahwinan ini. Malah selepas dikurniakan anak pertama dan kedua si isteri masih memohon dilepaskan. Kisah ini juga disahkan daripada kawan-kawan sekerja si suami. Benarlah, hati tidak boleh dipaksa.

KEBERANIAN SAIZ KECIL

Apabila si isteri di tuduh dengan pensyarah, si suami tidak melakukan apa-apa tindakan untuk melindunginya. Mungkin kerana saiz suami yang kecil membuatkan keberaniaannya tidak cukup jantan. Bagaimana tidaknya, selepas 10 tahun berumah tangga mereka masih duduk di rumah bapa mertua. Kos hidup percuma. Tidak perlu fikirkan bil apa-apa pun. Ceritanya, semuanya di tanggung samada oleh si isteri atau pun bapa mertua. Si isteri menggunakan duit sendiri untuk menanggung semua kos membesarkan anak. Suami manapun pasti tidak akan melepaskan isteri dengan faedah sebegini. Malah, si isteri banyak ke luar negara urusan kerja, si suami dapat melancung percuma, dapat makan dengan pembesar-pembesar. Manusia mana yang mahu melepaskan nikmat percuma seperti ini?

ZALIM

Paling sedih dan menyayat hati ada sumber rapat istana bukit segambut mengatakan si suami mengugut si isteri dan berjanji akan memastikan nama isteri tercemar jika tuntutan cerai terus dibuat. Malah, si suami khabarnya akan pastikan hak penjagaan anak tidak akan diberikan kepada isteri. Pastilah si isteri takut. Si suami menggunakan kaedah ini untuk memastikan si isteri terus akur dan tetap dalam perkahwinan. Si isteri tidak sanggup lagi terperangkap dengan ugutan dan mengorak langkah, mengambil risiko kehilangan karier politik serta risiko kehilangan hak penjagaan anak. Dengar nya ayat dari si suami kepada si isteri, "You file divorce, I will destroy you." Dashat!

LEPASKANLAH

Isteri jika sudah sampai ke mahkamah tuntut cerai, jika mereka yang faham agama pasti mengerti bahawa adalah haram bagi suami tidak membenarkannya. Mengapa perlu sampai ke mahkamah? Suami sepatutnya memberikan lafaz dengan cara baik, tidak perlukan media dan sensasi serta selesaikan di luar sahaja. Cukuplah malukan isteri. Si isteri harapan rakyat untuk negara, berikanlah ketenteraman peribadi kepadanya. Cukuplah seumur hidupnya berjuang untuk bapa nya. Masa kamu sudah tamat. Lepaskanlah isteri dengan cara baik. Jangan seksa mentalnya lagi.

Jika tak sanggup kehilangan semua, pasti ramai di luar boleh menjamin kehidupan kamu. Tetapi itulah, sumbernya si suami bekerja lumayan dengan gaji yang besar sebagai profesional di tengah pusat Kuala Lumpur. Apalah susahnya sangat, muka tampan, pasti ramai gadis lain yang lebih sesuai dengan si suami yang boleh dijadikan hambanya.


Dalam bab psywar dan bab sebar-sebar, suami tak ada jentera penyebar dan penulis Yang ada adalah Nurul.

Takkan sementang nak sangat idaman hati sampai buat cerita tak baik tentang bekas suami tu. Dah habis tu habislah. Tak ada jodoh buat cara tak ada jodoh. Berpisah dengan baik.

Kalau Nurul yang buat cerita sedemikian, memang tak patut

Goldsino, PKNS: Penglibatan Teresa dengan duit haram dari China

Posted: 10 Feb 2014 11:30 PM PST



DAP Insider SINI mendedahkan dokumen melibatkan sebuah syarikat dari China bernama Goldsino Investment Ltd untuk ambil tanah untuk Yayasan Selangor.

 This is about project awarded to a foreign company worth RM1 bil on 2 piece of land in Dengkil and Kuala Kubu Bahru located at Sepang and Hulu Selangor district.


Selangor Foundation known as Yayasan Selangor owned 2 piece of land in Dengkil under Sepang district and Kuala Kubu Bahru under Hulu Selangor district. Land in Dengkil , PT. 39693 with size of 15.17 acre were rented to private religious school with RM25k/month renting fee. Land in Kuala Kubu Bahru, PT. 521 rented to PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) consist of 2 camps on it with renting fee of RM700k which is the highest contributor/income to Yayasan Selangor. Both land total size approximately 40 to 50 acres.



On 14th. December  2011, Yayasan Selangor received a Letter of Intent from Goldsino Investment Development Limited which based in Zhuhai China to start a Solar Photovaltaic Power Plant project on both mentioned land. Proposal to lease it out for 25 years and this project estimated worth up to RM 1 billion. On the first meeting, 2 representatives from Goldsino Investment Development Limited were present and mentioned that they knew Teresa KOK.




The interesting fact stated in the Letter of Intent from Goldsino Investment Development Limited to Yayasan Selangor "We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project" showing that earlier discussion has been made between Teresa KOK with representatives from Goldsino Investment Development Limited (referring to KOK Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited [Malaysia] ).

Sambung SINI.

Analisa Media Wangsamaju SINI



Sebelum ini kita ada ceritakan hal penglibatan Teresa Kok membawa kontraktor dari China untuk bangunkan projek Datum Jelatek. Baca petikan dari SINI di bawah ini:
Khabarnya projek Datum Jelatek dijual satu tower kepada kompeni dari China kerana kompeni tersebbut adalah kontraktor yang dibawa oleh Teresa Kok.

Kebanyakkan kompeni China yang datang ke Malaysia mahukan kontrak untuk tujuan siphon duit dari China untuk dilarikan ke Australia Singapore dan lain-lain negara. 

Dengan ada kontrak mereeka katakan ini pelaburan dan kerajaan China leppaskan wang itu keluar. Tapi projek tak dibuat habis pun.

Itu pasal Datum jelatek tergendala.

Difahamkan ada tender semua dan gilanya orang yang sama juga dapat tapi guna muka depan yang lain.

Hmmm ... nampaknya macam modus operandi sama untuk bawa duit haram dari CHina untuk dihilangkan ke Singapore Australia dll tempat.

Sebabnya ia makan masa untuk keluar dari cina dan bboleh ambbil masa hingga 3 ke 6 bulan bagi hartawan dan penyamun dari China keluarkan duit dari negara mereka. Ini termasuk kerja money laundering ia itu duit harham untuk dibersihkan...

Cina DAP kan banyak buat kerja haram ni. Tu pasal perlu ada kumpulan macam Operational High Level Taskforce bawah pejabat AG yang melibatkan beberapa ageensi untuk perangi kumpulan haram begini.


Kes Teresa Kok adalah kes illegal outflow dari China jadi illegal inflor dan outflow dari Malaysia. Baca laporan The Star di SINI tentang usaha baik Taskforce.

Orang dok tengok hal yang AG kalah, yang baik tu pujilah AG ye...



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Menjejaki Kontrak Sosial?

Posted: 11 Feb 2014 07:45 AM PST


Apa itu Kontrak Sosial?

Isu " Kontrak Sosial " hangat di perdebatkan sebelum ini oleh pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ahli politik. Masing-masing melihat dari sudut dan kaca matanya sendiri. Melihat pada senario politik sekarang, penulis tidak berapa pasti samada semua pihak menerima hakikat bahawa Malaysia ini berasal usul dari Tanah Melayu yang di perintah oleh raja Melayu.

Sebelum tahun 1511, kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang terkenal di Nusantara, malah telah diiktiraf oleh kerajaan asing seperti Maharaja China, India, Parsi dan Arab. Mereka berdagang di Melaka sebagai pusat pertukaran barangan antara timur dengan barat. Negeri Melaka di perintah oleh seorang raja Melayu yang di bantu oleh seorang Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syah Bandar. Mereka mentadbirnya melalui undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Sultan Melaka.

Mengikut seorang penulis Cina, ada seorang penterjemah kepada Laksamana Cheng Ho dan seorang Muslim yang melawat gugusan pulau-pulau Melayu pada tahun 1451 telah menambah maklumat baru kepada pedagang Cina mengenai kerajaan Melayu Melaka dan raja Melayu yang memeluk agama Islam. Raja-raja Melayu mempunyai rakyat mereka sendiri yang dikenali dalam sejarah sebagai " rakyat raja ".

Semuanya berubah apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 dan raja Melayu yang memerintah terpaksa berundur. Melaka berubah tangan daripada Portugis kepada Belanda ( 1641 ) yang memonopoli perdagangan dengan raja Melayu Kedah dan raja Melayu Perak. Tidak lama kemudian, pada akhir abad ke-18, mulalah Inggeris memperkukuhkan kedudukannya dengan menubuhkan pengkalan angkatan laut di perairan Tanah Melayu untuk mengaktifkan perdagangannya dengan Raja-raja Melayu dan seterusnya mengambil alih kuasa daripada Belanda.


Raja-raja Melayu telah mengadakan perjanjian dengan wakil Inggeris seperti perjanjian memajak Pulau Pinang tahun 1786, Perjanjian Pangkor tahun 1874 dan lain-lain. Semua perjanjian untuk mendapat konsesi tanah dan perdagangan, dilakukan dengan Raja-raja Melayu. Semenjak tahun 1874, kerajaan Inggeris telah mengiktiraf hak ketuanan Melayu, perundangan dan adat resam Melayu. Perlantikan Residen dan penasihat Inggeris hanya sekadar untuk membantu Raja-raja Melayu dalam mengurus pentadbiran negeri, supaya lebih kemas dan tersusun.

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah melanggar perjanjian yang mereka buat dahulu apabila mereka memaksa Raja-raja Melayu dengan menyerahkan kuasa negeri masing-masing kepada kerajaan Inggeris dan menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahan melalui perlembagaan Malayan Union. Penjajah British mahu membuka kerakyatan kepada pendatang asing berasaskan prinsip jus soli. Dengan itu Raja-raja dan bangsa Melayu telah kehilangan hak ditanah airnya sendiri.

Demi mempertahankan hak ketuanan Melayu dan amanah bangsa, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga melahirkan kongres Melayu pertama yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Orang Melayu diseluruh Negara melalui perwakilan pertubuhan mereka telah membantah Malayan Union. Mereka berikrar mahu menghapuskannya dengan apa cara sekali pun.


Bagi mengukuhkan gerakan mereka, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji percantuman semua pertubuhan Melayu yang hadir dalam kongres itu ke dalam satu pertubuhan tunggal yang akan dikenali kemudian sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Pertubuhan ini kemudiannya di rasmikan dalam Kongres Melayu Kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Keadaan ini memaksa kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu mengenai Malayan Union. Pada Februari 1948, kerajaan British bersetuju memansuhkan Malayan Union dan ditubuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dibawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar, UMNO telah berjuang untuk mengukuhkan ketuanan Melayu melalui semangat " HIDUP MELAYU". Walau bagaimanapun, semangat Dato' Onn menjadi luntur apabila kerajaan British mendesak supaya UMNO perlu menerima pendatang asing di Tanah Melayu terutamanya orang Cina sebagai rakyat negeri ini. Tun Tan Cheng Lock, seorang pemimpin Cina yang berpengaruh di London telah menjalankan segala usaha supaya kerajaan British memberi ruang kepada kaumnya mendapat kerakyatan yang sah di Tanah Melayu. Bagi memenuhi kehendak semasa, Dato' Onn telah membentangkan isu memberi kelonggaran kerakyatan dalam perhimpunan agung UMNO pada bulan Jun 1950, malah Dato' Onn berura-ura hendak membuka keahlian UMNO kepada semua kaum di Tanah Melayu.


Perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Onn itu, telah mendapat tentangan hebat dari majoriti ahli UMNO. Beliau telah mengambil keputusan mengejut dengan meletak jawatan Yang Dipertua UMNO tetapi didesak oleh majoriti ahli UMNO supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Mereka berarak ke rumahnya di Johor Bahru dengan menyatakan mereka berada di belakangnya. Dengan sebab itu Dato' Onn kembali semula memegang jawatan Yang Dipertua UMNO. Akan tetapi ramai jawatankuasanya tidak bersetuju dengan kehendak Dato' Onn hendak membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu kerana dasar UMNO adalah untuk orang Melayu sahaja. Sekali lagi Dato' Onn meletak jawatan dan kali ini permohonannya itu diterima dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih tempatnya.

Dalam ucapan sulungnya, Tunku telah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan dasar UMNO, kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Pemimpin MCA seperti Tun Tan Cheng Lock dan lain-lain telah menyertai parti Independence Malayan Party ( IMP ) yang baru ditubuhkan oleh Dato' Onn. Pada masa ini, UMNO mendapat saingan yang hebat kerana Raja-raja Melayu dan menteri-menteri besar menyokong kepimpinan politik Dato' Onn.

Semuanya menjadi berubah apabila pemimpin UMNO dan MCA di Kuala Lumpur dengan semangat berbaik-baik dan bersefahaman telah mengadakan satu pakatan kerjasama supaya kedua-dua parti politik itu dapat bergabung dan seterusnya dapat bertanding dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur atas satu lambang Perikatan. Walaupun ada perasaan curiga antara satu sama lain, namun dengan kebijaksanaan Tunku, perasaan itu dapat di bending. Berdasarkan keputusan pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Perikatan telah Berjaya memenangi Sembilan dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP pimpinan Dato' Onn mendapat kekalahan teruk.


Hasil kemenangan parti Perikatan dalam pilihanraya ini mendorong pemimpin MCA mahu berunding dengan Tunku mengenai isu kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Tunku telah bertolak ansur dan bersetuju menerima prinsip jus soli yang dituntut oleh pemimpin MCA. Tunku menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli UMNO terutamanya UMNO Negeri Sembilan, tetapi Tun Abdul Razak telah berjaya menggunakan kebijaksanaannya meredakan keadaan.

UMNO, MCA dan MIC telah mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan sehingga bersetuju menyampaikan memorandum tunggal secara bersama kepada suruhanjaya REID. UMNO, MCA dan MIC telah bersetuju dalam memorandum itu mengenai perkara-perkara berikut:

1. Kerakyatan berasaskan prinsip jus soli sepertimana yang dituntut oleh MCA.
2. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu
3. Kedudukan bahasa, kebudayaan dan agama

Itulah asas Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh pemimpin Malaysia yang berjaya melahirkan Malaya Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Ramai anak muda sekarang mulai lupa kepada sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Mereka kurang mengetahui bagaimana Negara kita ditubuhkan. Oleh kerana itu mereka mudah terpengaruh dengan sesetengah badan NGO yang member maklumat salah tentang fakta sejarah negara kita. Pada hari ini, ada generasi muda kita mempertikaikan isu-isu yang mereka tidak mengetahui sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai. Memang ada segolongan kecil masyarakat kita tidak berpuas hati dari dahulu sehingga sekarang. Sememangnya mereka boleh mencetuskan keresahan dan menjadikan Negara kita tidak aman. Adakah mereka gembira sekiranya perkara ini berlaku?


Sejarah dunia menyaksikan bahawa Negara kita ditubuhkan secara aman tanpa mencetuskan peperangan atau pemberontakan sepertimana yanag berlaku kepada beberapa buah Negara ketiga dunia. Negara kita ditubuhkan melalui semangat perpaduan yang melahirkan semangat toleransi antara kaum dan kepercayaan beragama. Ramai orang asing yang melawat Negara kita berasa kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Negara kita ini yang terdiri daripada pelbagai kebudayaan kaum dan kepercayaan beragama serta mengamal pelbagai bahasa.

Rahsianya terbongkar apabila mereka mengetahui bahawa orang Melayu dalam UMNO sanggup berkorban dan melupakan kepentingan mereka dalam politik sehingga sanggup melepaskan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan berasaskan jus soli yang mereka bangkang selama ini.

Sementara itu, kaum Cina dan India dalam MCA dan MIC menerima hakikat sejarah Negara ini dan bersedia secara sukarela, menerima dan mengakui hak keistimewaan orang Melayu semenjak turun temurun dan turut memperakui agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Sememangnya kedua-dua perkara ini menjadi mercu tanda kepada kewujudan Negara kita yang bernama Malaysia sekarang ini.

Setiap bangsa ada negaranya sendiri. Orang Cina ada negaranya di Tanah Besar China, manakala orang India ada negaranya yang bernama India. Keturunan Cina dan India yang lahir di negara ini dan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi, mempunyai hak menjadi rakyat negara ini dan menikmatinya sebagai bangsa Malaysia.


Orang Melayu pun ada negaranya sendiri diTanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Agama Islam sudah menjadi agama orang Melayu semenjak kurun ke-14 lagi, malah kitab undang-undang Melaka yang memaparkan cara pemerintah yang berasakan kebudayaan Melayu dan undang-undang Islam sudah wujud dengan kedatangan Islam itu sendiri. Bagaimana hendak meminggirkannya?

Bangsa Melayu berasa terjamin apabila Suruhanjaya REID mengekalkan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan dan menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Pemerintahan Negara kita kekal sebagai sebuah negara beraja yang berasaskan demokrasi berparlimen . Ia bukan sebuah negara sekular dan bukan Negara teokrasi. Kita semua daripada keturunan Melayu, Cina dan India sudah menjadi bangsa Malaysia.

Apabila kita mahu kembali kepada sejarah dan asal usul Negara ini dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah merakamkannya secara rasmi dalam perlembagaan kita, itulah punca kejayaan kita sehingga dapat melahirkan sebuah Negara yang diiktiraf oleh dunia ketiga sebagai Negara maju. Itulah rahsia " Kontrak Sosial " yang diperkatakan selama ini.

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa Melayu daripada pelbagai pertubuhan telah membantah Malayan Union. Bantahan itu dilakukan serentak melalui tunjuk perasaan secara aman di seluruh Negara. Mereka tidak bertindak di luar batasan undang-undang. Mereka menjemput ahli parlimen British menyaksikannya sendiri bantahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak menyertai tunjuk perasaan ini kerana mereka beranggapan bahawa negeri ini bukan negeri mereka. Walau bagaimanapun, mereka menyokong perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan.


Sokongan ini mengerakkan pemimpin UMNO berunding dengan pemimpin Cina yang dikenali sebagai MCA, supaya turut sama dalam satu gerakan menuntut kemerdekaan daripada British. Kemudian MIC turut serta. Kaum Cina dan kaum India telah bergabung dengan bangsa Melayu menjadikan mereka bangsa Malaysia yang berjaya.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati kerana bangsa Melayu yang diwakili oleh UMNO sanggup bekerjasama dengan bukan Melayu dalam perikatan. Kerjasama itu telah dibuktikan melalui persetujuan bersama bangsa Melayu dan bukan melayu dengan mengemukakan manifesto dalam pilihanraya 1955 atas satu nama iaitu Perikatan. Manifesto tunggal ini telah berjanji hendak melaksanakan perkara-perkara berikut, jika Perikatan menang dalam pilihanraya 1955:

1. Menuntut kemerdekaan daripada British secara aman.
2. Mengekalkan hak-hak istimewa orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan kepada bukan Melayu mengikut konsep jus soli.

Pengundi yang mewakili rakyat dan penduduk negara ini telah bersetuju dengan janji Perikatan dalam manifesto pilihanraya tahun 1955 dua tahun menjelang merdeka. Pengundi telah memberi kemenangan cemerlang kepada Perikatan sehingga mendapat memenangi 51 kawasan pilihanraya daripada 52 kawasan yang dipertandingkan. Ini merupakan satu petanda yang jelas bahawa rakyat negara ini bersetuju dengan formula yang dikemukakan oleh Perikatan.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati dengan semangat kerjasama dalam Perikatan dan bersetuju menyemak semula perlembagaan yang sedia ada pada masa itu. Kerajaan British dan raja-raja Melayu telah bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi tujuan tersebut. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya REID.


Sekali lagi Perikatan telah menunjukkan semangat kerjasama yang padu apabila gabungan pertubuhan politik daripada bangsa Melayu, kaum Cina dan kaum India, telah bersetuju secara bersama menghantar memorandum tunggal kepada Suruhanjaya REID atas nama Perikatan. Memorandum itu menuntut antara lain supaya dimasukkan perkara-perkara berikut dalam Perlembagaan Malaya.

1. Salah seorang daripada Raja-raja Melayu di pilih dalam kalangan mereka menjadi ketua kerajaan.
2. Mengekalkan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan mengikut prinsip jus soli.
4. Islam sebagai agama Persekutuan tetapi memberi hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain dan mereka bebas menjalankan urusan keagamaan dan kebudayaan mereka.
5. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi bahasa dan kebudayaan lain-lain kaum, bebas mengamalkannya oleh kaum masing-masing.

Penulis juga berpendapat bahawa persetujuan bersama UMNO, MCA dan MIC yang diperakukan dalam manifesto pilihanraya dan memorandum Perikatan kepada suruhanjaya REID, merupakan asas sosial kontrak yang kita amalkan selama ini dengan jayanya. Berasaskan kepada formula inilah, BN telah menang dalam semua pilihanraya yang lalu dan terus memerintah Malaysia sehingga hari ini.

Parti-parti lain tidak boleh mendapat kemenangan dan membolehkan mereka memerintah kerana formula politik mereka tidak boleh diterima oleh rakyat negeri ini terutamanya fahaman perkauman yang sempit atau semangat keagamaan yang tidak bertapak dialam nyata. Sememangnya ada beberapa golongan yang tidak bersetuju dengan Perikatan atau BN tetapi bilangan mereka adalah sedikit pada masa lalu. Namun begitu, suara kebangkitan mereka sangat lantang dan mencemaskan. Mereka telah membuktikan dalam pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dimana mereka berjaya memenangi 5 negeri di semenanjung tanah air. Disamping itu juga mereka telah berjaya menafikan majoriti mudah 2/3 di Parlimen.


Setelah mendapat kemenangan, sedikit demi sedikit mereka cuba mempertikaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak sosial seperti hak istimewa orang Melayu dan juga perlembagaan negara. Sesungguhnya penulis berasa sangat sedih kerana ada sekumpulan kecil masyarakat kita di Malaysia selepas 57 tahun merdeka, cuba mengubah landskap negara apabila mereka dengan berani tanpa menghiraukan perasaan " tuan rumah " mempertikaikan kedudukan agama dan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan kita. Kesemuanya ini menampakkan kesannya begitu negatif sekali.

Suara sumbang daripada segelintir pertubuhan NGO yang membuat tuntutan supaya perlembagaan kita dipinda, diumpamakan seperti anai-anai menggigit tiang seri supaya bangunan itu runtuh. Penulis berpendapat bahawa majoriti suara rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan mereka. Sudah sampai masanya bagi semua rakyat Malaysia, terutama para pemimpin politik kita menghidup dan menyemarakkan semula semangat kerjasama melalui persefahaman dan toleransi sejati dalam kalangan semua kaum supaya rakyat hidup dengan aman dan damai. Berilah kerjasama dalam menjayakan wawasan Perdana Menteri iaitu menerapkan Konsep 1 Malaysia dimana Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan.

Dengan demikian, dapatlah pemimpin kita menumpukan sepenuh masa untuk memajukan bangsa Malaysia melalui pendekatan yang diterima oleh semua pihak. Mudah-mudahan harapan dan cita-cita kita hendak melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai sepenuhnya.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan