Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Api cuba dipadam namun baranya masih lagi kuat?

Posted: 08 Feb 2014 07:06 AM PST


Hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menarik untuk dianalisis. Anwar cuba memadam api krisis tetapi baranya masih kuat. Ia berbangkit kerana kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada krisis dalaman yang sekian lama tidak terlerai.

Simptom daripada api itu adalah bertanding di DUN Kajang tetapi akar-sebabnya (root-causes) masih tidak terungkai. Ada senario yang lebih besar sedang terjadi.

Semua orang tahu bahawa Anwar gagal menyelesaikan kemelut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim-Dr. Wan Azizah Wan Ismail -Nurul Izzah Anwar dengan Azmin Ali. Isu itu telah membara sekian lama. Puncanya bukan politik tetapi ia dikatakan bersifat peribadi dan melibatkan Anwar.

Tiba-tiba Abdul Khalid menjadi mangsa dan Azmin mula menonjol dan Wan Azizah tidak berani menyatakan apa-apa.

Bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin jauh lebih berani daripada Wan Azizah sendiri. Atau suara Faekah adalah suara Wan Azizah.

Anwar cuba melakukan lonjakan untuk membina imejnya. Kajang amat dekat dengan Putrajaya. Orang PKR berpendapat memang di Kajang ada harapan untuk menawan Putrajaya. Ini suatu sandiwara paling hebat abad ini.

Memang impian Anwar untuk menawan Putrajaya tidak pernah padam seperti terus menyalanya api krisis Abdul Khalid-Azmin. Sebelum ke Putrajaya, Anwar harus ada kemampuan menyelesaikan masalah Wan Azizah dengan Azmin.


Wan Azizah ialah Presiden dan isteri manakala Azmin ialah anak didik Anwar dalam politik. Kalau mereka berjiwa besar, api dalam sekam sudah lama terpadam.

Anwar cuba memadam api dengan melakukan strategi baharu. Dulu selepas PRU-13 kecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan. Demonstrasi jalanan berlaku tetapi strategi tidak menjadi. Pengikutnya berbaring di pintu masuk bangunan Parlimen tetapi Anwar tetap mengangkat sumpah. PKR tidak bertambah kukuh. Ramai pemimpinnya di Sabah meninggalkan PKR. Ia suatu kegagalan nyata kepimpinan Anwar.

Anwar bakal menghadapi isu Mahkamah Rayuan tidak lama lagi. Ini suatu tekanan untuk beliau. Ditakdirkan Anwar didapati bersalah, karier politiknya akan tergugat. Sekiranya Anwar menang, pihak yang kalah akan merayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dikatakan Anwar kalau menang di Kajang bakal menjadi Menteri Besar. Apakah semudah itu prosesnya. Perkenan Sultan adalah syarat penting. Kalangan orang muda Pas merasa tidak senang dengan apa yang berlaku. Apakah ia ibarat asap dan bakal hilang ditiup angin kerana kepatuhan kepada tahaluf siasi.

Bila PKR membuat keputusan penting strategi menawan Putrajaya melalui Kajang, DAP dan Pas tidak dirundingi. Bila keputusan sudah dibuat, DAP dan Pas terpaksa bersetuju. Cara begini tidak selari dengan kaedah tahaluf siasi.

Pas masih tidak bising kerana baginya Anwar adalah aset dan DAP terpaksa jadi pak turut kerana kepentingan tertentu disebabkan Anwar adalah aset juga.


Anwar bernasib baik kerana mempunyai pengikut yang taksub. Tetapi pengundi Kajang belum tentu begitu. Ditakdirkan Anwar kalah strategi ke Putrajaya akan gerhana. Kalau menang pun belum tentu menjadi menteri besar. Mana tahu Pas tiba-tiba teringin menjadi menteri besar kerana jumlah kerusi Pas mengatasi kerusi PKR di Selangor.

Meski Anwar melonjak naik, api dalam sekam masih belum mampu dipadam. Ia akan tetap menyala akhirnya dan silap perhitungan boleh membakar diri.

Azmin semakin gagah dengan strategi baru Anwar ini dan Khalid hilang wibawa sebagai orang politik. Apa dosa besar Khalid hingga menyebabkan dia perlu berundur.

Sandiwara ini akan terus berjalan. Episod demi episod akan terus terjadi. Episod terbaru bertanding di Kajang ini menjadi suatu cara mengalihkan perhatian daripada episod-episod lalu yang ternyata gagal.

Pengundi dan rakyat sedang dibuai dengan mimpi baru ke Putrajaya. Dulu dengan slogan "Ubah! Ini kalilah" ternyata tidak menjadi. Sekarang strateginya menawan Kajang, jadi Menteri Besar Selangor dan menawan Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri. Penulis yakin ia juga akan gagal. Ini adalah politik Mat Jenin.

Perjuangan politik menuntut arah yang jelas dan tidak berliku-liku. Perancangan boleh dibuat tapi akhirnya orang yang percaya kepada takdir yakin Allah Maha Penentu. Tidak selamanya pengundi tidak berfikir.

Politik taksub dan penuh emosi tidak selari dengan proses demokrasi dan jauh sekali seiring dengan syariah. Politik cara Islam mendukung kebenaran dan ketelusan.

Strategi Machievelli the end justify the means - matlamat menghalalkan cara tidak akan selamanya berlaku. Ada ketika ia kecundang. Penulis yakin Anwar bakal kecundang lagi. Fikir dan renongkanlah! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Hanya di Selangor : Dikatakan sengketa antara Azmin dan Khalid semakin meruncing...!!! Betoi ka?

Posted: 07 Feb 2014 11:32 PM PST


Azmin dikatakan mendakwa MB Selangor guna PKNS sebagai senjata politik!

Persengketaan dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin meruncing apabila Mohamed Azmin Ali mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melanggar undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Menteri Besar Selangor itu cuba menggunakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai 'senjata' terhadap musuh politiknya.

"Dalam semangat keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid tidak boleh terus menjadikan PKNS sebagai senjata peribadinya untuk digunakan terhadap pihak-pihak yang dianggapnya sebagai musuh-musuh politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada 4 Februari lalu, akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.

Surat arahan pemecatan bertarikh 3 Februari 2014 itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Norazlina Zakaria.


Semalam, Abdul Khalid tampil mempertahankan tindakan PKNS itu kononnya dibuat berdasarkan Ikrar Integriti.

Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuat kuasa 10 Januari lalu.

Beliau turut mendakwa, pemecatan kakitangan PHSB terbabit secara serta-merta di bawah arahan Abdul Khalid bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi amat tidak berperikemanusiaan.

"Ini benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PKR Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.

"Pemecatan itu akan menyebabkan kakitangan terbabit mengalami masalah kewangan manakala pampasan dua bulan gaji hanya menambah penghinaan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin di laman Twitternya hari ini menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa tersebut sebagai 'ahli politik yang teruk'.

Beliau yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) turut mempertikaikan kenyataan Azmin itu dari segi kesahihannya.

"Bagaimana boleh dikatakan benar, beliau seorang ahli politik yang teruk," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Program Ulama Keturunan Nabi di Masjid Tuanku Zainal Abidin 8 Mac 2014

Posted: 08 Feb 2014 04:29 PM PST

Sebarkan...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KAJANG DILANGGAR TODAK

Posted: 08 Feb 2014 08:06 PM PST


Selamat Menonton dan Selamat Berfikir.
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=29PHIe2Xgns



SELEPAS AZMIN GADUH FAEKAH, KINI RAFIZI PULA GADUH DENGAN NAT

Posted: 08 Feb 2014 02:55 PM PST

A very recent exchange on the popular social media Twitter between Parti Keadilan Rakyat's activist Nathaniel Tan and the party's strategy director Rafizi Ramli had led to the latter challenging the former to reveal how much he had benefitted financially  during his stint at the Selangor Mentri Besar office.
The tweets that were exchanged between the two young PKR men were quite heated that it caught the attention of those on cyberspace. Some of the exchanges even seemed to accuse each other of indulging in unethical practices.
The following were among the tweets between Tan and Rafizi
Rafizi's tweet read :
So long you don't dare to disclose how u benefitted financially from MB Office, u remain an interested party with an axe to grind.
Tan's response :
if i did have an axe to grind, wldn't i be grinding it against the people who fired me? instead of supporting them?
Then Rafizi responded:
You can't be going around on high horse when u r an interested party who benefitted financially from the MB Office
Then Tan's tweet read :
in the meantime boss, you continue to attack everyone's credibility, yet do not address the core issues satsifactorily :_(
Rafizi's tweet read :
"I don't attack everyone's credibility, I am questioning yours. You can't preach honesty & transparency when u r dishonest
Tan's tweet read :
"to test my honesty, divulge the information mentioned earlier. if i then divulge mine, i am honest. if i dont, i am dishonest
Rafizi replied :
For transparency, disclose total pay package, ur job scope, ur contribution to Selangor gov. Let's all be transparent ;-)
Tan said oO? divulge sgorku grant to NOW, renumeration & job scope for: OSEA CEO, muaz, eekmal, hilman, & i promise i will divulge mine
Although no body was involved directly with the tweets but many from both political divides are monitoring it.
A week ago, Tan wrote a scathing piece on PKR following the decision to make Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim the contender in the Kajang by- election.
Tan wrote: To me, the real problem pivots on how Anwar and his associates are running PKR in a manner that is completely bereft of transparency, accountability and democratic principles.
Lets carry out a simple thought exercise : How did the decision to carry out the Kajang plan come about? i dont know, do you? Many have speculated ( myself included), many claim it happened one way or another, but the truth is : nobody outside the nebulous "inner circle" has any idea.
PKR has a large supreme council that is mostly democratically elected, and a smaller political bureau. Can we say with confidence that members of both were given an opportunity to voice their opinions, much less be made fully aware of what was going on? Are there official minutes perhaps, that we might refer to? (MOLE)

HINA ANDARTU GERSANG: FAEKAH DICADANG IKUT LANGKAH DR. HASSAN & USTAZ NASHA

Posted: 08 Feb 2014 05:33 AM PST

Beberapa buah blog dan portal telah memetik cadangan penulis jentayuabaka. Di antaranya blog AIDC dan portal Merdeka Online. Kami turut ingin berkongsi pandangan yang menarik ini kepada anda.


Jika kita melihat polemik politik yang berlaku di Selangor sekarang, nampaknya api yang kecil semakin membara.

Semalam sahaja, adik kepada YB Azmin Ali (Azwan Ali) telah melempiaskan kemarahannya kepada Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan kini CEO Menteri Besar Incoroperate (MBI). Pembaca boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh Azwan Ali di atas.

Sebagai seorang selebriti yang berpengalaman adalah sangat tidak manis malah kurang etika seorang yang pernah menjadi figure anak muda melepaskan gejolak marahnya dengan kata-kata yang sedemikian di atas itu, apatah lagi kepada kaum perempuan yang dijadikan oleh Allah SWT dengan lemah lembut.

Bercakap tentang jodoh, dalam Al-Quran ada menyebut, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu.(Mengapa?) Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

Juga disebut, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).(Surah An Nur : Ayat 26)

Maka, siapakah kita untuk menghukum lagi menghina seseorang sebagaimana tweeter di atas?. Berapa ramai kaum hawa di luar sana tersindir, terhina dan marah dengan penghinaan itu?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya bermaksud: "Orang yang berusaha membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah." (Al-Bukhari)

Seseorang yang berjuang di jalan Allah SWT adalah pejuang Allah SWT. Orang yang membantu wanita yang tidak bersuami adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah SWT. 

Perumpamaan yang diriwayatkan daripada Imam Malik pula meletakkan orang yang membantu wanita tidak bersuami ini seperti orang yang mendirikan solat malam tanpa rasa lemah dan yang berpuasa tanpa berbuka.

Inilah berita gembira kepada wanita yang tidak bersuami yang telah dikhabarkan oleh kekasih Allah SWT, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Inilah pesanan yang telah ditinggalkan baginda kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga kebajikan wanita yang tidak bersuami. 

Pesanan ini juga jelas menunjukkan wanita tidak bersuami adalah golongan yang mendapat keprihatinan khusus daripada manusia paling utama kedudukannya di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, saya berpandangan eloklah Faekah mufaraqah daripada PR yang telah menghinanya lagi menjatuhkan kehormatan dirinya dan keluarganya itu, apatah lagi penghinaan itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai kaitan keluarga dengan kepimpinan tertinggi PR. 

Saya tidaklah bermaksud Faekah harus menyertai PAS atau UMNO, tetapi perjuangan masih boleh dilakukan melalui NGO yang sesuai. Apakah gunanya berada di dalam pakatan sesudah Faekah dihina keterlaluan sedemikian rupa? 
Dahulu, saya mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya mufaraqah daripada PR kerana perjuangannya mendaulatkan agama Islam sukar dilaksanakan di dalam PR. Lebih 10 artikel saya tulis mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya berfikir semula kedudukannya di dalam PR dan alhamdulillah Allah SWT membuka hati beliau. Di antaranya, di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/12/surat-dato-dr-hassan-ali.html . Bukanlah bermaksud kerana surat itulah beliau mufaraqah.

Saya juga menulis lebih 10 artikel mengenai Datuk Nasharudin Mat Isa supaya meninggalkan sementara PAS kerana di dalam PR, beliau berdepan kesukaran untuk mempertahankan kemuliaan-kemuliaan agama Islam kerana tekanan-tekanan yang diberi oleh ahli politik bukan Islam di dalam PR. Kini beliau memperjuangkan kemuliaan Islam itu di persada dunia dan nasional melalui Yayasan Nassar. Antaranya di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/02/semua-mata-menunggu-masa-yb-nasha-petik.html

Faekah pun boleh meneruskan perjuangan yang sedia ada, khususnya di dalam bab ekonomi melalui mana-mana NGO yang sesuai. Anda tidak sepatutnya membiarkan diri anda dihina sedemikian rupa!. 

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.

SANTAI PETANG HARI: MISTERI ANWAR SUKA YANG BULAT-BULAT

Posted: 08 Feb 2014 01:58 AM PST


Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Bukankah Kita Bersaudara,Kenapa Menyakiti Sesama Saudara

Posted: 08 Feb 2014 05:26 PM PST

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w memperingatkan:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam, beliau bersabda: 'Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya'. (HR. Muslim,).

Melihat kepada situasi semasa umat islam hari ini menyebabkan orang yang ada rasa kasih kepada saudara seislamnya merasa sangat sedih .Apa yang berlaku kepada persaudaraan islam hari ini amat berlainan sekali dengan apa yang dinyatakan dalam ayat dan hadis tersebut.

Tidak hairanlah kenapa umat islam hari ini tidak lagi dihormati oleh orang bukan islam kerana kita sudah kehilangan wibawa dan kehebatan,ibarat harimau tua yang kehilangan taringnya.Mengapa hanya dengan hal yang kecilpun boleh mencetuskan perbalahan besar sesama islam.

Kianat mengkianati ,kata mengata,mengambil harta sesama islam dengan cara tidak benar,tipu menipu sesama saudara.Ahli politik dengan perbalahan politiknya,peniaga sesama peniaga,sesama jiran.Kadang-kadang kat atas jalanrayapun boleh bertengkar hanya disebabkan kesalahan yang sedikit.Bukankah islam itu bersaudara?

Adakalanya kita merasa amat kecewa bila kita dikianati oleh saudara seislam kita sendiri,lebih kecewa lagi apabila yang menipu itu dikatakan sebagai orang yang kononya baik,sentiasa berkopiah dan berjubah.Inilah manusia-manusia munafik yang sebenarnya yang akan memburukkan nama islam.Syaitan berserban dan berkopiah lebih bahaya dari syaitan bertanduk.Mereka ini akan bersembunyi dibalik nama islam untuk mencari dunia semata-mata.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : 
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. 

Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzhaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali. Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. 

Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya". (HR. Muslim dan Ibnu Majah) 

Betulke Taib Mahmud Nak Lepaskan Jawatan

Posted: 08 Feb 2014 03:42 AM PST


KUCHING 8 Feb. - Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfie Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan Majlis Tertinggi parti dan kaukus sebulat suara menyerahkan kuasa kepada beliau untuk memilih dan menamakan calon pengganti pilihannya sendiri.

"Beliau diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu.

"Peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. 
utaranews.com

Inilah Jadinya Bila Isteri Mengamuk

Posted: 08 Feb 2014 02:00 AM PST

Ini adalah antara senjata para isteri :)(Sekadar hiasan sahaja)
CHELTENHAM, England - Seorang isteri didakwa menyerang suaminya menggunakan roti bakar dan mentega.
Perbalahan bermula apabila Julie Evans, 45, menyiram air ke atas suaminya James, yang sedang tidur di sofa selepas berulang kali meminta lelaki itu melakukan kerja rumah.
Pertengkaran mereka berlanjutan hingga keesokan harinya apabila pasangan tersebut duduk semeja untuk bersarapan.
"Wanita itu kemudian memarahi suaminya sebelum membaling roti bakar ke arah lelaki itu.
"James mahu beredar kerana menganggap isterinya memperbesarkan perkara remeh tetapi wanita itu mengambil segenggam mentega lalu melumurkan ke muka suaminya," kata pendakwa raya Theresa Perry.
"James pula cuba untuk melumurkan sebahagian mentega itu di belakang isterinya tetapi mereka jatuh ke atas lantai semasa pergelutan tersebut," Tambahnya.
Lelaki itu mengalami kecederaan belakang manakala telinganya koyak menyebabkan dia terpaksa menerima 13 jahitan susulan insiden tersebut.
Bagaimanapun, Julie tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang suaminya dengan melakukan perbicaraan kes itu akan disambung semula di Mahkamah Majistret Cheltenham di sini pada Julai hadapan. - Agensi
Untung suami tu kena baling dengan roti je kalau kena baling dengan kuali tak ke benjol kepala tu:)

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bila dah terasa gian, Teresa cibaikan cina juga

Posted: 08 Feb 2014 09:30 PM PST


Teresa Kok ini wakil rakyat DAP yang tidak disukai sangat dalam DAP tapi dapat naik hingga jadi Pengerusi DAP Selangor dan CEC DAP.

Dia pernah bekerja di pejabat Lim Kit Siang dan caranya adalah cara Lim Kit Siang. Sebelum Mummy Foo naik jadi penyedap utama LKS, difahamkan Teresa adalah penyedap Lim Kit SIang.

Sebagai seorang yang datang dari gereja sebagai aktivis gereja, dia malu nak kahwin kerana tupai komunis dah tebuk. Terasa menjadi sexually dysfunctional kerana dia sudah merasa tapi rasa bersalah.

OLeh sebab mulutnya selalu jilat ice cream komunis tua, maka mulut dia ikut perangai macam gua  yang sering diterjah adik komunis tua. Komunis tua sudah ada Mummy Foo untuk lepaskan perasaan geram tapi Teresa yang teringin terasa nak lepaskan geram di mana?

Itu sebab dia kuat mencibai guna isu perkauman dan ugama. Bukan Melayu, Islam, dan India saja dia cibaikan tapi orang Cina pun dicibaikannya.

Ikuti kisah video berikut:


Kalau BN berslogan mahu cuba untuk Janji di Tepati

.... tapi Terasa Kok janjikan lepas tu cibaikan.

Elok Bang Non bantu lepaskan masaalah emosinya dengan melancaukan dia...

Teresa layak digelar Ahli Parlimen dickhead

Posted: 08 Feb 2014 05:28 PM PST


Ini bukan saja nak lepaskan geram tapi memang ada sebabnya.

Interview dari bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok yang jelas menunjukkan sikap sebenar Teresa Kok sebagai wakil rakyat. Malas untuk turun padang tetapi mahu publisiti, inilah wajah sebenar pemimpin kanan DAP!!

Video teresa talk cock ... fitnah dan bohong

Posted: 08 Feb 2014 06:30 AM PST



PKNS: Rasuah dibiar Khalid, Teresa samun Datum Jelatek

Posted: 08 Feb 2014 01:49 AM PST


Ini bukan blog Papagomo tulis atau siaran TV3 atau suratkhabar Utusan Malaysia tapi Malaysiakini yang siarkan SINI

Bekas pekerja PKNS dakwa MB tak hirau aduan rasuah

5:45PM Feb 7 2014

Beberapa pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditamatkan perkhidmatan mereka, mahu menteri besar menjelaskan mengapa tiada tindakan diambil terhadap kes rasuah dan kes tatatertib yang telah dirujukkan kepadanya.

Bekas Ketua Bahagian Pemasaran PKNS Holdings, Alif Aiman ​​(kanan) dalam satu kenyataan bagi pihak kumpulan berkenaan berkata, bekas Pengurus Besar PKNS Othman Omar telah memaklumkan sendiri kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2011 dan 2012, mengenai kes-kes tersebut.

Alif merujuk kepada kenyataan Khalid semalam bahawa sebahagian daripada sebab di sebalik penamatan kontrak lebih 20 kakitangan anak PKNS itu berdasarkan kepada aduan dari "pemberi maklumat" PKNS.

Alif mempersoalkan sama ada PKNS menyedari hakikat bahawa 'pemberi maklumat' itu, yang didakwanya sebagai dua pegawai PKNS, dikatakan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, tuduhan daripada pemberi maklumat yang tidak berwibawa itu terus diambil tindakan segera tanpa menjalankan penyiasatan yang adil dan saksama.

Pada masa yang sama, dakwa Alif, banyak isu disiplin dan kes rasuah yang membabitkan pemberi maklumat itu telah ditutup tanpa tindakan lanjut.

"Bercakap tentang kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata kenyataan itu.

Selain dakwaan rasuah, kumpulan itu juga mahu menteri besar:

- Menjelaskan peranan setiausaha akhbarnya sendiri, Arfa Aziz dan bekas setiausaha politik dan kini CEO MB Incorporated, Faekah Husin dalam tindakan menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak, bersama-sama dengan GM baru PKNS, Azlan Alifiah, timbalan GM Noraidah Yusof, Pengerusinya Norazlina Zakaria;
   
- Menjelaskan sebab-sebab sebenar di sebalik penamatan perkhidmatan pekerja kontrak secara tiba-tiba;
   
- Menjelaskan mengapa penamatan perkhidmatan pekerja kontrak itu tidak dilakukan mengikut prosedur dan proses sepatutnya;
   
- Menjelaskan bila terdapat perakuan politik dari mana-mana ahli lembaga pengarah PKNS atau ahli politik mengenai pelantikan kakitangan kontrak;
   
- Mendedahkan kandungan penuh laporan penyusunan semula korporat yang mengesyorkan supaya perkhidmatan kakitangan kontrak ditamatkan;
   
- Mendedahkan kos terperinci bagi pengambilan kakitangan terbabit dan tuntutan perjalanan mereka, dan bandingkan dengan pecahan kos yang sama bagi PKNS;

---------------------


Khabarnya projek Datum Jelatek dijual satu tower kepada kompeni dari China kerana kompeni tersebbut adalah kontraktor yang dibawa oleh Teresa Kok.

Kebanyakkan kompeni China yang datang ke Malaysia mahukan kontrak untuk tujuan siphon duit dari China untuk dilarikan ke Australia Singapore dan lain-lain negara. 

Dengan ada kontrak mereeka katakan ini pelaburan dan kerajaan China leppaskan wang itu keluar. Tapi projek tak dibuat habis pun.

Itu pasal Datum jelatek tergendala.

Difahamkan ada tender semua dan gilanya orang yang sama juga dapat tapi guna muka depan yang lain.

Berapa round teresa Kok masyukkk????

Selain itu, hal samun menyamun anyak berlaku dalam PKNS. Hampir separuh staff lama yang ada terlibat dengan rasuah.

Itu antara sebab mereka cemburu dengan grup pofesyenal yang masuk dengan gaji bbesar.

Isu gaji besar ni ide Khalid Ibrahim tapi kini dia juga salahkan orang lain.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pengganti Taib Diketahui Dalam Masa Dua Hari

Posted: 08 Feb 2014 07:56 PM PST


Abdul Taib Mahmud.
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah diberi mandat oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menamakan sendiri penggantinya selepas mengumumkan peletakan jawatan, Sabtu.
Taib berkata beliau akan membuat pengumuman "dalam masa dua hari" selepas lima jam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti di Petra Jaya, di sini.
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata parti itu telah meluluskan satu resolusi dalam mesyuarat bagi memberi mandat kepada Taib untuk menamakan seorang pengganti Ketua Menteri pilihannya.
Taib sebelum itu menyerahkan pada MKT parti serta kaukus khas bagi menentukan pengganti.
"Sesiapa yang dinamakan oleh (Taib) akan menerima sokongan sebulat suara daripada parti," katanya.
Ketika ditanya sama ada ini bermakna Taib akan meletak sebelum akhir penggal semasa pada 2016, Asfia berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu. mStar 9/2/14

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Senator HINDRAF lepaskan semua jawatan kerajaan?

Posted: 08 Feb 2014 07:26 AM PST


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy pada petang Sabtu mengesahkan peletakan jawatan berkuatkuasa Isnin, 10 Februari ini.

Selain jawatan timbalan menteri, Pengerusi Hindu Rights Action Force (HINDRAF) itu turut meletak jawatan selaku Ahli Dewan Negara (Senator).

Pengunduran Waytha Moorthy daripada semua jawatan dalam kerajaan itu awalnya diumumkan Setiausaha HINDRAF, P. Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peletakan jawatan Waytha Moorthy itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pusat HINDRAF.

Alasan keputusan berkenaan ialah kerana HINDRAF mendakwa gagal melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi serta kemiskinan masyarakat India walaupun sudah lapan bulan Waytha Moorthy berada dalam kerajaan.

HINDRAF menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan pada 18 April tahun lalu dalam usaha menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

Satu daripada inisiatif ialah dengan meletakkan pengerusinya sebagai wakil dalam kerajaan.

"Satu-satunya kekesalan HINDRAF ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini.

"Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka," kata Ramesh.

Sementara itu Waytha Moorthy ketika dihubungi wartawan mengesahkan pekara itu. Menurut beliau, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun pihaknya belum menerima sebarang maklum balas.

Beliau turut mengakui keputusan itu diambil kerana sudah berputus-asa dan menganggap jawatan kerajaan yang disandangnya tidak membantu dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India.

"Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Hindraf," katanya.

Bagi penulis keputusan samada P. Waytha Moorthy mahu meletakkan jawatan atau tidak kerana kegagalan beliau membela nasib kaum India, terpulanglah kepada beliau sendiri! Yang penting segala rahsia kerajaan semasa beliau menjadi Timbalan Menteri hendaklah disimpan dengan baik selaras dengan akujanji yang beliau telah lafazkan! Bak kata pepatah biar pecah perut tetapi jangan pecah mulut?

Selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi oyabun..

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pemuda PAS Tetap Tidak Mahu Anwar Sebagai MB Selangor #PRKkajang

Posted: 08 Feb 2014 02:35 AM PST



Balai Polis Bukit Mertajam Diserang?

Posted: 07 Feb 2014 09:28 PM PST

BAHAGIAN hadapan Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam rosak dibaling bahan letupan pada pukul 4.50 pagi tadi.

Pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja jahat dan subversif begini WAJIB dikenakan tindakan demi menjaga keamanan dan keharmonian negara.



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Menteri KDN galakkan perlakuan samseng

Posted: 08 Feb 2014 09:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Read More / Baca Lagi >>

Bayan Baru: Kekecohan hampir tercetus selepas ceramah Rafizi oleh kumpulan anti Pakatan

Posted: 08 Feb 2014 09:22 PM PST

 
 Kekecohan hampir tercetus di Bukit Gedung malam tadi sewaktu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu meninggalkan lokasi itu selepas memberi ceramah mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang dan kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Selepas bercakap kepada pemberita selama kira-kira lima minit selepas ceramah 40 minit dalam kawasan kejiranan di Bayan Baru itu, seorang lelaki tua menghampiri Rafizi untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah perumahan di negeri ini.

Menurut lelaki tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari.

Beberapa ahli NGO lain, termasuk Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) ketua Aminah Abdullah , juga cuba menghampiri Rafizi.

Turut serta dalam kumpulan itu, pihak yang sering terlibat dalam perhimpunan anti-Pakatan di negeri ini sejak gabungan itu mengambil alih kuasa pada 2008.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan itu dikawal ketat oleh para penyokongnya termasuk MP Bayan Baru Sim Tze Tzin yang membawanya melalui orang ramai ke arah kereta Toyota Camry yang sedia menunggu untuk menghantar dia pulang.

Ketika beliau memasuki kereta, ketegangan meningkat apabila anggota PKIM mula mengelilingi kenderaan itu sebagai menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rafizi enggan meluangkan masa menyantuni mereka.

Rafizi bagaimanapun kemudiannya keluar daripada kereta dan berkata: "Saya telah menerima memorandum kamu dan akan menelitinya".

Anwar mahu Khalid, Azmin berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja PKNS

Posted: 08 Feb 2014 09:19 PM PST


Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail. 
Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dua pemimpin parti itu – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, untuk berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
Anwar berkata, pergaduhan berterusan di antara Abdul Khalid yang merupakan menteri besar Selangor dan Azmin, pengerusi PKR Selangor, dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan lagi hubungan mereka.
"Saya sudah nasihati Khalid dan Azmin bahawa kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini. Khalid sudah mengatakan beliau sedang melihat mengenai perkara itu," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar kritikan melalui media selepas 22 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSN) dipecat.

SPPBS Dan PBS: Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Posted: 08 Feb 2014 09:17 PM PST

Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
SGMM amat bimbang kelemahan di dalam pelaksanaan SPPBS dan kekeliruan majoriti guru dan pentadbir sekolah tentang bagaimana hendak melaksanakannya, akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha guru untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi PMR, kata Mohd Nor Izzat.
"Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.
"Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.
"Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang," kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.
Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.
Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.
Read More / Baca Lagi >>

Bolasepak Kita Pun Ganas Juga - Prof Dr Agus

Posted: 08 Feb 2014 09:00 PM PST

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Dahulu, mutu bolasepak negara kita tidaklah teruk. Pada tahun 1972, kita melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich setelah menewaskan negara-negara hebat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain-pemain kita ketika itu ialah seperti adik beradik Namat dan Shaharuddin Abdullah, Abdullah Nordin (ketua pasukan) Wong Fook Chuan, Zulkifli Norbit dan... N. Thanabalan. 


Pada tahun 1980, negara kita sekali lagi layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun memboikotnya kerana menentang tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. Antara pemain yang menjadi sanjungan peminat ketika itu ialah Mokhtar Dahari, V. Arumugam, Santok Singh, Serbegeh Singh dan Soh Chin Aun.

Namun, memasuki tahun 1990-an, mutu bola sepak kita merudum sekali. Faktornya banyak untuk dibincangkan bermula dari rasuah, perubahan format liga dan kepimpinan FAM. Akibatnya ranking Malaysia yang berada di tangga 75 pada Ogos 1993 (di atas Turki dan Afrika Selatan), kini berada di kedudukan 154 pada Januari 2014 mengikut senarai FIFA, hanya setanding dengan pasukan Bangladesh, Maldives dan Chad.

MINAT BOLA SEPAK MENINGKAT SEMULA

Setelah beberapa waktu bola sepak negara kita sepi, ia kembali mendapat perhatian peminat setelah negara kita menjadi juara Bola Sepak ASEAN yang dikenali sebagai Piala Suzuki pada tahun 2010. Kehebatan Malaysia menyerlah lagi apabila di Stadium Bong Karno, kita membaham Garuda dengan penalti 4-3 untuk menjadi juara Sukan Sea 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar persoal keikhlasan dialog konsensus nasional Putrajaya dalam isu Teresa Kok

Posted: 08 Feb 2014 08:50 PM PST



Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail. 
Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keikhlasan Putrajaya berhubung dialog konsensus nasional apabila tiada seorang pun daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyelar ugutan perkauman dan ancaman terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua pembangkang itu mengutuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tawaran menampar Kok bukanlah satu ancaman.‎
"Saya nak ‎tanya Zahid, bagaimana boleh benarkan ancaman begini begitu sahaja? Tidak kira jika anda bersetuju dengan dia atau tidak, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Dengan mengatakan tawaran RM1,200 daripada kumpulan Melayu ekstremis kepada sesiapa yang berjaya menampar Kok bukan ancaman, Anwar berkata, pentadbiran Najib terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok‎, kata peguam

Posted: 08 Feb 2014 08:49 PM PST

Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.
Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.
Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.
"Polis sepatutnya menguatkuasakan  undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.
Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.
"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan PKR di atasnya.
"Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam.
Pada Khamis, badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Read More / Baca Lagi >>

NGO lumur darah ayam rosak imej negara

Posted: 08 Feb 2014 08:47 PM PST

TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

"Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil," katanya.

Kolumnis Utusan Malaysia gesa tindakan tegas terhadap Teresa Kok

Posted: 08 Feb 2014 08:46 PM PST

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggesa Putrajaya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok atas penglibatannya dalam video provokasi.
Dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kolumnis Awang Selamat menuduh video sambutan Tahun Baru Cina berjudul 'Onederful' tersebut sebagai 'rasis' dan 'berbahaya' kepada keharmonian negara.
"Awang berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Peguam Negara bertindak segera ke atas provokasi beliau yang sangat berbahaya.
"Tolonglah jangan berlengah-lengah. Mahu tunggu berapa ribu aduan polis dibuat, yang sudah jadi bahan sinikal?" kata Awang yang dipetik dalam Mingguan Malaysian hari ini.
Awang Selamat menyatakan kebimbangan sekiranya dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan, ia mungkin akan menyebabkan berlakunya ekstremisme kaum.
Menurut Awang lagi, tindakan menghasilkan video yang 'rasis' pada hari perayaan adalah suatu yang memalukan dan menghasut kaum Cina berfikiran tidak baik kepada pemerintah.
"Tiada agama yang mendorong penganutnya untuk berfikiran jahat pada hari perayaan.
Read More / Baca Lagi >>

"Soh Dok Mandi Junub Saya?" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:40 PM PST

Hukum KARMA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:40 PM PST

Isteri Nak Minta Cerai Suami Pil Kuda - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Memancing Di Kolam Berbayar..Bayar Tapi Ikan Tak Dapat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Rasulullah Gilap OKU II

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Rasulullah Gilap OKU I

Posted: 08 Feb 2014 08:37 PM PST

Al Fatihah: Pak Yazid meninggal dunia pagi ini di HKL

Posted: 08 Feb 2014 06:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor. - Al Fatihah


 JASA-JASA ALLAHYARHAM :

1. Mengetuai Perbarisan Hari Merdeka pada 31 Ogos 1957.

2. MANTAN YDP Persatuan Bekas Perajurit Force 136.

3. Menyertai PAS pada 1956.

4. Pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor pada 1970-1974.

5. Pernah bertanding dalam PRU 1969 melawan Allahyarham Tun Abd. Razak di Pekan.

6. Merupakan petugas sepenuh masa di Pejabat Agung Pas semenjak 1964-1974.

7. Menjadi Guru Agama dan Pendakwah Bebas Tersohol di Lembah Kelang sekitar tahun 1960-2014.

- SUMBER RUJUKAN : Jabatan Arkib Pas -


Zahid, Jika Rakyat Tawar Tampar Menteri2 Malaysia, Adakah Ini Bukan Ancaman?

Posted: 08 Feb 2014 06:25 PM PST

 

Najib dikangkungkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Posted: 08 Feb 2014 05:54 PM PST


Masjid Al-Aqsa diserang tentera Zionis

Posted: 08 Feb 2014 05:51 PM PST

Masjid Al-Aqsa diserang  
Penduduk Palestin membalas serangan dengan membaling batu.
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.

Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.

Puluhan jemaah kemudiannya berbalas serangan dengan membaling batu sambil melaungkan, 'kami mengorbankan darah dan jiwa kami untuk anda demi Aqsa!'.

Seorang lelaki cedera dan dirawat di dalam kawasan masjid.

Imam masjid Mohamed Hussian yang mengutuk serangan itu berkata, insiden itu adalah pencabulan jelas yang ditolak oleh semua agama dan undang-undang antarabangsa.

"Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap masjid Al-Aqsa. Pihak berkuasa Israel bertanggungjawab terhadap serangan ini kerana mereka memerintahkan askar untuk melakukan serangan yang bertujuan untuk merampas masjid ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld memberi helah bahawa pihaknya mendapat maklumat terdapat beberapa penduduk Israel membaling batu ke arah anggotanya di situ.

"Kami mendapat maklumat mereka membaling batu ke arah anggota petugas selepas solat Jumaat dan sebagai tindak balas kami terpaksa menggunakan bom untuk meleraikan serangan itu," katanya menurut laporan Al Jazeera.

Susulan kejadian itu, seramai tujuh orang awam ditahan selepas dua jam kekecohan itu tercetus.

Nyahkan 'Firaun, Qarun dan Abu Jahal' daripada diri sendiri...

Posted: 08 Feb 2014 05:43 PM PST

Oleh Lanh
TUGAS wartawan seumpama posmen, demikian saya dan rakan-rakan selalu diingatkan seorang pensyarah kewartawanan puluhan tahun lalu. Hantar saja surat (laporan) kepada penerima (pembaca), jangan sesekali 'memasukkan fikiran atau pendapat' sendiri dalam sesuatu laporan itu. 

Lapor seperti apa yang kamu nampak, katanya, jangan pandai-pandai membuat tambahan. Namun hal ini menjadi amalan dalam penulisan berita, tidak dalam penulisan bentuk lain seperti komentar, ulasan dan ruangan pojok.Apabila semakin matang dalam dunia penulisan, sebahagian wartawan kanan sudah ada kolum masing-masing. Mereka berkomentar dalam ruangan pojok dan dalam banyak kesempatan, selalunya mereka menyuarakan pendapat sendiri terhadap isu semasa tertentu termasuklah keadaan sosial masyarakat. Ada yang menyentuh jati diri generasi baru yang semakin terhakis sifat mulia seperti terlalu mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak haloba dan sebagainya.
Benar, tugas penulis adalah 'menyuluh' hal ehwal masyarakat, kemudian membentangkannya untuk tatapan dan renungan kumpulan sasaran (seperti pembaca). Namun teramat jarang, penulis 'membedah siasat' dirinya sendiri; sebagai contoh apabila dia menulis menyatakan sifat sabar semakin terhakis di kalangan orang awam, sebenarnya diri kita sendirilah yang tak sabar. Jika kita menuding jari menyatakan seseorang itu salah, tiga jari kita akan menuding ke arah kita, menunjukkan kitalah yang bersalah.
Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi termasyhur dalam menyatakan 10 sebab mengapa doa kita ditolak, antara lain berkata: "Kamu sibuk menceritakan/melihat akan keburukan orang, tetapi kamu tidak melihat pun keburukan diri kamu." Jadi, apabila kita katakan orang tidak sabar, hakikatnya kitalah yang tidak sabar. Memang betul, apabila seseorang rakan kita ditimpa sesuatu musibah, kita ucapkan kepadanya, "bersabarlah." Namun, apabila berada di kedudukan kawan kita itu, adakah kita 'dapat bersabar' seperti yang kita pinta rakan kita lakukan?
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan premium insurans kenderaan tambah beban rakyat

Posted: 08 Feb 2014 05:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Tatkala kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 23 Februari ini, bayaran premium untuk insurans kenderaan dinaikkan tanpa sebarang pemakluman rasmi.
Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), kenaikan premium insurans kenderaan itu pastinya membebankan rakyat kerana ia bakal meningkatkan kos pemilikan kereta yang sudah pun tinggi akibat keengganan kerajaan BN menghapuskan duti eksais ke atas kenderaan.
"Saya merujuk kepada keputusan kerajaan BN yang dibuat dalam tahun 2012 untuk membenarkan kenaikan premium (insurans) kereta setiap tahun sehingga tahun 2016.
"Kadar baru premium insurans kereta akan dikuatkuasakan bermula 15 Februari 2014 ekoran dari keputusan menaikkan kadar premium insurans tahunan itu," ujarnya dalam satu kenyataan media.
 Menurut Rafizi, kadar premium insuran kereta ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan persekutuan.
Kenaikan kadar premium insurans ini, jelas beliau berpunca daripada kelulusan yang diberikan kerajaan BN.
Rafizi menambah, keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan premium insurans kenderaan secara jelas mempermainkan harapan rakyat yang mahukan kos pemilikan kereta di Malaysia diturunkan.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata bekas ahli majlis syura PAS

Posted: 08 Feb 2014 05:20 PM PST


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014. 
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014.

Seorang bekas ahli majlis syura PAS yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.
Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
"Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.
"Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli PAS itu berkata, sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.
"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.
"Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.
"Malah, di dalam Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu menafikan dakwaan terhadap diri mereka.
Beliau menegaskan mereka yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.
"Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu."
Pada 2 Januari, Jabatan Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.
Read More / Baca Lagi >>

Full interview - Part 3: 'People overestimate Mahathir's influence'

Posted: 08 Feb 2014 05:09 PM PST

Negara Lemah: Pengguna semakin hilang keyakinan

Posted: 08 Feb 2014 04:18 PM PST

Pengguna semakin hilang keyakinan
KEYAKINAN pengguna di Malaysia kini berada di paras terendah sejak 2010, dengan Indeks Keyakinan Pengguna berada pada 98 mata, menurut laporan dikeluarkan Nielsen, firma antarabangsa yang menyediakan maklumat pasaran dan perkhidmatan penilaian.

Paras itu menandakan kali pertama keyakinan pengguna di Malaysia jatuh di bawah 100 mata sejak 2010, menunjukkan rakyat Malaysia bersikap kurang optimis terhadap perbelanjaan dan kewangan mereka.

Tinjauan Global Keyakinan Pengguna dan Niat Pembelian Nielsen itu dibuat bagi menilai keyakinan pengguna, kebimbangan utama, dan niat pembelian lebih daripada 30,000 responden yang mempunyai kemudahan Internet di 60 negara.

Walaupun tahap keyakinan pengguna Malaysia berada pada paras terendah sejak tiga tahun lalu, secara keseluruhan pengguna di Asia Tenggara mendahului penduduk dunia dengan sikap optimis yang berhati-hati, dan tahap keyakinan di rantau ini terus berada pada tahap tertinggi di dunia pada suku keempat 2013.

Menurut laporan itu, Indonesia mencatat markah Indeks Keyakinan Pengguna tertinggi antara semua negara, iaitu 124 mata, diikuti oleh Filipina (114) dan Thailand (109).

Vietnam berada di kedudukan sama dengan Malaysia dengan 98 mata manakala Singapura 97 mata.

Pengarah Urusan bagi Nielsen Malaysia, Richard Hall berkata, walaupun kepercayaan pengguna menurun, Malaysia tetap kukuh berbanding negara lain di dunia.

"Ini membuktikan walaupun Eropah dan Amerika Syarikat masih mengalami kemerosotan berikutan kemelesetan ekonomi, negara seperti Malaysia dan negara Asia Tenggara lain terus menikmati pertumbuhan ekonomi positif," katanya.

Kenaikan harga makanan kebimbangan utama

Lebih satu pertiga pengguna Malaysia yang menyertai kaji selidik itu menyatakan keadaan ekonomi adalah kebimbangan utama (35 peratus), diikuti peningkatan harga makanan bagi enam bulan berikutnya.

Read More / Baca Lagi >>

Provokasi Perkauman Dan Agama: Di mana Najib Razak?

Posted: 08 Feb 2014 04:14 PM PST

Amin Iskandar@Black

Di manakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Malaysia memerlukan kepimpinannya?
Ketika provokasi demi provokasi yang mungkin akan memusnahkan keharmonian kaum dan agama, Najib tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya.
Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam, tawaran RM1,200 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menampar Teresa Kok tidak dianggap sebagai satu ancaman.
Ahmad Zahid juga berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya NGO tersebut mahu membunuh.
Jika di negara maju, menteri kanan yang 'pintar' seperti Ahmad Zah‎id sudah pasti akan dipecat kerana kenyataannya akan dianggap mewakili kerajaan.
Akan tetapi di Malaysia berbeza, seseorang menteri boleh berbuat dan berkata apa sahaja‎.
Apakah Najib akan membiarkan kenyataan Ahmad Zahid mewakili pendirian kerajaan Malaysia?
Bayangkanlah bagaimana rakyat mahu merasa selamat apabila seorang menteri kanan boleh mengatakan sesuatu galakan  jenayah secara terbuka seperti ditawarkan NGO Islam itu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai ancaman.
‎Jadi selepas ini jika terdapat tawaran berbentuk ganjaran wang daripada pihak pembangkang kepada seluruh rakyat yang berjaya menampar Ahmad Zahid, apakah jawapan sama akan diberikannya?
Najib harus bertindak segera sebelum terlambat.
Beliau juga harus ingat, ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, dihormati kebanyakan rakyat Malaysia.
Jangan sampai beliau jadi pemusnah kepada legasi Abdul Razak.
‎Bagaimana pula dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama?
Apakah Najib mahu melihat ia turut musnah?
‎Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah menyebabkan Malaysia ditertawakan di persada antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>