Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Sebab Utama 30 Pekerja PKNS Dipecat Tanpa Sebab...

Posted: 04 Feb 2014 06:00 PM PST


Sebelum korang baca artikel ini sampai habis, perlu aku ingatkan korang, cerita ini aku keluarkan berdasarkan dari sumber geng-geng pkr yang memberitahu aku semalam dan ini tidak bermakna aku siarkan cerita ini bermakna aku nak kipas azmin, aku sekadar nak berkongsi cerita apa yang sebenarnya berlaku pada kerajaan pkr selangor...

Antara punca utama 30 kakitangan pkns di pecat semalam ada kaitannya juga dengan kes pemecatan azmin ali sebagai ahli lembaga pengarah pkns hari tu...

Umum tahu, khalid menjadi menteri besar selangor atas ehsan dap, kerana dap sebulat suara menyokong khalid dari pkr menjadi menteri besar kerana tidak mahu jawatan itu terlepas kepada pas, untuk pengetahuan semua, di selangor pkr hanya ada 14 kerusi, dap 15 dan pas 15.


Kalau korang semua perasan, sejak pkr perintah negeri selangor, segala projek perumahan pkns di buat secara usaha sama atau "joint venture", bermakna, pkns sediakan tanah dan pemaju akan keluar modal untuk buat bangunan, keuntugan nanti akan di kira 30% pkns dan pemaju 70%, sebab itu harga rumah di selangor naik mendadak, pasal kalau dulu ia di urus oleh pkns engineering and construction sendiri dan pkns holdings menguruskan jual beli rumah-rumah itu, kini di zaman pemerintahan pkr, semua projek di JV dengan pemaju dan kontraktor luar bukan anak syarikat pkns.

Siapa pemaju dan kontraktor itu? pemaju dan kontraktor yang mendapat keuntungan dari pkns terdiri dari kontraktor dan pemaju cina kroni dap, azmin masuk kedalam pkns dan dia mengetahui hal ini, dia melihat tanah pkns terus tergadai, pkns tak ada untung, harga rumah melambung naik dan orang melayu tak mampu beli rumah yang di bina atas tanah pkns, jadi azmin menggunakan beberapa orang dalam pkns holdings untuk menekan dan menyingkirkan pemaju dan kontraktor cina kroni dap ini dari menjalankan projek di atas tanah milik pkns.

Perkara ini telah mendapat perhatian dap, lalu dengan kuasa yang ada di tangan dap, mereka menekan khalid supaya memecat azmin dari ahli lembaga pengarah pkns, dap melihat azmin sebagai batu penghalang kepada mereka untuk meraih kekayaan berlipat kali ganda di atas tanah free milik pkns yang pada asal penubuhan pkns ini adalah untuk membantu menaikan taraf kehidupan orang melayu di bandar.

Contoh terbaik tanah milik pkns yang kini telah di usahakan oleh pemaju dan kontraktor cina ialah detum jelatik, asal-asalnya tanah dan projek itu adalah untuk perumah mampu milik untuk orang melayu yang tinggal di sekitar kawasan ampang dan kampung datuk keramat, tapi kini projek itu telah bertukar menjadi perumahan dan komersil super mewah bernilai jutaan ringgit yang tak mungkin orang melayu di kawasan sekitar itu mampu beli.

Lagi satu contoh ialah, projek perumahan di seksyen 18 shah alam, apa logiknya kawasan yang 80% peratus melayu di kelilingi rumah teres kos sederhana yang di bina oleh pkns sekitar tahun 1985 tiba-tiba di bina 60 unit apartment 13 tingkat dengan harga 400 ribu lebih setiap satu unit.


Jadi apa kaitannya dengan pemecatan 30 orang staff pkns holdings? 

Menurut sumber, pemecatan 30 orang staff pkns holdings itu adalah salah satu "ethnic cleansing" orang-orang yang membantu azmin ali dalam menekan dan menyingkirkan pemaju dan kontraktor cina kroni dap dari menjarah tanah-tanah milik pkns, itu sebab sehingga ke pagi ini, pkns tak mampu beri sebab-musabab kenapa mereka di pecat, takan pihak pengurusan tertinggi pkns nak kata " ini arahan dap" nak mampos... so pecat sahaja, buat bodoh jangan jawab apa-apa dengan harapan seminggu dua lagi perkara ini akan senyap, kerana "melayu mudah lupa"...

Kesavan Keluar Pun Umno Kena, Dia Tak Keluar Pun Umno Kena, So Pergi Mampos Sama Dia...

Posted: 04 Feb 2014 02:18 AM PST


Macam biasa, kalau betul adun hutan melintang kesavan keluar parti, umno juga yang akan di persalahkan, maka barua-barua anwar akan kata, umno sogok beratus juta pada mamat itu...

Berita terbaru mengatakan, adun itu tak letak jawatan, surat yang di siarkan kononnya surat dia letak jawatan adalah palsu semata-mata, maka barua-barua anwar akan menuduh umno lah dalang dalam pengedaran surat itu, nampak tak?


Dia keluar pun umno kena, dia tak keluar pun umno kena juga...

Jadi pada aku tak payah lah kita layan sangat cerita adun itu, pergi mampos la dia nak keluar atau tidak, itu dia punya pasal, kerajaan perak masih lagi di perintah oleh bn...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Skandal Kotor Penipuan Industri Makanan China?

Posted: 04 Feb 2014 02:36 AM PST


Daging tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta 'minyak longkang' kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China.

Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.

Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan.

Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang.

"Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna.

Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.

Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna.

Sebahagian produk makanan tercemar dikesan

Kambing :

Disember tahun lalu, tujuh pekerja Cina ditahan didakwa menyuntik air kolam tercemar ke dalam daging kambing bagi menambah berat ketika ditimbang untuk dijual.


Kesemua suspek dipercayai menyembelih lebih 100 ekor kambing di sebuah gudang haram dan mengepam sehingga 6 kilogram bakteria ke dalam haiwan itu dan kemudiannya dijual di gerai makan, restoran di bandar Guangzhou dan Foshan.

Serbuan dilakukan pihak berkuasa ke rumah penyembelihan haram di Guangdong menemui kira-kira 30 bangkai kambing telah disuntik, 335 kambing biri-biri masih hidup dan setem pemeriksaan palsu.

Menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew tahun lalu, dianggarkan hampir 40 peratus penduduk China berdepan masalah keselamatan makanan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Tikus :

Sekitar Mei tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China merampas daging tikus untuk dijual sebagai daging kambing di Shanghai bersebelahan wilayah Jiangsu bernilai AS$1.6 juta (RM5.3 juta).

Daging tikus, musang dan cerpelai yang dijual sebagai daging kambing dipercayai telah dimasukkan gelatin, pigmen merah dan nitrat.

Minyak longkang :

Minyak longkang adalah istilah digunakan di China untuk menggambarkan minyak masak haram dikitar semula daripada sisa minyak dikumpul dari longkang pembetungan, perangkap gris dan sisa
rumah sembelihan.


Pemprosesan semula dilakukan dengan cara menapis, mendidihkan, menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dan kemudian dibungkus serta dijual semula sebagai alternatif lebih murah daripada
minyak biasa.

Terdapat versi lain dalam penghasilan minyak longkang iaitu menggunakan bahagian haiwan yang dibuang seperti lemak, organ dalaman, kulit atau daging berkualiti rendah lalu direbus hingga mengeluarkan minyak.

Minyak ini dijual ada harga antara AS$859 (RM2,900) dan AS$937 (RM3,100) untuk 907 kilogram (1 tan), manakala produk dibersihkan dan ditapis semula dijual pada AS$1,560 (RM5,200).

Beberapa ujian sampel minyak longkang turut mendedahkan, terdapat polycylic aromatic hidrokarbon (PAH), sejenis pencemar organik berbahaya dan aflatoksin serta sebatian karsinogenik sangat tinggi di dalam minyak itu.

Beras Kadmium :

Skandal makanan terbaru di China ialah penemuan hampir separuh daripada beras diuji di bandar besar Guangzhou mengandungi kandungan logam tinggi yang boleh merosakkan organ dalaman dan menyebabkan kanser.


Data dikeluarkan Pentadbiran Makanan dan Dadah Guangzhou mendapati, daripada 44 peratus beras yang diuji, kira-kira 12 juta orang menunjukkan kandungan kadmium yang tinggi.

Media Nandu News melaporkan, beras dipercayai datang daripada pengeluar beras di wilayah Hunan dan produk beras dari dua kilang di bandar Dogguan tidak jauh dari Guangzhou.

Beras kadmium biasanya berlaku kerana kawasan tanaman tercemar kerana petani menggunakan terlalu banyak baja untuk tanaman mereka. Sesetengah baja itu dikatakan kekal di dalam tanah sehingga 20 tahun.

Data dikumpul Universiti Pertanian Nanjing mendapati, masalah ini adalah paling teruk di wilayah selatan di mana di sesetengah kawasan, 60 peratus daripada sampel telah tercemar dan sehingga kini
masih dalam ujian pengawasan.

Susu :

Februari 2011 menyaksikan satu lagi skandal makanan di China melibatkan pencemaran susu. Kali ini menggunakan protein kulit dihidrolisasikan seperti melamin digunakan untuk meningkatkan protein kandungan susu bagi meningkatkan nilainya.

Ia dikesan seawal Mac 2009 menerusi laporan media China Daily yang mengumumkan menutup hampir separuh daripada kilang tenusu dalam usaha membersihkan industri terbabit.

Penghujung tahun lalu juga, Menteri Kesihatan China berkata, negara itu akan mengetatkan peraturan ke atas susu tepung dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan pengeluar tempatan dan meredakan kebimbangan yang telah sekian lama berhubung isu keselamatan makanan terhadap pasaran susu formula kanak-kanak yang bernilai AS$12.4 bilion (RM45 bilion).

Telur :


Di China, pengeluar tidak perlu ayam untuk menghasilkan telur. Mereka hanya memerlukan bahan kimia seperti asid sodium agla, air, gelatin, baifan, sodium benzoate, lactone, selulosa carboxymethyl, calsium carbid, lysine, ejen pewarna makanan, calsium cloride, parrafin wax dan serbuk gypsum.

Difahamkan, isu telur palsu mula memasuki pasaran China sebelum Sukan Olimpik Beijing pada 2008. Bagaimanapun, pernah juga terdapat laporan sama berhubung isu ini pada tahun 2003.

Telur palsu dilaporkan bermula di utara dan tengah China, kemudian berkembang ke seluruh negara hingga merebak ke negara pengimport utama seperti Amerika Syarikat dan rantau Asia.

Industri makanan yang dikeluarkan oleh orang Cina di negara ini pula bagaimana ya..???

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Taib Mahmud akan bersara

Posted: 04 Feb 2014 10:44 PM PST

05/02/2014 1:36pm

KUCHING - Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.
"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. "Saya tidak boleh mengulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.
Laporan itu yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.
Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri
Perumahan Sarawak turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib
Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.- Bernama

PRK Kajang - 11 Mac penamaan calon 23 Mac hari mengundi

Posted: 04 Feb 2014 10:05 PM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari
lepas.


Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. - malaysiakini

BN ketandusan calon menyaingi Anwar di Kajang

Posted: 04 Feb 2014 07:32 PM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
FEBRUARY 05, 2014
Penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) ketandusan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR). 
Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara berkata, BN juga tidak mampu menyaingi kehebatan Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan satu ketika dahulu.
"Adakah mereka memiliki calon yang berkredibiliti untuk menandingi pengaruh Anwar? Tokoh Umno sedia ada sudah memiliki kerusi Parlimen atau negeri, maka siapa orang Selangor yang boleh menentang Anwar?" katanya kepada The Malaysian Insider.
"Di situ sahaja cukup untuk dilihat, bukan soal ketandusan. Anwar punyai kredibiliti antarabangsa, pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri dan masih aktif dalam politik, maka dengan sendiri dalam konteks PRK, mereka buntu meletakkan calon."
Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Shaharudin berkata, jika BN masih buntu untuk meletakkan calon, adalah lebih baik untuk tidak menyertai PRK itu bagi mengelakkkan isu nasional yang akan dimainkan Pakatan.
Katanya, momentum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang masih dirasakan, belum mampu mengubah pendirian kaum Cina yang dilihat cenderung menyebelahi Pakatan.
"Jika buntu, lebih baik tidak bertanding kerana jika BN letakkan calon, sudah tentu timbul isu nasional yang tidak dapat dielakkan.
"Baru 9 bulan (selepas) PRU13, maka agak sukar mood pengundi Cina beralih dan mereka memerlukan masa. Kalau MCA bertanding, undi Cina pergi ke Pakatan, sudah pasti sukar MCA mendapat undi di sana," katanya.
Sementara itu, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, kemelut Umno dan MCA yang mahu meletakkan calon masing-masing dilihat bagi parti paling lama memerintah negara itu untuk membuat keputusan.
Katanya, selain masalah calon, BN juga perlu berdepan dengan isu kenaikan harga barang yang setakat ini masih gagal ditangani oleh parti pemerintah itu.
"Sama ada ketiadaan calon yang jelas untuk dipertandingkan atau perebutan parti komponen dalam Umno dan MCA, kerana kawasan itu mempunyai jumlah pengundi Melayu yang hampir sama dengan pengundi Cina.
"Pemilihan waktu ini untuk mengadakan PRK dilihat lebih menguntungkan Pakatan sebagai pembangkang dalam keadaan harga barangan masih tinggi, kos hidup semakin meningkat dan semuanya masih belum dapat ditangani dengan baik," katanya.
Mohamad berkata apa juga keputusan yang diambil BN, parti gabungan itu pasti berdepan masalah sama ada dari segi calon atau keputusan untuk menyertai pilihan raya.
Katanya, atas sebab itulah BN lebih cenderung menggunakan taktik kelemahan dan kecurangan yang dilakukan oleh Pakatan.
"Mana-mana pilihan yang dibuat BN sama ada bertanding atau tidak mahu pun meletakkan calon dari MCA atau Umno, mesti membuahkan masalah. Tidak dapat dielakkan.
"Saya tak lihat ada penyelesaian. Ertinya PR sudah menjangkakan keadaan yang akan dihadapi BN. Oleh kerana itu dalam kempen BN yang saya lihat ia lebih tertumpu kepada kekurangan dan kecurangan PR," katanya.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff pula beranggapan barangkali Umno lebih mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk mengelakkan sebarang spekulasi di peringkat awal.
Katanya, calon yang mungkin ditonjolkan berkemungkinan dari kalangan profesional yang masih belum mendapat perhatian media.
"Mungkin mereka belum mengumumkannya dan ada yang terpengaruh dengan spekulasi. Kita sendiri tidak melihat siapa yang disembunyikan.
"Mungkin mereka munculkan di kalangan profesional yang kita tidak tahu. Masih terlalu awal untuk bercakap tentang calon. Tidak adil jika mengatakan MCA tiada calon," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mohammad Agus berpendapat Umno tidak akan bertanding dalam PRK Kajang kali ini dan peluang seharusnya diberikan kepadda MCA.
Katanya, persepakatan yang diamalkan dalam BN menjadi kunci kekuatan parti itu dalam mengetengahkan calon mereka dalam pilihan raya kali ini.
"Saya tidak rasa Umno akan ambil kerusi ini. Apa pun spekulasi, BN akan tetap dengan prinsip kerjasama mereka. Jika MCA letak calon Cina, mungkin mereka yang beragama Islam atau di kalangan profesional.
"Dalam PRK Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, selalu Umno bertanding tetapi mereka kalah. Perlukah lagi kita beri peluang di kawasan itu? Sama juga dengan MCA. Tidak adil ditanya dan dibahaskan," katanya.
Sementara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata BN sememangnya mempunyai calon, sama ada dari Umno, MCA atau MIC.
Katanya, kredibiliti BN dalam PRK kali ini tidak wajar dipertikaikan kerana parti dalam Pakatan sendiri tidak sepakat menyatakan persetujuan ketua pembangkang untuk bertanding di Kajang.
"Kita ada calon. Umno, MCA dan MIC masing-masing mempunyai calon.
"Prestasi Anwar jatuh kerana parti dalam Pakatan tidak sehaluan. PAS dan DAP tidak berpuas hati. Ada di antara wakil rakyat dan pemimpin PKR tidak berpuas hati dengan penyandang Adun Kajang, Lee Chin Cheh kerana meletakkan jawatan," katanya.
Shahidan berkata PRK adalah satu pesta dosa kerana banyak perbuatan fitnah disebarkan dalam kempen PRK sehingga pihak yang diaibkan sudah tidak ada apa lagi yang dapat dirahsiakan.
"PRK pesta dosa besar. Jika muda-mudi buat pesta sosial, mereka buat dosa besar tetapi PRK lebih besar kerana dosa orang memfitnah lebih besar daripada membunuh.
"PRK tempat terkumpulnya pesta dosa yang hebat. Dosa ceramah maki hamun di luar batasan kemanusiaan. Mereka memaki orang sehingga tiada apa lagi yang boleh dilondehkan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut melihat penampilan BN dalam PRK kali ini sebagai medan menguji kerajaan dalam beberapa isu yang sering dimainkan di Selangor.
"PRK kali ini, pengundi tidak lihat isu tetapi kehadiran kerajaan dengan fakta sama ada kerajaan mampu menstabilkan harga dan selesaikan beberapa isu besar seperti perkauman dan sengketa agama," katanya. – 5 Febuari, 2014.- TMI

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kisah Romantik Rumahtangga Rasulullah s.a.w

Posted: 04 Feb 2014 05:52 PM PST

Gambar hiasan
Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah."
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?"
Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)Minum bergantian pada tempat yang sama

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. " (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. 
Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis Riwayat Nasai)

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. J

ika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Berkhidmat pada isteri

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, "Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. 

Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. 
Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. " Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. 
Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Kisah Rasulullah s.a.w Membuka Baju Untuk Dipukul Sahabat

Posted: 04 Feb 2014 07:48 AM PST

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. pada saat sudah dekat wafatnya Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. 

Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Allhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. 

Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kalian, yang kasih dan sayang pada kalian semua seperti seorang ayah. Oleh kerana itu kalau ada yang mempunyai hak untuk menuntutku, maka hendaklah ia bangun dan balaslah saya sebelum saya dituntut di hari kiamat." 

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata
"Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w, kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu melakukan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "

Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya ingin tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut." 

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqisas." 

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata:"Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, ayahandamu telah menyediakan dirinya untuk diqisas." 

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqisas Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., segeralah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah S.A.W. 

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Ketika melihat hal itu maka sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq dan sayyidina Umar bin Khattab berdiri dan berkata, "Hai Ukasyah! Kami sekarang berada di hadapanmu! Pukul dan qisaslah kami berdua sepuasmu dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasulullah saw.!" Namun, dengan lembut, Rasulullah saw. berkata kepada kedua sahabat terkasihnya itu, "Duduklah kalian berdua. Allah telah mengetahui kedudukan kalian." 

Kemudian berdiri sayyidina Ali bin Abi Thalib yang langsung berkata, "Hai Ukasyah! Aku ini sekarang masih hidup di hadapan Nabi saw. Aku tidak sampai hati melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasulullah. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku semaumu dengan tangan engkau sendiri!" Berkata Rasulullah saw. "Allah swt. telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali!" 

Setelah itu cucu Rasulullah Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqisas kami sama dengan kamu menqisas Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kalian berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, terlihatlah kulit baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir. 

seketika 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini kerana saya hendak menyentuhkan badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." -murobbibadarshams.blogspot.com

Kadang-kadang Binatang Lebih Menghargai Erti Persaudaraan@Persahabatan Dari Manusia

Posted: 04 Feb 2014 03:03 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERANG KEM SEMAKIN BESAR: FAEKAH/KHALID vs AZMIN/ANWAR

Posted: 04 Feb 2014 08:52 PM PST

Tajamnya sindiran Faekah kepada Azmin Ali? 

Faekah Husin menulis dalam tweeter Ya Allah...Sedangkal ini? Sedangkal ini untuk menghalang BN terpaksa pasang Anuar Berahi. Rakyat Selangor semakin bercelaru dengan pertikaman lidah dan gaduh bergaduh antara kem Faekah yang menolak Anuar Berahi yang dikatakan bernafsu besar itu, bertentang lawan dengan kem Azmin Ali yang mempergunakan Anuar Berahi.

Kepada Azmin Ali, Faekah bukan sebarang wanita, kalau tidak masakan mungkin punya kata-kata yang sepedas itu dong!

Azmin Ali, bekas guru Matematik sudah tentu tidak punya ayat untuk menjawab tinta Faekah Husin. Melainkan retorik lama kononnya Anuar Berahi pemimpin internasional, malangnya dihalang masuk di pintu Jepang!!!


Angkara Cina DAP - Negara Rugi Berjuta-Juta Hinggit

Posted: 04 Feb 2014 07:03 PM PST


Selama ini ramai rakyat merungut dan berterusan menyalahkan pihak kerajaan dan juga UMNO serta Perdana Menteri sekiranya harga ikan dan makanan laut melambung tinggi di pasar-pasar.

Jenuh pihak kerajaan berusaha mencari formula untuk mengawal harga barang. Namun ia bagaikan sia-sia sahaja apabila harga terus naik tanpa sebab musabab yang jelas. Dalam masa yang sama isu kenaikkan harga ikan dan hasil laut umpama menjadi lauk kepada pihak pembangkang untuk berterusan menyalahkan kerajaan.

Harga ikan mahal semua salah Kelajaan. Wa punya tokey tatak salah!

Utusan Malaysia Rabu 5 Februari 2014: M/S 8
Menyalahkan kerajaan dalam apa jua isu adalah perkara paling gampang yang mampu dan mudah dibuat oleh pihak pembangkang kerana itulah sumber rezeki, kuasa dan pengaruh mereka. Tidak perlu bersusah payah membuat kerja turun ke lapangan dan mencari idea untuk membantu memulihkan keadaan. Cukup menghamburkan fitnah dan tohmah agar rakyat marah. Lalu disitulah mereka akan meraih populariti kononnya hanya mereka yang mampu menyelesaikan masalah rakyat. 

Dalam masa yang sama, pihak pembangkang seperti Cina-Cina DAP dan PKR tidak perlu turun berpanas dan berhujan dengan demonstrasi. Hanya cukup mencetuskan keadaan panik ekonomi di kalangan rakyat dan biarkan Melayu-Melayu PAS dan PKR sahaja terkinja-kinja berdemo sana sini. Cukup mulut mereka disumbat duit hasil entah dari mana sumbernya, hati-hati Melayu ini akan terus gelap dan kelam bersorak tanpa mengetahui agenda tersembunyi puak kafirin DAP kemaruk memerintah Malaysia. 
Bagi kami perbuatan segelintir tokey-tokey kapitalis industri perikanan ini merupakan perbuatan sabotaj ekonomi kerana perbuatan mereka bersifat jahat dan khianat pada negara ini. Sudahlah dapat pelbagai insentif dari kerajaan, tak cukup duit dapat lagi bot, enjin bot dan pukat. Namun mereka sanggup menipu kerajaaan dan majoriti rakyat dengan perbuatan khianat mereka. Bila harga ikan mahal, senang mereka salahkan kerajaan Melayu yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional. 

Kalau dah jenis pemakan babi, memang perangai pun macam babi juga...menyondol tak kira siapa. 

Ayuh kita jihad ekonomi. Singkirkan pengkhianat ekonomi. ASAL BUKAN CINA DAP (ABCD)

CINA ROGOL BUDAK MELAYU ISLAM BALIK MENGAJI

Posted: 04 Feb 2014 06:51 PM PST


MUAR 4 Feb. - Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menculik, merogol dan melakukan seks oral terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, minggu lalu.

Sia Tiong Yap, 29, mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini bagi tujuan memuaskan nafsunya kira-kira pukul 2 petang, 28 Januari lalu.

Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.

Sementara pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada pukul 2.30 petang dan 2.50 petang, hari yang sama.

Dakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat.

Bagi pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa terbabit kira-kira pukul 3 petang pada hari dan lokasi yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon agar dia diberikan jaminan dengan alasan sudah berkahwin dan mempunyai anak yang perlu disara.

Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh berikutan kesalahannya yang sangat serius.

Suzana tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jamin dan menetapkan 20 Februari ini sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan dan kimia selain membolehkan tertuduh melantik peguam. -Sumber

ANWAR IBRAHIM TIDAK KECEWA SINGAPURA BATAL WORLD HIJAB DAY

Posted: 04 Feb 2014 06:30 AM PST

Kerajaan Singapura bertindak mengugut dan menentang kumpulan World Hijab Day (WHD). Ini satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung.
Teringat kes penyanyi bertudung di negara kita dipaksa turun dari pentas oleh seorang bukan Islam baru sahaja hari itu.
Sehingga ke hari ini Teresa Kok yang baru sahaja menyindir serta menghina dalam youtube tahun baharu cinanya hanya berdiam diri tentang hal-hal keadilan ke atas umat Islam itu.
Malah, Anwar Ibrahim yang kononnya pemimpin bertaraf dunia konon tidak hendak memberi komen akan hal-hal berkaitan Islam yang dipinggirkan di negara jiran Singapura. Barangkali takut rakan-rakan karibnya dalam DAP tersinggung kerana hubungan baik PAP dengan DAP sejak sekian lama. 
Hebat sekali pemimpin bertaraf dunia dari Malaysia, bertaraf dunia tetapi diusir daripada menginjakkan kakinya di tanah Jepang.
Terkenang cikgu Cina menyuruh anak murid Melayu Islam diikat lehernya dengan loceng dan disuruh makan rumput bagaikan binatang. Hingga ke hari ini, Anwar Ibrahim mengunci mulutnya.
Begitu juga perbuatan orang Cina yang merogol murid Melayu yang baharu pulang dari mengaji, Anwar Ibrahim turut berdiam diri kerana takutkan tidak mendapat sokongan DAP unttuk PRK Kajang dan jawatan MB Selangor.

PERDAMAIAN NASIONAL: SYARATNYA JANGAN PERSOAL ISLAM AGAMA NEGARA

Posted: 04 Feb 2014 04:44 AM PST

Beberapa hari terakhir ini sibuk diperkatakan persoalan Pelan Perdamaian Nasional. Pelan perdamaian ini ditimbulkan semula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang antara lain meminta supaya diadakan pertemuan di kalangan pimpinan kerajaan dan pembangkang untuk membincangkan masa depan negara khususnya yang berkaitan dengan keharmonian dan perdamaian.
Perdana Menteri telah pun memberi ulasan mengenai cadangan itu. Antaranya beliau tidak menolak cadangan sedemikian tetapi dibincangkan bukan dalam konteks Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri antara lain juga menyarankan supaya isu ini dimulakan di peringkat Parlimen bagi membolehkan Wakil-wakil Rakyat tanpa mengira parti memberi pandangan dan pendapat berhubung dengan pelan perdamaian tersebut.
Sebelum itu memang terdapat berbagai reaksi positif dan negatif. Rata-ratanya kebanyakan pihak melihat cadangan itu secara berwaspada dan terdapat sebilangan yang dilihat agak skeptikal. Ini disebabkan orang yang tiba-tiba membawa cadangan itu mempunyai latar belakang dan kredibiliti yang banyak boleh dipersoalkan.
JATI berpendapat bahawa cadangan seperti ini bukan baharu bahkan ianya pernah dilontarkan oleh pihak-pihak yang berpengaruh termasuk Presiden PAS sendiri Dato Seri Abdul Hadi Awang yang telah membuat usul yang hampir-hampir sama. Malangnya cadangan murni itu tidak mendapat sokongan dan dokongan daripada pimpinan parti beliau sendiri dan rakan-rakan Pakatan Rakyat pada waktu itu.
JATI juga berpendapat usul perdamaian yang begitu penting dalam konteks "nation building" mungkin akan lebih diberi perhatian yang lebih serius oleh pimpinan daripada berbagai latar belakang sekiranya usul sedemikian datangnya daripada personaliti yang berintegriti, berkredibiliti dan mempunyai latar belakang akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan suri teladan.
JATI sendiri sebagai sebuah badan bukan kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menggembeling tenaga fikir rakyat Malaysia dalam isu yang berkaitan dengan perdamaian ini. Di kalangan pimpinan dan ahli JATI sendiri pun terdapat individu-individu yang layak memberi input terhadap fikrah perdamaian ini.
JATI ingin menyarankan bahawa sebarang cadangan atau usul membincangkan persoalan perdamaian Nasional mestilah berlandaskan kepada kerangka Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Perlembagaan Negara menjamin keagungan Islam, kemartabatan bangsa Melayu dan kedaulatan Institusi Raja. Seperti yang diketahui, ketiga-tiga landasan ini merupakan landasan utama perjuangan JATI.
Sekiranya ada usaha mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat hak-hak keistimewaan tersebut maka tidak ada gunanya Pelan Perdamaian Nasional diteruskan.
JATI ingin mengingatkan jangan ada mana-mana pihak termasuk pimpinan parti politik pembangkang yang cuba mengambil kesempatan kononnya atas dasar Pelan Perdamaian Nasional yang dipersetujui oleh pihak kerajaan untuk mempertikai dan mempersoalkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi kerajaan. Mempersoalkan usaha JAKIM yang cuba mempertahankan aqidah umat samalah seperti mempersenda-sendakan Agama Negara dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui bersama sebelum negara mencapai kemerdekaan. Lebih teruk dari itu, tindakan untuk mempersoalkan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan berkaitan dengan Yahudi dan Nasara adalah satu tindakan yang secara terang-terangan menghina Islam yang wajar di"perangi" oleh umat Islam negara ini.
Oleh itu JATI ingin meyerukan kepada semua pihak agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan, fahamilah batas-batas dan hak masing-masing serta junjungi dan patuhilah kehendak Perlembagaan Persekutuan sekiranya kita benar-benar ikhlas ingin melihat Pelan Perdamaian Nasional mencapai kejayaan.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
4 FEBRUARI 2014

Teressa Kok Punya Pasal ...Kita Boikot Barang Cina Sampai Mereka Mampos!

Posted: 04 Feb 2014 01:30 AM PST


Andartu chauvinist ini punya pasallah dahulu sampai kerajaan Malaysia tak semena-mena kena mintak maaf pada kerajaan China kononnya telah menghukum ketuk ketampi seorang wanita Melayu muka macam warga China.

Andartu rasis ini punya pasal juga kerajaan dipersalahkan kononnya beri makanan tahanan ISA seperti dia macam beri makanan pada anjing.

Andartu kiasu ini punya pasal ISA dihapuskan.

Andartu komunis inilah yang memanggang babi 5 ekor sebagai tanda simbolik kejatuhan 5 buah negeri ke tangan pembangkang.

Andartu kafir harbi musyrikin ini punya pasal juga orang-orang Melayu kini naik berang lantaran mulut celupar beliau dalam rakaman sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Andartu betina bernafsu kuda ini tidak akan puas hati kerana dalam darahnya ada benih-benih Yahudi yang sememangnya anti pada umat Islam dan Melayu.

Selagi umat Islam boleh bersabar maka andartu kiasu ini terselamat. Namun apa akan jadi jika umat Islam dan Melayu hilang kesabarannya? 

Malaysia ini sebuah negara kecil sahaja...tak susah untuk mencari dan mengajar manusia biaDAP seperti ini...!!!

Kerana perbuatan kamu, maka kami akan lancarkan jihad fisabilillah memboikot barangan produk bangsa kamu sehingga kamu mampos dan melutut mintak maaf pada bangsa Melayu.

Allah Akhbar!!!    





Sebar-sebarkanlah...