Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR MANA MAHU LARI, NO MORE TANGGUH-TANGGUH

Posted: 30 Jan 2014 11:29 PM PST

Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.
Menurut Muhammad Shafee, keputusan pada hari yang sama itu perlu dibuat bagi membolehkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, dapat didengar pada 12 dan 13 Februari tanpa perlu sekali lagi ditunda.
"Saya mengetuai pendakwaan ini. Jika Mahkamah Persekutuan tidak buat keputusan sama ada saya layak atau tidak, kita tidak boleh teruskan rayuan ini kerana status saya. Hanya satu cara sahaja untuk pihak pendakwaan meneruskan rayuan tanpa saya iaitu jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan saya tidak layak.
"Namun semuanya terpulang kepada Mahkamah Persekutuan," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh baharu iaitu pada 11 Februari ini untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar bagi mengetepikan beliau yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.
Pada Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar dan memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah sah mengikut undang-undang.
Rayuan terhadap kes liwat Anwar dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara antara pukul 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam pada itu, diminta mengulas tindakan Anwar dan pasukan peguam belanya yang berterusan bertindak membuat rayuan bagi mengetepikan beliau meski pun pelantikan tersebut sah mengikut undang-undang, Muhammad Shafee berkata, rayuan dibenarkan tetapi berharap tidak berlanjutan.
"Kita perlu melangkah ke depan dalam kes ini. Kita ada peringkat lain dan kita tidak tahu keputusannya macam mana. Kedua-dua pihak mungkin merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan, (jika keadaan itu berlaku) lama lagi perjalanan yang perlu ditempuhi," katanya.
Kepada persoalan sama ada keputusan rayuan kes liwat itu nanti jika berpihak kepada kerajaan bakal menjejaskan Anwar untuk bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau berkata, tidak terjejas kerana Ketua Pembangkang boleh membuat rayuan.
"Anwar masih boleh bertanding dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (sekiranya menang) kalau pun dia disabitkan bersalah dalam kes liwat dengan syarat rayuannya di Mahkamah Persekutuan nanti kekal dengan keputusan itu (dilepas dan dibebaskan). Jika tidak, beliau akan berdepan dengan masalah.
"Sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan ini (tuduhan liwat) adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjaya anda sama ada sebagai ahli politik, ahli Parlimen atau doktor akan berakhir. Keseluruhan kerjaya anda berakhir," jelas Muhammad Shafee.
Mengenai spekulasi beliau bakal dilantik menjadi menjadi peguam negara, Muhammad Shafee menjelaskan, khabar angin sedemikian telah bertiup sejak 15 tahun dahulu tetapi pada masa yang sama menegaskan, jika kerajaan yakin atau percaya dengan kepakarannya beliau bersedia untuk memikul amanah tersebut

RAKAMAN DETIK KHALID MB SELANGOR MENANGIS KETIKA DIPAKSA ANWAR

Posted: 30 Jan 2014 05:00 PM PST

Tragis: Saat-saat MB Khalid Menitiskan Air Mata Ketika Dipaksa Mengumumkan Calon PKR Kajang

Dalam bahasa Inggeris : Khalid Ibrahim's expression says it all. Picture taken after he announced Anwar as PKR candidate for Kajang.

Faekah Sang Setia Berkata : Anwar kah Yang Mengejar Bernafsu Besar? Sebesar manakah Nafsu Anwar?

Pengundi Kajang faham MB Khalid dipaksa turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dlam tangis di depan kameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Rayuan Faekah,"simpatilah kepada MB Khalid".

ROKET DAP KRITIK: KHALID MB GAGAL, ANWAR PULA TIDAK ADA TRACK RECORD PENCAPAIAN

Posted: 30 Jan 2014 02:09 PM PST

Dua Wajah : Bakal MB Selangor
SEBENARNYA sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.
Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira 'The Dawn Raid' sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.
Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.
Maka diletaklah Anwar sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track recordpencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.
Nota : Sambung bacaan anda di organ rasmi DAP sebelum mereka diarahkan delete frasa di atas.

PRK Kajang: Insya Allah PAS Berpeluang Jadi MB Selangor!!!

Posted: 30 Jan 2014 11:06 AM PST


Mungkin sengaja Allah s.w.t mentakdirkan supaya Anwar bertanding di PRK Kajang. Sama ada Anwar menang atau kalah ia pasti akan dan tetap memberikan banyak peluang keemasan untuk PAS membuktikan bahawa parti itu masih kuat dan berpengaruh.

Pada percaturan PAS, jika Anwar kalah kedudukan PKR di Selangor hanya tinggal 13 kerusi DUN.

Tetapi jika Anwar menang, kerusi PKR masih kekal 14 buah. Berbanding 15 PAS dan DAP 15. Manakala UMNO 12 buah kerusi DUN. 

Andaikata PAS ingin menabalkan kalangan ADUNnya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN perlu mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB baru dari PAS. Kapir harbi DAP tidak boleh jadi calon MB kerana mereka bukan Melayu dan bukan Islam. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor.  

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah pula dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli berbanding 29 ahli gabungan PKR dan DAP.

Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan peluang Anwar. Kalau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau sesiapa saja di kalangan ADUN PKR yang tidak mahu mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Macam yang pernah dicanangkan oleh PAS dalam PRK Kuala Besut di Terengganu dulu. 




Kedudukan Anwar memang tidak selamat apatah lagi jika undi Khalid Ibrahim atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang belot menyokong PAS akan menjadi undi penentu (majoriti 29 kerusi). Mungkinkah Abdul Khalid yang kini merasa amat terhina dengan percubaan mengugurkan beliau dari jawatan MB turut akan mengundi calon PAS atau berkecuali?

Senario lain pula jika 29 ADUN mana-mana parti itu (gabungan 15 PAS + 12 UMNO + 2 PKR Melayu-Islam) mengusulkan undi tidak percaya pada Anwar, sudah tentu MB dari PKR itu perlu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB PAS yang baru.  Apatah lagi jika ia disokong oleh Tuanku Sultan dan rakyat. Sememangnya PAS perlu mengambil tanggungjawab menjadi MB baru demi membawa Selangor ke arah Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur - Negeri yang dirahmati Allah dan bebas maksiat, Insya Allah.

Apa-apa pun kesemua keputusan itu nanti akan menjadikan calon PAS sebagai MB Selangor yang berwibawa. Inilah masa untuk umat Islam bersatu menentang bapak pluralisme dan komunis DAP. Ayuh PAS lenyapkan mimpi-mimpi Anwar untuk menjadi MB Selangor yang baru. Kamu lebih layak sebenarnya!



Haji Abdul Hadi dan ahli-ahli PAS Selangor yang bijak berstrategi tentu sudah tahu segala kelemahan Anwar. Nah inilah masa sesuai untuk menekan Anwar di DUN Selangor nanti. Ingat foto-foto dan VCD-VCD ghairah Anwar masih banyak belum keluar lagi, PAS tahu semua itu....Apa lagi peluang keemasan sudah ada. Inilah masa PAS perlu membuktikan dirinya bermaruah dan gagah!

PAS mampu membuat keputusan... ADUN Cempaka adalah pemimpin PAS Negeri yang paling layak sebagai MB baru bagi Selangor.

Fikir-fikirlah ...Apapun kita makan sate dulu!


Santai Malam Jumaat : Election & Erection

Posted: 30 Jan 2014 08:00 AM PST


*Sama tapi tak serupa...


PANAS! Gambar Rumah Mewah Bakal Calon PRK Kajang Tersebar?

Posted: 30 Jan 2014 05:00 AM PST

Betul ke ini gambar rumah yang mana seorang pemimpin veteran gunakan alamatnya untuk bertanding di Kajang?


Sumber : FB

*Kalau dulu pembangkang selalu guna isu pengundi hantu iaitu pengundi yang tak tinggal di satu kawasan pilihan raya tapi mengundi di situ, tapi sekarang ni pemimpin mereka yang jadi CALON HANTU semata-mata nak jadi MB.


Santai : Hikmat Putar Alam Ayah Spin Peringkat Tertinggi.

Posted: 30 Jan 2014 03:30 AM PST

Ayah Spin datang lagi untuk memeriahkah suasana politik negara ini.


Jom kita tengok putaran terbaru Ayah Spin.


*Hebat boh....

PRK Kajang: Wakil PAS Wajib Syari'e Menjadi Menteri Besar Selangor!

Posted: 30 Jan 2014 01:11 AM PST


Kini sudah tiba masanya PAS perlu menunjukkan kepada Anwar dan PKR serta DAP di dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka bukanlah kuda tunggangan dan balaci untuk memenuhi majlis-majlis dan demonstrasi-demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan bahawa mereka adalah manusia yang perlu dihormati bukan dipergunakan ketika susah tetapi dilanyak dan disisih ketika sekutu-sekutu mereka berjaya.

PAS adalah sebuah parti Islam-Melayu yang bermaruah. Ditubuhkan oleh alim ulama terdahulu yang ingin melihat penubuhan sebuah daulah Islamiyah di negara Malaysia ini.

PAS berjaya membuktikan prestasinya semasa PRU 13 yang lalu. Banyak kerusi UMNO bertukar tangan sebagai manifestasi rakyat inginkan sebuah perubahan. Namun apakah erti pengorbanan PAS jika kini ia diibaratkan seperti sampah sarap dilempar begitu hina sekali oleh sekutu-sekutunya.

Adakah tidak terdetik di hati sanubari penyokong-penyokong PAS bahawa mereka telah ditipu oleh sandiwara Anwar Ibrahim yang sebenarnya amat kemarukkan jawatan Menteri Besar Selangor. Apakah gunanya PAS Selangor mendapat kerusi lebih besar berbanding PKR dan DAP hatta UMNO sekalipun jika hanya layak menjadi pak turut semata-mata.

Anwar kini menggunakan PRK Kajang sebagai batu loncatan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor akan datang bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang tidak efisyen lagi. Bukankah PAS sebenarnya ramai yang lebih layak. Misalnya Pesuruhjaya Selangor PAS YB Iskandar Abdul Samad yang disukai oleh majoriti ahli-ahli PAS malah di kalangan orang-orang UMNO sendiri.

Layakkah seorang banduan dan ahli maksiat seperti Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang suatu masa nanti akan ditugaskan menjaga kepentingan umat Islam dan Melayu di Selangor? Apa akan jadi pada Islam dan Melayu jika seorang asi dan bermaksiat seperti itu menjadi pemimpin?

Pilihan terletak di tangan ahli-ahli PAS Selangor. Untuk kali ini PAS perlu istiqamah menolak Anwar Ibrahim!   

Ayuh ahli-ahli PAS di Kajang, katakan tidak pada Anwar!

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Amat teringin menjejak kaki ke Makkah - Felixia Yeap

Posted: 30 Jan 2014 10:30 PM PST

Kuala Lumpur: "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah," kata Felixia Yeap.
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.
"Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.
Foto
FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.
Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat. - myMetro

[Video] Kenapa Anwar bertanding di Kajang?

Posted: 30 Jan 2014 08:28 PM PST

“Kita tidak boleh beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati" - Rafizi

Posted: 30 Jan 2014 06:49 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
JANUARY 31, 2014
Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama 'langkah Kajang' penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.
"Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.
"Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang," katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.
PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil
Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.
Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara "kedua" penting.
"Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?
"Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.
"Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.
PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.
Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.
PKR mendakwa "langkah taktikal" itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.
Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.
"Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.
"Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati," katanya. – 31 Januari, 2014.

Memang PKR mempunyai krisis dalaman - Khalid Samad

Posted: 30 Jan 2014 10:45 AM PST

Khalid Samad.
SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.
"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.
Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata, isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.
Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu.
"Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti.
"Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB (Menteri Besar), PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya.
Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan rayakecil DUN Kajang.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - BERNAMA

PRK Kajang : Pemuda Pas komited bantu calon PR

Posted: 30 Jan 2014 05:24 AM PST

SHAH ALAM - Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu.

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya.

Terbaru, akhbar Sinar Harian melaporkan tindakan bekas Adun, Chin Cheh meletak jawatan terus mendapat pertikaian dalam kalangan Pemuda Pas.


Pemuda Pas melihat tindakan itu seperti mempermainkan amanah rakyat yang sebelum ini berusaha memastikan kemenangan beliau dalam PRU13, Mei tahun lalu.

Ketua Pemuda Pas Petaling Jaya Selatan, Aziz Mahaiyuddin berkata, Chin Cheh hanya memperlekehkan usaha dan kepercayaan rakyat kepadanya dan peletakan jawatan tanpa sebab munasabah dilihat mengetepikan matlamat PR memastikan kebajikan dan keadilan terhadap rakyat dilaksanakan sebaiknya.

"Selangor bukan ditadbir PKR saja, tetapi ditadbir bersama Pas dan DAP, sepatutnya keputusan meletak jawatan ini dibincang bersama, bukan keputusan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Suhaizan juga berkata kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini adalah berbentuk teguran ekoran pembaziran akan berlaku melalui PRK.

"Kita tak cakap kita sokong calon yang diletakkan di PRK itu.

"Kita hanya komited atas semangat kerjasama dengan PR, kita sebelum ini juga hanya tegur pemimpin itu kerana telah mempermainkan rakyat, rakyat telah pilih, tapi dia letak jawatan.

"Sepatutnya tak perlu letak jawatan begitu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Najib lemah - Isma

Posted: 30 Jan 2014 03:15 AM PST

JANUARY 30, 2014
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyesali sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah.
"Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau," kata Naib Presiden II Isma, Abdul Rahman Mat Dali.
Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.
Kata Najib, beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.
Justeru bagi Isma, ini sekali lagi membuktikan Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.
Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan, kata Isma.
Isu penggunaan nama Allah telah mencetuskan pelbagai peristiwa sejak kebelakangan ini.
Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kartolik Herald menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Namun, Mahkamah Rayuan menolak keputusan itu.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula telah menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pemimpin PBM juga dibawa ke balai polis walaupun dibebaskan kemudiannya.
Sejak itu, ada-ada sahaja peristiwa yang berlaku mengenainya sehingga dikatakan menimbulkan ketegangan.
Ramai juga yang berpendapat ketegangan ini hanya ciptaan sahaja kerana isu sebenar negara adalah kenaikan kos sara hidup. – 30 Januari, 2014.- TMI

'Reformis bogel' calon bebas ke 2 PRK Kajang

Posted: 30 Jan 2014 12:10 AM PST


2:25PM Jan 30, 2014

Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat "konspirasi politik" Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.


Ramlan sebelum ini terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.

Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru

Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid.

Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Sekiranya benar perlu ditukarkan menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon menteri besar yang baru," katanya.

Bahkan laporan harian itu juga menyebut, Khalid telah mentadbir Selangor dengan baik sehingga tiada kewajaran untuk melakukan penyingkiran.

Khairuddin berpendapat, pilihan raya kecil yang akan diadakan di Kajang sebenarnya "pengkhianatan" terhadap tahaluf siyasi(kerjasama politik) kerana ia langkah licik demi kepentingan PKR dan bukannya Pakatan Rakyat. - malaysiakini

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Najib jangan "stop" main gendang untuk CNY ...

Posted: 30 Jan 2014 06:37 PM PST

Undi biri-biri lebih baik dari ular senduk

Posted: 30 Jan 2014 07:00 AM PST

Kecewa buat cara kecewa, abenda kau merepek Azmin?

Posted: 30 Jan 2014 03:57 AM PST

Jangan dipisangkan oleh si tauGAY, wahai pengundi Kajang

Posted: 30 Jan 2014 01:00 AM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Khalid Samad akui kepimpinan PKR alami krisis?

Posted: 30 Jan 2014 07:48 PM PST


Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.

"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.

Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Suara Politik
Belantan

Muslihat Anwar elak dihukum?

Posted: 30 Jan 2014 11:59 AM PST


Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.

Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.

Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama.

Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR.

Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.

"Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.

"Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan kelmarin selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang dikosongkan oleh Chin Cheh.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berpandangan, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) malah menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum'.

"Saya tidak hairan dengan 'drama' Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008," dakwanya.

Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi 'korban' iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.

"Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau," dakwanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.

"Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Suara Politik
Belantan

Khalid jadi 'korban' wayang politik PKR?

Posted: 30 Jan 2014 02:26 AM PST


Semakin jelas kini, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lim Chin Cheh yang menyatakan keputusannya meletakkan jawatan itu ''untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan pakatan pembangkang berkhidmat untuk rakyat Selangor."

Ia berikutan langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bertanding di kawasan tersebut sekali gus jika mereka berjaya dalam pilihan raya kecil yang diadakan, calon itu bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketika ini Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri bersedia 'menurunkan darjat impian itu' dengan menggantikan Abdul Khalid.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Khalid, semalam dan sekali gus mengesahkan desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dalam satu kenyataan akhbar bahawa "berdasarkan pengalaman dan kewibawaan memimpin negara, AMK percaya Anwar ialah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar".

'' AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

''Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang,'' katanya.

Kenyataan itu sekali gus bermakna rakyat sekali lagi terpaksa menyaksikan satu lagi episod memualkan daripada PKR dalam usaha memenuhi agenda politik mereka. Ia memandangkan sebelum ini sudah berlaku dua pilihan raya kecil yang dicipta dengan sengaja oleh PKR bagi tujuan itu.

Kali pertama apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar menguasai semula kerusi itu.


Begitu juga di DUN Penanti yang menyaksikan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 2009.

Jika benar Anwar hendak bertanding, ia bermakna inilah kali kedua pilihan raya kecil diadakan semata-mata untuk memberi kedudukan kepada beliau.

Namun apa yang menarik untuk diperkatakan berhubung kedudukan Abdul Khalid yang akan meneruskan badi kerusi panas Menteri Besar Selangor, apabila terpaksa meninggalkan jawatan itu dalam keadaan kontroversi.

Sebelum ini nasib yang sama sudah berlaku kepada Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo. Kesemua mereka kehilangan jawatan itu dalam keadaan yang boleh dianggap tidak rela atau terpaksa. Kecuali Dr.Mohamad Khir yang tumpas dalam pilihan raya umum, Harun, Muhammad dan Abu Hassan pula terpaksa berundur kerana isu yang dikaitkan dengan mereka.

Bagaimanapun kes melibatkan Abdul Khalid lebih unik memandangkan ia berlaku berikutan perbalahan politiknya dengan Azmin Ali apabila ADUN Bukit Antarabangsa itu digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Isu itu ditafsirkan kemuncak perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid yang berlanjutan sejak 2010. Biarpun Abdul Khalid sudah menegaskan, keputusan pengguguran itu bukan dilakukan oleh beliau, namun politik adalah berkaitan dengan persepsi.

Begitulah juga dalam isu ini, biarpun dokumen sulit mengenai kronologi pengguguran Azmin membuktikan ia bukan arahan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid tetapi itu tidak bermaksud beliau 'terlepas' daripada persepsi politik.

Apatah lagi sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, hubungan Abdul Khalid dan Azmin sentiasa tegang.

Azmin merupakan pengkritik tegar kepada kepimpinan Abdul Khalid sejak tahun 2010. Isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dianggap bagaikan 'gunung berapi yang memuntahkan laharnya.'

Sejak awal lagi, ramai yang sudah meramalkan Abdul Khalid akan 'terkorban' dalam pertembungan dengan Azmin yang dianggap orang kesayangan Anwar.

Biarpun Abdul Khalid cuba 'bermain wayang politik' dengan menggambarkan seolah-olah beliau sedang berusaha mempertahankan kedudukannya namun sandiwara itu tidak kekal lama. Sebaliknya, beliau akhirnya bersetuju untuk berundur asalkan bukan Azmin menjadi Menteri Besar.


Keadaan itu membuktikan, kepimpinan PKR tidak mahu melihat perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin berlarutan, justeru salah seorang mesti 'berkorban' atau 'terkorban' dan dalam soal ini, Abdul Khalid dilihat berada di kedua-dua posisi itu.

Ia memandangkan cengkaman politik, bekas tokoh korporat itu yang baru menceburi bidang politik kira-kira enam tahun lalu selepas dipilih menjadi calon PKR di DUN Ijok dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 2007 semakin longgar.

Abdul Khalid semakin terhimpit, terdesak dan tertekan dengan pelbagai serangan politik yang dilancarkan dengan tujuan menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Walaupun pada awalnya ADUN Pelabuhan Klang itu dilihat mahu melawan gelombang yang semakin kuat menghempas perjalanan politiknya, namun akhirnya beliau mengalah.

Sudah menjadi lumrah dalam politik, seseorang pemimpin itu mungkin mampu bertahan dengan tekanan luar tetapi beliau tidak akan mampu bertahan jika tekanan berlaku dari dalam.

Begitu juga Abdul Khalid, perbalahan beliau dengan Azmin yang tercetus sejak sekian lama mampu menamatkan karier politiknya. Kalau pun tidak sekarang, mungkin akan datang.

Justeru Abdul Khalid berada dalam dilema memandang kelompok yang dianggap oleh beliau sebagai tidak bermoral kerana mendesak beliau mengundurkan diri, bukanlah calang-calang kelompok.

Mereka terdiri daripada penyokong-penyokong kuat Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Anwar.

Abdul Khalid boleh sahaja bertahan bagi mengelakkan diri beliau daripada 'terkorban' dalam konflik yang berlaku tetapi persoalannya sampai bila?

Mahu tidak mahu, Abdul Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai pilihan iaitu berkorban demi mengelakkan daripada dijatuhkan secara tidak terhormat termasuklah kemungkinan menghadapi undi tidak percaya di DUN yang bukannya akan dilakukan oleh pihak lain tetapi oleh PKR sendiri.

Bagaimanapun seperti diramalkan oleh banyak pihak, kedudukan Abdul Khalid tidak akan sampai ke peringkat tersebut kerana PKR tidak akan mengizinkannya. Itulah yang berlaku sekarang. Malangnya, dalam menyelesaikan konflik politik dalaman PKR, rakyat diseret sama apabila satu lagi pilihan raya kecil yang akan menelan kos lebih RM1 juta terpaksa diadakan.

PKR begitu lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara tetapi hakikatnya mereka lebih buruk lagi kerana sanggup membenarkan satu pilihan raya kecil diadakan demi memenuhi agenda politik parti tersebut.

Mungkin ramai yang bertanya di manakah moral politik PKR kerana sanggup berbuat demikian tetapi persoalannya sejak bila pula PKR mengambil berat soal moral? Tepuk dada tanyalah hati! -UMO

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Faekah bidas Anwar, teliti perlembagaan negeri?

Posted: 30 Jan 2014 08:37 PM PST


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.


"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

* Saat-saat MB Khalid menitiskan air mata ketika dipaksa mengumumkan calon PKR Kajang. Sila lihat di sini.

Wasabi Oyabun..