Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Khairy tertekan dengan langkah PKR

Posted: 29 Jan 2014 10:53 PM PST

jANUARY 29, 2014
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik PKR hari ini. Rakyat secara umum mengetahui PKR, dengan dukungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju bersama atas semangat Pakatan Rakyat untuk meletakkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, yang kosong akibat peletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Reaksi pantas Khairy Jamaluddin sebagai selebriti media sosial dijangka, dengan segera memperolok-olokkan Anwar atas keputusan tersebut yang secara jelas mendedahkan bahawa Umno Barisan Nasional cuba mengalihkan perhatian rakyat yang berminat untuk mengetahui senario politik di Selangor ini. Saya tidaklah memandang berat komen kosong Khairy Jamaluddin tersebut, tetapi inilah bentuk tekanan awal yang dizahirkan oleh pimpinan Umno Barisan Nasional.
Sejak awal lagi, Umno Barisan Nasional cuba membina persepsi negatif terhadap perkembangan tersebut melalui tweet dan sebaran media sosial kerana menyedari impak penyertaan Anwar ke dalam kancah politik Selangor secara khususnya, yang hampir pasti memberi pukulan lebih hebat kepada mereka pada masa ini sudah tidak lagi relevan di Selangor.
Anwar mahu jadikan Selangor sebagai model pentadbiran di Putrajaya
Memang wujud tekanan dan persepsi berbeza daripada semua golongan, dan PKR berbesar hati untuk menerima perbezaan tersebut. Benar akan berlaku sebuah pilihan raya kecil yang menurut sesetengah pihak, sebagai membazirkan wang rakyat, namun, meneliti keperluan dan permintaan untuk menyediakan perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat, maka Anwar mengambil langkah progresif dan berani sebagai persediaan Selangor menjadi model pentadbiran di Putrajaya kelak.
Tindakan ini mungkin tidak popular, tetapi PKR yakin ia adalah strategi terbaik dan penuh perancangan serta dedikasi supaya apa yang diperjuangkan selama ini kembali ke landasan yang tepat dan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perubahan.
Anwar Ibrahim dan PKR komited dengan janji untuk sebuah pentadbiran yang lebih telus dan berani walaupun berdepan kritikan dan teguran.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang memasuki usia enam tahun di Selangor serta Pulau Pinang bukanlah sepertianak kecil yang merangkak.This child is growing, dan bersedia menempuh fasa baru yang lebih matang dan mencabar.
Anwar kini adalah pemimpin, yang bersedia berkongsi pengalaman luasnya di dunia politik untuk manfaat bersama rakyat Selangor. Kini, beliau berpeluang berperanan lebih jelas dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.
Hubungan Pakatan Rakyat erat dan tidak mudah goyah
PKR menelusuri 15 tahun penubuhannya dengan isu dan cubaan politik yang pelbagai. Malah dari tempoh waktu itu, 6 tahun parti ini membina setiakawan dan pakatan yang erat dengan PAS dan DAP. PKR menerima baik perbezaan pendapat dan yakin bahawa hubungan ini sangat erat dan tidak mudah goyah dek satu lagi cubaan politik baru.
Saya menyedari wujud usaha untuk menggeserkan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, namun meyakini bahawa setiakawan yang terbina sejak penggal lalu akan menjadi sandaran untuk Pakatan bersama menempuh sekali gus meningkatkan kembali pemahaman dan keyakinan rakyat terhadap matlamat kami.
Iltizam untuk memberikan reformasi pentadbiran kepada rakyat Malaysia, nyata mengatasi segala-galanya. PKR bersama PAS dan DAP tidak akan layu dek kerana label dan momokan kosong yang menjadi acahan Umno Barisan Nasional bagi mengalih isu semasa.
Khairy, dalam peranan sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia Sukan tidak harus ghairah menjadi populis, sedangkan pentadbiran kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional lebih tenat dan melupakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Khairy boleh memilih untuk menghiburkan pengikutnya di laman sosial dan menjadi selebriti politik, tetapi jangan sesekali cuba menyembunyikan tekanan dan keresahan dengan penyertaan Anwar ke DUN Selangor. Tekanan Khairy begitu dirasai, dan saya yakin tekanan ini sedang membara dan sedikit masa lagi Umno Barisan Nasional akan berhabis-habisan menyerang peribadi calon PKR di N25 Kajang.
PKR komited untuk terus melawan bagi menjadi pemangkin perjuangan rakyat. Lawan tetap lawan! – 29 Januari, 2014.- TMI

Dalam suasana getir, PAS hulur semangat setiakawan kepada Anwar, kata Salahudin

Posted: 29 Jan 2014 07:37 PM PST

JANUARY 30, 2014
Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Tindakan PAS memberikan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah untuk menunjukkan semangat setiakawan ketika parti rakannya itu sedang menghadapi masalah.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya hari ini berkata:"Adalah penting di saat-saat sukar begini PAS terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan."
Kenyataan ini dibuat Salahudin ketika pelbagai kenyataan dibuat oleh pemimpin muda PAS bagi membantah apa yang belaku berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman, berkata PAS Selangor akan menghantar calonnya sendiri jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan kenyataan itu menjadi tajuk muka depan akhbar harian.
Kenyataan Nasrudin Hassan iaitu bekas ketua pemuda PAS (yang dibuat atas nama ahli PAS Indera Mahkota), Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan; serta ketua Pemuda PAS Selangor dan Gombak tidak mendapat tempat dalam media tetapi memberikan lambang besar terhadap apa yang berlaku di kalangan akar umbi.
Kenyataan seorang AJK Pemuda PAS Selayang, Zuhdi Mat Piah yang mengungkit cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, allahyarham Harun Taib agar tahaluf siasi dengan PKR dikaji sangat menarik dalam situasi dan mood yang ada di kalangan ahli PAS sekarang.
Ia melambangkan sikap sesetengah ahli dan penyokong PAS bahawa mereka sangat kesal dengan apa yang berlaku.
Salahudin menyertai sidang media Pakatan Rakyat semalam ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan di Kajang.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan peletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh. Tindakan ini menimbulkan kemarahan akar umbi Pakatan termasuk sebahagian ahli PAS.
Sehubungan itu, penyertaan Salahudin dalam sidang media pengumuman Anwar sebagai calon Kajang secara tidak langsung tidak disenangi oleh sebahagian ahli PAS.
Salahudin sedar hal ini apabila berkata:"Isu ini mencetuskan reaksi yang sangat kontroversi tidak seperti pilihan raya kecil sebelum ini kerana amat sukar untuk memahamkan rakyat biasa tentang isu dalaman parti khususnya.
"Rakyat begitu marah dan keadaan ini pastinya meletakkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang begitu sukar dan memerlukan sokongan dan dukungan.
"Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukkan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi DUN Kajang," kata Salahudin dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, sekiranya PAS tidak berpuas hati dengan beberapa isu dan masalah dalaman yang melibatkan Pakatan Rakyat, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian. – 30 Januari, 2014. TMI

PRK Kajang : Azmin pujuk PAS Selangor

Posted: 29 Jan 2014 01:15 AM PST





KAJANG 29 Jan - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Azmin Ali segera mengambil tindakan memujuk parti PAS Selangor setelah menyedari parti Islam tersebut tidak senang hati dengan tindakan PKR yang membelakangkan sekutunya susulan isu peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh.

Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bagi meminta bantuan jentera PAS dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) DUN Kajang.

"Saya hubungi Iskandar Samad pada pagi tadi, berbincang panjang dan esok saya akan bertemu sekali dengan Iskandar dan pimpinan PAS Selangor.


"PAS dengan pertemuan dengan Datuk Mustaffa Ali dua hari lalu turut memberikan komitmen," katanya ketika berucap semasa sesi taklimat bersama jentera PKR di sini, hari ini.

Tambah Azmin lagi, sokongan itu bagi memastikan kelancaran kempen dan jentera pilihan raya bagi mengekalkan kerusi PKR di kawasan terbabit.

Katanya, PKR akan berbincang secara serius untuk mendapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang akan diterjemahkan dalam tenaga dan gerak kerja di dalam PRK kali ini.
alt
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasaan Tantawi meluahkan  rasa tidak puas hati beliau mengenai perletakkan jawatan penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh dilaman sosial Facebook dan Twitternya.

Nasruddin Hasaan berkata, pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.

"Tiba-tiba sahaja ada pilihanraya kecil, tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesuka hati meletak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main- main sahaja!

"Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah," katanya

Nasruddin Hasaan turut berkata, malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan penuh pengorbanan dan kepercayaan.

"Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


PAS Bantah Anwar Bertanding DUN Kajang?

Posted: 29 Jan 2014 07:13 PM PST


PAS Selangor menyuarakan bantahan terhadap hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, terutamanya jika langkah itu bertujuan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dilaporkan malaysia-chronicle.com
mengkritik tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatannya sebagai langkah untuk membolehkan Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan di DUN itu.

"Pemuda PAS Selangor berpendapat bahawa adalah tidak wajar beliau untuk melepaskan jawatan tanpa sebab yang konkrit. Ia sebuah kisah mengkhianati kepercayaan orang ramai kerana Lee telah menerima majoriti besar 6,824 undi.

"Perbelanjaan bagi pilihan raya kecil juga melibatkan dana dari orang ramai yang agak besar," katanya.

Perkara sama turut diutarakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Dr Mohd Khairuddin dilaporkan FMT berkata pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.

"Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin.

"Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN.

"Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya PRK Kajang.

"PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan," soalnya.

Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

"Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

"Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan," katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

"Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR," tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

"PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor," katanya.

The Malay Mail online.com melaporkan PAS Selangor akan bertindak balas jika Anwar memulakan langkah untuk menjadi MB Selangor baharu.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Otman.

Suara Politik
Belantan

PAS Tuntut Jadi MB Selangor Jika Khalid Diturun?

Posted: 29 Jan 2014 01:20 AM PST



PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Fikir balik apa Faekah kata

Posted: 29 Jan 2014 09:34 PM PST

Anwar nak beri jawatan ke PAS?

Posted: 29 Jan 2014 07:00 PM PST

M'sia Insider pula buat fitnah nak pecah belah UMNO

Posted: 29 Jan 2014 04:35 PM PST

Rafizi yang memandai mahu Kajang bi-election

Posted: 29 Jan 2014 07:00 AM PST

Tiga penerimaan awam berbeza terhadap Kajang bi-election

Posted: 29 Jan 2014 04:00 AM PST

Lawak Petang: Mani-festo Kajang Bi-Election

Posted: 29 Jan 2014 02:00 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WANITA ITU KATA DIA BERNAFSU BESAR

Posted: 29 Jan 2014 06:00 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat Melayu dan Islam, selain sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Dr Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata tidak mustahil Anwar boleh menjadi menteri besar yang baharu kerana kerusi DUN Kajang kini telah dikosongkan dan ia memberi laluan kepadanya untuk menjadi ADUN.
Bagaimanapun, kesemuanya bergantung sama ada Anwar berjaya mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor atau tidak.
"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri telah menyebut pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan PR sebelum beliau dapat digantikan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun, Abdul Aziz berkata, dari sudut perlembagaan, peranan sultan tidak disebutkan, kerana budi bicara melantik sebenarnya hanya relevan jika calon yang mahu dilantik masih lagi tidak jelas.
"Sekiranya parti yang ada dalam dewan itu sepakat menamakan seseorang maka sebenarnya istana tidak ada pilihan.
"Apa yang berlaku selama ini di mana istana meminta dua atau tiga nama adalah satu perbuatan campur tangan yang tiada asas dalam Perlembagaan," katanya.
Sinar Harian turut melaporkan pandangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang berkata hak menggantikan Menteri Besar Selangor yang baharu adalah milik semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya hanya diputuskan oleh PKR.
"Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa Pas akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.
"Dan kita sudah ada senarai itu dan kita bukan 100 peratus bersetuju jika PKR ingin menentukannya sendiri ," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin dalam twitternya menasihati ahli politik bukan dari negeri Selangor agar terlebih dahulu mengkaji Perlembagaan Negeri dan tidak menghina Sultan Selangor.
Faekah yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menulis ayat yang berbunyi; "Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendung patutkah berjiwa besar??."

PAS BERKATA : DEMI KUASA & WANG, MEREKA SANGGUP MUNGKAR JANJI

Posted: 29 Jan 2014 02:24 PM PST

Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap Tahaaluf Siyaasi, kata YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Berikut merupakan kenyataan penuh beliau yang disiarkan laman sosial El Haraki :
1. Kerusi MB Selangor adalah pilihan oleh PAS menerusi Presiden PAS. Mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB secara berterusan adalah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS.
2. Tan Sri Khalid telah berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik. Masalah yang berlaku hanyalah kerana ada pihak di kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi menerusi Tan Sri Khalid yang sangat tegas dalam pengurusan kewangan terutamanya. Tidak ada kewajaran untuk menukar beliau sebagai MB.
3. Sekiranya benar perlu ditukar maka jawatan MB secara mudah boleh diserahkan kembali kepada PAS dengan pemilihan YB Iskandar sebagai MB baru
4. PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor oleh PKR. Tujuan PKR ialah untuk mengelakkan jawatan beralih tangan kepada PAS iaitu Iskandar Samad. Ini satu pengkhianatan terhadap rakah Tahaaluf Siyaasi. Ia merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.
5. Dalam masa yang sama ia satu tempelak kepada Presiden PAS kerana Presiden PAS yang membuat keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Maka tindakan PKR adalah satu penghinaan kepada Presiden.
6. Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku.
YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Kenapalah Najib Tak Boleh Fikir Macam Tok Mat MB Negeri Sembilan...

Posted: 29 Jan 2014 06:00 PM PST

Komen stright to the point menteri besar negeri sembilan mengenai pilihanraya kecil dun kajang...

PAS Kini Makin Seronok Di Tipu Oleh Anwar...

Posted: 29 Jan 2014 12:00 AM PST


Dulu pas keluar dari barisan nasional kerana mendakwa ditipu oleh umno.

Katakanlah memang umno tipu pas.

Memang bermaruah jika pas keluar dari barisan nasional ketika itu.

Tapi sekarang anwar terang-terang tipu pas.

Adakah pas akan ambil tindakan yang sama macam mereka buat sewaktu di tipu oleh umno dulu atau masih rela ditipu?

Pada aku tak mau gabung dengan umno tak apalah.

Cuma hairan dah terang kena tipu masih sanggup nak duduk sekali.

Mungkin sekarang ini pas sudah seronok di tipu dan kena tipu...

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Who Let the Dogs out?

Posted: 29 Jan 2014 06:38 AM PST

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Bergayut Di Cabel Untuk Ke Sekolah

Posted: 29 Jan 2014 09:49 PM PST

ijoks2009- Ketika ramai pelajar kita ponteng sekolah dan asyik melepak di cyber cafe dan pusat membeli belah mereka penuh cekal setiap hari bergayut di cabel yang merentangi gunung semata-mata untuk pergi ke sekolah.
-------------------
BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah. 

Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.

Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi







Kisah Model Antarabangsa Memeluk Islam

Posted: 29 Jan 2014 04:00 PM PST





aliza kim islam
Aliza Kim, seorang model antarabangsa berbangsa Thai-Amerika mengisytiharkan keislamannya di FB beliau pada 1 Januari lalu. Seorang siswazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa, beliau mula bekerja di AS dan seterusnya di Thailand selama dua tahun dan menyertai pertandingan ratu cantik Thailand, 

menceburi iklan komersial dan drama TV yang membawanya ke Malaysia. Ikuti kisah perjalanan hidayah beliau yang menyentuh hati.

Secara jujur, semasa saya membaca tentang kemasukan orang lain (ke dalamIslam) daripada paderi-paderi Kristian kepada suri rumah Jepun, kepada kanak-kanak kecil di sekolah Brazil dan bakal samseng di Amerika, 

tiada cerita yang menyentap diri saya lebih daripada cerita yang ditulis oleh seorang wanita dari Oklahoma yang berlatarbelakang Kristian yang mencari kebenaran. Apabila saya membaca cerita beliau, ia refleks kembali pada saya dan saya menangis dengan deraian air mata. Saya tahu dan yakin bahawa saya telah menemui apa yang saya cari.

Dari Sekarang hingga Hari Akhirat
Saya mempunyai banyak kebimbangan bagaimana reaksi ibu bapa, bagaimana reaksi rakan-rakan saya, bagaimana reaksi rakan sosial saya dan sama ada saya akan kehilangan semua orang dan semua orang sayang kepada saya jika saya secara rasmi menerima Islam ke dalam hidup saya. 

Kemudian, ada isu kerja dan dari mana pendapatan saya akan datang jika saya perlu mengakhiri kerjaya saya dalam media supaya saya boleh berpakaian dengan betul dan memakai tudung. Banyak perkara telah melalui fikiran saya semasa minggu-minggu tersebut.
Tetapi apa yang saya boleh simpulkan adalah, jika Allah telah membimbing saya kepada Islam, maka saya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima (Islam), kerana saya tahu bahawa Dia adalah yang Maha Baik, Maha Mengasihani dan mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Tambahan pula, jika pilihan ini menjadikan saya anak perempuan yang lebih baik, kawan yang lebih baik dan orang yang lebih baik dan memberi saya lebih kedamaian, lebih harapan dan lebih kebahagiaan, saya percaya bahawa orang-orang yang menyayangi saya masih akan menerima saya tidak kira apa (yang terjadi) – walaupun ia mengambil sedikit masa. Saya juga percaya bahawa, kerana Tuhan adalah Pemberi Rezeki dan Pelindung yang terbaik, Dia akan mengirim pekerjaan untuk saya, yang bukan sahaja sesuai dengan saya tetapi juga boleh diterima dalam Islam.

Sebaik sahaja pemikiran ini telah mengukuh dalam fikiran saya, saya fikir untuk mendapatkan al-Quran terjemahan bahasa Inggeris Amerika untuk dibaca. Dan, ia adalah pada hari yang saya meminta satu salinan terjemahan al-Quran daripada salah satu guru Islam saya – apabila beliau bercakap kata-kata yang menusuk hati saya dan membuatkan saya digenangi dengan air mata – bahawa saya secara rasmi menerima Islam dengan membaca Syahadah atau Testimoni Keimananan secara Islam.

Apa yang beliau katakan kepada saya? Apa yang menyentuh hati seseorang tidak sama dengan yang lain tetapi saya akan berkongsi salah satu perkara yang beliau tegaskan kepada saya. Beliau berkata kepada saya, "Mengapa anda tidak menyerahkan sepenuhnya diri anda dan menjadi seorang Muslim? (Perlu diingat bahawa Islam bermaksud seseorang yang menyerahkan kepada satu-satunya Tuhan).

Beliau tahu bahawa saya telah melakukan penyelidikan yang meluas, membaca secara intensif dan telah datang kepada kesimpulan bahawa Islam adalah kebenaran dan yang tepat untuk saya. Melalui perbualan pendek kami hari itu, beliau juga tahu bahawa saya merasakan seolah-olah saya telah Islam seluruh kehidupan saya tetapi tidak tahu.

Bagi saya, kesedaran ini menunjukkan bahawa saya telah Islam, jadi saya menjawab, "Saya sudah (Islam)". Lalu beliau pantas menjawab, "Tidak, anda belum (Islam)". Mendengar kata-kata itu mematahkan hati saya. Sesuatu telah terkoyak dalam diri saya dan saya mula menangis. Ketika itu, saya menyedari dengan sepenuh kefahaman bahawa tanpa mengisytiharkan dan memberikan komitmen diri saya kepada kehidupan yang diserahkan kepada satu-satunya Tuhan, saya bukanlah benar-benar berserah (Islam).

Selepas membaca Syahadah, apa yang saya rasa tidak boleh digambarkan dengan tepat. Saya merasakan satu sensasi yang menyelinap dalam diri menyebabkan perasaan seperti pembersihan yang menyeluruh. Saya rasa suci dan diberi cahaya, kedamaian dan kebahagiaan yang hakiki. Saya tidak pernah merasakan kegembiraan yang tulus seperti itu dalam hidup saya. Dan, perasaan ini berada hingga ke hari ini dan saya tahu ia akan bersama saya hingga ke hari terakhir saya di dunia ini.
Saya gembira dengan Allah, Perancang saya dan (gembira) dengan agama pilihan saya.

Kedamaian, Harapan dan Kehormatan
Saya benar-benar berterima kasih kepada ibu bapa saya untuk kasih sayang, keprihatinan dan persefahaman yang mereka berikan kepada saya. Mempunyai sokongan dan kebenaran mereka untuk memilih apa yang saya percaya yang terbaik untuk diri saya, adalah satu restu sebenar yang akan selamanya saya syukuri.
Akhirnya, saya berdoa agar anda semua juga akan mencari kedamaian, harapan dan kehormatan dalam kehidupan anda sendiri.P/S: Alhamdulillah… :')
-Artikel penuh : gigitankerengga.blogspot.com

Inilah Jadinya Bila Suami Tak Pernah Ke Dapur

Posted: 29 Jan 2014 10:02 AM PST


Kisah Abu Hurairah Dan Pencuri Yang Bercakap Benar

Posted: 29 Jan 2014 07:00 AM PST



Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-ngendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah SAW tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyara keluarganya yang kelaparan.
Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah SAW Rasulullah  tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.
Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah SAW. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah SAW yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah SAW. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur syaitan tidak akan mengangguinya.

Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melaporkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah syaitan yang dilaknat.

Rumah Runtuh,Tetamu Jatuh Bersama Jenazah

Posted: 29 Jan 2014 05:00 AM PST

Sandakan: Majlis mengiringi jenazah seorang warga emas ke tanah perkuburan, di sini, kecoh seketika apabila beranda rumah lelaki berkenaan tiba-tiba runtuh menyebabkan empat ahli keluarga mangsa cedera.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Karamunting, Batu Sapi, di sini, semalam, 20 individu mengiringi jenazah berkenaan terjatuh termasuk empat daripadanya terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent akibat cedera manakala jenazah berkenaan sempat disambut beberapa lelaki lain yang menunggu di bawah rumah.
Foto
KEADAAN rumah selepas beranda kayu runtuh di Kampung Karamunting, semalam.

Menurut saksi, Abdul Ghadi Ahmad, 49, sebelum kejadian, mereka bersiap untuk ke tanah perkuburan selepas proses mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah Awang Saini Abdul Salman, 80, yang meninggal dunia akibat sakit tua selesai.hmetro

Kes Cikgu Sakit Mental Lagi,kali Ini Di Gombak

Posted: 29 Jan 2014 03:30 AM PST

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.
Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
Foto
LENGAN kanan Issac lebam dipukul.
"Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.
-ijoks2009-
Orang lain pun mengandung juga tapi boleh  kawal emosi,Kenapalah ramai sangat cikgu stress kat Malaysia ni..